Showing posts with label politik kampus. Show all posts
Showing posts with label politik kampus. Show all posts

Tuesday, January 24, 2012

[Kisah dulu-dulu] Pilihan Raya Kampus: Pembangkang menipu sejak dulu lagi



Nota: Artikel ini ditulis pada tahun 2003. Pada tahun 2011, perangai pembangkang masih tidak berubah - menipu seperti dulu juga. Ini yang saya maksudkan sebagai mahasiswa yang tidak bebas untuk membawa aspirasi sendiri dan gagal untuk mengagaskan budaya politik kampus yang baru melainkan terus menerus mengikuti acuan dan kebejatan politik luar. Sebab itu saya tidak ada masalah dengan Seksyen 15, AUKU dan konsisten mengenainya; kerana Seksyen 15 ini merupakan salah satu kaedah untuk memastikan mahasiswa benar-benar bebas dan tidak partisan dalam pendekatan mereka. 

Pilihan raya kampus dedah penipuan media pembangkang

Sehingga waktu tulisan ini ditulis, akhbar dan laman web pambangkang masih lagi berusaha menipu rakyat dan masyarakat dunia dengan menyatakan bahawa pelajar pro-pembangkang telah menang besar dalam pilihan raya Majlis Perwakilan pelajar (MPP) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) baru-baru ini.

Kononnya pelajar-pelajar pro-pembangkang memenangi 5 IPTA dari 9 IPTA, iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Hakikatnya, pelajar-pelajar pro-pembangkang memenangi pilihan raya hanya di dua buah IPTA sahaja, pertamanya UIAM dan keduanya, UM. 

Sebenarnya terdapat 17 IPTA yang terlibat di dalam Majlis Perundingan Pelajar Negara (MPPN), bukan 9, seperti yang didakwa oleh media pembangkang. 

Dari 17 IPTA ini, 11 adalah universiti dan 6 lagi bertaraf kolej universiti. 

Dari 11 universiti, pelajar pro-aspirai kerajaan sebenarnya memenangi 9 darinya, iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS), selain dari USM, UTM dan UPSI. 

Manakala bagi kolej universiti pula, pelajar pro-aspirasi kerajaan telah memenangi majoriti kerusi di kesemua 6 kolej universiti, tanpa membenarkan golongan pro-aspirasi pembangkang bertapak.

Secara keseluruhannya, bagi memenuhi 461 kerusi wakil pelajar di MPPN, pelajar-pelajar pro-aspirasi akan mewakili sejumlah 349 kerusi, iaitu 75.7% dari keseluruhan wakil pelajar dari semua IPTA di seluruh negara.

Tegasnya, di MPPN, majoriti 2/3 dari wakil pelajar dari IPTA di seluruh negara sebenarnya berpihak kepada kerajaan dan bukan pembangkang.

Kenapakah Harakahdaily dan Malaysiakini masih cuba menipu?

Biarkan saja si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarlah mereka seronok berilusi dan menipu diri sendiri, kalau itulah sahaja cara yang mereka tahu untuk memujuk diri mereka.

Kita tahu pukulan kekalahan memang sukar diterima. 

Akibat kekalahan, pada tahun 1994, di USM, seorang pelajar jurusan Sains Farmasi yang begitu fanatik terhadap PAS dan berjuang untuk menegakkan ideologi PAS melalui Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) telah hilang kewarasan apabila calon-calonnya kalah di tangan pelajar pro-aspirasi kerajaan. 

Khabarnya akibat kurang waras, pelajar tersebut tidak sempat menghabiskan pengajiannya. Akhirnya yang rugi adalah anak Melayu dan kerajaan yang telah menanggung pengajiannya sehingga ke tahun kedua.

Kita tidak hairan bila Harakahdaily dan Malaysiakini menyiarkan berita-berita yang tidak tepat seperti ini. Kredibiliti mereka memang sentiasa dipersoalkan dari semasa ke semasa. 

Media seperti ini tidak begitu menghargai etika kewartawanan dan tanggungjawab sosial yang perlu dipegang oleh media. Malah paling penting, mereka ini tidak langsung berpegang kepada prinsip untuk melaporkan kebenaran, seperti mana yang mereka `dakwa’, sentiasa mereka perjuangkan.

Sebagai contoh, jika benarlah dakwaan mereka bahawa di USM, pelajar pro-aspirasi pembangkang menang 19 kerusi dan pelajar pro-aspirasi kerajaan hanya memenangi 18 kerusi, tentulah jawatan Yang Di Pertua (YDP) MPP dipegang oleh pelajar pro-aspirasi pembangkang. 

Bagaimanapun ini tidak berlaku.

Sebaliknya Jikalau benar apa yang diberitakan oleh mereka, kenapakah jawatan-jawatan utama MPP di USM seperti Yang Di Pertua, Naib Yang Di Pertua, Setiausaha dan Bendahari dipegang oleh pemimpin pelajar pro-aspirasi kerajaan?

Jelas media seperti ini tidak berminat kepada fakta. Agenda ke`pembangkang’an mereka akan terus mereka pertahankan sekalipun terpaksa menipu dan memfitnah.

Salah satu contoh penipuan yang jelas adalah apabila Harakahdaily melaporkan bahawa UMNO Bayan Baru dan UMNO Bukit Bendera menjadi penyumbang terkuat kumpulan Wawasan di USM.

Penipuan kedua di buat dalam laporan yang sama, apabila Harakahdaily menyebut, `seperti biasa kempen kumpulan Wawasan mirip kepada kempen UMNO kerana ada tari menari dan fitnah yang berleluasa.’

Penipuan oleh Malaysiakini pula dapat dilihat apabila ia melaporkan bahawa pelajar-pelajar UPM diberikan RM 500 untuk mencalonkan diri, manakala pelajar-pelajar di UIA dan di UM pula diberikan RM 1000 untuk tujuan yang sama. 

Tidak cukup sekadar itu, penipuan Malaysiakini berterusan apabila melaporkan bahawa pelajar-pelajar di UM turut diberi telefon bimbit, selain dari janji bahawa RM 15,000 untuk memastikan mereka terpilih menjawat jawatan-jawatan penting di dalam MPP.

Cukuplah sekadar kita katakan bahawa di USM, tiada kumpulan Wawasan, tidak ada kempen yang disertakan tari menari dan tidak ada bantuan dari UMNO Bayan Baru dan Bukit Bendera. Begitu juga, di IPTA-IPTA lain - tidak ada insentif wang tunai dan tidak ada telefon bimbit yang diberikan untuk memastikan pelajar mencalonkan diri. 

Semangat yang terbit di kalangan pelajar ini adalah tulen, iatu semangat untuk melakukan perubahan, iaitu merubah persekitaran kampus dari persekitaran ala-Taliban dan menukar pemimpin-pemimpin MPP, dari dikuasai oleh golongan yang lebih mementingkan agenda politik luar dengan golongan yang lebih mewakili kehendak pelajar.

Bagi kita, taraf laporan Malaysiakini dan Harakahdaily ini tidak lebih dari cakap-cakap kedai kopi yang penuturnya tidak pernah mengambil peduli tentang kebenaran dan kepalsuan.

Seperti kata, Yang Di Pertua Majlis Desasiswa Gemilang, USM, Khairul Eruwan Abdul Halim ‘jangan hanya baling batu sembunyi tangan’. Malaysiakini dan Harakahdaily mesti membuktikan laporan mereka tepat dengan fakta, bukan sekadar melemparkan tuduhan.

Jika inilah bentuk perjuangan kebebasan akhbar Harakahdaily dan Malaysiakini, maka nantilah zaman kemalapan kewartawanan di dalam negara kita. Dari kualiti laporan yang menyedihkan ini, mereka umpama pendua kepada kebiadapan media Barat. 

