Showing posts with label Najis Anjing dan Babi. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

Hukum #Iwant2touchADog - Ustaz yang berpegang kepada hukum & yang populis

Orang lain semua cakap haram, ada lak yang yang menghalalkan..

Mufti Kelantan - Haram, penganjur dan peserta diminta bertaubat

Mohammad Kazim Elias

SHAH ALAM - Kempen sentuh anjing yang kononnya untuk membuang stigma dan mengatasi persepsi negatif orang Islam dan Melayu terhadap haiwan itu sebenarnya adalah 'jarum halus' bagi menyuburkan fahaman liberal dan pluralisme di negara.

Pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias mendakwa kempen anjing anjuran seorang Islam itu merupakan satu gerakan untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan ALLAH kepada penganutnya.

"Ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama.

"Ianya gerakan yang cukup halus dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.

"Kalau hendak dijadikan sebagai binatang peliharaan seperti kucing dan ayam dan lain-lain tidaklah boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan urusan ibadat seharian," katanya yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kempen sentuh anjing "I Want to Touch a Dog" anjuran Syed Azmi Alhabshi di Central Park, Bandar Utama, Selangor, semalam.

Acara tersebut dianjurkan didakwa bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Kempen itu juga turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim turut mempersoalkan penganjuran kempen tersebut dan kesal segelintir penganut Islam mudah terpedaya tanpa usul periksa.

"Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yang tidak cukup halus mata hatinya untuk meneliti....

"Berhati-hatilah dengan kempen sebegini, lepas kempen arak, mai anjing pula, lepas ni apa pula?

"Jangan lepas ini buat kempen babi pula dengan alasan bahawa babi sekarang sudah bersih dah diternak dalam aircond, yang mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabangsa," tegasnya.

Mengulas lanjut, Mohd Kazim menegaskan hukum memegang anjing sama seperti memegang babi yang telah diharamkan oleh ALLAH kepada orang Islam kerana kedua-dua haiwan itu bersifat 'mughallazah'.

"Mana boleh saja-saja bela, saja-saja hendak pegang. Sebab apa hendak pegang? Isu apa? Hendak jadikan anjing sebagai apa? Mula-mula pegang, lepas itu bela, lepas itu masuk dalam rumah!

"Binatang mughalazah ini macam babi jugalah mugahalazahnya, lepas ini buat la kempen pula pegang babi dengan melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak.

"Tidaklah salah pegang anjing, tapi apa sebabnya sampai buat kempen? Kenapa tidak buat kempen ke masjid, kempen menerima hudud atau kempen menerima konsep kalimah ALLAH," soalnya lagi.

Ustaz Azhar Idrus - Kempen Peluk Anjing Agenda Musuh Islam dan Ustaz Bodoh

PETALING JAYA: Sikap ihsan terhadap haiwan termasuk anjing bukan bermaksud membela atau membelai, sebaliknya menjaga hak haiwan berkenaan. 

Penceramah bebas, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, ihsan di sini lebih menjurus kepada merawat haiwan itu ketika sakit atau apabila ia lapar diberinya makan. 

"Oleh itu, umat Islam tidak boleh menjadikan anjing sebagai haiwan pemeliharaan untuk tujuan dibelai atau dimanjakan, berbeza dengan kucing yang ditetapkan sebagai haiwan peliharaan kerana ia disifatkn dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. 

"Bagaimanapun, umat Islam diizinkan memelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu untuk menjaga keselamatan dan memburu, selain daripada itu tidak pernah diizinkn oleh syariat," katanya kepada mStar Online ketika ditanya mengenai kempen 'I Want To Touch A Dog' yang diadakan di Central Park One Utama pada Ahad. 

Acara yang mendapat sambutan ramai itu bertujuan untuk membantu orang ramai mengatasi rasa takut mereka kepada anjing. 

Fathul Bari menambah, walaupun sikap ihsan itu dituntut agama termasuk ke atas anjing tetapi kempen 'I Want To Touch A Dog' bukanlah cara yang dimaksudkan Nabi Muhammad SAW. 

"Saya bukan anti anjing, tapi saya cuba sampaikan perspektif syariat dalam isu ini. 

"Misalnya, saya menyokong sepenuhnya apa yang dilaksanakan seorang doktor pakar di sebuah pusat perubatan swasta yang memberi rawatan percuma ke atas anjing pemburu masyarakat orang asli yang cedera dan perbuataan ini dikategorikan bersikap ihsan kepada anjing," katanya yang juga Exco Agama Pemuda Umno. 

#Anjing: Ustaz Iqbal menyesal, Nurul ucap tahniah, Azmin anggap dosa perkara kecil

Ustaz Iqbal menyesal kerana dia bersubahat dalam program yang haram dan mengakibatkan umat Islam yang jahil melakukan dosa.

