Showing posts with label Perkasa Cina. Show all posts
Showing posts with label Perkasa Cina. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

Banyak yang MCA perjuangkan, kenapa biar DAP yang ambil nama?


Apabila MCA dan Gerakan dilanda krisis dalaman, maka kesan yang dijangka adalah - pemimpin dan ahli MCA akan menumpukan perhatian terhadap soal dalaman parti berbanding usaha mendekati rakyat dan menerangkan apa yang telah diperjuangkan oleh MCA dan Gerakan selama ini menerusi platform Barisan Nasional. Pada waktu yang sama kelemahan jentera MCA dan Gerakan di akar umbi juga menyebabkan DAP begitu mudah mengambil ruang menyebarkan kepalsuan. Malangnya, kepalsuan ini disebarkan oleh akhbar-akhbar Cina yang begitu malas menyelidik kebenaran dan fakta.

Ini Malaysia - walau bagaimana sekali orang menafikan tentang pengaruh kaum dalam politik Malaysia, hakikatnya di Malaysia, majoriti rakyat Malaysia lebih percaya kepada orang dari kalangan kaum mereka berbanding kaum lain. Ruang yang dibiarkan kosong ini telah diisi oleh DAP untuk berbohong. MCA dan Gerakan tidak sewajarnya membenarkan ruang ini diisi oleh pembohong dan di`hijack' oleh parti cauvinis DAP!

Lagi mau cerita mereka bukan rasis dan cauvinis!


Petikan akhbar Nanyang Siangpau - Apa yang dikempenkan oleh DAP di Gelang Patah?
24 April 2011, ms C9

Ketahui Kehendak Rakyat Melalui Suratkhabar Sekolah Rendah Cina, Keadilan, Sama Rata: Teng Chang Khim

23hb JB, Speaker Dewan negeri Selangor Teng Chang Khim berkata, sejak zaman Tun Mahathir berkuasa sehingga tiba kepada Datuk Seri Najib memegang jawatan perdana menteri, pemimpin-pemimpin negara ini asyik bertanyakan apa yang masyarakat Cina mahukan? Sebenarnya, apa yang rakyat mahukan telah selalu tertulis di dalam suratkhabar dan mereka tidak perlu lagi banyak bertanya.

Beliau berkata: kita sering bincangkan masalah sekolah rendah Cina, mahu pihak kerajaan satu politik yang adil, dan mahu cara potongan harga perumahan sama adil pada semua kaum.

Orang Cina Mahukan Maruah

Beliau berkata lagi, jika pemimin negara ini masih lagi tanya soalan yang sama, orang-orang Cina boleh menjawabnya yang kita hanya mahukan maruah.

Beliau berkata demikian semalam di Gelang Patah Johor semasa perjumpaan DAP di Gelang Patah dalam jamuan makan malam dengan slogan “Tukar kerajaan! Harapan masa depan Rakyat”.

Pemimpin kenamaan DAP yang turut hadir termasuk Pemimpin Pembangkang di Parlimen Lim Kit Siang, Veteran DAP Chen Ming Sing, Loh Chao Hock, ahli Parlimen Jelutong Ooi Chuan Aun dan pengerusi DAP negeri Johor Dr. Boo Cheng Hou.

Dalam upacara itu, satu upacara penyerahan geran tanah ladang taman orkid di situ kepada parti DAP pusat, serta pada masa yang sama adakan kempen menolak pembinaan janakuasa Neuklear.

Beliau berkata: sejak merdeka selama 50 tahun, ada berapa banyak sekolah rendah Cina telah dibina, kita semua tahu, hanya sebanyak 1284 sekolah sahaja, sebanyak 90 peratus daripadanya telah dibina pada zaman penjajahan British dahulu.


Tidak Perjuangkan Sekolah Rendah Cina

Beliau anggap selepas Merdeka, MCA tidak perjuangkan sekolah rendah Cina, hanya dapat perjuangkan sedikit sahaja bilangan pembinaan sekolah-sekolah Cina, cuma dalam masa dua tahun ini MCA hanya ada perubahan sedikit sahaja untuk sekolah-sekolah Cina.

Beliau berkata, nisbah pertumbuhan sekolah rendah Cina terlalu rendah, semua orang tahu setiap tahun pertumbuhan murid berapa ramai, kerana angka di sekolah rendah Cina boleh dibaca dengan jelas, dan berapa orang cikgu yang diperlukan di SJKC, pertambahan dan bilangannya, boleh diketahui melalui pengiraan biasa sahaja.

Kenapa Timbalan Menteri pelajaran dari MCA, dari dulu sehingga sekarang sudah menjangkau puluhan tahun masih tidak pandai mencongaknya, dan di dalam kementerian pelajaran sendiri pun tidak tahu mencongaknya, latihan guru untuk SJK berlebihan, latihan guru untuk SJKC asyik tidak mencukupi?

Beliau berkata janji-janji DAP bukan untuk seronok didengar sahaja, kami akan kotakan supaya rakyat dapat manfaat dan kepentingan, negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, telah melaksanakan polisi-polisi yang memberi keuntungan pada rakyat, itu semuanya contoh yang terbaik yang telah dikemukakan.

Tuesday, July 13, 2010

Cauvinis Cina telah lama wujud, tiada istilah Perkasa Cina

DAP misalnya dianggap umum sebagai parti cauvinis Cina

Naib Presiden MCA, Donald Lim cuba mewujudkan polemik kurang cerdik apabila mengutarakan idea Perkasa Cina bagi menangani Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) yang semakin mendapat sambutan daripada masyarakat Melayu.

Sebenarnya TIDAK ADA istilah 'chinese PERKASA'. Hakikatnya, selama ini telah ada sejumlah organisasi yang dilihat sebagai mewakili golongan cauvinis Cina dari kaca mata masyarakat bukan-Cina.

DAP, misalnya dianggap sebagai sebuah organisasi cauvinis cina dan pendapat ini dipegang oleh majoriti golongan bukan-Cina (lihat kenyataan berbau cauvinis DAP di sini - klik). Suqiu dan organisasi yang membentuk Suqiu dilihat oleh masyarakat bukan-Cina sebagai bukan sahaja cauvinist tetapi rasis (tuntutan rasis Suqiu). Manakala Dong Zong dan Dong Jiao Zong dilihat oleh golongan bukan-Cina sebagai cauvinis pendidikan dan sudah beberapa kali dilihat mengelurkan kenyataan menghasut (klik sini dan sini). Dewan Perniagaan Cina dan Persatuan-persatuan klan pula ditubuhkan atas tujuan perkauman dan keturunan. Adakah mereka ini juga boleh dianggap sebagai rasis?

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali menganggap kenyataan Donald Lim ini sebagai satu kenyataan yang ekstremis dan tidak sesuai (klik).

Oleh itu Donald Lim, jangan berpura-pura tidak menyedari atau jangan cuba bermain polemik. Jangan sekali-kali cuba memberi gambaran bahawa cauvinisme dan rasisme tidak wujud dalam kalangan masyarakat Cina. Ini adalah satu penafian yang tidak dapat diterima sama sekali!

Istilah `Perkasa Cina' mempunyai tujuan jahat. Kita ingatkan dia, jika dia kurang cerdik, tidak bermaksud orang lain juga kurang cerdik.

Popular Posts