Showing posts with label Politik - PR. Show all posts
Showing posts with label Politik - PR. Show all posts

Friday, April 25, 2014

#PemilihanPKR makin PANAS: Empayar @AzminAli kian runtuh... #PartiKangkungRakyat



Blogger Milo Suam menggambarkan Empayar Azmin Ali makin runtuh? Menurut blogger PR ini elitis yang memegang jawatan utama PKR bakal disingkir oleh Team Saifudin - Nurul Izzah - Rafizi.

Apakah rating calon Timbalan Presiden PKR sekarang? Menurut maklumat yang disebarkan melalui media-media sosial, rating calon Timbalan Presiden PKR adalah seperti berikut -


Saifuddin Nasution mendahului dengan 56% walaupun beliau dikatakan calon Timbalan Presiden yang tiada kesetiaan kepada parti, suka melompat parti dan pernah dihalau oleh Anwar Ibrahim ketika di Munich.


Apa hubungan Mahfuz Omar dengan pemimpin kanan PKR? Kenapa isu Saifudin yang masih ahli Pas ini timbul semasa pemilihan tahun ini?



Anwar halau Saifudin di Munich sebab dakwa PKR TIADA MASA DEPAN? Sekarang dah jadi MASA DEPAN BERSAMA pulak dah?

Lebih menarik lagi, blogger PR ini menggambarkan bahawa untuk mempertahankan kedudukan elitis PKR ini, taktik kotor mula digunakan.



Cybertroopers PKR sendiri mengakui Skandal `Aiskrim' Azmin..

Sebelum ini taktik-taktik kotor lain juga telah digunakan untuk membunuh karektor saingan dalam pemilihan PKR ini, sesuatu yang tidak asing dan menjadi trademark dalam politik PKR dan gerak kerja cybertrooper PR dalam menyerang UMNO dan BN.

Antara taktik kotor yang dikesan....


Cerita Perempuan Simpanan MB selepas kebocoran maklumat tentang Nurul Izzah tuntut fasakh


Siapa pasang kamera pengintip untuk bunuh karektor Khalid Ibrahim?



MP DAP pun tumpang tui?


Macam-macam lagi sudah keluar...


Mak Lampir pun terbabit?

Sangat menarik game ni, jom sama-sama beli pop-corn, hot dog, meat ball, corn in cup dan Teh O Ais Limau gelas besar... ini wayang banyak panjang wooo...

Semoga PKR terus hancur...


Wednesday, April 23, 2014

[Video] @TianChua kantoi menipu di sidang media #PenipuRakyat




Nama pun Penipu Rakyat. Kalau Anwar Ibrahim boleh menipu tentang 40,000 pengundi Bangladesh kemudia nafikan, apa lagi Tian Chua. Sampai bila lah macai-macai akan terus tertipu dengan pemimpin-pemimpin PR, gelap hati agaknya... 


Wednesday, February 12, 2014

107 dari 115 hotspot! Denggi, Sampah, Banjir dan PR Selangor yang GAGAL saling berkaitan!




Tahun 2012, Selangor penumbang tertinggi kes demam Denggi. Punca - Pengurusan sampah. Jangan lupa bahawa bukan setakat ia menjadi punca demam denggi, ia juga boleh jadi punca peningkatan banjir, selain akibat pengurusan sungai dan saliran yang lemah. Macam mana PR mentadbir negeri ni?



Baca juga kenyataan Timbalan Menteri, Datuk Seri dr Hilmi Yahaya yang dibuat pada awal Januari mengenai kes Denggi sepanjang Tahun 2013


Denggi: Selangor catat kes tertinggi seluruh negara sepanjang 2013

SHAH ALAM 5 Jan. - Sebanyak 43,346 kes denggi dilaporkan sepanjang tahun lalu iaitu peningkatan 98 peratus atau 21,446 kes berbanding 21,900 kes pada 2012.

Selangor mencatat jumlah tertinggi sebanyak 23,852 kes diikuti Johor 4,828 kes.

Kedua-dua negeri berkenaan juga mencatat jumlah kematian akibat demam denggi tertinggi iaitu masing-masing 24 orang.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, Selangor menyumbang sebanyak 55 peratus kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara.

Menurutnya, tiga daerah di negeri itu yang mencatat kes tertinggi ialah Petaling, Hulu Langat dan Gombak.



TERKINI, kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam pada 5 Februari 2014

Daripada Januari sehingga 1 Februari, terdapat 115 lokaliti hotspot di mana wabak telah berlarutan melebihi satu (1) bulan. Lokaliti hotspot dilaporkan berlaku di negeri Selangor, Negeri Sembilan dan WP Kuala Lumpur & Putrajaya melibatkan tujuh (7) daerah iaitu di Daerah Petaling (57 lokaliti), Hulu Langat (43 lokaliti), Seremban (6 lokaliti), Gombak (5 lokaliti), Titiwangsa (2 lokaliti) dan masing-masing satu (1) lokaliti di Hulu Selangor dan Klang (1).




Daripada 115 Hotspot - 107 dari Negeri Selangor, bukti kerajaan PR Selangor memang tidak boleh diharap dalam menjaga kebajikan dan kesihatan rakyat!



Malangnya semalam, tak berubah-ubah. Kerajaan PR Selangor memang tidak boleh diharap..... 



Sampah di kawasan gugusan Tanjung, Kota Damansara.



LAGI MASALAH SAMPAH DALAM NEGERI SELANGOR @khalidibrahim
http://sangkakalajari9.blogspot.com/2014/02/lagi-masalah-sampah-dalam-negeri.html

Sejak diambil alih oleh kerajaan Pakatan,  nampaknya masalah penduduk di negeri Selangor tidak akan berubah.

Mana nak berubahnya kalau dah permasaalahan yang sama akan sentiasa menjadi rungutan penduduk.

Hari ni seorang rakan FB memuat naik permasaalahan sampah di kawasan gugusan Tanjung, Kota Damansara.





Permasaalahan ini telah lama diajukan oleh penduduk namun ianya seperti mencurah air ke daun keladi yang tidak menibggalkan kesan.

