Thursday, March 5, 2009

Polemik PPSMI berterusan


Saya terpanggil untuk melanjutkan polemik program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bukan kerana saya beriya-iya hendak mempertahankan PPSMI, tetapi lebih disebabkan oleh sikap melampau penentang PPSMI yang sanggup memanipulasi, menipu, menyalah gunakan agama, bersekongkol dengan pihak yang mengenepikan perjuangan bangsa Melayu semata-mata untuk menentang PPSMI.

Sebagai kelompok yang mendakwa mereka lebih bijak dan berilmu, berhujahlah secara matang berlandaskan tradisi intelektual dan budaya ilmu. Janganlah mengemukakan hujah-hujah yang terlalu umum semata-mata untuk mengelirukan masyarakat. Bagi saya, apabila seseorang mengemukakan hujah yang bersifat terlalu umum, ia adalah manifestasi kecelaruan pemikiran pemiliknya.

E-mel yang saya terima daripada Mohamed Makhtar misalnya, menyebut bahawa “Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu yang sama seperti bahasa Inggeris jika kita berusaha. Kita ada Indonesia yang menggunakan sepenuhnya bahasaIndonesia. Bahasa dicipta oleh Allah SWT untuk sesuatu bangsa.” Beliau juga menyebut bahawa “pihak UNESCO/WORLD BANK ada mengesyorkan supaya pengajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa ibunda kepada negara-negara sedang membangun” dan “semua kajian akademik menunjukkan pengajaran PPSMI menyebabkan masalah besar kepada pelajar.”

Premis pertama saya ialah, saya tidak menolak sebarang usaha untuk memperkasa kedudukan bahasa Melayu di dalam negara. Malah dalam banyak keadaan saya terlibat di dalam usaha untuk memperkasa kedudukannya.

Ya, memang bahasa dicipta oleh Allah SWT untuk sesuatu bangsa, tetapi berapa banyakkah bahasa yang telah pupus atau sudah hampir tidak wujud lagi, termasuk bahasa qibti yang menjadi bahasa kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud a.s.? Tiada yang kekal dalam kalangan sesuatu yang baharu, termasuk bahasa; yang kekal hanyalah Allah SWT.

Benar, kita perlu berusaha memperkasa kedudukan bahasa Melayu. Soalnya kenapa berlaku kemerosotan penggunaan bahasa Melayu di negara kita? Ia tidak berlaku sejak tahun 2003, iaitu semasa PPSMI dilaksanakan, tetapi telah berlaku lebih awal lagi; mungkin sekitar 10 tahun sebelum itu lagi. Mengapa? bukan sebab PPSMI, kerana PPSMI belum wujud ketika itu. Saya percaya orang bahasa mempunyai jawapannya dan menyedari isunya.

Kedua, syor UNESCO dan Bank Dunia perlu dilihat di dalam konteksnya dan tahun syor tersebut dibuat. Syor Kesatuan Eropah sekarang sudah berbeza. Berikut adalah petikan dari dasar bahasa Kesatuan Eropah; “Dasar bahasa Kesatuan Eropah dalah menggalakkan multilingualism dan menyasarkan keadaan di mana setiap warga Kesatuan Eropah dapat berbahasa dalam sekurang-kurangnya dua bahasa asing sebagai tambahan kepada bahasa ibunda mereka. Ini berikutan gesaan pemimpin Kesatuan Eropah pada Mac 2002 di Barcelona European Council bahawa setiap kanak-kanak di dalam Kesatuan Eropah sewajarnya diajar sekurang-kurangnya dua bahasa asing sejak peringkat awal usia lagi. Content Language Integrated Learning (CLIL) merujuk kepada sebarang konteks pendidikan dwi-fokus di mana satu bahasa tambahan, iaitu seringnya bukan bahasa pertama pelajar terlibat, digunakan sebagai medium untuk mengajar dan mempelajari kandungan bukan bahasa.”

Ketiga, beliau silap kerana BUKAN semua kajian menunjukkan PPSMI ada masalah. Seperti yang saya sebutkan minggu lepas, secara umumnya, dari kajian dan tinjauan yang dibentangkan dalam Persidangan Meja Bulat PPSMI Pertama, didapati trend pencapaian dalam PPSMI tidaklah menurun.

Saya menyebut tentang kajian trend pencapaian pelajar yang mengukur pencapaian menggunakan skor dalam ujian sains dan matematik di semua peringkat, ujian diagnostik dan ujian kompetensi bahasa Inggeris guru tidak menunjukkan trend yang menurun, sebaliknya terdapat sedikit peningkatan.

