Saturday, November 7, 2009

Merealisasikan idea Satu Sekolah Untuk Semua

Rata-rata ramai yang menyambut baik idea Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) kerana hasratnya mulia, iaitu untuk meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Bangsa Malaysia dan amat selari dengan hasrat 1Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Pakar Sejarah Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, misalnya menyifatkan sistem persekolahan pelbagai aliran ini sebagai tinggalan penjajah dan tidak lagi sesuai untuk dikekalkan sekiranya matlamat 1Malaysia ingin dicapai. Menurut beliau pihak British membenarkan kaum imigran membuka sekolah mereka sendiri kerana mereka tidak bercadang untuk menetap di negara ini.

Aktivis SSS pula menyifatkan kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) sebagai bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang mesti digunakan sebagai bahasa rasmi. SSS juga berpandangan bahawa bahasa Mandarin bukan bahasa ibunda kaum Cina di Malaysia, sebaliknya bahasa kebangsaan Negara China, manakala bahasa Tamil pula bukan bahasa ibunda masyarakat India di negara ini, sebaliknya merupakan bahasa rasmi Tamil Nadu.

Bagi mereka yang menentang hasrat SSS ini, penentangan mereka adalah kerana mereka mahu mempertahankan sistem persekolahan, kebudayaan dan bahasa yang dianggap sebagai bahasa Ibunda kaum mereka di negara ini. Ada juga yang menentang atas dasar pendemokrasian pendidikan, di mana ia membenarkan ibu bapa membuat pilihan.

Khoo Kay Kim tepat menyatakan bahawa pendirian asal British membenarkan sekolah kaum imigran adalah kerana berpandangan mereka tidak mahu menetap di negara ini. Disebabkan itu pendirian ini berubah dalam Laporan Barnes 1951 yang mencadangkan hanya dua jenis sekolah ditubuhkan, iaitu aliran kebangsaan dan dwi-bahasa. Begitu pun Laporan Fenn-Wu 1952 mencadangkan agar aliran vernakular ini dikekalkan.

Penyata Razak 1956 telah mengambil jalan tengah dan terwujudlah satu sistem pendidikan atas dasar kompromi. Walaupun begitu matlamat Penyata Razak ini amat jelas, iaitu untuk menyatukan anak-anak berlainan kaum di bawah satu sistem pendidikan (dan sukatan pelajaran), iaitu sistem pendidikan kebangsaan dan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai pengantar. Selepas 52 tahun merdeka hari ini dilihat sistem persekolahan pelbagai aliran ini kurang berkesan dalam membentuk perpaduan yang kukuh dalam masyarakat dan disebabkan itu gerakan SSS ini dimulakan.
Pastinya gerakan SSS ini akan menyentuh sensitiviti golongan tertentu. Disebabkan itu Datuk Seri Najib mengingatkan bahawa tujuan untuk mewujudkan sistem persekolahan aliran ini amat bagus kerana matlamatnya untuk mengukuhkan perpaduan, tetapi ia tidak bermakna sekiranya ia menimbulkan ketegangan kaum.

Ingatan Perdana Menteri ini betul, tapi jika matlamatnya mulia dan majoriti rakyat menyambutnya dengan baik, maka tidak salah untuk kita memikirkan jalan untuk merealisasikannya lebih-lebih lagi ketika ini majoriti anak-anak kita berada di Sekolah Kebangsaan (SK), iaitu sekitar 75 peratus di sekolah rendah dan 86 peratus di sekolah menengah. Mungkin sedikit lagi kesungguhan diperlukan untuk menjadikan sekitar 25 peratus lagi murid di sekolah rendah dan 14 peratus lagi di sekolah menengah berada dalam hanya satu aliran persekolahan.

Jika kita bercakap tentang pendemokrasian pendidikan, kita memahami kenapa setiap pihak tidak mahu mengalah dan mahukan yang paling ekstrem untuk aliran persekolahan yang mereka kehendaki. Bagaimanapun adakah kita mahu kompromikan matlamat kenegaraan? Akhirnya hanya yang sanggup berkorban atau yang tidak mampu sahaja yang akan berada dalam sistem kebangsaan.

Terdapat beberapa kaedah yang sedang dipraktikkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010 bagi memupuk perpaduan melalui sistem pendidikan.

Pertama, melalui kaedah memujuk melalui Teras Memperkasa Sekolah Kebangsaan. Ini merupakan pendekatan lama, yang diberi nafas baru dan dijadikan lebih berfokus berbanding pendekatan lama. Dalam teras ini, usaha ditumpukan untuk meningkatkan daya tarikan SK melalui penambahbaikan infrastruktur, penawaran program yang menepati keinginan ibu bapa seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil, penawaran program Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF), penambahbaikan program dan kurikulum seperti pengajaran Bahasa Inggeris, meningkatkan kualiti dan keupayaan pentadbir sekolah dan guru, membangunkan budaya cemerlang dan menjadikan SK lebih beraspirasi nasional.

Kedua, melalui program-program yang dapat memupuk perpaduan seperti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) bagi kelompok-kelompok sekolah yang didominasikan oleh satu kaum.

Namun kaedah ini dianggap satu kaedah yang kurang radikal, kurang efektif dan mempunyai pelbagai masalah pelaksanaan. Misalnya, RIMUP kelihatan kurang menyerlah tahun ini, kemungkinan kefahaman dan kesungguhan mengenainya semakin menurun di kalangan warga KPM.

Justeru mungkin satu kaedah yang lebih radikal diperlukan.

Salah satu kaedah yang pernah digunakan dulu tetapi tidak diteruskan adalah pembangunan Sekolah Wawasan. Ia tidak diteruskan dalam PIPP kerana tidak ada kesungguhan dari pihak yang mempertahankan SJKC. Terdapat enam buah Sekolah Wawasan, bagaimanapun hanya satu sahaja yang melibatkan ketiga-tiga jenis sekolah. Bakinya hanya melibatkan SK dan SJKT.

Kaedah kedua yang pernah digunakan dan amat berkesan adalah dengan meminda Akta Pendidikan, misalnya pindaan yang dibuat dalam Akta Pendidikan 1991 yang menjadikan semua sekolah menengah berstatus SK. Begitu pun usaha ini hanya dapat dilaksanakan di peringkat menengah dan tidak dapat dilaksanakan di peringkat rendah kerana terdapat banyak tentangan.

Kaedah yang belum pernah dicuba adalah untuk menetapkan `road-map’ dan sasaran untuk menukar status SJK kepada SK menjelang tahun sasaran tertentu terutamanya SJK yang sudah semakin hilang tarikan, terlalu dhaif dan berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM). Dimaklumkan terdapat sekitar 36 peratus atau 460 buah SJKC yang berstatus SKM dan 66 buah daripadanya berada di dalam bandar. Dikatakan juga, berbanding SJKC, lebih banyak SJKT yang berstatus SKM ini. Ini terpakai untuk sekolah vernakular yang lain juga.

Jika ini merupakan sasarannya, maka perlu ada kesungguhan politik dari segi pertama, untuk menghentikan sebarang permintaan untuk menambah jumlah sekolah vernakular; kedua, permintaan menggantikan sekolah vernakular yang bertaraf SKM dan tiada tarikan. Ketiganya, perlu ada kesungguhan untuk meningkatkan kualiti SK yang berada dalam kawasan yang mempunyai populasi campuran.

Mampukah ia dilaksanakan atau mahukah kita melaksanakannya?

Wednesday, November 4, 2009

Dr Asri - satu usaha `character assasination'?

Saya dimaklumkan ramai yang memberikan ceramah di merata tempat di surau dan masjid di dalam negeri Selangor. Malah ada yang mendakwa bahawa sejumlah pemimpin Pas yang memberi ceramah agama dan membaca khutbah di masjid-masjid dalam negeri Selangor juga tidak pernah diberikan sebarang tauliah. Dimaklumkan juga ada pemimpin pembangkang yang BUKAN ISLAM turut diberi `tauliah' untuk berceramah di sebuah masjid di negeri Selangor (gambar - Dr Xavier Jayakumar, Exco Negeri Selangor memberi ceramah di dalam masjid - klik). Benar atau tidak, wallahu a'alam kerana tiada sesiapa pun mempersoalkan kewujudan tauliah pemimpin-pemimpin Pas yang berceramah ini atas dasar tidak mahu mencari gaduh. Bagi ramai yang tidak mahu mendengar tazkirah, ceramah dan khutbah oleh pemimpin politik pembangkang ini, mereka seringnya mengambil pendekatan untuk tidak ke masjid atau surau tersebut sebaliknya memilih untuk ke masjid dan surau yang lebih menenangkan.

Bagaimanapun jika Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mahu menjadi telus, maka mereka perlu mengeluarkan senarai semua individu yang telah diberikan tauliah oleh mereka terutamanya pemimpin-pemimpin kanan Pas yang sering memberikan ceramah di dalam negeri Selangor sejak ia diperintah oleh Pakatan Pembangkang. Beranikah mereka? Kita mencabar Pengarah JAIS Datuk Muhammed Khusrin Munawi untuk SEGERA membuat pendedahan ini jika dia berani!



Kenapakah tindakan JAIS ini dipersoalkan? Saya percaya kerana masyarakat sukar menerima penahanan seorang intelektual dan tokoh agama seperti Dr. Mohd Asri Zainal Abidin. Dr Asri dilihat oleh ramai di dalam masyarakat sebagai seorang ulama yang lebih berkecuali dan berintegriti berbanding agamawan yang telah tercemar di dalam Pas seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mengeluarkan pandangan bahawa Tuhan juga mencarut, Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang yang mengeluarkan amanat yang dijadikan `lesen' bagi Pas meng'kafir'kan UMNO atau Ustaz Taib Azimuddin yang didakwa tidak bercakap benar untuk mendedahkan pengakuan mangsa liwat seorang pemimpin pembangkang.