Hairan juga dengan pendekatan kerajaan negeri Selangor, cukai pintu semakin tinggi dan jika terlewat membuat pembayaran mulalah akan datang segala bagai surat termasuk surat untuk sita kediaman.

Tapi bila dalam bab sampah ini, ianya seolah olah tidak memberi apa apa kesan kepada PBT.

Yang menjadi pengerusi jawatankuasa atau EXCO kerajaan yang menjaga PBT pulak buat apa, tidur sama macam Khalid juga ke?

Ini le akibat daripada kepimpinan kerajaan yang tidak pandai menjalankan tugas mereka dengan sempurna.

Permasaalahan rakyay dibiat dan diletakkan ketepi seperti suara suara rakyat yang mengeluh dan merintih tidak ada ertinya buat mereka.

Tapi kalau dalam pengundian masa pilihanraya pandai pulak mereka ni mengatakan bahawa adanya suara rakyat,  tapi bilabdah menang suara rakyat hilang entah kemana.

Nasiblah wahai penduduk Selangor, sendiri buat pilihan, sendiri jugalah yang kena tanggung.

Syarikat syarikat yang diberikan projek mengangkut sampah ni pula terdiri daripada kroni kroni mereka (pemimpin kerajaan negeri) maka segala masalah yang diadu oleh rakyat tentang kegagalan mereka ini tidak akan diambil kira.


Saturday, December 31, 2011

Rakyat marah Dr Siti Mariah dan Suhaimi Shafie tidak turun padang #ADUNmalas


Sebelum ini didedahkan kisah Nurul Izzah tidak dilayan kerana jarang turun padang. Sekarang kisah Dr Mariah dan Suhaimi Shafie. Sebelum itu, Khalid Samad yang tidak turun padang dan tidak tahu masalah rakyat yang marah kerana isu kuil yang dipindahkan ke Seksyen 23. 




Inilah masalahnya apabila wakil rakyat yang hanya pandai bercakap tapi kurang bekerja. Akhirnya siapa yang teraniaya? Rakyat juga... 

Anda mungkin berminat untuk mengetahui kisah Siti Mariah tentang janji tutup kilang arak Shah Alam yang tidak ditunaikan oleh Pas dalam artikel ini @DrSitiMariah - Pas tidak pernah janji tutup kilang arak Shah Alam.


Friday, December 16, 2011

50 Dalil kenapa PR Tidak Boleh Memerintah! #PenipuRakyat


Image

Inilah DALIL 2 yang dikeluarkan bagi di hujah oleh rakyat Malaysia mengenai topik 50 DALIL KENAPA PR TIDAK BOLEH MEMERINTAH.
www.umno-reform2.com tidak bertanggungjawab dalam menerbitkan Buku/Makalah komik ini. Buku/Makalah komik ini telah diedarkan sewaktu perjumpaan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan PEKIDA di Shah Alam Disember 2011. Tujuan siaran adalah untuk kita bincang secara terbuka mengenai topik ini. Semua pelayar digalakkan memberi komen mengenai setiap dalil yang bakal di siarkan. INI ADALAH DALIL KEDUA

Ikuti 50 Dalil kenaa PR Tidak boleh memerintah di

Monday, December 12, 2011

Perjuangan PR: Lagi bukti ia bukan demi rakyat tetapi Demi Gay (kebebasan kehendak seksualiti)?

logogay

[Nota: Benarkan semuanya begitu konsisten - Seksualiti Merdeka, Logo Demi Gay oleh Religious Action Center of Reform Judaism (di atas), kes Saiful Bukhari, kisah Azmin yang diceritakan oleh kakaknya, kes Liwat1 1998 dan Liwat2 2009 Anwar? Bagi umat Islam, ingatkan kembali hadis Rasulullah Saw yang diriwayatkan:

Daripada Abu Said Al-Kudri ra berkata : Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :" Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya, " "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi SAW menjawab, " Siapa lagi kalau bukan mereka".

Menakutkan perjuangan mereka ini. Demi Agama, Bangsa dan Negara lebih baik atau Demi Gay kah yang lebih baik? ABU - Bagi kita semua - "Aku Bersama UMNO". Bagi mereka yang memperjuangkan selain dari Agama, Bangsa dan Negara - "Asal Bukan UMNO"! ]


Di sebalik makna logo kempen PKR 'Demi Rakyat'
dari blogger AIDC


Sebaik sahaja logo ‘Demi Rakyat’ dilancarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersempena dengan Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN pada Jun 2011, ramai tertanya-tanya apa makna di sebalik simbol logo itu.

Slogan baru PKR ‘Demi Rakyat’ itu berbentuk banyak tangan yang diangkat dan dibuka supaya nampak lima jari. Apakah ada maksud tersirat yang PKR ingin sampaikan kepada rakyat Malaysia di sebalik simbolik logo berkenaan.

Memandangkan slogan ‘Demi Rakyat’ menjadi slogan utama PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, logo berbentuk ‘tangan-tangan yang diangkat terbuka’ itu dijadikan tema dan backdrop semasa Kongres Nasional PKR Kelapan di Pulai, Johor, November 2011.

Tentunya logo ‘tangan-tangan terbuka’ itu mempunyai makna yang ‘paling berkesan’, lantaran itu dijadikan logo tema ‘Demi Rakyat’ anjuran PKR.
Demi Anwar
Blogger GA telah membahaskan makna slogan ‘Demi Rakyat’ yang disifatkan sebagai slogan untuk mengelabui mata menyokong Anwar Ibrahim di sebalik perkataan ‘Rakyat’.
Sebenarnya slogan itu bukan ‘Demi Rakyat’ tetapi ‘Demi Anwar’, lapor blog itu.

Madu?

