Showing posts with label cybertroopers BN. Show all posts
Showing posts with label cybertroopers BN. Show all posts

Saturday, June 7, 2014

Ranking Blog Pro-Kerajaan - Apa jadi blog MKP, Double-Y & RBF?

Slide1

Blog Tun Faisal nombor 19. Kira ok la tu... bulan lepas nombor 34.. Kalau atas MKP, Daeng Selili, Pisau, Double-Y, Empayar Pemuda, Sangkakala dan RBF kira boleh tahan la jugak.. ha, ha, ha...

Sumber
Slide2

Slide3

Slide4


Saturday, February 8, 2014

Analisis #PRKKajang vs #Kajang - Bukti Pemimpin BN #SyokSendiri ... @NajibRazak




Analisis hashtag #PRKKajang pada 6 Februari 2014 - TIADA pemimpin UMNO/BN. Tiada juga pemimpin PR kerana ramai yang memberi tumpuan kepada #Kajang.




Analisis hashtag #PRKKajang pada 7 Februari 2014 - Masih TIADA pemimpin UMNO/BN. Tetapi ada pemimpin PR.





Analisis hashtag #Kajang pada 6 Februari 2014 - Ramai pemimpin PR. TIADA pemimpin UMNO/BN. 



Analisis hashtag #Kajang pada 7 Februari 2014 - TETAP TIADA pemimpin UMNO/BN. 



NOTA: Semalam saya menulis tentang analisis dua hashtag utama Pilihan Raya Kecil Kajang, iaitu #PRKKajang dan #Kajang. #PRKKajang banyak digunakan oleh ramai pengguna dan penggiat twitter pro-BN. Manakala #Kajang digunakan oleh secara relatifnya lebih ramai pengguna dan penggiat twitter pro-PR.

Tujuannya bukan nak tunjuk bagus, tetapi sengaja melontarkan sesuatu untuk difikirkan dan dianalisis oleh para penggiat media siber pro-UMNO/BN. Namun mungkin kerana ramai penggiat siber pro-UMNO/BN melihat analisis tersebut sekali lalu, maka hampir kesemua mereka tidak benar-benar membuat analisis yang lebih mendalam terhadap statistik yang diberikan oleh aplikasi Hashtracking dan Tweetbinder tersebut. 

Ramai yang tidak perasan bahawa, dalam perbualan menggunakan kedua-dua hashtag, pemimpin UMNO dan BN sebenarnya TIDAK KELIHATAN, TIADA KEHADIRAN DAN DISENGAGED dari kedua-dua hashtag tersebut. Sedangkan Pemimpin PR, ada presence, visible, memberi kesan/input dan ENGAGE dalam perbualan menggunakan kedua-dua hashtag tersebut.

Entah apalah sebabnya pemimpin UMNO/BN disengaged dan memisahkan diri dari kedua-dua perbualan tersebut, saya pun tidak pasti. Mungkin :-

1. tidak berminat

2. pandang remeh

3. terlalu sibuk dengan perkara lain

4. pegawai media sosial malas dan tidak beri nasihat, atau

5. SYOK SENDIRI



Pemimpin BN syok sendiri sebab Barisan Nasional kalah perang siber - Khairy




Ada nampak Kadir jasin dalam analisis hashtag tersebut? Ya, ya, ya - Blogger UMNO sebenarnya TIDAK MEMBANTU KEPIMPINAN UMNO - tu sebab dalam analisis tu banyak blogger dan cybertrooper PEMBANGKANG DAN BUKAN PRO-UMNO.. Cakap tak guna fakta!


PEMIMPIN UMNO/BN terlalu SIBUK? Di bawah adalah analisis penyumbang kepada perbualan #KAJANG menggunakan tweetbinder....



ANDA SIBUK. Malangnya PEMIMPIN PR TIDAK TERLALU SIBUK UNTUK TERLIBAT DALAM PERBUALAN #KAJANG dan #PRKKAJANG!

Tidak guna mempunyai jumlah follower yang ramai atau klout score yang tinggi jika anda tidak memanfaatkannya. Pegawai Media Sosial anda lupa cakap pasal ni?

