Showing posts with label Anwar Pembohong. Show all posts
Showing posts with label Anwar Pembohong. Show all posts

Wednesday, March 4, 2015

FAQ - Wajarkah Anwar diberi kebenaran untuk minum teh dengan YDP Agong dan menghadiri sidang Parlimen

Latar belakang
  1. Desakan dibuat atas dasar konon proses rayuan pengampunan keatas Anwar yang disabit dengan kesalahan meliwat dan dihukum 5 tahun penjara sudah bermula dengan penyerahan petisyen oleh isteri & anak-anak Anwar kepada wakil Istana Negara petang Isnin 24 Feb.
  2. kenyataan dikeluarkan oleh pejabat Speaker Dewan Rakyat memaklumkan kedudukan kerusi Permatang Pauh kekal sehingga keputusan petisyen pengampunan itu diputuskan.
  3. Atas dasar itu, timbul desakan agar Anwar dibenarkan hadir sidang Dewan Rakyat kerana ditafsirkan status sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang masih kekal.

Apakah status Anwar? 
  • Penjenayah dan banduan yang sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun

Adakah Anwar telah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen?
  • berdasarkan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan:-
  1. Perkara 48, 1(e) – (Kehilangan kelayakan menjadi Ahli Parlimen apabila) - dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; 
  2. Perkara 48, 4(c) – jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau tempoh selepas pemberesan rayuan atau prosiding mahkamah yang lain yang dinyatakan dalam perenggan (b) ada difailkan suatu petisyen bagi pengampunan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan.
  3. Perkara 48, 5 – Fasal (4) tidaklah terpakai bagi maksud penamaan, pemilihan atau pelantikan mana-mana orang ke mana-mana satu Majlis Parlimen, yang bagi maksudnya kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja berlakunya kejadian yang disebut dalam perenggan (e) Fasal (1) atau dalam Fasal (2), mengikut mana-mana yang berkenaan.


Wajarkah Anwar dibenarkan menghadiri sidang Parlimen?

Tidak wajar kerana:
  1. Statusnya sebagai BANDUAN tetap kekal walaupun sedang menanti proses rayuan pengampunan.
  2. Perkara 48 hanya mengenai soal kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen, bukan (i) hak kehadiran sidang Dewan sebagai Ahli Parlimen, (ii) keistimewaan atau perlepasan dari mematuhi peraturan penjara
  3. Kesan petisyen bagi pengampunan di bawah Perkara 48 (1)(c) hanya untuk menyatakan bahawa Anwar masih kekal dengan status sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh (i) kerusi Permatang Pauh tidak boleh diistiharkan kosong untuk SPR mengumumkan Pilihan Raya Kecil. (ii) dan masih berhak menerima elaun wakil rakyat
  4. Perkara 42 Perlembagaan - "YDP Agong adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan segala HUKUMAN mengenai segala kesalahan yang dilakukan...", bermakna kuasa dan bidang kuasa YDP Agong "memberi ampun" hanyalah berkaitan HUKUMAN bukan SABITAN KESALAHAN. Anwar tetap telah didapati bersalah atas kesalahan jenayah oleh Mahkamah Persekutuan.
  5. Anwar tidak menghantar petisyen pengampunan, sebaliknya petisyen tersebut adalah daripada ahli keluarganya
  6. Petisyen pengampunan yang dibuat BUKAN untuk MEMOHON PENGAMPUNAN atas kesalahan Anwar tetapi kerana lebih kepada PETISYEN RAYUAN kerana mendakwa Anwar adalah mangsa politik dan tidak diberi keadilan.


Apakah hak seorang banduan di bawah Undang-undang Penjara

  1. Seseorang Banduan hendaklah terus dikekalkan didalam tahanan penjara menjalani hukumannya melainkan dalam keadaan terhad dia boleh dibawa keluar dengan kawalan ketat dan tanpa dibebaskan, antaranya:
  2. Jika dia perlu dibawa ke Hospital untuk menjalani rawatan yang tidak boleh disediakan oleh Penjara;
  3. Menghadiri perbicaraan Mahkamah setelah Mahkamah yang berbidangkuasa mengeluarkan sapina kehadiran;
  4. Lain-lain keadaan yang dibenarkan di bawah undang-undang Penjara, tetapi tidak termasuk menghadiri sidang Dewan Rakyat, menghadiri perkahwinan anak walaupun sebagai wali, menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah syarikat dan apa lagi minum teh di luar penjara.


Sumber Rujukan

Saturday, June 28, 2014

#KeluargaPenipu - @AnwarIbrahim tipu pasal jalan, @DrWanAzizah tipu pasal Bazaar Ramadhan


Jenis WAKIL RAKYAT tak ada standard macam ni la.. Dapat pulak admin yang tak berapa cerdik macam ni... Kerja main taici taici la pulak. Ni la masalah pemimpin PKR, kerja malas jawatan nak. Sebelum ni suami dia, Anwar Ibrahim pun buat kesalahan yang sama. Terus tuduh jalan yang rosak dalam kawasan Permatang Pauh tu Jalan Persekutuan. Laki bini kaki kelentong, laki bini jarang tengok kawasan, laki bini gila jawatan. Tu kita belum cerita pasal anak dia juga. Sampai orang kat Lembah Pantai pun komplen dia jarang turun. Sibuk memanjang la kononnya, tapi sebenarnya buat apa pun kita tak tau... yang kita tahu, anak beranak ni memang huru hara, satu keluarga...