Bezanya mereka ini berada di dalam negara, dan mengaku pula bertaraf sebagai rakyat Malaysia, walaupun mereka ini sedikitpun tidak berusaha menghayati nilai yang cuba di bentuk oleh nagara menerusi Wawasan 2020, iaitu keinginan kita untuk menjadi negara maju mengikut acuan kita sendiri, bukan acuan Barat yang menghalalkan segala-galanya.

Wednesday, January 11, 2012

Politik kampus - Beza antara Aktivisme dan `Keldai-isme'


Penipuan - satu aktivisme atau keldai-isme?


Mahasiswa atau keldai tunggangan?

ERA BARU AKTIVISME MAHASISWA


Aman Ali dan Bassam Tariq, dua anak muda Muslim di AS yang merantau ke 30 buah 
masjid di negara itu selama 30 hari dalam kempen menentang Islamofobia. Aktivisme  
seperti ini tidak mengundang rempuhan FRU dan kebencian umum

Dipetik dari blog UPSIkena


Tanjong Malim, 10 Jan - Pihak UPSIkena menerima satu kiriman artikel yang dihantar oleh seorang mahasiswa. Di sini, pihak UPSIkena akan kongsikan artikel tersebut sebagai makanan minda mahasiswa dan aktivis mahasiswa.

Pada 1966, University of California, Los Angeles (UCLA) melalui Higher Education of Research Institute (HERI) menemukan dapatan: 57.8% pelajar bersetuju bahawa penglibatan dalam politik (termasuk piket, perhimpunan, protes) dan ia merupakan orientasi utama dalam aktivisme pelajar (dalam kajian tahunannya ke atas pelajar baru universiti-universiti di Amerika Syarikat).

Lebih 30 tahun kemudian, UCLA pada 1997 melaporkan kajian tahunan yang sama dan mendapati: 26.7% sahaja yang bersetuju.

Pada 2010,kajian yang sama menampakkan unjuran yang semakin merosot.Hanya 6% daripada kalangan pelajar di Amerika Syarikat berpendapat bahawa pelajar perlu terlibat dalam protes atau demonstrasi politik.

Persoalannya, adakah mereka ini semakin lesu dan tidak lagi layak diangkat sebagai aktivis pelajar? Adakah pelajar-pelajar ini ditekan teruk oleh pemerintah sehingga hidup dalam ketakutan? Adakah mereka sudah terkena tempias AUKU yang merupakan akta paling zalim dalam sejarah ketamadunan manusia itu?

Tidak. Lembaran aktivisme pelajar di AS semakin meluas dan berubah. Mereka memilih jalan yang lebih profesional, lebih akademik dan lebih bijak - khususnya dalam membantu masyarakat.

"We're not taking over administration buildings; we're walking into the administration building with business suits on." - Zachary Mason, dalam Students switching activism toboardroom.

"True, students are not protesting wars or throwing rocks at the police or other forms of the establishment. But this form of activism is no less heart-felt or legitimate, and it’s also likely to be more enduring." - Judy Hopelain, dalam Student activism is not dead,just changing.

Ya, mereka menyertai perniagaan, giat menjana duit. Mereka masuk ke pejabat pentadbiran secara profesional dan mengemukakan tuntutan dengan kertas kerja yang meyakinkan. Mereka turun ke sekolah-sekolah dan membantu pelajaran kanak-kanak. Mereka memajukan teknologi, mengkomersialkan inovasi teknologi nano, menyemarakkan penemuan sains, - yang semuanya berteraskan bidang ilmu. Dalam masa yang sama, bertujuan memakmurkan masyarakat. (Saya syorkan dibaca Studentactivism can change the world).

Bahkan, dalam aktivisme keagamaan, pelajar tidak perlu melontar batu dan memekik melempiaskan marah, atau mempertontonkan ibadah solat di atas jalan raya (walaupun surau hanya beberapa meter) semata-mata untuk membuktikan Islam itu indah.

Pada Ramadhan (2010), satu kempen menentang Islamofobia dianjurkan oleh dua anak muda Muslim di AS, Aman Ali dan Bassam Tariq. Dinamakan sebagai 30 Mosques in30 Days, kempen ini menyaksikan mereka menjelajah ke 30 buah masjid di seluruh AS dalam sebulan Ramadhan. Kembara berjarak 12,000 km ini merakam rencam budaya, praktis Islam dan keindahan hidup Muslim di mukim masjid terbabit lalu dipaparkan untuk dikongsi ke seluruh dunia melalui blog mereka.

Aktivis terbabit dipuji umum, tidak pula dicerca, malah mendapat liputan meluas dari agensi berita CNN, ABC News dan beberapa yang lain.

Akan halnya tentang aktivis pelajar yang menyorakkan laungan 'Student Power' di Malaysia, masih terkepung dengan kerangka radikalisme tahun 60 dan 70-an, malah terbatas lagi dengan acara politik semata-mata.

Sama ada tak sedar atau pun terlalu ghairah, aktivisme mereka seperti gerabak belakang keretapi, manakala elitis politik merupakan kepalanya.

Bukan setakat keciciran, kita diajak pula memutar jarum ke belakang - mereka mengidam mahu kembali kepada era yang lebih 40 tahun ditinggalkan (yang berbeza demografi, teknologi, ekonomi dan banyak lagi).

Saya tertarik dengan pandangan seorang kenalan (giat memerhati perkembangan kampus) berhubung kaedah aktivisme pelajar kita:

"Saya lebih cenderung menyokong rakan-rakan siswa turun ke beberapa kawasan, lalu menjadikan murid-murid UPSR atau PMR mendapat 5A, menyempurnakan cita-cita banyak ibu bapa dan masyarakat. 

Memberi tuisyen percuma dan berkasih sayang mendidik tanpa mengira bangsa, yg murid-murid berinferiority complex, yg malu-malu berbahasa Inggeris - tiba-tiba hasil sentuhan rakan-rakan siswa, mereka muncul berani dan gagah berbahasa Inggeris.

Begitu juga kebebasan akademik. Saya lebih kagum sekumpulan doktor-doktor USM atas nama khidmat komuniti, turun ke Kemboja membantu anak-anak sumbing mulut. Dan mereka berjaya memberi anak-anak Kemboja kembali tersenyum.

Inilah khidmat kemanusiaan. Kita mahukan unsung hero atau hero jalanan?"
Kita bukan menidakkan kaedah berhimpun, mendesak atau garang - tetapi biarlah ia benar-benar bermakna dan menyelesaikan masalah. Ada satu contohyang dimaksudkan - di AS, kumpulan pendesak United Students Against Sweatshop (terdiri daripada pelajar universiti di AS) berjaya menekan syarikat Nike untuk membayar pampasan sejumlah USD1.54 juta kepada 1,800 pekerja di Honduras.

Januari 2009, dua subkontraktor Nike di Honduras menutup kilang mereka, tetapi gagal mengambil kira kebajikan pekerja yang hilang mata pencarian di kilang itu. Kumpulan pelajar bangkit memprotes, memboikot Nike dengan menggunakan slogan "Just Pay It" (lawan kepada slogan rasmi 'Just Do It').

Ini kerja membantu masyarakat yang tiada maksud partisan. Tuntutannya jelas, dan subjeknya juga yang benar-benar boleh menyelesaikan masalah ('menyerang' kapitalis). Rasionalnya juga jelas, 1,800 pekerja itu memang menderita.

Maka kalangan mahasiswa, profesional, masyarakat yang tiada kepentingan dengan Nike yang nak mencerca gerakan ini pun berfikir berkali-kali sebab faedahnya begitu terang. Bahkan pihak pengurusan University of Wisconsin, Madison turut bersama pelajar, dengan membatalkan satu perjanjian perlesenan mereka dengan Nike (Cornell University turut mengugut).

