Showing posts with label murtad. Show all posts
Showing posts with label murtad. Show all posts

Friday, March 7, 2014

Antara Harun Din dan Siti Kassim, Muslim yang waras pilih siapa? #AntiComango #Comango


Photo: ish-ish inikah hujah dari seorang yang beragama tinggi yg mewakili Comango

Pilih satu di antara dua... sebagai Muslim yang waras anda pilih yang mana?

Di zaman ini, ramai yang mengaku Muslim tetapi belum tentu Muslim. Mereka mungkin sekadar Melayu yang keliru tentang aqidah dan pegangan mereka. Mereka keliru di antara falsafah dan pegangan barat, termasuk ideologi sosialis dan fahaman pluralisme dan merasakan itu adalah pegangan dan ajaran Islam. 

Selain dari yang keliru, jangan kita tolek kemungkinan bahawa ada sebilangan daripada mereka yang telah murtad dan dipergunakan oleh musuh Islam untuk mengelirukan umat Islam. Mereka ini mungkin dari segi nama dalam kad pengenalan adalah Melayu dan Muslim tetapi mereka sudah lama menjadi murtad dan bergerak sebagai misionari. Hati-hatilah dan jaga keluarga kita. Jangan sampai anak-anak kita jadi seperti budak-budak muda berbaju T hitam yang tak tahu apa-apa tetapi dipergunakan oleh musuh Islam dan Melayu murtad.





Ayat biasa golongan Comango, liberal dan pluralis ini adalah - "dont judge, jangan hakimi kami, hanya Allah yang layak hakimi kami". Erkk kalau dah selambak macam ni, orang tak judge lagi?

Neraca yang digunakan oleh seorang umat Islam untuk memilih dan membuat keputusan adalah ayat Quran dan al-hadis. Apa neraca yang digunakan oleh Siti Kassim ni sebenarnya? DONT JUDGE? Kalau diberi pilihan, untuk memilih di antara Ustaz Harun Din dan Siti Kassim, siapa yang akan dipilih oleh seorang Muslim yang waras dan berpandukan alQuran dan hadis?



Orang Islam sejati akan tahu di mana pendirian dan kedudukan mereka dalam isu berkaitan ummah dan aqidah. Hanya yang keliru atau yang sudah sesat dan yang sudah meninggalkan Islam sahaja yang tidak tahu di mana kedudukan mereka. Anda orang yang macam mana?


Tuesday, October 25, 2011

Sunday, October 23, 2011

[Gambar] 10 Deklarasi #Himpun bendung #murtad








Lagi foto di blog http://darulehsantoday.blogspot.com/


Deklarasi yang dibacakan oleh Pengerusi Bersama Himpun, Mohd. Azmi Abdul Hamid di penghujung perhimpunan tersebut menyebut:

* "Bahawasanya, Islam adalah Risalah Ilahi yang dengan RahmatNya telah mengangkat bangsa Melayu dan semua bangsa yang lain dengan mesej 'rahmatan lil 'alamin'. Lantaran itu hanya dengan menghayati dan mengamalkan Islam sepenuhnya sahaja merupakan satu-satunya jalan untuk menjamin kemuliaan, keselamatan, kejayaan dan kehormatan bangsa Melayu mahupun mana-mana bangsa yang lain di negara ini.

* "Menginsafi bahawa asas pegangan umat Islam adalah akidah tauhid yang menjadi tunjang kepada seluruh pegangan hidup umat Islam dan prinsip ini tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak.

* "Bahawa kedudukan istimewa dan status khas agama Islam sebagai agama Persekutuan telah ditetapkan sejak dari kemerdekaan negara ini dan ia wajib dipertahankan oleh setiap warga Muslim dan dihormati oleh semua warga Malaysia.

* "Bahawa penyebaran agama lain daripada Islam kepada orang Islam dengan tujuan memurtadkan orang Islam adalah dilarang sama sekali berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Islam berpendirian tegas terhadap gejala murtad dan pemurtadan dianggap jenayah berat yang perlu diperangi habis-habisan.

* "Pelanggaran terhadap peruntukan ini boleh mengundang kepada tergugatnya keselamatan nasional dan mengundang ketegangan agama di negara ini.

* "Bahawa kami, pada hari ini, 24 Zulkaedah 1432H bersamaan 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam di dalam Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (Himpun), bersepakat mengambil ketetapan untuk;

Pertama: Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.

Kedua: Kerajaan yang memerintah baik di peringkat Pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi dalam Islam dan Perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi dalam negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

Ketiga: Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam Perlembagaan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.

Keempat: Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kelima: Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan akidah. Kami mengesa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada akidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

Keenam: Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

Ketujuh: Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk menganggu-gugat kesucian Islam.

Kelapan: Menyeru semua institusi dalam masyarakat terutamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman Islam yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan akidah.

Kesembilan: Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media sama ada cetak, elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut undang-undang yang ada.

