Showing posts with label blogger pro-BN. Show all posts
Showing posts with label blogger pro-BN. Show all posts

Wednesday, December 3, 2014

Blogger #Bangang - Apa kisah sebenarnya? @NajibRazak



“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly" 


“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,”


Inilah kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menimbulkan begitu banyak perdebatan di dalam blogsfera UMNO dan pembangkang. Ada yang mengikut nasihat, namun tidak kurang yang terus `membangangkan' diri.


Malaysian Insider berjaya memanipulasikan pemikiran ramai, termasuk blogger UMNO, apabila menambah perkataan `UMNO' di dalam tajuk dan laporannya. 


Blogger dan penggiat maya UMNO yang hanya merujuk sumber pro-pembangkang terperangkap dengan menipulasi ini dan akhirnya berbalah sesama sendiri.

Dengar daripada minit ke-39 hingga minit ke-41, Datuk Seri Najib kata "Kalau parti nak kuat, jagalah pemimpin-pemimpin kita. Kalau dia bersalah pun tegurlah dengan baik, supaya parti kita kuat", merujuk kepada sikap penyokong pembangkang yang mempertahankan pemimpin mereka walaupun bersalah dan ada isu moral.

Pada minit ke-44, Datuk Seri Najib menyebut bahawa pemimpin pembangkang lebih teruk daripada pemimpin UMNO. "Jangan serang kita, serang pembangkang." Kemudian barulah beliau menyebut tentang tindakan blogger menyerang pemimpin (UMNO/Kerajaan)

Ada dua perkara yang perlu dijelaskan:-

Pertama, Datuk Seri Najib tidak menggunakan perkataan `Blogger UMNO' sebaliknya blogger kita, yang memberi maksud blogger pro-BN, tidak semestinya mereka blogger UMNO. Dalam sfera siber, blogger pro-BN terdiri daripada banyak kumpulan, termasuk jentera parti dan blogger bebas.

Sebagai mantan pengerusi jentera siber UMNO, Unit Media Baru (UMB), saya suka menyatakan bahawa memang menjadi salah satu daripada syarat dan garis paduan untuk bersama dengan UMB adalah tidak boleh menyerang parti dan pemimpin parti. Tidak mengapa jika mahu mengkritik, tetapi mesti membina dan seboleh-bolehnya berusaha menggunakan saluran yang ada terlebih dulu. Memang ada kes blogger dan facebooker yang menarik diri kerana tidak sanggup mengikut peraturan ini. 

Peraturan ini penting kerana UMB adalah jentera parti. Adalah menjadi kesalahan untuk menyerang pemimpin UMNO secara terbuka seperti yang termaktub dalam peraturan parti dan mereka boleh dihadapkan ke hadapan Lembaga Disiplin UMNO.

Bagaimanapun terdapat blogger pro-UMNO dan pro-kerajaan yang bukan jentera parti yang tidak terikat kepada peraturan ini. 

Kemungkinan besar blogger bebas inilah yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Najib yang mempersoalkan mereka ni "cari makan dengan siapa?" 

Konteksnya, siapa `towkey' atau `paymaster' mereka sehingga mereka ini tidak memfokuskan serangan kepada pemimpin pembangkang, sebaliknya menyerang pemimpin parti dan kerajaan?

Kedua, yang ingin ditekankan oleh Datuk Seri Najib bukan pelaku atau medium yang digunakan, tetapi PERBUATAN. Perbuatan menyerang pemimpin dan sesama sendiri ini yang ditekankan sebagai perbuatan yang melemahkan parti dan disifatkan sebagai BANGANG. 

Memang susah nak mengatakan tindakan menyerang pemimpin dan parti sendiri sebagai tindakan yang cerdik. Walaupun penyokong pembangkang tidak mengikut ajaran Islam, tetapi dalam hal SOLIDARITI dan KETAATAN kepada pemimpin, mereka mengikut jaran Islam, sehingga mereka dapat mempertahankan pemimpin dan `jemaah' mereka.

