Showing posts with label Wang Ehsan. Show all posts
Showing posts with label Wang Ehsan. Show all posts

Wednesday, March 3, 2010

Ku Li - Pendirian Pemuda, pendirian saya....

Adakah ini sedang berlaku?


Pendirian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tentang Tengku Razaleigh Hamzah, Ku Li, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pemudanya YB Khairy Jamaluddin semalam, 2 Mac 2010, selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia adalah mudah dan tepat, iaitu;

Pertama, ia adalah berkaitan isu tuntutan hasil petroleum dan bukan mengenai Ku Li. Pendekatan Pemuda UMNO adalah untuk menerangkan bahawa dari segi tafsiran Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang seharusnya dibaca bersama Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969, yang menyebut bahawa negeri dalam Malaysia mempunyai hanya setakat 3 batu nautika diukur dari paras air surut.

Kedua, oleh kerana terdapat perbezaan tafsiran tentang peruntukan undang-undang ini, maka sewajarnya ia di bawa ke mahkamah agar penyelesaian dapat diputuskan. Itu juga merupakan kehendak Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan. Disebabkan itu Pemuda UMNO menyokong agar ia dibawa ke mahkamah.

Saya bersetuju dengan pendirian Pemuda UMNO ini. Bagaimanapun secara peribadi saya melihat isu ini melangkaui isu tuntutan hasil petroleum. Sebaliknya melihat dari sudut kerakusan pemimpin Pas Kelantan dan Ku Li untuk merebut penguasaan hasil petroleum ini, walaupun Kerajaan telah menjamin bahawa wang ini akan disalurkan kepada rakyat (klik).

Ia adalah hak rakyat, bukan hak Ku Li, Nik Aziz Nik Mat dan kroni-kroni mereka. Lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Negeri Kelantan menghadapi krisis keyakinan yang parah dari segi urus tadbir melibatkan penegluaran hasil balak yang tidak setimpal dengan pembangunan serta kemajuan negeri Kelantan. Krisis keyakinan terhadap kerajaan Pas juga kritikal apabila Menteri Besar didakwa mengamalkan kronisme dan menerima tajaan untuk menunaikan ibadah Haji.

Kedua, dari segi sikap tidak berdisiplin yang dipamerkan oleh seorang pemimpin bahagian dan veteran. Sikap Ku Li yang masih tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Presiden Parti menghairankan. Ku Li mendakwa setia kepada parti, tetapi tidak dibuktikan dengan perbuatan (klik).

Tindakan Ku Li seolah-olah mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memecat beliau. Beliau mungkin belajar dari pengalaman, bahawa jika beliau keluar parti, beliau akan menjadi tidak relevan dalam masa yang singkat. Akhirnya dia terpaksa merangkak kembali kepada UMNO. Mungkin jika beliau dipecat, beliau boleh menjadi hero dan kisah beliau akan terus disensasikan seperti kisah anwar Ibrahim.

Nampaknya Datuk Seri Najib dapat membaca tindakan Ku Li ini sejak awal lagi.

Ketiga, dari segi sikap khianat Ku Li terhadap parti dan negara. Dalam wawancaranya dengan Malaysian Insider, Ku Li telah berbohong dan memberi gambaran yang salah tentang Malaysia beberapa kali. Seolah-olah Ku Li mahu mensabotaj usaha Datuk Seri Najib memulihkan ekonomi negara dengan mewujudkan persepsi bahawa negara ini tidak selamat dan kacau bilau (klik).

Perbualan twitter Ku Li dan Lim Kit Siang sungguh mencurigakan. Kit Siang dan Ku Li bukan tidak boleh menggunakan telefon dan SMS untuk berbual, tetapi memilih untuk menggunakan twitter. Ia seolah-olah sengaja dilakon dan dihebahkan sebagai build-up kepada gerakan untuk menghidupkan kembali Gagasan Rakyat tajaan Ku Li semasa berada dalam Semangat 46 bersama-sama pemimpin DAP dan Pas.

Pada waktu yang sama, manifesto Gagasan Rakyat pada tahun 1990 yang tidak relevan, gagal dan sudah lapuk bertajuk`Save Malaysia' cuba dihidupkan semula oleh Kit Siang dan turut dilaungkan oleh Anwar Ibrahim beberapa hari ini.

