Showing posts with label Azhar Idrus. Show all posts
Showing posts with label Azhar Idrus. Show all posts

Sunday, March 2, 2014

#BR1M : @UstazAzharIdrus malas membaca, kenyataan merapu; meh belajar sikit..



Azhar Idrus berceramah di Medan Ilmu, tapi bercakap tanpa ilmu....


Kenyataan Azhar Idrus yang terbaru mengenai BR1M menampakkan kecetekan ilmu pengetahuan dan kefahaman beliau mengenai fakta sesuatu perkara. Paling tidak sebelum membuat sebarang kenyataan, buatlah rujukan terlebih dahulu ..

Kenyataan Azhar Idrus ada 3 komponen:-

1. BR1M tidak setimpal dan ia merupakan HAK RAKYAT

2. Kerajaan Malaysia ada harta, kekayaan ini perlu dapat SAMA RATA

3. Rakyat bayar cukai jalan, kereta, beribu-ribu tetapi dapat RM600 sahaja


Apa punya mengarutlah kenyataan ustaz ini...

Pertama, BR1M bukan hak rakyat. Kalau BR1M hak rakyat maka sudah tentulah di setiap negara lain di dunia pun ada BR1M dan sebelum-sebelum ni juga WAJIB adakan BR1M, jika tidak hukumnya berdosa. BR1M bukan hak rakyat, sebaliknya hasil daripada kebijaksanaan dan kemurahan hati kerajaan Barisan Nasional (BN) di dalam menguruskan ekonomi dan membantu kebajikan rakyat.

Kedua, SAMA RATA. Azhar Idrus mungkin terlalu seronok untuk bercakap sampai tak sedar, nada bercakap tu dah macam sosialis dan DAP pula. Kembalilah kepada Islam ustaz, dalam Islam, Islam tidak menganjurkan hasil kekayaan ini dibahagikan secara SAMA RATA, sebaliknya secara adil. Siyasah dalam Islam adalah Siyasah al-Adilah, iaitu siasah yang berteraskan dan bermatlamatkan keadilan. 

Azhar Idrus juga perlu faham, bahawa cukai yang dikenakan bukan hak rakyat. Membayar cukai bukan seperti menimpan duit di dalam tabung atau di dalam bank. Duit yang disimpan dalam tabung adalah hak penabung, tetapi duit yang digunakan untuk membayar cukai bukan hak pembayar cukai dan mereka boleh mendapat `refund' sepenuh di akhir tahun.

Sebaliknya cukai adalah SALAH SATU daripada sumber pendapatan kerajaan; dan di dalamnya terdapat hak pembayar cukai, hak rakyat termasuk yang tidak membayar cukai dan hak pemerintah, iaitu hak untuk menguruskan pendapatan negara berdasarkan polisi yang digariskan dan diluluskan. 

Ketiga, kenyataan "Rakyat bayar cukai beribu-ribu tetapi hanya dapat RM600 sahaja" adalah kenyataan yang mencerminkan kedangkalan dan kecetekan pemikiran Azhar Idrus dan berunsur FITNAH. 



Elok Azhar Idrus fahamkan carta Bajet 2014 ini baik-baik. Cukai yang rakyat bayar BUKAN UNTUK BR1M SEMATA-MATA2




Apa yang rakyat dapat lagi sebenarnya dalam Bajet 2014....



Dalam Sektor Pendidikan - Apa yang rakyat dapat?






Apa lagi rakyat dapat? 


Inilah masalah bila golongan seperti Azhar Idrus ni bila malas membaca. Sedangkan Rasulullah saw pun diperintah Allah swt untuk membaca - `Iqra' - Azhar Idrus ni nampaknya macam tak nak ikut Rasulullah saw dan perintah Allah la pulak... 

Malangnya begitu ramai yang menganggapnya benar kerana kononnya ia datang daripada seorang yang mempunyai ketinggian ilmu luar biasa. Latar belakang Azhar Idrus . 

Tu laaa... jangan suka sangat panggil orang "bod..doooh" ..... tak baik.. dosa..


Saturday, June 29, 2013

Azhar Idrus - ustaz akhir zaman?





Menang kontroversi - sebelum ni pasal makan Mc D, selepas dok balun-balun, dia yang kantoi; youtube iklan raya, ustaz ajar bayar duit je boleh setel masalah, dan tuduh Dr Fathul Bari gaji RM15,000 tapi tanpa bukti - ustaz, ustaz - ustaz zaman akhir zaman....






Jawapan paling lawak
bila menjawab air nescafe diisi dalam gelas kopi mcD...
kedai yg jual air nescafe tu dah habis gelas ke??

Kalo dah kantoi tu mengaku aje laaa!
memang gini la cara ulamamak PAS... menipu bila kantoi!

BACA JUGA DI BLOG MPP (KLIK!)

McD di GAZA???


Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda; 
"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala."



Yang kerja dan makan Mc Donald ni kena tolak ustaz yang suka-suka 
keluarkan fatwa tanpa asas ni


Lagi cerita kantoi Mc Donald di sini



Kontroversi 2



Ustaz ajar, pecut kereta Ferrari kat jalan kampung, bayar duit boleh setel problem ...



Kontroversi 3



Ustaz ajar kalau tak de bukti pun boleh tuduh2 orang, mana nya ajaran la ni...



Lagi kontroversi tentang Azhar Idrus di sini



Wednesday, January 18, 2012

[Video] Azhar Idrus kantoi fitnah ulama UMNO gaji RM 15,000?


Apa cerita Ustaz? Tak boleh terima kritikan? 



Nak berbincang? Sentiasa bersedia berbincang


Jawapan kepada fitnah Azhar Idrus; nak dakwa bagi bukti....

