Wednesday, July 17, 2013
#KualaBesut - Kantoi! Pas sebenarnya yang rampas tanah rakyat Kg Lay Out
Thursday, December 29, 2011
Pemimpin Pas rompak hasil melalui Ladang Rakyat Kedah? #saveKedah
TERPANAS!! LADANG RAKYAT KEDAH, PROJEK HITAM PERAH RAKYAT DAN BALAK KEDAH!!
Tuesday, September 6, 2011
#Bersih Mat Sabu langgar perintah mahkamah pun boleh tuntut bil?


Tuesday, August 30, 2011
[Video] Haiya, ini apek Guan Eng, orang belum tanya u sudah cakap tau.. @cmlimguaneng
Monday, August 29, 2011
Dialog Mat Sabu dengan pemimpin DAP yang sempat dirakam? @JohariTeh
Komunis 1: Mat(Indera), lu mesti jaga-jaga. Kita mau lagi manyak org melayu masuk kita punya parti. Bukan masuk itu AP
Mat: Apa guna banyak-banyak? Nanti kita semua susah!
Komunis 2: Lu mesti ingat. Ini kawasan Melayu. kalau ada banyak org Melayu sokong, baru kita boleh menang.
Mat: Itu mmg betol, saya tau. Byk susah la. Ini org melayu byk kuat sembahyang.
Komunis 1: Haa! Kalau itu mcm, lu misti campur diorang sembahyang, perlahan-perlahan you cakap pasal parti!
** Mcm familiar je script perbualan antara komunis dgn "org kuat sembahyang" nih.
Saturday, June 18, 2011
Nanyang - Pembohongan Pas tentang Negara Berkebajikan

Thursday, June 2, 2011
Wednesday, May 18, 2011
Muktamar Pas - perwakilan kena pilih yang betul-betul Islam, bukan alat orientalis Barat dan #balaciDAP