Ni kes Anwar kantoi taici dan menipu pasal Jalan Persekutuan di Permatang Pauh.



Thursday, April 24, 2014

Kelakar - @AnwarIbrahim kantoi menipu pasal jalan di Permatang Pauh! @CMlimguaneng




Apa Anwar kata? 

Terus je kata Jalan Persekutuan ha ha ha. Ini bukan sekadar kes jarang turun kawasan, tapi ini kes BUKA MULUT JE MENIPU... Lim Guan Eng tak nak kata ini jalan persekutuan juga ke? Atau Guan Eng nak mengaku yang dia tak buat kerja dan PR gagal urus tadbir Pulau Pinang dengan baik?

Kalau dah jenis dan keturunan penipu, memang penipu juga lah. Kantoi BIG TIME! Inikah jenis pemimpin PKR dan PR? Sampai bila macai nak sedar... ha ha ha..





Dipetik dari blog Cucu Tok Selampit

@anwaribrahim Berbohong Lagi Berkenaan Jalan Permatang Pauh, @PetraJayaMP Membogelkan Pembohongan Beliau


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kantoi berbohong sekali lagi. Ye lah kalau tidak berbohong bukan Anwar Ibrahim namanya. Berdasarkan soalan yang ditanya oleh pemegang akaun laman sosial Twitter @Gguzmen, beliau meminta penjelasan daripada Anwar Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, kenapakah jalan di kawasan berkenaan amat teruk terutama dari simpang lebuhraya Kulim sehinggalah sampai ke Bukit Mertajam. CTS yang kebetulan membuat audit di sini mengakui kebenaran fakta berkenaan.

Anwar Ibrahim tanpa malu dan segan telah menjawab kononnya jalan berkenaan adalah jalan persekutuan. Lebih meyakinkan beliau menyatakan bahawa beliau telah merujuk kepada Kementerian yang berkenaan. Tidak berpuas hati, pemilik akaun @Gguzman telah mendapatkan jawapan daripada Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof. Datuk Fadilah menjawab bahawa jalan berkenaan adalah jalan P7, iaitu jalan di bawah seliaan Kerajaan DAPPulau Pinang.

Tuesday, April 22, 2014

Sembah Mayat Karpal: Keadilan Daily cuba cipta hadis palsu untuk selamatkan Anwar?



Terdapat kecenderungan yang menakutkan di kalangan pembangkang yang sanggup mengada-adakan hadis palsu bagi menyokong perbuatan pemimpin mereka yang menyalahi aqidah dan hukum-hukum Islam. 

Kecenderungan ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana mereka sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan kuasa. Bagi Melayu sosialis, pluralis dan mungkin juga ada di kalangan mereka yang agnostic deist dan atheis di dalam PR, bukan masalah untuk mentafsirkan secara salah ayat al-Quran dan hadis, contoh untuk memberi justifikasi terhadap penggantian Biblical God kepada Allah dan menghalalkan demonstrasi jalanan. Malah mereka sanggup mengada-adakan hadis semata-mata untuk mempertahankan pemimpin mereka.



Dengar apa kata Azhar Idrus

Isu Tunduk Jenazah oleh Pemimpin PR

Keadilan Daily, Suara rasmi PKR memetik Anwar Ibrahim memberitahu bahawa Nabi Muhammad saw telah tunduk kepada jenazah bukan islam musyrik... 

Perkataan tunduk rupanya tidak ada disebut di dalam kitab hadis. Hadis mana digunakan oleh Anwar kita tidak pasti.

Antara berdiri dan tunduk jauh bezanya sejauh langit dan bumi...

Di bawah ini disalin semula hadis sahih muslim yang diterjemahkan untuk panduan anda agar tidak  menundukkan kepala kepada jenazah bukan Islam.

Hadis riwayat Amir bin Rabiah ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Apabila kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah menghormatinya sampai iringan jenazah itu lewat meninggalkan kalian atau sampai diletakkan dalam kubur. (Shahih Muslim No.1590)

Hadis riwayat Abu Said ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Apabila kalian mengiringi jenazah, maka janganlah kalian duduk sebelum jenazah itu diletakkan. (Shahih Muslim No.1591)

Hadis riwayat Jabir bin Abdullah ra., ia berkata:

Ada iringan jenazah lewat, lalu Rasulullah saw. berdiri menghormatinya dan kami ikut berdiri bersama beliau. Kemudian kami berkata: Wahai Rasulullah, jenazah itu adalah jenazah Yahudi. Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya kematian itu menggetarkan, maka jika kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah. (Shahih Muslim No.1593)