Keputusan ujian diagnostik pada tahun 2006 dan 2007 misalnya, menunjukkan peratus pelajar yang memerlukan pemulihan dalam pelbagai konstruk telah menurun. Sebagai contoh, bagi konstruk Memahami Soalan dalam Bahasa Ingeris bagi subjek sains, peratus pelajar yang menghadapi masalah menurun sebanyak 13.2 peratus. Manakala bagi konstruk Menguasai Konstruk Pengetahuan bagi subjek matematik, peratus pelajar yang menghadapi masalah juga telah menurun sebanyak 20.2 peratus

Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP), Utusan Malaysia
Rabu, 4 Februari 2009

6 comments:

M.Saad said...

Tuan,
Alasan yang selalu digunakan oleh pencinta bahasa ialah kemerosotan peratus kelulusan bagi penduduk luar bandar.Ini adalah disebabkan kebanyakkan ibu bapa luar bandar terlalu berkira dalam menyediakan peruntukkan pendidikkan.Dan menjadikan alasan mereka tidak pandai bahasa inggeris untuk membantu anak2 untuk mengulangkaji pelajaran di rumah.Saya juga tinggal diluar bandar, tetapi saya berusaha membantu anak saya dengan membeli buku cerita berbahasa inggeris.Sekurang kurang nya dia mampu untuk berbicara dan tidak jauh ketinggalan daripada pelajar lain.
Hanya satu bahasa sahaja yang akan kekal iaitu bahasa al-Quran.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Ya, saudara benar, 'sadaqta wa barirta', tiada bahasa yg kekal melainkan bahasa alquran, begitu juga kandungannya. Bagaimanapun kita masih mempunyai ruang untuk mengekalkan bahasa Melayu, dengan syarat kita berusaha. Sepanjang tempoh beberapa tahun ini, saya melihat orang bahasa tidak banyak berusaha, tetapi lebih banyak berkata-kata, bersengketa dan membuat sengketa. Malangnya bahasa Melayu kerana orang bahasa begitu.

Anonymous said...

Hmm...cuba layari laman blog sanguru. http://yomogun.blogspot.com. Semoga pendedahan guru pakar fizik dan guru inovasi kebangsaan dapat membuka "pekung" PPSMI.

Anonymous said...

Pandangan dari Selat Tebrau - Singapura

Language policy: 'Malaysia will stagnate'


On Keep English for maths and science

Dr Syed Alwi Ahmad: As an on-looking Singaporean Malay, I find the rejection in Malaysia of the teaching maths and science in English to be somewhat strange.

Firstly, in today's globalised world, the international language of choice for science and technology is most certainly English.

There are millions of scientific books and journals written in English. Dewan Bahasa cannot possibly translate this vast scientific literature into Malay.

Therefore, if Malaysians fail to have an adequate command of the English language - they will have problems in the transfer of technology.

Secondly, some people have argued that nations like Japan, China and some European countries teach in their native tongue. But these nations are the advanced nations.

They are scientific powerhouses and are technologically advanced. They can afford to teach science and maths in their mother tongue. Can the same be said of Malaysia? Most definitely not.

Malaysia is a Third World country with very little indigenous technology. Comparing Malaysia to Japan is naive and foolish.

How many world-class scientists are there from Malaysia? How many reputable publications are produced by Malaysian scientists annually?

In the end, it is the future generations of Malaysians who will lose out in the international arena if science and maths are taught in Bahasa Malaysia.

High-technology investments will relocate elsewhere. Malaysia will stagnate. The proof of my views lie in the success story of Singapore which has chosen English in the teaching of science and maths in her schools.

[Ed, Will it erode 'jati-diri' as in Singapore? NO, because you have another 7 subjects in BM]

Unknown said...

Salam...

Saya bersetuju dgn saudara M. Saad. Kebanyakan ibu-bapa Melayu (tak semua) terlalu berkira bab pendidikan anak-anak. Untuk perkara-perkara lain, mereka sanggup berhabis-habisan, bergolok-bergadai biar papa asal bergaya. Perabot import, set home teater, semua boleh beli. Tapi bila nak belikan buku-buku yang boleh membantu pelajaran anak-anak mereka, berkira yg amat sangat! Home teater mengalahkan panggung wayang boleh pula dibeli, langgan Astro pula dengan pakej-pakej Movie yang mahal itu, tetapi kedekut nak belikan buku-buku pelajaran, sebuah komputer dan talian internet.

gapodio said...

Aku cukup tak puas hati bila orang bagi alasan perlu mansuhkan PPSMI sebab kesian kat budak-budak kg...
rasa cam nak gi luku kepala orang2 tu...

aku budak Kg dan Aku SOKONG PPSMI!!!

http://gapodio.blogspot.com/2009/03/ppsmiapa-sebenarnya.html

Popular Posts