Kesepuluh: Menyeru umat Islam yang hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbezaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama bersatu menyonsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan akidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

*Deklarasi ini dilafazkan oleh Pengerusi bersama Perhimpunan Sejuta Umat, Mohd Azmi Abdul Hamid kepada kira-kira 5,000 orang peserta dalam Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah, di Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

#Himpun: SUHAKAM, ini contoh sebenar masyarakat sivil bukan macam perhimpunan haram #Bersih

[Nota: Dipetik dari blog MyMassa. Jika hendak diertikan sebagai perhimpunan sivil - Himpun adalah contoh perhimpunan masyarakat sivil. SUHAKAM wajar melihat dan belajar bagaimana sebuah perhimpunan sivil diadakan dan SUHAKAM perlu nebdidik masyarakat untuk mengadakan perhimpunan seperti ini, jika mereka hendak sangat berhimpun dan bukan menggalakkan perhimpunan haram seperti Bersih. Tidak seperti Bersih, dalam Himpun, tidak ada kematian, tidak ada kematian olok-olok berulang kali, tidak ada gas pemedih mata, tidak ada pipi yang sengaja ditoreh bagi menunjukkan seolah-olah terkena tembakan gas pemedih mata. Tidak perlu lari masuk Hospital Tung Shin dan paling penting tidak perlu jatuh motor, tapi buat ceirta dilanggar Pajero macam Mat Sabu!

Sama-samalah kita berusaha memelihara agama dan menyelamatkan aqidah umat. Sebelum ini kerajaan PR Selangor dan pemimpin PR dipersalahkan kerana mengakibatkan gejala murtad menjadi-jadi di negeri Selangor dan negara ini. (baca 7 faktor utama kenapa gejala #murtad di Selangor semakin menjadi-jadi untuk fahami sebabnya.) ]


8:25 AM MymassaVoice

Semalam kira-kira 10 ribu umat Islam berhimpun di Stadium Shah Alam bagi menzahirkan kegusaran mereka berhubung gejala m

urtad yang semakin menjadi-jadi di Selangor. Seperti yang dijangka, pemimpin "ISLAM" Kerajaan negeri menjauhkan diri daripada menghadiri perhimpunan ini. Mungkin takut diherdik DAP agaknya.

Atau adakah mungkin disebabkan 'suasana' tertentu sepanjang perhimpunan kali ini yang menyebabkan kepimpinan fuckatan ini semua menjauhkan diri?


1. Program sentiasa diserikan dengan doa dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Kareem. Tiada laungan fitnah, kejian dan carutan yang penuh emosi.




2. Umat Islam, tanpa mengira fahaman politik kepartian telah BERSATU hati beramai-ramai datang bagi menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi.



3. Perhimpunan berjalan dengan penuh aman dan tenteram. Tidak perlu main kejar-kejar dengan abang Polis. Malahan mereka yang bertugas di perhimpunan ini dapat menghabiskan masa dengan santai sepanjang program.



4. Tidak seperti BERSIH dan lain-lain perhimpunan anjuran fuckatan, adab dan aurat sentiasa dijaga sepanjang masa. Peserta lelaki dan perempuan yang bukan mahram dipisahkan tempat duduk. Kerajaan Kelantan yang memerintah selama 20 tahun pun GAGAL melaksanakan polisi ini dengan baik.



5. Peserta hadir dalam semangat satu ummah yang kukuh. Seolah memasuki rumah Allah, peserta yang baru tiba akan disambut dengan salam dan jabat tangan. Alhamdulillah!



6. Jikalau ketika BERSIH dan lain-lain perhimpunan HARAM fuckatan, ramai peniaga Islam terjejas dan rugi teruk, tetapi itu semua tidak berlaku dalam HIMPUN. Ruang rezeki kepada usahawan Islam bertambah LUAS!!!



7. Para peserta cilik juga tidak gusar untuk bersama-sama sehingga ke akhirnya. Mereka tahu masa depan akidah mereka perlu dijamin. Dan bukannya diserahkan kepada Khalid Samad mahu pun Khalid Ibrahim!

Selain itu, cuaca sepanjang hari juga sentiasa mendung dengan suhu yang amat selesa kepada hadirin. Mungkin kerana keberkatan niat yang murni, Allah SWT meredhai perjalanan sepanjang majlis terebut. Tidak seperti BERSIH 1 mahupun 2 ataupun HINDRAF (laknatullah) yang terpaksa diteruskan dalam keadaan ribut dan hujan lebat! Masya Allah...

Kepada mereka yang tidak mahu hadir mahu pun terlibat, kami tidak rugi apa-apa. Sebaliknya anda semualah yang perlu bersedia untuk menjawab apabila di tanya Allah SWT di Hari Pengadilan kelak:

"Apakah kamu telah melaksanakan tanggungjawabmu sebagai Khalifah di muka Bumi seperti yang telah Aku perintahkan?!! Dan mengapakah syiar agamaKu tidak engkau pertahankan?!!"

Ingatlah, Khalid Samad, Anwar Ibrahim, hatta Nik Aziz sendiri tidak mampu menyelamatkan jika kita GAGAL dalam HISAB di akhirat kelak...Wallahua'lamubissawab...

Tuesday, October 11, 2011

#Murtad Serbuan DUMC: YB Zul Noordin, blogger desak Khalid Samad dan Khalid Ibrahim minta maaf!