Saya mengenali Dr Asri lebih 20 tahun dahulu. Ketika itu saya melihat beliau mempunyai pandangan yang mirip kepada Pas. Idola beliau ketika itu mungkin Hj Hadi kerana cara berceramah dan lenggok suara beliau ketika itu pun sudah seperti Hj Hadi. Namun mungkin selepas bertahun-tahun mendalami ilmu, beliau menyedari fiqrah beliau sudah tidak sehaluan lagi dengan Pas dan beliau sendiri mempunyai pandangan yang nampaknya agak berbeza dengan pandangan majoriti golongan agamawan di dalam Pas.

Bagi ramai rakyat, Dr Asri dilihat sebagai golongan ulama muda yang berani menyanggah kepalsuan; tidak seperti ramai golongan agamawan di dalam Pas yang majoritinya menyembunyikan kebenaran atas dasar assobiyah kepartian atau seperti golongan agamawan dalam kerajaan yang tidak mahu menyanggah pemimpin pembangkang mungkin kerana tidak yakin dengan ilmu sendiri atau takut diperli, disindir atau dimaki oleh pemimpin dan pengikut parti pembangkang.

Pandangan Dr Asri banyak membongkar kepalsuan pemimpin pembangkang seperti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan bersumpah menafikan perbuatan liwatnya dengan menggunakan hujah agama yang dhaif. Dr Asri juga dilihat sebagai sering menegur salah laku agamawan dalam Pas seperti menegur metodologi dakwah mereka dengan teguran bahawa "jika orang menolak pandangan mereka, tidak bermaksud orang menolak Islam." Di samping itu, tulisan-tulisan Dr Asri juga banyak yang merungkai salah faham para `penghukum' di dalam Pas mengenai tafsiran mereka terhadap takrifan Negara Islam, pelaksanaan hukum Hudud dan Takzir serta pendekatan-pendekatan yang tidak kena yang diamalkan oleh pemimpin Pas.

Terakhir - beliau menegur tentang krisis dalaman Pas dan mempersoalkan kerjasama di antara Pas dengan sekutu-sekutu di dalam Pakatan Pembangkang. Selepas teguran itu, dimaklumkan di dalam blognya pada 30 Oktober 2009 bahawa dia dikunjungi oleh Ketua Dewan Ulama Pas Dato' Haron Taib untuk menjemput beliau menyertai perjuangan Pas. Selepas itu pada 2 November 2009, Dr Asri ditahan oleh JAIS.

Peliknya - sebelum Dr Asri ditahan, khabar bahawa beliau mungkin akan ditahan telah diketahui oleh rakan-rakan blogger. Sebaik sahaja beliau ditahan, pemimpin pembangkang merupakan antara yang pertama berada dengan beliau. Tidak berapa lama selepas itu, di alam blogsfera, Kerajaan Pusat telah difitnah sebagai mengeluarkan arahan untuk menangkap Dr Asri melalui JAIS. Dr Asri juga telah diserang dengan pelbagai tuduhan yang mencemarkan nama beliau termasuklah dengan tuduhan bahawa beliau membawa ajaran sesat, mengamalkan faham Wahabi (yang digambarkan sebagai sesat dan memecah belahkan) dan menggunakan sijil palsu (penjelasan daripada Dr Asri tentang sijil palsu di sini).

Adakah ini satu lagi kaedah membunuh karektor atau "character assasination" yang giat diamalkan oleh pihak-pihak tertentu bagi menjatuhkan kredibiliti Dr Asri yang kritikal terhadap mereka? Wallahu a'alam.

Friday, October 30, 2009

Serangan samseng media baru Pas terhadap Ustaz Nasharuddin dan Hassan Ali

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin ketika mengulas tentang krisis dalaman Pas berkata, "satu perkara yang wajar Pas akui, jelasnya, ialah ramai orang dalam Pas yang sangat sensitif jika ada teguran luar. Jika tidak disambut teguran itu dengan maki hamun pun, unsur-unsur mengutuk pemberi pendapat itu akan muncul."

Sebenarnya sikap ini amat jelas sejak dulu lagi. Pas adalah JUARA - juara mengkafir, memunafiq, memfasiq, memaki hamun, mencarut, mengata, menghina, memfitnah, memboikot, memutar belit, bersikap kasar dan berperangai samseng. Perangai ini masih sama dan apa yang Dr Asri kata memang ada kebenarannya.

Dalam isu terkini perpecahan dalaman Pas, sebaik sahaja diketahui bahawa Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Dr Hassan Ahli memanggil para blogger untuk menjelaskan isu dalama parti tersebut maka bertubi-tubi serangan yang dihalakan kepada mereka berdua. Ini adalah antara perkara yang dimainkan oleh samseng-samseng Pas melalui blog dan media baru mereka;

Mengenai Hassan Ali

1] Hassan Ali ada hutang tertunggak sebanyak RM200 ribu, iaitu hutang dari syarikatnya, iaitu, Akrab.
2] Semasa PRU-12 pun menjelang tiba. Hassan Ali tahu hutang RM200 ribu itu boleh menghalangnya dari bertanding dalam PRU-12.
3] Tetapi dalam mesyuarat MTD(Majlis Tindakan DUN), Hasan Ali selalu menyebut dia akan jadi MB Selangor jika menang PRU nanti
4] Nak tak nak, Hasan ali ke Kelantan minta bantuan Husam Musa. Husam kaya ?? Husam tidak kaya, tetapi Husam dikenali sebagai pemimpin PAS yang banyak berkawan dengan rakan-rakan korporat yang simpati dengan PAS (baca: Islam).
5] Melalui rakan lama Husam, Hasan Ali berjaya meminjam RM200 ribu untuk membayar hutang peribadinya.
6] Husam sendiri memberi jaminan politik kepada rakan beliau bahawa Hasan Ali akan membayar hutangnya.
7] Husam semasa itu yakin Hasan Ali adalah seorang tokoh yang dipercayai. Husam percaya Hasan Ali harus diketengahkan dalam PAS dan Malaysia. PRU-12 hilang seri tanpa Hasan Ali. Begitulah kira-kiranya.
8] Setelah diketahui ramai, Hasan Ali sekarang menjawat sebagai ADUN Gombak Setia dan EXCO negeri Selangor. Jangkanya, Hasan Ali sudah berupaya membayar balik hutangnya.
9] Tetapi Hasan Ali masih tidak membayar hutangnya. Isa Samad betul.
Hasan Ali, dulu ekau berjanji nak bayar balik hutang. Ekau janji dengan Husam dan rakan dio. Mano poie janji manismu. Kenapa hari ini ekau mungkiri janji ?? Ekau nak jadi munafikkah, wahai calon Menteri Bosar UMNO ??
Wahai,Hasan Ali, sila nafikan janji khianat anda pada Husam dan hutang RM200 ribu itu ?? Anda berani ??!!

Pertemuan dengan para blogger

1] Kenapa blogger Umno dijemput sama. Anda kenal Akram Shah Sanusi ?? Dia pun dijemput sama. Kurang ajar !!! Hasan Ali dan Nasarudin Mat bukan tidak kenal dia ni. Dialah blogger Umno yang paling kuat menghina TG Nik Aziz dalam blog.
3] Kenapa Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa sanggup langgar perintah TG Haji Hadi supaya jangan guna media baru iaitu internet dan blog ??
4] Tahukah anda bahawa Nasarudin Mat Isa telah tipu kita semua tentang pertemuannya dengan Umno untuk rundingan 'Unity Government' dan 'Task force 2010'. Siapa yang dedahkan bahawa anak Mat Isa ini berbohong ?? Siapa lagi kalau bukan Pak Lah bekas PM kita. Sudah tentulah semalam anak Mat Isa ini akan mempertahankan kebohongan dia pada blogger.
5] Tahukah anda bahawa Pemuda PAS Selayang menggelar Hasan Ali sebagai 'Raja Peluk' dan 'Raja Merajuk'. Gelaran itu terjadi kerana Hasan Ali selalu sangat jadi kacang hantu dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Hari ini jika 'Raja Peluk' kita bergaduh dengan pemimpin PR atau merajuk, esok lusa beliau akan peluk pemimpin terbabit apabila media mula mensensasikan isu tersebut. Contoh, isu arak beliau peluk Ronnie Liew dekat majlis mesyuarat PR dan isu selcat peluk Tony Pua 3-4 hari sebelum mengundi di Bagan Pinang. Wayang kulit beliau sudah tidak laku lagi.
6] Untuk analisis penulis, Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa sudah terdesak lalu terpaksa menggunakan blogger juga untuk menyelamatkan tengkuk mereka berdua dari dilucutkan jawatan mereka pada malam rabu nanti. Walhal, Nasarudin Mat Isa lah yang beria-ia nak menyaman seorang blogger yang pro-PAS sebelum tembelangnya dipecahkan oleh Pak Lah.
7] Maklumat yang sampai kepada penulis, pertemuan dengan blogger semalam dirancang oleh 'Think Tank' dari Task Force 2010. Itu sebab Hasan Ali dan Nasarudin sanggup membelakangi arahan Presiden PAS. Sebab itu juga blogger Umno dijemput sekali. Umno sudah memberi kata dua atau Ultimatum bahawa mereka wajib kekal di dalam Parti PAS dan Umno tidak sama sekali akan menerima mereka.
8] Den paling tak puas hati macam mana anak Sanusi Junid boleh ada dalam pertemuan malam tadi. Ini blog si Akram Shah. Sila klik.
9] Wahai Ayahandaku Wak Al-Banjari, jika boleh kami semua nak dengar audio video pertemuan semalam. Jangan tunggu pagi khamis. Bahaya.
10] Baru tadi PA atau Personal Assistant Nasarudin Mat Isa menafikan pertemuan boss beliau dengan bloggers pada malam tadi. What ??!! Terkejut den. Hang nak menipu apa lagi anak Mat Isa. Isa Samad lah kau ni !!!
11] Perisik-Rakyat telah meminta PA Nasarudin Mat Isa iaitu Meor Isfahandy untuk mengadakan/mengaturkan satu lagi pertemuan sesi soal jawab (Q&A) dengan bloggers. Tetapi Meor bersikap defensif. Barang diingat blogger yang menghadiri pertemuan dengan Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa pada malam tadi telah dipilih oleh Roslan SMS. Semua blogger terbabit yang dipilih adalah blogger yang lunak dengan "Unity Government".
12] Pada pukul 12 tengah hari esok semua wartawan Harakah,Harakahdaily, Siasah dan yang berkaitan dengan Parti PAS akan dipanggil berkumpul dan diberikan taklimat oleh pimpinan tertentu. Mereka akan diajar cara-cara menulis berita mengikut versi pimpinan pro "Unity Government". Inilah agaknya demokrasi terpimpin ala PAS.
13] YB Salehudin Ayub kata TG Nik Aziz tidak dapat hadir untuk mesyuarat malam rabu nanti. Tetapi maklumat terkini mengesahkan Setiausaha TG iaitu Annual Bakri mengesahkan TG Nik Aziz akan hadir. Meeting dijangka bermula pada pukul 8.30 malam.
14] Dalam mesyuarat malam rabu nanti dijangkakan Nasarudin Mat Isa akan menjatuhkan kredibiliti TG Nik Aziz dengan mengekploitasikan isu menantu TG. Menantu TG Nik Aziz diberi amanah mengemudi salah sebuah yayasan atau syarikat Negeri Kelantan. Menantu TG berada di situ berdasarkan 'on merit'. Nasarudin Mat Isa akan memainkan isu nepotisma ini sebagai usaha beliau untuk menjatuhkan TG Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS. Idea ini sudah tentu datangnya dari 'Think Tank' TF 2010.

