Tuesday, February 17, 2009
Bapa jawab PKPIM
Seorang bapa, En Sulaiman telah mengirimkan emel yang menjawab hujah PKPIM. kandungan emel beliau adalah seperti berikut;
Saya ingin berbicara dengan saudara, Setiausaha Agung, En Khairul Anwar bi Shazali mengenai PKPIM DEDAHKAN DAPATAN KAJIAN TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY (TIMSS 2007) ANJURAN INTERNATIONAL ASSOCIATION FOR THE EVALUATION OF EDUCATIONAL ACHIEVEMENT (IEA)
Saudara Khairul, kita sebagai orang Islam mestilah jujur dalam menkaji dan membahas sesuatu isu. Kadang kadang kita terlepas pandang dan tujuan saya menulis ini ialah untuk cuba membetulkan satu pandangan yang saya anggap terlepas pandang oleh pihak anda.
Seperti yang dimaklumkan oleh En. Khairul PPSMI telah di mulakan pada tahun 2003 hanya kepada murid di tahun satu (yang berumur tujuh tahun) di sekolah kebangsaan dan murid Tingkatan Satu di sekolah menengah. Pada tahun 2007 kohort ini masih berusia 11 tahun.
TIMSS 2007 di tujukan kepada murid Tingkatan 2 (14 tahun). Mereka ini masuk darjah satu pada tahun 2000, sebelum PPSMI. Mereka mempelajari sains dan math dalam bahasa Malaysia pada peringkat sekolah rendah dan bertukar kepada bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah.
Kekurangan pengetahuan sain dan math dalam bahasa Inggeris pada peringkat sekolah rendah inilah yang menyebabkan kemorosotan pencapaian dalam TIMSS 2007. Kohort 2003 baru lepas UPSR dalam tahun 2008 dan pencapaian mereka sungguh memerangsaan. Kohort ini akan masuk Tingkatan 2 pada tahun 2010 dan di jangka TIMSS 2010 akan meningkat dengan mendadak bagi negara Malaysia.
Saudara Khairul, telah memaklumkan yang PKPIM telah memperolehi TIMSS 2007 melalui "sumber yang boleh di percayai". Saya rasa "sumber yang boleh dipercayai" tersebut mengetahui perkara sebenar mengenai kecacatan hujah mereka apabila menggunakan TIMSS 2007 sebab perkara ini telah di bentang dan di bahas oleh ramai pihak termasuk pihak Kementerian Pelajaran.
Saya hairan mengapa "sumber yang boleh dipercayai" tersebut mahu memperalatkan PKPIM yang boleh memberi gambaran kepada pihak yang berpengetahuan, termasuk pihak Kementerian bahawa PKPIM ini tidak tahu menganalisa kajian-kajian antarabangsa ini, tidak tahu apa yang dia cakap dan seolah-olah meniru sahaja pendapat sumber yang saya anggap tidak boleh anda percayai lagi.
Izin kan saya menambah pengetahuan pihak PKPIM ( saya mohon maaf jika berbunyi riak, tetapi saya rasa adalah satu ibadah untuk menerangi hati saudara sepejuangan) PPSMI tidak mengabaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Ini kerana ratio atau nisbah pengajaran dalam bahasa Inggeris (English, Sain dan Math) berbanding dengan dalam bahasa Malaysia (semua mata pelajaran lain) adalah 40:60. Jadi dengan 60 peratus pengajaran dalam Bahasa Malaysia, kedaulatan BM masih di jaga dan tidak akan hilang di bumi ini.
Pihak pejuang Bahasa sepatutnya mempersoalkan kedaulatan BM di SJKCina dan SJK Tamil yang mengabaikan Bahasa Kebangsaan. Ingin saya mengingatkan satu hadith pesanan rasullalah kita, " Carilah ilmu walaupun hingga ke negeri Cina" Hadith tersebut mengutamakan kita mencari ilmu dengan apacara sekali pun dan walaubagaimana susah pun, usaha mesti di buat.
