Showing posts with label save Kedah. Show all posts
Showing posts with label save Kedah. Show all posts

Sunday, January 29, 2012

#MBmalas Kedah: Balak habis, jeti rosak? #GantilahJanganTido #saveKedah



Hadiah Ostad jijan buat rakyat langkawi

Pengkalan Nelayan Kubang Badak, Langkawi ini telah dibuat pada tahun 2007 dan telah siap dibina sepenuhnya pada tahun 2009. Permandangan yang cukup cantik dan indah....Melihat para-para nelayan pulang membawa rezeki dari lautan. Tetapi sayangnya, disebabkan keangkuhan sesetengah individu didalam Kerajaan PAS Kedah maka pengkalan nelayan ini terbiar. Kenapa? Kerana ianya adalah hasil perbincangan dan permuafakatan  pentadbir Kerajaan dahulunya telah membuahkan hasil. lebih lanjut disini...


Apa yang PAS dok buat selama ni...? Takkan nak bagi kebenaran pada jabatan hutan pun ambik masa sampai 4 tahun? Kata berkebajikan sangat...Tak kesian ka pada nelayan-nelayan tu? Mana kebaikan yang hangpa laung-laungkan dulu?...

Dari elok pembinaan pengkalan sampai rosak teruk...Inilah akibatnya bagi kuasa pada yang tidak reti...Lingkup semuanya

Thursday, January 26, 2012

Rakyat merana di Kedah akibat #MBmalas dan #MPmalas. #saveKedah



Ini kisah pengorbanan dan tanggungjawab. Seorang ahli Parlimen mempunyai tanggungjawab yang berat untuk memikul amanah rakyat. Sebelum pilihanraya, pelbagai janji ditaburkan, cakaplah apa saja yang anda mahu, semuanya akan diJANJIKAN. Janji memang senang sebab hanya mengunakan air liur. Bila masa dah menang, nak tunaikan janji, ahli parlimen pun hilang entah kemana.










Itulah yang terjadi di Baling Kedah. Mc sendiri mengikuti Datuk Azeez meninjau keadaan penduduk Baling yang serba kekurangan. Pejabat Penyelaras Parlimen Baling (BN), sibuk bagai nak rak. Berbanding Pusat Khidmat Pas yang 'berdebu' dan tidak berguna langsung.
Jika anda orang luar pasti anda akan fikir Datuk Azeez adalah ahli parlimen Baling, ini kerana kesibukkannya menjenguk rakyat kesana kemari, seolah-olah beliaulah ahli parlimen. Sedangkan ahli parlimen Pas, menghilang entah ke mana. Missing in action!

Ini bukan fitnah atau rekaan, ini adalah suatu kebenaran yang wujud di Baling sekarang. Insyallah Mc akan buat temubual secara rawak dengan penduduk Baling nanti. Biar anda tahu siapa yang bekerja, siapa yang 'dok saja'.

Gambar dibawah ini adalah gambar rumah rakyat, pemberian percuma kepada rakyat yang memerlukan dari Yayasan Pembangunan Rakyat Baling, ianya hak milik penuh Datuk Azeez. Maknanya sumber Yayasan tersebut datang dari duit poket dan usaha Datuk Azeez sendiri tanpa dibantu oleh mana-mana pihak.


Bukan sebuah yang Datuk Azeez buat, ada 47 buah rumah lagi akan diberikan kepada yang memerlukan. Ini bukan janji pilihanraya, ini adalah usaha untuk membantu rakyat Baling. Sedih melihat rakyat Baling terkapai-kapai mencari perlindungan.

Di mana agaknya ahli parlimen Baling, ketika rakyatnya sedang susah?

Ini hanya satu usaha dari Datuk Azeez, banyak lagi yang beliau lakukan untuk membantu penduduk Baling. Kalau nak cari ahli parlimen, cari yang macam ni, bukan cari yang hanya pandai cakap semata, kerja haram taktau buat.

UMNO Baling, UMNO Kuala Kedah, UMNO Padang Terap, UMNO Merbuk dan lain-lain dah bergerak, UMNO Jerai, UMNO Sungai Petani, UMNO Bandar Baharu dan UMNO Pokok Sena sampai bila nak tidoq? Tak teringin nak menang ka?


