Showing posts with label Akta Hasutan. Show all posts
Showing posts with label Akta Hasutan. Show all posts

Tuesday, July 15, 2014

8 sebab kenapa umat Melayu dan Islam WAJIB tolak deraf #AktaKeharmonian MKPN


Nota: Kenyataan Perdana Menteri melegakan ramai umat Islam. Begitupun selagi anggota MKPN masih terdiri dari komposisi yang sama, tiada jaminan bahawa percubaan untuk `menyuapkan' input yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan, pegangan sebenar agama Islam sebagai `ad-diin' dan ideologi sosialisme-liberalisme-sekularisme dapat dihentikan.

Di bawah adalah pandangan peguam MuslimUPro tentang deraf Rang Undang-undang yang disediakan oleh Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) yang didakwa telah di`outsource'kan secara sepenuhnya kepada Majlis Peguam.



8 sebab mengapa RUU Harmoni harus diwaspadai kandungannya
9 Jun 2014
Azril Mohd Amin

Tiga deraf rang undang-undang yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948,  iaitu Rang Undang-undang Harmoni Nasional (National Harmony Bill), Rang Undang-undang Perpaduan Nasional (National Unity Bill) dan Rang undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional (National Unity and Integration Commission Bill) telah dikemukakan dan kini sedang dikaji Pejabat Peguam Negara. Selepas artikel ini ditulis, nama-nama RUU tersebut telah dipinda dan sekarang dikenali sebagai RUU Jenayah kebencian (Hate Crime) Kaum dan Agama, RUU Harmoni dan Rekonsiliasi dan RUU Suruhanjaya Harmoni dan Rekonsiliasi.

8 sebab mengapa RUU Harmoni tersebut perlu diwaspadai:- 

1. Engagement & Konsultansi berpilih: Penggubalan RUU tidak dibincangkan dengan teliti dan dirujuk kepada pihak berkepentingan terlebih dahulu seperti Majlis Raja-raja, Majlis-majlis Agama Islam Negeri dan tidak dibincangkan bersama Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Di antara Penganut Agama (JMPKPA). Sebaliknya, badan-badan yang kurang kredibiliti seperti Proham dan Global Movement of Moderates dibiarkan memonopoli perbincangan. RUU disediakan oleh Majlis Peguam, sebagai sebuah badan sekular, yang mengenepikan khususnya institusi-institusi keagamaan yang bakal terjejas secara langsung oleh penguatkuasaannya kelak. 

2. Mengenepikan kedudukan Islam sebagai Agama Negara menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan Agama Negeri

3. Percubaan mengubah Perkara 153: RUU Perpaduan Nasional (“National Unity Bill”) dalam seksyen 7 melalui penggunaan istilah seperti ‘racial superiority”, “exclusivity based on religion, belief, race…” dan “…maintaining exclusive control by persons of a particular religion, belief, race…” pada hakikatnya merupakan kritikan dan percubaan merubah Perkara 153.  

4. Penggubal yang terlibat adalah Majlis Peguam, sebuah organisasi sekular: Hanya 3 orang pemain utama terlibat di dalam penggubalan deraf rang undang-undang tersebut dan kesemua ahli-ahli lain di dalam MPKN tidak dirujuk secara sepenuhnya. Majlis Peguam mempunyai kira-kira 12, 000 ahli dan tidak mewakili kelompok majoriti umat Islam Malaysia yang akan menerima kesan langsung dari peruntukan-peruntukan RUU tersebut. Majlis Peguam mengisytiharkan organisasinya sebagai badan sekular justeru tidak berkelayakan menyentuh isu-isu keagamaan. 

5. Niat RUU untuk menjulang hak kesamarataan: Tumpuan hanya kepada prinsip hak kesamarataan (‘equality’) yang bersifat mutlak dan mengenepikan prinsip “positive discrimination” yang merupakan kekecualian Perlembagaan Perlembagaan itu sendiri yang dimaktubkan pada Perkara 8(2) dan menjunjung secara melulu konvensyen-konvensyen hak asasi manusia berkerangka liberal-sekular. 

6. Menjunjung kesamarataan kepercayaan, termsuk kepercayaan tidak bertuhan: Tafsiran ‘belief’ dan “religion” atau kepercayaan dan agama pada seksyen 4 (1) RUU Perpaduan Nasional dinyatakan sebagai “any religious or philosophical belief and a reference to belief includes a reference to a lack of belief” dan “any religion and includes any belief or lack of a religious belief“. Tafsiran ini membuka ruang yang boleh termasuk di dalam tafsirannya golongan yang tidak percaya Tuhan (atheist) dan kebebasan meninggalkan agama. 

7. Pengambil alihan peranan Institusi Kehakiman, Pihak Berkuasa dan Raja-raja Melayu: Isu-isu di sekitar keharmonian antara agama dan kaum adalah terlalu penting untuk diserahkan hanya kepada sebuah tribunal yang dicadangkan di dalam deraf rang undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional. Kuasa dan fungsi tribunal mirip cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (Interfaith Comission atau IFC) yang telah ditolak sekeras-kerasnya cadangannya oleh pelbagai pihak khususnya NGO Melayu Islam dan kerajaan Pusat. Bahagian 4 RUU mengenepikan peranan pihak berkuasa sedia ada oleh kerana seksyen 15 (3) membolehkan Suruhanjaya tersebut melakukan penyiasatan sendiri apa-apa keadaan yang difikirkan sebagai diskriminasi tidak adil. 

8. Bidang kuasa Tribunal yang terlalu luas: Seksyen 23 di dalam RUU Suruhanjaya Perpaduan dan integrasi Nasional tersebut memperuntukkan kuasa tribunal yang sangat luas tersebut termasuklah untuk memanggil mana-mana individu untuk memberikan keterangan apabila sesuatu perbicaraan sedang dijalankan oleh tribunal. 

AZRIL MOHD AMIN ialah seorang peguam dan mengetuai MuslimUPRo, iaitu delegasi pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan di dalam Semakan Berkala Sejagat di Geneva, Switzerland.

Monday, July 14, 2014

#AktaKeharmonian: BANGKIT dedah MKPN `outsource' tugas kepada Majlis Peguam, kelirukan @NancyShukri?


BANGKIT merupakan kumpulan aktivis serta penulis Islam Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Melalui portal mereka, mereka membuat satu pembongkaran yang penting, iaitu MKPN tidak melaksanakan tugas engagement seperti yang diamanahkan oleh Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) untuk merangka deraf Akta Keharmonian Nasional. Jika dakwaan dan pembongkaran ini BENAR, maka eloklah anggota MKPN meletak jawatan atau digantikan dengan anggota yang lebih beramanah dan mencerminkan pecahan sebenar suara rakyat Malaysia, terutama Muslim sebenar Malaysia.