“Kongres PKR akan sekali lagi membawa slogan Demi Rakyat. Anda mungkin tidak percaya, Anwar dan PKR memanggil ‘pakar bahasa’ dalam mencari slogan terbaik yang boleh digunapakai menjelang pilihan raya. Maka, slogan Demi Anwa(R)akyat diguna pakai.
“Sebenarnya Demi Rakyat ini masih meletakkan Anwar sebagai insan agung. Sengaja dipilih begitu, bagi membiasakan penyokong kuat PKR dengan ayat Demi Rakyat – yang akan ditukar kepada Demi Anwar jika pemimpin itu didapati bersalah. Semua ini sudah siap diatur.
“Semuanya mesti mengenai Anwar…jangan lupa itu”, lapornya.
Selain blogger GA yang membahaskan dari segi bahasa, setakat ini belum ada pihak lain yang membahaskan dari segi penggunaan simbol.
Makna Simbol
Menurut blog narcissuswolf, simbol tangan terbuka adalah simbol hak asasi manusia (human rights).
“Anda Mempunyai Hak Asasi Anda”, simbolik di sebalik simbol tangan itu.
Memahami bacaan laman itu ‘simbol tangan’ mungkin diambil dari ‘kepak burung merpati’ yang menjadi simbol utama hak asasi sebelum ini.

Kemudian, simbol burung merpati ditukar kepada simbol tangan yang digunakan secara universal sebagai simbol hak asasi manusia.
‘Rights’ (Hak) sama dengan’Freedom’ (Kebebasan), yang bermaksud perjuangan yang bertunjangkan hak asasi manusia maknanya memperjuangkan kebebasan manusia.


Salah satu prinsip utama hak asasi adalah keadilan atau ‘equality‘.
Free as a Man
Dr Sulaiman Noordin telah mendedahkan slogan ‘liberty’(kebebasan), ‘equality’(persamaan) dan’fraternity’ (persaudaraan) adalah berasal dari slogan Freemason/Illuminati Zionis yang digunakan untuk menumbangkan sesebuah kerajaan, terutamanya ‘Revolusi Peranchis’.
Menurutnya slogan ini berakar-umbi daripada fahaman Humanisme iaitu satu fahaman yang menganggap manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itu adalah Tuhan yang Maha Agong. Klik di sini dan sini
Kombinasi ‘burung merpati’ dan ‘tangan manusia’ telah menjadi ilham Predrag Stakic, seorang pereka grafik dari Belgrade, Serbia untuk mencipta logo hak asasi manusia anjuran Cinema for Peace, New York 2011.


Logo baru bertema “Free as a Man” itu telah memenangi pertandingan tersebut.
“Tiada logo tunggal boleh mengubah dunia – termasuk yang satu ini. Tetapi logo adalah simbol bahawa orang ramai boleh berkumpul di sekeliling dan mereka boleh mengubah dunia”, kata pemenang logo ‘Free as a Man‘ itu.
Barangkali maksud pereka itu, fahaman ‘Free as a Man‘ tidak akan berjaya jika hanya dianuti secara individu, tetapi akan berjaya jika dianuti oleh ramai pihak di seluruh dunia ini.
Maknanya satu tangan bermaksud satu individu dan banyak tangan yang mengangkat simbol yang sama bermaksud disokong oleh ramai pihak untuk tujuan yang sama.
Justice & Freedom
Bloggers Unite for Human Rights 2009 menjelaskan lagi maksud ‘tangan-tangan yang diangkat terbuka’ itu.

“Setiap individu dilahirkan dengan hak-hak dan kebebasan asas iaitu hak untuk kehidupan, kebebasan dan keadilan!”, lapor blog itu.
Blog itu menterjemahkan secara lebih jelas slogan-slogan di sebalik tangan yang diangkat secara terbuka itu iaitu ‘property‘, ‘Equality‘, ‘freedom‘, ‘justice‘ dan ‘Hope‘.
Menurut blog itu terdapat tiga badan antarabangsa yang memperjuangkan hak asasi manusia iaitu Amnesty International, Human Right Watch dan Youth For Human Rights yang kesemuanya dikaitkan dengan tajaan penyangak mata wang Yahudi, George Soros.
Slogan-slogan ini merupakan slogan yang diperjuangkan oleh Freedom Institute Indonesia dan Akademi Merdeka Malaysia.
Gay Rights Are Human Rights
Pada 7 Disember lalu, laman blogs.rj.org melaporkan Presiden Barack Obama mengeluarkan satu memo mengarahkan agensi-agensi Amerika untuk bekerja dengan kumpulan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) di luar negara.

Memo yang khusus mengarahkan agensi-agensi untuk mempertimbangkan rekod hak asasi manusia di sebuah negara berkaitan dengan masyarakat LGBT untuk diberi bantuan asing.

Pengumuman Presiden Amerika Syarikat itu menyokong langkah kerajaan British di mana Perdana Menterinya, David Cameron yang mengecam negara-negara Komanwel yang melarang aktiviti homoseksual dipraktikkan di negara masing-masing.

-12/12/2011 -http://www.anwaraidc.com/?p=19673

Thursday, December 8, 2011

Kerajaan PR zalim, cukai pintu tak turun, tapi sewa naik 70 - 100%? #saveSgor #PenyamunRakyat



Mogok peniaga bukti kegagalan kerajaan PR

Dipetik dari blog Hak Malaysia

Kecoh bila 3 bangunan PKNS dijual pada 2 bulan lepas kepada Amanah Raya Real Estate Investment Trust (ARREIT) dan sewa akan dinaikkan mengikut surat yang bertarikh 12 September.


Pada 6 Disember, Bernama pula mendedahkan tindakan anak syarikat kerajaan negeri itu yang menaikkan sewa setinggi 70 hingga 100 peratus dari kadar sewaan asal melalui notis singkat 2 hingga 7 hari.


Akibat tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan ini, Persatuan Peniaga-peniaga Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri menfailkan injuksi bagi menghalang PKNS menaikkan harga sebab PKNS tidak mampu berunding dengan peniaga. Dikhabarkan kira-kira 100 peniaga berkumpul dan mengiringi YDP Persatuan mereka dan peguam ke Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi.


Didakwa juga anak syarikat kerajaan negeri Selangor langsung tidak menjalankan sebarang kerja penyelenggara dan membaik pulih kemudahan di kompleks ini seperti yang tertera di dalam kontrak sebelum ini.

