Showing posts with label zakat. Show all posts
Showing posts with label zakat. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

[Video] @NikNazmi #kantoi sebab guna Buku Jinggay tafsir bab zakat?



Akibat apabila budak-budak PR guna Buku Jinggay dan kitab 
sosialisme untuk tafsir bab zakat?




Menurut DS Jamil Khir, MAIWP menerima peruntukan tahunan RM700K dari kerajaan yang untuk pelbagai urusan pentadbiran termasuk guaman. Bukti yang dihebahkan oleh blogger2 & portal pembangkang ternyata berbentuk spekulasi kerana tidak semestinya semua bayaran yang dibuat oleh MAIWP (walaupun menggunakan baucer bayaran MAIWP) diambil dari wang zakat... baca blog Tinggalkan Satu Peluru untuk ulasan lanjut








Wednesday, January 11, 2012

Selepas Rafizi kantoi, giliran Nik Nazmi kantoi isu zakat! PR #PenipuRakyat




Kenyataan Mufti Wilayah Isu Fitnah Salah Guna Wang Zakat Datuk Seri Jamil Khir cc@NajibRazak @anwaribrahim


Terima kasih kepada pihak Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri atas maklumat ini. 

Tolong sebarkan. 

Jelas wang zakat untuk kos guaman dikategorikan dalam bab asnaf fi sabilillah. Penjelasan Mufti Wilayah di atas pada 9 Jan 2012 perlu diterima semua pihak. 

Ia sudah disediakan sejak 1993. 

Tidak timbul ia disalahguna. 

Kecuali diputarbelit oleh Nik Nazmi dan Pakatan demi memburukkan Menteri yang jaga Agama Islam. 

Semua tahu jawapan yang dijawab di Parlimen oleh Datuk Dr Mashitah pada 21 Jun 2011, mungkin tidak tepat kerana disediakan oleh pegawai tertentu yang mungkin tidak memahami bab asnaf zakat sepenuhnya. 

Jika mahu dibuat andaian ia disabotaj pihak tertentu yang menyediakan jawapan Panglima fikir mungkin ada kebenarannya. Ramai penyokong Pakatan terutama Pas berada di dalam JAKIM. 

Sebenarnya ia bukan wang zakat tetapi wang kerajaan sedia untuk kos guaman. Peruntukan RM 700 ribu sememangnya disediakan untuk kos guaman. 

Tidak timbul sedikitpun masalah menyalahguna wang zakat dalam hal ini. 

Tolong sebarkan agar orang yang difitnah oleh Pakatan Haram akan terbela berkat tangan berbisa kita di alam maya. 

Tolong jangan buat dosa percuma dengan menyebarkan fitnah tidak berasas.

Sunday, January 1, 2012

Wang Zakat: Jamil Khir jawab fitnah PR!

jamilkhir


Jamil Khir jawab fitnah pembangkang bayar kos guaman kes qazaf guna duit zakat...
SABTU, 31 DISEMBER 2011 14:46 ADMINISTRATOR  

Jangan main tuduh-tuduh tanpa bukti, sebab kita bukan sahaja hendak hidup atas dunia, tapi kena menjawab di akhirat sana, itu mesej jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang hari ini menafikan laporan mendakwa beliau terbabit penyelewengan wang zakat.

Beliau berkata wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.

"Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit ini lah," kata.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf itu.

Sambil menyifatkan dakwaan itu dan laporan mengenai kos ubah suai rumahnya di ibu negara yang dikatakan tinggi dan mewah sebagai zalim dan kejam, Jamil Khir berkata berita seumpama itu sepatutnya diselidik terlebih dahulu sebelum disiarkan supaya tidak timbul fitnah dan salah faham rakyat terhadap pemimpin negara dan kerajaan.

Beliau berpendapat laporan itu bertujuan untuk melahirkan persepsi bahawa pihak menteri dan kerajaan selalu melakukan penyelewengan.

"Saya rasa amat tidak wajar seorang Muslim dan saya rasa yang bercakap ini pun banyak Muslim. Dia patut selidik dan kena rasa takut pada fitnah dan pembohongan yang bukan setakat habis di dunia tapi balasannya sampai di akhirat," katanya.

Menurutnya pembangkang banyak memainkan isu melibatkan kerajaan Barisan Nasional untuk dipolitikkan supaya dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu pokok membabitkan pembangkang termasuk qazaf.

Mengulas mengenai isu rumahnya, Jamil Khir berkata pihak berkenaan boleh membuat semakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan menjelaskan rumahnya itu dibeli sejak tahun 1994 sebelum beliau dilantik sebagai menteri dan pembayaran bulanan juga masih dibuat sehingga kini.

"Biasalah kalau ada sedikit penambahbaikan pada rumah itu. Saya dulu mejar jeneral, dua bintang dalam pegawai kerajaan...ada pencen penuh dan tak peliklah saya layak buat pinjaman (perumahan)," katanya.

Beliau juga berkata penjelasan beliau berkaitan dakwaan itu adalah muktamad dan berharap semua pihak memahami keadaan sebenar.-31/12/2011

Popular Posts