BONGKAR!!! RUU Harmoni Memang Di Deraf Oleh MAJLIS PEGUAM

Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN/NUCC), sebuah Majlis redundant bersifat tiada beban batu digalas kerajaan telah berkali-kali menafikan peranan dan penglibatan Majlis Peguam di dalam merangka deraf Rang Undang-Undang Harmoni(RUU Harmoni) yang disiapkan mereka. Dalam pelbagai kenyataan media yang dikeluarkan ahli-ahli NUCC sebelum ini, mereka sedaya upaya cuba memesongkan fakta seolah-olah deraf RUU Harmoni tersebut dibuat melalui konsultasi dengan pihak awam.

Menggunakan Modus Operandi yang sama dengan Malaysian Insider, pihak Bangkit.info telah mendapat kerjasama daripada beberapa pakar perundangan, pakar perlembagaan dan pakar teknologi maklumat yang tidak dinamakan untuk menyiasat semua deraf RUU Harmoni tersebut sehingga ke lubang cacing.

Deraf Awal RUU Harmoni
Pihak kami mengesan deraf RUU Harmoni pada awalnya di deraf oleh seorang peguam  yang menggunakan kemudahan pejabat Firma Guaman Skrine & Co.

Sentuhan Akhir RUU Harmoni
Sentuhan akhir kepada RUU Harmoni pula telah dibuat oleh Syahredzan Johan.

Siapa Pula Syahredzan Johan?
Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan (National Young Lawyers Committee)  dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perundangan Perlembagaan (Constitutional Law Committee) di MAJLIS PEGUAM.



Beliau juga terlibat secara aktif dengan Projek Dialog. Sebuah gerakan yang sentiasa menimbulkan kontroversi dan membuat provokasi ke atas umat Islam melalui penerbitan-penerbitan mereka.

Buktinya?
Pihak kami telah berjaya mendapatkan salinan elektronik deraf asal RUU Harmoni tersebut. Melalui beberapa maklumat asas yang diperolehi daripada dokumen elektronik yang sama, ia membuktikan bahawa deraf RUU Harmoni itu memang turut melibatkan penglibatan Majlis Peguam.


Penafian NUCC berkenaan penglibatan Majlis Peguam dengan RUU Harmoni sebelum ini jelas merupakan satu bentuk penafian dengan kepentingan-kepentingan tertentu.


Apa Masalahnya Dengan Penglibatan Majlis Peguam?

Sepertimana kata Tun Abd Hamid sebelum ini, semua bentuk hasrat murni untuk menjadikan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara sebagai satu bentuk harapan baru mengeratkan perpaduan kaum di dalam negara telah dirampas dengan kemasukan agenda-agenda yang dimahukan oleh pihak Majlis Peguam dan Pembangkang yang menguasai mereka.

Semua dialog dan maklumbalas berkenaan perpaduan akan diletakkan ketepi dan semua bentuk hasrat-hasrat yang dimahukan Majlis Peguam dan pihak pembangkang yang disokong mereka, akan mencorak RUU Harmoni menjadi sebuah alat untuk pihak mereka mencapai agenda jangka panjang mereka.

Apa Masalah Dengan RUU Harmoni Yang Dicadangkan?

Ketiga-tiga RUU yang disediakan Majlis Peguam mengandungi lapan unsur yang boleh mengganggu-gugat keharmonian negara dan bukan memperkukuhkannya. Sila baca pembentangan 8 unsur masalah RUU Harmoni yang sebelum ini dibentangkan Saudara Azril Mohd Amin.

Antara lain RUU Harmoni mengenepikan kedudukan Islam sebagai Agama Negara, membuka ruang kepada pengiktirafan hak kewujudan LGBT di dalam negara, menghakis kedaulatan Islam, menghakis hak-hak orang Melayu, bersifat anti rukunegara, meletakkan agama Islam dan pihak berkuasa agama Islam di bawah skrutini sebuah tribunal yang diberikan kuasa terlalu luas. Malah, RUU Harmoni juga memberi ruang kepada wujudnya golongan ateis yang tidak bertuhan di dalam negara.

Sila baca pembentangan 8 unsur tersebut pada pautan ini. (Pautan)

Roadmap Menuju Malaysia Sebagai Sebuah Republik?

Melihat usaha penghapusan satu persatu hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Islam di dalamnya, malah kewujudan satu Tribunal yang diberikan kuasa luas untuk memanggil sesiapa sahaja untuk disoal siasat,  dapat dilihat di sini, ia seperti satu bentuk cadangan untuk menghapuskan tiang-tiang yang selama ini menyokong kewujudan sistem Raja Beperlembagaan Di Malaysia.

Jika disusun langkah demi langkah yang diatur oleh mereka yang terlibat di dalam deraf RUU Harmoni ini, tidak dapat tidak, gambaran masa depan Malaysia berubah kepada sebagai sebuah negara Republik tidak dapat dinafikan daripada akan berlaku.


Sunday, September 25, 2011

Ahli Akademik - ISA telah tunjukkan kejayaan


Pergolakan Yugoslavia - Pembunuhan beramai-ramai etnik Bosnia



Somalia (atas) merdeka tahun 1960, Afghanistan (bawah) merdeka tahun 1919 tetapi masih belum menikmati apa yang telah dinikmati Malaysia


Imbangi hak asasi, keselamatan


SELEPAS 51 tahun Akta Keselamatan Negeri (ISA) menjadi undang-undang membentengi isu-isu berkaitan ancaman komunis, subversif dan keselamatan negara, kerajaan berpendapat sudah tiba masanya ia dimansuhkan.

Ketika mengumumkan khabar yang menggembirakan banyak pihak itu, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan ada dua akta baru menyusul mengambil alih fungsi ISA. Tentunya janji Perdana Menteri itu tidak lain tidak bukan bertujuan memastikan keselamatan negara terpelihara. PROFESOR MADYA DR. SHAMRAHAYU A. AZIZ ketika ditanya tentang pemansuhan ISA dan penggubalan dua akta baru itu mengakui terkejut dengan keberanian Perdana Menteri membuat pengumuman dalam keadaan semua orang tidak menjangkakan akan menerima berita seumpama itu. Katanya, dalam agenda transformasi, jika sesuatu perubahan itu adalah untuk kebaikan rakyat, maka tidak salah untuk kita meraikannya. Pensyarah undang-undang Perlembagaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bagaimanapun mahu dua akta baru itu bukan sekadar penjenamaan semula ISA. Jika ISA telah berjaya menjadi salah satu alat mewujudkan Malaysia aman, makmur dan selamat, maka akta-akta baru itu mesti lebih sempurna dan lebih berjaya daripada ISA.

