Showing posts with label Dap Rasuah. Show all posts
Showing posts with label Dap Rasuah. Show all posts

Wednesday, May 22, 2013

Red Bean Army ugut bunuh, hasut, fitnah dan buli orang Cina macam Parti Komunis Malaya (PKM)


Jentera siber tajaan Red Bean Army tidak lebih daripada sekumpulan penipu dan pembuli siber. Memberi gelaran anjing, babi, ugutan bunuh, serang Islam dan Nabi Muhammad, agenda rasis untuk boikot produk orang Melayu, termasuklah menyerang orang Cina yang menyokong BN.. memang macam Parti Komunis Malaya..


Baca dua artikel di bawah untuk memahaminya...

LAWA tapi biadab, hasut bunuh Najib, Tun Mahathir
http://keris7lok.blogspot.com/2013/05/lawa-tapi-bongok-hasut-bunuh-najibrazak.html









Dia ingat dia lawa sangat sampai boleh keluar kenyataan nak bunuh PM? Biadap punya betina! Tak hormat langsung. Keris tak kisah pun dia nak sokong mana-mana parti politik pun sebab itu hak masing-masing tapi jangan melampau dan biadap sangat.


Nama betina ni Venus Cheng dan bawah ni FB dia :

Tengok apa dia tulis :







RIDHUAN TEE: Transformasi Kabinet @NajibRazak & Kisah Cyber Trooper 'Laknat'
(Buka Minda, Sinar Harian 20 Mei 2013)

Tahniah saya ucapkan kepada barisan kabinet yang telah dilantik. Jalankanlah amanah yang amat berat itu. Ingat! jawatan pemimpin ada perkiraan dunia dan akhirat. Pemimpin akan dihisab dahulu berbanding rakyat.

Beberapa muka baharu yang dilantik, menunjukkan bahawa PM mahukan kabinet kali ini lebih berintegriti daripada dahulu. Kita amat mengharapkan ia akan disambut oleh ahli kabinet lama yang dilantik semula. Ini peluang terakhir untuk UMNO BN membaiki diri. Jika gagal, saya tidak pasti apakah nasib UMNO BN pada PRU14.

Kepimpinan baharu perlu ingat, hari ini tentera-tentera siber ultra kiasu (cyber trooper) yang juga dikenali sebagai atau red bean army dan berbagai nama lagi, berkeliaran di merata tempat. Kerja mereka mencapai 'kelemahan, ketirisan dan semua perkara negatif. Berhati-hati jugalah bila tinggal di hotel.

Bila dapat bukti, kerja mereka melancarkan serangan habis-habisan bagi memastikan niat mereka tercapai. Mereka telah diupah oleh ultra kiasu untuk mematikan watak seseorang (character assassination), termasuk menumbangkan kerajaan. Ia bermula dengan serangan individu.

Terbaharu, bekas hakim mahkamah rayuan yang mengeluarkan kenyataan yang kononnya 'berbau perkauman', diserang habis-habisan. Wal hal bekas hakim tersebut hanya mengingatkan, jangan terlalu menekan orang Melayu. Dibimbangi orang Melayu akan bertindak balas. Jika kita mengkaji psikologi orang Melayu, kenyataan ini ada benarnya. Persoalannya, kenapa beliau menjadi sasaran sedangkan ramai lagi yang berucap lebih teruk daripada beliau?

Adakah menghina Islam dan undang-undangnya, bangsa Melayu dan bahasanya dan raja Melayu tidak sensitif? Nasib baiklah,  bekas hakim ini, tidak ada skandal atau kenyataan-kenyataan yang sensitif sebelum ini, jika tidak nasibnya mungkin sama seperti Zulkifli Nordin dalam PRU13 baharu ini.

Dalam kempen PRU13 lalu, Zulkilfi Nordin diserang habis-habisan. Ucapannya pada tahun 2003, dimanipulasikan dan diekspoitasikan, hanya kerana beliau bertanding atas tiket UMNO BN. Kenapa dan mengapa, video tersebut tidak dimainkan ketika beliau bertanding di bawah PR pada tahun PRU11 2004 dan PRU12 2008?

