Showing posts with label Unit Media Baru. Show all posts
Showing posts with label Unit Media Baru. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

@UnitMediaBaru (UMB) bukan pasukan 10 orang blogger yang pandu BMW



Ada orang bertanya kepada saya, mana lebih baik RM 10 juta untuk 10 orang blogger atau RM 100,000 untuk 100 orang facebookers? Jawapan saya, jika 5 tahun dulu mungkin RM 10 juta untuk 10 orang blogger, tetapi selepas PRU13, mungkin lebih baik RM100,000 untuk 100 orang facebookers tanpa menafikan blogger juga masih ada peranan dalam pertempuran siber hari ini.

Kenapa?

Zaman sudah berubah. 2008 adalah era kegemilangan blog dan portal media, tetapi 2013, medan tempur sudah beralih kepada media sosial.

Sebab itu bila BN memberi terlalu banyak perhatian kepada blogger dan portal berita, akhirnya  kesemua blogger dan portal media ini rupanya gagal menyaingi kelicikan dan penipuan 3,000 orang tentera berbayar Red Bean Army, baik blog dan portal bahasa Melayu, mahupun portal dan blog bahasa Inggeris, apa lagi jika blog tersebut hanya menyumbang kurang daripada 5 artikel sepanjang tempoh kempen PRU13.

Ia bukan kegagalan satu kumpulan, tetapi kegagalan sistemik dinosour-dinosour yang  merasakan bahawa kita masih bertempur dalam tahun 2008. Jangan tuduh satu-satu kumpulan sahaja yang gagal. Muhasabah dan nilai sendiri perhatian yang telah pemimpin dan bekas pemimpin BN berikan kepada kita semua walaupun ada di antara kita yang menolak daripada dilabelkan sebagai ahli UMNO dan BN. 

Itu adalah mukaddimah tentang satu lagi artikel yang akan ditulis dalam masa terdekat. Ini pula adalah siri ketiga artikel tentang Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO bagi membetulkan kekeliruan pihak yang mempunyai salah tanggapan tentang UMB akibat serangan pihak yang diarah menyerang UMB.

Apakah falsafah UMB?


Menyokong UMB bermaksud menyokong penggiat media siber pelbagai platform, terutama yang tidak diberikan perhatian oleh kepimpinan parti.


Bermula sebagai kumpulan kecil blogger, facebooker, penggerak multimedia kreatif yang sudi bergerak di bawah platform Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah kepimpinan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, jumlah penggerak UMB bertambah dari satu tahun ke tahun kepada satu organisasi yang disertai oleh oleh 49 blogger dan aktivis media sosial sepenuh masa dan 175 orang blogger dan aktivis media sosial yang membantu secara sambilan di seluruh negara. Di bawah BNYCT, UMB turut dibantu oleh hampir 1,000 orang sukarelawan siber.

UMB mempunyai pasukan siber di Pulau Pinang, Kedah, Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Kelantan, Terengganu dan Putrajaya. UMB lebih banyak memberi tumpuan kepada negeri-negeri yang dikuasai pembangkang walaupun di negeri tertentu, penggerak UMB tidak mendapat sokongan yang baik daripada pemimpin dan agensi negeri tersebut.

UMB mengendalikan organisasi multi-platform yang terdiri daripada pengendali blog, portal, facebook, twitter, saluran you tube, radio internet, live streaming, multimedia kreatif dan penggerak operasi khas.

Anggota UMB berpengalaman mengendalikan operasi Pilihan raya Kecil Manek Urai, Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Umum ke-13 di peringkat pusat, negeri Pulau Pinang, negeri Kedah, Wilayah Persekutuan, P125 Putrajaya dan P146 Muar

Anggota UMB juga berpengalaman mengendalikan operasi khas seperti Bersih 2.0, Bersih 3.0, 901, KL112, Sambutan Ambang Merdeka PR, Himpunan Lynas, Himpunan Hijau, Perhimpunan Agung UMNO, program-program, konvensyen dan muktamar parti pembangkang.

Selain itu anggota UMB berpengalaman mengendalikan dan membantu kempen seperti Persidangan Meja Bulat PTPTN, Tweet Merdeka, 1M4U, Himpunan Sejuta Belia dan Himpunan Jutaan Belia, Peluasan Penggunaan Twitter.