Ketika ditemui wartawan Mingguan Malaysia, NORAINI ABD. RAZAK dan jurugambar SHAHRIL AIZAT AHMAD di pejabatnya di UIAM, Gombak Khamis lalu, Shamrahayu percaya, perkara paling penting perlu diambil kira dalam menggubal akta menggantikan ISA adalah mengimbangi tuntutan hak asasi dengan memastikan tidak sampai menenggelamkan perihal keselamatan negara. Beliau turut mengambil contoh Akta Patriot di Amerika Syarikat (AS) - negara yang mendakwa paling menjunjung hak asasi manusia tetapi pada masa yang sama juga negara paling kuat melanggar hak asasi manusia. ‘‘Sehingga kini saya tidak mendapat jawapan mengapa orang terlalu menyanjung AS apabila bercakap tentang hak asasi,’’ katanya.

MINGGUAN MALAYSIA: Apa pandangan Prof, tentang pengumuman kerajaan mengenai cadangan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: Seperti kebanyakan orang saya sendiri tidak menjangka sampai ke tahap itu keberanian agenda transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Seperti yang kita sedia maklum ISA hanya untuk dipinda seperti mana dalam ucapan-ucapan awal Perdana Menteri. Apa lagi perihal pindaan ISA sememangnya telah lama diperkatakan dan ada juga cadangan supaya ia dimansuhkan. Cumanya pengumuman Perdana Menteri itu mungkin dalam keadaan banyak orang termasuk saya tidak menjangkakannya ia akan sampai ke tahap akan dimansuhkan.

Adakah keseluruhan ISA itu tidak elok sehingga menuntut ia dimansuhkan?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: Sebenarnya yang menimbulkan rasa tidak puas hati adalah pertama mengenai kuasa menteri di mana budi bicara menteri dikatakan terlalu luas. Keduanya, kuasa menteri terlalu banyak sehinggakan semakan kehakiman tidak boleh dilakukan ke atas perintah tahanan yang dikeluarkan oleh menteri. Itu dua isu pokok yang sering dibangkitkan oleh pelbagai pihak sehingga membawa kepada penghapusan ISA. Selain itu tempoh penahanan yang panjang menjangkau 60 hari juga tahanan tidak diberi peluang diwakili peguam serta tidak dinyatakan alasan tahanan juga sering dipersoalkan. Namun bagi saya apa saja yang dibangkitkan mengenai ISA bukan bermakna undang-undang itu tidak bagus atau tidak elok sebaliknya ia lebih kepada penggunaan undang-undang yang harus diperbaiki.

Adakah ISA sememangnya tidak diperlukan?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: Kita harus sedar mengapa ISA diperkenalkan pada Ogos 1960. Negara kita diisytiharkan darurat pada tahun 1948 dan Jun atau Julai 1960 kerajaan melahirkan hasrat untuk menamatkan darurat. Hasrat tersebut juga bersangkutan dengan usaha serta langkah kerajaan untuk menangani masalah yang mungkin timbul selepas itu kerana kerajaan mahu menjamin keselamatan rakyat. Yang saya lihat ISA itu dibuat berdasarkan kepada Perkara 149 Perlembagaan iaitu untuk menjaga ketenteraman awam dengan mengawal perkara-perkara subversif. Semasa penggubalan akta itu, Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri ketika itu menggunakan perkataan undang-undang untuk menangani evil enemy. Tentunya ia merujuk kepada satu niat yang luas dan tidak terhad kepada komunis sahaja.

Ini telah dibuktikan menerusi beberapa kes di mahkamah di negara kita di mana mahkamah merumuskan bahawa skop ISA bukan untuk komunis semata-mata. Bagi saya itu adalah benar, kerana semasa ISA diperkenalkan elemen subversif yang ada hanyalah komunis. Mungkin elemen subversif sekarang ini telah berubah kepada ancaman-ancaman lain. Apabila bercakap mengenai subversif kita seolah-olah telah merendahkan skop ISA kepada komunis sahaja. Seolah-olah juga kita tidak menepati atau mematuhi payung yang ada di dalam Perlembagaan, yang kita lihat tajuk Perkara 149 adalah undang-undang kepada subversif, keganasan terancang dan ketenteraman awam, itu tiga benda yang kita nak jaga, itu sebenarnya salasilah ISA bukan komunis sahaja.

Jadi kita lihat apa yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan itu sudah cukup untuk kita mengatakan ISA adalah undang-undang untuk menahan atau menghalang aktiviti subversif yang mendatangkan kemudaratan kepada negara. bukan hanya tersekat kepada komunis. Apa pun saya lihat apabila komunis meletakkan senjata, saya percaya komunis antarabangsa sentiasa bergerak, jadi kita tak boleh ambil mudah. Seterusnya kegiatan subversif yang lain dan keganasan terancang ini sememangnya berlaku. Mungkin polis Diraja Malaysia mengetahui tentang kegiatan seperti ini tetapi kita orang awam tidak tahu tentang itu. Bagi saya rakyat yang cintakan negara dan mahukan negara yang aman makmur maka saya fikir adalah satu keperluan untuk ada undang-undang begini atas dasar ia juga diperuntukkan oleh Perlembagaan. Kita dokong ketinggian Perlembagaan dan perkara 149 masih ada di dalam Perlembagaan, jadi ia kekal begitu, adakah kita mahu membuang 149 daripada Perlembagaan? Setakat ini tiada orang pernah mencadangkan ini dan saya tidak menyokong kalau ada orang mencadangkan sedemikian. Apa yang saya nak katakan di sini perkara 149 menjadi payung kepada undang-undang seperti ISA dan mungkin akta yang bakal menggantikan ISA.

Tetapi banyak pihak tidak melihat begitu sebaliknya melaungkan tentang hak asasi sebagai asas untuk memansuhkan ISA dan menolak undang-undang yang serupa?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: Saya tidak nafikan seperti yang dibangkitkan oleh banyak pihak tentang kadangkala ada berlakunya penggunaan kuasa terlebih oleh menteri. Tetapi tidak bermakna undang-undang bagi mengekang jenayah terancang dan elemen subversif ini tidak diperlukan atau ISA dihapuskan tanpa digantikan akta baru semata-mata kerana kuasa yang terlalu luas pada menteri. Kalau yang dikatakan undang-undang itu tidak terlalu betul maka kita masih ada peluang untuk meminda dan menambah baik supaya undang-undang itu menjadi lebih baik. Sebenarnya asal usul ISA kita benarkan semakan kehakiman, tetapi satu pindaan dibuat iaitu memasukkan seksyen 18b menyebabkan semakan kehakiman ke atas perintah tahanan ISA oleh menteri terbatal. Satu lagi kita juga ada pengukuhan dalam amalan tahanan tanpa bicara yang selalu jadi hujah, kita ada Perkata 151 Perlembagaan mengenai adanya lembaga penasihat, tetapi kebanyakan orang tidak begitu beri perhatian kepada fungsi lembaga penasihat. Saya fikir kita harus naikkan peranan lembaga penasihat dan perkenalkan kepada masyarakat. Langkah paling perlu adalah memantapkan lembaga penasihat itu supaya ia berperanan sebagai penapis kepada penyalahgunaan kuasa. Keduanya mengenai hak asasi. saya selalu sebut hak asasi untuk semua orang majoriti dan minoriti. Misalnya dalam negara kita hanya dua peratus penjahat manakala berjuta-juta lagi orang yang hidup orang hidup aman makmur tidur lena, jadi hak asasi itu bukan mengorbankan diri minoriti tetapi bila ada berlaku sesuatu yang pada pandangan pihak polis boleh mendatangkan bahaya kepada negara maka kita terpaksa mengabaikan dan mengetepikan hak asasi sesetengah orang yang kecil bilangannya bagi manfaat orang yang lebih banyak.

