Showing posts with label Wall Street Journal. Show all posts
Showing posts with label Wall Street Journal. Show all posts

Friday, October 21, 2011

Husni sangkal Wall Street Journal. Adakah anda seorang #patriot ?


[Nota: Dipetik dan diterjemah dari artikel blogger Just Read "Ahmad Husni Hanadzlah answers WSJ" . Tahniah kepada Menteri Kewangan Kedua yang cepat berreaksi terhadap agenda media asing untuk memperlekehkan negara. Pertama, ia menggambarkan tranformasi dalam komunikasi kerajaan yang sepatutnya mengambil tempat hari ini. Seperti yang pernah saya sebut, 70 peratus daripada isu yang timbul dalam negara ini berkisar kepada kementerian, maka pegawai dan jentera komunikasi di dalam kementerian perlu cekap dan pantas menangkis dan menjawab isu yang dibangkitkan. Jentera parti tidak mungkin dapat membantu melainkan mereka turut dilibatkan dalam proses komunikasi ini. Kedua, ini adalah penonjolan semangat patriotik 1Malaysia, iaitu mempertahankan negara dari serangan pihak luar, dalam kes ini, media asing yang berniat merosakkan imej dan kredibiliti negara. Patriotikkah anda? Jika anda PATRIOT, bersama-sama kita pertahankan negara kita dari serangan yang tidak bertanggung jawab ini.]



The Wall Street Journal pada 12 Oktober menyiarkan editorial yang memperolokkan Program Transformasi Ekonomi Malaysia sebagai 'gagal untuk tindakan susulan (failing to follow through)' terhadap janji-janji pembaharuan. Ia menggelarnya sebagai 'Model Ekonomi Lama Malaysia', ia juga diperkecilkan usaha kerajaan untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat.

Saya percaya ramai yang telah membaca artikel yang tidak mempunyai ketepatan maklumat ini. Penulisnya seolah tidak mampu menulis dalam bentuk yang positif kerana takut ia tidak akan disiarkan.

Dalam surat kepada WSJ, Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah menjelaskan bagaimana ETP berada di atas landasan yang betul untuk mewujudkan lebih 370,000 pekerjaan baru, bahawa kerajaan telah mengurangkan kerenah birokrasi agar usahawan dapat menubuhkan syarikat dalam masa satu hari.

Malaysia juga, katanya telah meningkat kedudukannya dari negara-negara seperti Korea Selatan dan UAE untuk berada di tangga ke-21 Indeks Daya Saing Global (Global Competitive Index), Forum Ekonomi Dunia.

Surat itu berbunyi:

Anda menuduh kerajaan Malaysia "gagal membuat susulan" ke atas janji-janji pembaharuan ekonomi (editorial ‘Model Lama Malaysia Ekonomi’, OKTOBER 12). Ini begitu jauh dari kebenaran.

Program Transformasi Ekonomi Malaysia berada pada landasan yang betul untuk mewujudkan lebih 370,000 pekerjaan baru, kami telah mengurangkan kerenah birokrasi agar para usahawan dapat menubuhkan syarikat dalam masa satu hari sahaja, dan kami telah meningkatkan kedudukan di atas negara-negara seperti Korea Selatan dan UAE untuk mencapai kedudukan ke-21 dalam Indeks Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia.

Pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia meningkat sehingga 76 peratus tahun-ke-tahun, kami adalah tapak kepada kemudahan-kemudahan utama yang baru bagi BAE, Cisco dan AMD, dan IMF menjangka ekonomi kita berkembang lebih daripada lima peratus bukan sahaja tahun ini tetapi tahun depan juga.

Semua ini telah dicapai melalui "tindakan susulan" janji-janji ekonomi kita - dan jangan hanya mengambil kata-kata kami mengenainya. Baru sebulan lepas Steve Forbes berkata: "membuat janji adalah satu perkara dan bekerja untuk menjadikan semua itu realiti adalah satu perkara yang lain pula. Kerajaan Malaysia setakat ini telah menunaikan realiti ini."

Di samping pembaharuan politik berani yang diumumkan pada bulan September yang lalu, kemajuan ekonomi ini adalah bukti yang semakin nyata bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah komited untuk menyampaikan perubahan yang tulen dan berkekalan untuk semua rakyat Malaysia.

Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Kewangan Kedua

Popular Posts