Hakikatnya:

  • Kerajaan PR tidak mempedulikan hak rakyat dan kebajikan peniaga di dalam negeri ini.
  • Janji untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat dengan rencana ekonomi baru hanyalah penipuan semata-mata.
  • Penjualan aset kepada ARREIT itu menunjukkan bahawa kegagalan PKNS untuk membangunkan peniaga-peniaga kecil
  • Dengan gaji pegawai yang tinggi sehingga RM20,000 kenapakah PKNS masih tidak produktif dalam membantu rakyat dan membangunkan ekonomi rakyat marhein?

Wednesday, December 7, 2011

[Video] Lanjutan kisah #MBmalas: Rakyat kecewa MB gagal penuhi janji PRU2008 #saveSgor #PenipuRakyat



Kata Khalid Ibrahim, "Saya Menteri Besar, sekarang saya kena ikut undang-undang." Aikk masa janji dalam PRU2008 tu, main belasah je; tak de pulak cakap nak ikut undang-undang. Ini sebijik dengan alasan-alasan lain yang digunakan oleh pemimpin PR apabila kerajaan PR gagal tunaikan janji PRU2008. Samalah macam puak-puak Pas yang gagal tunaikan janji untuk tutup kilang arak di Shah Alam. Masa kempen janji beriya-iya nak tutup kilang arak, kedai arak, halang jualan arak di 7-Eleven, hapuskan pusat maksiat, tutup pusat urut dan macam-macam lagi. Bila tak boleh buat, mula lah bagi alasan macam-macam. Jangan tertipu dengan janji pemimpin PR. Banyak yang mereka boleh janji termasuk bulan dan bintang. Sekarang dah jelas siapa PR sebenarnya - Penipu Rakyat!

[Video] Sindrom #GilaJawatan Pemimpin PR makan diri. Mana Tan Sri Khalid Ibrahim? #MPmalas #MBmalas


Nota: Blogger Rezqeen Hill adalah salah seorang blogger yang berbakat dari Wilayah Persekutuan. dari seorang blogger tidak ber`ranking', hari ini beliau sudah mempunyai tempat dalam senarai ranking blogger pro-BN. Baca selanjutnya di -

Tuesday, November 1, 2011

[Video] Sekolah politik mana la MB PKR ni pergi. Failed! @Khalid_Ibrahim #saveSgor


[Note: Uncle tu tanya benda lain, dia jawab benda lain. Lepas tu ada pula yang di keliling tu yang sibuk nak mendiamkan uncle ni. Kalau macam ni la dia jaga Selangor, memang patutla Selangor memang banyak masalah. Bayangkan exco cakap lain, dia jawab lain. Sama-samalah kita selamatkan Selangor!]

Saturday, October 29, 2011

PPSMI: Where were you when 10,000 people marched against PPSMI?


[Note: You are way too late la makcik. Always silent when you were needed. Now only you want to make noise after decision has been made.

It has been expected that the silent majority of Malaysians will only realised what they have lost after years losing it.

Why did they lose it at the first place? Because they were too silent when the `real rakyat' needed them. They were too timid when 10,000 of street thugs (most of them didn't have children in schools - either because they were too young or way too old at that time) marched against PPSMI. They allowed the street thugs to put pressure onto the government without even trying to be supportive of the latter and vocal about PPSMI. May be they think that whatever decision which would be made, it would not affect their children in the future.

Only now they want to say something? The funny part is, instead of blaming the opposition who supported the movement to abolish PPSMI, now they are blaming the government which made the decision due to the voice of the so called `people' (or street thugs) of Malaysia.

Next time, no more silent silent la makcik. Who knows due to your silence the next thing that we are going to lose is the independence of our country. So next time dont be so silent ya makcik - be a Patriot!]

Thursday, October 13, 2011

#GantilahJanganTido Rakyat dah benci PR, sekarang yang dalam PR pun benci Ahli Parlimen PR



[Nota: Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Kampung Baru diperdebat dengan begitu hebat sekali di Parlimen. Seperti biasa pembangkang cuba mengambil mileage politik seolah-olah penarikan RUU Pembangunan Kampung Baru 2010 adalah hasil perjuangan mereka. Namun begitu seperti yang didedahkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik, dalam lebih dari 20 perjumpaan dengan waris Kampung Baru, hanya sekali dua wakil Pas hadir dan itupun tidak dibenarkan bercakap banyak oleh waris kerana dia bukan pewaris seperti mereka.

Tidak perlulah Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim hendak claim mileage kerana memang input mereka tiada dalam mesyuarat dengan pewaris. Tidak perlu juga handak menuduh BN handak menyamun rakyat seperti mereka kerana perancangan yang dibuat oleh kerajaan BN adalah dengan input dan persetujuan pewaris. Akhirnya seperti dijangka, PR tewas dalam undian, apabila RUU tersebut diluluskan dengan 72 orang menyokong dan 28 menentang.

Namun apa yang menarik adalah impak selepas undian itu. Jelasnya kepimpinan PKR bukan sahaja dibenci oleh rakyat namun dibenci oleh penyokong PKR sendiri, termasuk blogger yang menyokong mereka. Di bawah dicatatkan tulisan blogger yang dimaksudkan agar anda semua mengambil iktibar.]



masanya telah tiba untuk kita memastikan
siapa yang perlu kita sokong dalam piliharaya ini
kes kampong baru telah membogelkan
ramai ahli parlimen pakatan rakyat tidak hadir
bukan pula mereka minta maaf kerana tidak hadir
mereka memutar belitkan fakta kenapa tidak hadir

kita nak tahu KENAPA TAK HADIR?
kita nak tahu KENAPA HANYA 28 SAHAJA YANG HADIR?