Beginilah cara samseng-samseng Pas yang menggunakan media baru untuk mempertahankan kebatilan dan kepalsuan. Nyatanya mereka ini tidak lagi berpegang kepada Islam, tetapi mengamalkan assobiyah kepartian yang menyesatkan!!!

* Kelakar bila dengar samseng-samseng Pas cuba mempertahankan Husam - "Nak tak nak, Hasan ali ke Kelantan minta bantuan Husam Musa. Husam kaya ?? Husam tidak kaya. Tetapi Husam dikenali sebagai pemimpin PAS yang banyak berkawan dengan rakan-rakan korporat yang simpati dengan PAS(baca: Islam)."

Monday, October 26, 2009

Siapa amal assabiah sebenarnya?

Salah satu penipuan paling besar golongan agama di dalam Pas terhadap rakyat adalah apabila mereka menyembunyikan tafsiran sebenar mengenai assabiah. Assabiah telah digunakan untuk melabel UMNO sebagai tidak Islamik dan berpegang kepada nasionalisme. Malangnya tidak ada seorang pun daripada golongan agamawan dalam Pas baik yang bertaraf ustaz sehinggalah yang bergelar Doktor Falsafah yang sanggup bercakap benar sebaliknya memilih untuk menjadi apa yang diistilahkan oleh golongan agamawan Pas sendiri sebagai `syaitan bisu' demi memperoleh keuntungan politik.

Penipuan (klik sini) oleh golongan agamawan Pas ini telah dilakukan selama lebih 27 tahun, iaitu bermula pada tahun 1982. Pada bulan September 1985 pula PAS Terengganu membuat ikrar kepada sekumpulan orang Cina dalam satu perancangan dialog PAS-Cina di Dewan Perniagaan Cina Kuala Terengganu dengan mengatakan apabila PAS memerintah negara ini hak istimewa orang Melayu akan dihapuskan. Pada ketika itu dalam Perlembagaan Tubuh PAS Fasal 6 ceraian 7, 8 dan 9 masih tercatat lagi peruntukan mengenai bahasa, budaya dan hak Melayu. Bagaimanapun, pindaan 1987 Perlembagaan Tubuh PAS menghapuskan semua fasal yang menyebut Melayu itu. Bagaimanapun apabila berdepan dengan orang Melayu, sandiwara PAS mengenai hak Melayu ketara dan skripnya berbeza dengan ada di kalangan pemimpin mereka yang menjamin hak Melayu.

Akibat penipuan berterusan selama 27 tahun, saya yakin ramai golongan muda, terutama yang tidak berpendidikan agama dan yang walaupun berpendidikan agama tetapi malas mencari ilmu serta membenarkan diri mereka di`brain-washed' di dalam usrah dan tazkirah Pas, tidak tahu pun akan definisi sebenar assobiah, kenapa ia dilarang oleh Rasulullah SAW dan pelbagai pandangan ilmuwan tentang assobiah. Akibatnya, walaupun mulut mereka memfitnah UMNO mengamalkan assobiah, namun tanpa sedar merekalah yang merupakan pengamal sebenar assobiah - assobiah kepartian dan assobiah tok guru.

Akibat dibohongi sekian lama, mungkin bukan sahaja golongan tidak berpendidikan agama dan profesional yang tidak pernah menyedari tentang perspektif lain mengenai assabiah yg dihuraikan oleh Ibnu Khaldun dalam Muqaddimah, malah golongan ustaz mereka juga tidak pernah mengetahui tentang kewujudannya. Untuk mendapat sedikit perspektif mengenainya sila klik di sini. Atau seperti yang dinukilkan oleh Dr Muhammad Uthman El-Muhammady tentang pandangan ulama tradisional mengenai pembinaan kekuatan Melayu di sini. Ataupun yang disebut oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semasa mengendalikan Seminar Pemantapan Akidah di Masjid Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan di sini.

Seringnya tafsiran golongan ustaz dan golongan muda yang dibohongi oleh Pas hanya terhad dan dangkal setakat ini, "Berbanding dengan ukhuwwah, assabiyah mempunyai konsep yang berbeza. Assabiyah berasal daripada perkataan taasaba, iaitu suatu perasaan kekitaan yang menebal tanpa mempertimbangkan unsur kebenaran dan kesalahan, baik dan buruk. Fahaman assabiyah dikenali juga sebagai fahaman kesukuan amat kuat dipegang oleh masyarakat Arab sebelum Islam. Kesan daripada ketaksuban mereka terhadap keturunan dan suku masing-masing, peperangan sering terjadi antara suku dan keturunan yang berlainan. Fahaman assabiyah ini ditolak oleh Islam kerana ianya bercanggah dengan dasar persaudaraan Islam. Tambahan pula fahaman assabiyah akan menyebabkan seseorang itu tidak mengambil kira pertimbangan akal dan agama."

Manakala kebanyakan ustaz Pas akan membacakan ayat al-Quran dan hadis sekerat tanpa menerangkan dengan mendalam maksud assabiah. Ustaz-ustaz Pas juga dengan sengaja akan mengelak dari membacakan hadis riwayat Abu Daud ini, bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah saw : "adakah perbuatan kasih kepada kaumnya itu assabiah? Tidak tetapi assabiah itu ialah orang yang menolong kaumnya melakukan kezaliman." (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).

Jarang sekali yang mahu menerangkan maksud assabiah secara mendalam seperti yang dinyatakan di bawah ini;

Prejudice (`asabiyyah) klik sini

O people! We have created you male and female, and have made you nations and tribes that ye may know one another. The noblest of you in the sight of Allah is the best in conduct…(Qur'an, 49:13)

Imam Ja’far al‑Sadiq (a) reported from the Prophet (s) who said: "Whoso­ever possesses in his heart 'asabiyyah (prejudice in any of its forms such as tribalism, racism, nationalism) even to the extent of a mustard seed, God will raise him on the Day of Resurrection with the (pagan) Bedouins of the Jahiliyyah (the pre‑Islamic era).” [Al‑Kulayni, al‑Kafi, vol. 2, bab al ‘asabiyah, p. 308, hadith # 3]

"Asabiyyah is an inner psychic trait that is manifested in patronizing or defending one's kindred or those with whom one has some kind of affinity or relation, whether it be creed and religious ideology, soil or home, language or colour. This affinity may also be due to similarity of profession or the relationship of teacher and pupil, or something else. It is a moral vice that appears to take the form of defense of truth or religion, but in reality it is aimed at extending one's own influence or that of one's co‑religionist(s), relative(s), friend(s), or member(s) of group."

What is and what is not ‘Asabiyyah

  • It is reported that when Prophet (s) was asked: “O Prophet of God! What is ‘asabiyyah ?”, He (s) replied: “That you support your nation (or tribe) in oppression.” [Abu Dawood, Sunan, hadith # 5119]

  • Imam ‘Ali bin al-Husayn (a) was asked about ‘asabiyyah. He (a) replied: “‘Asabiyyah that makes a person sinful is that he takes the worst actions of his nation (or tribe) to be better than the best actions of his opponent tribe. It is not ‘asabiyyah to love one’s nation. However, if one helps his nation in committing oppression than it is ‘asabiyyah.” [Al‑Kulayni, al‑Kafi, vol. 2, bab al ‘asabiyyah, p. 308, hadith # 7]

The Evils of `Asabiyyah

If one’s heart is covered with the dust of self‑love and the love of the kindred and improper and blind `asabiyyah, the light of faith will not shine in it.

  • Al‑Imam al‑Sadiq (a) is reported to have said: "Whosoever practises `asabiyyah (against someone), God shall wrap around him (`asabahu) a fold (`isabah) of Fire." [Al‑Kulayni, al‑Kafi, vol. 2, bab al ‘asabiyyah, p. 308, hadith # 4]

  • It is reported from al-Imam al‑Sadiq (a) that the Prophet (s) said: "The one who exerts `asabiyyah or the one on whose behalf it is exerted, the tie of faith is taken off his neck." [Al‑Kulayni, al‑Kafi, vol. 2, bab al ‘asabiyyah, p. 308, hadith # 2]. That is, such a person is deprived of faith and abandoned from the fold of faithful in the eyes of God. As to the person in whose interest `asabiyyah isexerted, he is also included in the hadith due to his compliance to the behaviour of the one exerting `asabiyyah on his behalfand hence made to share his lot jointly.