Jadi di mana silap faham tentang ISA dan mungkinkah akta baru nanti dianggap sama?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: Silap faham tentang ISA adalah kerana gagal menyerlahkan mekanisme menapis penyalahgunaan kuasa ini. Pembangkang lebih memberi tumpuan kepada penyalahgunaan kuasa daripada kebaikan ISA, jika udang-undang itu tidak baik saya tidak rasa Suruhanjaya Reid memberi perhatian kepada perkara ini. Laporan Reid menyebut tentang perlunya undang-undang seperti ini sebab itu wujudnya Perkara 149. Sehingga kini tidak ada cadangan membuang peruntukan tersebut maknanya rakyat masih faham bahawa kita perlukan undang-undang sebegini. Bagi mencari titik pertemuan antara hak asasi individu dan hak asasi orang awam yang lebih ramai, itu yang kita perlu tapis kuasa menteri, bukan beri sewenang-wenangnya kuasa kepada menteri tanpa ada semakan mahkamah.

Maknanya tidak timbul soal ISA lapuk dan tidak relevan dengan keadaan sekarang?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: Undang-undang seperti ini diperkenalkan Amerika Syarikat selepas insiden 11 September 2001. Selepas kejadian tersebut negara yang dikatakan mempunyai hak asasi paling tinggi sekarang ada undang-undang yang begitu mengongkong dan menyekat hak asasi. Negara jiran Singapura juga begitu dan mereka begitu yakin bahawa undang-undang sebegini memang diperlukan. Saya rasa tiada negara di dunia yang boleh bebas dari ancaman subversif jadi kita sediakan payung sebelum hujan, saya yakin undang-undang sebegini masih sama ada namanya ISA atau akta yang baru relevan setiap ketika tetapi format dan butiran terperincinya mestilah menepati matlamat.

Adakah dengan adanya kuasa semakan kehakiman, kuasa menteri dan hak tahanan benar-benar dapat diimbangi?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: Mereka yang dipilih oleh rakyat di Parlimen mestilah bertegas jika kita benar-benar mahu membuat undang-undang baru berkaitan subversif. Pada saya apa yang dikatakan penapisan tadi tidak lain terletak kepada kehakiman. Ini bagi membolehkan seseorang yang ditahan di bawah akta baru kelak dibawa kepada mahkamah jika mereka tidak berpuas hati. Satu lagi dengan melebarkan kuasa badan kehakiman atau memperkasa lembaga penasihat tadi. Satu lagi tempoh tahanan perlu dikurangkan walaupun polis mungkin ada alasan sendiri berbuat demikian terutama dalam menangani keganasan terancang yang susur galurnya di luar negara tentunya memerlukan masa yang banyak untuk melakukan siasatan.

Bagaimana untuk mengimbangi tuntutan hak asasi manusia dan pada masa yang sama mengekang elemen subversif?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: Jika kerajaan mengekalkan ISA sekali pun masih terdapat keperluan mengimbangi jeritan terhadap hak asasi. Hak asasi bukan lagi bisikan tetapi kini rakyat sudah menjerit untuk mendapat hak asasi yang lebih besar. Orang kata kita jangan biarkan rakyat menjerit sebaliknya kita dengarkan bisikan. Namun walaupun ada jeritan tentang hak asasi ada masanya kita perlu lihat apakah hak asasi itu untuk kepentingan individu tertentu atau keseluruhan rakyat yang besar bilangannya. Seperti yang saya sebutkan kita terpaksa mengorbankan hak asasi lain untuk kepentingan lebih besar. Apabila hak asasi minoriti bertembung dengan hak asasi majoriti maka kita pilih kemudaratan yang lebih kecil yang lebih mendatangkan merbahaya kepada keseluruhan negara. Saya ingin tarik perhatian tentang Perkara 149 yang jelas menyebut boleh menafikan hak asasi dalam Perkara 5, 9, 10 dan 13 di mana Perlembagaan membenarkan penafian hak. Maka jika kita mendokong Perlembagaan. peruntukan tersebut juga perlu didokong. Saya percaya di mana-mana bahagian di dunia tidak ada hak asasi yang mutlak. Saya sambut baik janji Perdana Menteri bahawa tidak akan menggunakan atas alasan politik semata-mata, tetapi saya fikir ada kemungkinan ahli politik akan menyalahgunakan kebebasan itu. Itu yang saya takutkan.

Bagaimana mahu mengatasi ketakutan itu?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: Kita semua tahu orang politik mempunyai pengaruh yang amat besar, adakalanya sehingga menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat. Janji Perdana Menteri adalah sesuatu yang mesti direnung, kalau ada bukti mereka berkaitan dengan evil enemy maka ada alasan untuk ditahan menggunakan akta yang berkenaan, bukan kerana mereka pembangkang atau sesiapa pun hanya kerana boleh memudaratkan ketenteraman awam. Saya ingin jelaskan ada di kalangan kita yang terkeliru antara Perkara 149 dan 150 sehingga menyebut negara sudah tidak ada darurat maka ISA juga tidak diperlukan lagi. Perihal darurat disebut di bawah Perkara 150, manakala Perkara 149 berkaitan dengan subversif, keganasan terancang dan ketenteraman awam. Ini bermakna walaupun negara bebas dari darurat pada tahun 1960 tetapi ISA tidak mansuh secara automatik. Peruntukan undang-undang amat jelas di mana kita boleh ada ISA dalam ruang bukan darurat. Jadi saya berharap rakyat tidak terkeliru, hakikatnya kita sentiasa memerlukan undang-undang yang mengekang subversif dan mendatangkan kemudaratan kepada negara biar apa pun namanya.

Apa perkara penting yang mesti ada dalam akta baru?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: Mengimbangi antara hak individu dan hak kemaslahatan umum selain tempoh tahanan lebih pendek, mengawal kuasa menteri supaya budi bicaranya tidak terlalu luas dan beri semakan kehakiman. Biasanya undang-undang yang kita gubal begitu cantik tetapi ia tidak berjalan dengan cantik. Ini kebiasaannya disebabkan pelaksana undang-undang itu gagal memahami dan gagal memainkan undang-undang mengikut laras garisan yang ditentukan. Kita memerlukan kematangan di peringkat pelaksana dan kematangan rakyat juga. Kita mahu undang-undang yang lebih lembut supaya rakyat mendapat manfaat dari segi hak asasi, tetapi kita kena ingat rakyat juga kena matang macam orang kata it’s takes two to tango. Setakat mana kematangan rakyat memahami soal ketenteraman itu perlu kita nilai sendiri daripada apa yang telah berlaku di negara kita. Saya tidak nafikan semua rakyat cintakan keamanan tetapi bagaimana kita meletakkannya di tempat yang utama. Kita juga mesti menghormati mereka yang tahu tahap keselamatan negara, kita mungkin bergembira, tidur lena tetapi polis atau askar tahu apa yang berlaku, berikan kepercayaan kepada mereka dan ahli dalam bidang itu. Kalau kita saling pertikai kredibiliti pihak berkuasa, kita tak akan capai matlamat untuk keamanan negara walaupun undang-undang itu liberal.