Bagi sosialis, sekularis, pluralis - yang haram ini perlu diraikan..

atau... anggap kejahilan umat Islam dan dosa itu perkara kecil

Monday, October 20, 2014

"I want to touch a dog" manifestasi kejahilan Melayu Selangor mengenai hukum Islam

Kejahilan ibu bapa dan anak-anak muda Melayu mengenai Islam dan ajarannya amat merisaukan. Kejahilan ini membuka ruang bagi pihak sekularis, liberalis, sosialis dan pluralis merosakkan aqidah mereka dan merosakkan amalan mereka. Eloklah ustaz-ustaz berhenti berbalah antara satu sama lain, hentikan menyokong pihak sekularis-liberalis-sosialis-pluralis ini, dan kembali di dalam satu saf umat Islam. Apa yang berlaku di negeri Selangor hari ini adalah manifestasi kelemahan kepimpinan Islam dalam negeri Selangor.

Banyak persoalan mengenai kenajisan anjing baru-baru ini. Umat Islam Malaysia yang bermazhab Shafie, satu mazhab yang sangat teliti dan berhati-hati, memang secara budaya dan tradisi berpegang kepada hukum bahawa anjing itu najis secara keseluruhannya, baik dari segi air liur mahupun tubuh badannya. 

Bagi yang merasakan mereka tidak mahu bertaqlid dengan Imam Shafie dan keliru dengan pelbagai pandangan yang tidak tahu dari mana asasnya, `bercita-cita' ingin membuat pegangan sendiri walaupun tidak mempunyai kelayakan yang sesuai dan tanpa kajian berasaskan kaedah tradisi dan fiqh Islam, mungkin mereka boleh membaca hadis-hadis di bawah sebagai panduan -

1. Sumber yang paling kuat tentang kenajisan anjing bermula daripada hadis Nabi saw. yang disepakati semua perawi hadis, iaitu daripada Abu Hurairah:

"Sesungguhnya Rasulullah Saw. bersabda: 'Apabila seekor anjing meminum dari wadah (bejana) salah seorang diantara kamu, maka hendaklah ia mencucinya tujuh kali.'"

Lafaz hadis yang diriwayatkan Imam Muslim dan Ahmad juga dari sahabat Abu Hurairah r.a. berbunyi:

"Apabila seekor anjing menjilati wadah salah seorang di antara kamu, maka hendaklah ia menumpahkan (membuang) isinya, lalu mencucinya tujuh kali"

Di dalam riwayat yang lain, juga oleh Imam Muslim Rasulullah Saw. bersabda:

"Sucinya wadah salah seorang di antara kamu jika anjing menjilatinya adalah dengan mencucinya tujuh kali, yang pertama dengan tanah."

Dari hadis ini, tidak ada persoalan lagi tentang kenajisan anjing ini dari segi 1. air liur 2. lidah Yang menjadi persoalan sekarang, adakah 1. mulut dan 2. keseluruhan tubuh anjing turut dikategorikan sebagai najis.

2.  Dalil kedua adalah berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud :

“Bahawasanya Rasulullah saw diundang ke rumah satu kaum lalu baginda memenuhi undangan tersebut, kemudian baginda diundang ke rumah satu kaum yang lain namun tidak baginda memenuhinya. Lalu ditanya kepada baginda kenapa? Baginda menjawab: “Sesungguhnya pada rumah si fulan itu ada anjing.” Lalu dikatakan kepada baginda: “Dalam rumah si fulan (undangan pertama) ada kucing. Baginda menjawab: “Sesungguhnya kucing bukan najis.”

(Hadis riwayat Daruqutni dan Hakim)

Dalam hadis ini ada 2 pertikaian, 1. mengenai kedudukan periwayat hadis, Isa bin al-Musaiyab 2. tentang pernyataan “Sesungguhnya kucing bukan najis.” 

i. Walaupun begitu ada pandangan yang tidak mempertikaikan Isa bin al-Musaiyab

“Diriwayatkan oleh Ahmad dan di dalam (sanadnya) terdapat ‘Isa bin al-Musayyab, dinilai terpercaya (thiqah) oleh Abu Hatim dan dha’if oleh selainnya.” (Ini tidak benar) kerana Abu Hatim tidak menilai beliau thiqah, beliau hanya berkata tentangnya dalam al-Jarh wa al-Ta’dil (6/288): “Dianggap shaduq akan tetapi kuat.”

Berkata al-Hakim: “Dan ‘Isa bin al-Musayyab berseorangan daripada Abi Zur’ah kecuali bahawasanya beliau benar (shaduq) dan tidak tidak dicela secara pasti.” Namun ini kemudiannya diikuti dengan komentar al-Zahabi: “Berkata Abu Daud (tentang ‘Isa bin al-Musayyab): Dha’if. Berkata Abu Hatim: Tidaklah dia kuat.”

ii. Ada pandangan yang mengatakan bahawa hadis yang dijadikan dalil dalam Mazhab al-Syafie berakhir dengan lafaz: “Sesungguhnya kucing bukan najis," sebenarnya tidak wujud di dalam mana-mana kitab hadis yang meriwayatkan hadis tersebut. Pandangan ini menyebut, lafaz yang terdapat dalam Sunan al-Daruquthni adalah:

Rasulullah saw pernah datang ke rumah satu kaum daripada kalangan orang-orang Anshar namun baginda enggan masuk rumah mereka. Ini menimbulkan kegelisahan ke atas mereka (tuan rumah) lalu mereka bertanya: “Ya Rasulullah, anda datang ke rumah si fulan tetapi anda enggan pergi ke rumah kami.” Maka baginda menjawab: “Ini kerana rumah kamu ada anjing.” Mereka berkata: “Akan tetapi pada rumah mereka ada kucing.” Rasulullah menjawab: “Kucing adalah sejenis binatang buas (yakni tidak tetap penjagaannya, sering merayau-rayau).”