selama ini kita tidak sedar bahawa ramai yb kita ponteng
selama ini kita anggap semua berjalan lancar
nasib baik ada kes kampong baru
tanah orang melayu ini tergadai
kita tak boleh buat apa apa
tetapi ada pengajaran dari trajedi ini
kita diberi maklumat saheh
bahawa hanya 28 orang sahaja yb pakatan yang hadir ketika mengundi
inilah hikmah trajedi kampung baru

untuk pemngetahuan pembaca
sila beri tahu orang kampong bahawa:

yb ini dibayar
mereka ada elaun tetap
mereka dapat pencen
mereka boleh klim duit perjalanan
mereka dapat AP untuk beli kereta
ketika parlimen bersidang mereka dapat lagi elaun

bagaimana mereka dapat kerja ini?

orang ramai yang menaikkan mereka
orang ramai yang mengundi mereka

mereka berkempen minta diundi
mereka membuat janji
mereka bermulut manis
tetapi lepas diundi mereka tak pergi buat kerja
lepas menjadi yb mereka ponteng bila parlimen bersidang
buktinya hanya 28 orang saja yang datang
ketika rang undang undang kampong baru diluluskan
yang lain mana pergi?
yang lain buat apa?

cuba fikirkan
kalau kita bekerja di pejabat
kalau hendak cuti kita minta pada majikan
kalau di sekolah
kita minta cuti dari guru besar
tetapi
nampaknya YB ini ikut suka hati mereka sahaja
datang tak datang mereka tak peduli
yang penting mereka dah jadi YB

pilihanraya akan sampai
kita jadikan kes kampong bari ini
sebagai batu tanda untuk siapa yang patut kita sokong
semua pembaca tukar tiub wajib meneliti
sama ada yb diwilayah mereka patut disokong atau ditendang
ini tugas suci kita sebagai warga yang bertanggung jawab

sila hantar senarai siapa yang patut kita sokong
dan siapa yang patut kita tendang
tak guna cakap berjuang untuk rakyat
tak guna berbuih buih mulut cakap hal islam
tak guna bertempek: lawan tetap lawan

tapi:

ketika mengundi di kampong baru tak hadir!

SEBAGAI KAJIAN SEJARAH:

NAMA NAMA YB YANG HADIR KETIKA MENGUNDI PADA 4HB OKTOBER 2011

PAS :

  1. Mahfuz
  2. Salahuddin
  3. Firdaus
  4. Hayati
  5. Che Uda
  6. Dr Mariah
  7. Dr Hatta
  8. Khalid samad
  9. Siti Zailah
  10. Wan Rahim
  11. Muhd Husin
  12. Dr Rosli
  13. Nasir Zakaria

PKR :

  1. Tian Chua
  2. Zuraida
  3. Yusmadi
  4. Azmin Ali
  5. Gwo Burne
  6. Ahmad Kassim
  7. Azan

DAP :

  1. Kula
  2. Lim Lip Eng
  3. Charles Santiago
  4. Sim Tong Him
  5. Manogaran
  6. Er Teck Hua
  7. Fong Po Kuan
  8. Fong Kui lun

p.s. Ooooi JINGGA 13, pi la kondem Hishamuddin Rais. Jangan makan gaji buta. Warghkahkahkah!

Tuesday, October 11, 2011

Xavier Jayakumar salah guna Dana SJK Tamil? #saveSgor

Dipetik dari blog Double-Y

Dr. Xavier Jayakumar Songlap Dana Sekolah Tamil RM1.67 juta...? #saveSelangor


Baru saja kepimpinan kerajaan Selangor heboh dengan cerita mengenai wujudnya percubaan geng Azmin Ali untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim, kini satu lagi dakwaan timbul berkaitan dengan seorang ADUN PKR (Seri Andalas) yang YB Xavier Jeyakumar kononnya beliau telah bertindak menyalahgunakan kuasa dalam proses pengagihan dana untuk Sekolah Tamil.

Isu ini bukan dicipta oleh UMNO Selangor jauh sekali Dr. Khir Toyo - ianya dinyatakan sendiri oleh mereka dari ahli PKR sendiri. Rujuk artikel dari blogger pembangkang :

1. Isu Dana Sekolah Tamil
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Daerah Klang meminta polis menyiasat Dr. Xavier A. Jayakumar yang didakwa menyalah guna kuasa dalam pengagihan Tabung Dana Sekolah-Sekolah Tamil Selangor berjumlah RM1.67 juta.
Laporan dibuat oleh anggota jawatankuasa PIBG Daerah Klang, G. Jeganathan, 44, di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang. Xavier merupakan Exco Kerajaan Selangor didakwa mengagihkan wang tabung tersebut yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Tiga NGO yang didakwa menerima peruntukan itu adalah Pusat Pembangunan, Pembelajaran dan Maklumat Kanak-Kanak (CHILD), Yayasan Penyelidikan, Kebajikan dan Pendidikan (EWRF) serta Yayasan Tamil.
“Sepatutnya wang peruntukan itu diberikan terus kepada lebih 90 sekolah Tamil atau PIBG di Selangor,” kata Jeganathan. Laporan itu dibuat kerana pihaknya tidak berpuas hati dengan tindakan Xavier menyalurkan wang RM1.67 juta itu kepada tiga NGO dan bukannya kepada pihak PIBG atau sekolah-sekolah Tamil Selangor seperti yang sepatutnya.
“Saya tidak berpuas hati dan saya mahu polis menyiasat perkara ini. “Mengapa kerajaan negeri tidak menyerahkan terus wang tersebut kepada pihak sekolah atau PIBG seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang?
“Kenapa wang itu perlu diberikan kepada NGO dan kemudian memberi alasan ia akan disalurkan semula kepada pihak sekolah?” katanya.
Beliau mendakwa, jika wang tersebut disalurkan kepada NGO, dibimbangi ia tidak akan digunakan untuk membangun dan menaik taraf sekolah-sekolah Tamil di Selangor yang kebanyakannya daif.
Dakwanya, ini terbukti kerana tiada wang diserahkan oleh pihak NGO terlibat kepada sekolah-sekolah Tamil setakat ini.
Kata Jeganathan, beliau telah menghantar surat kepada Xavier untuk mendapatkan penjelasan mengapa peruntukan itu disalurkan kepada NGO tetapi masih belum mendapat jawapan.
SUMBER

YY : Parti Kian Rebah...kunun tiada salahguna kuasa.. tiada rasuah? Pirahhh!

