Showing posts with label Sembrong. Show all posts
Showing posts with label Sembrong. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

[Video] Blogger - @HishammuddinH2O tidak mesra rakyat?



@HishammuddinH2O Tidak Mesra Rakyat?
http://keris7lok.blogspot.com/2012/01/hishammuddinh2o-tidak-mesra-rakyat.html


Dulu sebelum Keris ambil tahu tentang dunia politik Malaysia, Keris sering mendengar banyak cerita negatif tentang DS Hishammuddin Hussein namun persepsi sebegitu terkubur apabila melihat sendiri bagaimana kemesraan beliau dengan rakyat.

Apa yang Keris lihat untuk diungkapkan dalam bentuk kata-kata. Lihat sendiri melalui video diatas dan pembaca nilai sendiri.

Sumber : Putrajaya-Online

K7L : Kena kenal dulu baru kritik..jangan dengar cakap orang je...

Friday, November 4, 2011

Menteri Dalam Negeri - Seksualiti Merdeka cetus tidak puas hati majoriti rakyat @HishammuddinH2O





Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Forum Seksualiti Merdeka tetap tidak akan dibenarkan walaupun ada pihak yang mendakwa ia tidak menyalahi undang-undang dan dilakukan dalam bilik tertutup tanpa menjejaskan ketenteraman awam.

Katanya forum tersebut secara jelas mencemar budaya, cara hidup, moral & agama semua kaum di negara ini. Malah perbuatan segelintir minoriti ini ternyata telah menimbulkan rasa tidak puashati kepada majoriti rakyat kita yang berbilang kaum, katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Lembu Korban di Sembrong di sini, hari ini.

Tuesday, September 20, 2011

[Gambar] Semasa Perhimpunan Kami Benci @HishammuddinH2O


Hishammuddin Tun Hussein memang dibenci ramai. Begitu banyak gelaran yang diberikan kepada beliau. Beliau dibenci oleh bukan Melayu kerana kononnya keris yang dihunus beliau dahagakan darah mereka. Beliau dibenci kaum Melayu kerana dilihat kononnya takut untuk mengambil tindakan ke atas bukan Melayu yang mencabar kedudukan istimewa mereka. Penulis dan blogger menyerang beliau dari pelbagai sudut dan tindakan ini telah menyebabkan rakyat semakin benci kepada Hishammuddin. Itulah Hishammuddin Tun Hussein Menteri Dalam Negeri yang dibenci oleh ramai rakyat!

Mungkin blogger Minaq Jinggo juga percaya itulah Hishammuddin Tun Hussein. Jadi untuk membuktikan kepercayaannya betul, Minaq Jinggo sanggup menjejakkan kaki sehingga ke Sembrong untuk melihat dengan mata sendiri reaksi dan bahasa tubuh rakyat semasa Majlis Sambutan Aidil Fitri Parlimen Sembrong. Apa yang dilihatnya adalah di luar jangkaan.

Pepatah Inggeris menyatakan a picture is worth a thousand words - anda nilaikan sendiri.....

Akak tu geram sampai tarik telinga Hishammuddin












































Gambar diambil pada 18/9/2011 dari lensa Minaq Jinggo

Popular Posts