Apa yang perlu dilakukan kerajaan sebelum membentangkan undang-undang baru yang amat penting itu di Parlimen?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: Mungkin kerajaan telah membuat persiapan rapi dengan mengambil pandangan pelbagai pihak sebelum membuat pengumuman pemansuhan ISA. Apa yang pasti saya tidak mahu lihat undang-undang yang kita perkenalkan nanti meniru dari negara lain. Kita tidak mahu Akta Patriot yang digubal di Amerika Syarikat dibawa bulat-bulat ke dalam akta baru kita, apatah lagi AS bersedia menawarkan pertolongan kepada kita dalam memperkenalkan akta baru itu. Ingin saya tegaskan walaupun AS berpengalaman menangani keganasan tetapi soal ketenteraman awam itu adalah versi mereka. Kita lebih mengenali masyarakat kita, oleh itu kita harus ada undang-undang yang begitu etnik dan berasal dari negara kita sendiri. Ini kerana apa juga ciri-ciri subversif kepada AS atau negara lain mungkin tidak pada kita, kemudaratan bagi mereka mungkin tidak pada kita. Apatah lagi kita mempunyai komposisi masyarakat berbilang kaum yang amat etnik dan pelbagai agama, jauh beza dengan negara lain. Fabrik masyarakat kita amat unik dan hanya kita yang mengetahui sama ada kita memerlukan sesuatu undang-undang itu. Ia juga mesti berdasarkan norma, budaya dan kehendak orang kita. Satu referendum jika dapat dibuat juga sangat bagus selain perbincangan dengan pihak berkuasa, polis dan askar apakah masalah mereka dalam penguatkuasaan undang-undang dan hak asasi. Bukan pemimpin politik saja boleh bincang pasal hak asasi ini, malah kadang-kadang hak asasi yang sering dinobatkan mendatangkan kemudaratan. Saya bukan tidak menyokong hak asasi tetapi bagi saya hak asasi melampau dengan pentingkan diri dan individu tertentu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Sesuatu undang-undang yang dibuat berdasarkan sentimen politik tidak akan bertahan lama apatah lagi jika ia berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam.

Jika kita lihat Akta Patriot dan Akta Anti Keganasan di Britain lebih menafikan hak asasi malah ia sebenarnya bertentangan dengan akta hak asasi. Perkara-perkara seperti membenarkan phone tapping dibenarkan di bawah akta tersebut sedangkan di negara kita perkara itu tidak dibenarkan sama sekali. Akta-akta tersebut juga telah dicabar di mahkamah. Kalau benar mereka pendokong hak asasi manusia tentunya Osama Laden tidak dibunuh dan dicampakkan ke laut sedemikian rupa. Saya sentiasa berfikir kenapa hak asasi di Amerika menjadi idola sehingga kini masih belum mendapat jawapan. Bagi saya ia sangat tidak sesuai kerana AS adalah penceroboh hak asasi paling besar di dunia dan tidak layak menjadi negara contoh. Kita mesti ingat ISA adalah lebih longgar berbanding Akta Patriot malah jika dibandingkan dengan akta yang sama di negara lain Malaysia paling lembut.

Maknanya apa pun yang dibangkitkan, ISA tetap terbukti berjaya menjaga ketenteraman negara?

SHAMRAHAYU A. AZIZ: ISA telah menunjukkan kejayaan, saya bukan nak katakan ISA semata-mata sebab negara kita mempunyai undang-undang yang lengkap. Kita tahu ramai tahanan ISA dahulu memang terlibat dalam elemen subversif, tanpa ISA kita lebih mudarat. Tahanan ISA dibebaskan bukan kerana kes tidak boleh dibuktikan di mahkamah tetapi tidak mencukupi bukti untuk dibawa ke mahkamah selain faktor proses mahkamah itu sendiri dan pendakwaan yang lemah. Harapan saya akta baru kelak dapat mengimbangi kehendak majoriti dan minoriti. Nilai mana yang buruk dan baik. Jangan hanya pandang yang buruk sehingga lupa kepada kebaikan. Setiap idea transformasi kalau ada kebaikannya kita raikan, kalau tidak kita lakukan penambahbaikan. Kerajaan sendiri telah menunjukkan engagement dengan rakyat menerusi Twitter, laman-laman sosial dan pelbagai platform lagi, justeru tidak salah lontarkan pandangan tetapi mestilah menjurus kepada ketenteraman dan keamanan negara demi anak cucu kita pada masa depan.

Monday, September 19, 2011

@HishammuddinH2O - Tidak perlu layan Mat Sabu. Tunggu akta baru untuk pembebasan tahanan.


Semasa Sidang Media sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Sembrong pada 18 September 2011, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata permintaan Timbalan Presiden Pas Mat Sabu agar Kerajaan meminta maaf kepada tahanan ISA tidak perlu dilayan.

"Mat Sabu sebenarnya sudah tidak tahu berkata apa-apa lagi. Dia sendiri berdepan dengan pelbagai isu yang perlu dijawab. Banyak pihak termasuk Polis, ATM, ahli keluarga mereka dan sebagainya sudah marah kepada Mat Sabu. Mat Sabu perlu terlebih dahulu bertanggungjawab ke atas apa yang telah dia sebut sebelum ini."

Mengenai dua akta baru bagi menggantikan ISA, Datuk Seri Hishammuddin berkata Pejabat Peguam Negara sedang menggubalnya. IGP dan KSU KDN sudah membuat kenyataan semalam bahawa mereka akan memastikan aspek keselamatan terjamin. "Kita kena tunggu akta baru, kemudian nilai status mereka (tahanan). Ketika mereka ditahan, mereka ditahan atas sebab keselamatan dalam negeri."

Dalam majlis yang sama, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melancarkan Laman Facebook Pusat Komuniti Sembrong sebagai saluran alternatif untuk seluruh warga Sembrong berinteraksi dan berkongsi maklumat. Sebelum ini, Datuk Seri Hishammuddin telah melancarkan Laman FB Gagasan Anak-Anak Sembrong di Perantauan (GAASP) bagi membolehkan anak-anak jati Sembrong di perantauan berinteraksi.