Ringkasnya, sesiapa sahaja 'public figure' yang 'pro' UMNO BN akan 'ditelanjangkan' habis-habisan oleh tentera siber laknat ini. Niat mereka hanya satu, mahu menakut-nakut rakyat terhadap UMNO BN, menggunakanpsychological  war far dan menaikkan PR.

Saya difahamkan tentera siber ini telah diupah oleh ultra kiasu untuk melaksanakan agenda jahat mereka. Kumpulan ini telah didoktrinkan untuk menentang kerajaan. Kita harapkan KDN dan kementerian komunikasi akan melihat perkara ini dengan serius.

Sama ada mereka dibayar atau tidak, saya tidak dapat pastikan tetapi pengdoktrinisasi telah berlaku. Otak mereka telah dicuci. Ini paling bahaya. Kerja mereka hanya satu, lancarkan serangan siber. Misalnya, dahulu isu pekerja KFC Melayu 'memukul' pelanggannya berbangsa Cina. Isu ini hanya isu kecil, mereka perbesarkan jadi isu perkauman. Mereka ajak pelanggan bukan Melayu boikot KFC, hanya kerana pemegang francais adalah orang Melayu. Begitu juga kempen memboikot jenama roti terkenal kepunyaan orang Melayu. Apakah ini tidak rasis?

Justeru, saya amat mengharapkan kabinet baharu berhati-hati dengan serangan tentera siber ini. Cara tidak lain, jaga diri, ahli keluarga dan berhemah dalam berbelanja. Utamakan rakyat sebagaimana tagline gagasan 1Malaysia.  Bukan kita takut dengan mereka. Jangan beri peluang mereka mencari atau mendapatkan kelemahan kita.

Siapa sahaja yang mempertahankan atau membela UMNO BN akan dilabelkan sebagai anjing, babi, pengkhianat bangsa dan sebagainya. Saya telah melalui semua serangan ini. Saya tidak kata semua UMNO BN lakukan itu betul.

Terbaharu, seorang warga emas Cina di negeri Pahang, berusia 72 tahun, sehingga ke hari ini sudah 20 hari tidak makan, hanya minum sahaja, mogok lapar membantah projek kontroversi Lynas dan perlombongan emas di Bukit Koman. Beliau mahukan projek ini dihentikan. Sedangkan bukti-bukti saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membahayakan. Bagaimana pula jika projek ini berada di kawasan orang Melayu? Adakah protes yang sama akan dilakukan?

Harapan saya agar kabinet baharu ini benar-benar dapat melaksanakan amanah berat ini. Bertindaklah dengan tegas. Utamakan agenda negara daripada agenda bangsa berpaksikan perlembagaan. Jika dalam perlembagaan, terpancar perlindungan terhadap Islam, Melayu (bumiputera), bahasa Melayu dan Raja Melayu, jangan takut untuk mempertahankannya.

Kadangkala saya amat sedih apabila kita terlampau melayan agenda bangsa, sehingga agenda negara tidak tentu haluan. Misalnya, isu sekolah kebangsaan. Memang paling ideal, kita hanya memerlukan sekolah satu aliran. Pergilah ke mana ceruk dunia sekali.

Justeru, bila kerajaan membenarkan sekolah pelbagai aliran (sekolah vernacular), bersyukurlah. Jangan jadi kaduk naik junjung. Ini tidak, apa jua agenda kerajaan untuk memperkasakan agenda negara ditentang! Misalnya, pemerkasaan bahasa Melayu di sekolah vernacular, ditentang habis-habisan, hatta sampai ke peringkat mensyaratkan kepada kerajaan supaya guru BM dan BI mesti mendapat kredit dalam mandarin peringkat SPM. Bermakna, guru BM dan BI mesti datang daripada SMJKC, walaupun mereka berbangsa Melayu atau India.