Kenyataan Ku Li dalam wawancara Malaysian Insider pula dibaca ramai sebagai usaha memberikan gambaran buruk tentang negara sebagai justifikasi agar manifesto 'Save Malaysia' ini dapat dihidupkan.

Disebabkan itu saya mempersoalkan kesetiaan Ku Li terhadap parti.

Dari segi track record, Ku Li pernah mengkhianati parti. Ku Li juga pernah bercakap bohong. Kenyataannya tentang hak kerajaan Pusat untuk menentukan sama ada untuk memberi royalti atau wang ehsan pada 1 November 2000 seperti yang disiarkan oleh Bernama jelas bertentangan dengan kenyataannya di Stadium Sultan Mohamad keIV, Kota Baru pada 28 Januari 2010. Kata beliau, pada 1 November, "semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung yang berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar wilayah mereka."

Apakah yang menghalang Ku Li untuk menipu untuk kesekian kalinya?

Bagi saya mudah saja - "kesetiaan itu dibuktikan dengan perbuatan, bukan hanya dengan kata-kata". Perbuatan Ku Li menjolok mata!!!

* Kit Siang - jangan curi tagline saya - Selamatkan Malaysia!!! Kenapa tidak digunakan Middle Malaysia yang dah jadi macam Meddle Malaysia je?

Monday, March 1, 2010

Selamatkan Malaysia! Ku Li penipu?


Mungkinkah ini akan terjadi?

Siapa Ku Li sebenarnya? Di mana bukti kesetiaannya?


Pada tahun 1998, dalam usaha untuk membela Anwar Ibrahim, sekumpulan manusia yang menggelarkan diri mereka golongan Reformasi telah berusaha untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia sedang digugat krisis poitik yang parah melalui demonstrasi dan rusuhan jalanan. Rusuhan jalanan ini dibuat pada saat negara sedang berusaha mengeluarkan diri dari bahaya krisis mata wang akibat serangan spekulator mata wang asing ketika itu.

Gambaran yang hendak diberikan kepada masyarakat dunia ketika itu adalah - negara berada dalam keadaan kucar kacir, keadaan politik tidak stabil dan pelaburan asing dalam negara tidak selamat.

Tindakan ini amat tidak patriotik kerana ketika itu kerana ia ibarat mensabotaj usaha kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memulihkan ekonomi negara yang berada dalam keadaan kritikal. Matlamatnya - untuk memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu gagal dalam usahanya untuk memulihkan ekonomi negara.

Hari ini, Tengku Razaleigh Hamzah, Ku Li, sedang melakukan perkara yang sama. Sama ada ia dilakukan secara tanpa sedar, akibat dipergunakan atau disebabkan kepentingan peribadi tertentu - itu soal kedua. Masalahnya - kenapa perlu memberi gambaran yang salah?

Kata Ku Li seperti yang disiarkan oleh portal berita yang kononnya bebas,
“Something must be wrong in this so-called Malay Land (Tanah Melayu) when they (Malays) are leaving,” tanpa memberikan sebarang fakta dan tanpa merujuk kepada keadaan negara-negara maju, di mana terdapat juga rakyat negara maju yang meninggalkan negara mereka bagi mencapai matlamat peribadi mereka. Ku Li juga gagal menyatakan kebenaran tentang begitu ramainya rakyat negara asing yang berebut-rebut mahu menjadi warga negara Malaysia.

Pada waktu yang sama Ku Li gagal menunjukkan bahawa
berbeza dengan tahun 1999 di mana pemulihan ekonomi dapat dibuat dengan lebih lancar, ekonomi negara menghadapi kelembapan ada kemungkinannya disebabkan kegagalan kerajaan Pakatan Pembangkang (PR) dalam membangunkan negeri-negeri yang dimenangi dalam PRU-12.

Katanya, “Investors and tourists are wondering what’s happening in Malaysia, at a time when we need investments, capital and jobs for our young who are also increasingly finding it difficult...”