Tidak kisah, jika mereka BLOGGER, FACEBOOKER, TWITTERER atau PEMIMPIN UMNO sendiri, jika mereka menyerang pemimpin dan parti secara terbuka, tindakan ini bukan sahaja tidak bijak malah boleh melemahkan parti.

Jangan jadi mangsa manipulasi medium pro-pembangkang dan bergaduh sesama sendiri akibat tidak mahu merujuk sumber asal sesuatu berita. 


Rujuk video penuh ucapan penggulungan Datuk Seri Najib Tun Razak:-

Tuesday, April 1, 2014

Ranking Terkini Blog Pro-Kerajaan, 31 Mac 2014 @NajibRazak @ShaberyC @KhairyKJ @Fuhas_tweet

Slide1

Blog tun faisal dot com di kedudukan nombor 25. Bulan lepas nombor 31.
Kedudukan Ranking Terkini Blog Pro-Kerajaan ehsan Portal Suara Generasi Baru.
Slide2

Blog Yuseri Yusoff, Mat Kilau Penang dan Empayar Pemuda masih berehat nampaknya... :)

Slide3

Slide4

Apa dah jadi Lamanizzs dan Keris 7 Lok? Macam dah sibuk dengan kerja je sekarang ni...



Klout Ranking Blogger dan Cybertroopers pro-Kerajaan
Sumber - Portal Warta Rakyat




Klout Score @tunfaisal - 31 Mac 2014



Klout Score @tun_faisal - 31 Mac 2014



Overview aktiviti melibatkan @tunfaisal pada 29 - 31 Mac 2014



Saturday, February 15, 2014

Analisis #PRKKajang vs #Kajang, masih ramai pemimpin BN yang #SyokSendiri? @NajibRazak #KajangMove




Pemimpin BN syok sendiri sebab Barisan Nasional kalah perang siber - Khairy


Masih ingat artikel ini? 

Analisis #PRKKajang vs #Kajang - Bukti Pemimpin BN #SyokSendiri ... @NajibRazak

Artikel ini telah mengesah dan memperkukuhkan kenyataan YB Khairy Jamaluddin bahawa pemimpin BN syok sendiri dan itu mengakibatkan BN kalah dalam perang siber.

Dalam artikel ini saya telah menyimpulkan bahawa - 

".. pemimpin UMNO dan BN sebenarnya TIDAK KELIHATAN, TIADA KEHADIRAN DAN DISENGAGED dari kedua-dua hashtag tersebut. Sedangkan Pemimpin PR, ada presence, visible, memberi kesan/input dan ENGAGE dalam perbualan menggunakan kedua-dua hashtag tersebut."

Fenomena ini berlaku mungkin kerana pemimpin UMNO/BN :-

1. tidak berminat

2. pandang remeh

3. terlalu sibuk dengan perkara lain

4. pegawai media sosial malas dan tidak beri nasihat, atau

5. SYOK SENDIRI

dan saya nak tambah satu lagi - 6. JAHIL TENTANG SOSIAL MEDIA, menyebabkan mereka tidak tahu bagaimana untuk terlibat dan mengukur penglibatan mereka serta prestasi penasihat-penasihat dan pengendali-pengendali media sosial mereka.

Hari ini selepas hampir seminggu, nampaknya terdapat sedikit perubahan di kalangan pemimpin BN. Jika sebelum ini kehadiran mereka mungkin tidak kelihatan, namun pada 14 Februari 2014, kehadiran sejumlah kecil daripada mereka sudah mula kelihatan. Mari kita lihat prestasi mereka untuk #PRKKajang dan #Kajang.