Terdapat seramai 2,500 ahli dalam laman FB berkenaan yang menggunakan tiga bahasa utama penduduk Sembrong iaitu bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Lebih 15 ribu orang terdiri daripada pelbagai kaum menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Parlimen Sembrong hari ini. Selain warga sembrong, turut hadir ialah jurulatih bolasepak negara Datuk Rajagopal, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan Wong Choon Han.

Sunday, September 18, 2011

Malaysia mansuh ISA, Singapura yang kelam kabut


Lee Hsien Loong tidak seberani Najib?

Nota: Apabila Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pemansuhan ISA, Singapura merupakan negara pertama yang mengeluarkan kenyataan. Kata Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih terus relevan dan penting sebagai usaha terakhir memelihara keselamatan negara. Katanya lagi, Kementerian itu menegaskan ISA hanya diguna pakai untuk menangani ancaman subversif, pelampau kaum dan agama seperti menghasut kebencian kaum dan agama, keganasan, pengintipan dan terorisme.

Singapura mempunyai ISAnya tersendiri bagi tujuan menahan individu yang dianggap boleh mengancam keamanan dan keselamatannya. Pada 1963 dalam operasi Coldstore seramai 100 individu-individu terdiri dari ahli-ahli politik dan persatuan telah ditahan. Pada 2006, Singapura menahan Mas Selamat Bin Kastari, anggota (JI) Jamaatul Islamiyyah.

Tidak hairan kenapa Singapura begitu kelam kabut mengeluarkan kenyataan kerana menurut Presiden Think Centre, badan politik tertua negara itu, Kong Soon Tan, pada 3 Februari 1991 Lee Hsien Loong, ketika itu timbalan perdana menteri, ada memberitahu bahawa Singapura akan dengan serius mempertimbangkan untuk memansuhkan ISA jika Malaysia berbuat demikian.

Bagaimanapun kata Khoo, kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri semalam sungguh mengecewakan kerana bertentangan dengan pendirian Lee 20 tahun lalu. “Perdana Menteri Lee perlu dengan serius menunaikan kata-kata beliau, mempertimbangkan untuk memansuhkan ISA selepas Malaysia mengumumkan ia akan memansuhkan akta ini.”


Singapura: ISA masih relevan
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/singapura-isa-masih-relevan/
September 17, 2011

SINGAPURA, 17 Sept ─
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura berkata Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih terus relevan dan penting sebagai usaha terakhir memelihara keselamatan negara.

Kementerian itu menegaskan ISA hanya diguna pakai untuk menangani ancaman subversif, pelampau kaum dan agama seperti menghasut kebencian kaum dan agama, keganasan, pengintipan dan terorisme.

Dipetik Bernama Online, katanya, kerajaan mengambil perhatian terhadap pemansuhan ISA oleh kerajaan Malaysia dan menggantikannya dengan perundangan baru bagi mencegah ancaman subversif, jenayah terancang dan tindakan jenayah.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak mengumumkan langkah mahu memansuhkan ISA menerusi perutusan Hari Malaysia kelmarin.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura menambah, ISA di Singapura dan Malaysia mungkin mempunyai persamaan ketika dibawah jajahan British tetapi kedua-dua negara dan fabrik masyarakat dan politik telah berubah mengikut peredaran masa.

Seseorang yang ditahan mengikut ISA di Singapura ditahan sehingga 30 hari dan kemudian Perintah Tahanan atau Perintah Terhad perlu dikeluarkan dan sekiranya gagal mengeluarkan perintah itu maka tahan itu dibebaskan tanpa sebarang syarat.

Sejak 1991, Presiden Singapura mempunyai kuasa untuk membatalkan keputusan kerajaan untuk menahan seseorang mengikut ISA sekiranya Lembaga Penasihat ISA, yang dipengerusikan oleh seorang Hakim Mahkamah Agung, mengesyorkan pembebasan tahanan tersebut.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura berkata kerajaan Singapura menggunakan ISA dengan berhati-hati dan hanya diguna pakai terhadap individu yang mengugat keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Katanya tiada individu pernah ditahan mengikut akta itu semata-mata kerana kepercayaan poltitik masing-masing.


Memahami ucapan `pemansuhan ISA' Perdana Menteri


Semasa menghadiri Majlis Rumah Hari Terbuka Semalam, ramai yang bertanya pandangan saya mengenai pengumuman Perdana Menteri untuk memansuhkan ISA. Nampaknya ramai yang hanya mengikuti sekali lalu sahaja pengumuman PM tanpa memperhalusi bait-bait ucapan beliau.

Saya telah meminta mereka meneliti semula ucapan PM dan saya terangkan berdasarkan kefahaman saya selepas menonton secara langsung dan membaca berulang kali ucapan beliau adalah seperti berikut;

Pertama, walaupun PM menyebut bahawa kerjaan ingin memansuhkan ISA dan proklamasi darurat, tetapi dalam ucapannya PM tidak menyebut sama sekali bahawa beliau akan berkompromi terhadap KEGANASAN, HASUTAN, SOAL KESELAMATAN DALAM NEGARA DAN DEMONSTRASI JALANAN.

Paragraf 17 "kerajaan kini, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya." (Nota: Kita tidak lagi berada dalam keadaan Darurat, maka sewajarnya kita mengubah namanya)

Paragraf 18. "Dalam menyusun atur peradaban bernegara bagi menghadapi keadaan luarbiasa yang mengancam keselamatan tanahair dan kesejahteraan rakyat, tidak dapat tidak, menuntut kepada langkah-langkah khas yang kadangkala, bersifat di luar norma demokratik. Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan. Sesungguhnya, kebijaksanaan menangani keganasan memerlukan kita mencegah perlakuan itu, sebelum kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, harta benda atau menatijahkan apa-apa kecederaan. Ini merupakan satu kebenaran yang bersifat global dan diterima ramai." (Nota: PM setuju bahawa kita perlu menghormati hak asasi individu tetapi tidak berkompromi dalam soal ancaman terhadap keselamatan negara dan rakyat, dan keganasan.)

Paragraf 19. Dari perspektif undang-undang Islam pula, ia terangkum jelas dalam Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima perkara utama yakni; pertama: agama, kedua: nyawa, ketiga: akal, keempat: keturunan dan maruah serta kelima: harta benda. Bahkan prinsip Usul Fiqah banyak membicarakan tentang perlunya disekat lebih awal sesuatu kemungkaran itu, sebelum ia berlaku. Manakala satu prinsip menyatakan bahawa, keputusan pemerintah adalah satu amanah yang perlu dibuat bagi pihak yang diperintah atas kepentingan maslahah ramai. (Nota: PM masih menganggap undang-undang pencegahan ini penting, tidak bercanggah dengan Islam dan PM turut mengingatkan bahawa dalam Islam, Allah ada memberikan hak kepada pemerintah dan amanah ini perlu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan ramai)

Paragraf 20. Ini bukanlah ehwal yang pelik, tidak lazim atau asing. Terbukti, negara-negara demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga telah menggubal rangka perundangan khas bagi menangani ancaman pengganas pasca tragedi 11 September. (Nota: Malah negara yang disifatkan sebagai negara demokrasi moden dan maju juga mengiktiraf undang-undang pencegahan ini. Maka tidak boleh dikatakan Malaysia tidak sivil dan demokratik hanya kerana Malaysia mempunyai undang-undang yang sama ini.)

