Showing posts with label Parti Kelentong Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Parti Kelentong Rakyat. Show all posts

Friday, February 7, 2014

#PRKKajang Hujah @RafiziRamli dangkal! - @Faekah_qkn5, portal pro-PR #KajangBetrayal



Ha, ha, ha... RR --> Rafizi #Rumput. 

Saya tidak pernah melihat Rafizi sebagai pakar strategi, tetapi lebih kepada `Tukang Karut' atau `Kaki Kelentong'. Sebelum ini, saya telah buktikan bahawa projection atau unjuran Rafizi mengenai cadangan Pendidikan Percuma PR adalah salah. Selain itu, Rafizi juga didapati menipu apabila mengatakan cukai di Finland lebih rendah daripada di Malaysia. Rafizi bijak? Sori beb. Silalah lihat link di bawah untuk melihat kedangkalan hujah Rafizi :-

GST - Pemimpin PR @RafiziRamli @Imokman @DrDzul @KhalidSamad disekolahkan @GSTMalaysiaInfo lagi

[Video] Bicara Kampus #PTPTN: Unjuran @RafiziRamli salah!

Unjuran Rafizi untuk pendidikan percuma salah, unjuran #HargaKereta pun hancus #ManifestoBukanJanji




Bukan setakat Faekah, tetapi pembaca Malaysian Insider dan Malaysiakini juga mempersenda dan memperlekehkan Rafizi serta kedangkalan hujahnya. Baca artikel kelakar di bawah yang mempersendakan Rafizi....


KajangGate: The real, I mean it, the REAL 
reasons. Yes, it’s true. I swear. –
Uncomfortably Numb
http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/kajanggate-the-real-i-mean-it-the-real-reasons.-yes-its-true.-i-swear.-unco

Ladies and gentlemen, my name is Jaba Sadist and welcome to the exclusive interview by The Malaysian InsideUs with a PKR insider on the issue of the moment, KajangGate. Encik Insider, thank you for agreeing to this interview and welcome to The Malaysian InsideUs.

Yes yes, tenkiu tenkiu. I, in fact, should thank you for interviewing me. Because we really need to justify, eh... I mean, explain this issue to all of you peasants, eh... I mean beloved voters.

We need to explain so that there will be no misunderstanding. We love transparency you know. You know, transparent like that.... like see through like that... so we need to go on the ground to explain this stuff you know.

I mean by going to the ground I don't mean to say we need to kiss your feet lah... but you know la what I mean Jaba kan? We need to explain. Yes. Yes.

So, can you explain KajangGate please? Like transparent like that, okay?

Okay. You know Jaba, as the Chief Strategist of PKR, I have strategically put myself in all the strategic areas so that I could strategically strategise our strategies.

I have sent people everywhere, like spies like that you know. Then I found out that Prime Minister Najib might be removed by some dark forces, you know these dark forces arr... very not transparent one... very dark like that you know.

Who are these dark forces? Darth Vader?

Yes, yes, Darth Vader and his progenies, Darth Maul, Darth Sidius, Count Dooku like that.

These sure the Sith Lords who are going to defeat Prime Minister Najib and throw him out from the Presidency of Umno.

These Sith Lords are planning planning like that you know... and my spies told me this is going to happen very soon.

So?

Aaah... this is where people like you, Art Harun and all the peasants, eh... I mean the voters, don't know.

You all don't know because you all are not Jedis like us you know. You all are... err... for the lack of a better word... sorry eh... nothing personal... but for the lack of a better word, stupid and ignorant non-politicians.

You see, if the Prime Minister is thrown out and replaced....

Err...who do you think will replace him?

My guys have strategically told me that Dr M (Dr Mahathir) will be prime minister and Zainuddin Maidin will be deputy prime minister.

But they are not even MPs.

Aaah... you see, this is where you do not see Jaba. They will declare an emergency lah.

Then Dr M will become PM and Zai will become DPM. They will declare emergency in Selangor too.

And Pakatan rakyat will never ever get to be in Putrajaya if that happened. I mean, the whole galaxy will be ruled by the dark forces. You understand?

They will declare emergency like they did in Kelantan before lah. And the worse thing is this you know I heard... when they wrest control arr... they are going to send Zul Nordin to hug all the Indians on the street every day man... I mean, how lar like that... we need to save Selangor from this la bro.