Dan 1,800 pekerja ini pasti menjulang pelajar universiti sebagai wira mereka.

Kalau ikut aktivis pelajar propembangkang di Malaysia, barangkali Nike terselamat, yang kena ialah Perdana Menteri.



Sunday, January 1, 2012

Jelajah Aman Kampus - Tolak kebejatan politik luar, kekalkan keamanan di kampus



Sidang Media - Jelajah Aman Kampus
at 11:21 PM


KUALA LUMPUR, 30 Dis - Mahasiswa adalah aset negara yang terpenting kerana golongan ini juga memiliki peranan yang besar dalam mencorak masa depan agama, bangsa dan tanahair, demikian menurut Presiden Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI), Mohd Shahar Abdullah ketika sidang media diadakan.

Sehubungan dengan itu, tambahnya Aspirasi akan menganjurkan JELAJAH AMAN KAMPUS dengan kerjasama beberapa buah badan NGO dan Universiti yang bersandarkan kepada empat asas utama iaitu memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di setiap kampus sentiasa dipelihara agar penekanan diberikan sepenuhnya terhadap kecermerlangan sahsiah diri dan akademik mahasiswa dapat direalisasikan.

“Dalam masa yang sama, ia bertujuan untuk menyuntik semangat partriotisme kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan di samping menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat memberi impak terhadap sosio-politik negara serta pembangunan intelek mahasiswa.

“Ia juga diharap dapat diterjemahkan melalui sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tandatangan mahasiswa dan warga kampus kelak,” katanya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi usaha sebegini sangat penting dalam melahirkan pelapis kepada kepimpinan negara yang memiliki keintelektual yang tinggi, semangat cintakan negara yang menebal dalam diri mereka dan mampu menjadi penyumbang kepada kemakmuran serta kemajuan Negara.


Oleh yang demikian tegasnya peranan ini tidak hanya dibebankan kepada pihak kerajaan sahaja tetapi setiap rakyat Malaysia perlu mengetahui peranan mereka tersendiri dalam menjayakan usaha ini.

“Antaranya, mahasiswa itu sendiri haruslah mengetahui tanggungjawab mereka terhadap ibubapa, keluarga, masyarakat dan negara. Sudah pasti, tugas utama mereka adalah memperolehi keputusan akademik yang sangat cemerlang dan aktif dalam pelbagai kegiatan kokurikulum.


Di samping itu, beliau turut membidas pemesongan pemikiran mahasiswa yang sedang giat dijalankan untuk menanamkan perasaan benci kepada pemerintah samaada di ruang siber, di dalam dan di luar kampus oleh pihak-pihak tertentu dengan tujuan untuk merosakkan kepimpinan negara di masa hadapan.

Jelasnya pelbagai strategi doktrinasi digunakan untuk mempengaruhi gaya pemikiran golongan intelek ini.

Lagi gambar di portal Putrajaya Online



Monday, December 26, 2011

[Kartun] Mahasiswa Kurang Ajar: Siapa ajar? Ha, ha ha; tengok kartun ni..



Kalau yang mengajarnya haprak, produknya dah tentu haprak. Saya percaya ramai ibu bapa di luar sana tidak ajar anak mereka apabila datang rumah orang, boleh buat sesuka hati alih dan sentuh barang-barang tanpa izin tuan rumah. Adam Adli kurang ajar kenapa ehh? Siapa ajar? Ramai yang tahu dalam PR, ada orang yang bukan setakat datang rumah orang, sentuh dan alih barang, tetapi usik juga isteri tuan rumah... Apa punya didikan la....

Kartun atas ihsan katunis Pistol Nakal
http://pistolnakal.blogspot.com/2011/11/pelajar-ipt-boleh-berpolitik.html

Friday, December 23, 2011

Mahasiswa Kurang Ajar -Semakin ramai benci dan selar tindakan @AdamAdli



Afdlin - Kalau orang masuk rumah kita buat benda-benda yang tak senonoh kita pun tak suka


[Nota: Saya bertanya kepada ramai, adakah masa kecil dulu mak ayah kita mengajar jika datang ke rumah orang, boleh suka-suka membuat kacau dan alihkan harta benda tanpa izin tuan rumah? Ramai yang berkata tidak dan itu perbuatan kurang ajar. Itulah gambaran yang mudah tentang Adam Adli. Sama ada dia tidak dididik secara betul oleh keluarganya atau dia dididik untuk menjadi kurang ajar oleh pemimpin PR. Kita tahu pemimpin PR ni, ada dua orang yang bukan harta benda orang mereka usik, isteri orang pun mereka buat macam-macam. 

Kalau ini gurunya, maka kita faham bagaimana muridnya. Sampai malam tadi tweet Adam masih menunjukkan ego dan kebongkakan yang tinggi. Kalau sekarang pun dah ego dan bongkak; tidak tahu pula batas kurang ajar, tidak tahulah apa nak jadi dengan orang macam ni jika mereka jadi pemimpin. Rosak budak-budak PR ni!


HOT : REAKSI SISWA SISWI MENGENAI TINDAKAN ADAM ADLI....

Krew KritisOnline cuba mendapatkan maklum-balas dari mahasiswa/siswi  berkaitan isu ‘hangat’, Adam Adli, seorang penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak (UPSI) yang dikatakan bertindak luar batasan ‘menceroboh’ dan ‘mengacau-ganggu’ harta awam dengan cara menurunkan bendera Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia ke-enam, YAB Datuk Seri  Mohd Najib Tun Razak dan seterusnya menggantikan dengan bendera gerakan ‘Bebas’, suatu gimik yang dilakukan berbentuk provokasi dalam menuntut 6 perkara mengenai ‘AUKU’ dan ‘kebebasan akademik’ baru-baru ini di PWTC.



Muhamad Aizat b. Saad, 22 tahun, jurusan Pentadbiran Muamalah, Universiti Utara Malaysia:

“Bila dia (Adli Adam) buat begitu maknanya dia tak menghormati pemimpin. Walaupun marah tetapi tak sepatutnya buat begitu. Pemimpin walau apa juga tindakannya mestilah dihormati kerana pemimpin bertungkus-lumus siang dan malam mengurus dan mentadbir Negara untuk rakyatnya. Ada 2 efek yang saya lihat pertama, mahasiswa yang menyokong tindakan beliau dan kedua mahasiswa yang tidak menyokong beliau. Apa pun, kedua-dua kumpulan (yang menyokong dan menolak) akan terbuka untuk melakukan perkara yang lebih teruk lagi dari menurunkan bendera pada masa akan datang kerana pengaruh negative itu telah pun dibuka”.



Hafsah bt. Mohammad Noor, 24 tahun, jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia:

“Sikap dia (Adli Adam) yang tidak menghormati pemimpin ada berbagai persepsi. Pertama, beliau adalah ‘orang Melayu’. Bangsa lain akan melihat inikah sikap orang Melayu kerana tidak ada laporan penuntut berbangsa lain yang terlibat waktu hari kejadian (menurunkan bendera). Mahasiswa lain kini terpalit dengan perbuatan negatif beliau walaupun sebenarnya kami tidak pun terlibat sama dan tidak bersetuju. Kedua, mahasiswa kini sudah terasa dengan kehadiran politik dalam kampus walaupun AUKU belum dipinda dan baru dicadangkan untuk dipinda. Saya secara peribadi cukup tidak berkenan dengan perasaaan ini (kehadiran politik dalam kampus) kerana ia mengganggu pembelajaran saya sendiri”.