Mereka dibayar oleh Kerajaan Malaysia untuk menasihati anda di pejabat menteri dan kementerian masing-masing! Walaupun mungkin tidak sebanyak yang dibayar oleh di anak syarikat negeri tertentu sehingga ada yang dipecat baru-baru ini, tetapi masih dibayar. Jadi manfaatkanlah sepenuhnya nasihat mereka...

Sunday, January 26, 2014

Lebih baik Tun Daim bayar blogger UMNO Kedah daripada bayar Kadir Jasin?



Kenyataan tidak masuk akal Kadir Jasin menyerang dan memperlekehkan peranan dan sumbangan blogger-blogger UMNO di atas ini telah mengundang banyak reaksi dari rakan-rakan blogger dan cybertrooper pro-UMNO dan pro-BN. Saya juga pernah mengulasnya di blog saya :- 

#SyokSendiri Kadir Jasin hanya pandai mengkritik, tapi tak tahan dikritik

Pelbagai reaksi telah timbul susulan kepada kenyataan ini. Rata-rata ramai blogger dan cybertrooper pro-UMNO dan BN yang marah dengan kenyataan Kadir yang disifatkan gagal menghargai peranan dan sumbangan orang lain. Ada yang menyebut bahawa "Kadir mana tau apa, dia bukan ada facebook pun." 

Antara yang menarik perhatian saya adalah poster-poster yang menghentam Kadir yang disebarkan melalui facebook seperti di bawah :-






Saya tidak pasti apa kaitannya dengan Tun Daim. Saya hanya faham kaitannya selepas membaca tulisan blogger McTheory di bawah.

Saya tidak tahu dakwaan ini betul atau tidak, tetapi saya hanya mahu mengulas tentang nota kaki blogger Kedah ke KL, iaitu :- 

"P/s: Dari Tun Daim bayar Kadir, baik Tun Daim bantu blogger-blogger pro UMNO yang sedang susah sekarang ni.."

Saya bersetuju dengan McTheory kerana ketika ini Badan Perhubungan UMNO Kedah memang tidak menjaga kebajikan blogger-blogger dan cybertrooper yang pernah menyumbang kepada kemenangan BN di Kedah. McTheory dan pasukannya merupakan antara blogger dan cybertroopers yang paling aktif menyerang kerajaan Pas pimpinan Arwah Tan Sri Dato' Seri Azizan Razak, berbanding kumpulan lain. Ini pernah diulas melalui statistik tentang jumlah tulisan dalam blog dan in-depth isu yang dimainkan di dalam setiap tulisan sepanjang Kedah di bawah Pas. Ini mereka lakukan walaupun tidak diberi sokongan yang begitu menggalakkan dan tidak mendapat bantuan yang amat signifikan daripada pemimpin UMNO dan agensi di negeri Kedah sendiri sebelum PRU13.

Saya dimaklumkan, selepas PRU13 ada di kalangan mereka yang dijanjikan kerja, tetapi tidak ditunaikan, Ada juga yang telah meletak jawatan di Kuala Lumpur kerana dijanjikan kerja oleh pemimpin tertentu di Kedah, tetapi akhirnya melopong kerana tidak diambil bekerja. Ini belum masuk cerita Jabatan Media Sosial dan Yayasan `Apanama' yang turut meminggirkan mereka. Akhirnya ada di kalangan mereka yang terpaksa survive dengan apa yang boleh mereka lakukan, termasuk mengambil upah memotong rumput dan berniaga burger.

Memandangkan peranan blogger dan cybertroooper Kedah ini jauh lebih signifikan daripada 8 artikel Kadir dalam membantu kemenangan BN di Kedah, mungkin lebih bermakna jika Tun Daim membantu blogger dan cybertrooper Kedah yang sedang susah ketika ini. Duit Tun Daim berkepuk. Tak kisah lah sama ada dakwaan Kadir ini dibayar Tun Daim betul atau tidak, pada saya, mungkin lebih elok Tun Daim bantu blogger dan cybertrooper Kedah ni, lagipun mereka memang anak Jati Kedah.