#Murtad Serbuan DUMC: YB Zul Noordin, blogger desak Khalid Samad dan Khalid Ibrahim minta maaf!


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin menerusi blognya mendesak kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk melakukan sembilan perkara rentetan tindakan kerajaan negeri dan Menteri Besar yang bertindak melulu dengan menyalahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, Ogos lalu.

Sembilan perkara tersebut adalah:

1. YAB Tan Sri Khalid dan seluruh Kerajaan Negeri Selangor wajib meminta maaf kepada Tuanku Sultan kerana keceluparan menyalahkan jabatan yang duduk dibawah naungan Tuanku walaupun belum menerima lapuran penuh.

2. YAB Tan Sri Khalid dan seluruh Kerajaan Negeri Selangor wajib meminta maaf kepada JAIS kerana bertindak terburu-buru menyalahkan JAIS walaupun belum menerima lapuran lengkap daripada JAIS;

3. Kerajaan Selangor wajib mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan dakyah DUMC ini yang jelas bertentangan dengan undang-undang;

4. Kerajaan Selangor wajib mengambil tindakan menutup segera operasi DUMC kerana sudah terbukti sekarang DUMC adalah sebuah gereja yang beroperasi tanpa permit dasn kelulusan MBPJ;

5. Kerajaan Selangor juga wajib menyiasat pertumbuhan dan percambahan gereja-gereja yang beroperasi dirumah kedai, dengan persoalan mengapa dibenarkan sedemikian;

6. Kerajaan Selangor juga wajib membatalkan "perintah tutup mulut" yang dikeluarkan terhadap Exco daripada membincangkan isu DUMC ini;

7. Pakatan pembangkang, terutamanya kaum Anwarinas wajib memohon maaf kepada YB Datuk Hasan Ali dan JAIS kerana tuduhan dan fitnah melulu yang dibuat terhadap mereka;

8. Gereja dakyah DUMC wajib meminta maaf kepada Baginda Tuanku dan umat Islam atas cubaan mendakyah terhadap umat Islam.

9. Langkah segera untuk memartabat dan memperkasakan institusi Islam saperti MAIS, JAIS dan lain-lain perlu diambil segera, termasuk menambahbaik sistem pemantauan, penyiasatan, penguatkuasaan dan pendakwaan JAIS;

Beliau turut memperingatkan umat Islam tentang firman ALLAH swt didalam Surah Al-Baqarah: 120-

"Dan tidak sesekali Yahudi & Kristian akan meredhoi kamu (wahai umat Islam) selagi kamu tidak mengikut cara hidup (termasuk agama) mereka. Katakanlah kepada mereka (kaum kafir itu), sesungguhnya cukuplah bagi kami petunjuk daripada ALLAH (Al Quran). Tetapi, jika kamu (umat Islam) masih mahu mengikut mereka (kaum kafir itu) setelah datang kepada kamu (petunjuk dan peringatan), maka perbuatlah sedemikian, namun kamu tidak akan mendapati bantuan dan pertolongan ALLAH bagi kamu".

"Sesungguhnya, ALLAH lah yang mengutus Rasulullah saw dengan petunjuk dan agama Islam yang benar, untuk dimenangkan atas agama lain, sekalipun tidak disukai oleh kaum kafir".

Rakan blogger Cucu Tok Selampit pula mahu Khalid Samad dan Khalid Ibrahim memohon maaf kepada Tuanku Sultan dan seluruh Rakyat Islam di Selangor.

Khalid Ibrahim, sebelum ini cuba sedaya upaya untuk "menutup" pekung isu JAIS - DUMC dengan melakukan dosa-dosa berikut:

1. Menyuruh EXCO, pegawai dan jabatan Kerajaan Selangor menutup mulut mengenai isu ini. Bahasa mudah "gag order". Inilah "Freedom Of Information" gaya Kerajaan Pakatan Haram Selangor! Sekarang tak perlu lagi "gag order". Semua EXCO dan ADUN Pakatan Haram Selangor 'mengelenjar' macam tikus kepanasan!

2. Meminta semua pihak menunggu laporan lengkap JAIS sebelum beliau membuat kenyataan rasmi. Sekarang JAIS sudah mengeluarkan laporan rasmi. Baginda Tuanku Sultan Selangor sudah bertitah, apa pula komen YAB Khalid? Berilah komen YAB. Gagap- gagap pun kami terima!

3. Khalid Ibrahim cuba berdolak dalik mengenai status gereja "haram" DUMC selepas Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengesahkan premis berkenaan hanya diluluskan sebagai pusat komuniti. Kenapa sampai sekarang gereja haram berkenaan tidak dirobohkan?

Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad, pula melakukan dosa berikut apabila:

1. menyalahkan JAIS dalam isu kononnya "serbuan" ke atas gereja haram DUMC dan meletakkan UMNO sebagai dalang di dalam tindakan JAIS tersebut.

2. beliau juga memfitnah UMNO apabila menyifatkan kes itu sebagai usaha UMNO untuk mengalihkan isu perhimpunan BERSIH.

3. tidak menghiraukan 'gag order' dari MBnya sendiri, mengadakan sidang akhbar, untuk menyerang MAIS terutama terhadap Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Munawi yang telah mengadakan pertemuan dengan NGO untuk membincangkan masalah umat Islam dalam isu Gereja DUMC.

baca artikel penuh di

Khalid bakal disingkir dari PKR #PartiKeluarRamai-ramai


Khalid Ibrahim (MB Selangor) akan disingkirkan.