Intan Syafinas bt Othman, 20 tahun, jurusan Perniagaan Antarabangsa, Universiti Perlis Malaysia:

“Not polite at all! Kalau pun dia merasa marah, apabila memorandum telahdiserahkan, cukuplah! Maknanya hajat beliau dan gerakannya telah tercapai. Tapi aksi menurunkan bendera itu amat tidak patut. Lagi satu, apabila mahu meminta maaf sebagaimana yang saya lihat dalam youtube, kena bersyarat. Apa ni? Kita bangsa Melayu penuh adab kalau mahu mohon maaf, ikhlas. Bukannya bersyarat berbagai. Nampak sangat tak ikhlas. Dan lagi satu, tindakan dia menurunkan bendera setelah lama kejadian memorandum diserahkan adalah tindakan pengecut. Kenapa tak maklumkan dulu nak turunkan bendera? Kenapa buat curi-curi?



Mohd Rizuan b. Mohd Haran, 24 tahun, jurusan Sastera Pendidikan, Universiti Sains Malaysia:

“Sebagai seorang mahasiswa tahun akhir, saya faham tindakan Adli dalam menuntut hak mahasiswa, namun, menurunkan bendera itu bukan tindakan matang dan saya rasa secara peribadi ianya telah dirancang awal oleh pihak tertentu yang mempergunakan mahasiswa yang terbabit dalam kejadian untuk menyemai kebencian terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Buktinya, kalau betul nak serah memorandum, kenapa PWTC yang menjadi pilihan mereka? Kerana ianya ibu pejabat parti (UMNO). Sepatutnya ia diserahkan di Kementerian Pengajian Tinggi atau Jabatan Perdana Menteri sendiri di Putrajaya, bukan di PWTC.



Faten Afeeqa bt. Othman, 20 tahun, jurusan Perniagaan Antrabangsa, Universiti Perlis Malaysia:

“Kecewa! Kerana tindakannya itu terlalu diperbesarkan dan seolah-olah menjadi ‘ikon’ mahasiswa walhal saya sebagai studenttidak setuju pun dengan tindakan itu. Apatah lagi jurusan yang dia ambil adalah sebagai pendidik. Kalau inilah contoh atau ‘ikon’ kepada bakal anak-anak muridnya nanti setelah bergelar pendidik, sukar untuk saya bayangkan. Mahasiswa secara umum dilihat sebagai golongan istimewa kerana pandangan bersifat akademik dan profesional namun tindakan beliau melambangkan sebaliknya”.



Nurul Nadirah Fazmin bt. Narawi, 21 tahun, jurusan Keusahawanan & Perdagangan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia:

“Sukar saya ucapkan. Apatah lagi saya sendiri dari UPSI. Beliau (Adli) mencipta sejarah tersendiri, sayangnya sejarah yang tidak dapat dibanggakan oleh mahasiswa lain di UPSI. Sesungguhnya tindakannya mencalar imej kami secara khusus sebagai mahasiswa dan imej universiti kami secara am. Saya sendiri menolak perbuatannya walau dengan apa juga alasan yang diberikan, tidak kiralah alasan kerana menuntut hak mahasiswa atau alasan politik yang sesungguhnya tidak mewakili saya pun sebagai mahasiswa. Saya tak pasti kalau ‘silence’ mahasiswa seperti saya pun tak setuju. Apa yang pasti, saya kesal dengan perbuatannya!" Kritis Online

Thursday, December 22, 2011

[Video] [Gambar] Mahasiswa selar Mahasiswa Kurang Ajar!





Mahasiswa yang benar-benar mewakili suara majoriti mahasiswa


Komen blogger Double-Y

Tahniah buat mahasiswa Pro-Aspirasi yang berjaya menonjolkan diri mereka hari ini di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi.


Sepanjang pemerhatian perhimpunan yang diadakan oleh kumpulan mahasiswa pro-Aspirasi siang tadi dilihat lebih teratur dan lebih aman jika hendak dibandingkan dengan tindakan yang dilakukan oleh 'mahasewel' SMM.


Tiada gangguan trafik....


Tiada peniaga terjejas...


Tiada peniaga marah-marah...


Inilah baru dikatakan perhimpunan aman...


Oh...video macam tergantung... tunggu sambungan ok!


Hahahaha...!


Tahniah PDRM kerana membantu menjaga keselamatan para mahasiswa sepanjang berlangsungnya perhimpunan di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi siang tadi.


YY : Gembira melihat kebangkitan mahasiswa pro-Aspirasi...


Video oleh blogger 1Peluru. Lebih banyak gambar di blog Apa dan Agenda Daily.


Turut menyiarkan berita mengenai KPT tadi adalah







PUTRAJAYA: Lebih 500 mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berhimpun secara aman di perkarangan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi di sini untuk menunjukkan sokongan padu terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

"Himpunan Aman Sokong PM" anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Asipirasi Malaysia (ASPIRASI) dan disokong badan-badan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada Najib melalui Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kumpulan itu turut menyerahkan satu lagi memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, dan mendesak beliau meletak jawatan kerana dikatakan melayan kerenah dan tuntutan ahli kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) Sabtu lalu.

Perhimpunan hari ini yang bermula kira-kira 2.30 petang itu menyaksikan kumpulan itu melaungkan "We Love PM" serta menyanyikan lagu "Rasa Sayang" yang ditujukan khas kepada Perdana Menteri. Selain itu, kain rentang dengan menulis "We Love Prime Minister" turut kelihatan.

Presiden ASPIRASI, Mohd Shahar Abdullah, menyerahkan memorandum tersebut kepada Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Khairi A Malik manakala memorandum kepada Saifuddin diserahkan kepada Setiausaha Sulit Kanan beliau, Mohd Nazri Noh.

Mohd Shahar berkata, Himpunan Aman Sokong PM hari ini adalah satu tanda sokongan padu dan keyakinan golongan muda terhadap kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.

"Kita sokong Perdana Menteri tidak berbelah bahagi dan sesiapa yang mengusik PM kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan untuk menentang mereka. "Ini adalah suara mahasiswa dan anak-anak muda. Kami akan terus mempertahankan negara Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam memorandum itu, kumpulan itu menyatakan sokongan mahasiswa kepada Perdana Menteri dan berdukacita di atas insiden penurunan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan menaikkan bendera kumpulan pelampau mahasiswa.

Kumpulan itu turut mengemukakan tujuh tuntutan termasuk mengambil tindakan berdasarkan undang-undang dan peraturan sedia ada kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bertindak keterlaluan dengan menurunkan bendera Perdana Menteri dan menaikkan bendera SSM dan BEBAS.

Sementara itu, Pergerakan Puteri UMNO turut menyerahkan memorandum kepada Khaled Nordin untuk membantah tindakan mahasiswa menurunkan bendera Najib.

Dalam memorandum bantahan itu, Puteri UMNO mendesak kementerian itu bertindak tegas menangani isu mahasiswa dan tidak terlalu berlembut memenuhi tuntutan mereka.

EXCO Pergerakan Puteri UMNO merangkap Pengerusi Biro Pelajaran Pergerakan Puteri UMNO, Seriwani Sabtu, mengetuai EXCO Puteri UMNO menyerahkan memorandum tersebut kepada Khairi di pejabatnya kira-kira 4.30 petang tadi.

Sabtu lalu, 200 peserta SMM dan BEBAS yang membabitkan penuntut di institusi pengajian tinggi telah menyerahkan memorandum berhubung AUKU ke Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Kumpulan itu ke PWTC untuk menyerahkan memorandum sama kepada Saifuddin, sebelum seorang daripada mereka menurunkan bendera memaparkan gambar Najib dan menggantikannya dengan bendera SMM dan BEBAS. - BERNAMA


Tuesday, December 20, 2011

Mahasiswa Kurang Ajar: Yang Di Pertua MMP UPSI selar tindakan Adam!