1 - Analisis #PRKKajang



Analisis Rankings Penyumbang 


Analisis REACH - Lebih ramai pemimpin UMNO/BN sekarang - Didahului oleh @AnwarIbrahim, @NajibRazak, @TunFaisal, @KhairyKJ, @TengkuAdnanREAL, @RafiziRamli dan @Khalid_Ibrahim


Analisis IMPACTS - Didahului oleh @TunFaisal, @NajibRazak, @KhairyKJ, @TengkuAdnanREAL, @AnwarIbrahim, @RafiziRamli dan @Khalid_Ibrahim


2 - Analisis #Kajang



Analisis Rankings Penyumbang - seperti di atas, paling ramai adalah 
di kalangan bekas penggiat UMB atau UMB-X 


Analisis REACH juga menunjukkan SEMAKIN ramai pemimpin UMNO/BN sekarang - Didahului oleh @AnwarIbrahim, @Tun_Faisal, @KhairyKJ, @NajibRazak, @TunFaisal, @TanKengLiang, @TengkuAdnanREAL, @AhmadMaslan, @ShaberyC, @AzwanBro, @DrNovandri dan @AzminAli



Analisis IMPACTS menunjukkan trend didahului oleh @KhairyKJ, @TunFaisal, @NajibRazak, @AnwarIbrahim, @TengkuAdnanREAL, @AhmadMaslan, @ShaberyC, @TanKengLiang, @AzwanBro, @DrNovandri dan @AzminAli.


Alhamdulillah, nampaknya ada sejumlah pemimpin UMNO/BN dan penasihat-penasihat media sosial mereka yang peka tentang apa yang perlu dibuat supaya tidak kelihatan SYOK SENDIRI seperti mana yang disimpulkan oleh YB Khairy dalam wawancaranya bersama Berita Harian.

Begitupun, masih ramai pemimpin UMNO/BN dan penasihat-penasihat beserta punasihat-punasihat media sosial mereka yang masih tidak peka dengan perubahan lanskap politik dan komunikasi hari ini. Atas sebab itu, mereka tidak kelihatan dalam perbualan #PRKKajang dan #Kajang.

Nasihat yang sama ingin saya berikan :-

Tidak guna mempunyai jumlah follower yang ramai atau klout score yang tinggi jika anda tidak memanfaatkannya. Pegawai Media Sosial anda seharusnya menasihati anda mengenai perkara ini?

Mereka dibayar oleh Kerajaan Malaysia untuk menasihati anda di pejabat menteri dan kementerian masing-masing! Walaupun mungkin tidak sebanyak yang dibayar oleh di Perbadanan Kemajuan Negeri tertentu sehingga ada yang dipecat baru-baru ini, tetapi mereka masih dibayar. Jadi manfaatkanlah sepenuhnya nasihat mereka dan UKURLAH PRESTASI mereka...


* Nota - Gembira dan tumpang bangga melihat prestasi rakan-rakan seperjuangan yang pernah bersama di dalam UMB dulu.. gerak kerja mereka masih tersusun dan terukur seperti sebelum ini.

Saturday, February 8, 2014

Analisis #PRKKajang vs #Kajang - Bukti Pemimpin BN #SyokSendiri ... @NajibRazak




Analisis hashtag #PRKKajang pada 6 Februari 2014 - TIADA pemimpin UMNO/BN. Tiada juga pemimpin PR kerana ramai yang memberi tumpuan kepada #Kajang.




Analisis hashtag #PRKKajang pada 7 Februari 2014 - Masih TIADA pemimpin UMNO/BN. Tetapi ada pemimpin PR.





Analisis hashtag #Kajang pada 6 Februari 2014 - Ramai pemimpin PR. TIADA pemimpin UMNO/BN. 



Analisis hashtag #Kajang pada 7 Februari 2014 - TETAP TIADA pemimpin UMNO/BN. 



NOTA: Semalam saya menulis tentang analisis dua hashtag utama Pilihan Raya Kecil Kajang, iaitu #PRKKajang dan #Kajang. #PRKKajang banyak digunakan oleh ramai pengguna dan penggiat twitter pro-BN. Manakala #Kajang digunakan oleh secara relatifnya lebih ramai pengguna dan penggiat twitter pro-PR.

Tujuannya bukan nak tunjuk bagus, tetapi sengaja melontarkan sesuatu untuk difikirkan dan dianalisis oleh para penggiat media siber pro-UMNO/BN. Namun mungkin kerana ramai penggiat siber pro-UMNO/BN melihat analisis tersebut sekali lalu, maka hampir kesemua mereka tidak benar-benar membuat analisis yang lebih mendalam terhadap statistik yang diberikan oleh aplikasi Hashtracking dan Tweetbinder tersebut. 