Saturday, January 14, 2012

Kaedah Berbeza Pendapat Azhar Idrus dan Fathul Bari


Orang yang tidak sama dan berbeza pendapat, automatik sesat



HUKUM BERAMAL DAN BERHUJAH DENGAN HADITH DHAIF


Para ulama’ telah berselisih pada keharusan beramal dengan hadith dhaif kepada tiga pendapat:

Pendapat pertama

Tidak boleh beramal dengannya semata-mata samada pada hukum-hakam atau fadhail amalan dan kelebihan seseorang atau sesuatu. Ini adalah pendapat Ibnu Arabi Al-Maliki. Sesetengah karangan memasukkan Imam Bukhari, Imam Muslim dan Ibnu Taimiyah di dalam golongan pertama ini. Demikian itu adalah kesilapan besar yang akan kami nyatakan sebab-sebabnya dalam tajuk ulasan pendapat yang pertama.

Pendapat kedua

Boleh beramal dalam semua keadaan apabila tidak didapati hadith yang lain pada sesuatu bab melainkan hanya hadis dhaif. Ini adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Daud.

Pendapat ketiga

Boleh beramal dengan hadith dhaif pada fadhail amalan dan kelebihan seseorang atau sesuatu tetapi dengan beberapa syarat. Ini adalah pendapat jumhur ulama’. Di antaranya Amirul Mukminin Fil Hadith Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Hafiz Imam Nawawi, Imam Al-Suyuti, Al-Hafiz Al-Iraqi, Al-Khatib Al-Baghdadi dan lain-lain. Pendapat ini adalah yang muktamad di sisi Imam Muhaddithin kerana ianya disokong oleh Syeikhul Islam Ibnu Hajar Al-Asqalani. Syeikh Jamaluddin Al-Qasimi pernah menyatakan dalam kitab beliau ‘Qawaid Al-Tahdis’ m/s 113: “”هذا هو المعتمد عند الأئمة Ertinya: “Ini adalah pendapat yang muktamad di sisi imam-imam hadith”. (255-257: (الحديث الضعيف أسبابه وأحكامه

Adapun syarat-syarat beramal dengan hadith dhaif sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Hafiz Al-Sakhawi dalam kitabnya, Al-Qaul Al-Badi’: “Aku telah mendengar daripada guru kami Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani r.h.m memberitahu berulang kali bahawa syarat-syarat beramal dengan hadith dhaif itu ada tiga:

1) Bahawa kedhaifan hadith itu tidak bersangatan. Hadith yang bersangatan dhaif ialah perawinya pendusta atau yang dituduh dengan dusta. Syarat ini disepakati oleh ulama.

2) Bahawa sesuatu hadith dhaif itu termasuk di dalam asal (Quran, Hadith, Ijma’ dan Qias) yang umum.

3) Bahawa tidak mengiktikadkan datang daripada nabi s.a.w ketika beramal dengannya supaya tidak disandarkan kepada baginda s.a.w dengan apa yang tidak dikatakan”.

Baca huraian penuh tentang hadis dhaif di blog Tinggalkan Satu Peluru

Thursday, January 12, 2012

Fitnah dan maki hamun: Beza akhlaq Azhar Idrus dan Fathul Bari



Dulu kita dah bezakan tahap ilmu Azhar Idrus dan tahap ilmu Fathul Bari. Kali ini kita bezakan pula di antara akhlaq Ustaz Azhar Idrus dan Fathul Bari. Lihat kedua-dua video untuk faham, ada perbezaan di antara golongan yang beriktiqad Tuhan mereka jenis keji, Maha Samseng dan Maha Mencarut dengan golongan yang beriman bahawa Tuhan mereka adalah Maha Suci Allah.

Sahabat blogger Azli Shukri telah menyiarkan seruan agar ustaz Azhar Idrus menghentikan fitnah di dalam blognya



Anjing, gila, sesat, bodoh bermain dalam ceramah. Nabi mana yang ajar dia berdakwah guna bahasa kesat? Tunjuk sikit kat mana hadis Rasulullah saw yang ajar untuk memaki hamun dalam berdakwah? Memfitnah pulak tu RM15,000 sebulan?.. siapa kata ustaz Azhar tidak memfitnah?



Yang mana lebih Islamik? Azhar Idrus atau Fathul Bari? 



Tuesday, January 10, 2012

Azhar Idrus tau bab fardhu ain saja?


Kalau faham bab fardhu ain saja, macam mana boleh bagi padangan 
dalam bab aqidah dan perundangan sehingga semua orang jadi sesat?

Wednesday, January 4, 2012

Fatwa Azhar Idrus: Rupanya ramai orang Pas tak tahu hukum


Bab muzik dan nyanyian ni ramai di kalangan kita orang UMNO dah tahu. Cuma orang Pas je yang suka haramkan semua benda tanpa menggunakan ilmu dan aqal. Penjelasan ustaz Azhar Idrus bukan sesuatu yang asing bagi kita, masa di sekolah menengah pun, kita dah tahu dah jawapannya. 

Malangnya berdasarkan usrah, tazkirah dan pemerhatian kita, majoriti pemimpin, ustaz, ustazah dan pengikut Pas memang cepat menjatuhkan hukum mengikut nafsu dan menjadikan muzik dan nyanyian haram. Dalam kes yang lebih ekstrem, TV dan radio pun diharamkan. Belum termasuk penyanyi dan pemuzik yang dihina sebagai syaitan manusia dan pengamal maksiat.

Sebab itu ramai yang melihat bahawa pendekatan dan kefahaman yang dipegang oleh majoriti pemimpin dan pengikut Pas pendekatan dan kefahaman yang ekstrem, sedangkan apa yang Ustaz Azhar Idrus cakap tu, kita dah tau lama dah...

Popular Posts