Sedangkan semua rakyat Malaysia tahu, Kelantan - memang mengalami kelembapan sejak dulu lagi. Selain diberitahu sebelum ini bahawa pembangunan `duniawi' bukan keutamaan kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz Nik Mat, baru-baru ini terdapat pelbagai pendedahan yang menunjukkan ada kemungkinan amalan kronisme, tadbir urus yang lemah, korupsi dan tajaan bagi tujuan peribadi pemimpin turut menyumbang kepada kelembapan ekonomi Kelantan.

Semasa di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), data-data menunjukkan bahawa di Semenanjung Malaysia, Kelantan merupakan negeri yang menerima bantuan tambahan terbesar untuk pelajar miskin. Selain jumlah penagih dadah dan jangkitan HIV, jumlah rakyat Kelantan yang keluar ke negeri-negeri lain juga adalah amat besar.

Kedah - terus tidak menunjukkan sebarang perkembangan. Adakah pembangunan negeri terjejas kerana kepemimpinan negeri terlalu menumpukan usaha berpolitik, iaitu untuk menggunakan sumber negeri untuk mengekalkan populariti? Ramai rakyat Kedah yang merungut kerana tidak nampak sebarang perubahan.

Pulau Pinang - terus bergolak dari segi kepimpinan yang bersifat diktator, mirip pemikiran komunis dan chauvinis. Seperti Pulau Pinang, Selangor juga mengalami krisis kepimpinan negeri dan perebutan kuasa sesama PR yang parah. Selain itu pembangunan negeri terjejas kerana PR tidak boleh bekerja sama untuk membangunkan negeri. Di Selangor, isu rasuah, kes bunuh diri Teoh Beng Hock(?), hasil pasir yang `hilang', janji-janji yang tidak dipenuhi, isu tanah waqaf, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan pelbagai isu lagi menyebabkan pembangunan negeri terjejas.

Auta Ku Li tidak terhenti di situ saja, secara halus, dia cuba menggambarkan penolakan terhadap pelaksanaan hukum takzir dan hudud melalui kenyataan ini, "he added that the negative publicity generated by the caning of three Muslim women and controversy surrounding the use of the word “Allah” is not helping the country."

Auta Ku Li berterusan apabila menyatakan, "
even the non-Muslims are being hauled up for holding hands and cited a case where Islamic authorities barged into a room where a foreign couple was staying."

Auta Ku Li lagi, "despite the recent assurances on the crime rate coming down, people are still insecure about their safety. Even my wife is afraid to go out!"


Tidak ada bezanya Ku Li dengan gerakan Reformis Jalanan 1998. Kenyataannya hanya untuk mensabotaj usaha memulihkan ekonomi negara yang sedang dilaksanakan oleh Datuk seri Najib Tun Razak. Kemungkinan dia sedar, ini adalah penggal terakhir untuk menjadi Perdana Menteri dan mengaut kepentingan peribadi yang diinginkan.

Kata Ku Li dia masih setia kepada UMNO. Kata kita, "setia itu dibuktikan dengan perbuatan, bukan sekadar kata-kata." Dari perkataan dan perbuatannya (dan track recordnya) (klik), Ku Li bukan orang yang SETIA atau faham akan maksud perkataan SETIA. Ku Li hanya pengkhianat dan a sore loser!

Selamatkan Malaysia!!!! Selamatkan Malaysia dari pengkhianat yang bernama Tengku Razaleigh ini.

* Lim Kit Siang - sila jangan guna tagline Selamatkan Malaysia. Saya telah gunakan terlebih dulu. Sudah tidak ada idea lainkah? May be you're too old for new idea. Carilah idea lain seperti Middle Malaysia yang susah hendak diterjemah dan dimengertikan.

Friday, February 26, 2010

Ku Li sekali lagi mengkhianati UMNO?


Semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan beliau hairan dengan pendirian Tengku Razaleigh Hamzah yang mempunyai pendirian yang berbeza dengan kepemimpinan UMNO dan Barisan nasional (BN) walaupun penjelasan telah diberikan. Tidak puas hati dengan penjelasan yang didakwanya sebagai mengelirukan, Ku Li seboleh-boleh mahu menegakkan pendiriannya yang berbeza, walaupun tindakan itu melanggar disiplin parti.

Sememangnya semua orang maklum akan sejarah Ku Li di dalam UMNO dan negara.