Persoalannya, kenapa siber trooper tidak melihat isu ini sebagai rasis. Begitu juga tuntutan untuk menghalalkan sijil UEC dan semua universiti di China dan Taiwan. Sedangkan pelajar-pelajar yang dihantar ke sana, begitu kurang ajar, sanggup menterbalikkan jalur gemilang apabila UMNO BN memenangi PRU13 baru-baru ini. Kenapa tentera siber tidak serang pelajar kurang ajar ini? Kenapa ultra kiasu diam sahaja akan tindakan mereka. Kita gagal dalam melahirkan warga yang patriotik. Yang ada hanya warga yang rasis. Melayu dituduh rasis, mereka tidak. Apakah ini adil?.

http://ridhuantee.blogspot.com/2013/05/transformasi-kabinet-dan-cyber-trooper.html?m=1






Saturday, February 18, 2012

Skandal #BayanMutiara : DAP makan besar? @dzainalabidin



Zainal: Tanah tebus guna seluas 41.6 hektar itu telah dijual dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat pemaju hartanah Ivory Group


HOT : SKANDAL TERBARU MELIBATKAN 
PEMIMPIN DAP PULAU PINANG
TERBONGKAR..@dzainalabidin
http://empayar-pemuda.blogspot.com/2012/02/hot-skandal-terbaru-melibatkan-pemimpin.html

Bukan lagi panas...rasanya dah terbakar kot..mungkin itulah yang dirasakan oleh Ketua Menteri paling celaka Lim Guan Eng sekarang ini setelah  Dato' Zainal Abidin Osman, Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang telah berjaya membongkarkan satu skandal yang paling besar dalam sejarah politik Pulau Pinang melibatkan wang berbillion ringgit.

Dato' Zainal Abidin Osman, Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang dalam sidang mediannya petang tadi telah mendedahkan bukti dokumen penyelewengan wang rakyat diantara Ivory dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang melibatkan berbillion ringgit dan pastinya akan membuatkan Lim Guan Eng bertambah panik dan menjatuhkan imej beliau yang kononnya telus dan transparen.

Penafian demi penafian serta putar belit Lim Guan Eng tentang isu nilai pasaran komoditi terpenting di Pulau Pinang iaitu kawasan tanah tidak mungkin akan dapat ditutup. Tahniah UMNO Negeri Pulau Pinang kerana telah berjaya membongkar wajah sebenar Ketua Menteri Pulau Pinang dan DAP yang selama ini menipu rakyat negeri Pulau Pinang dalam mentadbir negeri Pulau Pinang...

____________________________


Umno Pulau Pinang hari ini mendesak Lim Guan Eng supaya bersara dari politik dan meletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai bukti mengotakan janjinya berbuat demikian jika terdapat bukti bahawa penjualan tanah Bayan Mutiara di sini telah dilakukan secara rundingan.

Pengerusi Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya mempunyai beberapa bukti bahawa tanah tebus guna seluas 41.6 hektar itu telah dijual dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat pemaju hartanah Ivory Group.

"Antara buktinya ialah surat permohonan kepada pihak Bursa Malaysia untuk membeli dan memajukan tanah berkenaan. Surat itu (Ivory Group kepada Bursa Malaysia) bertarikh 31 Mac 2011 sedangkan tender terbuka yang diiklankan oleh pemilik tanah  berkenaan iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tamat pada 31 Disember 2010.

"Ini dengan jelas menunjukkan urusan jual beli tanah di Bayan  Mutiara itu adalah rundingan dan bukan secara tender terbuka, kita ada dokumen-dokumen berkenaan,"katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, tender terbuka untuk pembelian tanah itu tidak berlaku dalam erti kata sebenar kerana hanya terdapat dua buah syarikat yang menyertai tender itu.

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak mempamerkan nama syarikat yang menyertainya  dengan harga yang ditawarkan oleh mereka selepas tawaran tender tutup pada 31 Disember 2010.

Zainal berkata Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, telah mencabar bahawa beliau akan meletak jawatan dan bersara dari politik jika Umno boleh membuktikan dakwaan bahawa tanah itu dijual secara rundingan.

Tanah yang dianggap sebagai "bernilai amat tinggi" itu adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Pada perkembangan lain, Zainal Abidin berkata Umno Pulau Pinang  turut mempersoalkan pembinaan rumah bertingkat setinggi 16 tingkat di Batu Kawan dekat sini kerana kerajaan negeri tidak membina rumah kos  murah.

"Rumah yang akan dibina di kawasan berkenaan adalah RM72,000  hingga RM220,000, apa yang kita pertikaikan ialah mengapa tiada rumah kos murah yang berharga RM42,000 sedangkan projek itu dibina atas tanah PDC," katanya. - Bernama 


Lu mau kelentong apa lagi?