Jika ada yang tidak mahu berpegang kepada Imam Shafie dan menganggap hadis ini sebagai dhaif, anda boleh melihat sendiri tentang hukum berpegang kepada hadis dhaif di sini - http://informations-the.blogspot.com/2012/10/edisi-renungan-kenali-hadis-dhaif-dan.html

Tapi dari sudut pandangan saya, pertama terdapat pandangan yang jelas bahawa Isa bin al-Musayyab tidak dipertikaikan dari segi keboleh percayaannya (thiqah). Kedua, apa pun pertikaian tentang kucing, riwayat tentang anjing TETAP SAMA. Jadi peganglah tentang cerita Rasulullah saw tidak mahu masuk ke rumah orang Ansar yang memelihara anjing di dalamnya.

3. Bagi yang sekejap nak ikut Mazhab Shafie, tetapi atas kepentingan tertentu nak ikut pula mazhab-mazhab lain, di sini dicatakan juga pandangan Imam Hanafi dan Imam Maliki.

i. Imam Hanafi berpendapat menyatakan bahawa anjing itu najis pada cecair badannya sahaja, bukan pada bulu kulit badannya ketika kering. Bagi mazhab Hanafi;

anjing pada dasarnya zatnya adalah makluk yang suci iaitu tidak najis, dengan alasan antara lain, agama membolehkan kita memeliharanya dalam rangka berburu atau penjagaan. 
anjing itu suci keadaannya selama dia masih hidup sahaja. 
najis berkaitan anjing hanya pada mulutnya sahaja, air liur dan kotorannya (tahi) selama anjing masih hidup, dengan alasan kerana mengikuti najisnya, daging anjing itu sesudah matinya. Hadis dari Abu Hurairah hanya menerangkan tentang kenajisan mulut dan jilatan anjing semata-mata. Oleh itu, tidak sah mengqiyaskan kenajisan mulut dan jilatannya kepada seluruh badan. Dan yang demikian ini diikuti oleh mereka yang bermazhabHanafi. Dengan ini bermaksud bahawa anjing bukan najis seluruhnya, tetapi hanya mulut, lidah dan air liurnya adalah najis

Mazhab Hanafi menolak hadis dari Abu Hurairah yang bermaksud “Cara mencuci bejana seseorang kamu, apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh tujuh kali, air pertama hendaklah dicampur dengan tanah,” kerana perawinya, Abu Hurairah menyanggahi apa yang diriwayatkan, di mana beliau hanya membasuh sebanyak 3 kali saja, bukan 7 kali.

Jadi bagi yang nak sangat berpegang kepada Mazhab Hanafi, jangan pegang mulut dan jangan terkena jilatan dan air liur anjing. Jangan pegang ketika tangan berpeluh dan basah atau ketika anjing berpeluh dan basah. Kalau terkena masih kena samak, cuma hanya 3 kali basuhan, bukan 7 kali. Terserahlah kepada anda, hendak ikut Abu Hurairah atau nak ikut ajaran Rasulullah saw.

ii. Imam Maliki pula berpandangan - 

Anjing secara mutlak (keseluruhannya) baik yang dijadikan sebagai penjaga, pemburu atau apa sahaja, adalah tidak najis iaitu suci sebagaimana haiwan yang lain kecuali kekotorannya (tahi) yang dianggap najis mutawassitah. 

Tetapi apabila ada barang yang dijilat anjing diperintahkan mencucinya tujuh kali. Perintah yang demikian itu harus ditaati tetapi tidak ditegaskan bahawa perintah mencuci sedemikian BUKAN kerana jilatan anjing itu NAJIS. Tokoh-tokoh mazhab Maliki berpendapat suruhan Rasulullah s.a.w untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing bukanlah disebabkan oleh kenajisan mulut, lidah dan air liur anjing tetapi disebabkan kepada ketaatan kepada Allah semata-mata - ta’abudi. 

Mereka berpendapat sedemikian dengan merujuk kepada lain-lain hadis Rasulullah yang membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk berburu. Dan tiadalah seekor anjing memburu dan membunuh mangsanya melainkan melalui gigitan mulutnya. 