Skrip yang disediakan

Sasaran : Menjatuhkan Khalid Ibrahim

Nama orang besar PKR tidak dibenarkan terbabit

baca artikel penuh di http://networkedblogs.com/ofw4L

Friday, October 7, 2011

Terkini! Akhbar Cina: Kabinet Bayangan PR, `biawak' bakal Menteri Kewangan







China Press
Ruangan Dalam Negeri ms A6
Tarikh: 6 Oktober 2011

Kabinet bayangan Pakatan lapisan muda
Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan


5hb Kuala Lumpur, mengikut laporan Pakatan Rakyat berkaitan angkatan “kabinet bayangan”, ramai ahli parlimen dari kalangan DAP berwajah lapisan orang-orang muda, nama mereka naik dalam barisan kebinet bayangan itu, termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan bayangan.

Adakah ia membayangkan bahawa selepas Pakatan Rakyat memerintah pusat, selepas mereka dapat masuk ke Putrajaya, jawatan menteri kewangan akan kembali pada orang Cina seperti zaman silam dulu, ini masih perlu lihat bagaimana kedudukan ketiga-tiga parti itu untuk memutuskannya.

Dalam bayangan kebinet Pakatan Rakyat ada dua lagi calon menteri kewangan, dari PKR Azmin Ali dan dari Pas Naib Presidennya Salahudin.

Baru-baru ini Datuk Seri Najib mengejek Pakatan Rakyat tentang “kabinet bayangan” yang sehingga ke hari ini masih belum wujud, tetapi maklumat yang kami dapat gabungan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat telah meyiapkan senarai nama kebinet bayangan itu, senarai itu pernah diubah pada 8 Mac sebelum ini, dalam 25 calon kabinet bayangan itu, ketiga-tiga parti masing-masing memilih calon sendiri untuk dikemukakan dalam senarai nama kabinet bayangan itu, jika Pakatan Rakyat seeloknya memerintah, akan pilih salah satu daripada calon dalam senarai itu. Pilih satu daripada 3 calon.

Lim Kit Siang Adalah Salah Satu Calon Perdana Menteri

Di sebelah pihak DAP pula, Lim Kit Siang sebagai pemimpin di Parlimen, Ngeh Koo Ham ahli Parlimen Beruas merangkap pengerusi DAP negeri Perak dan ahli parlimen Seremban John Fernandez diletakan dalam Jabatan Perdana Menteri, dalam ketiga-tiga orang ini mengikut senioriti Lim Kit Siang adalah salah satu calon untuk jawatan Perdana Menteri. Dalam kabinet banyangan itu, presiden DAP merangakap ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh berpeluang besar memegang jawatan menteri dalam negeri, ahli parlimen Cheras Tan Kok Wai dipertanggungjawabkan untuk menteri pengangkutan, ahli parlimen Puchong Deo Gorbind Singh akan mengawasi menteri kerja raya dan hasil tani, ahli parlimen Bakri Er Teck Hwa akan mengawasi hasil sumber asli, dimana menteri sumber tenaga, kehijauan dan industri akan disandang oleh ahli parlimen Port Klang Charles Santiago.

Ahli parlimen Seputeh Teresa Kok akan menjaga kementerian perdagangan dan antarabangsa, ahli parlimen Bandar Melaka Sim Tong Him menjaga kementian pertanian dan asas tani, ahli perlimen Jelutong Ooi Chuan Aun menjaga kementerian perdagangan, ahli parlimen Bukit Mertajam Chong Eng menjaga kementerian pelajaran, pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan mengaja kementerian sains, industry dan inovasi.

Akhbar Cina: Bajet Alternatif PR, bajet Penipu Rakyat? #bajet2012


[Nota: Walaupun akhbar Cina sering kali menyokong pembangkang, namun dalam hal bajet mereka sudah menjadi ragu-ragu. Akhbar ini menyebut bahawa "Tetapi bajet Pakatan Rakyat secara amnya tidak menunjukan ia mampu dilaksanakan." Akhbar Cina tidak dapat menyembunyikan kebimbangan terhadap bajet `pilihan raya' PR; bajet yang dirangka untuk mencari undi, bukan bajet berdasarkan realiti semasa di dalam negara.

Akhbar Cina ini pastinya telah melihat bagaimana janji `memberi air 20 meter padu percuma atau `subsidi' sebanyak RM 11.40 sebulan' sedang memakan diri. (Nilai sebenar yang dijanjikan PR sebenarnya bukan 20 liter padu tetapi 25 liter padu bernilai RM25 - lihat video janji PR oleh Hassan Ali di bawah.)




Hari ini kerajaan negeri terpaksa menanggung RM200 juta setahun akibat subsidi air ini. Kebimbangan ini jelas, bila akhbar ini menyebut yang apa yang diberi initidak boleh ditarik selama-lamanya;`PR berjanji mahu ringankan beban dan mahu memberi wang subsidi kepada guru-guru, orang-orang tua, suri rumah dan keluarga miskin, dijangka akan membelanjakan wang sebanyak 4.4 billion ringgit, jika ia dilancarkan sudah tentu tidak boleh ditarik balik selamanya.'

Mungkin kerana inilah banyak janji-janji Pilihan Raya 2008 PR masih tidak lagi tertunai, misalnya, seperti yang disebut oleh Dr Mohamad Khir Toyo di dalam blognya:
a. Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
b. Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
c. menurunkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis perniagaan sebanyak 10%
d. Perkhidmatan kesihatan percuma kepada warga emas di Selangor
e. Janji elaun RM 650 sebulan kepada ibu Tunggal

Pada waktu yang sama, akhbar Cina ini juga tidak yakin akan keupayaan PR menjana pendapatan negara. Mereka yakin kebimbangan mereka ini berasas kerana walaupun selepas melantik seorang Penasihat RM1 (Punahsihat?), tidak banyak idea transformasi ekonomi yang dilaksanakan di negeri-negeri PR melainkan menumpang limpahan kejayaan kerajaan negeri BN sebelum ini. Baca paragraf 7 dan 8 artikel akhbar ini untuk memahami sebabnya.