    ‘Asabiyyah against a nation or group may lead one to commit several moral vices such as backbiting, slandering, and heinous crimes such oppression, murder, massacres, and the like.

`Asabiyyah of the Intellectuals

  • It is worse and more offensive than other types of `asabiyyah as a scholar and an intellectual ought to be an instructor of mankind. In addition, scholarship and imparting knowledge is a branch of the tree of prophethood and wilayah itself. Surely, the corruption of a scholar can lead to the corruption of a nation.

  • This type of ‘asabiyyah manifests itself as stubbornness in intellectual matters and the habit of supporting the statements and ideas of one's own or that of one's teacher or spiritual master without it being for the sake of defending truth and refuting falsehood.

  • The person who poses him­self as a guiding beacon of light and a source of enlightenment in the assembly of mankind should serve as a guide to the path of felicity, and as one who is charged with the duty of guiding men on the path of Hereafter. If, God forbid, he does not remain faithful to his words and his personality contradicts his outward appearance, he will be branded as an evil scholar, a man of knowledge devoid of good deeds and a hypocrite.

  • Another hideous aspect of this vice in intellectuals is the atrocity done to knowledge itself; as this `asabiyyah on the part of intellec­tual amounts to the abuse of knowledge and disrespect for it.

  • An ugly aspect of this vice is the wrong done to the other side. This is because the other side that participates in intellectual discourses also comprises of scholars. They too enjoy sanctity that is obligatory to observe and as it is to safeguard their honour. Insulting them will be synonymous to violating divine sancti­ties, which is a great sin. Sometimes, senseless `asabiyyahs makes one insult scholars.

  • Yet another aspect of `asabiyyah relates to the person in whose favour `asabiyyah is exercised, who may be one's instructor and tutor. He may be forced to disown his pupil, because all the great teachers of knowledge and ethics and saints‑karram Allah wujuhahum are naturally attracted towards truth and justice and are abhorrent to untruth and injustice.

A faithful’s choice – blind ‘asabiyyah or truth

  • A believer has a heart that has been the mirror for the light of faith, he is the hostage of reality and Divine knowledge and he is the one who remains adhered to the religious precepts and confined to rational principles and laws. No force of customs, ways, or love and friendship or familiar things can cause him to quiver or deviate from the right path of supporting truth and justice.

  • One can profess Islam and claim iman only when he is submissive and humble to truth. He thus deems his own aims and purposes, no matter however great they may be, as trivial and transito­ry, before the aims and orders of his Lord and Provider. He annihilates his own will in the Will of his real Lord. Such a person will be free from all traces of ignorant `asabiyyahs andhis face will be turned towards reality. Thick and dark curtains of blind `asabiyyahs would not obstruct his vision. When called to deliver justice and utter the word of truth, he puts a firm foot on the head of all associa­tions and ties, sacrificing all ties of kinship and customary affinities at the altar of the aims and orders of his Lord.
If there is a clash between the Islamic `asabiyyah and the `asabiyyah of the Jahiliyyah, he gives precedence to his Islamic `asabiyyah and his `asabiyyah for truth and justice. An enlightened person knows that all the `asabiyyahs and all associations are merely transitory accidents and perishable. The only relationship that is permanent and lasting and the only `asabiyyah that is true, is the relationship between the Creator and the created being, and is essential and unbreakable; it is firmer, higher, and prior to all the ties of lineage.

Praiseworthy ‘Asabiyyah

The defense of truth and upholding justice, the efforts to disseminate and to posit something that is true, are either not `asabiyyah, or, if they are, represent a commendable kind of it. The criterion lies in the distinct aims and purposes, and the extent to which it involves selfish and diabolical ends or serves just and godly purposes.

Thus, when a man supports his kinsmen and friends, if he does so purely for the sake of upholding justice and defeating injustice, this kind of `asabiyyah is commendable and praiseworthy; because supporting justice and truth is among the most sublime of human qualities, being one of the attributes of the prophets (a) of God and His awliya' (friends).One should support the party that is on the side of truth and justice, even though it may consist of one's enemies. Such a person is a defender and lover of truth; he will be counted among the champions of human sublimity, a rightful citizen of the ideal human society, one whose presence exerts a reforming influence on the evil tendencies of society.

  • The Prophet (s) said: “Best among you is the person who defends his tribe till they do not commit a sin.” [Abu Dawood, Sunan, hadith # 5130]

  • Imam ‘Ali (a) said: “If it becomes unavoidable for you to be among those who practice ‘asabiyyah, then do ‘asabiyyah to uphold the truth and support of the oppressed.” [Al-Amidi, Ghurar ul-Hikam wa Durar ul-Kalim, hadith # 3738]

The Cure of ‘Asabiyyah

‘Asabiyyah is a dangerous condition for an individual and society. One must ponder seriously about its consequences in this world and hereafter. If you love or hate someone, or support or are against a group of individuals or a nation, think what has motivated you for it.

If it is other than promoting truth and justice or help of oppressed or preventing aggression and tyranny, than give up your support of the people you are associated with. It will be certainly difficult for you to take a bold step and give up love, friendship, and affinity of your relatives, friends and colleagues. Your decision to give up blind ‘asabiyyah will not only save you from the fire of hell, but also motivate others to do the same.

Conclusion

The Prophet (s) said: "One who calls towards ‘asabiyyah is not from us, one who fights for ‘asabiyyah is not from us and the one who dies on ‘asabiyyah is not from us.” [Mizan al Hikmah, hadith # 13035]

Jelasnya, bagi mengelirukan umat Islam di Malaysia agar menyokong parti mereka, maksud assobiah ini telah diputar belitkan. Adakah selama ini anda merasa tertipu oleh golongan agamawan dalam Pas? Adakah selepas membaca huraian ini anda nampak bahawa Pas adalah pengamal sebenar assabiah, iaitu assobiah kepartian dan assabiah tok guru?

Wallahu a'alam....

Friday, October 16, 2009

Menghayati semangat Pindaan Perlembagaan UMNO, teks penuh ucapan Datuk Seri Hishammuddin


Alhamdulillah, langkah pertama transformasi UMNO telah dimulakan apabila Usul Pindaan Perlembagaan diluluskan semalam. Saya suka hendak menulis panjang mengenainya tetapi mungkin elok untuk saya biarkan pembaca membaca ucapan pembentang usul tersebut bagi pihak Majlis Tertinggi UMNO, iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya rakan-rakan semua dapat menghayati semangat dan roh di sebalik pindaan ini. Apa yang penting, UMNO telah memulakan langkah yang amat penting ini dan berresponsif dengan kehendak akar umbi dan rakyat. Bagi saya, ianya satu detik yang bersejarah dalam UMNO; saya merasa amat terharu dan bangga kerana menjadi salah seorang daripada lebih 2000 orang perwakilan yang terlibat meluluskan pindaan tadi demi survival UMNO, bagi menjadikannya terus relevan dan demi masa depannya yang lebih cemerlang.
MENJANA TRANSFORMASI

YBhg Datuk Pengerusi Tetap

1. Sebentar tadi kita telah mendengar dan menghayati dengan penuh tekun akan harapan, hasrat dan cita-cita besar Presiden kita, YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak untuk melakukan transformasi demi memastikan kelangsungan dan survival parti yang kita semua sayangi ini. Kita perlu segera berubah. Semua tahu bahawa kita tiada pilihan. Berubah atau rebah. Tranformasi yang dimaksudkan menuntut perubahan dari segi sikap kita sebagai ahli dan perubahan dari segi struktur organisasi. Ianya perlu bersifat drastik, berani dan menunjukkan bahawa UMNO benar-benar serius untuk melakukan perubahan. Yang akan menilai kesungguhan untuk melaksanakan perubahan ini bukan semata-mata kita dalam umno sahaja tetapi rakyat di luar sana. Seperti yang sering diingatkan oleh YAB Presiden, “tidak guna kita pegang jawatan dalam parti jika kita tidak ada kuasa”.

2. Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Parti yang diamanahkan oleh Majlis Tertinggi UMNO, berdirinya saya di sini adalah untuk menyempurnakan tanggungjawab bagi memenuhi tuntutan kepada transformasi besar ini. Ianya merupakan amanah yang begitu berat kerana pindaan-pindaan yang dikemukakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk memperkukuh parti, memperteguh lunas-lunas demokrasi serta menghak-upayakan ahli-ahli parti agar UMNO menjadi lebih terbuka, lebih inklusif dan lebih demokratik.

3. Insya-Allah apabila diluluskan nanti, pindaan kepada perlembagaan UMNO ini bakal mencatat sejarah paling bermakna, paling drastik dan paling berani pernah dilakukan sepanjang tempoh 62 tahun kewujudan parti keramat UMNO kita ini.

Datuk Pengerusi Tetap,

4. Izinkan saya memberikan sedikit latar belakang kepada usaha penyediaan usul pindaan perlembagaan UMNO yang akan kita bahaskan hari ini. Untuk makluman sidang perwakilan, saya dan seluruh Ahli Jawatankuasa telah memulakan gerakerja seawal 30hb Mei 2009 dengan meminta maklum balas sewaktu Persidangan Cawangan berlangsung dan disusuli pula dengan maklum balas ketika bahagian-bahagian bermesyuarat.

5. Jawatankuasa kemudiannya telah bermesyuarat beberapa kali untuk menyediakan draf awal cadangan pindaan perlembagaan ini, sebelum draf ini diangkat untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Parti, yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Presiden, sebanyak tiga (3) kali.