But Pakatan is firmly in control in Selangor. Kelantan was different. There was a Constitutional crisis. And nobody seemed to have a firm majority. So the government of the day declared emergency and put Kelantan under Mageran. Selangor however, is firmly and definitely under Pakatan.

This is why I said you all don't know because you all are not Jedis like us, politicians, especially PKR politicians. You have to trust me when I say I know because I know. You know?

So, assuming you are right, how would KajangGate impact on this thingy you were telling me about?

You see, we need Anwar Ibrahim to be in Selangor, as an Exco member only ya, not as MB, just an Exco member. He can then prevent all these things from happening.

So, you are putting Anwar in Selangor Exco in order to save prime minister Najib from being unseated from Umno presidency and save his job as the prime minister? Is that what you are saying?

Yes. Anwar will save the prime minister from being sacked. And by doing that, Anwar will save Selangor and the whole Malaysia from being under an emergency.

Now, you mean to say that Selangor and the whole Malaysia will only be saved if Najib continues to be the prime minister?

Yes.

Now that's ironic, no?

You see, that's why I say you don't know jack shyte about politics, Jaba. That's why you are at The Malaysian InsideUs and not with us in the Parliament.

Okay, okay... assuming you are right... how would Anwar, being an Exco member of Selangor state government, prevent what you said will happen from ever happening.

Eh, that one secret la bro.

Eh, what happen to transparency, like see through like that?

Ya lah. Transparent also got place we cannot be so transparent lah. Like all transparent how to walk in public la. Nanti semua nampak, apa hal bro?

But really, how is he going to do that?

Okay lah... you know DSAI la Jaba, he can prevent things from happening just by being there you know. I mean, I have seen him making things happen just by being there.

You see Selangor makes 2.8 billion reserve. Who is there?

Then you see, erm... what else arr... lemme see... you see... erm.... never mind lah... one example enough la okay...

Okay. Now what if what you said will happen, do not happen at all?

I promise you, Anwar will quit politics and become a lecturer. For real, this time.

And you?

I would quit and become his student.


Baca lagi artikel yang mempertikaikan Rafizi -

The ‘Kajang betrayal’ and Princess Diana



Friday, May 31, 2013

[Gambar] 300,000 penyokong tegar #BlackOut505 kecewa dengan tindakan Anwar



Budak PR memang suka ditipu dan senang ditipu. Kenapa lah keluarga mereka tidak beri tunjuk ajar supaya mereka tidak terus ditipu? Lawak, memang lawak... beribu-ribu berkumpul, menjerit bagai nak rak, last-last report dakwat kekal.. sama macam cerita PI Bala disorok oleh Perdana Menteri dan BN. Beriya tuduh, last-last geng AMK yang sambut PI Bala di lapangan terbang. Lawak..


alkisah cerita perhimpunan blackout!! memang goyang bn!!

hebat! hebat! pukulan perhimpunan blackout selepas pakatan rakyat atau cerita senanglah, anuar ibrahim tak leh terima kenyataan yang dia tak jadi pm, dia tuduh spr tak telus, sebab ada unsur undi tipu atau senang cerita jugalah ada pengundi hantu... dan paling best cerita blackout...

jeng.. jeng.. geng-geng otak hitam pun berkumpul... perhimpunan pertama di stadium kelana jaya, eeeeeee... gerunnya i... habislah bn camni... eeeeeee... di kelana jaya sahaja 38 juta orang hadir...


 lepas tu buat kat batu kawan, 25 juta hadir!! gulp....

 mr anuar iblahim melambainya pun tangannya ke atas worang ramainya adui..

 berikut adalah perhimpunan di seluruh semenanjung, cuma di amcorp mall je tak letak.. malas.. hehe

nak dijadikan cerita, punyalah haram gempak buat perhimpunan blackout, di jaja punya haram power kata memang ada blackout sewaktu penggiraan undi berlangsung, sampai macai sanggup beli t-shirt hitam gelap gelita macam negro semata-mata percaya memang sah blackout berlaku. berhimpun sampai sanggup berhujan panas.

sampai hari-hari perkataan blackout ni dah jadi sinonim, makan, tido, berak, kencing, menguap, tak lekang perkataan blackout ni... sampai ada yang lupa asal usul, lupa keturunan, lupa anak bini.. hehe lupa jalan pulang dan macam-macam lagilah.