Haiwan yang ditangkap oleh anjing buruan tersebut adalah tetap suci untuk dimakan seluruhnya. Pandangan mereka semua hadis-hadis yang menerangkan tentang perintah membasuh bekas yang terkena jilatan anjing telah dimansukhkan oleh ayat 4 dari surah al-Maidah yang bermaksud:

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” Bagi menjawabnya katakanlah: “Dihalalkan bagikamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya" 

(Surah al-Maidah:4)

Terpulanglah kalau nak berpegang kepada pandangan ini. Cuma ada beberapa persoalan yang timbul dan perlu dijawab bagi mereka yang mahu beramal dengan pegangan ini, 

a. Konteks ayat dari surah al-Maidah itu adakah berkenaan HALAL atau HARAM memakan binatang yang diburu menggunakan anjing buruan atau berkenaan SUCI dan NAJIS di tempat gigitan anjing buruan tersebut?

b. Adakah konteks ayat tersebut adalah mengenai hukum makan bangkai seperti yang difahami dalam hadis berikut?

Diriwayatkan daripada Adiy bin Hatim r.a katanya: 

Wahai Rasulullah, aku telah melepaskan anjing-anjing yang sudah terlatih untuk berburu, anjing-anjing tersebut membawa binatang buruan itu kepadaku. Aku telah pun membaca Bismillah (menyebut nama Allah) padanya. 

Baginda bersabda: Apabila kamu menyuruh anjingmu yang telah terlatih dan kamu telah pun menyebut nama Allah atasnya, maka makanlah binatang buruan itu. 
Aku bertanya: Sekalipun anjing-anjing itu telah membunuhnya? Baginda menjawab: Ya, sekalipun anjing-anjing itu telah membunuhnya jika tidak ada anjing lain yang turut bersamanya. 

Aku bertanya lagi kepada baginda: 

Bagaimana jika aku memburu binatang dengan menggunakan panah lalu terkena tidak melalui matanya. Baginda menjawab: Apabila kamu memburu dengan menggunakan panah lalu terkena melalui matanya, maka makanlah. Tetapi jika terkena dari bahagian belakangnya (bukan dengan matanya) maka janganlah kamu makan.

c. Jika ayat itu hanya mengenai HALAL dan HARAM memakai bangkai hasil buruan anjing yang dilatih, maka mungkinkah hal berkaitan kebersihan dan kesucian binatang buruan itu, terutama di kawasan gigitan anjing buruan masih perlu merujuk hadis asal mengenai jilatan anjing.

d. Kenapa dalam hadis tersebut ada peringatan `jika tidak ada anjing lain yang turut bersamanya'? Adakah kerana jika bukan anjing buruan yang terlatih, ada tabiat-tabiat anjing bukan buruan yang akan menyebabkan haiwan itu menjadi bangkai yang tidak HALAL dimakan atau menjadikannya TIDAK BERSIH dan SUCI dimakan?

Jawablah sendiri persoalan-persoalan ini.

4. Bagi yang ingin sangat memelihara anjing sebagai `pet', binatang kesayangan di dalam rumah, mandi, tidur, bersembahyang dan menyambut hari raya bersama anjing peliharan ini, maka mereka mungkin wajar meneliti hadis-hadis di bawah, selain hadis di atas mengenai keengganan Rasulullah saw memasuki rumah seorang Ansar yang memelihara anjing di dalam rumah;

i. Sesiapa mengambil anjing (sebagai peliharaan) kecuali anjing menjaga tanaman atau anjing menjaga ternakan atau anjing berburu maka setiap hari pahalanya berkurang satu qiraat.[12] [Shahih Muslim – no: 1574]

ii. “Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia (Jibril) memberitahu, “Kami dari golongan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau anjing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/54), no. 450)

iii. ‘Aisyah menyatakan bahawa Jibril (‘alaihis salam) berjanji dengan Rasulullah SAW untuk menemuinya pada masa yang telah ditetapkan, namun pada masa yang tersebut, dia (Jibril) tidak datang. Kemudiannya Nabi mencampakkan tongkat di tangannya dan berkata, “Tidak pernah Allah dan utusannya (Malaikat Jibril) memungkiri janji”. Kemudian Nabi terlihat dan menemui anak anjing di bawah katil dan berkata, “Aisyah, bila anjing ini masuk ke sini?” Dan beliau (‘Aisyah) menjawab, “Demi Allah, saya tidak tahu.” Kemudiannya Nabi mengarahkan dan anjing itu pun dikeluarkan. Tidak lama selepas itu, Jibril pun datang dan Rasulullah berkata kepadanya, “Engkau berjanji kepada saya dan saya menantikan engkau, tetapi engkau tidak datang-datang. Jibril pun menyatakan, “Di dalam rumah-mu ada anjing, di mana ia menghalang (saya untuk masuk), untuk kami (malaikat) tidak masuk rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar”.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan (24), no. 5246)

iv. Dari Abu Talha meriwayatkan, katanya, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Malaikat tidak memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau patung”.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan, no. 5250).

Soalannya - kenapa Jibril dan malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah yang ada anjing? Adakah kerana takut kepada salakan anjing, kerana kesyirikan tuan anjing atau kerana aspek kesuciannya?