6. Draf ini kemudiannya dibentangkan kepada Majlis Tertinggi pada 11hb September dan secara prinsipnya telah dipersetujui dan telah diputuskan untuk ianya diperhalusi lagi oleh mesyuarat Biro Politik, yang dipengerusikan oleh YAB Presiden sendiri, dan turut dianggotai oleh semua Pengerusi Badan Perhubungan Negeri-Negeri.

7. Langkah penyediaan tidak terhenti di sini dan bagi memastikan semua Ketua Bahagian mendapat maklumat mutakhir tentang draf ini, saya telah diminta untuk memberi taklimat kepada mereka di Kursus Orientasi Perdana di Janda Baik, di mana dalam taklimat tersebut ia turut dihadiri oleh pimpinan tertinggi sayap-sayap parti.

8. Malah sebelum dibentangkan di dalam Perhimpunan Agung Khas ini pun, draf tersebut telah dibawa ke mesyuarat khas yang dihadiri oleh wakil-wakil Negeri pada pagi semalam. Akhirnya cadangan pindaan perlembagaan yang saya bentangkan ini telah mendapat persetujuan Majlis Tertinggi yang bermesyuarat malam semalam. Keseluruhan proses ini dilakukan agar cadangan pindaan ini dapat disediakan dengan sebaik mampu. Untuk makluman, sebanyak 36 Fasal dan sub-Fasal terlibat dalam cadangan ini yang boleh saya rumuskan kepada 7 perkara.

i. Perluasan jumlah perwakilan
ii. Penghapusan kuota
iii. Penambahan bilangan Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan lantikan;
iv. Penubuhan Jawatankuasa Pemilihan UMNO;
v. Penghapusan Yuran Tahunan;
vi. Pendaftaran Keahlian;
vii. Pengiktirafan kepada Setiausaha Bahagian;

9. Bagi memudahkan Sidang Perwakilan menyemak fasal-fasal berkaitan dengan setiap perkara yang akan disentuh sebentar lagi, pihak ibu pejabat ada membekalkan Buku Usul Pindaan Perlembagaan UMNO (berwarna merah) beserta addendumnya dan Ringkasan Usul Pindaan sebagai rujukan kepada semua perwakilan.

Datuk Pengerusi Tetap,

10. Di sini izinkan saya mengupas dan mengulas fasal-fasal pindaan yang telah saya bentangkan sebentar tadi yang merupakan fasal-fasal yang dipinda, fasal-fasal yang perlu dimansukh dan fasal-fasal baru merealisasikan 7 perkara yg saya sebutkan tadi.

11. Perkara pertama adalah berkaitan dengan perluasan jumlah perwakilan. Tujuan pindaan ini adalah bagi menjadikan UMNO lebih inklusif dengan menghakupayakan ahli-ahli di peringkat akar umbi, sekaligus akan menjadikan UMNO lebih demokratik dalam soal pemilihan. Ia juga berdasarkan kepada maklum balas yang diterima, rata-rata berpandangan bahawa UMNO perlu melebarkan jumlah perwakilan dalam proses pemilihan pemimpin tertinggi dengan mengembalikan hak memilih kepada lebih ramai ahli selaras dengan semangat dan roh parti UMNO itu sendiri.

12. Mengambil Majlis Tertinggi sebagai contoh, jika sebelum ini, pemilihan ahli Majlis Tertinggi hanya dibuat oleh 2,510 orang perwakilan, maka adalah dicadangkan agar seramai 146,500 orang perwakilan akan terlibat dalam proses membuat pemilihan ini pada masa akan datang.

13. Jumlah 146,500 ini adalah berdasarkan kepada anggaran jumlah perwakilan mengikuti formula berikut:

i. secara purata diandaikan terdapat seramai 500 orang perwakilan di dalam satu Bahagian yang ada pada hari ini. Maka, 500 orang x 191 bahagian bersamaan 95,500 orang.

ii. cadangan untuk memberi taraf perwakilan secara automatik kepada ketua sayap-sayap cawangan dengan mengambil kira secara purata terdapat 17,000 cawangan yang ada hari ini, maka, 3 orang ketua sayap-sayap x 17,000 cawangan bersamaan 51,000 orang. Justeru, 95,500 campur 51,000 menjadikan jumlah keseluruhan seramai 146,500 orang pemilih.

14. Langkah ini akan memberi pengiktirafan kepada suara dan peranan ketua pergerakan sayap-sayap cawangan dan perwakilan di peringkat bahagian untuk terlibat sama dalam pemilihan pemimpin di peringkat tertinggi parti semasa mesyuarat bahagian.

15. Majlis Tertinggi sedia maklum bahawa perubahan cadangan ini telah menarik minat ahli tentang urusan logistik dan kos pelaksanaannya yang akan melibatkan jumlah yang lebih besar. Sukacita, saya memaklumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan bagi menangani perkara ini yang akan saya perjelaskan sebentar nanti. Inilah di antara perkara yang amat ditunggu-tunggu oleh ahli akar umbi dan rakyat. Apabila diluluskan nanti, pindaan ini bakal mencatatkan sejarah kerana tiada mana-mana pemimpin, khususnya yang berkuasa mentadbir negara sanggup mengubah sistem yang meletakkan mereka di persada kuasa. Jelas ini adalah manifestasi sikap keterbukaan dan demokratik pemimpin UMNO terhadap citarasa serta harapan ahli parti dan rakyat, dan apabila dipersetujui, saya percaya ianya tidak akan mengecewakan kerana ianya merupakan penambahan 5,800 peratus (5,800%) dari jumlah perwakilan yang sedia ada.

Datuk Pengerusi Tetap,

16. Perkara kedua, adalah perkara yang berhubung kait dengan penghapusan sistem kuota. Tujuan pindaan ini adalah untuk menjadikan UMNO lebih demokratik dan membuka ruang seluas-luasnya kepada ahli parti untuk bertanding, manakala sekatan-sekatan dalam melayakkan seseorang ahli menawarkan diri untuk bertanding akan dihapuskan.

17. Walaupun Majlis Tertinggi bersetuju secara prinsipnya dengan cadangan Jawatankuasa termasuk berkaitan kriteria kelayakan calon-calon, namun ia mencadangkan agar hanya kriteria kelayakan minimum sahaja dikenakan untuk melayakkan seseorang menawarkan diri bertanding bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Rasional Majlis Tertinggi ini adalah untuk melindungi institusi Presiden dan Timbalan Presiden kerana secara adatnya, mereka berdua merupakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri negara.

18. Tetapi apabila cadangan ini dibawa kepada Biro Politik, kedua-dua penjawat sekarang, YAB Dato’ Seri Mohd Najib dan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak cadangan ini dan berpendirian bahawa mereka berdua tidak memerlukan apa-apa perlindungan dan tidak akan berselindung di sebalik syarat yang dicadangkan itu.

19. Walaupun demikian, bagi memastikan agar calon-calon dapat melalui proses kepimpinan parti di samping membolehkan mereka menghayati persekitaran politik akar umbi serta menjiwai semangat perjuangan parti yang sebenar sebelum menawarkan diri, maka satu kelayakan minimum dicadangkan untuk diwujudkan, di mana;

i. bagi mana-mana ahli yang ingin bertanding untuk mana-mana jawatan Ahli Majlis Tertinggi, mereka hendaklah mendaftarkan diri dan pernah memegang mana-mana jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi atau Ahli Jawatankuasa Bahagian selama satu penggal.

ii. Manakala bagi ahli-ahli yang ingin bertanding untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian, mereka hanya perlu menjadi ahli parti selama tiga tahun.

Datuk Pengerusi Tetap,

20. Perkara ketiga adalah untuk membolehkan pelantikan tambahan seorang lagi Wakil Wanita dalam Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan.

21. Kita amat mengiktiraf peranan yang telah dimainkan oleh seluruh warga Pergerakan Wanita terhadap UMNO. Sanjungan serta penghormatan sangat wajar diberikan kepada mereka di atas pengorbanan dan khidmat bakti yang telah diberikan kepada parti. Sumbangan Wanita memang cukup besar dan tidak kita nafikan. Justeru di atas prinsip inklusif dan untuk mengiktiraf sumbangan dan peranan Wanita selama ini, maka dicadangkan bahawa tambahan seorang lagi wakil Wanita untuk jawatan Ahli Jawatankuasa lantikan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan.

22. Namun begitu, bagi tidak menjejaskan kuasa lantikan Presiden, Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan, maka dicadangkan supaya jumlah keseluruhan bilangan Ahli Jawatankuasa lantikan di peringkat Majlis Tertinggi ditambah daripada 12 kepada 13 orang, di peringkat bahagian daripada 7 kepada 8 orang dan di peringkat cawangan daripada 5 kepada 6 orang. Pindaan ini akan menambah suara Wanita di peringkat cawangan sehinggalah ke peringkat tertinggi parti.

Datuk Pengerusi Tetap,

23. Perkara keempat adalah mengenai penubuhan Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU).

24. Sama ada disukai atau tidak, hari ini, UMNO sedang dibelenggu oleh persepsi yang negatif sewaktu kita menjalani pemilihan parti. Di peringkat parti, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memerangi persepsi negatif ini. Salah satu cadangannya adalah dengan melaksanakan mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian seluruh negara pada tahun pemilihan secara serentak. Dengan kaedah ini, ia akan mengatasi persepsi negatif tadi agar kita boleh memberi tumpuan kepada tugas-tugas parti berbanding kempen yang berpanjangan.