Thursday, April 29, 2010
RM 4 juta: Blogger Pas dibayar rupanya

Pertama: bertentangan dengan andaian popular bahawa blogger Pas tidak dibayar, rupanya blogger Pas dibayar. Bukan saja dia dibayar, malah dibayar begitu tinggi.
Kedua: dia dibayar untuk mewujudkan persepsi buruk, iaitu suatu tujuan jahat.
Ketiga: banyak juga sumber Pas yang tidak diketahui halal dan haramnya. Kita yakin sumber untuk membayar Kickdafella tidak datang dari wang sedekah yang dikutip semasa ceramah-ceramah Pas. Mungkinkah datang dari duit balak atau sumber yang sama yang menaja biaya mengerjakan haji untuk Nik Aziz Nik Mat dan keluarganya?
Saya yakin Kickdafella tidak berbohong. Jika kita turun ke bawah pun, kita dapat melihat peralatan yang digunakan oleh blogger Pas dan PKR seperti kamera, kamera video dan komputer riba lebih canggih dan mahal berbanding blogger UMNO.
Berbanding blogger Pas, saya mengenali ramai blogger UMNO dan pro-UMNO yang bekerja tanpa peralatan yang cukup dan menggunakan apa saja yang mereka ada, termasuk hanya telefon bimbit untuk merakam berita.
Mungkinkah jika blogger UMNO dan pro-UMNO dibayar sedemikian rupa, tugas mereka akan menjadi lebih berkesan?
Berita mengenai pendedahan Kickdafella boleh dibaca di sini:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
'Saya terima RM4 juta'
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my
KOTA BHARU 28 April - Seorang penulis blog mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.
Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella membuat dakwaan tersebut dalam laman blognya selepas beberapa pihak termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan mengecam dan mempertikaikan sumbangannya terhadap parti.
Beliau turut mencabar pihak-pihak terbabit supaya menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu dan dari mana sumber peruntukan yang disalurkan kepadanya diperoleh.
"Sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf."
"Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Abdullah seterusnya mempermudahkan Pas menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kelantan?" katanya.
Kenyataan penuh Kickdafella boleh dibaca di blog beliau http://kickdefella.wordpress.com/2010/04/28/saya-yakin-nik-aziz-akan-kena-dakwa-jawapan-kepada-su-akhbar-mb-kelantan-dan-tulang-besi/
Monday, July 13, 2009
Wow, meet the new PAS, said voters in Manek Urai
Mek Nah, seorang penduduk di Manek Urai selalu mengundi PAS di setiap kali pilihan raya. Baginya, pembangunan yang ingin dibawa oleh tidak penting kerana memilih PAS serupa dengan memilih Islam dan tempatnya pasti di syurga. Bagi Mek Nah, pemimpin PAS adalah mereka yang zuhud, yang tidak mementingkan kebendaan. Bagaimanapun kali ini, undi Mek Nah mungkin berubah.Anaknya Dik Mat yang balik dari Kuala Lumpur menyedarkan dirinya bahawa pemimpin PAS hanya manusia. Kalau dulu mereka mengata UMNO, hari ini mereka lebih teruk dari pihak yang mereka kata. Di Perak, katanya bekas Menteri Besar PAS, Nizar telah menyatakan dengan jelas bahawa perjuangan menegakkan negara Islam tidak pernah disebut dalam memorandum, transkrip dan perlembagaan PAS; dan secara tidak langsung difahami oleh Dik Mat sebagai Nizar telah menolak perjuangan Islam.
Menurut Dik Mat lagi, di Perak dan Pulau Pinang, PAS terlalu lemah kerana tidak boleh membuat apa-apa pun untuk menegakkan Islam. PAS hanya menjadi alat DAP dan fenomena ini, fikir Dik Mat jika berlaku dalam negara selepas Pakatan Pembangkang membentuk kerajaan akan memudaratkan perjuangan Islam. Paling Dik Mat tidak faham, mengapa dalam keadaan lemah dan diperkudakan begini, PAS masih keras kepala menolak perpaduan sesama Islam.
Lebih memedihkan hati Dik Mat adalah apabila sampai di Manek Urai, Dik Mat lihat pemimpin PAS sudah berbeza. Motor besar, kereta besar, baju dari kain yang mahal dan macam-macam lagi.
Selama ini Dik Mat dan Mek Nah ingat PAS ini parti orang kampung yang serba kekurangan. Disebabkan itu mereka sanggup menderma di tabung-tabung yang dikutip pada setiap kali ceramah. Selama ini mereka juga menolak BN walaupun BN menjanjikan pembangunan untuk rakyat. Demi PAS, mereka sanggup berumah papan dan melihat kampung halaman terus tidak terbangun pesat.
Dik Mat ada mendengar cerita tentang kawasan balak yang hampir habis ditebas. Soal Dik Mat, "balok demo tebe, tapi pembangune tok nampak" (balak mereka tebang, tetapi pembangunan tidak kelihatan). Hari ini, pemimpin PAS sibuk hendak menuntut royalti minyak. Soal Dik Mat, 'untuk apa dan untuk siapa?' sebab selama ini tidak jelas ke mana hasil balak dibelanjakan untuk pembangunan rakyat Kelantan.
Kata seorang rakyat Kelantan dari daerah lain, "actually, rakyat kelantan tak tolak pembangunan. Cuma rakyat kelantan dah biasa dengan keadaan pembangunan sekarang dan dah mula tak kisah. Alasannya, dah kerajaan negeri tak dapat bagi, nak buat camna."
Katanya, "rakyat kelantan, kurang lebih 700,000 berhijrah keluar negeri cari makan ... kalau kat KL, berebut2 dengan orang Indonesia & Bangla... pastu tiap bulan hantar duit ke kampung... jadi orang kat kampung tak terasa perit sangat. Rakyat kelantan merasa lebih penting kalau di beri peluang kerja, sedangkan mereka tak sedar yang pembangunan tu (kalau berlaku di negeri sendiri) boleh menjana jauh lebih banyak peluang pekerjaan."
Kita berharap Dik Mat, Mek Nah dan pengundi di Manek Urai sudah memahami realiti PAS masa kini. Jangan biarkan `mata' mereka terus dibutakan, 'telinga' mereka ditulikan, 'hati' mereka dimatikan dan `akal' mereka diperbodohkan akibat 'candu' PAS yang amat melalaikan.
Mudah-mudahan mereka memberi peluang kepada Tuan Aziz Tuan Mat, seorang anak muda Kelantan, membuktikan yang beliau mampu membawa sinar baru kepada pengundi Manek Urai berbekalkan latar belakang pendidikan; pengalaman dan kebolehan; sikap mesra rakyat serta bukti khidmat dan jasa beliau kepada penduduk Manek Urai selama ini.
Popular Posts
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Badut-badut UMNO lepaskan Tian Chua tanpa fikir pandangan ahli UMNO, rakyat dan tanpa merujuk kepada Presiden UMNO terlebih dahulu? ...
-
1. Tidak mengapa jika Kadir mengkritik, tapi jangan mengkritik Kadir 2. Blogger-blogger (& cybertrooper) pro-UMNO tidak pernah ...
-
1. SELINGKUH Kenyataan Timbalan Presiden Umno, DS Mohamad Hasan menyebut dalam ucapannya, "begitu juga, pengalaman kita, bekerjasama de...
-
1. Ada orang kampung di Permatang Pauh tanya saya pasal 1MDB. Dia kata dia tak faham maksud tulisan saya tentang 1MDB dalam posting fb s...
-
13 JAWAPAN Najib Razak Isnin, 18 Mei 2015 Saya telah mengambil sedikit masa untuk melihat pelbagai soalan dan isu-isu yang tela...
-
Ini adalah artikel pertama dari beberapa siri artikel untuk memberi penjelasan mengenai Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMN...
-
1. 36 Ahli Parlimen UMNO akan keluar parti - apa yang baru? Tiada yang baru. Beberapa bulan lepas pelbagai khabar angin bertiup menamakan Hi...
-
NOTA : Angin ada. Bunyi ada. Pohon bergoyang. Entah apa kaitannya tak tau la. Tapi mungkin sebab ada monyet... beli popcorn, hot do...
-
Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa...