Ramai yang tidak perasan bahawa, dalam perbualan menggunakan kedua-dua hashtag, pemimpin UMNO dan BN sebenarnya TIDAK KELIHATAN, TIADA KEHADIRAN DAN DISENGAGED dari kedua-dua hashtag tersebut. Sedangkan Pemimpin PR, ada presence, visible, memberi kesan/input dan ENGAGE dalam perbualan menggunakan kedua-dua hashtag tersebut.

Entah apalah sebabnya pemimpin UMNO/BN disengaged dan memisahkan diri dari kedua-dua perbualan tersebut, saya pun tidak pasti. Mungkin :-

1. tidak berminat

2. pandang remeh

3. terlalu sibuk dengan perkara lain

4. pegawai media sosial malas dan tidak beri nasihat, atau

5. SYOK SENDIRI



Pemimpin BN syok sendiri sebab Barisan Nasional kalah perang siber - Khairy




Ada nampak Kadir jasin dalam analisis hashtag tersebut? Ya, ya, ya - Blogger UMNO sebenarnya TIDAK MEMBANTU KEPIMPINAN UMNO - tu sebab dalam analisis tu banyak blogger dan cybertrooper PEMBANGKANG DAN BUKAN PRO-UMNO.. Cakap tak guna fakta!


PEMIMPIN UMNO/BN terlalu SIBUK? Di bawah adalah analisis penyumbang kepada perbualan #KAJANG menggunakan tweetbinder....



ANDA SIBUK. Malangnya PEMIMPIN PR TIDAK TERLALU SIBUK UNTUK TERLIBAT DALAM PERBUALAN #KAJANG dan #PRKKAJANG!

Tidak guna mempunyai jumlah follower yang ramai atau klout score yang tinggi jika anda tidak memanfaatkannya. Pegawai Media Sosial anda lupa cakap pasal ni?

Mereka dibayar oleh Kerajaan Malaysia untuk menasihati anda di pejabat menteri dan kementerian masing-masing! Walaupun mungkin tidak sebanyak yang dibayar oleh di anak syarikat negeri tertentu sehingga ada yang dipecat baru-baru ini, tetapi masih dibayar. Jadi manfaatkanlah sepenuhnya nasihat mereka...

Wednesday, January 29, 2014

Serangan blogger @YuseriYusoff ke atas `Blogger Tun Daim' melampau


Hayati kata-kata hikmah Rocky-Bru

Nota: Saya TIDAK BERSETUJU dengan tindakan rakan blogger DoubleY atau Yuseri Yusoff menyerang blogger Apanama secara keterlaluan. Bagi saya, Apanama dan Out Syed the Box pun kawan-kawan juga. 

Saya setuju dengan Datuk Rocky Bru, tidak ada masalah jika seseorang itu kritikal. Menjadi kritikal bukan bermaksud memberontak. Cuma ada garisan pemisah di antara kritikal yang membina dan kritikal yang memberontak. Janganlah kita melampaui batas tersebut sekiranya kita takut diri kita di label sebagai pemberontak.


Sebab itu saya sendiri kritikal terhadap Kadir Jasin. Kenyataannya bahawa BLOGGER UMNO SEBENARNYA TIDAK MEMBANTU KEPIMPINAN UMNO adalah melampau dan tidak wajar. Ia bukan kritikan yang membina dan bukan sekali-kali kritikan yang bijak. Lagipun setakat 8 artikel panjang berjela sebelum PRU13, belum tentu dapat membantu BN memenangi PRU13. Jadi tak payah lah bangga dan sombong sehingga menidakkan sumbangan orang lain.

Sebab itu juga saya tidak setuju apabila ada blogger yang melambakkan semua kesalahan ke atas bahu Datuk Seri Najib, walaupun `kesalahan' itu tidak berlaku dalam zaman Najib, dan berlaku dalam era pemerintahan Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Badawi. Kritikan seperti ini TIDAK ADIL, TIDAK OBJEKTIF dan TIDAK PROFESIONAL!


