Showing posts with label Patriot. Show all posts
Showing posts with label Patriot. Show all posts

Friday, December 13, 2013

Jurutera saran TUTUP saja PROTON! Siapa yang suka?



Apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya - Jurutera


[TERKINI] JURUTERA PROFESIONAL JAWAB CEMUHAN PENGKRITIK KERETA NASIONAL

Friday, 13 December 20130 comments


APABILA Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord.

Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini. Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa fakta berikut:

1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.

2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda, mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham.

3- Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang ‘super-kompetetif’. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama empat minggu kerana tiada permintaan. Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak AUD$600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini?

4- “Rebadging” atau penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang aib dalam industri automotif. Pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors (GM), telah melakukan strategi ini terhadap puluhan model kenderaan mereka. Cuba bandingkan Chevrolet Tahoe dengan Cadillac Escalade, dan Chevrolet Lumina dengan Holden Redline, kita akan nampak jelas bahawa perbezaannya hanya pada lambang jenama dan hiasan dalaman. Benar, jenama-jenama ini di bawah satu syarikat yang sama iaitu GM, namun dari sudut strategi, tidak ada bezanya antara kedua ini. Bahkan kritikan yang sama tidak pula diberikan kepada Perodua di atas strategi mereka “rebadging” model Myvi dan Daihatsu/Toyota, hanya kerana mereka ada kerjasama rasmi dengan Toyota. Model Perdana yang baru ada kerjasama dengan Honda bahkan Saga yang pertama dahulu pun ada kerjasama dengan Mitsubishi. Kritikan yang “pilih kasih” menyebabkan Proton menjadi ibarat “punching bag”. Buat apa pun dikira salah.

5- Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton, agar tidak ada lagi “punching bag” tempat melepas geram dan kemarahan. Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia. Tak payah susah-susah buat kereta sendiri.

Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu “Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?”

Akhir kata, saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak pernah membeli Proton, tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia. Dengan cabaran masa kini, Proton tak “bungkus” pun dah kira mujur.

Ya betul, jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda, tak perlulah membelinya. Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas “Saya tak suka Proton”. Namun, yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton, malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton, sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya. Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka.

Engr. Hj Norzafry B Norhalim
Mantan Presiden Pembina

Norzafry adalah seorang jurutera muslim berjiwa besar, merupakan graduan kejuruteraan di sebuah universiti di Australia. Kini berkhidmat di salah sebuah syarikat besar di Arab Saudi. Pernah menjadi Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) bagi tahun 2011/2012.

Sunday, October 23, 2011

Pentas Patriot Meriah

Dipetik dari blog Double-Y

Pejuang Negara & @khairykj Gegarkan Pentas #PATRIOT Di Bkt. Kepong


Bukit Kepong menjadi lokasi pertama Pemuda UMNO Malaysia untuk memulakan siri jelajah Pentas Patriot yang diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dan kesedaran mengenai fakta-fakta dan peristiwa sejarah negara kepada semua rakyat terutama golongan muda.

Patriot yang diilhamkan oleh Pemuda UMNO Malaysia ketika menjelang demontrasi Bersih 2.0 pada Julai yang lalu kini memulakan siri ceramahnya di Bukit Kepong semalam dengan membawa beberapa bekas pejuang negara antaranya Datuk Temenggong Kanang anak Langkau dan Tn. Shafie Bin Bakri Presiden Bekas Polis Malaysia.

Siri Jelajah Pentas Patriot dimulakan dengan ucapan berapi Lokman Adam yang menyerang PAS dengan mengemukakan fakta berhubung pembohongan mengenai penutupan kilang arak, pusat hiburan yang dijanjikan ketika pilihanraya 2008.


Kanang anak Langkau menerima tepukan gemuruh dari penduduk Bkt. Kepong

Siri jelajah ini difahamkan diadakan demi memperbetulkan kembali fakta sejarah yang telah diseleweng oleh Mat Sabu dalam ceramahnya sebelum ini yang telah mengatakan bahawa anggota polis yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong merupakan tali-baru British dan bukan wira negara. Sebaliknya Mat Sabu bertindak mengiktiraf Mat Indera dan komunis sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Tindakan bengong Mat Sabu telah mengundang bantahan pelbagai pihak terutama sekali waris-waris anggota polis yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong, malah beratus laporan polis dibuat ke atasnya selepas rakaman ceramah tersebut dimuat-naik di youtube dan disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan.

Pentas Patriot Unik

Siri jelajah Pentas Patriot Malaysia Tanahairku bagi saya ianya agak unik dan ada sedikit kelainan daripada siri ceramah yang selalu diadakan oleh Pemuda UMNO sebelum ini. Selain menampilkan bekas pejuang negara, siri ceramah ini turut diselitkan dengan tayangan pentomin yang dilakonkan oleh beberapa anggota polis.


