Showing posts with label Keadilan. Show all posts
Showing posts with label Keadilan. Show all posts

Thursday, January 23, 2014

#SyokSendiri Tarik Saman: Usaha #BadutUMNO peralat @TengkuAdnanREAL GAGAL! @NajibRazak



Usaha badut-badut UMNO memperalatkan Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menyelamatkan tengkuk mereka dari diserang oleh ahli dan penyokong UMNO adalah taktik lapuk yang sudah boleh dibaca. Mungkin mereka fikir, oleh kerana ramai yang menghormati Datuk Seri Tengku Adnan, serangan terhadap kebodohan dan kelalaian mereka akan dihentikan.

Saya menghormati Datuk Seri Tengku Adnan kerana selain dari beliau merupakan Ketua UMNO bahagian dan Ahli Parlimen saya, beliau juga merupakan pemimpin UMNO yang tegas, berani dan banyak membantu ramai pemimpin dan ahli UMNO. Bagaimanapun menyeret Datuk Seri Tengku Adnan dalam hal ini bukan sahaja tidak bijak malah menyerlahkan lagi KETIDAK CERDIKAN badut-badut di ibupejabat UMNO.

Kenapa?

1. Yang MEMOHON penyelesaian di luar mahkamah adalah TIAN CHUA, EDITOR DAN PENGARANG ARTIKEL - jelas membuktikan mereka yang keberatan untuk meneruskan kes ini bukan UMNO. Tak kisahlah apa kerisauan 3 DEFENDAN ini. Sama ada mereka takut kalah, tak mahu pembohongan mereka terus menerus diingati oleh rakyat Malaysia selagi kes ini di dalam pembicaraan atau apa sekali pun, TAWARAN ini pastinya dibuat kerana mereka bimbangkan sesuatu.

2. Yang BERSETUJU dengan penyelesaian di luar mahkamah adalah UMNO, yang diwakili Peguam UMNO dan Setiausaha Kerja UMNO - bermaksud, mereka mempunyai KUASA untuk menentukan apa saja syarat terhadap 3 DEFENDAN ini sebelum bersetuju dengan TAWARAN yang diberikan oleh mereka.

THE BEST DEAL yang ORANG BERKUASA ini boleh dapatkan untuk UMNO HANYALAH:-

1. rasa kesal Tian Chua - bukan permohonan maaf secara bertulis yang disiarkan oleh semua akhbar dan media utama, termasuk di MUKA HADAPAN akhbar-akhbar pembangkang dengan KENYATAAN MEDIA yang dipersetujui atau didrafkan oleh UMNO

2. penarikan artikel oleh Keadilan Daily - tanpa permohonan maaf yang disiarkan oleh semua akhbar dan media utama, termasuk di MUKA HADAPAN akhbar-akhbar pembangkang dengan KENYATAAN MEDIA yang dipersetujui atau didrafkan oleh UMNO

Itu saja ke THE BEST DEAL dan keadilan yang mereka boleh dapatkan untuk UMNO? Saya yakin, jika Datuk Seri Tengku Adnan ada bersama, keputusan mungkin berbeza.

Dalam kes Mustafa Ali, THE BEST DEAL yang mereka boleh dapatkan untuk UMNO adalah untuk Mustafa Ali menyalahkan BLOGGER UMNO?

SEBAB itu saya nyatakan sebelum ini - MUNGKIN HANYA BLOGGER DAN PORTAL BERBAYAR UMNO sahaja yang akan mempertahankan tindakan (badut-badut UMNO) ini dan menyatakan ia sebagai tindakan yang betul dan UMNO telah MENANG PERANG PERSEPSI disebabkan tindakan ini.


JOM layan artikel Double Y di bawah -


Tarik Saman Fitnah @tianchua - Tiga Kebodohan Peguam UMNO Datuk Hafarizam Harun!



Tarik saman sebab Tian Chua kesal...?

Perbuatan peguam UMNO Datuk Hafarizam Harun menarik semula saman fitnah ke atas Tian Chua dan Keldaian Daily bukan sahaja peristiwa memalukan tetapi turut menyebabkan UMNO diperlekehkan oleh pembangkang.