Hadis riwayat Qais bin Saad ra. dan Sahal bin Hunaif ra.:

Dari Ibnu Abu Laila bahwa ketika Qais bin Saad ra. dan Sahal bin Hunaif ra. sedang berada di Qadisiyah, tiba-tiba ada iringan jenazah melewati mereka, maka keduanya berdiri. Lalu dikatakan kepada keduanya: Jenazah itu adalah termasuk penduduk setempat (yakni orang kafir). Mereka berdua berkata: Sesungguhnya Rasulullah saw. pernah dilewati iringan jenazah, lalu beliau berdiri. Ketika dikatakan: Jenazah itu Yahudi, Rasulullah saw. bersabda: Bukankah ia juga manusia?. (Shahih Muslim No.1596)




Thursday, April 10, 2014

Bila @FathiArisOmar balun @AnwarIbrahim - Liwat sudah pasti, Reformasi sudah basi!




Embedded image permalink


Sampai bila pemimpin dan macai PR, termasuk kepimpinan dan ahli-ahli ABIM hendak terus hidup dalam penafian dan bersikap defensif dalam kes salah laku Anwar dan kesalahan meliwat Ketua Umum PKR ini. Semalam salah seorang pendukung reformasi 98 Fathi Aris Omar menghentam Anwar dan menggambarkan bahawa Reformasi 2.0 tidak lebih dari 2 LOBANG MANUSIA dan berkisar tentang liwat serta ketakutan Anwar untuk masuk penjara.

Memang sejak dulu hingga sekarang, bagi sesiapa yang mengambil masa untuk membaca penghakiman penuh hakim-hakim dalam kes Anwar, tidak ada yang menafikan kejadian liwat berlaku. Boleh baca dalam kedua-dua penghakiman penuh di bawah, pertama atas kesalahan Anwar meliwat Azizan, kedua, atas kesalahan Anwar meliwat Saiful:

Penghakiman Penuh: Anwar liwat Azizan Tahun 2004 #bebasAnwar901

Penghakiman Penuh Anwar liwat Saiful 9 Januari 2012 tidak tolak LIWAT berlaku. #bebasAnwar901

Bagi yang mengikuti kes Anwar dengan teliti, mereka memang arif tentang keadilan mahkamah dan kegagalan Anwar membela diri. Misalnya, peguam-peguam pembela Anwar telah menyenaraikan 14 saksi dan alibi dalam pembelaan mereka, termasuk Wan Azizah sendiri, tetapi bila tiba hari perbicaraan, TIADA SEORANG pun ALIBI ini dipanggil oleh PEGUAM PEMBELA. Memandangkan 14 orang ini adalah SAKSI dan ALIBI PEMBELA, hanya PEGUAM PEMBELA yang berhak memanggil mereka, tetapi peguam-peguam Anwar enggan memanggil saksi-saksi mereka ini.

Malangnya rakyat ditipu oleh Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli yang menyatakan bahawa MAHKAMAH yang tidak mahu memanggil 14 orang SAKSI / ALIBI ini.

Begitu juga, rakyat ditipu seolah-olah tarikh perbicaraan ini disegerakan untuk menghukum Anwar sebelum PRK Kajang. Apa yang rakyat tidak tahu bahawa perbicaraan ini sepatutnya telah dijalankan pada 22 JULAI 2013, tetapi atas berbagai alasan, termasuk kononnya peguam Anwar sakit, rayuan dan penangguhan, kes ini telah ditangguh dari satu tarikh ke satu tarikh sehinggalah ADUN Kajang sebelum ini meletak jawatan. 

Ada yang berhujah Kajang Move hanya alasan ketakutan untuk dihukum atas kesalahan liwat, seperti Reformasi 2.0 juga.

Pembangkang menipu, kononnya tarikh perbicaraan adalah dalam bulan April 2014. Sebenarnya rakyat tidak dimaklumkan bahawa tarikh sebenar perbicaraan adalah 22 JULAI 2014 dan selepas pelbagai rayuan dan alasan yang tidak masuk akal, pada bulan Februari 2014, Hakim telah menetapkan 6-7 MAC 2014 sebagai tarikh perbicaraan, bukannya bulan April.

Penipuan juga berlaku apabila pembangkang menyatakan kononnya mitigasi juga dibuat secara terburu-buru. Kononnya sebelum ini tidak pernah mitigasi dibuat dalam masa satu jam. Apa yang rakyat tidak tahu, untuk pesalah dan penjenayah biasa yang bukan bernama Anwar Ibrahim, mitigasi berlaku dalam masa tidak sampai 10 minit sahaja dan selepas itu hukuman terus dilaksanakan. Dalam kes Anwar, bukan sahaja mitigasi berlaku dalam masa sejam, malah peguam pembela diberikan masa sehingga seminggu. 

Rakyat juga tidak mengetahui bahawa bagi pesalah rakyat biasa, hukuman bagi kesalahan meliwat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Tetapi bagi Anwar, hukuman bukan sahaja ditangguhkan malah diringankan kepada 5 tahun sahaja tanpa sebarang sebatan.