Dalam sejarah negara, Ku Li tidak pernah dianggap sebagai seorang Menteri Kewangan yang berjaya. Prestasi Ku Li jauh terkebawah berbanding mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Dalam sejarah UMNO pula, Ku Li bukan seorang ahli politik yang berjaya. Ku Li dianggap sebagai seorang `sore loser' yang tidak dapat menerima kekalahan. Dia telah memimpin kumpulan serpihan yang keluar dari UMNO, mengkhianati UMNO dengan menubuhkan Semangat 46, memecah belahkan orang Melayu ketika itu dan kumpulan yang menyokongnya telah mengheret UMNO ke mahkamah sehingga ia diharamkan.

Dalam sejarah UMNO juga, Ku Li telah ditolak mentah-mentah oleh ahli UMNO untuk bertanding jawatan Presiden. Nampaknya tiada siapa yang percaya kepada kepimpinan Ku Li, lebih-lebih dengan `track record' yang dipegangnya sebelum ini.

Mungkin semua ini menyebabkan Ku Li masih berdendam dengan UMNO dan sekarang sedang mengambil peluang untuk membalas dendam dan menyusahkan UMNO. Menyedari UMNO masih dalam proses pemulihan dan pengukuhan, kesempatan ini diambil oleh Ku Li untuk membuat pendirian berlawanan dengan pendirian kepemimpinan parti.

Kenapa Ku Li tidak mahu keluar parti? Mungkinkah pengalaman mengajar Ku Li bahawa jika dia keluar UMNO, dia akan lebih cepat menjadi kurang relevan. Mungkinkah dia mahu dipecat, supaya dia boleh diangkat oleh pembangkang sebagai hero.

Nampaknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat membaca percaturan politik Tengku Razaleigh ini.

Bagi pemerhati luar, tindakan Ku Li yang masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Mustapha Mohamed tentang Wang Ehsan menghairankan. Seolah-olah ada udang di sebalik batu. Apakah `deal' yang telah dibuat dengan Nik Aziz Nik Mat yang kita tahu tidak meletakkan agenda pembangunan sebagai agenda utamanya dan semakin kalut apabila satu demi satu kes amalan kronisme dan korupsi beliau didedahkan oleh mantan blogger Pas sendiri, Kickdafella.

Eloklah kita ingatkan semula Ku Li, beliau sudah semakin tua. Masa depan negara sepatutnya ditentukan oleh golongan yang lebih muda. Berperangailah seperti orang tua dan jangan merosakkan negara dan perpaduan hanya kerana dia pernah mempunyai dendam peribadi dan kepimpinannya ditolak mentah-mentah oleh ahli UMNO. Duit minyak adalah hak rakyat, bukan hak Ku Li, Nik Aziz, Husam Musa atau al-menantunya.

Kata Perdana Menteri, Pemberian Wang Ehsan adalah mengikut undang-undang (klik). Penjelasan juga telah dibuat tentang Royalti atau Wang Ehsan. Penjelasannya adalah seperti berikut -

TUNTUTAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN

KERAJAAN KELANTAN MEMINTA KERAJAAN PUSAT MENGHORMATI PERJANJIAN AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 DAN MEMBAYAR ROYALTI KEPADA KERAJAAN NEGERI KELANTAN HASIL DARI PENGELUARAN MINYAK DI PERAIRAN KELANTAN.

KERAJAAN NEGERI JUGA MENUNTUT AGAR ROYALTI MINYAK DISALURKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI DAN BUKANNYA JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN(JPPK) KERANA ROYALTI MINYAK ADALAH HAK KERAJAAN DAN RAKYAT KELANTAN

KERAJAAN KELANTAN TURUT MENOLAK PEMBERIAN RM 20 JUTA WANG EHSAN YANG DIUMUMKAN OLEH DATUK SERI MUSTAPHA MOHAMED DAN MENOLAK JEMPUTAN KERAJAAN PUSAT MENGANGGOTAI JAWATAN KUASA PERUNDINGAN WANG IHSAN.