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin menerusi blognya mendesak kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk melakukan sembilan perkara rentetan tindakan kerajaan negeri dan Menteri Besar yang bertindak melulu dengan menyalahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, Ogos lalu.

Sembilan perkara tersebut adalah:

1. YAB Tan Sri Khalid dan seluruh Kerajaan Negeri Selangor wajib meminta maaf kepada Tuanku Sultan kerana keceluparan menyalahkan jabatan yang duduk dibawah naungan Tuanku walaupun belum menerima lapuran penuh.

2. YAB Tan Sri Khalid dan seluruh Kerajaan Negeri Selangor wajib meminta maaf kepada JAIS kerana bertindak terburu-buru menyalahkan JAIS walaupun belum menerima lapuran lengkap daripada JAIS;

3. Kerajaan Selangor wajib mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan dakyah DUMC ini yang jelas bertentangan dengan undang-undang;

4. Kerajaan Selangor wajib mengambil tindakan menutup segera operasi DUMC kerana sudah terbukti sekarang DUMC adalah sebuah gereja yang beroperasi tanpa permit dasn kelulusan MBPJ;

5. Kerajaan Selangor juga wajib menyiasat pertumbuhan dan percambahan gereja-gereja yang beroperasi dirumah kedai, dengan persoalan mengapa dibenarkan sedemikian;

6. Kerajaan Selangor juga wajib membatalkan "perintah tutup mulut" yang dikeluarkan terhadap Exco daripada membincangkan isu DUMC ini;

7. Pakatan pembangkang, terutamanya kaum Anwarinas wajib memohon maaf kepada YB Datuk Hasan Ali dan JAIS kerana tuduhan dan fitnah melulu yang dibuat terhadap mereka;

8. Gereja dakyah DUMC wajib meminta maaf kepada Baginda Tuanku dan umat Islam atas cubaan mendakyah terhadap umat Islam.

9. Langkah segera untuk memartabat dan memperkasakan institusi Islam saperti MAIS, JAIS dan lain-lain perlu diambil segera, termasuk menambahbaik sistem pemantauan, penyiasatan, penguatkuasaan dan pendakwaan JAIS;

Beliau turut memperingatkan umat Islam tentang firman ALLAH swt didalam Surah Al-Baqarah: 120-

"Dan tidak sesekali Yahudi & Kristian akan meredhoi kamu (wahai umat Islam) selagi kamu tidak mengikut cara hidup (termasuk agama) mereka. Katakanlah kepada mereka (kaum kafir itu), sesungguhnya cukuplah bagi kami petunjuk daripada ALLAH (Al Quran). Tetapi, jika kamu (umat Islam) masih mahu mengikut mereka (kaum kafir itu) setelah datang kepada kamu (petunjuk dan peringatan), maka perbuatlah sedemikian, namun kamu tidak akan mendapati bantuan dan pertolongan ALLAH bagi kamu".

"Sesungguhnya, ALLAH lah yang mengutus Rasulullah saw dengan petunjuk dan agama Islam yang benar, untuk dimenangkan atas agama lain, sekalipun tidak disukai oleh kaum kafir".

Rakan blogger Cucu Tok Selampit pula mahu Khalid Samad dan Khalid Ibrahim memohon maaf kepada Tuanku Sultan dan seluruh Rakyat Islam di Selangor.

Khalid Ibrahim, sebelum ini cuba sedaya upaya untuk "menutup" pekung isu JAIS - DUMC dengan melakukan dosa-dosa berikut:

1. Menyuruh EXCO, pegawai dan jabatan Kerajaan Selangor menutup mulut mengenai isu ini. Bahasa mudah "gag order". Inilah "Freedom Of Information" gaya Kerajaan Pakatan Haram Selangor! Sekarang tak perlu lagi "gag order". Semua EXCO dan ADUN Pakatan Haram Selangor 'mengelenjar' macam tikus kepanasan!

2. Meminta semua pihak menunggu laporan lengkap JAIS sebelum beliau membuat kenyataan rasmi. Sekarang JAIS sudah mengeluarkan laporan rasmi. Baginda Tuanku Sultan Selangor sudah bertitah, apa pula komen YAB Khalid? Berilah komen YAB. Gagap- gagap pun kami terima!

3. Khalid Ibrahim cuba berdolak dalik mengenai status gereja "haram" DUMC selepas Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengesahkan premis berkenaan hanya diluluskan sebagai pusat komuniti. Kenapa sampai sekarang gereja haram berkenaan tidak dirobohkan?

Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad, pula melakukan dosa berikut apabila:

1. menyalahkan JAIS dalam isu kononnya "serbuan" ke atas gereja haram DUMC dan meletakkan UMNO sebagai dalang di dalam tindakan JAIS tersebut.

2. beliau juga memfitnah UMNO apabila menyifatkan kes itu sebagai usaha UMNO untuk mengalihkan isu perhimpunan BERSIH.

