Blogger Milo Suam menggambarkan Empayar Azmin Ali makin runtuh? Menurut blogger PR ini elitis yang memegang jawatan utama PKR bakal disingkir oleh Team Saifudin - Nurul Izzah - Rafizi.
Apakah rating calon Timbalan Presiden PKR sekarang? Menurut maklumat yang disebarkan melalui media-media sosial, rating calon Timbalan Presiden PKR adalah seperti berikut -
Saifuddin Nasution mendahului dengan 56% walaupun beliau dikatakan calon Timbalan Presiden yang tiada kesetiaan kepada parti, suka melompat parti dan pernah dihalau oleh Anwar Ibrahim ketika di Munich.
Apa hubungan Mahfuz Omar dengan pemimpin kanan PKR? Kenapa isu Saifudin yang masih ahli Pas ini timbul semasa pemilihan tahun ini?
Anwar halau Saifudin di Munich sebab dakwa PKR TIADA MASA DEPAN? Sekarang dah jadi MASA DEPAN BERSAMA pulak dah?
Lebih menarik lagi, blogger PR ini menggambarkan bahawa untuk mempertahankan kedudukan elitis PKR ini, taktik kotor mula digunakan.
Cybertroopers PKR sendiri mengakui Skandal `Aiskrim' Azmin..
Sebelum ini taktik-taktik kotor lain juga telah digunakan untuk membunuh karektor saingan dalam pemilihan PKR ini, sesuatu yang tidak asing dan menjadi trademark dalam politik PKR dan gerak kerja cybertrooper PR dalam menyerang UMNO dan BN.
Antara taktik kotor yang dikesan....
Cerita Perempuan Simpanan MB selepas kebocoran maklumat tentang Nurul Izzah tuntut fasakh
Siapa pasang kamera pengintip untuk bunuh karektor Khalid Ibrahim?
MP DAP pun tumpang tui?
Macam-macam lagi sudah keluar...
Mak Lampir pun terbabit?
Sangat menarik game ni, jom sama-sama beli pop-corn, hot dog, meat ball, corn in cup dan Teh O Ais Limau gelas besar... ini wayang banyak panjang wooo...
Nampaknya PR hanya beretorik tentang kebebeasan bersuara. Hasan Ali adalah mangsa terbaru. Sebelum ini sudah ramai juga yang mengadu tidak diberikan ruang sehingga terpaksa menggunakan akhbar yang pernah mereka kutuk sebelum ini. Mungkinkah ini salah satu punca Harakah semakin tidak laku (Jualan Harakah merudum)? Adakah kerana ia menjadi menjadi alat kepada kumpulan tertentu sahaja di dalam Pas?
Sebenarnya hipokrasi PR di dalam hal berkaitan kebebasan bersuara ini amat jelas. Jika diperhatikan, sudah menjadi tabiat pemimpin-pemimpin PR untuk menyekat atau `block' akaun twitter pengkritik mereka. Kalau dalam twitter pun sudah tidak boleh dikritik dan di`block', kalau mereka berkuasa tak tahulah apa yang akan terjadi; na'uzubillah. Mungkin kerana itu Allah swt masih menyelamatkan Malaysia dari cengkaman PR. Sebagai rakyat yang bijak dan dapat menilai hipokrasi PR dan pemimpinnya, marilah kita sama-sama menyelamatkan Malaysia sebelum menjadi mangsa kepada kezaliman mereka. Selamatkan Malaysia!
Imbas kembali - ruang bersuara yang digunakan oleh Hasan Ali untuk menyuarakan pendapatnya. Mungkinkah Hasan dan Nasrudin disekat untuk mengutarakan pandangan dalam Muktamar platform-platform parti dan media-media PR?
Tiada ruang untuk saya bersuara dalam Harakah Jamilah Kamarudin | December 24, 2011 dari Free Malaysia Today
Dr Hasan Ali mendakwa sejak dua minggu lalu beliau tidak diberikan ruang dalam media parti sendiri untuk bersuara.
KUALA LUMPUR: Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali menegur lidah rasmi PAS Harakah yang didakwanya hanya membuat liputan berita terhadap golongan tertentu sahaja dan mengenepikan pihak lain.
Katanya, keadaan itu ketara lebih-lebih lagi isu membabitkan dirinya sejak dua minggu lepas, malah beliau tidak diberikan ruang dalam media parti sendiri untuk bersuara.
“Kalau buat analisis kajian kandungan dalam Harakah berhubung polemik ini sejak dua mniggu lepas berapa peratus ruang yang diberikan untuk Hasan Ali?
“Masa saya jadi Pesuruhjaya PAS Selangor pun tak banyak peruntukan diberikan kepada saya berbanding orang lain, kadang-kadang ruang diberikan kepada parti komponen lain lebih besar berbanding golongan tertentu dalam PAS sendiri,” katanya dalam sidang media di rumahnya di sini hari ini.
Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas mengenai temuramahnya dengan TV3 menerusi slot ‘Soal Jawab’ Rabu lalu.
Katanya, perkara ini dapat dibuktikan apabila Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang pernah memanggil media termasuk Harakah untuk menjelaskan pandangannya mengenai isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
`Mungkin perintah orang berkuasa’
“Biasanya kalau timbalan mursyidul nak keluar akhbar mereka ini didahulukan tapi kemungkinan atas perintah orang yang berkuasa dalam Harakah didapati artikel sampai sekarang tak tersiar.
“Bayangkan kalau berita timbalan mursyidul am pun tak keluar apatah lagi Hasan Ali,” katanya yang mendakwa turut mendapat aduan yang sama daripada anggota dan pimpinan PAS yang lain mengenai isu ini.
Walaupun tidak menafikan sumbangan besar Harakah dari zaman merdeka sehingga kepada kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya, Dr Hasan berkata pimpinan tertinggi perlu melihat semula struktur organisasinya walaupun isu ini pernah dibincangkan dalam parti.
Sementara itu, Dr Hasan berkata beliau terbuka menerima mana-mana media yang mampu meletakkan berita itu ke pangkuan masyarakat seluas-luasnya dan tidak nampak kemudaratan yang diberikan kepada diberikan kepada dirinya dan parti sepanjang polemik ini timbul.
“Keterbukaan mereka untuk menerima orang seperti saya lebih besar daripada apa yang ada dalam media milik parti sendiri.
“Saya gunakan media yang dah sedia kukuh dengan tiada niat untuk mengambil keuntungan politik dan saya merasakan itu tindakan terbaik untuk saya setakat ini,” katanya.