Apa lagi yang TIDAK ADIL untuk Anwar? 

Jadi memang tidak salah dan tidak menghairankan jika Reformis 98 tegar seperti Fathi Aris juga meluat dan geli geleman dengan Anwar.

Monday, March 24, 2014

#PRKKajang: Fuad Hassan - @LimKitSiang GAGAL pastikan BN hilang deposit @Fuhas_Tweet



Apakah makna PKR dengan tokoh besarnya Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dengan politik simpatinya menang dengan majoriti kurang 1,445 sedangkan tujuan asal PKR untuk meningkatkan majoriti 10 hingga 11 ribu? - Fuad Hassan


PRK KAJANG: HAJAT TAK KESAMPAIAN


PKR mempertahankan kerusi DUN Kajang dengan majoriti merosot dari 6,824 (PRU13) kepada 5,379 (2014). Dengan pengumuman resmi tersebut maka kita semua bertanya: 

1. Mana dia keangkuhan Lim Kit Siang yang mahu mempastikan BN hilang deposit?.

2. Apakah hasrat PKR yang ingin menjadikan PRK Kajang sebagai referendum rakyat terhadap kerajaan persekutuan tercapai walaupun sokongan PKR sedikit meningkat 1.54% berbanding BN yang walaupun kalah tetapi sokongannya meningkat sebanyak 2.7%.

3. Mengapa ramai pengundi yang tidak keluar mengundi hanya 72% berbanding 88% pada PRU 13, walaupun PKR memulakan kempen dan serangan terhadap UMNO lama sebelum BN mengumumkan calonnya. Adakah kerana pengundi tidak mahu MB Selangor bertukar tangan? atau rakyat bosan dengan politik wayang yang tidak mengubah apa-apa keadaan.

4. Apakah makna PKR dengan tokoh besarnya Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dengan politik simpatinya menang dengan majoriti kurang 1,445 sedangkan tujuan asal PKR untuk meningkatkan majoriti 10 hingga 11 ribu? 

5. Apakah Perdana Menteri Malaysia bertukar tangan hanya dengan PRK Kajang? sedangkan ini bukan PRK Parlimen untuk memilih kerajaan persekutuan dan MB Selangor masih dalam gengaman Khalid Ibrahim.

6. Apa hebatnya sangat pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengaku mencetuskan idea PRK Kajang bagi mendapatkan sokongan yang semakin kurang? 

7. Apakah UMNO masih dilebalkan sebagai parti rasis sedangkan BN meletakkan calon Cina di kawasan majoriti Melayu berbanding dengan PKR yang meletakkan ramai calon Melayu di kebanyakan kawasan majoriti Melayu. Siapa yang beramalan rasis?.

Oleh yang demikian terbuktilah bahawa PRK Kajang tidak megubah apa-apa corak dan keputusan kerajaan negeri dan Persekutuan. 

Benarlah bahawa PRK ini suatu pengkhianatan terhadap mandat pengundi PRU 13 terhadap PKR, suatu pembaziran masa dan waktu, serta tidak dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap konflik kepimpinan Selangor mahupun keputusan mahkamah mengenai kes Liwat 2 Anwar Ibrahim.

Sesungguhnya rakyat lebih menumpukan perhatian kepada misi pencarian ‪#‎prayforMH370‬ dari jalan cerita politik yang disusun untuk menyelamatkan maruah sebuah keluarga dan nafsu besar seorang pemimpin untuk menjadi Perdana Menteri.




Tuesday, March 18, 2014

#PRKKajang Manifesto @DrWanAzizah untuk siapa? Untuk kutuk @Khalid_Ibrahim? #ManifestoBukanJanji



Embedded image permalink

Sejak tahun 2008, tak boleh selesai masalah sampah? Selangor berbangga dengan rizab RM 2.28 bilion, tapi apa kata Majlis Perbandaran kajang?




50% kes demam denggi pada tahun 2012 datang dari Selangor, salah satu faktor kerana sampah tidak dikutip seperti dijadualkan. Tahun 2012, 55% kes denggi datang dari Selangor. Tahun 2014, 107 daripada 115 hot spot denggi atau 93% datang dari Selangor.





Apa cerita jalan rosak pula? Tiada dalam manifesto Wan Azizah?


Jadi, apa sebenarnya manifesto Wan Azizah ni? Lihat di bawah untuk memahaminya....



Demi rakyat atau demi suami?




Embedded image permalink

Demi Rakyat atau Demi Suami?



Pertalian dengan Juruterbang #MH370: Calon #PRKKajang @DrWanAzizah kantoi menipu kali ke-2?



Puncanya di sini. Saya tidak peduli tentang kaitan Juruterbang MH370 dengan Anwar Ibrahim ataupun dengan PKR. Bagi saya yang penting di sini KENAPA WAN AZIZAH BERBOHONG?!! Dalam tempoh seminggu ini calon PRK Kajang Wan Azizah telah dua kali ditangkap berbohong. Pertama, apabila memperlekeh Pasukan SAR MH370 Malaysia dengan mengatakan "Malaysia guna bomoh". Kedua, apabila menafikan Anwar kenal juruterbang MH370.