Thursday, December 29, 2011

Pemimpin Pas rompak hasil melalui Ladang Rakyat Kedah? #saveKedah



Di Kelantan, rakyat persoal - "Balak habis, pembangunan di mana?", 
di Kedah pun sama?


[Nota: Semakin lama, semakin banyak yang kita tahu tentang bagaimana Menteri Besar Kedah beroperasi dan kenapa dia begitu sibuk sedangkan tidak nampak apa-apapun sangat pembangunan di negeri Kedah. Pada waktu yang sama, rakan-rakan di Kedah juga hairan dengan perubahan gaya hidup MB Kedah dan pemimpin-pemimpin Pas sedangkan rakyat masih tidak mendapat pembelaan yang mereka harapkan. Bila ditanya, apa perubahan di negeri Kedah, mereka kata mereka tidak lihat banyak. Adakah cara pemerintahan Pas di Kelantan juga telah digunakan di Kedah selama ini? Balak habis, pembangunan tak nampak, rakyat tak dapat melihat apa-apa perbezaan nyata? Untuk fahami bagaimana pemimpin Pas beroperasi, kita baca pendedahan rakan blogger Kedah Ke KL di bawah.]

Bahagian 1


TERPANAS!! LADANG RAKYAT KEDAH, PROJEK HITAM PERAH RAKYAT DAN BALAK KEDAH!!


Ladang Rakyat di Gunung Inas, Baling

Projek haram ini adalah salah satu cara puak pentadbiran PAS kedah cuba berselindung di sebalik nama Ladang Rakyat, namun ia hanya untuk menyapu bersih balak di Gunung Inas. Di sebalik mereka berbangga hasil balak yang kononnya lebih untung daripada masa pentadbiran BN di Kedah. Sampai sekarang mereka mengatakan balak yang di ambil adalah dari permit yang di keluarkan Kerajaan BN dahulu.

Hebat sungguh pentadbiran PAS Kedah. Mereka cuba menutup rahsia projek jahat tanpa sedikit pun di ketahui oleh rakyat. Tahukah anda, balak yang di ambil dari projek Ladang Rakyat, tidak di tender, malah balak yang di ambil adalah di bawah projek Ladang Rakyat, semata-mata untuk membersihkan gunung untuk projek ladang rakyat. Balak berkenaan bukan permit dari kerajaan BN dahulu.

PAS letak nama Ladang Rakyat yang kononnya untuk majukan tanah bagi projek kepala sawit atau getah. Tapi hakikatnya balak adalah punca utama PAS untuk membuat Ladang Rakyat..bukan sahaja Ladang Rakyat di Baling tapi juga di Sik, Pendang dan juga Padang Terap, habis balak di bolot PAS...Balak berkenaan di panggil Balak Anugerah, balak anugerah ni tak perlu di tender. Hanya anugerah dari kerajaan negeri kepada si pemotong balak.

Suka-suka hati nak anugerah, ingat tanah gunung dan bukit tu, hak milik mak bapak depa apa nak anugerah tanpa tender.


Gambar di atas adalah surat yang di edarkan MKK.

Rakyat Baling mula ragui projek Ladang Rakyat, di manakah borang rasmi dari Kerajaan Negeri untuk di edarkan kepada yang nak menyertai projek Ladang Rakyat? Sedangkan MKK sudah edarkan borang perlantikan ukur melalui sebuah syarikat jurukur.

Semasa mahu serahkan borang, perlulah di sertai dengan RM120,00 sebagai bayaran upah kepada Syarikat terbabit. Sedangkan dalam surat berkenaan tiada jaminan untuk dapat menyertai Projek Ladang Rakyat. Hebat sungguh, pemohonan tak di lakukan, terus nak di ukur.

Apakah ini satu projek kebajikan terhadap rakyat? Atau ianya hanya satu lagi projek yang nak perah duit rakyat, tanpa rakyat sedar?

"Anda mempunyai otak, anda boleh menilainya, gunakan Kepala otak untuk berfikir, gunakan kepala lutut"

Ada seorang yang hebat dalam Kerajaan Negeri yang ada kaitannya dengan balak, pernah bersumpah tak pernak makan duit balak Ladang Rakyat SIK, tapi tak pulak bersumpah yang dia tak makan duit balak Ladang Rakyat Baling, Pendang dan Padang Terap, siapakah  orang itu?