Layan artikel McTheory di bawah -


INFO! Siapa yang memperalatkan nama Tun 
Dr Mahathir?
24.1.14  McTheory  


Kita tahu akhir-akhir ini Perdana Menteri dikritik hebat oleh A Kadir Jasin. Malah kritikan A Kadir Jasin tak berhenti disitu saja, bersambung hingga di sebuah portal pro pembangkang. Kononnya Kadir Jasin ni ikhlas nak tegur PM dan pentadbiran tertinggi kerajaan.

Tetapi semasa ditemubual oleh portal pro pembangkang tu, Kadir bukan sahaja mengkritik kerajaan, malah telah mempersendakan blogger-blogger pro UMNO yang kononnya tidak membantu BN dalam kemenangan PRU yang lepas.

Akibatnya kini blogger pro UMNO yang tidak membantu ni (termasuk Mc sendiri) mulai dendam dan campur tangan dalam permainan yang dibawa oleh Kadir Jasin sendiri.

Mc percaya Kadir Jasin tidak bertindak sendirian. Pasti ada 'tukang bayar yang kuat' untuk membuatkan dirinya terus hidup dan berasa kebal apabila mengkritik kepimpinan Najib di Putrajaya.

Selidik punya selidik, terkeluar pula nama Tun Daim Zainudin. Apa kaitan diantara Kadir Jasin dan Tun Daim?

Kaitannya, Kadir Jasin digunakan Tun Daim untuk mengkritik pentadbiran Najib yang kononnya sekarang ni sangat teruk dan perlu dibuat sesuatu untuk diselamatkan.

Siapa mereka untuk berbuat begitu? Apakah disebabkan kepentingan peribadi, mereka sanggup mencemarkan nama kerajaan?

Malah ada orang yang menganggap permainan diantara Kadir dan Tun Daim ada kena mengena dengan Tun Mahathir, disebabkan Tun Mahathir tu kawan baik Tun Daim. Malah apa saja suara dari Kadir dan Tun Daim, kononnya ia juga suara Tun Mahathir.

Mc tak rasa begitu, sebabnya.. Tun Mahathir takkan keluarkan statement yang menghina para blogger UMNO. Negarawan terbilang tersebut, diantara blogger pro kerajaan paling awal yang membuat blog. Malah beliau juga menjadi pelopor kepada blogger pro kerajaan sekarang ni.

Jadi mana mungkin beliau terlibat dalam statement mengutuk dan mengeji blogger-blogger pro UMNO.

Walaupun kita tahu Tun Mahathir agak lantang dalam menegur kerajaan sekarang ni, namun Mc percaya Tun Mahathir takkan terlibat dalam permainan Kadir dan Tun Daim. Maknanya suara mereka berdua tidak ada kena mengena langsung dengan Tun Mahathir.

Bukan Mc saja yang sedar akan keadaan ini, malah sahabat blogger APA juga sedar dan mengulas benda yang sama.

Dah lama Tun Daim menyepi, malah beliau tak pernah muncul dan mengkritik kerajaan pada zaman Pak Lah tido dulu. Jadi apa yang menyebabkan beliau muncul sekarang? Ada sesuatu yang akan berlaku? 

Atau kepentingan beliau selama ini diusik? hmm..


P/s: Dari Tun Daim bayar Kadir, baik Tun Daim bantu blogger-blogger pro UMNO yang sedang susah sekarang ni..


Tuesday, January 21, 2014

#SyokSendiri Kadir Jasin hanya pandai mengkritik, tapi tak tahan dikritik


1. Tidak mengapa jika Kadir mengkritik, tapi jangan mengkritik Kadir

2. Blogger-blogger (& cybertrooper) pro-UMNO tidak pernah membantu kepimpinan UMNO, tetapi 8 artikel Kadir sebelum PRU13 yang membantu kemenangan BN

3. (Tidak ke bodoh) Blogger UMNO basuh seluar dalam di khalayak ramai, tapi kalau Kadir menyerang kepimpinan, tidak mengapa basuh seluar dalam di khalayak ramai

4. Saya bini dua pun orang tulis, apa saya kisah - err kalau tak kisah kenapa Kadir nak bangkitkan dalam wawancara

5. Kadir dah berkawan dengan Datuk Seri Najib sejak tahun 1977, tapi Kadir tiada saluran untuk menyampaikan isi hati dan berjumpa Datuk Seri Najib? Sms, BBM, whatsapp pun tak dapat? Kalau betul la kenyataan ini, bukan saja Datuk Seri Najib teruk tapi Kadir pun sama juga la teruknya...  blogger maki hamun yang tak kenal Datuk Seri Najib begitu lama pun ada saluran untuk berjumpa beliau.