Paragraf 22. Misalnya, kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian. [Nota: bahawa PM tidak berkompromi terhadap hasutan dan kecenderungan menghasut]

Paragraf 24. Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. [Nota: akan ada dua undang-undang baru yang lebih sesuai dengan suasana hari ini akan digubal bagi tujuan di atas - menangani keganasan, ancaman terhadap keselamatan negara dan hasutan]

Paragraf ke-28 "Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa." [Nota: PM tidak berkompromi dengan demonstrasi jalanan]

Tidak perlulah mendesak kerajaan meminta maaf dan membayar gantirugi terhadap individu yang pernah ditahan di bawah ISA ataupun serta merta membebaskan tahanan-tahanan ISA dan perintah tahanan sedia ada, kerana ISA dan perintah tahanan bukan sesuatu yang menyalahi undang-undang dan perlembagaan, sebaliknya ia sah berdasarkan undang-undang sedia ada dan dibuat bukan atas soal politik, sebaliknya atas faktor menghalang ancaman terhadap negara.

Apa selepas ini? Elok kita biarkan Peguam Negara menyiapkan draf dua undang-undang yang baru seperti yang disebutkan. Jika Peguam Negara bekerja bertungkus lumus, ia mugkin akan dapat dibentang dalam bulan Oktober.

Saturday, September 17, 2011

@HishammuddinH2O - Dua akta hanya untuk kes yang benar-benar jejaskan keselamatan negara


Dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana Negeri Sembilan di Allson Klana, Seremban, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ada menyetakan pendirian dan memberikan penerangan lanjut mengenai pengumuman pemansuhan ISA oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saya sempat mencatatkan beberapa perkara, iaitu:

1. Dua akta yang akan menggantikan ISA nanti adalah untuk kes-kes yang benar-benar menjejaskan keselamatan dalam negara dan dalam konteks ini kita akan menggunakan pendekatan pencegahan.

2. Pembangkang tidak akan berpuas hati dengan apa-apapun kerana pertimbangan mereka hanyalah untuk memenangi pilihan raya, jadi mereka akan sentiasa mengalihkan tiang gol (change the goal post)

3. Draf untuk kedua-dua akta ini akan dilakukan oleh Peguam Negara tetapi Ketua Polis Negara dan Ketua Setiausaha Kementerian telah menyatakan semalam yang mereka akan berhubung rapat dengan Peguam Negara untuk memastikan hal-hal berkaitan keselamatan tidak diabaikan.

4. Pelan Transformasi Politik (PTP) yang ingin dilaksanakan oleh Perdana Menteri bukan suatu perkara yang baru, tetapi selepas melaksanakan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), sekarang masanya untuk melaksanakan PTP. UMNO telah melaksanakan PTP ini lebih awal, iaitu 2 tahun yang lalu melalui pindaan perlembagaan.

5. Datuk Seri Najib akan laksanakan apa yang dia perkatakan. Apa yang diumumkan hanyalah sebhagaian kecil berkaitan PTP. Masih banyak lagi yang belum diumumkan.

6. Datuk Seri Hishammuddin memberi jaminan, biar apapun perubahan yang dibuat, keselamatan negara dan perpaduan rakyat akan diutamakan.

7. Dapatan dan hasil siasatan polis mengenai perhimpunan haram Bersih akan dibentangkan kepada kabinet pada hari Rabu depan dan Datuk Seri Hishammuddin berharap agar kes-kes yang jelas, seperti laporan palsu akan diambil tindakan segera dan didakwa oleh Peguam Negara.

Friday, September 9, 2011

Ada perbezaan tak di antara ISA dan Akta Hasutan? #marxsabu



UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 15
AKTA HASUTAN 1948

Suatu Akta untuk memperuntukkan hukuman bagi hasutan.
[Semenanjung Malaysia —19 Julai 1948,
Ord. No. 14 tahun 1948;
Sabah—28 Mei 1964, P.U. 149/1964;
Sarawak—20 November 1969, P.U.(A)476/1969]

Tajuk ringkas

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hasutan 1948.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini—

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan Kerajaan mana mana Negeri di Malaysia;

“menghasut” apabila dipakai bagi atau digunakan berkenaan
dengan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau
apa-apa benda lain menjadikan perbuatan, ucapan, perkataan,
penerbitan atau benda lain itu sebagai yang mempunyai
kecenderungan menghasut;

“penerbitan” termasuk semua perkara bertulis atau bercetak dan
segala benda sama ada atau tidak serupa jenisnya dengan perkara
bertulis atau bercetak yang mengandungi apa-apa gambaran yang
boleh dilihat atau yang mengikut rupanya, bentuknya atau dengan
apa-apa cara lain boleh menggambarkan perkataan atau gagasan,
dan juga termasuk tiap-tiap naskhah dan keluaran semula atau
keluaran semula substansial apa-apa penerbitan;

“perkataan” termasuk apa-apa ungkapan, ayat atau bilangan
perkataan atau gabungan perkataan yang berturut-turut yang lain,
sama ada secara lisan atau bertulis;

Kecenderungan menghasut

3. (1) Sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan—

(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau
bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap
mana-mana Raja atau Kerajaan;

(b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau
penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh
mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan
perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah,
apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di
dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah
oleh Kerajaan itu;

(c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau
bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap
pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana
Negeri;

(d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak
setia di kalangan rakyat Yang di-Pertuan Agong atau
rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan
penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri;

(e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan
permusuhan antara kaum atau golongan penduduk
yang berlainan di Malaysia; atau

(f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf,
kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif
yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan
Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara
152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (1), sesuatu
perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain tidak
boleh disifatkan sebagai menghasut semata-mata oleh sebab perbuatan, uacapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu mempunyai kecenderungan -

___________________________________


UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 82
AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi keselamatan dalam
negeri Malays i a , tahanan pencegahan, pencegahan subversif,
penghapusan keganasan terancang terhadap orang dan harta di
dalam kawasan tertentu di Malaysia, dan mengenai perkara yang
bersampingan dengannya.

[Semenanjung Malaysia—1 Ogos 1960, Akta 18 tahun 1960;
Sabah, Sarawak*—16 September 1963, L.N. 232/1963]

BAHAWASANYA tindakan telah diambil dan tindakan selanjutnya
diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia—

(1) untuk menyebabkan, dan untuk menyebabkan sebilangan
besar warganegara takut akan, keganasan terancang terhadap
orang dan harta; dan

(2) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang
sah, Kerajaan Malaysia yang sah yang ditubuhkan menurut
undang-undang;

DAN BAHAWASANYA tindakan yang diambil dan ancaman yang
dibuat itu memudaratkan keselamatan Malaysia;

DAN BAHAWASANYA Parlimen berpendapat perlu dihentikan atau
dicegah tindakan itu;

Oleh hal yang demikian MENURUT Perkara 149 Perlembagaan
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan
persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keselamatan Dalam Negeri
1960.