3. tidak menghiraukan 'gag order' dari MBnya sendiri, mengadakan sidang akhbar, untuk menyerang MAIS terutama terhadap Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Munawi yang telah mengadakan pertemuan dengan NGO untuk membincangkan masalah umat Islam dalam isu Gereja DUMC.

baca artikel penuh di

Sunday, August 28, 2011

#Murtad: Gejala makin parah, Hassan Ali nak selesaikan hanya dengan call-centre?


Hassan Ali nak selesaikan masalah MURTAD dengan call centre?

Setiausaha Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan meneruskan retorik Ketua Dewan Pemuda Pas Nasrudin Hassan dengan memberi gambaran bahawa dengan tertubuhnya Unit Selamat Akidah, masalah murtad yang semakin menjadi-jadi di Selangor akan dapat diselesaikan.

Pandangan saya mudah - Pas TIDAK serius. Pas hendak mengaburi pemikiran rakyat dengan menyatakan bahawa dengan HANYA mewujudkan CALL CENTRE, ketakutan umat Islam tentang gejala murtad yang semakin parah di negeri Selangor dapat dilenyapkan. Tidak usah la kita menipu diri sendiri. Jika setakat mewujudkan call-centre, Sdr Hamidzun, Pengerusi Gerakan Cegah Murtad pun boleh uruskan. Tidak perlu meniru apa yang sdr Hamidzun lakukan.

Apa yang kita mahu? Kita mahu Pas melaksanakannya dalam bentuk polisi, peruntukan undang-undang dan pembangunan institusi yang bersesuaian di bawah negeri Selangor untuk mencegah dan menghalang gejala murtad ini dari berleluasa.

Kita juga mahu PR mengemukakan polisi yang tegas bagi menghalang 7 FAKTOR UTAMA penyebab murtad berleluasa di negeri Selangor dan di negara ini, iaitu:

1. Sokongan terbuka Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PR terhadap gejala murtad seperti kes Lina Joy dan sokongan terhadap pembela golongan murtad seperti Ambiga.

2. Pada ketika golongan paderi, pastor dan sukarelawan agama lain sibuk mendekati golongan yang miskin ini, golongan agama dalam Pas sibuk berpolitik di masjid, surau dan sekolah serta berpolitiking dan serang menyerang sesama sendiri. Manakala Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr Muhammad Nur Manuty `tidur lena' sehingga ahli-ahli Melayu PKR terus keliru dan sesat dalam ideologi sosialisme, pluralisme dan sekularisme.

3. Sokongan terbuka pemimpin PR terhadap usaha memurtadkan umat Islam secara halus melalui usaha menggantikan Biblical God dengan kalimah Allah.

4. Ulama dan golongan agama PR turut mempromosikan ideologi ciptaan manusia seperti sosialisme di masjid-masjid dan di surau-surau. Ini semakin mengelirukan umat Islam dan lama kelamaan boleh menggelincirkan mereka kepada kesesatan dan kemurtadan.

5. Kegagalan PR menunaikan janji-janji untuk membela golongan ibu tunggal dan miskin sehingga menyebabkan mereka begitu mudah diRASUAH untuk menukar agama.

6. PR Selangor tidak menggariskan sebarang dasar dan hala tuju yang jelas mengenai usaha memartabat kedudukan agama Islam di negeri Selangor.

7. PR Selangor tidak menggariskan sebarang dasar dan pendekatan yang berkesan untuk memerangi gejala murtad di negeri Selangor.

Barulah Pas dan PR nampak serius.

Baca di bawah, tweet saya kepada Nurul Islam:-


Nurul Islam
@
Tun Faisal
@
11 hours ago Favorite Reply Delete

Tun Faisal
@

Tun Faisal
@




Selangor tubuh Unit Selamat Akidah tangani isu murtad

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
August 26, 2011
(dipetik dari Malaysian Insider)

KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengumumkan penubuhan Unit Selamat Akidah yang akan bertindak sebagai platform menerima aduan dan permohonan bantuan daripada umat Islam di negeri itu.

Hasan, Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata, penubuhan unit itu diwujudkan berikutan masalah umat Islam terutamanya berhubung “dengan persoalan kristianisasi yang kini telah menarik perhatian umum.”

“Orang-orang Islam yang dihimpit oleh kesusahan dan kesempitan hidup didapati terdedah kepada risiko meggadaikan akidah mereka demi menyambung kehidupan yang lebih baik bersama ahli keluarga.

“Pejabat ini memandang berat segala bentuk pandangan negatif terhadap apa yang sedia dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan negeri, badan-badan dan pertubuhan sukarela yang dianggap tidak banyak membantu menyelesaikan masalah golongan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata beliau, unit akan menjadi pusat khidmat menerima aduan dan permohonan untuk mendapatkan apa jua bentuk bantuan bagi mengurangkan tekanan kehidupan yang mereka alami.

Penubuhan Unit Selamat Akidah itu dibuat ekoran isu kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Monday, August 22, 2011

#Murtad [Video] Anwar dedahkan Pas juga bersekongkol dalam isu murtad


Tidak perlulah menangis umat Islam di Selangor dan di Malaysia. Tontoni video di atas untuk melihat betapa pemimpin pro-PKR memandang remeh tentang isu murtad. Di bawah adalah kenyataan Anwar bahawa Pas juga bersekongkol membenarkan umat Islam murtad.