McTheory:
Siapa lagi, manusia yang bertumbuk dalam pejabat hari tu la..


Bahagian 2


TERPANAS!! KISAH BENAR MENGENAI LADANG RAKYAT DI BALING!!

Mc pernah menceritakan mengenai penipuan kerajaan Pas Kedah perihal Ladang Rakyat, atau yang depa panggil Ladang Sejahtera. Nak baca boleh klik SINI. Namun ia di jawab semula oleh pihak Pas yang mengatakan tiada penipuan dalam pembalakan tersebut dan mereka hanya mengikut apa yang di tenderkan kerajaan BN terdahulu.



JAWAPAN OLEH SETIAUSAHA MB - SANUSI MOHD NOR

Projek ini mendapat soft-loan dari Kementerian komoditi utama, Dato Peter Chin. Difahamkan softloan berjumlah 27 juta. Bila kerajaan berubah, projek asal dibatalkan kerana tender tidak telus, dan negeri tak dapat hasil apa2. Projek baru diletakkan di bawah Kedah Agro (agro plantation) yg mengubah projek asal kepada ladang rakyat yang dinamakan ladang sejahtera. Lepas 20 tahun, balak akan ditebang untuk kayu dan sebelumnya, ditoreh untuk susu. Semua hasil susu akan diagih kepada peserta ladang sejahtera dari seluruh negeri Kedah setiap tahun. Ini komitmen kita untuk rakyat.

Walaupun Mc sudah mendapat jawapan dari Sanusi, namun masih ada kemusykilan.

Hmm..



Semasa perasmian Ladang Rakyat di Mukim Kupang, Baling. Orang ramai dikaburi dengan penyerahan wang  FELCRA kepada peserta E-SINAR atas pemberian wang kepada rakyat termiskin. Bantuan kerajaan terpilih kerajaan negeri kepada rakyat.

Pada mulanya, Mc pun ingat penduduk kampung yang menerima wang tu ialah peserta Ladang Rakyat. Namun selepas di siasat, mereka sebenarnya penduduk kampung yang tidak ada kena mengena langsung dengan Ladang Rakyat yang di panggil untuk menerima wang bantuan.

Kenapa acara di ubah penyerahan wang bantuan.. kenapa tak serahkan duit ladang rakyat kepada peserta?

Sudah la wang bantuan E-Sinar tu hasil wang dari FELCRA (satu agensi kerajaan pusat). Di mana wang kerajaan negeri?

Di mana wang berjuta-juta yang diperolehi dari hasil balak?

Lagi satu, siapa peserta Ladang Rakyat?

Benarkah sudah ada peserta Ladang Rakyat?

Atau Ladang Rakyat di cetuskan apabila penduduk kampung bising mengenai kegilaan pembalak Pas Kedah menebang balak di Gunung Inas?

Gunung Inas sudah botak di kerjakan oleh pembalak, hasil "BALAK ANUGERAH" dari kerajaan negeri dan di halalkan pula dengan "PROJEK LADANG MENIPU RAKYAT".

Namun peserta hasil dari Ladang Rakyat, seorang pun kita tak tahu. Entah wujud, atau tidak.

Boleh Pas Kedah terangkan perkara ini bagi jelas?

Apakah ada penipuan terancang mengenai hal ini.

McTheory:
Banyak lagi hal mengenai Ladang Rakyat yang akan didedahkan pada masa hadapan..



Monday, December 26, 2011

#MBangkuh berkeras roboh surau 100 tahun untuk bina kompleks membeli-belah #saveKedah

Inilah yang dikatakan kerajaan PR angkuh. Tidak mendengar denyut nadi rakyat. Kerajaan Pas Kedah adalah bukti jelas keangkuhan pemimpin PAS dan PR yang menunjukkan bahawa mereka adalah `dictator in the making'. Rakyat boleh melihat apa yang berlaku di Kelantan dan pemerintahan autokratik dan angkuh di Pulau Pinang dan Selangor.


Kerajaan Pas Kedah tetap berkeras
Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

PENDANG 25 Dis. – Kerajaan Pas Kedah tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks membeli belah yang akan menjejaskan madrasah berusia lebih 100 tahun itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.