Friday, February 17, 2012

DAP halalkan nepotisme kontrak, jawatan parti



DAP AND THE GODFATHER SYNDROME


The godfather & Son

DAP as a political party hasn’t changed for more than five decades (that is 50 years). This,  is an undeniable FACT. Since its official formation in 1966 (plus a few more years before that), DAP is Lim Kit Siang and Lim Kit Siang is DAP. 

DAP is and has been a One-Man dictatorship, with the full support of the Lim Dynasty.

DAP’s structure of leadership has not experienced any true sense of changed since its inception in 1966. Almost all the political parties (UMNO, MIC, MCA,GERAKAN and whatnot) have changed their leaders and office bearers in the last few decades but what about those who are shouting and crying out for change like DAP?

Throughout his political life, Lim Kit Siang has been calling on BN leaders to quit because ‘you have been too long”, ‘give others a chance’, ‘you are getting old’ etc, but what about him? Where is the change that you are shouting about Mr.Lim Kit Siang?

When Lim Kit Siang reluctantly moved on from the powerful secretary-general’s post to be the party Chairman, he preserved the coveted secretary-general’s post for Lim Guan Eng.

Malacca’s Kerk Kim Hock was made to warm the secretary-general’s post until Guan Eng sorted out his legal/personal problems. Once Guan Eng was ready, Kim Hock was unceremoniously removed and sent to the political wilderness. He has since retired from politics.

If the above facts are not NEPOTISM of the highest order, I don’t know what nepotism is then.

DAP’s former Bukit Bintang Member of Parliament Wee Choo Keong, a once young and upcoming DAP grassroots leader, for instance was sacked from the party for being a threat to Lim Guan Eng’s rise in the party.

“Wee Choo Keong was sacked for ‘not showing affection’ to the DAP leadership of Lim Kit Siang. What the hell?
Anyway to further entertain my readers, below are a hierarchy of the Lim Dynasty and their position in DAP. My question is, aren't there any other good leaders in DAP? apparently not. :)


Summary: 



DAP FAMILY DYNASTY

LIM DYNASTY

LIM KIT SIANG
  • DAP Advisor
  • DAP Parliamentary Leader 
  • DAP Member of Parliament for Ipoh Timor 


LIM GUANG ENG
  • Lim Kit Siang’s son
  • Betty (kota Laksamana)’s husband
  • Secretary general of DAP
  • Penang Chief Minister
  • Member of Parliament for Bagan
  • State Assemblyman for Air Puteh



BETTY CHEW
  • Wife of Lim Guan Eng  DAP 
  • Malacca women's wing Chief                      
  • Kota Laksama ADUN


baca lagi di blog The Kuala Lumpur Chronicle






Monday, December 26, 2011

Kot Kroni: Pastikan isteri Nga Kor Ming tidak terjun bangunan #DAPRasuah


Isteri Nga Kor Meng - Wong Seow Ching


IPOH 24 Dis. - Setiausaha Agung DAP Perak, Nga Kor Ming perlu tampil memberi penjelasan secara terperinci berhubung isu pemberian kontrak pakaian rasmi ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kepada syarikat milik isterinya pada 2008.

Naib Pengerusi DAP negeri itu, M. Kulasegaran berkata, sekiranya tidak ditangani segera, isu itu bakal mendatangkan pelbagai kesan negatif sehingga menjejaskan imej parti tersebut.

"Sudah ada laporan polis yang dibuat mengenainya dan Kor Ming sendiri juga akan memfailkan saman ke atas tuduhan tersebut, namun saya merasakan adalah lebih baik jika beliau sendiri menjelaskan segala senario yang berlaku.

"Untuk bersikap adil kepadanya, berilah beliau masa yang cukup selain Datuk Bandar sekarang juga perlu mengesahkan sama ada dokumen yang tersiar di blog berkenaan adalah benar atau tidak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan seorang blogger Sekupangduas atau nama sebenarnya, Ahmad Sofian Yahya, 47, yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tersebut pada 21 Disember lalu.

Menurut Ahmad Sofian, laporan itu dibuat bagi menyahut cabaran Kor Ming yang menuduhnya mengada-adakan bahan bukti dalam sebuah artikel yang disiarkan di portal berita propembangkang sebelum ini.

Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangduas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit kot ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.

Dokumen itu mendedahkan Ethan and Elton, syarikat yang mana isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai salah seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Syarikat tersebut yang didaftarkan selepas Kor Ming menjadi exco kerajaan negeri ketika itu, mendapat kontrak membekal dan menjahit kot tersebut meskipun mengenakan caj RM650 setiap sut berbanding yang terendah oleh Goodman Tailor iaitu RM450.

Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 kot rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada Goodman Tailor pada 3 April 2008 kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas disyorkan oleh kerajaan negeri pada ketika itu.

Berikutan itu, dua lagi laporan dibuat kepada SPRM oleh dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelmarin yang mendakwa Ahli Parlimen Taiping tersebut secara nyata terlibat dalam urusan pemberian kontrak berkenaan pada 2008.

Kor Ming baru-baru ini bagaimanapun menafikan penglibatannya dalam pemberian kontrak tersebut kerana mendakwa ia dilakukan secara tender terbuka.



Tukar dari Goodman Tailor kepada Ethan & Elton 


Harga tertinggi


Masyuuuuk RM 14 ribu


Pengalaman syarikat - baru mula buat business?



Dokumen dari blogger Angkatan Pemikir

Thursday, December 15, 2011

Lim Boo Chang keluar PKR: Zahrain betul! Guan Eng diktator? SPICE tidak telus?

Lim Boo Chang keluar PKR
Diterjemah dari blog Just Read, untuk versi bahasa Inggeris yang mantap sila browse



Seperti yang dijangka, Ketua PKR Bahagian Bukit Gelugor Lim Boo Chang (kawan baik saya) akhirnya menarik diri. Dia meninggalkan Anwar Ibrahim dan lain-lain, meninggalkan PKR dengan tanpa pemimpin yang sah di negeri ini, lebih-lebih lagi selepas Zahrain melakukan perkara yang sama tahun lepas.

Bekas ADUN Datuk Keramat hari ini mengumumkan beliau telah meletakkan jawatan daripada semua jawatan dalam PKR dan kembali kepada Gerakan, parti tempat beliau berkhidmat selama 15 tahun, dari 1984 hingga 1999.

Lim berkata beliau tertarik dengan agenda reformasi PKR tetapi selepas tiga tahun dalam parti, beliau telah hilang keyakinan terhadap PKR kerana ia gagal memenuhi janji-janji yang dibuat. Itu jugalah yang dikatakan Zahrain pada hari dia meninggalkan PKR.

"Konflik di kalangan ahli terus berlaku dalam parti itu. Oleh itu, dengan hati yang berat, saya meletakkan jawatan daripada semua jawatan parti," katanya kepada pemberita di Georgetown. Beliau juga berhenti sebagai ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, jawatan lantikan PKR.

Kata beliau, beliau telah meletakkan jawatan sebagai ahli majlis kerana majlis perbandaran tidak lagi mempunyai kuasa autonomi, dengan campurtangan Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam keputusan banyak.

"Majlis tersebut tidak pernah mengalami campur tangan seperti itu sebelum ini, dan ini dilakukan oleh kerajaan CAT (kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan)," katanya.

Dalam surat peletakan jawatannya, beliau memetik projek mega Pusat Konvensyen Antarabangsa dan Pameran Subterranean Pulau Pinang (Spice) sebagai penyalahgunaan kuasa yang jelas oleh pentadbiran negeri Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Ketua Menteri.

Lim merupakan di kalangan dua ahli majlis yang membantah secara terbuka projek itu ketika membahaskan Bajet 2012 Majlis pada bulan Oktober.

Lim merupakan bekas ketua Pemuda dan naib presiden Grakan Kebangsaan pada tahun 1990-an. Bagaimanapun, beliau keluar parti itu tidak lama selepas itu pada tahun 1999 pemilihan apabila dia berjaya mempertahankan kerusi Datuk Keramat negeri di Pulau Pinang.

Kira-kira tiga minggu selepas peletakan jawatannya, ADUN dua penggal ini menyertai MCA di mana beliau kekal selama lapan tahun sebelum menyertai PKR pada bulan Jun 2008.

Baiklah Lim, mari kita kembali kepada tempat di mana anda sepatutnya berada...

Popular Posts