PERJANJIAN KERAJAAN NEGERI DENGAN PETRONAS TAHUN 1975

SEMUA NEGERI TERMASUK KELANTAN BERTARAF SAMA DI SISI UNDANG-UNDANG AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974. SEMUA NEGERI YANG MANANDATANGANI PERJANJIAN DENGAN PETRONAS PADA TAHUN 1975 HANYA AKAN MENDAPAT BAYARAN TUNAI SEBANYAK 5% DARIPADA NILAI PETROLEUM YANG DIJUMPAI DALAM KAWASAN DAN PERAIRAN NEGERI BERKENAAN. PERKATAAN ROYALTI TIDAK DISEBUT DALAM PERJANJIAN TERSEBUT.

SEJAUHMANAKAH HAK KERAJAAN NEGERI DALAM TUNTUTAN HASIL BUMI DI PERAIRAN NEGARA?

TELAGA MINYAK ATAU HASIL BUMI YANG TERLETAK LEBIH DARI 3 BATU NAUTIKA ATAU 12 BATU NAUTIKA DARI GARIS PANGKAL (BASELINE) PANTAI BUKAN HAK ATAU MILIK MANA-MANA NEGERI TETAPI ADALAH HAK KERAJAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA. SEMENJAK TAHUN 1969, DENGAN KUATKUASA UNDANG-UNDANG, PERAIRAN WILAYAH SESEBUAH NEGERI HANYALAH 3 BATU NAUTIKA DIUKUR DARI PARAS AIR SURUT.

SETAKAT INI TIADA NEGERI YANG MEMPUNYAI HAK TERBITAN DARI PERJANJIAN YANG DITANDATANGANI PADA TAHUN 1975 ITU ATAU YANG TIMBUL DARI AKTA PEMBANGUNAN PETROLEUM 1974 TERMASUK KELANTAN DAN TERENGGANU. INTISARI INILAH YANG DIAKUI OLEH YB TENGKU RAZALEIGH, AHLI PARLIMEN GUA MUSANG PADA 1 NOVEMBER 2000. WALAUPUN BELIAU TELAH MENGUBAH PENDIRIANNYA PADA MASA INI, KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG MASIH TIDAK BERUBAH. RAKYAT DAN NEGARA WAJIB MENGHORMATI UNDANG-UNDANG NEGARA.


SUMBANGAN EHSAN KERAJAAN PERSEKUTUAN KEPADA NEGERI

APA-APA SUMBANGAN YANG DIBERI OLEH KERAJAAN PUSAT KEPADA MANA-MANA NEGERI SETAKAT INI ADALAH HANYA EHSAN DARI KERAJAAN PERSEKUTUAN. SABAH DAN SARAWAK, SEBELUM TAHUN 1974, SEDIA MEMPUNYAI KEDUDUKAN TERSENDIRI KERANA KUATKUASA PERJANJIAN SERTA KUATKUASA AKTA PELANTAR BENUA 1966.

KENYATAAN KETUA PEMBANGKANG TERHADAP AKTA PEMBANGUNAN PETROLEUM 1974

KETUA PEMBANGKANG DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, PADA DISEMBER 2009 PERNAH MENGAKUI AKTA PEMBANGUNAN PETROLEUM 1974 TIDAK MEMPUNYAI KUASA PEMBERIAN APA-APA HAK KEPADA MANA-MANA NEGERI APABILA BELIAU MENCADANGKAN PINDAAN KEPADA AKTA ITU.

KENAPA KETUA PEMBANGKANG CADANG PINDA UNDANG-UNDANG ?

CADANGAN KETUA PEMBANGKANG UNTUK MEMINDA UNDANG-UNDANG ITU, SUPAYA HAD BATASAN NEGERI DIPERLUASKAN MELANGKAUI 3 BATU NAUTIKA SEHINGGA 200 BATU NAUTIKA. INI BERMAKNA UNDANG-UNDANG SEKARANG TIDAK MEMBOLEHKAN TUNTUTAN ROYALTI DIKEMUKAKAN.