Menurutnya, pihak luar termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak perlu campur tangan dalam perkara tersebut kerana soal mengubah pelan projek pembinaan kompleks membeli belah berkenaan adalah urusan kerajaan negeri.

“Mukhriz nak kacau apa, kita tengah bincang dah sekarang. Tunggu dia jadi menteri besar esok, dia cakap. Sekarang biar saya selesaikan masalah itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Titi Akar, di sini semalam.

Beliau ditanya mengenai cadangan Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Kedah agar kerajaan negeri menggunakan kuasanya untuk berbincang dengan syarikat pemaju bagi memulihara tanah wakaf yang berkeluasan 0.08 hektar itu.

Menurut Ahli Parlimen Jerlun itu, di kebanyakan tempat lain termasuk di Kuala Lumpur, pembinaan kompleks membeli-belah terpaksa diubah suai pelannya untuk memastikan rumah ibadat tidak diusik.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk jawatankuasa madrasah mengecam tindakan kerajaan negeri yang membenarkan madrasah itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks membeli-belah.

Azizan mendakwa, sokongan pemimpin UMNO terhadap usaha mempertahankan kewujudan madrasah itu bermotifkan politik kerana mereka ketandusan isu untuk dimainkan di negeri ini.

Katanya, isu mengenai Madrasah Salihiah adalah perkara kecil dan orang ramai sudah tidak berminat dengannya berbanding isu lain di peringkat nasional yang lebih besar.

“Cari publisiti lain untuk politik, banyak lagi isu lain. Ini hanya perkara kecil, dia hanya mahu tarik perhatian. Orang pun dah tak berminat,” katanya.

Saturday, December 17, 2011

Dilema Kedah: Exco malas, #MBmalas - bila mau selesaikan masalah rakyat? #saveKedah






Apa punya Menteri Besar la yang Kedah ada. Tak selesai-selesai masalah bas ni. Blogger Media Kedah sudah mengamuk. Saksikan video di blog Media Kedah.

Kerajaan Negeri masih gagal selesaikan masalah rakyat Sungai Petani

Sehingga ke hari ini masalah ketiadaa pengangkutan awam (Bas antara kawasan)di Bandar Sungai Petani belum dapat kerajaan Negeri selesaikan,Sekiranya permasalahan ini berlarutan ia akan mendatangkan kesulitan,lebih-lebih lagi ketika musim persekolahan akan bermula tidak lama lagi.kerana ada antara pelajar akan menggunakan pengangkutan awam sebagai pengangkutan ke sekolah.

Amat menyedihkan apabila satu tempat yang bertaraf Bandar sudah tiada pengangkutan awam yang utama (Bas Awam).jika perkara begini masih belum dapat Kerajaan Negeri masih gagal cuba menyelesaikan,,tiada guna juga Sungai Petani di iktiraf sebagai Bandar..sekiranya tiada pengankutan awam yang utama,(Bas Awam)

Dalam permasalahan ini Pisau Kedah juga tertanya-tanya,kemana perginya Exco kerajaan Negeri Kedah yang di pertanggungjawapkan ke atas kerja-kerja ini?kenapa tiada plan tindakan yang di ambil Exco berkenaan?apakah Exco berkenaan beranggapan Parti PAS ini masih menjadi pembangkang di Kedah??sehinggakan lupa apa kerja yang perlu di utamakan..sekiranya masih gagal selesaikan masalah rakyat, Pisau Kedah cadangkan gugurkan slogan Sejahtera Rakyat,,kerana rakyat sekarang sengsara di bawah pemerintahan PR...

Baca artikel penuh di



Friday, December 16, 2011

#MBmalas Selepas Yayasan Selangor, PR rosakkan KUIN di Kedah pula? #SaveKedah


BUKTI NYATA KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH HUTANG BERJUTA-JUTA!!

Dalam artikel yang lepas, Mc pernah mempersoalkan tentang hutang berjuta Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Namun selepas Mc difahamkan rakan blogger Sungguh Ka pernah membuat pendedahan ini. Mc pun dengan sukacitanya mendedahkan apa yang patut rakyat Kedah hatta Malaysia baca mengenai hal ini.

Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPT/JPS/DFT/US/K03. Kampus sedia ada terletak di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Permasalahan bergelodak antara BDB dan Kedah Sato berkenaan :

KUALA KETIL, 1 November 2010 (Isnin): Kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) di Kampung Pantai Chicar, Kuala Ketil dalam daerah Baling dalam pembinaan.
  1. Difahamkan projek pembinaan kampus KUIN adalah sekitar RM180,000,000.00.
  2. BDB (Bina Darulaman Berhad – GLC milik Kerajaan Negeri Kedah) membuat loan dari BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) sebanyak RM340,000,000.00. Di sini Kerajaan Negeri Kedah sebagai guarantor loan ke atas cagaran tanah kampus KUIN seluas 1,500 ekar milik BDB.

Perkara
RM
Bayaran balik loan setiap tahun selama 15 tahun.
40,000,000.00
Perbelanjaan penyelenggaraan dan pengurusan.
22,000,000.00
Jumlah perbelanjaan setiap tahun sehingga projek siap yang perlu disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah
62,000,000.00



Nilai defisit budget Kerajaan Negeri Kedah berakhir tahun 2010 adalah sekitar RM20,000,000.00.

Persoalannya, di manakah Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan PAS nak korek RM62,000,000.00 ini bagi menyiapkan KUIN…..?

Dengan defisit RM20,000,000.00 ditambah pula kos penyelenggaraan KUIN RM62,000,000.00, Kerajaan Negeri Kedah terpaksa menanggung hutang ini saja sebanyak RM82,000,000.00.

Kalau macam ni la gayanya, boleh BANKRUPT. SAH BANKRUPT…….

Renung-renungkanlah…….

Patut la jawapan dari Ustat Jijan lebih kurang bunyinya “pinjam dulu pikiaq kemudian……. Esok nu sapa jadi MB pulak pikiaq la macam mana nak bayaq…….pakat-pakat pikaiq”.

Adakah mungkin terlalu asyik tengok RM ni, kebajikan rakyat serta pembangunan Negeri Kedah terlalai. Bukit mana, denai mana, paya mana, sungai mana, lurah mana, hutan mana pulak perlu dirobek bagi menyelesaikan masalah-masalah lain. Janganlah pula rumah terbakar kampung tergadai…….

Fikir-fikirkanlah…….

Friday, December 9, 2011

PR Kedah malas, rakyat tersiksa bila perkhidmatan bas awam terhenti #MBmalas #GantilahJanganTido


MB malas terus buat hal?

TERPANAS!! PERKHIDMATAN BAS DIHENTIKAN, RAKYAT SUNGAI PETANI TERANIAYA!!

Stesen bas sungai petani..


Masuk hari ni sudah lebih 10 hari perkhidmatan bas tempatan yang membawa penumpang sekitar Tikam Batu, Kota Kuala Muda, Pantai Merdeka dan taman-taman perumahan disekitar Sungai Petani telah dihentikan.

Rasanya beribu-ribu penguna perkhidmatan bas mengalami kesusahan dan derita untuk bergerak dan ke tempat kerja, apabila 'tiada' lagi perkhidmatan bas untuk mereka gunakan.

Sungai Petani bukan seperi Kuala Lumpur yang mempunyai pelbagai kemudahan awam untuk bergerak. Bagi yang berduit, teksi boleh jadi pilihan. Namun bagi yang berpendapatan rendah, hanya bas la menjadi 'pengerak' utama mereka disekitar bandar Sungai Petani.

Namun sejak perkhidmatan bas 'tiada' lagi. Hampir beribu rakyat Sungai Petani menderita, malah kos kehidupan mereka juga meningkat apabila terpaksa menyewa teksi atau mengunakan kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja.

Kerajaan negeri dan exco yang terlibat mengetahui perkara ini. Namun hingga sekarang masih tiada jawapan atau tindakan yang mereka lakukan.

Sekurang-kurangnya, bantulah rakyat. Kurangkan bebanan mereka dengan memberikan pilihan yang lain. Kerajaan negeri patut membawa masuk syarkat Bas lain untuk meneruskan perkhidmatan bas di Sungai Petani. Bukan dengan hanya tengok saja rakyat dok susah ni.

Orang nak memerintah, hangpa pun nak perintah. Tapi orang lain dok buat kerja, hangpa boleh dok tengok saja.

Jika nasib rakyat masih tidak terbela, Mc percaya sesuatu yang lebih besar akan berlaku!!

Popular Posts