MT MPP UPSI KESAL TINDAKAN ADAM ADLI!

Dipetik dari blog Mahasiswa Utara
http://mahasiswa-utara.blogspot.com/2011/12/mt-mpp-upsi-kesal-tindakan-adam-adli.html

Salam kepada mahasiswa UPSI dan semua...

....................................................................................................


MUHAMMAD AFIQ FIKRI - YDP MPPUPSI 2011/2012


"As salam dan selamat sejahtera.... saya SANGAT TIDAK menyokong tindakan menurunkan bendera dan melakukan perarakan yang khabarnya ingin mnyampaikn memorandum di PWTC semalam.. Tindakan menurunkan bendera di sana bagi saya telah menjatuhkn martabat mahasiswa terutamanya UPSI.... Jika sekadar untuk menyampaikn memorandum, pada khemat saya banyak medium lain yang boleh digunakan.. Mengapa perlu di jalanan? Begitukah cara mahasiswa yg intelek? Jika betul apa yang mereka lakukan, mengapa hanya segelintir mahasiswa yang menyertainya? Adakah mereka layak membawa suara mahasiswa secara keseluruhannya? Atau hanya membawa suara pihak berkepentingan? Bgi sy, tidak perlu menurunkan bendera tersebut, ia satu tindakan yg biadap dan mencalarkan imej MAHASISWA terutama Universiti sendiri.. Ini pendirian saya selaku Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI dan juga salah seorang MAHASISWA..!!!... Bagi saya manusia sebeginilah yang mencalar dan merosakkan nama baik bakal seorang pendidik khususnya UPSI... Kerana insan beginilah usaha untuk memastikan penempatan pelajar semakin sukar... Terima Kasih Menambah Kerja saya yang dah hampir selesai, menjadi tidak selesai... "



                                   ===================/////==================




MOHD SHAHRIL BIN KHASIN - SU AGUNG MPPUPSI 2011/2012


"Saya mewakili YDP MPP UPSI, MPP UPSI dan seluruh mahasiswa UPSI membantah keras tindakan yang dilakukan oleh Adam Adli, mahasiswa UPSI yang menurunkan bendera PM di PWTC. Beliau bukan membawa nama mahasiswa UPSI dalam tndakannya!!! Itu tindakan individu berkepentingan sendiri. Wajar diberi tindakan sepatutnya!!! Ia satu tindakan yg biadap dan mencalarkan imej MAHASISWA terutama Universiti sendiri... memalukan dan mencalarkan imej institusi pendidikan ulung, UPSI!!!"

"Jika betul apa yang mereka lakukan, mengapa hanya segelintir mahasiswa yang menyertainya? Adakah mereka layak membawa suara mahasiswa secara keseluruhannya? Atau hanya membawa suara pihak berkepentingan? Tidak perlu menurunkan bendera tersebut, ia satu tindakan yg biadap dan mencalarkan imej MAHASISWA terutama Universiti sendiri... memalukan dan mencalarkan imej institusi pendidikan ulung, UPSI!!!"

"Menunjukkan kebodohan insan berpendidikan!!! Telah menunjukkan kepada semua siapa dia sebenarnya!!!"

petikan juga dari blog prihatin azmikelanajaya  

[Video] Mahasiswa Kurang Ajar: Adam Hampir Ditumbuk




Adakah ini cubaan yang pertama dan terakhir? Atau akan ada lagi percubaan-percubaan seperti ini? Mana mak ayah si Adam ni? Di mana keluarganya? Kita nak tahu juga keluarga macam mana yang mendidik budak yang kurang ajar seperti ini... 

Sunday, December 18, 2011

Insiden Turun Bendera: [Video] Tun M - bila berdemonstrasi masa bila masa belajar?


Tun M - belajar dulu, selepas ini berpolitiklah

Insiden Turun bendera: Mahasiswa yang terlibat perlu bayar denda?


[Nota: Beberapa pemerhatian saya. Pertama - ramai yang dari kaum Melayu yang terlibat. Kenapa? Sebab pelajar kaum lain dibiayai oleh mak ayah mereka sendiri, jadi sedar diri sikit dan lebih tumpukan kepada akademik. Yang jadi alat ni, pelajar-pelajar yang belajar bukan atas tanggungan ibu bapa, tapi atas tajaan wang rakyat; sebab itu mereka ini tidak amanah dan tidak tahu menghargai nilai wang ini. 

Kedua: Perbuatan bodoh dan kurang ajar menurunkan bendera ini tidak boleh diterima walau apa pun alasannya. Semua Ahli Parlimen Mahasiswa dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dilantik oleh majoriti mahasiswa wajar menyelar tindakan sekumpulan pelajar yang telah mencemarkan maruah mahasiswa. Saya yakin, perbuatan ini tidak di`endorse' oleh ramai pemimpin mahasiswa. Oleh itu jangan biarkan sekumpulan kecil pelajar ini mengambil tindakan sesuak hati mereka. Mesti ada kenyataan dan tindakan agar pelajar-pelajar ini tidak `overclaim' bahawa mereka ini mewakili golongan mahasiswa.

Ketiga; sebelum jadi `event organiser' , eloklah pelajar-pelajar yang belum habis belajar ini menyediakan satu list persetujuan dan risiko agar dapat diisi oleh mereka yang ingin mengikut demonstrasi jalanan memahami apa sebenar yang boleh berlaku atas mereka. Ambilkan insuran untuk setiap peserta. Bagi taklimat apa yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa demonstrasi jalanan ini berlaku. Akhirnya, elok kerajaan kenakan bon keselamatan ke atas pihak yang ingin berdemo ini. Kalau mereka gagal mengawal peserta demonstrasi jalanan ini, maka elok juga jika penganjur dipertanggung jawabkan untuk membayar segala ganti rugi terhadap kerosakan aset yang berlaku. 

Di bawah adalah pandangan peribadi blogger Double-Y mengenai golongan mahasiswa pro-Kerajaan. Mudah-mudahan mereka mengambil iktibar dan pandai-pandai menonjolkan diri..... ]


Mahasiswa Pro-Kerajaan Pengecut?



Di atas adalah foto demontrasi 'aman' oleh sekumpulan mahasiswa pro-pembangkang. Usah banyak bicara mengatakan mereka ini bukan berpihak kepada mana-mana parti kerana kita semua tahu bahawa wujudnya tangan ghaib di sebalik tindakan mereka ini.

Saya difahamkan sejumlah 200 orang mahasiswa berarak dan berdemo siang tadi, melalui pesanan twitter pula mahasiswa ini menghantar tweet mendakwa mereka berjaya 'menakluki' bangunan PWTC. Melihat foto-foto di beberapa blog antaranya blog Suara Mahasiswa Selatan (SMS) - saya cuba mencari-cari di manakah mahasiswa berbangsa Cina atau India dalam foto tersebut.

Pencarian saya hampa, kerana tiada mahasiswa berbangsa lain selain Melayu yang berarak, berdemo menuju ke PWTC kononnya mahu menuntut kebebasan kepada mahasiswa tetapi bertindak menurunkan bendera Presiden UMNO DS Najib Tun Razak. - SATU TINDAKAN YANG BIADAP!




Bila melihat tiada kelibat mahasiswa berbangsa lain selain Melayu - timbul persoalan di benak fikiran saya, adakah mahasiswa berbangsa lain tidak mengambil peduli akan 'sekatan' bersuara yang dikenakan oleh kerajaan kepada mahasiswa - atau pun sememangnya mahasiswa di negara ini sebenarnya bebas bersuara tetapi perlulah melalui landasan yang betul?