Jadi tidak perlu hairan kenapa gejala murtad semakin berleluasa di negeri Selangor dan negara ini. Faktor utamanya - bila kepimpinan PR tidak ada dasar yang jelas untuk menangani gejala murtad di kalangan umat Islam sebaliknya menjadi penggalak dan pemangkin kepada gejala ini.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, berdasarkan pemerhatian, terdapat sekurang-kurangnya 7 faktor utama yang berkemungkinan menyebabkan gejala murtad semakin menjadi-jadi di negeri Selangor dan di negara ini:-

1. Sokongan terbuka Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PR terhadap gejala murtad seperti kes Lina Joy dan sokongan terhadap pembela golongan murtad seperti Ambiga.

2. Pada ketika golongan paderi, pastor dan sukarelawan agama lain sibuk mendekati golongan yang miskin ini, golongan agama dalam Pas sibuk berpolitik di masjid, surau dan sekolah serta berpolitiking dan serang menyerang sesama sendiri. Manakala Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr Muhammad Nur Manuty `tidur lena' sehingga ahli-ahli Melayu PKR terus keliru dan sesat dalam ideologi sosialisme, pluralisme dan sekularisme.

3. Sokongan terbuka pemimpin PR terhadap usaha memurtadkan umat Islam secara halus melalui usaha menggantikan Biblical God dengan kalimah Allah.

4. Ulama dan golongan agama PR turut mempromosikan ideologi ciptaan manusia seperti sosialisme di masjid-masjid dan di surau-surau. Ini semakin mengelirukan umat Islam dan lama kelamaan boleh menggelincirkan mereka kepada kesesatan dan kemurtadan.

5. Kegagalan PR menunaikan janji-janji untuk membela golongan ibu tunggal dan miskin sehingga menyebabkan mereka begitu mudah diRASUAH untuk menukar agama.

6. PR Selangor tidak menggariskan sebarang dasar dan hala tuju yang jelas mengenai usaha memartabat kedudukan agama Islam di negeri Selangor dan di semua negeri PR.

7. PR Selangor tidak menggariskan sebarang dasar dan pendekatan yang berkesan untuk memerangi gejala murtad di negeri Selangor.

Disebabkan semua ini, saya berani mencabar Ketua Dewan Pemuda Pas untuk melakukan 5 perkara sebagai bukti kesungguhannya menangani gejala murtad!

Monday, August 15, 2011

#Murtad: Mahfuz buat hal lagi, tak tau apa pendirian Pemuda Pas

Menarik, berita dari Malaysian Digest...
Jais Church Raid: Mahfuz Unaware PAS Youth Has Taken Opposing Stand Print E-mail
by Haider Yutim
http://www.malaysiandigest.com/news/29321-jais-church-raid-mahfuz-unaware-pas-youth-has-taken-opposing-stand.html

KUALA LUMPUR, 15 AUGUST, 2011: Pan-Malaysia Islamic Party (PAS) vice president Datuk Mahfuz Omar told a press conference today that he is unaware of PAS Youth’s stand on the recent raid conducted by the Selangor Islamic Religious Department (Jais) at the Damansara Utama Methodist Church (DUMC) over a week ago.

Last Tuesday, the party’s youth wing expressed their support for Jais action in conducting the raid on DUMC last Wednesday night which contradicts the views from the PAS’ senior leaders and also Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim who had expressed regret over the incident.

PAS youth chief Nasrudin Hassan Tantawi said after a meeting with Datuk Hasan Ali here that if the purpose of the raid was to ensure the faith of Muslims then it is a rightful and noble act and should be supported.

However, Mahfuz refused to comment further on the issue saying that he is not holding the press conference to question that matter.

According to him, the main issue is that if Jais has enough evidence, then they are welcome to take action as mentioned by the party’s Deputy President Mohamad Sabu.

“It’s their right to take action if they have evidence according to the Selangor state’s enactment,” the Pokok Sena MP told a press conference at the party headquarters today.

Mahfuz also urged Jais to complete their investigations quickly so that PAS can meet up with both parties – Jais and the church – to hear the real story.

According to him, so far both sides have been telling different stories.

Commenting about the central leadership’s stand on the issue, Mahfuz said that they have to wait for Jais to finish its investigation as they do not know all the facts.

PAS’ central leadership had earlier called up Selangor executive councilor Datuk Dr Hasan Ali soon after the church raid to demand explanation from Hasan who broke ranks with the Pakatan Rakyat pact when he defended Jais for its actions against the DUMC.

- mD

Sunday, August 14, 2011

#Murtad Ketua Pemuda Pas perlu desak PR laksana Enakmen Selangor untuk atasi murtad


Gambar Malaysian Insider - Nasrudin termenung memikirkan
Pas yang semakin menyimpang?


Saya telah membaca kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mengenai sokongannya untuk menentang gejala murtad rentetan gejala murtad yang semakin parah di negeri Selangor. Dalam kenyataannya disebut tentang langkah-langkah yang telah diambil oleh Pas untuk menghalang gejala murtad pada tahun 1988 dan 2006.