Tahniah Mazidul kerana telah membongkar penipuan ini, pertamanya melalui pendedahan rakaman video di bawah...




Keduanya, melalui pembongkaran tweet anak saudara Juruterbang MH370, iaitu menantu Anwar dan Wan Azizah...






Baca blog Mazidul "Mustahil Anwar tidak mengenali Kapten Zaharie kerana..." 


Apa dah jadi dengan ingatan pemimpin pembangkang? Sebelum ini kita dimaklumkan berdasarkan kes khalwat Mat sabu - Norma, ingatan Mat Sabu hanya bertahan selama 3 hari sahaja. Tapi itu Mat Sabu, logik lah.

Adakah daya ingatan Dr Wan Azizah, seorang doktor, lebih teruk daripada daya ingatan Mat Sabu?

Apa pun, calon PRK Kajang ini telah terbukti kantoi berbohong sebanyak dua kali, tidak konsisten langsung dengan imej bertudung dan isteri "mithali" yang dibawa beliau.




Friday, March 14, 2014

Lawak giler, video terbaik #PRKKajang - Krisis Air Selangor #PRStyle. #KajangMove


)

Video lucu yang mudah dimengertikan oleh rakyat Selangor dan negara ini untuk memahami bahawa mereka telah dipermainkan dalam isu Krisis Air Selangor dan PRK Kajang..


Kronologi Krisis Air Selangor - semuanya berpunca di atas keangkuhan pemimpin PR.
Kenapa? Baca kisah selanjutnya di sini.



Thursday, March 13, 2014

#PRKKajang Poster Wan Azizah tanpa tudung dan hijab didedahkan.... #KajangMove


Embedded image permalink

Letak jawatan kerana prinsip moral, atau letak jawatan kerana suami yang ada isu moral?



Adakah Wan Azizah lakukannya DEMI Rakyat atau DEMI Suami?



Apa yang pernah SUAMI ISTERI ini katakan mengenai perletakan jawatan?



Nampak macam Wan Azizah, tapi BUKAN Wan Azizah... hakikatnya IA HANYA TENTANG ANWAR!! PKR hanya Parti Anak Beranak untuk Anwar dan Anak Beranak...






Friday, February 28, 2014

[Video] #KrisisAirSelangor - fakta buktikan PR angkuh, bahayakan rakyat Selangor #PRKKajang



Kenyataan ANGKUH dan SOMBONG PR SELANGOR pada tahun 2010






Kenapa wujud Krisis Air Selangor? - 1. Infrastruktur tidak dapat menampung permintaan yang semakin bertambah 2. Loji rawatan air beroperasi melebihi kapasiti dan melewati tempoh hayat perkhidmatan

Tuntutan Kerajaan negeri tidak dapat dipenuhi sebab ada syarikat konsesi yang terikat dengan syarat pinjaman.

SYABAS berjaya mengurangkan NRW daripada 42% kepada 32% dalam tempoh 8 tahun walaupun dengan infrastruktur lama.

SYABAS hanya diberi konsesi untuk membekalkan AIR TERAWAT di negeri Selangor, TIDAK TERMASUK rawatan Air Menteah. 60% aset loji rawatan diuruskan oleh syarikat kerajaan Negeri Selangor.



Air yang boleh digunakan hanya air terawat. Walaupun empangan penuh, ia hanya boleh bertahan selama 2 bulan tanpa hujan dengan keupayaan loji rawatan sedia ada. Jika tiada hujan, ia hanya boleh bertahan selama 1 bulan sahaja. [Ini yang berlaku di Selangor sekarang].

Sumber air mentah tetap di tahap yang sama, tetapi permintaan air terawat semakin bertambah.

Kos operasi semakin meningkat kerana semua aset bekalan air semakin uzur.

Sepatutnya kerajaan negeri bertanggung jawab untuk menyediakan dana CAPEX (bajet pembangunan) kerana semua aset infrastruktur perbekalan air dimiliki kerajaan negeri.




Apa Khalid dan PR kata sebelum ini? Rasionalkan dengan fakta di dalam video di atas.. Akibatnya....



Tahun 2012




Tahun 2013




Tahun 2014 - sekarang baru ada akai...

Akhirnya Khalid tanda tangan MOU selepas paksa rakyat Selangor, KL dan Putrajaya lalui keperitan dan risiko akibat ketiadaan air. Keangkuhan dan kebahlolan Khalid dan kerajaan PR ini mengakibatkan kos tambahan sebanyak RM 606 juta kerana penangguhan yang disengajakan sejak tahun 2008. 

Kerajaan BN yang dituduh angkuh oleh PR ini pula begitu bermurah hati menyelesaikan Krisis Air Selangor DEMI RAKYAT dengan bersetuju membenarkan Selangor mengurus sendiri bekalan air mereka, menyuntik RM 2 bilion untuk membantu kerajaan negeri bagi proses pengambil alihan saham dan memberikan lagi sejumlah RM900 juta untuk memastikan program mitigasi air dilaksanakan.