Kritikan di atas ini TIDAK ADIL, TIDAK OBJEKTIF dan TIDAK KRITIKAL


Kritikan Double-Y terhadap Apanama dan Out Syed The Box dalam tulisan yang sebelum ini, agak objektif, tetapi mengaitkan kedua mereka dengan Tun Daim, agak tidak wajar lebih-lebih lagi jika dakwaan tersebut tidak benar.


Kritikan seperti ini juga agak melampau, lebih-lebih lagi jika ianya tidak sahih. Jika sahih, itu cerita lain la pula...

Saya dulu ketika memegang jawatan dan bergelar pemimpin juga pernah dikritik. Jika ada kritikan yang membina, tidak mengapa. Tetapi, jika mengkritik peribadi, mewujudkan persepsi di atas berita yang tidak benar dan menghentam membuta tuli kerana tidak boleh menerima perbezaan pandangan itu melampau. Apalagi jika, si pengkritik menyerang, mengaitkan atau mengadu, `mention' dan `tag' Datuk Seri Hishammuddin yang ketika itu merupakan boss saya pula boleh dikatakan sebagai tindakan yang tidak profesional dan bersifat pondan.

Kalau sebelum ini, saya sebagai pemimpin, boleh dikiritik, Perdana Menteri juga boleh dikritik sesuka hati, agak janggal jika pemimpin atau rakan si pengkritik tidak boleh dikritik. Seolah-olah menjadi satu `dosa besar' untuk mengkritik pemimpin dan rakan si pengkritik. Kenapa jadi defensif jika Kadir Jasin yang dikritik? Dia bukan pemimpin pun.... SIAPA YANG MENENTUKAN PERATURAN TENTANG PEMIMPIN YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DIKRITIK NI?

Kalau nak ikut hukum betul-betul, then fahamkan apa yang Fathul Bari kata di sini. Itu baru ikut hukum.

Lebih berat lagi, jika si pengkritik sampai sanggup menggelar blogger dan cybertrooper yang kritikal ini sebagai anjing. Takkan sampai begitu sekali. Kalau semasa mereka mengkritik anda, anda menggelar mereka sebagai anjing; jika anda mengkritik mereka pula, mereka nak panggil anda apa ? BABI?

Sampai bila nak habis kalau macam ni?

U all hentam sajalah Rafizi ni, kan lebih elok biar dia saja yang makan rumput dan pakai loceng?

Embedded image permalink


Artikel blogger DaoubleY yang melampau...


Blogger Rebel @firdyfire Kata Mereka Yang Bantu PM @NajibRazak 'ANJING' @HishammuddinH20?



Inilah dunia bloggers, setiap daripada beranggapan kita saja yang betul - hanya pendapat kita yang betul, pendapat orang lain adalah salah. Kritikan kita sahaja yang betul, kritikan pihak lain terhadap kita tidak betul dan tidak boleh.

Kadir Jasin, Syed Akhbar kritik Najib Razak boleh, mereka bermain dengan persepsi ke atas Najib Razak boleh tapi apabila kawan-kawan kamu diserang kamu mengatakan ia salah dan tidak boleh.

Lebih keterlaluan kamu menggelarkan mereka sebagai 'anjing'!

Hahaha...

Mungkin itulah pegangan sahabat blogger Firdaus Abdullah antara blogger yang turut terlibat dalam menjatuhkan Pak Lah tahun 2008. Gelaran anjing mungkin ditujukan kepada individu yang menyerang Kadir Jasin sebelum ini.

Petikan tulisan apanama2020 :


Hello brader...

Adakah peribadi you, kaum kerabat you, atau apa-apa berkaitan kepentingan you telah terjejas di atas serangan yang telah berlaku. Saya yakin, jika kawan-kawan dalam circle saya mereka tidak akan menyerang peribadi.

Rasanya Apanama merujuk kepada Kadir Jasin yang mengadu diserang secara peribadi melalui laman pembangkang tanpa satu bukti sahih. Kisah mengenai dia memiliki dua isteri dikatakan disebarkan oleh blogger UMNO.