Saya mencari-cari jawapan tersebut, lalu saya menghubungi beberapa mahasiswa yang saya kenali kerana hampir setiap minggu masa saya dihabiskan bersama mereka. Jawapan mereka hampir senada iaitu kerajaan tidak pernah menyekat mana-mana mahasiswa untuk bersuara, tetapi perlulah melalui landasan yang betul bukan di jalanraya.

Saya juga bertanyakan kenapa tiada mahasiswa berbangsa lain selain Melayu, adakah mahasiswa berbangsa lain sibuk menelaah pelajaran manakala pelajar berbangsa Melayu sibuk berpolitik walhal dari segi CGPA mereka hanya cukup-cukup makan?

Jawapannya memang benar, bangsa lain sibuk bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan keputusan yang baik kerana mereka sedar keputusan yang cemerlang mampu menempatkan diri mereka di kedudukan yang terbaik bila mereka menghabiskan pelajaran kelak.

Sayangnya pemikiran sebegini tiada dalam kepala otak mahasiswa berbangsa Melayu yang berjaya memasuki kampus dek kerana rayuan yang dibuat oleh ibu bapa mereka. Maklumlah keputusan bukan cemerlang mana pun!

Selain itu saya juga cuba mendapatkan kepastian adakah majoriti mahasiswa hari ini bersikap anti kerajaan BN?

Jawapan yang diberikan pula adalah sebaliknya. Daripada 10 mahasiswa yang terdiri dari pelbagai IPTA yang saya hubungi dengan yakin mengatakan majoriti mahasiswa itu tidak semua bersikap anti kerajaan kerana masih ramai yang menyokong kerajaan serta yang bersikap berdiam diri atau tidak mengambil pusing soal politik serta isu-isu semasa.

7 daripada mahasiswa ini mengatakan bahawa masih ramai mahasiswa yang bersikap menyokong kerajaan, tetapi kebanyakkan dari mereka bersikap diam diri kerana 'takut' untuk menonjolkan diri sebagaimana mahasiswa pro pembangkang.

Mereka juga mengatakan mahasiswa pro pembangkang mendapat 'sentuhan' khas tangan-tangan ghaib dari pemimpin pembangkang sebaliknya mahasiswa pro kerajaan berpecah kepada kumpulan kecil yang selama ini tidak pernah mendapat 'sentuhan' daripada mana-mana pemimpin parti atau kerajaan.

Mahasiswa pro kerajaan yang berpecah kepada kumpulan kecil ini gagal bertindak menggerakkan mobilisasi sebagaimana digerakkan oleh kumpulan mahasiswa pro pembangkang yang mendapat 'sentuhan khas' dari kumpulan tertentu dari parti politik tertentu.

Melihat kehebatan gerakan mobilisasi ini, masyarakat hari ini beranggapan bahawa majoriti mahasiswa itu bersikap menentang kerajaan walhal pada hakikat sebenar jumlah yang berhimpun, berdemo sebenarnya hanya 3/10 daripada jumlah mahasiswa di seluruh negara.

Selain berpecah kepada kumpulan kecil, mahasiwa pro kerajaan juga masih 'frust' tertonggeng dengan keputusan DS Najib Tun Razak yang mahu meminda Seksyen 15 AUKU. Rata-rata dari mereka merasakan mereka sudah tewas dalam perjuangan. Kerana akta yang dipertahankan selama ini diubah oleh pemimpin yang selama ini mereka sokong.

Nasihat saya buat adik-adik yang bakal memimpin negara ini. Jika kamu gagal melawan mereka, kamu perlu sertai mereka. Jika mereka mampu berhimpun menuntut hak itu dan ini, jika mereka mampu berhimpun meruntuhkan pagar kampus kamu juga mampu melakukan perkara yang sama.

Atau pun mahasiswa pro kerajaan yang ada hari ini - yang disebut sebagai mahasiswaPRO-ASPIRASI hanya terdiri daripada mahasiswa PENGECUT yang hanya berani berkokok di alam maya tetapi tidak berani merealisasikan suara mereka sebagaimana dilakukan oleh mahasiswa PRO-M?

Hahaha...



Thursday, March 24, 2011

Why Students Should Not Be Allowed to Join Politics


Petikan dari:

Malaysian Digest: Why Students Should Not Be Allowed to Join Politics
by Haider Yutim
Thursday, 24 March 2011 09:35

Quite a number of students are involved in politics nowadays even with the implementation of University & University College Act 1971 (AUKU). Some are even members of political parties. This topic has been much debated for some time now and there are different views and thoughts on whether students should be allowed to take part in politics.

Some strongly believe in the idea of allowing the students to be involved and others totally reject it. The implementation AUKU also prohibits students from participating or expressing sympathy or support for any political parties and disallowing them from entering politics. There are quite a number of students who have been charged under the AUKU and there have been calls to amend the Act especially by the Opposition.

A Student’s Job Is to Study

According to Malaysian Umno Youth Exco Member and Chairman of the Umno Youth New Media Unit (UMB), Tun Faisal, students shouldn’t be involved in political parties because the core purpose for a student is to study. He says the priority of every student is to get good grades and equipping themselves with the skills and knowledge they need from their universities. Additionally, students must also gain as much exposure as possible, especially on foreign countries and culture, to help them to use the experience to serve the country better once they join the workforce, or politics for that matter.

According to Tun Faisal, it is best for students to not be involved in political parties. However, there is nothing wrong with being interested in and wanting to understand more about politics as, for youths, it is important to gain knowledge and have aspirations.

As for policies, they have to listen to both sides of the arguments to see the bigger picture. Also, as students, every cause and aspirations that they fight for should be that of their fellow students and not of political parties. But what is most important of all is for one to have an own view and not be easily swayed by political parties’ propagandas. No matter which side you’re on, don’t be pawns. Ideally, the struggle should be for clean politics. Other than that, learning about other aspects of politics like new politics, political engagements, politics of teamwork and politics of compromise would also be useful particularly for those who are dead serious about getting into it once they’re out of school.

Tun Faisal says, so far, he has never heard of any parents who wishes for their children to be involved in politics as they all want their children to focus on their studies.

“Even if I was to be their parent, I won’t allow them to be involved in political parties. For me, they should learn and expose themselves… they can go overseas and get involved with PBB or Unesco activities as long as they get global experience and as long they can enhance their character and their own self, that is a good thing,” said Tun Faisal.

He added that students can also go back to their hometowns and experience the hardships of the folks there or even the struggle of those poor urban people for this would get them in touch with reality. This is way better than getting involved in political parties and being their pawns.

When it comes to mentality and intellectuality, Tun Faisal is fond of the idea of shaping students to become more open-minded yet, at the same time, critical thinkers. For example, he says it would not be a problem for someone to express their views in Biro Tata Negara (BTN) course. He said he has been to BTN courses and often the participants would inquire about things relating to their dissatisfaction with certain government policies. However, after their questions are answered, they would accept the explanation since they are able to make a better rationalization after having knowledge the bigger picture.

“That is why I say listen to both sides, and not just one side. I support the (Umno) Youth chief in that students be given the chance to express their political views. It’s just that, in my personal opinion, students should not be involved in political parties,” said Tun Faisal.

Baca artikel penuh di Malaysian Digest

Baca juga artikel saya mengenai di Mahasiswa dan Politik Kepartian

Monday, August 23, 2010

Mahasiswa dan Politik Kepartian


Diskusi Aspirasi anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) yang berlangsung di Putrajaya semalam dihadiri oleh hampir 430 orang mahasiswa. Dalam diskusi semalam, selain saya, pihak Aspirasi, menjemput Tan Sri Dato Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah, mantan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Sdr Ahmad Wafi Saheda, YDP MPP Universiti Sains Malaysia (USM).