Kenapa pendirian Imam Shafie paling selamat?

1. Islam amat menitik beratkan akan kebersihan dan kesucian. Tidak kira sama ada kebersihan tubuh badan, tempat tinggal dan sebagainya. Malah apabila seseorang itu hendak menunaikan solat, haruslah memastikan telah mengikuti kesemua syarat sah solat. Di antara syarat tersebut ialah memastikan tubuh badan, pakaian dan tempat solatnya adalah BERSIH dan SUCI dari NAJIS.

2. Imam Shafie dan Imam Hanafi membuat pegangan berdasarkan hadis dalam konteks jilatan - air liur anjing, termasuk najis. Jadi tidak ada pertikaian bagi mereka yang dijilat anjing. Persoalannya, jika air liur merupakan najis, bagaimana pula cecair badan yang lain, termasuk peluh anjing?

3. Bagi pengikut Imam Shafie, seluruh tubuh anjing juga najis. Jadi bagi mereka yang yang hendak menyentuh anjing, tangan mereka perlu dipastikan kering dan tidak bepeluh, begitu jugalah tubuh anjing.

4. Bila kita memelihara anjing sebagai binatang peliharaan - adakah kebiasaan anjing yang suka menjilat dan air liurnya meleleh dapat kita tahan? Akhirnya ia akan menjadikan rumah kita tidak suci dan akan menyukarkan kita beribadah. Sama ada yang menganggapnya sebagai kepatuhan (ta'abuddi) atau menganggapnya sebagai najis, soalnya tetap sama - ia masih perlu dibersihkan 7 kali, atau kalau tak nak ikut Rasulullah saw tapi nak ikut Abu Hurairah r.a, maka masih kena basuh 3 kali.

5. Bagi mereka yang ingin memelihara anjing di dalam rumah, hadis-hadis di atas adalah amat jelas dan TIDAK ADA PERTIKAIAN sama sekali. Tidak ada alasan lagi.

6. Bagi yang nak menyambut Hari Raya bersama anjing, selepas membaca semua nas dan dalil di atas, anda faham-faham lah anda dari kategori mana - orang yang degil dan masih nak melanggar perintah Rasulullah saw. Tindakan anda sebenarnya cuba mempertikaian panduan yang diberikan oleh Rasulullah saw dan ulama silam. Tidak salah, jika anda dihukum di bawah kesalahan sengaja menghina Islam, ajarannya dan penganutnya.

Bersih atau tidak bersih, suci atau tidak suci - puak-puak ni bukan kisah pun. Kalau bab aqidah pun boleh dilanggar, kalau bab yang paling jelas tentang LGBT pun mereka tak kisah, u all ingat mereka kisah ke bab anjing ni atau bab kebersihan dan kesucian mengerjakan solat. Silap-silap solat pun tak buat, agama pun bukan Islam lagi. Mungkin mereka ni hanya alat untuk mencetuskan provokasi, kekeliruan pegangan dan perpecahan di kalangan umat Islam.

Baca pandangan lain di

Saturday, June 7, 2014

DNA babi: NGO malu bila Ujian JAKIM disahkan ikut Piawaian Antarabangsa? #Cadbury

Ni apa hal pulak ni? U all kasi setel la berdua. Apapun, ini yang patut u all buat, bukan buat report polis yang meraban-raban - 

1. Tanya KKM sampel yang diuji itu diambil dari mana? 

2. Semak nombor batch sampel tersebut dan cari batch yang sama dalam simpanan kilang. Biasanya ada sejumlah produk dari batch yang sama disimpan di kilang bagi tujuan Kawalan Kualiti dan Ujian Ketahanan/Tarikh Luput

3. Uji sampel batch yang sama yang diambil dari simpanan kilang

4. Jika benar ada kandungan DNA babi, maka kena buat `product recall', sijil halal dibatalkan dan sebagainya

5. Jika tiada, maka KKM kena cari balik peruncit yang menjual sampel asal yang dianalisis oleh KKM. Tanya peruncit dari mana mereka membeli sampel tersebut. Siapa pengedarnya. Ada kemungkinan produk tersebut diambil dari sumber luar negara atau produk tiruan yang dibungkus semula menggunakan logo Halal JAKIM.

Cadbury mangsa sabotaj? Dah la jadi mangsa, ada pula yang nak ambil kesempatan...
Punca utama kegemparan adalah sampel yang diuji oleh KKM dan maklumat yang dibocorkan oleh pegawai KKM. Punca kegemparan kedua adalah kenyataan KKM yang melangkaui bidang autoriti yang diberikan kepada kementerian tersebut. NGO jangan buat benda yang pelik-pelik. 

Anda mungkin berminat untuk mengikuti isu ini dari awal, ikuti pautan di bawah:-

Isu #Cadbury - Ada yang nak sabotaj CADBURY dan JAKIM?

Sampel Coklat #CADBURY yang dianalisis KKM datang dari Thailand?