#PRKKajang @ZaidIbrahim - "Politik Rafizi KOTOR!" #RafiziYgBusuk


" Anwar. Tidak usahlah berselindung di bawah skirt Rafizi" - Zaid Ibrahim

“Semasa saya jadi Menteri saya tidak salahgunakan kuasa tetapi Anwar masuk jel kerana salahguna kuasa. Kita jangan lupa. Semasa dia jadi Menteri dia beri kontrak kepada kroni-kroni dia." - Zaid Ibrahim 

"Jika saya memajukan dua e-mel kepada Rafizi, ia bukan bererti saya melobi. Ketika itu Rafizi hanya budak Anwar yang tiada jawatan. Jika saya hendak melobi untuk kepentingan saya, saya boleh terus berjumpa dengan MB atau Exco, bukan dengan budak pejabat," - Zaid Ibrahim

“Politik Rafizi ini kotor. Semata-mata kerana dia berjaya memalukan Shahrizat dan NFC dan menang di Kampung Pandan dia rasa dah jadi hero besar. Saya nak ingatkan budak ini...dalam politik ini bila pemimpin bohong, fitnah orang, rakyat akan tahu, kalau tidak sekarang, kemudian” - Zaid Ibrahim



Zaid kantoikan Rafizi 


Zaid: 'Kalau mahu lobi, saya terus jumpa MB'
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
27 Februari 2014

PETALING JAYA - Calon Bebas PRK Dun Kajang, Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau mengamalkan salah guna kuasa seperti mana yang didakwa oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, semalam.

"Hari ini sukacita saya maklumkan bahawa kedua-dua syarikat ini tidak ada kena mengena dengan saya atau keluarga saya.

"Malah mereka bukan juga kawan saya. Mereka ini adalah orang bisnes yang datang meminta pertolongan kerana mereka fikir saya boleh menolong," ujarnya dalam satu sidang media di kediamannya, di sini, hari ini.

Bekas menteri undang-undang itu merujuk kepada dakwaan Pengarah Strategi PKR itu bahawa beliau pernah meminta bantuan Rafizi untuk menyalurkan beberapa projek kepada individu berkaitan dengannya.

"Amalan orang bisness meminta pertolongan atau sokongan daripada ahli politik adalah amalan biasa dalam sistem kita dan diamalkan oleh Umno, Pas, DAP dan lebih-lebih lagi PKR," ujar Zaid.

Malah menurut Zaid, jika beliau ingin melobi projek bagi pihak rakan-rakan atau ahli keluarganya, beliau tidak perlu merujuk kepada Rafizi yang disifatkan sebagai "budak Anwar yang tiada jawatan".

"Bagi saya mungkin Rafizi berfikir dia seorang yang bersih, tetapi dia lupa fakta di mana kalangan pengawai tertinggi dalam pejabat Menteri Besar (ahli PKR) sendiri yang terbabit sehingga tersingkir daripada jawatan.

"Jika saya memajukan dua e-mel kepada Rafizi, ia bukan bererti saya melobi. Ketika itu Rafizi hanya budak Anwar yang tiada jawatan. Jika saya hendak melobi untuk kepentingan saya, saya boleh terus berjumpa dengan MB atau Exco, bukan dengan budak pejabat," tegas Zaid.

Ulasnya lagi, beliau tidak menganggap perbuatannya itu menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang ahli politik.

"Sebagai orang politik, bagi saya, meminta pertimbangan kerajaan bagi pihak orang ramai atau ahli perniagaan yang tidak saya kenali, tidak menjejaskan integriti saya. Saya hanya meminta pertimbangan, bukan memaksa kerajaan mengikut kehendak saya. Adakah itu pun Rafizi tidak tahu membezakannya?

"Oleh itu suka saya tegaskan bahawa saya langsung tidak terlibat dan mempunyai apa-apa kepentingan di dalam kedua-dua kes itu," katanya.

Semalam Rafizi mendakwa Zaid semasa dalam PKR telah menghantar e-mel dan mendatanginya, yang ketika itu sebagai Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor, supaya campur tangan dalam projek membabitkan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB).

Sehubungan itu, Rafizi menggesa Zaid untuk mencermin dirinya dahulu sebelum menghentam parti lain berkaitan isu integriti.


MAKIN PANAS... Zaid dakwa Anwar menyorok bawah skirt Rafizi
KHAMIS, 27 FEBRUARI 2014 18:11  

anwar-rafizi-zaid2c

'Tembak menembak’ antara dua bekas sahabat karib politik yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang - Datuk Zaid Ibrahim dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjadi semakin panas.

Rafizi Ramli mungkin menyesal pergi jolok bekas Naib Presiden PKR itu dakwa konon ada lobi projek untuk rakannya di Selangor semasa berada dalam PKR dulu untuk conteng arang imejnya.

Zaid bertindak balas terhadap dakwaan yang dibuat Pengarah Strategik PKR itu dalam sidang akhbar Rabu dengan memanggil satu sidang akhbar di rumahnya dekat Petaling Jaya Khamis.