Anggota UMB turut berpengalaman membantu hebahan dan gerak kerja mahasiswa dan Pilihan Raya Kampus.

Blogger dan aktivis media sosial UMB juga mempunyai berpengalaman mengendalikan latihan latihan siber. 



UMB berusaha melahirkan seramai mungkin aktivis siber kerana berpendirian perang siber tidak boleh dimenangi hanya oleh 10-15 orang blogger elit dan terpilih semata-mata. Lebih ramai yang tahu, lebih bagus walaupun tahu, jika lebih ramai pejuang siber dilahirkan, akan ada lebih banyak persaingan.


Selain latihan, UMB turut menjalankan program-program pendampingan seperti Tweet-Up, Teh Tarik dan Coffee Corner.

UMB juga mempunyai pengalaman membantu latihan dan operasi jentera komponen BN Sarawak semasa PRN Sarawak dan jentera Pergerakan Pemuda parti komponen semasa PRU13.

UMB berterima kasih dan menghargai perhatian pemimpin tertinggi yang menjadikan UMB sebagai salah kumpulan dari sejumlah kumpulan yang membantu operasi war-room siber BN dalam  PRU13.

Jelasnya, berdasarkan perjalanan perjuangan UMB, UMB bukan tentang hanya 10 ke 15 orang blogger, sebaliknya kumpulan yang tidak lokek berkongsi ilmu dan peranan dengan seramai mungkin aktivis media siber asalkan mereka sanggup bekerja di bawah KPI dan peraturan yang ditetapkan oleh UMB. Walaupun begitu. saya akui, ada kalanya, sebagai blogger atau cybertrooper, adakalanya mereka terlupa dan terlanggar peraturan sedia ada.

Mereka ini merupakan pasukan penggerak di negeri-negeri yang pernah bernaung di bawah UMB sepanjang tempoh PRU13.









Terima kasih atas khidmat yang telah diberikan untuk UMB, ada yang sejak 2009 lagi. Terima kasih juga kerana sanggup bersusah payah bersama UMB walaupun tahu anda tidak mungkin dapat memandu kereta mewah ataupun bertukar kereta baru dengan compensation yang diberikan oleh UMB.


Monday, June 17, 2013

Isu UMB : Malaysian Insider tak beretika, mereka-reka cerita. Nak kena saman ke? @TM_Insider @NajibRazak



Memorabilia UMB - `The road less traveled' merakamkan suka duka perjalanan UMB dan sumbangannya sebagai jentera parti.

Psyche pemberita dan editor portal pro-pembangkang seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider (TMI) memang mudah dibaca. Mereka akan cuba mengambil kesempatan ke atas sebarang isu melibatkan Barisan Nasional (BN) dan dalam keadaan tertentu, out of desperation, mereka akan melakukan manipulasi dan spin yang melampaui batas. 

Saya ucapkan terima kasih kerana TMI memberi perhatian terhadap tulisan saya. Memang itu yang saya harapkan. Tetapi, apakah TMI tidak boleh berpegang kepada etika kewartawanan apabila memetik butiran yang hendak saya sampaikan melalui artikel saya? Apakah memang menjadi amalan TMI untuk mereka-reka cerita dalam laporan mereka?

Penulis berita, Md Izwan mungkin seorang wartawan mentah yang mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang lemah, tetapi, tidak mungkin TMI tidak mempunyai editor yang boleh mengesahkan berita dan membetulkan kefahaman pemberita di bawah jagaannya? 



TMI cuai dan gagal mengesan fakta - ayat pertama pun dah salah 

Silalah bertanya kepada mana-mana pengarang yang hebat. Ayat pertama paling penting bagi mereka sebelum menulis berita. Mereka akan mengambil masa yang agak lama untuk merangka ayat yang pertama sebelum mula menulis berita mereka. Malangnya, wartawan TMI ini masih mentah dan editor yang sepatutnya membimbingnya tidak teliti dan tidak menyemak hasil kerjanya.