Dalam forum semalam saya telah memulakan pembentangan saya dengan menyatakan pendirian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dinyatakan oleh Ketua Pemudanya YB Khairy Jamaluddin, bahawa pergerakan ini menyokong agar mahasiswa dibenarkan berpolitik dan menyertai parti politik. Ia di atas premis bahawa mahasiswa adalah golongan yang bijak, matang dan boleh menentukan baik buruk sesuatu perkara. Ia juga di atas premis bahawa mahasiswa perlu diberikan pendedahan agar mereka dapat menjadi pemimpin yang lebih baik di masa hadapan. Itu adalah pandangan rasmi Pemuda UMNO Malaysia. Mahasiswa juga mempunyai hak untuk mengundi, tetapi mengapa mereka tidak dibenarkan menyertai parti politik.

Begitu pun, saya telah menyatakan selepas itu pendirian peribadi saya, bahawa saya akan mengambil pendirian yang lebih bertanggung jawab untuk menjelaskan kepada mahasiswa tentang realiti sebenar tentang kehidupan, kepimpinan dan aspirasi mahasiswa, dan tentang kejelekan politik di Malaysia.

Realiti yang pertama;

1. Tidak ada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke universiti untuk berpolitik, sebaliknya mereka menghantar anak-anak mereka dengan harapan yang tinggi agar mereka menumpukan seluruh perhatian kepada pelajaran dan membawa pulang bukan saja ijazah, tetapi kejayaan yang cemerlang.

2. Tidak ada kerajaan yang bertanggung jawab di atas wang rakyat, akan membenarkan tumpuan pelajar-pelajarnya, lebih-lebih lagi yang ditajanya, terganggu akibat politik.

Realiti kedua;

Benar, sebagai golongan terpelajar, mahasiswa merupakan harapan negara bagi memacu kemajuan negara dalam pelbagai bidang. Mahasiswa juga merupakan harapan bagi mewarisi persada kepimpinan negara.

Walaupun ada pandangan yang mengatakan;
  • “Mahasiswa adalah agen perubahan. Pada masa yang sama terdapat peruntukan Perlembagaan atau akta yang banyak sangat frasa `tidak boleh’ berbanding `boleh’.”
  • “Kita bercakap tentang mahasiswa sebagai peneraju kecemerlangan masyarakat, kita menyentuh tentang peranan mahasiswa dalam kestabilan politik, ekonomi dan sosial, kita berbicara tentang peranan mahasiswa dan globalisasi sedangkan semuanya ada had-had dan batasan-batasan tertentu yang lazim dilihat sebagai kekangan perlaksanaan peranan.”
  • “Kalau dalam negara malah dalam universiti pun sukar untuk digegarkan suara mahasiswa, maka apa perlu bercerita hal-hal globalisasi atau kesejagatan?”
namun realitinya:
  • Mahasiswa tidak lagi merupakan `agen perubahan’ dan bukan lagi peneraju kecemerlangan masyarakat. Mahasiswa telah kehilangan keistimewaan ini akibat menurunnya jurang intelektualisme di antara mahasiswa dan masyarakat.
  • Dalam tahun 1960 – 1970an peranan ini mungkin kerana masih belum ramai dalam masyarakat yang berpendidikan tinggi. Bagaimanapun struktur sosial sekarang telah berubah kerana mahasiswa hanyalah `ratusan ribu pelajar tanpa ijazah yang belum pasti mendapat pekerjaan’, berbanding dengan sejumlah pemegang ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah di dalam masyarakat.
Realiti ketiga:

Adalah satu mitos, bahawa mahasiswa di luar negara yang tidak dikekang oleh AUKU akan menjadi pemimpin yang lebih baik berbanding mahasiswa di dalam negara. Mungkin mereka di luar negara boleh berbahasa Inggeris dengan lebih baik dan mempunyai pengalaman hidup di bawah pentadbiran negara lain, namun dari segi latihan serta pendedahan sosio-politik dalam konteks Malaysia, mahasiswa tempatan mempunyai kelebihan.

Soal penglibatan dalam Kelab UMNO bukan soal yang relevan kerana pertama tujuan Kelab UMNO adalah untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar Melayu dan Malaysia di luar negara kerana suatu masa dahulu ada pihak di dalam UMNO yang beranggapan bahawa tanggung jawab bagi menjaga kebajikan pelajar ini harus diuruskan oleh satu organisasi. Tidak salah jika orang UMNO yang memikirkan soal ini tampil ke hadapan untuk membantu pelajar-pelajar Malaysia di sana dan menamakan organisasi itu sebagai Kelab UMNO. Tidak ada sesiapa pun yang menghalang jika Kelab DAP atau Kelab PAS hendak ditubuhkan di luar negara.

Realiti keempat;

AUKU tidak menghalang mana-mana mahasiswa untuk mempunyai aspirasi pembangkang atau kerajaan. Selama ini kita tahu sejak dulu lagi ada kumpulan yang menyokong aspirasi kerajaan dan aspirasi pembangkang. Bagi mahasiswa yang lebih penting adalah aspirasi mahasiswa itu sendiri. Keduanya, kenapa harus membawa kebejatan politik luar ke dalam kampus sehingga taktik-taktik kotor dan aspirasi yang tiada kaitan dengan soal dalam kampus dijadikan modal dalam kempen Majlis Perwakilan Pelajar? Apa tujuannya? Sewajarnya kampus menjadi medan untuk mahasiswa terdidik dan membudayakan politik baru; politik muafakat dan politik partisipasi.

Realiti Kelima

Dalam konteks order baru dunia dan globalisasi sentiasa terdapat peraturan dan batasan yang menghalang seseorang pemimpin dan sesebuah negara dari melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya. YB bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri tidak dapat melakukan banyak perkara kerana terdapat batasan dan halangan yang dikenakan oleh masyarakat antarabangsa. Dunia tanpa halangan hanyalah satu konsep. Kebijaksanaan dan sikap pragmatik merupakan kemahiran yang diperlukan dalam dunia yang penuh batasan ini. Tegasnya dalam dunia ini kita tidak mendapat apa yang sepatutnya menjadi milik kita. Kita hanya mendapat apa yang kita rundingkan untuk menjadi milik kita. ‘We get what we negotiate for.’ Dan, kita tahu di dalam Malaysia, Tun Dr Mahathir adalah di antara jururunding negara yang terbilang dan diakui oleh masyarakat antarabangsa.

[Nota: Prof Dr Ibrahim memberi analogi yang baik tentang batasan dan hak mahasiswa apabila membandingkannya dengan hak anggota polis, tentera dan penjawat awam tertentu yang mempunyai hak mengundi, tetapi tidak dibenarkan menyertai dan terlibat dalam politik kepartian]

Nasihat saya mudah, dalam dunia global dan dalam era k-ekonomi, sekiranya mahasiswa mahu menggegar dunia, perkara pertama yang mereka perlu ada ialah ilmu pengetahuan menyeluruh dan kemahiran yang tinggi. Ini merupakan batas pertama yang mereka perlu tempuhi. Tugas utama mahasiswa adalah untuk menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan agar dapat berperanan dalam era k-ekonomi. Tanpa pengetahuan `segar’ ataupun yang setimpal dengan `think tank’ dan syarikat-syarikat pakar runding (consulting companies), mahasiswa tidak mungkin mampu memberikan input yang bermakna bagi membangunkan negara.