Saya malas hendak campur hal A Kadir Jasin dengan Perdana Menteri berkaitan MEDIA PRIMA seperti yang di dakwa blogger Malay Rights dan RBF. Saya pun ada perkara-perkara yang saya tidak bersetuju dengan Perdana Menteri, terutama penasihat serta punahsihatnya. Kalau ada pun sebab kenapa saya hendak menyampuk adalah kerana Kadir TIDAK MENGHARGAI peranan dan sumbangan para pejuang siber pro-UMNO yang telah mengabdikan tenaga dan masa untuk berhadapan dengan pejuang siber pro-pembangkang sejak 2009 lagi.

Bersetuju dengan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, sdr Ibdilillah sebelum memahami pendiriannya mengenai pejuang siber pro-UMNO yang mengakibatkan dia diserang sebelum ini adalah tindakan tidak matang seorang wartawan lama dan so-called blogger. Cubalah buat groundwork sedikit untuk memahami punca kenapa Ibdil diserang begitu rupa. Kalau tidak mahu membaca dari blog pro-UMNO yang dipandang keji oleh Kadir, bacalah dari blog Mazidul dan cuba fahami isunya.

IBDILLILLAH ISHAK (PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO) : BAHASA ROJAK GRED A+

KEMAS KINI TERAKHIR ENTRI BLOG MILIK PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO PADA TAHUN 2010 DAN 2012

PERLUKAH PENGENDALI BLOG PRO-KERAJAAN DIBAYAR?

SUPERMAN BAKAL TURUN PADANG

PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO IBDILILLAH ISHAK TIDAK MEMBENARKAN SEBARANGAN INDIVIDU MEMBACA BLOGNYA

PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO (IBDILILLAH ISHAK) WAJAR BERUNDUR


Eloklah jika Kadir juga kata Mazidul membasuh seluar dalam di khalayak ramai. Saya nak tengok Kadir cakap begitu terhadap Mazidul. Ada berani?

Saya percaya ramai pejuang siber pro-UMNO/BN (blogger, facebooker, twitterti, youtuber, hacker dan sebagainya) BERSETUJU DENGAN SAYA jika saya katakan di dalam perang era media sosial hari ini, 8 ARTIKEL PANJANG BERJELA Kadir Jasin sebelum PRU13 BELUM CUKUP untuk membantu kemenangan BN.

Kedua, jika dikritik sedikit pun Kadir dah tak tahan, tak payah cakaplah hendak berdepan dengan serangan, penipuan, fitnah dan ugutan Red Bean Army. Dalam hal ini, saya yakin ramai cybertrooper pro-UMNO dan pro-BN yang jauh lebih berketahanan daripada Kadir. Mungkin zaman Kadir sudah berlalu.

Sebagai salah seorang yang pernah terlibat dan dilibatkan di dalam pelbagai operasi siber, operasi war room dan TIGA daripada EMPAT Rapid Response Team, saya juga mempunyai pandangan saya sendiri mengenai prestasi jentera siber UMNO dan Barisan Nasional. 

Saya tidak pernah menyatakan yang kita telah mengatasi kelebihan jentera siber PR, tetapi saya tidak pernah tidak menghargai sumbangan dan penat lelah jentera siber UMNO dan BN. Untuk membuat sweeping statement bahawa pejuang siber pro-UMNO dan pro-BN BERBAYAR, TIDAK ADA KERJA LAIN KE, HARI-HARI POLITIKSYOK SENDIRI dan TIDAK MEMBANTU KEPIMPINAN UMNO adalah keterlaluan dan tidak wajar sama sekali!

Bagi saya, biarpun ketinggalan, pejuang siber kita telah melakukan jauh lebih baik daripada tahun 2008 dan kepimpinan UMNO serta BN perlu belajar dari kelemahan diri mereka sendiri seperti dalam tulisan saya di bawah :-

#SyokSendiri Pemimpin UMNO/BN perlu cermin diri! @NajibRazak @TengkuAdnanREAL @KhairyKJ


Kalau Kadir tidak faham mengenai lanskap perang siber hari ini, bertanyalah. Jangan buat kenyataan SYOK SENDIRI dan apabila kena balun, mengadu itu dan ini....