Di depan ramai wartawan yang hadir Zaid melibas sakan Anwar dan Rafizi.Ini termasuk mendakwa Rafizi hanya budak suruhan Anwar untuk mencercanya.

“Oleh itu saya ingin ingatkan Anwar. Tidak usahlah berselindung di bawah skirt Rafizi,” kata bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu.

Selain menafikan dakwaan Rafizi beliau ada melobi projek untuk rakannya di Selangor,Zaid pula mendakwa Anwar semasa dalam kerajaan dulu beri kontrak pada kroni-kroninya.

Beliau juga dakwa Anwar kena ‘checkmate’ oleh Tan Sri Khalid Ibrahim bila Menteri Besar Selangor itu tandatangan perjanjian persefahaman mengenai air dengan Kerajaan Pusat Rabu.

Anwar semasa ditemui wartawan di Kajang petang Rabu dakwa beliau tidak tahu menahu mengenai perjanjian itu.

Zaid sendiri menilai komen Anwar itu tak masuk akal.

“Mestilah dia tahu. Dia cuma tak bersetuju. Sebab salah satu sebab Anwar mahu menjadi Menteri Besar  ada kena mengena dengan hasratnya untuk menstrukturkan semula air di Selangor dengan cara yang berbeza dengan Khalid,” dakwanya.

Menurut Zaid sekiranya Anwar menang dalam pilihanraya kecil Kajang dan menjadi Menteri Besar sekalipun beliau tidak boleh buat apa-apa tentang perjanjian air itu.  

“Ia sudah terlambat kerana dia sudah kena check-mate,” kata Zaid.

zaid-pccx

Katanya langkah Khalid menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Pusat mengenai krisis air itu wajar kerana jika tidak diselesaikan sehingga selepas PRK Kajang dan Anwar menang serta jadi Menteri Besar, sudah pasti air di Selangor akan diswastakan.

Dakwa Zaid lagi, Anwar mahu mengambilalih jawatan Khalid sebagai Menteri Besar kerana beliau tahu Selangor banyak duit dan dia boleh mengawal pengswastaan air.

“Berbillion Ringgit untuk diswastakan. Tapi mujurlah Tan Sri Khalid ini pintar orangnya. Dia dapat mempertahankan projek air itu dengan menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Pusat untuk selamatkan Selangor,” katanya lagi.

“Dalam soal ini saya rasa tindakan Khalid itu betul dan saya setuju. Saya rasa masa depan Selangor akan selamat dan pengswastaan akan berakhir. Kerajaan Negeri akan mengambilalih dan sokongan Pusat dalam hal ini mesti dialu-alukan.  Kalau Kerajaan Pusat tak bagi duit nak bayar balik kepada swasta, ia akan membebankan Kerajaan Negeri. Ini rakyat perlu alu-alukan. Ini bukan soal UMNO-PKR. Ini soal rakyat.

“Inilah isu yang akan saya bawa di Kajang, iaitu penjelasan yang betul kepada rakyat. Sebagai pemimpin kita kena berterus terang dengan rakyat. Anwar tak berterus terang. Dia kata nak bangunkan Kajang, nak jadikan bandar satelit, dan macam-macam dia janji. Saya hanya nak rakyat Kajang pilih pemimpin yang betul. Kalau pemimpin itu karut, ada 10 atau 20 rancangan pun tak ada makna,” katanya.

Menurut Khalid, rekodnya lebih baik daripada Anwar kerana sewaktu menjadi Menteri tidak pernah menyalahguna kuasa seperti Ketua Umum PKR itu.

“Semasa saya jadi Menteri saya tidak salahgunakan kuasa tetapi Anwar masuk jel kerana salahguna kuasa. Kita jangan lupa. Semasa dia jadi Menteri dia beri kontrak kepada kroni-kroni dia. Ini didedahkan oleh Tun Mahathir pada 1998. Itu semua kita ingat. Dia tulis Tun Mahathir pemimpin yang berkroni tetapi apabila senarai keluar, kroni-kroni siapa yang lebih?

“Rakyat jangan lupa tahun 1998. Kita jangan lupa apabila Umi Hafilda buat report polis siapa yang suruh polis ajar dia tarik balik kenyataan itu? Siapa? Saya tak buat kerja macam tu,” katanya.

Sementara itu mengenai kenyataan media yang dibuat oleh Rafizi yang mendakwanya melobi projek di Selangor, Zaid berkata, Ahli Parlimen itu sudah dilatih begitu.

“Enam tahun saya kenal Tan Sri Khalid Ibrahim dan tidak pernah buat permohonan untuk saya, keluarga dan kawan. Tanyalah Exco-Exco Selangor, Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan pejabat Menteri Besar. Satu inci tanah Selangor saya tak minta sebab saya bukan nak jadi Menteri Besar.