DNA Babi: Timbalan Menteri mengaku KKM salah?!!! Naya je #Cadbury dan JAKIM

DNA babi: Pelik, NGO nak jadi hero tapi macam tak kena gaya #Cadbury

Isu Cadbury : Ujian Makmal Jakim Ikut
Piawaian Antarabangsa – Jabatan Standard

KUALA LUMPUR – Makmal yang digunakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menguji dua contoh coklat Cadbury yang didapati bebas daripada DNA babi (Porcine), diiktiraf Jabatan Standard dan proses dapatannya mengikut piawaian antarabangsa.

Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Fadilah Baharin berkata orang ramai tidak perlu khuatir dengan keputusan itu yang menyatakan produk berkenaan adalah halal kerana prosedur yang diguna pakai untuk menganalisis dua jenis coklat berkenaan mempunyai piawaian MS ISO/IEC 17025.

“Makmal Jabatan Kimia memang mendapat pengiktirafan daripada jabatan kami bagi pengujian DNA termasuk pengujian produk makanan diproses.

“Apabila ujian ke atas dua jenis coklat mendapati tiada DNA tersebut, maka saya yakin keputusan itu adalah tepat dan rasmi, malah ia seharusnya tidak menimbulkan konflik,” katanya kepada Bernama di sini Jumaat.

Piawaian antarabangsa MS ISO/IEC 17025 menetapkan proses ujian terhadap DNA hanya boleh dilakukan di dalam makmal khas yang mempunyai kompetensi standard seperti kakitangan yang terlatih, peralatan yang ditentu ukur dan pendokumentasian yang sempurna.

Terdapat 18 makmal lain yang turut mendapat akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia untuk melakukan pengujian DNA babi dan senarai makmal itu boleh diperolehi dengan melayari alamat www.standardsmalaysia.gov.my. (Nota: Sepatutnya Bernama minta senarai 18 makmal ini, sikit punya susah nak cari di website jabatan ni)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 24 Mei lepas mengeluarkan kenyataan bahawa ia telah mengesan DNA babi dalam coklat susu dan kacang Hazel serta coklat susu dan badam bagi kelompok produk itu bertarikh luput 13 Nov 2014 dan kelompok bertarikh luput 15 Jan 2015.

Pada Isnin lepas Jakim mengesahkan dua sampel produk coklat berkenaan yang diambil terus dari kilang syarikat itu disahkan tidak mengandungi DNA babi selepas melakukan ujian sampel di makmal Jabatan Kimia.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya kini dalam usaha mewujudkan satu standard kebangsaan (Malaysian Standard) mengenai kaedah ujian bagi mengesan kehadiran DNA babi mengikut metadologi yang seragam; mungkin akan dinamakan ‘Malaysian Standard: Test Method for the Detection of Porcine-Based DNA’.

Katanya standard itu dijangka siap dan diumumkan tahun hadapan sebagai garis panduan dan teknik bagi menganalisis DNA babi dengan lebih teratur.

“Kami dalam proses itu tetapi isu ini (Cadbury) meletup sebelum saya boleh umumkan perkara itu.

“Kalau standard ini dapat dilaksanakan, ia akan menjadi yang pertama di dunia mempunyai garis panduan untuk menganalisis DNA babi dan saya yakin isu berbeza pendapat mengenai cara sesetengah pihak melakukan analisis DNA tidak akan timbul,” katanya – BERNAMA

Monday, August 5, 2013

Isu #MaznahAnjing - Hadis dan Pendirian Ulama bagi yang nak ikut Maznah!

Semakin ramai umat Islam di Malaysia yang jadi macam ni. 
Mungkin akibat asas pendidikan Islam yang tidak kukuh dalam keluarga dan diri, kegagalan para agamawan memberi kefahaman tentang Islam dan amalannya, atau mungkin sebab agamawan kita terlalu sibuk berpolitik dan bertelingkah sesama sendiri sehingga tidak sempat mendidik ummah. Ini baru bab kehidupan seharian yang ada kaitan dengan kebersihan dan ibadah, belum lagi kekeliruan akibat bab aqidah.

Banyak persoalan mengenai kenajisan anjing baru-baru ini. Umat Islam Malaysia yang bermazhab Shafie, satu mazhab yang sangat teliti dan berhati-hati, memang secara budaya dan tradisi berpegang kepada hukum bahawa anjing itu najis secara keseluruhannya, baik dari segi air liur mahupun tubuh badannya. 

Bagi yang merasakan mereka tidak mahu bertaqlid dengan Imam Shafie dan keliru dengan pelbagai pandangan yang tidak tahu dari mana asasnya, `bercita-cita' ingin membuat pegangan sendiri walaupun tidak mempunyai kelayakan yang sesuai dan tanpa kajian berasaskan kaedah tradisi dan fiqh Islam, mungkin mereka boleh membaca hadis-hadis di bawah sebagai panduan -

1. Sumber yang paling kuat tentang kenajisan anjing bermula daripada hadis Nabi saw. yang disepakati semua perawi hadis, iaitu daripada Abu Hurairah:

"Sesungguhnya Rasulullah Saw. bersabda: 'Apabila seekor anjing meminum dari wadah (bejana) salah seorang diantara kamu, maka hendaklah ia mencucinya tujuh kali.'"