Strategi hebat Kadir Jasin. Kenyataan SYOK SENDIRI atau BASUH SELUAR DALAM?
Ianya sangat-sangat `membantu' kepimpinan UMNO dan tidak `memburuk-burukkan' bakal generasi baru UMNO. Apa saya kisah?




Friday, January 17, 2014

#SyokSendiri Pemimpin UMNO/BN perlu cermin diri! @NajibRazak @TengkuAdnanREAL @KhairyKJ


Syok sendiri pemimpin atau syok sendiri jentera atau kenyataan syok sendiri?

Nota:


Saya telah memberikan respon di laman twitter mengenai kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar tentang perasaan syok sendiri pemimpin BN sehingga menyebabkan BN ketinggalan dalam perang siber. Respon saya adalah seperti yang tertulis di bawah:-


Media siber hanya platform; yg lebih utama - strategi komunikasi, koordinasi komunikasi & keupayaan komunikasi pemimpin BN & kjaan

To be fair, bn tak gagal sepenuhnya dlm perang siber, ia lebih baik dari tahun 2008 wlupun mempunyai kelemahan dlm beberapa aspek

BN perlu nilai semula keberkesanan koordinasi & strategi komunikasi yg dikendali war room & supported by 4 rapid response teams

Saya setuju jika kata BN lemah dlm menghasilan konten yg mudah difahami & menarik minat glgn atas pagar cth - manifesto BN

Saya setuju jika kata BN lemah dan tidak menguasai platform dan medium yg bukan berbahasa Melayu

Saya juga setuju jika kata BN beri tumpuan lebih kpd blog & portal berita tp lemah dlm penguasaan facebook & penghasilan video.

Saya setuju jika kata BN ketinggalan sbb pemimpin BN lemah dlm koordinasi & komunikasi. Akhirnya ada percanggahan & x meyakinkan

Saya juga setuju jika kata BN lemah sbb byk isu berkaitan kjaan tak dpt dikendali kerana kelemahan team komunikasi kementerian

Saya paling setuju jika kata penipuan / fitnah penggiat siber PR dan ugutan2 mereka jauh lebih hebat drpd penggiat siber BN

Saya x perlu defensif sbb bukan saya yg kendali keseluruhan operasi siber RT : (cont)

Koordinasi penting - misalnya utk promote tweethandle info spt , berapa ramai menteri tlg?

Kemahiran penting, hanya ada 14k follower.Bgaimana Pemandu & kjaan nak sampaikan info jika x ramai folo


Masalah UTAMA adalah kelemahan koordinasi dan komunikasi parti dan kerajaan. Parti, iaitu UMNO dan BN. Kerajaan, bermaksud Kementerian dan Agensi di bawah kerajaan BN.

Salah satu contoh klasik adalah dalam pengendalian isu NFC. Koordinasi, strategi komunikasi dan disiplin yang lemah di kalangan pemimpin UMNO/BN dalam mengendalikan isu ini menyebabkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dibicarakan oleh media sebelum siasatan yang adil dibuat. Kelemahan pihak Datuk Seri Shahrizat sendiri mengendalikan komunikasi di peringkat awal adalah di antara punca yang menyebabkan persepsi yang direka terhadap beliau semakin kuat. Kenyataan pemimpin UMNO yang mendesak Datuk Seri Shahrizat meletak jawatan pula adalah satu contoh kelemahan disiplin pemimpin UMNO/BN dalam pengendalian isu. Akibatnya UMNO menjadi mangsa dan menerima tempias akibat pembohongan pemimpin PR dalam isu ini.

Selepas PRU13, kenyataan-kenyataan Menteri-Menteri BN menunjukkan mereka memerlukan penasihat yang lebih baik dalam mengendalikan komunikasi bukan saja apabila berhadapan dengan media, tetapi juga dalam penulisan jawapan mereka di Parlimen.