“Rafizi budak Anwar. Anwar sendiri tak boleh kawal Khalid. Tak kanlah saya nak lobi budak dia. Tak masuk akal. Tan Sri Khalid dia strict. Dia profesional. Dia tak kira Anwar ke, siapa ke. Pentadbiran negeri  dan parti diasingkan. Itu yang Khalid pertahankan dan itu yang saya pertahankan. Jadi saya pertahankan Khalid bukan sebab saya lobi projek atau sebab dia sudah bagi banyak kat saya.

“Saya tak perlu lobi. Saya tak perlu jadi Menteri Besar. Saya tak perlu kaya macam Anwar ni. Dia nak duit banyak sebab dia ada cita-cita nak pergi Putrajaya. Saya tak ada. Jadi sebab itu dalam soal ini saya nak beritahu Anwar Ibrahim - tak usah berselindung di belakang Rafizi. Suruh budak itu cerca saya. Kita berdepan mengenai soal kepimpinan dan integriti pemimpin. Itu yang perlu kita bincang,” katanya.

Zaid berkata semasa di dalam UMNO beliau juga tidak pernah melobi Perdana Menteri minta projek untuk kawan atau kroni.

“Saya tak pernah lobi Najib untuk apa-apa. Itu rekod saya dalam UMNO. Lain dengan rekod Anwar dalam UMNO. Rekod saya dalam UMNO tak ada minta projek untuk kawan atau kroni. Tak kanlah bila saya masuk PKR saya nak tukar bulu. Tapi Rafizi nak mainkan. Dalam kenyataan dia, dia kata ini budaya UMNO. Zaid bawa budaya UMNO dalam PKR. Tidak. Anwar yang bawa budaya itu,” katanya.

Zaid berkata tindakan Rafizi memburuk-burukkannya adalah atas suruhan Anwar yang bimbang kalah di Kajang.

“Anwar kata MCA cabarannya yang utama tetapi peluru berpandu diasah kepada saya. Jadi saya harap orang Kajang faham benda tu. Orang MCA tak tahu Anwar sebab mereka tak masuk UMNO. Saya ni tahulah. Saya sinipun sudah masuk dan sana pun saya ada. Jadi saya tahu.

“Politik Rafizi ini kotor. Semata-mata kerana dia berjaya memalukan Shahrizat dan NFC dan menang di Kampung Pandan dia rasa dah jadi hero besar. Saya nak ingatkan budak ini...dalam politik ini bila pemimpin bohong, fitnah orang, rakyat akan tahu, kalau tidak sekarang, kemudian,” kata Zaid lagi.

Menurut Zaid ada kemungkinan Rafizi  berhenti jadi Penasihat Ekonomi Selangor kerana tidak mendapat sesuatu dari Menteri Besar.

Maka dakwanya tidak hairan kalau selepas ini Rafizi akan spin cerita kononnya Khalid akan masuk UMNO hanya kerana menandatangani perjanjian air dengan Kerajaan Pusat.

Pada sidang akhbar itu juga mengedarkan kenyataan media untuk menjawab isu dakwaan Rafizi terhadapnya.


Thursday, February 27, 2014

Kronologi #KrisisAirSelangor - Keangkuhan PR bernilai RM3.5b dan hidup jutaan rakyat Selangor, WP


Kerajaan PR yang angkuh dan bongkak sanggup mempertaruhkan kehidupan dan keselesaan rakyat sehingga mereka terjebak dalam Krisis Air Selangor 2014. Jangan lupa tentang denggi, sampah dan banjir....



Apa di sebalik Krisis Air Selangor?





Kenyataan ANGKUH dan SOMBONG PR SELANGOR pada tahun 2010





Kerajaan PR terus ANGKUH dan SOMBONG pada tahun 2012.. sedangkan realitinya rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menanggung akibatnya...




Gambar 2012 - PR memang menyusahkan rakyat

Krisis Air


Berita 2013 - PR terus menyusahkan rakyat



Akhirnya Khalid Ibrahim akui keangkuhan dan kebahlolan dirinya... ish3 sadis sangat. Dengar amaran Syabas bahawa tindakan Kerajaan PR Selangor yang akan menganiaya dan menyusahkan rakyat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. Pada waktu yang sama, Syabas turut menegaskan bahawa cadangan Khalid dan PR sebagai tidak sensitif tentang keperluan air di hospital-hospital.





Akhirnya Khalid tanda tangan MOU selepas paksa rakyat Selangor, KL dan Putrajaya lalui keperitan dan risiko akibat ketiadaan air. Keangkuhan dan kebahlolan Khalid dan kerajaan PR ini mengakibatkan kos tambahan sebanyak RM 606 juta kerana penangguhan yang disengajakan sejak tahun 2008. 

Kerajaan BN yang dituduh angkuh oleh PR ini pula begitu bermurah hati menyelesaikan Krisis Air Selangor DEMI RAKYAT dengan bersetuju membenarkan Selangor mengurus sendiri bekalan air mereka, menyuntik RM 2 bilion untuk membantu kerajaan negeri bagi proses pengambil alihan saham dan memberikan lagi sejumlah RM900 juta untuk memastikan program mitigasi air dilaksanakan.




Popular Posts