Lafaz hadis yang diriwayatkan Imam Muslim dan Ahmad juga dari sahabat Abu Hurairah r.a. berbunyi:

"Apabila seekor anjing menjilati wadah salah seorang di antara kamu, maka hendaklah ia menumpahkan (membuang) isinya, lalu mencucinya tujuh kali"

Di dalam riwayat yang lain, juga oleh Imam Muslim Rasulullah Saw. bersabda:

"Sucinya wadah salah seorang di antara kamu jika anjing menjilatinya adalah dengan mencucinya tujuh kali, yang pertama dengan tanah."

Dari hadis ini, tidak ada persoalan lagi tentang kenajisan anjing ini dari segi 1. air liur 2. lidah Yang menjadi persoalan sekarang, adakah 1. mulut dan 2. keseluruhan tubuh anjing turut dikategorikan sebagai najis.

2.  Dalil kedua adalah berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud :

“Bahawasanya Rasulullah saw diundang ke rumah satu kaum lalu baginda memenuhi undangan tersebut, kemudian baginda diundang ke rumah satu kaum yang lain namun tidak baginda memenuhinya. Lalu ditanya kepada baginda kenapa? Baginda menjawab: “Sesungguhnya pada rumah si fulan itu ada anjing.” Lalu dikatakan kepada baginda: “Dalam rumah si fulan (undangan pertama) ada kucing. Baginda menjawab: “Sesungguhnya kucing bukan najis.”

(Hadis riwayat Daruqutni dan Hakim)

Dalam hadis ini ada 2 pertikaian, 1. mengenai kedudukan periwayat hadis, Isa bin al-Musaiyab 2. tentang pernyataan “Sesungguhnya kucing bukan najis.” 

i. Walaupun begitu ada pandangan yang tidak mempertikaikan Isa bin al-Musaiyab

“Diriwayatkan oleh Ahmad dan di dalam (sanadnya) terdapat ‘Isa bin al-Musayyab, dinilai terpercaya (thiqah) oleh Abu Hatim dan dha’if oleh selainnya.” (Ini tidak benar) kerana Abu Hatim tidak menilai beliau thiqah, beliau hanya berkata tentangnya dalam al-Jarh wa al-Ta’dil (6/288): “Dianggap shaduq akan tetapi kuat.”

Berkata al-Hakim: “Dan ‘Isa bin al-Musayyab berseorangan daripada Abi Zur’ah kecuali bahawasanya beliau benar (shaduq) dan tidak tidak dicela secara pasti.” Namun ini kemudiannya diikuti dengan komentar al-Zahabi: “Berkata Abu Daud (tentang ‘Isa bin al-Musayyab): Dha’if. Berkata Abu Hatim: Tidaklah dia kuat.”

ii. Ada pandangan yang mengatakan bahawa hadis yang dijadikan dalil dalam Mazhab al-Syafie berakhir dengan lafaz: “Sesungguhnya kucing bukan najis," sebenarnya tidak wujud di dalam mana-mana kitab hadis yang meriwayatkan hadis tersebut. Pandangan ini menyebut, lafaz yang terdapat dalam Sunan al-Daruquthni adalah:

Rasulullah saw pernah datang ke rumah satu kaum daripada kalangan orang-orang Anshar namun baginda enggan masuk rumah mereka. Ini menimbulkan kegelisahan ke atas mereka (tuan rumah) lalu mereka bertanya: “Ya Rasulullah, anda datang ke rumah si fulan tetapi anda enggan pergi ke rumah kami.” Maka baginda menjawab: “Ini kerana rumah kamu ada anjing.” Mereka berkata: “Akan tetapi pada rumah mereka ada kucing.” Rasulullah menjawab: “Kucing adalah sejenis binatang buas (yakni tidak tetap penjagaannya, sering merayau-rayau).”

Jika ada yang tidak mahu berpegang kepada Imam Shafie dan menganggap hadis ini sebagai dhaif, anda boleh melihat sendiri tentang hukum berpegang kepada hadis dhaif di sini - http://informations-the.blogspot.com/2012/10/edisi-renungan-kenali-hadis-dhaif-dan.html

Tapi dari sudut pandangan saya, pertama terdapat pandangan yang jelas bahawa Isa bin al-Musayyab tidak dipertikaikan dari segi keboleh percayaannya (thiqah). Kedua, apa pun pertikaian tentang kucing, riwayat tentang anjing TETAP SAMA. Jadi peganglah tentang cerita Rasulullah saw tidak mahu masuk ke rumah orang Ansar yang memelihara anjing di dalamnya.