Satu masa dulu bahasa ilmu sains dan matemetik adalah bahasa Arab dan rakyat Europah menguasai bahasa Arab untuk mendapat ilmu. Tetapi zaman sekarang semua pihak akur bahawa Bahasa Inggeris adalah "lingua franca" untuk sains dan matematik di dunia ini. Jadi berilah peluang untuk anak-anak kita menguasai ilmu ini dalam bahasa ilmu zaman ini. Kekalkan PPSMI.
Pihak pejuang bahasa Melayu juga merendahkan-rendahkan kemampuan anak-anak kita di luar bandar untuk menguasai ilmu dalam bahasa Inggeris. Sebenarnya apa-apa kekurangan PPSMI pada masa kini adalah kekurangan perlaksanaannya bukan salah policynya. Jika di beri peluang dan kemudahan yang baik anak-anak kampong boleh berjaya dalam apa jua bidang yang diberi.
Janganlah PKPIM mengikut jejak pejuang bahasa ini, seperti penjajah orang putih dahulu yang mengatakan Melayu ini bodoh dan oleh kerana itu tidak diberi peluang untuk belajar di sekolah. Pejuang Bahasa ini mengatakan Melayu kampong ini bodoh dan menidakkan mereka menguasi ilmu sain dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Akhir sekali saya juga ingin mengingati kita bersama bahawa kita adalah Islam pertama dan Melayu kedua. Walaupun Bahasa Melayu kita ini lenyap di bumi ini, kita tidak akan di persoalkan mengenainya di akhirat nanti. Tetapi jika kita tidak menguasi ilmu sains dan matematik dan oleh kerana kekurangan ilmu ini, bangsa dan agama kita tergadai kepada pihak bukan Islam, maka pemimpin kita dan diri kita akan dipersoalkan kewajiban fardu kifayah kita di akhirat nanti. Wallahuallam.
Saya akhiri dengan mohon ampun maaf jika tersinggung perasaan atau terlepas kata.
Harap maaf.
Salam
Sulaiman Mahran
________________________________________________________________
Assalamualaikum sekali lagi, saudara Khairul,
Terima kasih kerana melayani pandangan saya dan memberi balasan / persoalan yang munasabah. Untuk memudahkan perbincangan kita, benarkan saya untuk mengubah sedikit pengunaan perkataan kohort supaya lebih sistematik.
Kohort (kelompok) : Kumpulan murid yang masuk dalam darjah 1 pada tahun tersebut
Kohort 2003 adalah kohort pertama PPSMI pada darjah 1, Kohort 1997 adalah kohort pertama PPSMI pada Tingkatan 1, Kohort bagi TIMSS 2003 adalah Kohort 1996, Kohort bagi TIMSS 2007 adalah Kohort 2000.
Saudara berhujah “bukankah lebih baik sekiranya kohort 2007 (Kohort 2000) turut menerima pelajaran sains dan matematik di dalam bahasa melayu di peringkat sekolah menengah sebagai kesinambungan sekolah rendah. dan bukankah lebih baik sekiranya sains dan matematik terus dikekalkan dalam bahasa melayu? agar kohort 2007 (Kohort 2000) mencatat peningkatan berbanding kohort 2003 (Kohort 1996) di dalam TIMSS 2007 berbanding dapatan yang mengecewakan di dalam TIMSS 2007.”
Kita mesti sedar bahawa kerajaan menentukan sesuatu perubahan pada dasar pendidikan bukan untuk jangka masa pendek dan sudah tentu sekali bukan untuk mewarnai TIMSS.
Dasar PPSMI dilanacarkan atas kesedaran pihak kerajaan bahawa penuntut-penuntut kita mengalami banyak permasalahan pada peringkat university dan pekerjaan (dalam bidang sains dan teknologi) sebab tidak dapat bahan rujukan yang mencukupi dalam bahasa Malaysia dan juga persaingan antarabangsa.