maka pada hari di tunggu-tunggu untuk si ketua penipu itu buat laporan polis hal berkaitan penipuan pilihanraya, masa tu semua dah kata "yes yes yes" dah, ada yang melompat-lompat riang di luar balai polis kerana anuar ibrahim akan membuat laporan polis berkenaan bukti panas. siap bertepuk sakan macai-macai dan berkatahabislah kau bn, bukti dah ada dah ni, nak buat report je ni.. habislah kau najib!!!

tup tap tup tap, ingatkan hal blackout yang dia jaja satu malaya tu yang dia laporkan, sekali hanya dakwat kekal yang tak kekal je dia buat report? huk aloh.. keh keh keh... mana cerita dan bukti blackoutbukti 40 ribu bangla? kenapa tak buat laporan sekali wei? hahahahah... terlopong macai.. ada termencarut dalam hati.. shit, aku kena tipu ke camne ni.. hahaha...

 anuar ibrahim membuat laporan tentang dakwat kekal yang tidak kekal..

mana ada kekal dakwat ni, kata anuar ibrahim.. 

jadi kesimpulannya saja nak buat hot je cerita propaganda blackout kau ye, oii dah kalah dah lah, tunggu lah pru14.. huk aloh woii.. hahaha..

Monday, November 28, 2011

[Gambar] Kongres Nasional PKR kosong? #PartiKeluarRamai2



Setiausaha Agung PKR (Parti Kelentong Rakyat) Saifuddin Nasution begitu mearah sehingga meroyan dalam ucapannya bila menempelak pemimpin dan wakil rakyat parti itu yang GAGAL diri ke program Kongres PKR. "Saya kecil hati sebab ada wakil rakyat yang tak dapat datang. Kita tak boleh jadi wakil rakyat, ahli parlimen atau apa sekalipun tanpa platform parti. "Ada 365 hari setahun, bloklah tiga hari untuk kongres. Apa alasan tak dapat datang? Tak ada duit?"

*Gambar - terima kasih blogger Hak Malaysia. Untuk maklumat selanjutnya sila ke blog beliau:

Monday, September 26, 2011

#Hudud Siapa munafik - P.Ramlee, Nik Aziz atau Guan Eng?



Mungkin Nik Aziz Nik Mat lupa apa yang pernah dia katakan sebelum ini dan kita mahu ingatkan;
  1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
  2. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
  3. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihan raya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.
  4. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.


Dialog P.Ramlee - "Kamu kan tau dia tu penipu, muka dia pun muka penipu; yang kamu berdua bijak pandai yang boleh kena tipu dia tu pasal apa? Kamu berdua yang bodoh! ; "Hamba bodoh tuan"


KUALA LUMPUR 25 Sept. – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletak jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadi negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Beliau mengulangi kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini bahawa parti itu tidak akan menerima hudud atau idea membentuk sebuah negara Islam sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya.

“Jika anda berkata sebarang perkataan dalam prinsip bersama dalam Buku Jingga itu menyebut tentang hudud atau negara Islam, saya fikir bukan sahaja saya tetapi semua anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan meletakkan jawatan.

“Kami adalah parti yang berprinsip dan pemimpin berpegang pada prinsip, jadi tidak ada jalan bagi pemimpin yang berkata selepas memegang tampuk kuasa di Putrajaya akan melaksanakan hudud dan menubuhkan kerajaan Islam. Tidak mungkin kerana ia bukanlah dalam rangka dasar bersama.

“Pendirian kami jelas, kami tidak menerima hudud ataupun sebuah negara Islam,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, mengadakan hukum hudud atau sebuah negara Islam tidak pernah disebut dalam Buku Jingga pakatan dan ketiga-tiga parti hanya bersetuju menyatukan rakyat Malaysia di bawah prinsip bersama yang antara lain bagi tujuan kebebasan, keadilan dan demokrasi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, pemimpin tertinggi pakatan pembangkang akan bermesyuarat Rabu ini untuk membincangkan rancangan Pas melaksanakan hukum hudud.

Beliau berkata, isu berkenaan akan dibincangkan di kalangan pemimpin pembangkang itu pada mesyuarat bulanan mereka di Ibu Pejabat Pas di sini yang dijadualkan bermula pukul 8 malam.