Sikap syok sendiri pemimpin UMNO/BN baru-baru ini juga menyebabkan UMNO kalah dalam perang persepsi. Kes-kes saman yang ditarik balik merupakan tindakan-tindakan tidak bijak pemimpin UMNO/BN yang akhirnya memberi gambaran seolah-olah ibu pejabat UMNO dikendalikan oleh sejumlah badut.

Terbaru, fenomena Politik Kangkung yang dimainkan oleh pembangkang membuktikan ibu pejabat UMNO dan Pejabat Perdana Menteri banyak kelemahan dalam tindakan dan pendekatan mereka.

Pemimpin-pemimpin UMNO di ibu pejabat janganlah syok sendiri dalam pembentukan jentera komunikasi dan jentera siber. Nasihat percuma kepada Datuk Abu dan Datuk Rauf, kerja ini bukan kerja main-main. Buatlah groundwork yang betul dan buatlah cadangan pelantikan demi kebaikan UMNO dan bukan atas kepentingan politik sempit dan kumpulan tertentu. Pilihlah jentera di atas sebab sejauh mana mereka boleh memberi nilai tambah terhadap UMNO/BN dan bukan kerana kita hendak menyusun orang-orang kita dan orang yang boleh kita kawal demi kepentingan peribadi kita.

Meletakkan Dr Novandri ditempat kedua Jabatan Media Sosial (JMS) memang menjolok mata dan politically incorrect. Ini memberikan gambaran bahawa Presiden dan Timbalan Presiden telah diberi nasihat yang salah kerana:- 

Pertama, pelantikan jawatan nombor satu JMS bukan berdasarkan merit KEMAHIRAN, PENGALAMAN DAN KEPIMPINAN. Kita tidak tahu bagaimana nasihat yang sebegini boleh diberikan kepada Presiden dan Timbalan Presiden. Kalau tak berapa tahu nak buat instrumen penilaian penggiat media siber, beritahu kami, insyaAllah kami boleh bantu menyediakan instrumen pemilihan yang lebih baik.

Kedua, meletakkan seorang bekas pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO dan Pengerusi Sekretariat Maya UMNO dan BN Pulau Pinang di bawah seorang yang tidak berjawatan di dalam heirarki UMNO, menunjukkan ibu pejabat tidak peka dan sensitif tentang kedudukan seseorang pemimpin UMNO dalam parti. Ini agak memalukan kerana ibu pejabat sendiri gagal memberi teladan yang baik kepada ahli UMNO tentang bagaimana seorang pemimpin perlu dihormati di dalam parti.

Sejumlah besar penggiat siber UMNO sedang memantau gerak geri dan tindakan ibu pejabat UMNO dan Pejabat Perdana Menteri serta tidak teragak-agak untuk menegur tindakan yang tidak betul dalam hal ini. Jangan syok sendiri!


Wednesday, January 15, 2014

#SyokSendiri : Dunia penggiat siber UMNO/BN makin huru hara @NajibRazak



Yang dipersalahkan adalah JENTERA MAYA UMNO. Padahal yang menguruskan kesemuanya Pegawai Perdana Menteri dan pihak lain. Tak dak akauntabiliti langsung.
Ingat lagi artikel ini - Pengarah sebenar Operasi Siber BN PRU13 adalah seorang khunsa?
http://tunfaisal.blogspot.com/2013/06/pengarah-sebenar-operasi-siber-bn-pru13.html



Laporan tentang 11 langkah penjimatan yang kononnya mendapat maklum balas yang baik dipertikaikan, satu indikator tentang kemungkinan laporan yang salah telah diangkat kepada pengetahuan Perdana Menteri

Nota: Dua artikel di bawah menunjukkan betapa kelam kabutnya pengurusan media siber UMNO dan BN ketika ini. Saya dimaklumkan oleh sejumlah penggiat bahawa, masalah ini berpunca akibat ketidak adilan pengendalian hal ehwal penggiat siber UMNO/BN oleh Pejabat Perdana Menteri. Lebih memburukkan keadaan apabila Penubuhan Yayasan Bina Negara dan Jabatan Media Sosial dikatakan dibuat tanpa ketelusan, meminggirkan sejumlah penggiat lama dan dijadikan platform untuk menyusun penggiat `kroni'. Ini tidak termasuk rasa fed-up dan meluat apabila sumbangan penggiat siber ini diremehkan oleh kenyataan-kenyataan seperti `membayar blogger adalah satu kesilapan' dan kita `kalah' perang siber kerana `syok sendiri'.

