Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah dalam kenyataannya telah membentangkan hasil kajian JMM selama 4 bulan mengenai penerimaan terhadap PPSMI. Dalam kenyataannya, dia merumuskan bahawa sebanyak 54.80% ibubapa TIDAK bersetuju matapelajaran Sains dan Matematik ditukar kepada Bahasa Malaysia berbanding dengan 32.15% yang bersetuju agar kedua-dua subjek ini diajar di dalam Bahasa Malaysia seperti yang telah diputuskan oleh kabinet kerajaan.
Kajian yang dinamakan sebagai “Impian dan Harapan” telah dilakukan oleh JMM bagi mendapat maklumbalas yang sebenarnya mengenai peranaan penguasaan Bahasa Ingeris di dalam subjek penting khususnya Matematik dan Sains. Hasil daripada hampir 15,000 maklumbalas yang diterima daripada pihak ibubapa / penjaga, JMM pada hari ini mendedahkan hasil kajian ini kepada umum untuk dinilai dengan sebaik-baiknya.
Saya merupakan salah seorang yang kritikal terhadap gerakan menghentikan PPSMI yang saya sifatkan bukan satu gerakan yang ilmiah dan rasional, sebaliknya satu gerakan yang bersifat politik, emosional dan berkepentingan.
Saya juga mungkin antara pemegang jawatan di dalam UMNO dan blogger yang paling kritikal dan paling banyak menulis mengenai PPSMI mungkin disebabkan pengetahuan saya dan merupakan di kalangan mereka yang mempunyai paling banyak memori mengenai pelaksanaannya di sekolah-sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Saya telah menyatakan dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini bahawa hujah dan kajian yang dibentang untuk menentang pelaksanaan PPSMI, baik tentang pencapaian murid, pencapaian guru, pencapaian KPM, aspek perundangan dan kehendak ibu bapa adalah hujah dan kajian yang dangkal. Saya hanya boleh bersetuju dengan hujah yang berkaitan dengan soal pembangunan dan perkembangan Bahasa Melayu sahaja.
Dalam tulisan-tulisan di bawah saya telah menyatakan hujah-hujah saya kenapa kajian yang menolaknya tidak berdasarkan bukti yang empirikal tetapi sentimen yang bias:-
8 Mei 2010: Mahkamah putuskan PPSMI tidak bercanggah dengan perlembagaan!!!
21 November 2009 Teraniayakah anak-anak kita yang mengikuti PPSMI?
20 November 2009 Keputusan UPSR 2009 bukti anak-anak kita teraniaya?!!!
23 Jun 2009 Hakikatnya, ada peningkatan dalam PPSMI
22 Jun 2009 PPSMI - Perlembagaan dilanggar?
18 Jun 2009 Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus
17 Jun 2009 Berita baik bagi penentang PPSMI!!!
23 May 2009 PPSMI - kembali ke petak mula
23 Mac 2009 Tinjauan suara tentang PPSMI
18 Mac 2009 Ayahanda Tun, anakanda Tun....
18 Mac 2009 Anak nelayan cemerlang dalam SPM
16 Mac 2009 FAQ PPSMI (dipetik dari chewal.blogspot.com)
12 Mac 2009 PPSMI - Kesediaan Guru
9 Mac 2009 Yang penting - kuasa; yang pandir - Samseng Bahasa
5 Mac 2009 Polemik PPSMI berterusan
26 Februari 2009 PPSMI - Pertimbangkan statistik yang signifikan
20 Februari 2009: PPSMI - Hujah-hujah yang mengelirukan
17 Februari 2009 Bapa jawab PKPIM
4 Februari 2009 Pendapat orang ramai tentang Samseng Bahasa
30 Januari 2009 Samseng Bahasa dan Pejuang Bahasa
27 Januari 2009 Fanatik Bahasa - Gerakan Anti PPSMI
21 Januari 2009 PPSMI – Antara yang emosional dan rasional (Bahagian 2)
14 Januari 2009 PPSMI - Antara yang emosional dan rasional
23 Oktober 2008 PPSMI - Permintaan Ibu Bapa
8 Oktober 2008 PPSMI - Apa kata guru dan murid
17 September 2008 Pendidikan - PPSMI: Terus atau Hentikan?
17 September 2008 Pendidikan - PPSMI: Hanya Kerana Satu Kajian
17 September 2008 Pendidikan - PPSMI: Persidangan Kedua Panas
Kajian JMM ini membuktikan keputusan untuk mengubah dasar pada tahun 2009 tidak berdasarkan kehendak stake holder yang sebenar, iaitu ibu bapa. Ia juga menunjukkan bahawa 10,000 yang berarak menentang PPSMI bukan golongan majoriti sebaliknya golongan minoriti. Eloklah dibuka semula kertas-kertas kajian yang ada kerana saya tidak sabar menunggu dapatan bahawa kajian PEMBINA adalah suatu kajian yang bias dan berkepentingan!
5 comments:
saya pelajar masih melanjukan universiti Multimedia, tapi pada pendapat saya lebih bagus PPSMI diteruskan, tak salah jugak kalau ada dwi bahasa , lebih memudahkan memahimi matematik dan sains, lebih memudahkan pelajar melanjukan di universiti kelak
PPSMI ini baik untuk pelajar tetapi tidak baik untuk politik pembangkang ...
PPSMI adalah satu isu bagi pembangkang untuk meraih sokongan , tak lebih dan tak kurang..
Yang menjadi mangsa adalah pelajar, terutama anak anak Melayu ...
Kelemahan dalam bahasa inggeris bermaksud kurangnya nilai pasaran pelajar melayu..
ini yang diinginkan DAP, tapi lembunya, iaitu PAS tukang melaksanakannya ...
Aku akan kenang Samad Said hingga mati sebagai pengkhianat bangsa ....
Aku tak sokong PPSMI.Langsong..
Gara2 geng konon pencinta Bahasa... walhal benda ni disokong oleh ramai ibubapa.
kenapa tak dptkan respon rakyat majoriti sebelum dimansuhkan? dok dgr mulut sasauterawan negara yg dah sasau A samad said...
terima kasih Farhan, saya percaya sebagai pelajar dr jurusan Sains sebenarnya jauh lebih mudah belajar di dalam bahasa Inggeris. Begitulah juga dalam bidang Kewangan.
whiteorange, sdr betul. pembangkang hanya mencari sebab utk merusuh di jalanan.
Post a Comment