Cabaran mahasiswa
  • Untuk menghadapi masyarakat yang lebih bijak di luar
  • Untuk mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh agar dapat berperanan dalam k-ekonomi, cth ilmu pengetahuan – kecemerlangan akademik, pembelajaran berterusan, ijazah peringkat tertinggi, cth: kemahiran berbahasa Inggeris dan pelbagai bahasa, pengetahuan dalam ICT, kemampuan menulis, menyampaikan pandangan dengan baik, interpersonal skill, etc.
  • Untuk mempersiapkan diri agar mampu berperanan secara efektif di peringkat organisasi, nasional dan juga antarabangsa.
Tanpa ilmu pengetahuan yang luas dan kemahiran yang tinggi, mahasiswa hanya sekadar boleh memimpin
o Golongan mahasiswa
o Belia dan pelajar yang berpendidikan lebih rendah
o Masyarakat yang kurang terpelajar

Tanpa pengetahuan – mahasiswa tidak akan mampu memimpin, sebaliknya hanya layak dipimpin oleh golongan yang lebih bijak dan terpelajar, lebih buruk lagi mahasiswa akan dimanipulasi dan diperalatkan oleh golongan-golongan yang lebih `bijak’ dari mahasiswa.

Contoh klasik adalah apabila mahasiswa diperalatkan dalam pergolakan politik 1998. Akibat konflik yang timbul di dalam sebuah parti politik, gerakan mahasiswa telah digerakkan untuk menjatuhkan kerajaan. Bagi menggerakkan gerakan ini, fitnah dan penipuan telah dilemparkan. Kononnya krisis ekonomi yang timbul merupakan akibat dari kerajaan yang korup dan yang mengamalkan kroni kapitalisme. Semangat untuk menumbangkan kerajaan telah diapi-apikan. Kumpulan yang mendalangi gerakan ini mahu mengulangi kejayaan gerakan mahasiswa negara jiran yang dapat menumbangkan kerajaan mereka yang dikatakan korup.

Bagaimanapun apa yang tidak disedari oleh gerakan mahasiswa ketika itu, alasan korupsi dan kronisme bukan penyebab utama krisis ekonomi. Serangan spekulator matawang dan penarikan modal asing secara besar-besaran merupakan faktor utama kekusutan ekonomi ketika itu. Keterbukaan sistem kewangan dan globalisasi tanpa kawalan telah menyebabkan kegawatan ketika itu. Negara-negara tertentu dan rakyat mereka telah dimiskinkan. Manakala banyak perniagaan terpaksa ditutup dan dijual pada harga yang murah. Murah, kerana - pertamanya akibat penurunan nilai mata wang oleh spekulator matawang, keduanya disebabkan alasan kelemahan kedudukan kewangan dan kegawatan ekonomi. Negara ketika itu sedang berada di ambang penjajahan ekonomi, bagaimanapun gerakan mahasiswa telah gagal untuk memahaminya.

Pada ketika kerajaan sedang memfokuskan usaha untuk menghalang penjajahan ekonomi oleh kuasa ekonomi asing, demonstrasi dan rusuhan yang disertai oleh gerakan mahasiswa telah memburukkan lagi keadaan. Demonstrasi jalanan dan rusuhan ini menjadi bahan berita kepada pihak media asing untuk terus memberi gambaran buruk tentang kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan yang sedang menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah ekonomi, tidak mempunyai banyak pilihan sebaliknya terpaksa menghalang perbuatan merusuh bagi mengelakkan keyakinan terhadap kestabilan negara dari terus merudum.

Ada beberapa perkara yang perlu dilihat ketika menganalisis peristiwa tahun 1998. Pertamanya; apakah yang mendorong tindakan oleh gerakan mahasiswa ketika itu? Adakah idealisme yang mendorong tindakan tersebut asli (‘original’) dari pemikiran mahasiswa, atau apakah ia merupakan ujaan dari pihak yang berkepentingan? Keduanya; apakah kaedah tindakan yang dipilih oleh gerakan mahasiswa tersebut menyelesaikan masalah, atau memburukkan lagi keadaan?

Pada ketika itu, kecetekan pengetahuan dan keterbatasan kemampuan mahasiswa untuk melakukan penyelidikan menyebabkan mahasiswa terlalu mudah dipengaruhi oleh emosi dan ucapan yang berapi-api. Akibat terpengaruh, mahasiswa akhirnya menjadi mainan ahli-ahli politik dan diperalatkan seperti bidak-bidak catur oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan tertentu. Mereka telah digerakkan sesuka hati, biarpun dalam keadaan yang boleh membahayakan nyawa dan pelajaran mereka.

Oleh kerana dikuasai oleh tangan-tangan politik, idealisme yang menggagaskan gerakan mahasiswa ketika itu bukan asli sifatnya, tetapi lebih bersifat `pak turut’. Gerakan mahasiswa yang kononnya tidak mahu menjadi `rubber stamp’ kepada kehendak kerajaan, rupanya menjadi `rubber stamp’ kepada pihak pembangkang. Mahasiswa telah `diaruhkan’ menggunakan taktik politik yang kotor dan keji. Mahasiswa dihasut untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokratik, melalui cara yang terang-terang tidak demokratik.

Dari segi logiknya, perbuatan mahasiswa yang merusuh dan berdemonstrasi sebenarnya tidak dapat menyelesaikan masalah. Sebaliknya tindakan mereka ketika itu merosakkan lagi tahap keyakinan terhadap kestabilan negara. Gerakan mahasiswa ketika itu telah gagal untuk melihat bahawa masalah tidak mungkin dapat diselesaikan dengan menimbulkan lebih banyak masalah lagi. Bagaimanapun, akibat telah di’brain-washed’ dengan dakyah pembangkang, gerakan mahasiswa menjadi `buta’ dan berpandangan bahawa tindakan mereka tersebut adalah sebaik-baik cara.

Keutamaan Mahasiswa - Apakah peranan utama mahasiswa?
  • Peranan paling utama mahasiswa ketika di universiti adalah untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai keputusan sebaik mungkin.
  • Di dalam dunia global, era k-ekonomi, tidak ada tempat untuk mahasiswa yang tidak cemerlang penguasaan ilmunya.
  • Selain menjadi pakar dalam bidang pengajian, mahasiswa juga mesti memaksa diri menjadi `all rounder’ di mana mahasiswa mesti cuba menguasai kemahiran-kemahiran tertentu, seperti kemahiran dalam bidang ICT, kemahiran berbahasa asing, pengurusan organisasi, pemasaran dan sebagainya.
  • Untuk bersaing secara global, Malaysia memerlukan tenaga kerja yang mahir berbahasa Inggeris dan mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam Sains dan Teknologi.
  • Kemahiran berpolitik dan pengurusan boleh diperolehi melalui penglibatan dalam persatuan-persatuan pelajar tanpa perlu melibatkan diri dalam parti-parti politik pembangkang yang lebih cenderung untuk memperalatkan pelajar demi kepentingan politik mereka sendiri
  • Jika mahasiswa ingin kepimpinan mereka memberi makna – persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi, latihlah diri untuk berfikiran terbuka dan berpandangan luas, elakkan konflik dan suburkan semangat kerjasama untuk pembangunan.

Sebagai kesimpulan,

Apakah yang saya mahu daripada mahasiswa - jika mereka mahu menyumbang kepada negara, mereka perlu jadi lebih bijak dan kreatif. Kekurangan mahasiswa disebabkan usia mereka yang muda adalah dari segi artikulasi, substance dan pengalaman yang akhirnya menjadikan idea mereka, walaupun nampak baik, kurang praktikal dan meyakinkan untuk dilaksanakan.

Apakah yang saya tidak mahu daripada mahasiswa - jika mereka mengikut kebejatan cara berpolitik ahli-ahli politik di luar. Mereka adalah ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warna yang murni. Mereka perlu menghidupkan politik baru dan berpolitik secara yang bermaruah.

Harapan saya, agar mereka mencari sebanyak mungkin maklumat sebelum membentuk persepsi dan membuat keputusan. Jangan sampai begitu mudah diperdayakan dan diperalatkan.

Popular Posts