Saya tahu Apanama tidak maksudkan saya, kerana setakat ini saya tidak menyerang Kadir Jasin secara peribadi.


Cuma soalan saya untuk apanama - bila Kadir Jasin diserang, bersungguh-sungguh you pertahankan tapi bila Hishammuddin diserang, difitnah, dilabel sebagai pondan, you di mana bro?

Saya tekankan di sini saya tiada masalah jika teguran daripada kawan-kawan blogger terhadap kepimpinan Najib Razak jika ia demi kebaikkan - saya juga menegur termasuklah ke atas isteri beliau sendiri.

Malangnya serangan Kadir Jasin lama kelamaan bersifat serangan peribadi, lebih bermain dengan persepsi dan ia dilihat bukan lagi bertujuan menegur kelemahan pentadbiran Najib Razak.

Mungkin manusia seperti Kadir Jasin, Syed Akhbar dan you sekali Firdaus Abdullah fikir hanya you boleh bersikap kritikal di media sosial - tetapi apabila orang lain kritikal mereka adalah anjing.

Jika begitu, selepas ini kalau you jadi kritikal lagi saya akan panggil you 'babi'boleh?


This not 2008 la moron...!

Tuesday, January 28, 2014

8 SEBAB Ranking Blogger Pro-UMNO jatuh! Sebab ramai ketagih main #CandyCrush? #Lifestyle #SyokSendiri

Blog tunfaisal.blogspot.com di tangga 17. Terima kasih di atas sokongan para pembaca. 
Nampaknya kedudukan ranking ramai blogger pro-UMNO yang jatuh teruk. Tidak tahu apakah sebenarnya faktor yang menyebabkan kejatuhan ini. 

Mungkinkah kejatuhan ini diakibatkan oleh :- 

1. kurang penghargaan daripada Pejabat Perdana Menteri dan kepimpinan tertinggi UMNO,  atau

2. mungkinkah kerana penubuhan Jabatan Media Sosial (JMS) tidak melibatkan mereka sehingga mereka berasa fed-up dengan UMNO, atau 

3. adakah kerana kebajikan dan nasib mereka tidak terbela sehinggakan ada blogger yang terpaksa menjual kad pre-paid Tone Excel, burger bakar dan memotong rumput sehingga menghadkan waktu berblog, atau 

4. mungkin juga kerana mereka mengikut saranan untuk mengurangkan masa berblog tentang politik sebanyak 50% dan lebih menumpukan kepada penulisan #Lifestyle, atau 

5. mungkin mereka ketagih main Candy Crush, atau



6. Mungkinkah kerana BLOGGER UMNO marah dan meluat dengan PEGUAM UMNO dan BERUANG UMNO yang bersetuju tarik saman Mustafa Ali DAN terima kenyataan Mustafa bahawa video itu kerja BLOGGER UMNO? Atau,


7. kerana mereka tak mahu Syok Sendiri?



8. Atau kerana mereka yakin dengan kenyataan wartawan pencen ini yang kata mereka sebenarnya tidak membantu kepimpinan UMNO? Jadi biar Kadir sajalah yang buat dan tulis blog. Mungkin Kadir rasa 8 artikel panjang berjela sebelum PRU13 tu adalah FAKTOR UTAMA yang membantu kemenangan BN dalam PRU13. Suka lu lah Kadir.....




Senarai kedudukan ranking blog pro-UMNO (sambungan...)




SUMBER : http://www.suaragenerasibaru.com/?p=103995



Monday, January 27, 2014

@RockyBru - Belum ada yang layak ganti @NajibRazak?


Nota: Respon Datuk Rocky adalah berikutan kenyataan daripada Prof James Chin dan pertanyaan rakan beliau, kenapa hanya beliau yang masih mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Baca kenyataan Prof James Chin di bawah - 


"What these pro-umno bloggers and their “paymasters” wanted, Chin said, was a revival of the Mahathir era and “strong-man” politics. These bloggers are hired by the pro-Mahathir camp in Umno who want a strong leader like Mahathir that can shut any dissenters by using the Internal Security Act.