Saya menyokong pendirian Nasrudin jika dia benar-benar serius mahu menghalang gejala murtad ini dari terus berleluasa di negeri Selangor khususnya dan di Malaysia amnya. Bagaimanapun saya mahu lihat komitmen yang lebih meyakinkan dari Nasrudin dan bukan retorik semata-mata.

Pertama, Nasrudin tidak perlu memutar rekod lama tentang Pas kerana Pas hari ini sudah tidak sama dengan Pas yang dulu. Pas hari ini tidak lagi berminat untuk menegakkan Negara Hudud versi Pas. Pemimpin Pas hari ini juga tidak lagi berjuang untuk menutup kilang arak dan kedai arak seperti pemimpin Pas dulu. Ada kemungkinan pemimpin Pas sekarang juga tidak berminat untuk memperjuangkan isu murtad seperti yang dilakukan pada tahun 1988 dan 2006.

Kedua, jika Nasrudin serius, saya mencabar Dewan Pemuda Pas untuk mendesak agar pemimpin Pakatan Pembangkang (PR) bersama-sama menggubal dan membawa Akta Murtad ke Parlimen dan Enakmen yang berkaitan untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri-negeri yang diperintah PR.

Ketiga, Nasrudin juga perlu mendesak PR melaksanakan Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama bukan Islam) Selangor; Enakmen no1/1988 secara serius.

Keempat, Pemuda Pas juga perlu mendesak kerajaan PR Selangor untuk menggubal dasar dan hala tuju yang jelas tentang usaha menegakkan syiar Islam, usaha memartabatkannya dan memelihara agama Islam dan aqidah umat Islam kerana kita ini tidak ada sebarang dasar yang jelas mengenainya di dalam PR.

Kelima, Nasrudin mesti menyokong usaha mewartakan Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama bukan Islam) di semua negeri yang masih belum melaksanakannya dan mendesak kerajaan PR untuk melaksanakannya di Pulau Pinang.

Kenyataan Nasrudin hanya retorik jika Dewan Pemuda Pas tidak mendesak kepimpinan PR membuat pendirian dalam usaha menangani gejala murtad ini. Campur tangan politik untuk menghalang penyitaan premis yang disalah gunakan untuk memurtadkan umat Islam secara rasuah menunjukkan kerajaan PR Selangor tidak serius untuk menangani gejala murtad yang semakin parah di Selangor.

Jika Nasrudin serius, ia tidak sepatutnya menjadi hanya kenyataan Dewan Pemuda Pas secara bersendirian, tetapi ia perlu menjadi konsensus, dasar dan tindakan bersama PR, iaitu Pas, PKR dan DAP!

Saturday, August 13, 2011

#Murtad Tiada sesiapa dalam Pas yang berani berucap seperti mereka dalam Himpunan Anti Murtad, apa lagi Nasruddin @tantawi100



gereja-ezam513




Transkrip sedutan ucapan tiga tokoh ketika perhimpunan mempertahankan JAIS di perkarangan masjid Negeri Shah Alam selepas sembayang Jumaat tadi.


Exco Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam:

Hari ini kita lihat sudah muncul puak-puak pelampau yang tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan tidak boleh menyebarkan agama lain kepada umat Islam.

Selama hari ini kita berdiam diri, kita biar, tengok dan lihat, tetapi masa untuk berdiam diri dan membiarkan musah menyebarkan agama lain kepada umat Islam sudah tamat.

Kita perlu tentang sekeras-kerasnya tidak kira siapa juga yang menyebarkan agama lain kepada umat Islam.

Punca yang menyebabkan sudah ada pelampau-pelampau yang berani menyebarkan agama lain kepada umat Islam kerana ada pengkhianat.

Ada di antara bangsa Melayu sendiri yang cuba untuk meraih undi dengan mendapatkan sokongan daripada mereka ini. Sebelum ini kita tidak pernah lihat ada mana-mana pihak yang berani untuk mempertahankan Lina Joy.

Selama hari ini kita tidak pernah lihat ada peguam yang berani beri khiamat guaman percuma kepada umat Islam yang hendak murtad.

Tapi kerana ada satu dua kerat umat Islam yang jadi kuda tunggangan orang bukan Islam.

Ada Yayasan Kristian dari Jerman yang dibawa masuk dan menjadi penaja utama kepada IFC (Suruhanjaya antara Agama) yang mengemukakan 14 tuntutan yang jelas bercanggah dan tidak menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan.

Sebab itu kita berkumpul, untuk menyatakan pendirian kita bahawa mulai hari ini, kita tidak akan membiarkan agama kita terus dinodai.

Kita menuntut kerajaan (Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim supaya jangan cuba untuk mempertikaikan tindakan JAIS kerana tindakan JAIS ke DUMC adalah tepat dan mereka tidak serbu, mereka menunggu lebih 20 minit, mereka masuk dan menyiasat dan mendapati ada 12 orang umat Islam di situ.