25. Kita memahami dan menyedari bahawa mungkin timbul perkara-perkara yang berhubung kait dengan masalah kos pelaksanaan, pentadbiran, penyelarasan, perjalanan dan pengawal seliaan sewaktu pemilihan. Di atas kesedaran itu satu jawatankuasa khas yang akan diinstitusikan di peringkat UMNO pusat yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pemilihan UMNO akan ditubuhkan untuk menyelaras perkara-perkara yang menjadi kerisauan ahli-ahli. Malah di dalam taklimat Presiden, Presiden telah menyatakan bahawa perkara ini akan ditangani dengan sebaik-baiknya.

Datuk Pengerusi Tetap,

26. Perkara kelima bertujuan untuk menghapuskan yuran tahunan dan menggantikannya dengan yuran seumur hidup.

27. Berdasarkan statistik ibu pejabat terdapat 27,000 kes diterima dan di antara aduan yang paling kerap timbul adalah berkaitan dengan pembayaran yuran tahunan, khususnya semasa tahun pemilihan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Justeru dicadangkan agar yuran tahunan dihapuskan dan digantikan dengan yuran seumur hidup sebanyak RM2 kepada ahli baru. Ini dapat mengurangkan pelbagai aduan berkaitan soal yuran dan mengelakkan permasalahan atau pertikaian tentang keahlian daripada berlaku.

28. Berikutan pindaan ini, sekiranya diterima, tuan-tuan dan puan-puan sidang perwakilan semua, secara automatik telah menjadi ahli seumur hidup.

Datuk Pengerusi Tetap,

29. Perkara keenam adalah membenarkan ketua-ketua sayap untuk menerima keahlian.

30. Walaupun pelbagai pindaan telah dibuat sebelum ini terhadap pendaftaran keahlian, masih kedengaran ramai yang menimbulkan soal kesukaran utk menadi ahli UMNO. Benar atau tidak, ianya menjadi bahan perbualan dan malangnya ia menjadi senjata untuk menyerang kita. Justeru kita mencadangkan proses penerimaan keahlian diperluaskan kepada semua ketua sayap-sayap.

Dengan menghakupayakan ketua sayap-sayap, diharapkan agar kelulusan permohonan ahli dapat dibuat dengan lebih cepat dan seterusnya mengupayakan Ketua sayap-sayap bagi sama-sama memikul tanggung jawab menarik keanggotaan lebih ramai ahli di kalangan golongan sasar tersebut, khususnya golongan muda dengan harapan mereka akan merasa terpanggil untuk menyertai dan berkhidmat untuk parti.

Datuk Pengerusi Tetap,

31. Perkara ketujuh dan terakhir adalah untuk memberikan taraf perwakilan secara automatik kepada Setiausaha Bahagian bagi menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan. Ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada Setiausaha Bahagian-bahagian yang menjadi tonggak pentadbiran parti. Dengan lulusnya cadangan pindaan ini, jumlah perwakilan UMNO akan bertambah seramai 191 orang lagi.

Datuk Pengerusi Tetap,

32. Kesemua cadangan-cadangan di atas terkandung dalam tujuh (7) perkara teras pindaan yang saya kemukakan sebentar tadi. Ia bertujuan untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah kita bagi melaksanakan transformasi dalam parti. YAB Timbalan Presiden menyatakan di dalam ucapan perasmian sayap-sayap Pemuda, Wanita dan Puteri bahawa tanda aras kepada perubahan ini bukan hanya ditentukan oleh kita, ahli-ahli parti sahaja, tetapi ia hanya diterima sebagai berjaya dan terlaksana, hanya jika rakyat dapat merasakan bahawa UMNO benar-benar berubah menjadi lebih inklusif, terbuka dan demokratik.
33. Bagi pihak Majlis Tertinggi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sokongan padu yang diberikan oleh pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO kepada cadangan Pindaan Perlembagaan ini semasa persidangan masing-masing semalam.

Datuk Pengerusi Tetap,

34. Suka tidak suka, rakyat mengikuti rapat perkembangan yang berlaku di dalam UMNO, terutama tatkala pemilihan parti dijalankan. Saya yakin rakyat terutamanya orang-orang Melayu masih sayangkan UMNO, apatah lagi UMNO telah banyak berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara. Tambahan pula Presiden UMNO juga merupakan Perdana Menteri kepada seluruh rakyat. Sudah tentulah harapan mereka untuk kita melaksanakan tugas dan amanah ini perlu segera kita penuhi. Kesemua cadangan ini perlu kita jayakan secara kesatuan niat dan tekad. Saya yakin apa yang kita lakukan hari ini, nescaya, akan dikenang sebagai pengorbanan dan sumbangan yang paling besar kepada Agama, Bangsa. Tanah Air, ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Ya Allah – penuhilah cita-cita dan harapan kami ini. Amin ya Rabbal Alamin.

Ybhg Datuk Pengerusi Tetap, saya mohon mencadangkan.

Wednesday, October 14, 2009

Persidangan UMNO yang amat bersejarah bermula..

Persidangan UMNO kali ini amat bersejarah. Pertama kerana inilah kali pertama semua pemegang jawatan utamanya terdiri dari kalangan mereka yang baru dan mereka akan menyampaikan ucapan dasar mereka yang pertama tahun ini. Bermula dari Presiden parti, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda sehinggalah Ketua Puteri, semuanya orang yang baru. Ini menunjukkan dari segi pemegang jawatan utama sahaja sudah ada perubahan yang amat ketara.

UMNO sudah berulang kali bertukar kepimpinan parti, sedangkan parti pembangkang masih bergantung harap kepada golongan tua yang memulakan karier politik mereka sezaman dengan negarawan ulung Tun Dr Mahathir Mohamad. DAP misalnya masih bergantung kepada orang tua seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang sudah berkerusi roda. Pas masih dengan kepemimpinan lapuk Nik Aziz dan Hadi Awang. PKR pula dengan Anwar Ibrahim.

Kedua, persidangan bersejarah ini juga akan menyaksikan fasa pertama perubahan atau transformasi parti yang dijanjikan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Dalam fasa ini, dimaklumkan bahawa cadangan pindaan perlembagaan yang drastik dan berani akan diusulkan bagi menjadikan UMNO lebih terbuka, inklusif dan demokratik.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib telah memulakan gelombang ini menerusi Taklimat Presiden yang begitu meyakinkan dan membakar semangat. Lima perkara yang ditekankan oleh beliau bagi memastikan masa depan UMNO terus gemilang dan diterima rakyat adalah;
  1. perubahan - bukan sekadar kesedaran, tetapi lebih daripada itu, iaitu keinsafan untuk berubah; bukan sekadar kesediaan, tetapi keberanian untuk berubah.
  2. perpaduan - konflik dalaman perlu segera diselesaikan dan semangat itu perlu dibawa sehingga Pilihan Raya Umum ke-13
  3. kerja keras
  4. keikhlasan
  5. sifat tawaduk

Wawasan ini disambut pula oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sebelah malanya sewaktu merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2009 secara serentak. Beliau mengulangi tentang keperluan agar;
  1. melaksanakan perubahan untuk pastikan UMNO terus relevan. UMNO perlu menyesuaikan pendekatan menggunakan gaya, bahasa dan nuansi yang sesuai dengan cita rasa masa kini dan agar bersesuaian dengan globalisasi dan zaman ledakan ilmu.
  2. ahli-ahli UMNO bersatu; bersatu dari segi kesatuan minda/fiqrah, kesatuan hati, kesatuan amal dan kesatuan matlamat.

Begitupun beliau menambah agar ahli UMNO;

  1. menyesuaikan diri dengan politik baru; berjuang untuk meningkatkan amalan demokrasi melalui penghakupayaan rakyat, politik partisipasi dan good governance. Namun dalam keghairahan ini jangan pula sampai mengkompromikan perjuangan agama, bangsa dan negara.
  2. mendahulukan rakyat, merasai denyut nadi mereka; menjadi mata, telinga dan juru bicara mereka; berkhidmat dan sentiasa berusaha untuk membantu mereka sesuai dengan sloga UMNO, Tradisi Membela Rakyat
  3. meremajakan UMNO melalui penglibatan golongan muda; melahirkan golongan pejuang yang kukuh nilai moral, etika, mengutamakan hubungan sesama manusia, tinggi idealisme - generasi ulul albab

Paling penting, Tan Sri Muhyiddin telah memberi cabaran KPI kepada Pergerakan Pemuda dan Puteri untuk 1. meningkatkan jumlah ahli baru 2. meningkatkan jumlah pengundi baru, dan 3. meningkatkan jalinan kerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Hari ini, dijangkakan amanat dan cabaran ini akan disambut dengan semangat, nada dan idealisme baru oleh ketiga-tiga pergerakan sayap, terutamanya sayap yang paling agresif dalam menerajui transformasi ini, iaitu Pergerakan Pemuda UMNO. Marilah kita dengari dengan penuh tumpuan ucapan dasar yang akan disampaikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin untuk melihat sejauh mana Pergerakan Pemuda UMNO dapat menyahut setiap satu daripada cabaran ini.

Thursday, October 8, 2009

Wajah militan PAS

FB Pas kawasan Segamat telah mengedarkan arahan ini; mesejnya jelas hendak membuat kacau; mereka yg menyerang kawasan BN, hari ini mereka pula mendakwa mereka diserang; sengaja buat kacau kerana nak mengganggu proses pilihan raya?

"KEADAAN SEMAKIN KRITIKAL! RAMAI AHLI PAS DIPUKUL DIBAGAN PINANG! SEMALAM, MARKAZ PEMUDA PAS PUSAT TELAH DICEROBOH DAN PETUGAS DI HALAU KELUAR. DEMI ALLAH DENGAN NAMA JIHAD FI SABILLILLAH, SAYA SELAKU PEMEGANG AMANAH KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT (DPPP) MENGERAHKAN SERAMAI MUNGKIN PEMUDA DARI SELURUH NEGARA AGAR TURUN KE BAGAN PINANG" - USTAZ NASRUDIN HASSAN TANTAWI

**SILA PANJANGKAN MAKLUMAT INI KEPADA SAHABAT2 YANG LAIN. JANGAN KITA BIARKAN KEZALIMAN UMNO BERPANJANGAN! MENGGUNAKAN CARA KOTOR SEJAK HARI PERTAMA LAGI DENGAN LAKONAN AZEEZ. AYUH, SHAHAB! KE MEDAN JIHAD! UMNO SEMAKIN MELAMPAU!!! ALLAHUAKHBAR!!