Akibatnya, ayat pertama berita ini bukan sahaja salah dari segi fakta, tetapi turut menyeleweng dari segi maksud berbanding maksud artikel asal. Ini ayat pertama berita yang disiarkan oleh TMI -

KUALA LUMPUR, 16 Jun — Unit Media Baru (UMB) yang menjalankan tugas perang siber Barisan Nasional (BN) mendakwa dilayan seperti kelas kedua, kata pengerusinya Tun Faisal Ismail Aziz, sambil mempertahankan mereka tidak wajar dipersalahkan kerana prestasi buruk pada pilihan raya umum ke-13 lalu.

Apakah kesalahan fakta tersebut?

Pertama, rujuk artikel asal saya, TIDAK ADA di dalam mana-mana paragraf yang menyebut "UMB mendakwa dilayan seperti kelas kedua".

Kedua, TIDAK ADA dalam mana-mana paragraf, saya, Tun Faisal Ismail Aziz MENGATAKAN bahawa UMB dilayan seperti kelas kedua.

Ayat kedua menunjukkan kesalahan fakta yang lebih dahsyat lagi - 

Tun Faisal berkata tidak adil hanya pihak mereka dipersalahkan kerana dikatakan memainkan peranan, sebaliknya mempersoalkan sikap pemimpin atasan yang lebih mementingkan blogger-blogger upahan yang mementingkan wang.

Kesalahan fakta dalam ayat kedua adalah, pertama, TIDAK ADA sebarang kenyataan dalam artikel asal yang menyebut tentang blogger-blogger upahan dan merujuk sebarang kumpulan sebagai blogger upahan.

Kedua, TIDAK ADA juga kenyataan dalam artikel asal yang menyebut bahawa blogger-blogger upahan ini mementingkan wang.




Paragraf kelapan adalah rekaan semata-mata, 
mungkin akibat imaginasi liar wartawan TMI 


Dalam para kelapan, jelas TMI telah melanggar etika kewartawanan apabila menulis berita palsu. TMI melaporkan -    

Disamping itu, Tun Faisal juga mempertahankan blogger-blogger yang berada dalam UMB sebagai individu yang berpengalaman diperingkat akar umbi dan memahami keadaan semasa, bukannya seperti blogger upahan yang disifatkannya sebagai mereka yang seronok sendiri walaupun mempunyai pengalaman dan pengaruh yang luas di alam maya.

Jika dirujuk artikel asal, kesalahan pertama ayat ini ialah, TIDAK ADA sebarang perbandingan yang dibuat dengan sebarang pihak melainkan menyatakan fakta tentang pengalaman dan track record jentera siber UMB.

Saya telah membuka olahan tentang kedibiliti jentera UMB dengan ayat di bawah - 

"Bagi pihak yang hanya jadi alat untuk menyerang UMB, biar saya jelaskan serba sedikit track record blogger dan cybertrooper UMB"

dan menutup olahan dan artikel saya dengan ayat di bawah -

Jelasnya mereka ini mempunyai pengikut dan kekuatan tersendiri; dan yang paling penting, mereka bukan bukan menulis, berfacebook atau bertweet hanya dari dalam bilik, sebaliknya mereka orang yang masak dengan pengalaman operasi di lapangan.

Kesalahan etika yang kedua adalah, TIDAK ADA sebarang kenyataan yang menyebut "bukan seperti blogger upahan yang disifatkan sebagai mereka yang seronok sendiri.."

Saya harap pembaca boleh menilai sendiri etika kewartawanan dan kualiti pelaporan TMI yang diagung-agungkan selama ini oleh pembaca pro-pembangkang yang buta fakta. 

Jika anda pembaca yang adil dan rasional, saya yakin anda akan menyimpulkan bahawa TMI telah melanggar etika kewartawanan, bukan sahaja kerana ia telah membuat pelaporan yang salah, tetapi melakukan fitnah dengan mereka-reka cerita yang tiada dalam artikel asal.