Senator Ezam Mohd Nor:

Kita berhimpun sebagai hamba Allah, kita berhimpun sebagai hamba Allah yang mencintai Allah lebih dari segala-galanya.

Kita berhimpun untuk mengatakan komitmen kita, sikap kita, yang jelas bahawa Allah mengatasi segalanya. Kita berhimpun untuk mempertahankan agama Allah.

Kita bukan jenis manusia yang sanggup menggadaikan agama Allah untuk kepentingan pangkat dan kedudukan juga untuk kepentingan undi.

Kita bukan jenis manusia yang mengucap dua kalimah syahadah, tetapi ada illah-illah (sembahan) yang lain, illah mereka jawatan menteri besar, illah mereka adalah undi, kita ingin mempertegaskan bahawa illah kita adalah Allah dan kita rela mati untuk mempertahankannya.

Kita ingin nyatakan kita tiada masalah dengan mana-mana menteri besar dari mana-mana negeri atau parti, tapi kita ada masalah dengan mana-mana menteri besar yang menggadai agama Islam demi undi, kita juga tiada masalah dengan mana-mana pemimpin parti politik dari mana-mana parti, tapi kita ada masalah dengan mereka yang menggadai Islam.

Kita tidak ada masalah dengan ahli parlimen manapun, tetapi kita ada masalah dengan ahli parlimen, khususnya ahli parlimen Shah Alam ini, sekiranya dia menggadaikan agama Islam hanya untuk kuasa dan kedudukan.

Kita juga tidak ada masalah dengan orang bukan Islam, selagi mana mereka menghormati agama kita. Selama puluhan tahun sejak merdeka, apakah kita sebagai umat Islam pernah menzalimi mereka yang bukan Islam hanya kerana mereka bukan Islam?

Bahkan ada peristiwa, beberapa kerat dari kita, kerana emosinya mereka, membakar gereja, kita ambil tindakan untuk mempertahankan dan menjaga kemurniaan beragama di negara ini.

Dari sepuluh orang paling kaya di Malaysia ini, sembilan adalah bukan Islam, hanya satu sahaja orang Islam, apakah itu makna kita zalim pada orang bukan Islam?

Apakah itu bermakna kita biadap kepada mereka? Apakah kita pernah protes, berdemontrasi hanya kerana mereka kaya?

Tidak, kita biarkan tetapi jangan sampai pijak kepala kita.

Jangan sampai biadap terhadap agama kita, jangan sampai hina maruah negara.

Kepada orang-orang bukan Islam, kita tidak ada masalah dengan kamu, malah kita menjaga kepentingan mereka, melindungi dan mempertahankan mereka hingga orang kita sendiri ditangkap dan dipenjara.

Tapi kita nak jelaskan, kita ada masalah besar dengan orang bukan Islam yang kurang ajar... dengan orang bukan Islam yang biadab, dengan orang bukan Islam yang tarik orang Islam untuk keluar dan murtad.

Kita ada masalah dengan mereka, apatah lagi jika mereka pemimpin besar, exco kerajaan negeri, Ronnie Liu, Teresa Kok, Xavier, Elizebert Wong, dengar baik-baik.

Kamu patut hentikannya, sebelum kami bertekad untuk berperang.

Kita diajar oleh Rasullah SAW untuk mempertahankan orang bukan Islam selagi mana mereka sanggup untuk menghormati kita, tapi dalam masa yang sama, Rasullah mengajar kita kepada mereka yang kurang ajar, yang biadap, tidak ada cara lain melainkan perang terhadap mereka.

Sebab itu kita ingin nyatakan di sini, kita akan melancarkan perang habis-habisan demi untuk mempertahankan akidah umat sekiranya mereka tidak berhenti.

Amaran ini bukan hanya kepada pemimpin, tetapi agen-agen mereka malaysiakini, Malaysian insider, yang bersikap biadap kepada Jabatan Agama Islam, fitnah Jabatan Agama Islam, kononnya kita ceroboh, kononnya kita tidak beradap.

Malaysiakini dan Malaysian insider, kita beri amaran terakhir, jika kamu tidak hentikan semua ‘sampah’ ini, kami akan pergi dan 'bakar' kamu.

Jelas, mereka adalah pengkhianat kepada umat Islam.

Sempena Ramadan ini, kita pertahankan akidah umat, kita pertahankan maruah kita, kita beri mesej pada perhimpunan ini, kita sedia berperang dengan mereka jika mereka terus biadap dengan kita.


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu YB Zulkifli Nordin

Kita berkumpul hari ini bukan untuk kepentingan diri kita, bukan untuk kepentingan mana-mana pihak tetapi demi agama kita, akidah kita.

Saya terkejut bila hari ini membaca mengenai rintihan seorang ketua pemuda ustaz Nasaruddin (Hassan) Tantawi merintih. Merintih bukan kerana beliau terpaksa berdepan dengan musuh-musuh Islam dikalangan al kafirun.

Merintih kerana dia terpaksa berdepan dengan pimpinan dia sendiri, ahli dia sendiri yang menentang dia untuk mempertahankan akidah umat Islam.