“Mesyuarat itu pada mulanya untuk membincangkan Bajet Pakatan 2012, tetapi oleh kerana ada isu lain yang perlu diberi tumpuan, adalah wajar bagi pemimpin-pemimpin berkenaan membincangkannya pada mesyuarat tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Monday, August 1, 2011

Senarai yang tinggalkan Anwar semakin meningkat.. #PapaJahat


Pembangkang mula sisih Anwar

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

Anwar Ibrahim mengadakan sidang akhbar bersama Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang, Mustafa Ali dan lain-lain pemimpin pembangkang mengenai pilihan raya kecil Kota Seputeh selepas mesyuarat khas Pakatan Rakyat di Parlimen pada 2009.

PADA 25 Julai lalu, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chandra Muzaffar berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah liabiliti kepada pembangkang.

Pelbagai masalah moral yang melumuri Penasihat PKR itu telah menyebabkan dua rakan sekutu parti tersebut iaitu Pas dan DAP pening kepala. Mereka memerlukan Anwar tetapi Anwar sendiri banyak masalah.

Justeru bukanlah satu yang menghairankan apabila wujudnya dakwaan bahawa pembangkang kini terutamanya Pas berusaha memancing Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai pembangkang bagi menggantikan Anwar.

Pelawaan itu didakwa dilakukan memandangkan majoriti pemimpin-pemimpin pembangkang mungkin semakin yakin bahawa Anwar tidak akan terlepas dalam kes liwat melibatkan pembantu peribadinya Mohd.Saiful Bukhari Azlan.

Oleh itu pembangkang perlu mencari alternatif bagi memastikan pakatan mereka tidak kehilangan nakhoda.

Tengku Razaleigh dipilih mungkin kerana berdasarkan rekod bahawa beliau pernah menyatukan pembangkang suatu ketika dulu melalui Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Barisan Alternatif.

APU melibatkan kerjasama antara Parti Melayu Semangat 46 (S46) pimpinan beliau dengan Pas, manakala Barisan Alternatif pula melibatkan S46 dengan DAP.

Dua kerjasama berkenaan diwujudkan kerana pada masa itu, Pas dan DAP tidak boleh berada sekapal berbanding sekarang yang sudah boleh tidur satu katil, satu bantal, satu selimut biar pun mimpi berbeza.

Bagaimanapun penulis tidak berhasrat untuk menghuraikan soal kedudukan atau pendirian Tengku Razaleigh, apa yang hendak ditegaskan ialah bagaimana sokongan terhadap Anwar semakin luntur dalam pakatan pembangkang sendiri.

Sememangnya sentimen tidak mahukan Anwar bukanlah baru malahan ia sudah lama wujud terutamanya di kalangan penyokong-penyokong Pas. Mereka merasakan masalah moral Anwar banyak menjejaskan kredibiliti pakatan pembangkang dari semasa ke semasa.

Menurut pengikut Pas mereka sudah letih apabila perlu berhujah setiap masa bagi mempertahankan Anwar dan ini termasuklah kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin kanan itu yang terpaksa ‘bersilat’ bagi membela Anwar dalam isu melibatkan moral ketua pembangkang berkenaan.

Malahan kadang kala dalam tindakan itu, imej Pas sebagai sebuah parti Islam terjejas. Ia termasuklah apabila Abdul Hadi membuat kenyataan bahawa rakaman video tidak boleh menjadi saksi kerana ia adalah ‘besi’.

Kenyataan itu biar pun menggembirakan Anwar dan penyokongnya tetapi menjadi bahan jenaka di kalangan rakyat. Pas dilihat benar-benar tersepit kerana terpaksa berhujah apa sahaja untuk mempertahankan Penasihat PKR tersebut demi kepentingan politik bersama.

Pas juga semakin tersepit apabila dilihat terlalu bergantung kepada Anwar demi meraih kuasa sehingga sanggup mengenepikan yang benar itu benar dan yang batil itu batil.

Parti itu berbuat demikian bukan kerana merasakan tidak bersalah tetapi terpaksa melakukan sandiwara politik demi kepentingan pakatan pembangkang.

Bagaimanapun akhirnya, Pas mungkin mula menyedari bahawa Anwar tidak selamanya perlu dibela. Alternatif perlu dicari bagi memastikan tidak berlaku kekosongan jika Anwar terpaksa kembali ke penjara Sungai Buloh.

Oleh itu, mahu tidak mahu demi survival politik pembangkang terutamanya dalam mencapai impian ke Putrajaya, pengganti Anwar perlu dicari.

Pas tidak mahu memilih di kalangan pemimpin DAP untuk menjadi ketua begitu juga DAP mereka sudah pasti sampai kiamat pun tidak akan membenarkan mana-mana pemimpin Pas menjadi ketua pembangkang selagi mereka ada kekuatan. Justeru alternatif di luar pakatan dicari dan Tengku Razaleigh dilihat pemimpin paling layak.