Memang syok buat janji nak bagi itu dan bagi ini. Lebih-lebih lagi janji-janji ini bukan untuk ditunaikan. Apakah dasar PR sebenarnya? Dulu ingin menghapuskan mentaliti subsidi, sekarang ingin memupuk mentaliti subsidi pula? Jelas Bajet Alternatif bukan bajet yang bertanggung jawab; ia tidak bertujuan untuk membawa kebaikan kepada negara, tetapi lebih bertujuan untuk memenangi PRU13. ]


Kelebihan Bajet Kewangan Bayangan
Lim Swee Guan
Timbalan Editor

Sinchew Daily News
Ruangan Pendapat ms 34
6 Oktober 2011


Walau pun Pakatan Rakyat telah umumkan bajet kewangan tahun 2012 dikatakan sebuah bajet yang tidak mungkin boleh direalisasikan, tetapi jika Pakatan Rakyat dapat memerintah pusat, pasti bajet bayangan ini akan dilaksanakan, sebab itu ia ada nilai-nilai untuk dikaji dan diselidiki, dan seterusnya menjadi bahan rujukan kepada bajet kerajaan BN.

Kita dapat lihat bahawa Pakatan Rakyat begitu perihatin dan bersungguh-sungguh untuk membuat persediaan bajet kewangan negara, meliputi bajet-bajet kewangan yang begitu meluas termasuk perumahan, pengangkutan awam, pendidikan, kesihatan, pembangunan belia, perlaksanaan perubahan politik dan sebagainya. Tetapi bajet Pakatan Rakyat secara amnya tidak menunjukan ia mampu dilaksanakan.

Pakatan Rakyat bangkitkan perbelanjaan yang sebenarnya, terutama sekali hutang negara yang semakin meningkat; mahu kurangkan perbelanjaan menteri di Jabatan Perdana Menteri sebanyak 10 billion ringgit, boleh alihkan perbelanjaan tersebut di sektor-sektor yang lebih memerlukannya, contohnya seperti di sektor pendidikan. Tetapi Pakatan Rakyat tidak tunjukkan di Jabatan manakah perbelanjaan besar telah dibelalanjakan oleh kementerian tersebut? Dan di bahagian mana pula perbelanjaan di kementerian itu yang boleh dijimatkan?

Pakatan Rakyat berjanji bahawa perubahan politik yang akan dilaksanakan itu akan disesuaikan dengan keadaan semasa dan zaman, termasuk memansuhkan akta ISA, Akta Media dan Cetak, akta Rahsia kerajaan dan Akta Pelajar, mahu melakar “undang-undang demokrasi”: tingkatkan jawatankuasa parlimen dan pembentukan jawatankuasa menteri di Jabatan Perdana Menteri, tambah jabatan biro pengaduan awam, dan ubah akta pilihan raya tahun 2011, menghalang daripada dimonopoli.

Dari segi keseimbangan sumber pendapatan, cara Pakatan Rakyat tidak menunjukkan kepelbagaian di situ. Perbelanjaan bajet kewangan perbelanjaan sebanyak 220 billion ringgit Pakatan Rakyat, lebih rendah 14 bilion daripada perbelanjaan simpanan negara, difisit daripada 6 pratus dapat dikurangkan sebanyak 4.4 peratus.

Kenapa Pakatan Rakyat laungkan berjimat berberlanja, adakah pendapatan masih tidak dapat imbangi perbelanjaan? Rupa-rupanya disebabkan pembahagian duit gula-gula Pakatan Rakyat bertambah dan mungkin tidak dapat kawal perbalanjaan tersebut.

Cara Pakatan Rakyat mahu tingkatkan pendapatan simpanan negara, mereka cuba lelong AP kenderaan, akan mendapat pulanan sebanyak 1.2 billion ringgit; laksanakan tender secara terbuka, rombak semula perbelanjaan di kementerian pertahanan serta semak semula perjanjian-perjanjian ketenteraan, cuba pungut semula hutang-hutang kerajaan yang tertangguh, dan pulihkan semula cukai kepada barang-barang mewah.

Pakatan Rakyat tidak yakin dapat tarik pelabur asing, keuntungan dari perdagangan boleh menambahkan pengeluaran produk-produk dan boleh tingkatkan pendapatan, ini adalah satu jaluran yang tidak dapat berlaku secara beterusan dalam kewangan negara, kita pula jangan terlupa, selepas kemerosotan ekonomi secara global, harga minyak melambung, kenapa kita boleh dapat keuntungan dari Petronas sebanyak 26 billion ringgit?

Pada masa sama sudah tentu beban Pakatan Rakyat semakin berat, termasuk janji-janji manis mahu tingkatkan gaji minima sebanyak 1,100 ringgit, supaya 300 ribu kakitangan awam dapat manfaatnya. Pakatan Rakyat mengikiraf bahawa jentera kakitangan awam begitu ramai, dan Pakatan Rakyat tidak berniat untuk kurangkan bilangan itu.

Penggajian kakitangan awam, wang pencen dan wang saraan menduduki 35.6 peratus perbelanjaan kakitangan awaam, selepas kenaikan gaji pasti perbelanjaan itu akan meningkat tinggi.

Pakatan Rakyat berjanji mahu ringankan beban dan mahu memberi wang subsidi kepada guru-guru, orang-orang tua, suri rumah dan keluarga miskin, dijangka akan membelanjakan wang sebanyak 4.4 billion ringgit, jika ia dilancarkan sudah tentu tidak boleh ditarik balik selamanya.

Fikiran orang ramai mungkin boleh menjadi pudar, meraka anggap berjimat berbelanja dan hapuskan rasuah, wang yang dijimatkan itu boleh diberi kepada rakyat, mungkin dianggap wang itu ada berlebihan.

Wang yang hasil dari penjimatan itu, mungkin transaksinya “pendapatan” hanya satu kali sahaja, tetapi sebaliknya pemberian duit kepada orang ramai perlu berpanjangan tidak akan putus-putus; jika ada berlebihan duit dalam kewangan baru boleh beri duit kepada rakyat, jika tidak rakyat akan bertindak balas kerana mengharap dan kedahagaan duit.

Pakatan Rakyat mahupun kerajaan BN perlu melihat keadaan lingkaran luar yang semakin memburuk itu, ada sedikit belanja sedikit, barulah dikatakan tindakan yang bijak dan bertanggungjawab.

Popular Posts