Oleh: Pemikir

Apakah itu AKDN atau ISA?

Akta ini adalah salah satu undang-undang pencegahan yang digubal di bawah perkara 149,Perlembagaan Persekutuan. Ia telah dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia pada 1 Ogos 1960 dan diperluaskan penguatkuasaannya di Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963.

Apakah tujuan tujuan ISA?

Tujuan ISA adalah untuk mengelakkan dari berlaku ancaman keselamatan, ketenteraman awam dan keamanan negara yang dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu yang bertujuan menganggu-gugat keamanan dan kestabilan negara.

Pernahkah ISA dipinda?

ISA pernah dipinda beberapa kali pada tahun-tahun berikut: 1) 1962 2) 1963 3) 1964 4) 1965 5) 1966 6) 1969 7) 1989

Kenapa tidak digunakan Ordinan Jenayah sedia ada?

ISA tidak bermotif untuk menganayai sesiapa juga yang ditahan oleh polis. Mereka ditahan berasaskan kepada kegiatan-kegiatan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan ketenteraman awam termasuklah sabotaj, subversif, pengintipan (espionage), ekstremis agama dan kaum, keganasan dan militan. Selain itu, maklumat risikan dari dalam dan luar negera terutamanya dari badan-badan keselamatan awam negara luar juga diambil kira. Penilaian tahanan ISA diasaskan kepada maklumat terperinci pihak polis. Sekiranya tiada sebarang bukti, tahanan dibebaskan mengikut masa tertentu. Peruntukan undang-undang Kanun Acara Jenayah dan Kanun Keseksaan, tidak mempunyai peruntukan untuk membicarakan kes-kes ISA.

Apakah yang dimaksudkan dengan penahanan?

Seksyen 73 (1) ISA memberi kuasa kepada polis mengambil tindakan awalan menahan mana-mana individu/kumpulan yang dianggap boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. Seksyen ini membolehkan polis menahan individu berkenaan selama; a) 1 hari 1 malam (24 jam)b) 2 hari 2 malam (48 jam)c) 1 minggu (168 jam)d) 60 hari (1440 jam)Jika pihak polis belum berpuas hati selepas 60 hari, ia perlu memaklumkan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dengan mengemukakan hujah-hujah yang kukuh bagi membolehkan tahanan dilanjutkan lebih daripada 60 hari.

Benarkah ISA dikatakan bertentangan dengan hak asasi manusia?

Sebenarnya dalam masa 3 bulan tahanan boleh dirujuk kepada Lembaga Penasihat Tahanan mengenai hak mereka dengan membawa peguam mereka bersama-sama dengan Lembaga Penasihat Tahanan. Sekiranya Lembaga Penasihat mendapati tahanan berkenaan masih ada ancaman keselamatan maka, tahanan boleh dilanjutkan sehingga 60 hari.


Adakah ruang rayuan untuk mereka yang ditahan?

Walaupun peruntukan 73(1) menyatakan pihak polis tidak perlu merujuk kepada Menteri Dalam Negeri, namun tahanan mempunyai hak untuk mencabar kesahihan penahanan mereka dan juga berhak membawa keluarga bersama peguam berhadapan dengan Lembaga Penasihat.

Selepas 60 hari, jika pihak polis mendapati masih ada ancaman kepada keselamatan negara maka perakuan hendaklah dibuat kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengikut peruntukan seksyen 8(1) atau 8(5) dimana Menteri akan melihat hujah-hujah pihak polis untuk menahan individu berkenaan melebihi 60 hari.

Selepas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengkaji hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak polis Menteri perlu menurunkan tandatangan ke atas dokumen yang dipanggil perintah terhad (Detention Order).

Adakah negera-negera lain mempunyai akta yang serupa ISA?

Beberapa negara lain turut mempunyai undang-undang yang meyerupai ISA untuk mempertahankan keselamatan negara mereka dari ancaman dalam dan luar.

Singapura mempunyai ISAnya tersendiri bagi tujuan menahan individu yang dianggap boleh mengancam keamanan dan keselamatannya. Pada 1963 dalam operasi Coldstore seramai 100 individu-individu terdiri dari ahli-ahli politik dan persatuan telah ditahan. Pada 2006, Singapura menahan Mas Selamat Bin Kastari, anggota (JI) Jamaatul Islamiyyah.

Brunei juga berhadapan dengan ancaman tertentu dan ISA telah digunapakai.

Filipina, Thailand dan Indonesia tidak mempunyai akta bertulis seperti ISA. Mereka menggunakan undang-undang sedia ada untuk menangani individu-individu yang menjejaskan keselamatan negara mereka.

Di Indonesia, aktivis-aktivis Jamaatul Islamiyyah (JI) begitu aktif dan mereka telah melakukan pengeboman di beberapa hotel terkemuka di Jakarta pada 17 Julai 2009. Pada 2002, Bali juga menghadapi pengeboman yang telah mengorbankan 202 orang, majoritinya pelancong dari Australia.

Negara Thailand mengakui bahawa Malaysia adalah satu-satunya Negara aman yang mempunyai akta khusus untuk menghadapi ancaman yang memudaratkan Negara.

Amerika Syarikat sebuah negara yang mengagungkan demokrasai dan hak asasi turut mempunyai akta yang serupa yang dipanggil The USA Patriot Act (Providing Appopriate Tools Required to Intercept and Obstruct Terrorism Act).

Akta yang komprehensif itu melibatkan pindaan-pindaan akta lain demi mengukuhkan perpaduan Amerika Syarikat. Misalnya, Patriot Act membolehkan pindaan dibuat kepada akta Immigration and Nationality Act (INA). Ia membolehkan menahan seseorang asing yang membahayakan keselamatan AS sehingga 90 hari dan paling lama 6 bulan jika diperlukan.

Dalam kes pengeboman New York Trade Centre pada 9 September, ramai individu dari negara asing yang disyaki terlibat dalam tragedi itu ditahan dan dipenjarakan di penjara Guantanamo Bay sehingga kini, termasuk 2 dari rakyat Malaysia.

Akta ini walaupun diterima oleh majoriti ahli kongres tetapi telah dikritik keras oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, namaun kerajaan AS tetpa mempertahankannya.
Di United Kingdom, akta seperti ISA yang dipanggil Terrorism Act yang bukan baru telah diguna pakai untuk berdepan dengan terrorism di utara Ireland.

Maklumat Tambahan

AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) DIKEKALKAN DEMI MENJAMIN KESEJAHTERAAN NEGARA

Popular Posts