Perbuatan TMI ini wajar dikutuk kerana memalukan profesion kewartawanan dan mungkin elok TMI mengambil tindakan membetulkan artikel yang disiarkan seperti yang dibuat oleh Malaysiakini di bawah - 




Malaysiakini sebelum ini ada membuat laporan yang salah mengenai komen saya mengenai blogger dan etika blogger selepas program Budi Bicara Twitter Jaya. Saya telah membuat teguran terhadap Malaysiakini dalam posting saya di bawah -



Wartawan Malaysiakini telah menghubungi saya selepas teguran ini dibuat dan menyiarkan artikel yang telah diperbetulkan. Saya telah memberikan komen terhadap artikel yang diperbetulkan di sini - 



Cadangan rakan blogger 1Peluru untuk meyaman TMI boleh dipertimbangkan. Saya akan meminta nasihat penasihat undang-undang UMB, Tun Mohamad Ammar Aziz tentang kemungkinan  menyaman TMI atas kesalahan laporan di atas.



Tun Ammar menang saman fitnah ke atas Harakah baru-baru ini


Nasihat saya kepada wartawan dan editor TMI, bacalah artikel itu berulang kali dan fahamkan maksud dan konteksnya. Jika tidak faham, jangan malu untuk bertanya. 

Saya suka menjelaskan di sini :- 


Pertama, UMB TIDAK dilayan sebagai kelas kedua. Jika UMB hanya di kelas kedua, tidak mungkin UMB diposisikan sebagai salah sebuah jentera utama di kalangan sejumlah jentera yang membantu kemenangan BN dalam PRU 13.

Kedua, dalam artikel itu saya tidak ada sedikitpun menyatakan bahawa saya kecewa kerana dipersalahkan, sebaliknya saya dan jentera parti, sama ada menggunakan nama UMB atau nama lain, sanggup memikul tanggung jawab yang lebih besar untuk mengetuai keseluruhan operasi BN; dan jika itu berlaku, barulah adil jika saya dan UMB atau apa sekali pun nama jentera parti tersebut, memikul tanggung jawab penuh sekiranya BN tewas.

Ketiga, saya telah nyatakan dengan jelas bahawa operasi siber BN TIDAK GAGAL. Saya nyatakan di dalam artikel saya bahawa, "UMB hanya salah satu kumpulan daripada banyak kumpulan yang membantu operasi BN semasa PRU13. Bagi saya, penyelarasan gerak kerja PRU13 sebenarnya tidak gagal. Tahniah kepada yang terlibat. Ianya jauh lebih baik daripada sebelum ini dan tentunya hasrat kita agar gerak kerja ini terus diperkemaskan lagi bagi menghadapi cabaran PRU14 yang lebih sengit."

Berkualiti sangatkah laporan TMI? 

Beretika sangatkah wartawan, editor dan portal TMI?

Nilaikanlah sendiri..... hancus!

Saturday, June 15, 2013

Pengarah sebenar Operasi Siber BN PRU13 adalah seorang khunsa?


Memorabilia UMB - merekodkan perjalanan UMB dari permulaan sehingga tahun 2012.


Seperti yang dijanjikan, ini adalah siri kedua penerangan untuk mengelakkan salah tanggap masyarakat terhadap Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO.

Maafkan penggunaan tajuk di atas - saja je...

Siapa sebenarnya KETUA PEGARAH / KETUA PENGARAH OPERASI / COO operasi siber Barisan Nasional (BN) PRU13? 

Adakah Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO? Adakah Menteri Penerangan atau Menteri Propaganda Datuk Seri Utama Rais Yatim? Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor? Datuk-Datuk Ahli Majlis Tertinggi? Setiausaha Akhbar Perdana Menteri? 

Atau adakah dia Presiden Bloghouse? Pengerusi UMB? Salah seorang dari lembaga jemaah pentadbir MyKMU? Pengerusi Nadi Rakyat? Pengerusi Kaukus Blogger-blogger bebas? atau siapa sebenarnya? 

Yang pastinya bukan Pengerusi UMB.

Jadi kenapa terdapat arahan serangan kononnya dari pegawai pejabat pemimpin tertinggi tertentu untuk mempertikaikan UMB sedangkan bukan UMB yang mengendalikan operasi ini secara tunggal dan sepenuhnya?