JAMINAN KERAJAAN

KERAJAAN PERSEKUTUAN AKAN TERUS MENYUMBANG BANTUAN KEPADA NEGERI-NEGERI TERMASUK KELANTAN BERASASKAN KEPERIHATINAN BERSAMA SEPERTI YANG TELAH DAN SEDANG DIURUSKAN PADA MASA INI. APA-APA BANTUAN YANG DIBERIKAN SEDEMIKIAN ADALAH DI LUAR BIDANG KUASA AKTA PEMBANGUNAN PETROLEUM 1974. BANTUAN ITU DILAKUKAN ADALAH SEMATA-MATA ATAS KESEDARAN DAN TANGGUNGJAWAB BERASASKAN SISTEM KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI. MENGENAI AGENSI MANAKAH WANG ITU AKAN DISALURKAN KEPADA RAKYAT NEGERI KELANTAN TERTAKLUK KEPADA KEPUTUSAN KERAJAAN PERSEKUTUAN.

Friday, January 29, 2010

Royalti Minyak - jawapan kepada Razaleigh


Sebagai orang muda - apakah yang saya ingat tentang Tengku Razaleigh? Pertama penglibatannya dalam BMF (klik sini dan sini). Kedua, pengkhianatan terhadap UMNO pada tahun 1988 (klik sini). Ketiga, tawarannya untuk bertanding jawatan Presiden Parti dalam pemilihan UMNO 2008 ditolak mentah-mentah oleh ahli UMNO (sini).

Apakah yang saya tidak ingat tentang Razaleigh? Saya tidak ingat apa jasa dan peranannya sebagai Menteri Kewangan semasa dia memegang jawatan tersebut. Apa yang pernah saya baca adalah kritikan penulis politik, Syed Husin Al-Attas tentang kemampuannya sebagai Menteri Kewangan berbanding kemampuan Tun Dr Mahathir yang dilihat jauh lebih berwawasan.

Semalam dalam twitternya Razaleigh dengan sombong berkata - "I stand here representing only myself. I am here upon principle." - jawapan kita - hmmm berdasarkan track record dia, kita tidak nampak dia sebagai seorang yang berprinsip sebaliknya seorang yang tidak setia kepada perjuangan dan pentingkan diri.

Katanya, "How are we to ask investors to have confidence in us if we can't even keep contracts between ourselves" - jawapannya - kerajaan negeri yang diperintah oleh pihak yang diragui tentang amalan kronismenya (klik sini) serta dilihat sebagai tidak mengutamakan pembangunan rakyatnya tidak layak dan diragui kemampuan mereka untuk diberi kepercayaan menguruskan hasil minyak.

Balok habih, pembangune tok nampok (klik sini) merupakan rintihan rakyat, dengan adanya amalan kronisme yang tidak boleh dipertikai dan dipersoal oleh rakyat, yang teraniaya adalah rakyat.

Lebih-lebih lagi jika negeri diperintah oleh seorang Menteri besar yang mempunyai integriti yang diragui apabila mengaku menerima tajaan untuk menunaikan haji dari syarikat yang mendapat manfaat dari perniagaannya dengan kerajaan negeri.

Dengan bongkak, katanya lagi, "Kelantan may be poor. But we are not beggars. We demand what is righfully OURS." - jawapan kita - Kelantan mungkin miskin, tapi Razaleigh, Nik Aziz dan kroninya tidak.

"Righfully OURS" itu siapa? - Rakyat atau Razaleigh? Pas? Nik Aziz dan almenantunya? Hanya rakyat yang layak menerima wang hasil minyak; dan bukan Razaleigh, Pas, Nik aziz atau almenantu kroninya.

Sambungnya - "Let us re-examine the terms of Federation Agreement signed in 1948" - jawapan kita - "Let us decide on the new terms and agreement. New reality needs new agreement and terms. Especially when the state is burdened with credibility issues" - kronisme dan almenantunya. Tidak perlu cakap banyak Razaleigh - "Let us bring the matter to the court".

Bagi BN - RAKYAT diutamakan. Bagi Razaleigh dan Pas - kenapakah KEHENDAK MEREKA perlu diutamakan melebihi kepentingan rakyat? Jangan ada kawtim di belakang sudahlah? Kalau pergi Haji pun boleh kawtim, tak tahulah apa yang nak jadi lagi...

Tidak cukupkah lagi hasil balak di Gua Musang dan Kelantan? Hasil minyak pula mahu digomo. Untuk RAKYAT kah? atau untuk kroni dan ALMENANTUNYA kah?

Popular Posts