- Prof James Chin, Sunway Monash U, 


Siapakah yang dimaksudkan oleh Prof James Chin sebagai `paymaster'? Kedua, siapakah pula yang dimaksudkan beliau sebagai blogger pro-UMNO yang memberontak terhadap PM?

Saya kurang senang dengan label blogger Pro-UMNO yang digunakan oleh James Chin secara sembarangan. Beliau perlu jelas, adakah blogger ini pro-UMNO atau pro-individu tertentu. Saya tidak tahu sama ada dakwaan ini mempunyai asas atau tidak tetapi sehingga beberapa hari yang lepas, blogger dan facebooker begitu rancak mengaitkan Kadir Jasin dengan Tun Daim. Di bawah adalah antara poster on-line yang saya lihat disebarkan -



Adakah James Chin mahu menyebut Blogger Pro-UMNO atau Pro-Daim?


"On the eve of Thaipusam, a rebel asked me over drinks: "Bro, why are you still defending Najib? He's going down, bro, for sure he's going down."  Wishful thinking, man. If Umno had wanted to take Najib down, they should and would have done that at the Umno general assembly last year, NOT after returning him as their president UNOPPOSED. 
And if you really, really want to bring him down now, you must have a candidate to replace him. One with compelling attributes. I asked my friend, "Do you have someone llke that?" 


- Rocky Bru




Bagi saya, tidak ada masalah jika kita hendak mengkritik dan memberi pandangan terhadap perkara-perkara yang politically incorrect dan salah dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Tetapi adalah TIDAK ADIL untuk melambakkan semua kesalahan ke atas bahu Datuk Seri Najib. Kalau nak memberi kritikan, kritiklah tetapi janganlah sampai melambakkan segala keputusan-keputusan kerajaan yang dibuat pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi ke atas bahu Datuk Seri Najib dan menyalahkan beliau atas segala `dosa' (tidak semestinya dosa) yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menteri-menteri kabinet, pengerusi-pengerusi GLC dan penjawat-penjawat awam.

Ini TIDAK ADIL!


Tindakan melambakkan semua kesalahan ke atas bahu Najib seperti yang dilakukan oleh blogger tertentu adalah TIDAK ADIL, TIDAK OBJEKTIF dan TIDAK PROFESSIONAL

Atas sebab ini, saya setuju dengan hujah blogger pro-UMNO Double-Y yang menyebut bahawa hujah ini terlalu dangkal kerana :- 

Pertama :- "monopoli ke atas MAS, TNB, Bernas dan Pharmaniaga telah berlaku sejak zaman pemerintahan Tun Mahathir.

Kedua :- "Anehnya menteri bertanggungjawab dalam bidang kuasa yang disenaraikan tidak pula ditegur atau dikritik sebaliknya fokus mereka hanya terarah kepada DS Najib Tun Razak. Contohnya pembantu rumah asing, kenapa tidak dipersalahkan TS Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan JK kabinet dan ia dipertanggungjawabkan kepada DS Zahid Hamidi? Selain itu perlaksanaan gaji minimum RM900 merupakan idea KJ yang disokong oleh Pemuda UMNO. Tapi malangnya, KJ tidak ke hadapan mempertahankan DS Najib Tun Razak yang menerima idea yang diperjuangkan pemuda.

Walaupun Zaid Ibrahim bukan ahli politik yang paling bijak, baik di dalam UMNO mahupun di dalam PKR (mungkin paling bijak dalam KITA), tetapi setidak-tidaknya pandangan dia lebih rasional kerana faham bukan semuanya berlaku pada zaman Najib - 

“They say Najib has failed because the prices of goods and services have gone up, but we can expect this to happen when subsidies are cut. And subsidies have to be cut to reduce the deficit in the country’s accounts, which in turn has come from the government spending more than it received in revenue. This is a cumulative effect of many years of unsound economic management, and Najib is not solely to blame for this."

“The former prime minister’s fan club members also point to the more than 50,000 unemployed graduates in Malaysia as proof of Najib’s failure, but we have had this many (or more) unemployed or unemployable graduates since 1995."

- Zaid Ibrahim



Popular Posts