Jika benar mesej ini dari Ketua Pemuda Pas, maka masa depan Pakatan Pembangkang adalah amat kelam. Masa depan Islam? Jihad memerangi umat Islam atas nama fi sabilillah? Kelakar pula melihat tahap ilmu agama Ketua Pemuda Pas. Ataupun sikap memutar belit ajaran agama (sama belitnya dengan lilitan serban mereka) seperti yang diamalkan oleh Nik Aziz telah turun kepada Ketua Pemuda mereka?

Nampaknya kempen merendah diri Pas dan arahan Nik Aziz agar kempen dijalankan secara sopan hanya retorik kosong. Sejak hari penamaan calon, penyokong BN yang terpaksa melalui kumpulan penyokong Pas telah ditendang, diraba dan ditumbuk oleh mereka. Semalam Pas menghantar gerombolan untuk masuk ke kawasan penyokong BN dan melakukan provokasi, satu tindakan yang akhirnya menyebabkan mereka dihalau dari kem BN. Pada waktu yang sama dakwaan palsu bahawa petugas mereka ditetak dengan parang pula dimainkan. (gambar dan video telah dimuat naikkan ke blog DUN31baganpinang.blogspot.com, unitmediabaru.blogspot.com dan blog-blog lain yang melaporkan kejadian tersebut seperti rbf, pisau, marahku.blogspot.com dan banyak lagi (sila rujuk link di sebelah).

Sikap militan, samseng, penipu dan ganas Pas yang cuba disembunyikan di bawah slogan `Pas for All' dan di sebalik kopiah dan serban mereka, nampaknya tidak dapat disembunyikan lagi. Bagi rakyat Malaysia, muslim dan bukan muslim, inilah wajah sebenar Pas dan marilah sama-sama turun ke Bagan Pinang untuk menyaksikannya sendiri.

Bila orang sudah menjual, kenapa tidak kita membeli.....?

Wednesday, September 16, 2009

Nizar kvv2 - Putar belit oleh `ulama' PKR dalam isu San Miguel Corporation

PKR melalui Biro Pemahaman dan Pemantapan Agamanya dilihat sedang berusaha untuk memfitnah Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menyalah tafsirkan penglibatan Mirzan Mahathir di dalam San Miguel Corporation. Saya percaya Dr. Muhd Nur Manuty, Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BIPPA), tidak benar-benar mendalami penjelasan oleh Mirzan dan dengan pemahaman yang dangkal itu telah memutar belitkan kenyataan beliau bagi merosakkan nama baik Tun Dr Mahathir.

Perilaku ini bukan sesuatu yang pelik kerana ia boleh dibaca sebagai dendam lama Anwar dan penyokongnya yang masih belum dilunaskan sejak mereka dikeluarkan dari UMNO. Terbukti agenda ini masih merupakan agenda utama PKR dan kali ini dilaksanakan oleh bekas pimpinan ABIM, Dr Muhd Nur Manuty yang memilih untuk berjuang bersama-sama pendukung ideologi sosialis dalam PKR dan DAP.

Ini menimbulkan sedikit kegusaran kepada kita sama ada modul usrah dan bimbingan dalam ABIM benar-benar berjaya melahirkan golongan muslim mukmin yang cemerlang atau adakah berlaku kesilapan di mana-mana sehingga terlahir pemimpin yang rakus, sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat kuasa, hipokrit, mempunyai kecelaruan seksualiti dan pakar memfitnah?

Saya lampirkan tulisan Dr Muhd Nur Manuty di bawah sebagai perbandingan untuk direnungkan. Marilah kita bersama-sama menyebar luaskan maklumat dan kebenaran serta mendedahkan agenda fitnah PKR melalui Dr Muhd Nur Manuty ini. Wallahua'alam.

Berikut adalah penjelasan Mirzan Mahathir mengenai serangan terhadap bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.


11 September 2009

The Editor,The Malaysian Insider

I read with interest your article about my becoming a director of San Miguel Corporation (“SMC”). As you rightly pointed out, I sit on the board to represent an investment group, Q‐Tech Alliance Holdings Inc., that invested in SMC.

After being in the brewery business for more than 100 years, San Miguel has decided to shift its attention to the infrastructure, public utility and energy requirements of the Philippines. Since Kirin Holdings of Japan acquired a significant direct ownership stake in the brewery division, this will result in a dramatic change in SMC’s revenue mix, with beverages expected to contribute less than 15% of total sales by next year.

This major diversification move, made possible by our taking over of Kirin’s 20% stake in SMC, starts a new era for San Miguel and is the principal reason for my involvement in the company.

Since the last quarter of 2008, SMC has bought an option to acquire a controlling interest in Petron Corp., the largest Philippine oil refiner which owns 1,400 retail stations, and a substantial equity stake in Manila Electric Co., the largest distribution utility in the Philippines that has a base of over 4.5 millioncustomers. Both these firms are publicly listed companies with annual revenues of US$4bn (RM 13.9bn) and US$5.6bn (RM19.4bn) respectively.

SMC has also announced its intention to venture into the telecommunications industry through their stake in Liberty Telecom Holdings Inc. with QatarTelecommunications Co. to initially build a Wi‐Max network and potentially a full‐scale national cellular operation. The company also recently won in a public auction, two major power plants with a combined generation capacity of 1,600 MW. Unfortunately, certain parties are keen to turn this exciting positive change ina well‐managed Philippine corporation into an assault on the reputation of my father, even though he has nothing whatsoever to do with my business interests.

I can only provide a rational explanation for my actions and it would be a pity if facts are twisted to gain dubious points from a straightforward business decision. Your article covered the beverage aspects of San Miguel but ignored the company’s recent purchases and strategy moving forward. As a Malaysian, I am looking forward to assisting San Miguel chart this new course and hopefully, its success will reflect well on our country and people.

Mirzan Mahathir



KENYATAAN AKHBAR
Dr Muhd Nur Manuty

Sekali lagi di dalam bulan Ramadan yang mulia ini, kita rasa terkejut dan pilu dengan tersiarnya kenyataan Mirzan Mahathir melalui beberapa media yang mengesahkan penglibatan beliau di dalam sebuah industri pengeluran arak .

Beliau mendakwa bahawa perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan pemilikan 15% saham San Miguel Corp, Filipina, sebuah syarikat pengeluaran arak yang terbesar di negara tersebut, adalah semata-mata “urusan bisnes beliau semata-mata”. Beliau menganggap apa yang dilakukan tidak memberi implikasi kepada sikap dan anutan agama seorang. (perhatikan elemen fitnah PKR)

BIPPA PKR ingin menjelaskan kedudukan perkara ini menurut syari’at Islam. Hakikatnya, pengharaman arak oleh Allah (SWT) adalah tidak sekadar meminumnya sahaja. Malah, ia melibatkan semua kegiatan yang berkaitan dengan penghasilan dan penjualannya. Arak juga tidak mengenal kuantiti sama ada banyak atau sedikit, hatta setitikpun, hukumnya tetap haram. Di dalam al-Qur’an Allah (SWT) berfirman yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak , berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”. (Surah al-Ma’idah: 90). Di dalam sebuah hadis dinyatakan: “Rasulullah (SAW) melaknat tentang arak keatas sepuluh golongan: (1) yang memerahnya; (2) yang minta diperahkan untuknya; (3) yang meminumnya; (4) yang membawanya; (5) yang minta dihantarinya; (6) yang menuangkannya; (7) yang menjualnya; (8) yang makan hartanya; (9) yang membelinya; (10) yang minta dibelikannya”. (Hadis riwayat Tarmizi dan ibn Majah).

Adalah jelas sikap Mirzan Mahathir menampakkan kejahilan dan ketidakprihatinan beliau mengenai halal dan haram dalam sesuatu urusniaga dan implikasinya dari segi akidah dan shari’at Islam disisi Allah (SWT). Nyata beliau hanya memikirkan keuntungan kebendaan dan dunia semata-mata. BIPPA ingin menegaskan bahawa sikap seperti ini hanyalah dapat diterima oleh doktrin sekularime Barat dan amat bertentang dengan Islam meminta umatnya menghayati seluruh ajarannya secara kaffah (komprehensif).

Tindakan beliau, sudah pasti bukan sekadar mencemar imej diri, malah ia turut mencalar imej bapa beliau Tun Dr.Mahathir Mohammad ( Mantan Perdana Menteri) yang acap kali mengangkat diri sebagai “fundamentalis Muslim”. Kita amat dukacita dengan perkembangan ini . Ia berlaku di ketika banyak pihak sedang memperihatinkan usaha mendidik rakyat terutama generasi muda supaya tidak terlibat dengan kegiatan arak. Alangkah indahnya, sekiranya Mirzan Mahathir dapat bertindak sebaiknya memperbetulkan keadaan ini dengan segera. Sebagai seorang usahawan Muslim dan anak seorang Negarawan besar, sewajarnya beliau mempamirkan “qudwah hasanah” (contoh teladan terbaik) di dalam urusan perniagaanya dan beriltizam kepada agama Islam yang suci. (ulasan bersifat `mala fide' daripada seorang yang masih berdendam dengan Tun Dr Mahathir Muhammad, yang jelas tidak menepati adab dalam menyampaikan pandangan seperti yang dianjurkan oleh Islam)

Dr.Muhammad Nur ManutyPengerusi, Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR14 September 2009

Sunday, September 13, 2009

Isu protes kuil - tersilap memilih wakil rakyat?