Rata-rata ahli UMNO kesal dan kecewa dengan keputusan tersebut, mungkin penjelasan Hafarizam Harun sebelum ini gagal meredakan kekecewaan ahli UMNO sehingga memaksa Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan turut mengeluarkan kenyataan media semalam :



Sikap pemurah Hafarizam yang mewakili UMNO sekaligus membuka ruang kepada Tian Chua memalukan UMNO melalui laman Twitter miliknya  :


Bagi saya keputusan menarik semula saman sama sekali tidak boleh diterima malah kenyataan yang dikeluarkan juga agak dangkal!

Kenapa saya mengatakan kenyataan yang dikeluarkan kelihatan dangkal?

Pertama - kerana Hafarizam terlalu bodoh sehingga gagal memahami bahawa Tian Chua dituduh di bawah Akta Hasutan disebabkan ribuan laporan polis yang dibuat oleh rakyat Malaysia dan ia sama sekali tidak berkaitan dengan UMNO.

Kedua - Hafarizam terlalu bodoh serta malas melaksanakan tanggungjawab sebagai peguam apabila hanya akur dengan permintaan Tian Chua atas alasan dia telah menyatakan kekesalan dan berjanji menarik semula artikel fitnah yang disiarkan di laman Keldaian Daily.


Ketiga - Hafarizam terlalu bodoh kerana hanya bersetuju dengan permintaan Tian Chua tetapi tidak membuat gesaan supaya Tian Chua dan editor Keldaian Daily menyiarkan satu permohonan maaf secara terbuka di potal milik pembangkang kerana memfitnah UMNO sehingga menjejaskan maruah parti.

Benda mudah macam ini pun Hafarizam Harun yang bertaraf peguam tak boleh fikir?

Alahai...

Ariosss...!


Thursday, March 7, 2013

#PKRhancus Bekas SUSK Anwar - Pangkat Hashim adalah Jeneral PKR, tapi tugas cuci najis?

jeneral Md Hashim Hussein PKR 03

Hashim, silalah jawab cabaran bekas SUSK Anwar di bawah...!

Jeneral PKR Kena cabar!

http://semuthitam80.blogspot.com/2013/03/jeneral-pkr-dah-kena-cabar.html


Belum apa - apa lagi mamat yang bergelar 'Jeneral PKR' ni dah kena cabar. Baru je melangkah masuk dalam Parti Kencing Rakyat, dah kena cuci 'taik' Si Ketua Penipu tu.

Tapi itulah bahananya bila menjadi pencacai kepada Si Ketua Penipu tu. Apa saja 'najis' yang dibuat oleh dia, terpaksa dicuci pulak oleh pencacai bawahan.

Tak kira la sama ada orang tu berpangkat besar atau tidak. Tapi, status dia hanya sekadar pencuci 'taik' je sebenarnya. Tak lebih dan tak kurang dari itu.

Dan, orang yang mencabar dia pulak memang bukan calang - calang orangnya. Orang yang cabar dia tu adalah Bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Si Ketua Penipu tu sendiri.

Orang yang banyak menyimpan rahsia serta menguruskan tugas - tugas pejabat Si Ketua Penipu tu sebelum ini. Dah tentu - tentu dia tau perangai Si Ketua Penipu tu.

Cabaran yang dibuat pulak memang munasabah dan memang perlu dijawab oleh Si Jeneral PKR tu sebab dia tau mengenainya. Dia perlu jawab dengan bukti sekali. 

Kalau Si Jeneral PKR tu setakat bercakap je tanpa mempamerkan sebarang bukti yang kukuh, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!! Sekadar bercakap kosong, budak sekolah tadika pun reti. Tak payah susah - susah jadi Jeneral!!!