Saya ingin berkongsi cerita dengan saudara di kilang Proton. Pihak pengurusannya pada awalnya telah meminta Dewan Bahasa untuk menterjemahkan operation manual di kilang Proton untuk pekerjanya. Hasilnya adalah bahan ketawa oleh pekerja-pekerja Proton dan sehingga kini manual kilang di hampir semua kilang di Malaysia masih menggunakan bahasa Inggeris. Sebabnya ialah Bahasa Melayu bukan Bahasa Ilmu Perindustrian Dalam dunia internet kalau saudara google search perkataan sains dan science atau matematik dan mathematics dan buat perbandingan, frasa dalam bahasa Inggeris adalah 99.9% dan bahasa Melayu 0.1% sahaja. Adakah kita hendak menidakkan perolehan ilmu yang banyak di dalam bahasa Inggeris ini dari didapati oleh anak-anak kita.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa bahasa Inggeris adalah lingua franca untuk Sains dan Matematik. Bahasa Melayu bukan Bahasa Ilmu dalam Dunia Informasi ini. Setiap perubahan dan perjuangan untuk bangsa mesti ada cabaran dan kekurangan jangka pendek. Oleh kerana itu kita sanggup untuk menhadapi penerunan yang semantara dan cabaran yang berat untuk masa depan yang lebih baik bagi anak-anak kita.
Hujah saudara “masalah ini saya lihat berpunca daripada perubahan bahasa pengantar subjek sains dan matematik secara mengejut. yang mejadi mangsa adalah para pelajar dan guru.”
Saya kurang setuju dengan hujah di atas sebab PPSMI di kenakan hanya kepada murid darjah satu dan murid tingkatan 1 pada tahun 2003. Kalau di bandingkan dengan adanya darjah 2, 3, 4, 5, dan 6, PPSMI di lancarkan hanya keatas 17% murid sekolah rendah sahaja dan mengambil masa 6 tahun untuk semua peringkat dikenakan PPSMI. Ini tidaklah cara yang mengejut sangat. Lagipun Kohort 2003 menunjukan prestasi UPSR yang sangat baik di dalam dan luar bandar.
Masalahnya ialah bantahan daripada golongan tertentu terutama pejuang bahasa yang menghasut guru-guru sekolah untuk jangan belajar guna bahasa penjajah. Pada pendapat saya mereka ini hanya memperjuangkan kerjaya diri mereka dan menjadi alat politik oleh ahli politik yang akan memaparkan diri mereka sebagai pejuang bangsa (dalam perhimpunan UMNO akan datang) dengan memperjuangkan Bahasa Melayu dalam agenda mereka. Dengan retorik ini mereka berharap akan mendapat tempat di dalam parti politik.
Saudara berkata “tetapi seperti yang saudara ingatkan bahawa Islam adalah yang utama. Maka kerana Islam lah bahasa melayu perlu dijadikan pengantar sains dan matematik.” Saya kurang faham hujah saudara di atas. Saya harap saudara boleh perjelaskan.
Sekali lagi, terima kasih kerana kita dapat berdialog secara rational dan bermaruah mengikut kehendak agama kita dan sekali lagi saya mohon maaf jika tersilap atau terlanjur kata.
Wassalam,
Saudara seperjuangan,
Sulaiman Mahran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Forum Air Selangor - 14 Fakta DS Ir Mohd Zin Yang Mesti MB Selangor Jawab! 1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selango...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
Dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila peserta-peserta dari pelbaga...
-
Tahniah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Terima kasih atas jemputan. Terima kasih juga kepada blogger bebas dan TV Selan...
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Nota : 12 perkara UTAMA yang menjadi intipati Penghakiman Mahkamah Rayuan pada 11 April 2014. 8 hujahan penting yang menyokong dan memp...
-
Blogger My Massa telah menyiarkan keratan akhbar ini sebagai bukti penipuan pembangkang. Terima kasih dan saya ingin meletakkannya di blog s...
-
Saya dok perhati saja video wawancara Dr Muhammed Abdul Khalid ni. Pada saya dia ni terlalu obsessed dengan data, sampai cara dia mentaf...
-
Tindakan Bank Islam betul, pertamanya, pakar ekonomi perlu kekal dalam bidangnya sebagai pakar ekonomi, bukan bercakap di luar bidang ...
No comments:
Post a Comment