Baca - Harakahdaily Hargai Blogger & Cybertroopers UMNO @hdaily09 @ibdil @Khairykj
http://khairulryezal.blogspot.com/2014/01/harakahdaily-hargai-blogger.html#rwjRmFWPipUU6YX0.99

Pegawai media Pejabat Perdana Menteri & Pemandu terus menerus menipu Najib Razak
http://malayrights.blogspot.com/2014/01/pegawai-media-pejabat-perdana-menteri.html

BLOGGER HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN DAPAT UPAH JATUHKAN NAJIB.
http://pakatan4rakyat.blogspot.com/2014/01/blogger-hishamuddin-tun-hussein-dapat.html




Kita tahu tujuan artikel kedua ini adalah untuk mempertahankan pegawai Perdana Menteri selepas diserang oleh blogger malay rights. Cuma tajuk artikel kedua ini bertujuan jahat. Ramai yang tahu siapa blogger yang dimaksudkan, tetapi mengaitkan nama Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah berniat jahat sedangkan beliau tiada kena mengena dalam pertikaian ini. Inilah masalah penggiat yang begitu taksub mahu menjaga kepentingan kumpulan sehingga pemimpin UMNO yang tidak terbabit juga dikaitkan.

Ini BUKAN CARA untuk mempertahankan pegawai Perdana Menteri!

Sebab itu tidak salah jika kita menyimpulkan segala permasalahan ini puncanya dari Pejabat Perdana Menteri. Saya berharap Perdana Menteri akan mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan SEMUA kumpulan penggiat media sosial ini secara terus dan bukan melalui pegawai pejabat beliau. Jangan dengar lagi dah laporan yang disampaikan oleh pegawai-pegawai ini kerana belum tentu laporan ini tepat dan mencerminkan keadaan sebenar penggiat media siber di bawah. Dengar sendiri daripada penggiat siber ini apa yang berlaku sejak tahun 2009 sehingga sekarang.


Baca artikel KL Chronicle di bawah yang jelas kecewa dengan apa yang berlaku sekarang.


The Lost of @barisanasional & @NajibRazak Social Media Influence Post May 2013 #KLChronicle



An insult to Najib Razak


With respect to the above subject matter, I have been observing the Barisan Nasional social media team(s) since December 2013 and noticed that there has been no improvement in the team(s) performance in the following:


1) Disseminating information on the government policies i.e. GST.

2) Defending the government from attacks by the opposition i.e. increase in price of goods and utility bills i.e. sugar and electric tariffs.

3) Defending the leadership of the party in facing attacks by the opposition. The easiest example is the #Kangkung fiasco. It took BN's sosial media team days to counter the claims by the opposition. 


The Prime Minister is being made a fool, but what have the BN Social Media team done to counter this?

I could list down a lot more on the inefficiency of the BN social media teams but what for? I do not think they are going to change one bit. The recent attack on the Prime Minister demonstrates that BN is really in need of an integrated and efficient social media team. This is something that has to be done immediately to arrest the slide in popularity of the Prime Minister. 

Najib is going to be like Pak Lah if he does not do something. Remember the days when Pak Lah was attacked, it started with sosial media i.e. bloggers. It has got nothing to do with money mind you, but it has got everything to do with the future of the country. During Pak Lah's time bloggers were unhappy with certain decision he made regarding the Double Track railway project, the crooked bridge in Johor and etc.and since he does not listen to the people, they brought him down. 


Even the British Media is making fun of our PM (link)

Najib is doing the exact mistake as Pak Lah. However, what is more worrying is that although Pak Lah was brought down for making the WRONG DECISIONS , Najib will be brought down for NOT MAKING ANY DECISIONS. 

The Prime Minister must do something. Prior to May 2013 he had a lot of team (s) i.e. Pro BN Media teams, but what has happen to all of that? 

Only god knows and what i know someone is lying to the Prime Minister to his face by saying everything is ok. Everything is not Mr. Prime Minister and you better wake up quickly from your sleep. 



Popular Posts