Lawatan ke tapak pembinaan kuil yang ditawarkan oleh kerajaan Penipu Rakyat Negeri Selangor petang semalam membuktikan beberapa perkara;

1. wakil rakyat Pas, Khalid Samad yang dikenali dengan nama manja pemberian penduduk Shah Alam, Khalid Gereja tidak berperanan sebagai wakil rakyat mereka, tetapi sekadar menjadi lidah kerajaan negeri yang tidak rasional.
2. ketidak rasionalan kerajaan Penipu Rakyat, mengalihkan sebuah kuil yang dibina secara haram di tengah-tengah kawasan perumahan Seksyen 19 yang boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas dan ketidak selesaan penduduk setempat ke suatu tempat yang hampir sama kedudukan dan kesannya kepada penduduk di Seksyen 23 (gambar kuil asal di bawah)

3. kemurahan hati dan kerasionalan kerajaan Barisan Nasional terdahulu yang menyediakan sebuah tapak yang luas dan selesa, hampir seluas tiga buah padang bola, dan tidak terlalu dekat dengan penempatan penduduk di seksyen 18. Ini amat bertentangan fitnah pemimpin dan media Penipu Rakyat yang cuba menggambarkan UMNO sebagai rasis dan penindas agama lain.

Di negeri Selangor, 647,000 penganut agama Hindu mempunyai 810 kuil berdaftar (tidak termasuk yang haram, termasuklah kuil yang tersergam di tengah-tengah kawasan perumahan seksyen 19) berbanding 259 buah masjid untuk 4.3 juta penduduk beragama Islam (itu pun semuanya dibina oleh kerajaan Barisan Nasional) dan 1,015 buah tokong untuk 2.5 juta penganut agama Budha.

Isu ini tidak ada kaitan dengan penentangan terhadap agama Hindu kerana ajaran Islam tidak pernah menghalang agama lain untuk diamalkan. Jika hendak membina kuil, binalah, tetapi janganlah membangunkan kuil secara haram di mana sahaja sesuka hati. Lagipun kerajaan Barisan Nasional yang lalu telah menganugerahkan suatu kawasan yang jauh lebih baik daripada Seksyen 23 dan lokasi asal yang haram, iaitu Seksyen 19.

Jadi apa masalah utamanya;

1. Sikap Khalid Ibrahim yang tidak rasional; mengalihkan kuil yang berada di Seksyen 19, iaitu satu tapak yang tidak menyelesakan penduduk di situ ke suatu tapak yang mempunyai kesan yang sama, iaitu tidak menyelesakan penduduk di Seksyen 23 pula. (tapak di Seksyen 23 yang berhapiran dengan kediaman penduduk, dewan MBSA dan padan permainan kanak-kanak).

2. Sikap penyokong dan media pembangkang yang mengapi-apikan isu ini menjadi isu antara agama dan kaum. Dalam usaha mereka ini, jelas integriti mereka tercalar kerana mereka telah menyebarkan penipuan dan tidak menghiraukan fakta isu ini sama sekali. Antara penipuan yang nyata adalah fitnah terhadap UMNO, walaupun desakan ini datang daripada penduduk Seksyen 23. Satu lagi fitnah adalah dengan mendakwa Ketua UMNO Bahagian Shah Alam terlibat dengan menyebarkan gamber dan berita palsu mengenai beliau.

3. pada waktu yang sama, timbul pesoalan, kenapa pula ditolak tapak cadangan asal di Seksyen 18 yang lebih luas dan selesa? Mungkin potensi dan harga tanah di Sekyen 18 ini wajar dinilai dan dibandingkan dengan potensi dan harga tanah di Seksyen 23 untuk melihat sama ada keputusan ini dibuat kerana rakyat atau kerana nilai komersialnya. (Gambar di bawah : tapak di Seksyen 18 yang begitu luas, mudah untuk memarkir kenderaan dan tidak berada di dalam kawasan perumahan Seksyen 18 walaupun masih berdekatan)
4. sikap Khalid Gereja yang sangat tidak mewakili rakyat dan tidak mengendahkan rungutan mereka. Lebih buruk lagi adalah sikap Khalid Gereja yang telah memfitnah UMNO dan menipu rakyat (dalam bulan Ramadhan) demi untuk menutup kelemahan sendiri.
5. Isu ini telah dijadikan modal untuk menyebabkan ketegangan antara penganut agama walaupun ia hanya antara penduduk Seksyen 23 dan Khalid Ibrahim, Rodziah dan Khalid Gereja, bukan antara umat Islam dan penganut agama Hindu. Pembohongan kerajaan Penipu Rakyat ini akhirnya menyebabkan 12 orang rakyat biasa, penduduk Seksyen 23 didakwa.

Apakah isu ini begitu rumit untuk diselesaikan? Apakah begitu susah untuk kerajaan Penipu Rakyat menyediakan kawasan yang tidak dibantah oleh rakyat. Ingatkan insiden insinerator di Broga dahulu? Berbeza dengan kerajaan Penipu Rakyat, kerajaan Barisan Nasional berusaha berulang kali memberikan penerangan kepada rakyat dan akhirnya akur dengan kehendak rakyat.

Sedangkan dalam isu kuil ini, kerajaan Penipu Rakyat bukan sahaja telah bertindak bongkak dan tidak mahu mendengar rintihan rakyat malah lebih buruk lagi telah menipu dan memfitnah untuk memberikan justifikasi kepada tindakan mereka.

Paling jelas, kelemahan kerajaan Penipu Rakyat dalam mengendalikan konflik antara kaum dan agama. Walaupun mereka sepatutnya menyelesaikan konflik ini dengan berhemah, namun mereka memilih untuk menghangatkan lagi konflik ini dengan memulakan pelbagai tuduhan dan fitnah. Lebih menghangatkan lagi keadaan adalah apabila ada pula pihak yang mengadakan perarakan lilin di Kuala Lumpur. Masih tidak jelaskah kepada kita warna sebenar Penipu Rakyat?

Saturday, September 12, 2009

Transformasi pendidikan - mampukah ia dijayakan?

Seperti yang diumumkan usaha melaksanakan transformasi kurikulum dan pentaksiran telah bermula secara rintis bermula di peringkat prasekolah dan Tahun Satu di sekolah yang sama. Sebanyak 50 buah sekolah terlibat pada tahun 2008 dan 500 buah lagi dijangka terlibat dalam tahun 2009. Ujian rintis bagi tingkatan satu pula dijangka bermula pada tahun 2010. Sekiranya tidak terdapat sebarang masalah yang rumit, mungkin ia akan dilaksanakan di prasekolah dan tahun satu pada tahun 2010 dan tingkatan satu pada tahun 2012.

Boleh dikatakan proses ransformasi ini agak kompleks kerana ia melibatkan dua bahagian yang paling penting dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), iaitu Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Bagi memastikan kejayaannya, mahu tidak mahu, kedua-dua bahagian ini perlu berkerja sama secara erat dan efektif. Keduanya juga perlu jujur dengan dapatan masing-masing bagi memastikan rumusan yang terbaik dapat dibuat bagi menjamin masa depan anak-anak kita di sekolah.

Dari segi konsep, difahamkan bahawa transformasi kurikulum melibatkan aspek pengkajian semula kurikulum agar seimbang, bersifat holistik dan tidak terlalu akademik atau membebankan. Konsepnya masih berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bentuk kurikulum ini dibahagikan kepada Enam Tunjang Pembelajaran, iaitu aspek komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, literasi sains dan teknologi, fizikal dan estetika serta ketrampilan diri.

Difahamkan juga akan terdapat sedikit perbezaan dari segi susunan kandungan kurikulum pada setiap tahap pembelajaran. Bagaimanapun perbezaan yang paling ketara adalah dari aspek organisasi kurikulum. Dalam KBSR, misalnya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) diasaskan kepada hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian SP manakala dalam transformasi, ia akan dilaksanakan berasaskan standard kandungan (perkara yang murid patut ketahui) dan standard pembelajaran (satu penetapan kriteria yang perlu dicapai oleh murid). Kurikulum di sekolah akan disusun dalam bentuk yang modular dan mungkin melibatkan penyusunan semula jadual waktu di sekolah.

Begitupun transformasi kurikulum ini tidak akan berjaya jika ia berjalan secara sendirian. Oleh kerana ia akan dilaksanakan berdasarkan standard kandungan (standard based), bukan lagi secara berdasarkan hasil (outcome based), maka elemen yang amat penting untuk dilaksanakan serentak adalah pentaksiran.

Hanya melalui kaedah pentaksiran yang baik, guru dapat menentukan tahap penguasaan murid terhadap modul-modul yang telah dilaksanakan. Kemahiran guru diperlukan untuk mengenal pasti murid yang bermasalah dan kesabaran guru diperlukan untuk memastikan murid ini tidak ketinggalan berbanding murid-murid yang lebih maju di dalam kelas dan berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan. Bagi memastikan ini dapat dilaksanakan dengan baik, KPM perlu memberikan tumpuan terhadap usaha melatih semula guru-guru dan mempersiapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran baru yang diperlukan.

Bahan sokongan seperti bahan multimedia, buku panduan guru dan buku aktiviti yang sesuai perlu disediakan. Ia melibatkan implikasi perjawatan bagi memastikan pembangunan dan pelaksanaan transformasi ini dapat terlaksana mengikut tempoh dirancang selain implikasi kewangan untuk mengadakan penanda arasan, pembinaan bahan, uji rintis, kajian semula geran per kapita PCG) dan latihan guru.

Akhir sekali, pengalaman dan kelemahan pelaksanaan dasar-dasar yang besar sebelum ini seperti KBSR, Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) serta program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu dimanfaatkan sepenuhnya agar transformasi ini beroleh kejayaan di masa hadapan.