Anwar sudah pastilah kecewa dengan perkembangan ini kerana tidak menyangka bahawa Pas akan mengamalkan politik tikam belakang.

Di hadapan umum, mungkin Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang lain akan menafikan apa yang sedang berlaku tetapi secara tersirat Anwar sememangnya sudah tidak diperlukan lagi oleh pembangkang.

Tambahan pula, satu kajian baru-baru ini menunjukkan sokongan rakyat termasuklah di kalangan kaum India dan Cina terhadap Anwar semakin merudum di seluruh negara.

Ia ditambah pula dengan jumlah kehadiran ke majlis-majlis ceramah Anwar yang dikatakan merosot teruk. Sokongan yang semakin merosot kepada Anwar juga turut menyeret parti pembangkang yang lain terutamanya Pas.

Semua ini memberikan petunjuk kepada pemimpin-pemimpin pembangkang lain terutamanya Pas bahawa Anwar bukanlah harapan baru mereka, sebaliknya Anwar adalah bebanan yang harus dilepaskan jika pembangkang berhasrat meraih sokongan rakyat.

Apatah lagi berbanding dengan pemimpin-pemimpin pembangkang lain sama ada daripada DAP mahupun Pas tidak pernah berlaku di kalangan mereka yang berhadapan dengan dakwaan masalah moral yang begitu buruk seperti mana dihadapi oleh Anwar.

Semua ini sudah tentulah telah lama berada dalam kotak pemikiran pemimpin-pemimpin pembangkang yang pada mulanya melihat Anwar ‘anugerah Tuhan’ untuk mereka.

Apa pun sudah jelaslah kini bahawa Anwar tidak lagi pemimpin kebal atau ulung dalam pembangkang. Beliau kini perlu bersedia untuk disingkirkan bila-bila masa.

Anwar mungkin akan berusaha untuk menghalang apa yang dirancang itu menjadi kenyataan tetapi ia sekurang-kurangnya memberi isyarat kepada beliau bahawa sudah ada gerakan untuk menyingkirkan beliau daripada menerajui pembangkang.

Hasrat menyingkirkan Anwar itu juga menunjukkan selama ini Pas dan DAP amat memahami sejauh mana kekuatan PKR.

Jika PKR kuat sudah pastilah tidak akan wujud usaha untuk menggantikan Anwar sebagai pemimpin utama pakatan pembangkang tetapi PKR tidak ada apa-apa kekuatan.

Selama ini PKR wujud atas ehsan Pas dan DAP, jika kedua-dua parti itu tidak memberi bantuan sewajarnya, PKR tidak akan ke mana.

Ia termasuklah bersikap baik hati seperti mana ditunjukkan oleh Pas yang sanggup mengorbankan kerusi selamat mereka kepada PKR demi kerakusan ingin berkongsi kuasa, kesudahan Pas pula yang dilihat bagaikan ‘melukut di tepi gantang’ – satu status yang sepatutnya disandang oleh PKR jika dikaji dari segi sejarah parti masing-masing.

Apa pun Anwar kini semakin memahami betapa bahayanya politik tikam belakang - satu amalan politik yang tidak asing lagi bagi beliau sama ada semasa dalam pembangkang atau kerajaan suatu ketika dulu.

Friday, April 29, 2011

Cybertroopers berbayar PR guna duit rakyat negeri Selangor? #saveSgor


Blogger Tinggalkan Satu peluru mendedahkan kisah Kerajaan PR Selangor sekali lagi menyalah gunakan wang rakyat untuk gerak kerja politik PR di negeri itu. http://1peluru.blogspot.com/2011/04/duit-rakyat-unt-bela-cybertrooper.html

Sebelum ini heboh dikatakan tentang wang rakyat yang digunakan untuk membayar penginapan perwakilan PKR, menggerakkan demonstrasi jalanan, membiayai biaya peguan ADUN PKR dan membiayai akhbar dan media PR. Hari ini sekali lagi dibuktikan bahawa 'good governance' atau tadbir urus yang baik sebenarnya tidak diamalkan oleh kerajaan PR Selangor.

Apa guna berjanji, jika tidak mahu ditunaikan. Pakatan Penipu Rakyat memang tidak boleh dipercayai!

Popular Posts