3. Bagi yang sekejap nak ikut Mazhab Shafie, tetapi atas kepentingan tertentu nak ikut pula mazhab-mazhab lain, di sini dicatakan juga pandangan Imam Hanafi dan Imam Maliki.

i. Imam Hanafi berpendapat menyatakan bahawa anjing itu najis pada cecair badannya sahaja, bukan pada bulu kulit badannya ketika kering. Bagi mazhab Hanafi;

  • anjing pada dasarnya zatnya adalah makluk yang suci iaitu tidak najis, dengan alasan antara lain, agama membolehkan kita memeliharanya dalam rangka berburu atau penjagaan. 
  • anjing itu suci keadaannya selama dia masih hidup sahaja. 
  • najis berkaitan anjing hanya pada mulutnya sahaja, air liur dan kotorannya (tahi) selama anjing masih hidup, dengan alasan kerana mengikuti najisnya, daging anjing itu sesudah matinya. Hadis dari Abu Hurairah hanya menerangkan tentang kenajisan mulut dan jilatan anjing semata-mata. Oleh itu, tidak sah mengqiyaskan kenajisan mulut dan jilatannya kepada seluruh badan. Dan yang demikian ini diikuti oleh mereka yang bermazhabHanafi. Dengan ini bermaksud bahawa anjing bukan najis seluruhnya, tetapi hanya mulut, lidah dan air liurnya adalah najis
  • Mazhab Hanafi menolak hadis dari Abu Hurairah yang bermaksud “Cara mencuci bejana seseorang kamu, apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh tujuh kali, air pertama hendaklah dicampur dengan tanah,” kerana perawinya, Abu Hurairah menyanggahi apa yang diriwayatkan, di mana beliau hanya membasuh sebanyak 3 kali saja, bukan 7 kali.

Jadi bagi yang nak sangat berpegang kepada Mazhab Hanafi, jangan pegang mulut dan jangan terkena jilatan dan air liur anjing. Jangan pegang ketika tangan berpeluh dan basah atau ketika anjing berpeluh dan basah. Kalau terkena masih kena samak, cuma hanya 3 kali basuhan, bukan 7 kali. Terserahlah kepada anda, hendak ikut Abu Hurairah atau nak ikut ajaran Rasulullah saw.

ii. Imam Maliki pula berpandangan - 

  • anjing secara mutlak (keseluruhannya) baik yang dijadikan sebagai penjaga, pemburu atau apa sahaja, adalah tidak najis iaitu suci sebagaimana haiwan yang lain 
  • kecuali kekotorannya (tahi) yang dianggap najis mutawassitah. 
  • tetapi bila ada barang yang dijilat anjing diperintahkan mencucinya tujuh kali. Perintah yang demikian itu harus ditaati tetapi tidak ditegaskan bahawa perintah mencuci sedemikian BUKAN kerana jilatan anjing itu NAJIS. Tokoh-tokoh mazhab Maliki berpendapat suruhan Rasulullah s.a.w untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing bukanlah disebabkan oleh kenajisan mulut, lidah dan air liur anjing tetapi disebabkan kepada ketaatan kepada Allah semata-mata - ta’abudi. 
  • Mereka berpendapat sedemikian dengan merujuk kepada lain-lain hadis Rasulullah yang membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk berburu. Dan tiadalah seekor anjing memburu dan membunuh mangsanya melainkan melalui gigitan mulutnya. 
  • Haiwan yang ditangkap oleh anjing buruan tersebut adalah tetap suci untuk dimakan seluruhnya. Pandangan mereka semua hadis-hadis yang menerangkan tentang perintah membasuh bekas yang terkena jilatan anjing telah dimansukhkan oleh ayat 4 dari surah al-Maidah yang bermaksud:

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” Bagi menjawabnya katakanlah: “Dihalalkan bagikamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya" 

(Surah al-Maidah:4)

Terpulanglah kalau nak berpegang kepada pandangan ini. Cuma ada beberapa persoalan yang timbul dan perlu dijawab bagi mereka yang mahu beramal dengan pegangan ini, 

a. Konteks ayat dari surah al-Maidah itu adakah berkenaan HALAL atau HARAM memakan binatang yang diburu menggunakan anjing buruan atau berkenaan SUCI dan NAJIS di tempat gigitan anjing buruan tersebut?

b. Adakah konteks ayat tersebut adalah mengenai hukum makan bangkai seperti yang difahami dalam hadis berikut?

Diriwayatkan daripada Adiy bin Hatim r.a katanya: 
Wahai Rasulullah, aku telah melepaskan anjing-anjing yang sudah terlatih untuk berburu, anjing-anjing tersebut membawa binatang buruan itu kepadaku. Aku telah pun membaca Bismillah (menyebut nama Allah) padanya. 
Baginda bersabda: Apabila kamu menyuruh anjingmu yang telah terlatih dan kamu telah pun menyebut nama Allah atasnya, maka makanlah binatang buruan itu. 
Aku bertanya: Sekalipun anjing-anjing itu telah membunuhnya? Baginda menjawab: Ya, sekalipun anjing-anjing itu telah membunuhnya jika tidak ada anjing lain yang turut bersamanya

Popular Posts