Apa nak jadi dengan umat Islam hari ini, kalau mereka mengaku hendak memperjuangkan Islam pun, akhirnya menjadi pengkhianat kepada agama sendiri.

Inilah harga yang terpaksa kita bayar untuk mempertahankan akidah kita.

Ada yang mengatakan bahawa tidak ada bukti pihak gereja Kristian cuba memurtadkan orang Melayu.

Saya terlibat dengan kes murtad berbelas tahun dah, tuan-tuan masih ingat kes murtad Aisyah Bukhari, penglibatan gereja, penglibatan mubaligh Kristian dalam memurtadkan orang Melayu di negara ini sudah berlangsung begitu lama.

Pertama pada tahun 1987, paderi yang pertama dilantik, di gereja Petaling Jaya, namanya Jamaluddin Osman, dikristiankan, bermula dengan apa yang berlaku di gereja Damansara Utama, memberi bantuan kepada beliau, menolong beliau, mendidik beliau akhirnya Jamaluddin osman menjadi paderi Melayu pertama ditabalkan di gereja Petaling Jaya dengan nama Father Joshua Jamaluddin.

Sampai hari ini, masih ada, dan kita tidak boleh bertindak terhadapnya, dan kita lihat bagaimana polis mengambil tindakan menahan beliau di bawah ISA, tapi kita lihat bagaimana pihak gereja dengan beberapa NGO termasuk Majlis Peguam yang hari ini di dokong oleh segelintir pimpinan PAS membantah dan mencabar kes berkenaan di mahkamah.

Hari ini Father Joshua Jamaluddin, hidung macam kita, warna kulit macam kita, pakai songkok, pakai baju Melayu, tapi dok mengkristiankan anak-anak Melayu.

Tahun 1997, Nor Aisyah Bukhari sendiri dikristiankan di gereja di Rasah Negeri Sembilan. Saya terlibat secara langsung dengan kes itu.

Keluarganya mendapat maklumat dia di gereja itu, pergi hendak menyelamatkannya, sekali lagi kafir bersatu dan menghalang keluarga dari mengambil Nor Aisyah Bukhari.

Bulan Ramadan 1997, hari pertama, sedang ayah Nor Aisyah, Haji Bukhari mengimamkan solat terawih, kumpulan Kristian melancarkan operasi menculik Nor Aisyah dari rumah dia.

Bawa lagi ke Singapura, menyeberang tanpa passport, terus terbang ke Australia, sampai hari ini tetap kafir dan berada di sana.

Tahun 1998, secara terbuka dengan penuh biadap kerana tidak ada tindakan dari kita, makin lama makim melampau, makin kurang ajar, gereja Church of our Lady Fatimah, Brickfield secara terang-terang memurtadkan seorang gadis Melayu Azlina Jalani, yang akhirnya meletus menjadi kes Lina Joy.

Gereja itu masih ada di situ, orang-orang yang terlibat mengkristiankan Lina Joy masih ada di situ. Lina Joy masih ada dengan kita di Subang Jaya.

Melihat kedayusan dan kebaculan orang Melayu, mereka makin melampau, apa yang berlaku di DUMC, adalah hanya tip of the iceberg, kita dah ada bukti jelas bahawa memang ada cubaan mendakyah orang Melayu.

Aktiviti ini sudah berlangsung lama, hanya kerana ada salah seorang dari mereka, di buka pintu hati oleh Allah memberikan maklumat terhadap kegiatan-kegiatan yang berlaku.

Kita sudah ada bukti-buktinya, dan insyallah pihak JAIS akan mengeluarkan laporan lengkap tentang dakyah yang dibuat.

Baru-baru ini, beberapa orang umat Islam yang sensitif telah pergi ke kawasan seperti tumpuan awam, jumpa risalah Kristian, berbundle-bundle, ditinggalkan di tempat strategic, untuk mudah orang ambil.

Saya pernah tanya budak-budak kecil apa komik ini, mereka jawab, komik kartun, dalam tu ada 76 perkataan Allah yang disalahgunakan.

Di gunakan bahasa dan gambar yang anak-anak kita akan tertarik, mereka makin biadap, makin kurang ajar.

Kita tidak ada masalah dengan orang Kristian tapi kita ada masalah dengan mereka yang cuba menentang kita.

Perlembagaan Persekutuan jelas menetapkan agama negara ini adalah agama Islam. Malahan diletakkan Islam sampai ke peringkat tidak boleh disentuh.

Sebab itu isu ini bukan isu politik, ia tidak ada kena mengena dengan UMNO atau PAS, ia ada kena mengena dengan orang Islam.

Ini isu kita, yakinlah jika kita tidak berbuat apa-apa hari ini, lima tahun ke depan, 10 tahun ke depan, kita semua akan bayar harga yang mahal terhadap semua ini.

Sebab itu saudara-saudara, di bulan Ramadan ini, di mana umat Islan dulu sanggup berperang Badar untuk mempertahankan akidah, marilah kita bersama-sama ketepikan sentimen politik.

Kita satu Tuhan, satu nabi, satu kitab, satu kiblat kenapa kita tidak boleh jadi satu umat.-12/8/2011

Popular Posts