KUALA LUMPUR 6 Mac - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman mencabar bekas Panglima Tentera Darat Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein menyatakan sama ada peristiwa Sauk yang berlaku pada tahun 2000 juga merupakan sandiwara UMNO seperti mana tuduhan pihak pembangkang. 
Menurut Rahimi, ini kerana pihak pembangkang telah menggunakan alasan yang sama dengan menuduh bahawa kononnya pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu adalah sandiwara ulangan peristiwa Sauk. 
"Memandangkan Md. Hashim adalah Panglima Tentera Darat pada ketika itu (Sauk), sudah tentu dia boleh memberikan sedikit pencerahan sama ada benar atau tidak tuduhan pembangkang. 
"Kalau benar, kenapa perlu rujuk kes Sauk dan kalau tidak benar, kenapa dia boleh berada dengan pembangkang pada hari ini?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. -




SUPOLkepada Zuraidah akui Wan Azizah hanya PROKSI dan SUKA BERPURA-PURA #PKRhancus


Pengakuan Fareez - Wan Azizah hanya PROXY, TIADA KEWIBAWAAN, SUKA BERPURA-PURA BUAT TIDAK TAHUDALAM PELBAGAI PERKARA DAN ISU, MEMALUKAN PAKATAN PEMBANGKANG.




Hipokrit & Cemburu Terhadap Lelaki, Surat Bukti Wan Azizah Tak Layak Sebagai Presiden PKR!



http://yuseriyusoff.blogspot.com/2013/03/hipokrit-cemburu-terhadap-lelaki-surat.html

Wan Azizah tak layak menjawat jawatan Presiden Keadilan Rakyat kerana sifat cemburu!

Malah Wan Azizah dengan bantuan Nurul Izzah dikatakan sanggup menghancurkan siapa sahaja yang mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim.

Itulah kandungan di dalam sepucuk surat yang ditulis oleh Setiausaha Politik Zuraida Kamaruddin, Mohd Fareez Kamal Iltidzam di mana Fareez Kamal meminta campur tangan Hadi Awang untuk menasihati Wan Azizah supaya berundur dari jawatan Presiden PKR menjelang PRU13.

Paparan surat bertarikh 4 Mac 2013 iaitu tiga hari yang lalu didedahkan oleh RPK, Malaysia Today :


Buat pertama kali saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Fareez, bagi saya Kak Wan memang tidak layak memegang jawatan Presiden PKR.

Pertama walaupun Keadilan ditubuhkan olehnya pada 4 April 1999 dia sebenarnya menjadi ahli politik atas desakan pengikut totok suaminya Anwar Ibrahim, yang ketika itu dipenjarakan atas tuduhan meliwat Sukma dan Azizan.

Gambar ketika wanita hipokrit bertudung ini mengumumkan penubuhan ADIL
Kedua Kak Wan sebenarnya manusia hipokrit yang menipu kaum ibu di dengan air mata, hanya bermodalkan air mata inilah dia mampu pertahankan kerusi Permatang Pauh dalam tiga pilihan raya!

Bukan sahaja kena kencing dengan suaminya, pendek kata orang Permatang Pauh hidup-hidup kena kencing dengan imej dia waktu itu.

Sifat hipokrit Wan Azizah juga terbukti apabila pendedahan emel yang meminta supaya penulis teks ucapannya mengubah teks supaya menaikkan kemarahan rakyat dengan memasukkan pelbagai pembohongan.

Rujuk paparan emel di bawah :




Ketiga Kak Wan menghina wanita bertudung kerana kerap kali mempertahankan konon suaminya tidak terlibat dalam kegiatan seks di luar tabie.

Jika benar Anwar Ibrahim bukan jenis lelaki yang menyukai lelaki jambu kenapa Kak Wan cemburu luar biasa kepada lelaki yang mempunyai hubungan rapat dengan Anwar?

Dia sanggup menipu berjuta wanita di Malaysia dengan imej warak, tudung, sopan, lembut puii!, walhal di dalam dirinya penuh dengan kejahatan sehingga ahli PKR sendiri melihat dia tak layak menjawat jawatan no.1 dalam parti.

Berjuta wanita ditipu di sebalik imej ini!
Akhir sekali meneliti kandungan surat yang didedahkan RPK, apakah yang saudara fikirkan pada waktu ini?

Dalam kepala saya hanya satu, iaitu tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim selama ini, bukanlah satu konspirasi BN. Sebaliknya Anwar Ibrahim benar-benar mempunyai nafsu terhadap lelaki jambu.

Dibebaskan oleh mahkamah bukan bermakna dia tidak meliwat!

Errr.. agak-agak apa jawapan balas Presiden Hadi Awang terhadap surat itu!

Jeng...jeng...jeng!




Popular Posts