UMB sering dijadikan scapegoat oleh pihak tertentu untuk menafikan kegagalan mereka. Misalnya, bila kumpulan blogger tertentu gagal di dalam sesuatu misi, untuk mengelakkan diri dari dipertanggung jawabkan, mereka akan terus menyalahkan UMB sebagai jentera parti. Mereka akan kata KAMI BUKAN JENTERA PARTI, APA JENTERA PARTI BUAT? Sedangkan arahan dan peruntukan diberikan kepada mereka, bukan kepada jentera parti.

Trend yang sama juga berlaku selepas PRU13.

Bagi saya, kalau tidak ada pihak yang CUKUP BERANI untuk memikul tanggung jawab kegagalan sesuatu operasi dan jika semuanya hendak dipersalahkan ke atas UMB, TIDAK ADA MASALAH - beri kami penghak upayaan untuk mengetuai keseluruhan operasi. 

SENANG - kalau nak jentera parti buat, we are not short of talents to do it lah.

Jangan bila ada peruntukan, beri pada orang lain. Bila mesyuarat, panggil orang lain. Bila makan-makan ajak orang lain. Bila jalan sana sini ajak orang lain. Bila ada maklumat bagi pada orang lain. Bila operasi turunkan orang lain. Bila buat latihan, bayar orang lain atau guna modul yang bukan cadangan UMB - tetapi bila gagal, salahkan UMB. Banyak cantik...

Ini tak gentleman.

Hari ini kita tak mahu bercerita tentang siapa yang mengetuai operasi siber PRU13. Cukuplah untuk menyatakan, UMB hanya salah satu kumpulan daripada banyak kumpulan yang membantu operasi BN semasa PRU13. Bagi saya, penyelarasan gerak kerja PRU13 sebenarnya tidak gagal. Tahniah kepada yang terlibat. Ianya jauh lebih baik daripada sebelum ini dan tentunya hasrat kita agar gerak kerja ini terus diperkemaskan lagi bagi menghadapi cabaran PRU14 yang lebih sengit.






Bagi pihak yang hanya jadi alat untuk menyerang UMB, biar saya jelaskan serba sedikit track record blogger dan cybertrooper UMB. Antara mereka adalah blogger seperti Dr Novandri, Pisau, Kedah ke KL, Medan Tempur Kedah, Media Permatang Pauh dan ramai lagi. Belum masanya untuk menyenaraikan siapa blogger dan cybertrooper UMB, termasuk yang terlibat di dalam operasi-operasi khas. 

Kebanyakan blogger dan cybertroopers UMB telah melalui pengalaman turun padang dan menjayakan operasi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri berikut - 

PRK Manek Urai 
PRK Permatang Pasir
PRK Bagan Pinang
PRK Hulu Selangor
PRK Batu Sapi
PRK Galas
PRK Tenang
PRK Merlimau
PRK Kerdau
Pilihanraya Negeri Sarawak



Mereka juga terlibat merangka modul latihan perang siber, mengendalikan dan membantu mengendalikan sejumlah 32 program latihan, termasuk yang dianjurkan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dan melatih hampir 2,000 orang jentera siber di dalam UMNO sejak tahun 2009. UMB juga pernah diminta untuk memberi taklimat dan pendedahan mengenai perang siber, khususnya pengalaman Malaysia, kepada sejumlah pemimpin parti-parti politik dari negara-negara tertentu.




Selain itu, mereka juga merupakan antara penggerak utama yang membantu kempen dan  operasi berikut, Perhimpunan Bersih, Anti-Lynas, Bebas Anwar 901, Pro Aspirasi Mahasiswa, Jelajah Aman Kampus, Meja Bulat PTPTN, Demonstrasi PTPTN, Sambutan UMNO 66, Jelajah Destini Anak Bangsa UiTM, Bee Ant Blues Hari Belia Negara, Demonstrasi #JanjiBersih Ambang Merdeka, Promosi Tweet Merdeka 55 dan 1M4U.




Jelasnya mereka ini mempunyai pengikut dan kekuatan tersendiri; dan yang paling penting, mereka bukan bukan menulis, berfacebook atau bertweet hanya dari dalam bilik, sebaliknya mereka orang yang masak dengan pengalaman operasi di lapangan.


Popular Posts