Pentomin ini bagi saya bagus jika diteruskan dalam setiap siri jelajah Pentas Patriot, kerana babak-babak yang ditayangkan mampu untuk menarik golongan muda yang mana mereka ini kadangkala tidak begitu berminat untuk mendengar ceramah. Dengan adanya pentomin ini mesej dan fakta sejarah yang cuba disampaikan mampu diterima oleh semua lapisan masyarakat termasuklah anak-anak kecil.

Aksi bagaimana anggota Polis Bkt. Kepong mempertahankan balai tersebut.
Babak komunis menyerang Balai Polis Bkt. Kepong

Datuk Temenggong Kanang anak Langkau dalam ceramah ringkasnya menyatakan perasaan marah terhadap Mat Sabu kerana menggangap para pejuang dan rakan-rakannya yang terkorban dalam menentang komunis sebagai tali-barut British.

Tn. Shafei Bin Bakri pula menganggap tindakan Mat Sabu yang menghina anggota polis yang terkorban dalam peristiwa Bkt. Kepong sebagai satu penghinaan besar daripada pemimpin parti yang bertopengkan Islam kepada anggota-anggota polis. Kenyataan tersebut merupakan kenyataan jijik dan bodoh yang dibuat demi meraih populariti daripada pemimpin DAP.

"Agi Idup, Agi Ngelaban"...

Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia pula dalam ceramahnya memberikan input dan fakta-fakta yang berguna mengenai sejarah negara, malah secara sinis mengatakan bahawa Mat Sabu merupakan bakal Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat jika mereka memerintah kelak yang disambut dengan gelak tawa para hadirin.

"Memandangkan Ketua Umum mereka berhadapan dengan pelbagai salah laku moral, Lim & Son's tak layak jadi PM ikut perlembagaan, Hadi pula sudah tua, Nik Aziz lagilah tua...jadi hanya Mat Sabu sahaja yang layak jadi PM, dan adakah pada waktu itu Mat Sabu akan bentang bajet dan memberikan pencen dan wang sara hidup kepada anggota komunis?" soalnya.



Secara keseluruhan saya melihat siri jelajah Pentas Patriot Malaysia Tanahairku yang akan memulakan siri jelajahnya selepas ini bakal menutup 'kegagalan' Pemuda Patriot ketika demontrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai yang lalu.

Gambar menarik :













YY : Membela para pejuang negara, beri penerangan mengenai fakta sejarah kepada setiap lapisan masyarakat... Angkat topi untuk siri jelajah Pentas Pemuda Patriot...!

Wednesday, June 29, 2011

Patriot – Malaysia Tanahairku



Siapa kami?

Semua rakyat Malaysia yang;
  • Sayangkan negara dan sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan kedaulatan, maruah, nama baik, keamanan dan kemakmuran negara.
  • Mengambil berat dan inginkan masa depan negara dan rakyat yang lebih baik
  • Bersikap konstruktif, saling hormat menghormati dan mengutamakan permuafakatan dalam melaksanakan pembaharuan
  • Menolak budaya politik jalanan dan hostile serta menyelar sebarang tindakan yang boleh menyebabkan ketidak selesaan terhadap rakyat dan mengakibatkan kekacauan melanda negara.




Kenapa? Matlamat?

  • Terdapat pihak yang sanggup melakukan dan mempolitikkan apa saja tanpa mengambil kira keamanan dan keamanan negara, keharmonian kaum dan agama, keselesaan rakyat, pendapatan pemandu teksi dan peniaga kecil, nama baik dan keyakinan terhadap ekonomi dalam negara demi mencapai maksud politik dan kumpulan yang sempit.
  • Patriot akan membantu negara dari segi memberi input yang baik bagi untuk memastikan kebajikan rakyat diutamakan dan usaha memaju dan memakmurkan negara dapat dilaksanakan oleh kerajaan, parti politik, NGO dan setiap rakyat Malaysia
  • Bagi tujuan 9 Julai 2011, matlamat utama Patriot adalah untuk;
Menghimpunkan seramai mungkin rakyat Malaysia yang sanggup melakukan apa saja demi untuk mempertahankan kedaulatan, maruah, nama baik, keamanan dan kemakmuran Negara
Membawa sebanyak mungkin suara rakyat Malaysia, terutama suara majoriti senyap agar pandangan dan kehendak mereka dapat dirasai oleh pemimpin dan rakyat negara ini

Bagaimana?

Menyampaikan pandangan majoriti senyap rakyat Malaysia kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak-pihak yang berkaitan tentang:

  • Sistem Pilihan Raya di negara ini dan Suruhanjaya Pilihan Raya
  • Muslihat Bersih dan pendekatan jalanan mereka
  • Menghimpunkan seramai mungkin rakyat Malaysia agar suara mereka yang berkecuali dapat dirasai
  • Berusaha sebaik mungkin untuk memastikan keselesaan orang ramai tidak terganggu semasa himpunan ini
  • Berusaha untuk melindungi golongan-golongan seperti peniaga, pemilik gerai dan pemandu teksi agar mata perncarian mereka tidak terjejas dan harta benda mereka mengalami kemusnahan setiap kali demonstrasi jalanan berlaku.

-http://patriotmalaysia.blogspot.com/

Popular Posts