Showing posts with label Blogger Pas. Show all posts
Showing posts with label Blogger Pas. Show all posts

Saturday, August 27, 2011

Confirmed! UMB juga yang tidak berbayar. Rais boleh saman Hatta!


Elok di saman je Hatta ni Datuk Seri.....

Datuk Seri Rais Yatim jangan takut, sila saman Hatta Wahari. Saya boleh confirmed blogger UMNO di bawah UMB tidak dibayar oleh JASA. Selepas Hari Raya ini, insya-Allah para blogger yang sering terlibat dalam aktiviti UMB boleh bersama-sama dengan saya untuk membuat laporan polis dan selepas itu Datuk Seri Rais boleh menyaman Hata Wahari, jika beliau mahu. Insya-Allah kami semua akan memberikan kerjasama.

Di kalangan blogger UMNO dan pro-UMNO, termasuk yang selalu membantu dan mengikuti program UMB, masih ramai yang belum ada pendapatan tetap dan berdepan dengan pelbagai masalah kewangan.

Biarpun kesempitan, saya puji sifat istiqamah dan disiplin mereka ini yang meneruskan perjuangan parti untuk memartabat agama, bangsa dan negara, tanpa perlu menyerang pemimpin UMNO dan menyerang sesama sendiri di dalam parti.

Dalam banyak keadaan UMB tidak ada masalah bekerja dalam serba kekurangan dan baguslah sekiranya ada di kalangan Menteri seperti Datuk Seri Rais yang ingin membantu kami. Insya-Allah kami akan berusaha melakukan yang terbaik untuk memastikan kemenangan parti dalam PRU13 nanti.

Baca kata-kata Hatta Wahari di bawah. Kita sokong jika Datuk Seri Rais SAMAN!

____________________________


Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari berkata Datuk Seri Dr. Rais Yatim harus memantau blogger pro- Umno dibawah seliaan kementeriaannya terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada blogger lain, termasuk pro- Pakatan Rakyat.

Hatta berkata blogger pro- Pakatan Rakyat terbukti mengetengahkan sesuatu isu berlandaskan fakta dan berbentuk persoalan dan bukannya tuduhan liar semata- mata, seperti mana yang sering dilakukan blogger pro-Umno.

Blogger pro-Umno berada di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), sebuah agensi di bawah kementerian yang diterajui Dr Rais.

“Masalah yang membuat berita-berita bohong ini ialah blogger-blogger Umno saja. Jadi saya menasihat Rais Yatimlah sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap JASA kerana blogger- blogger Umno ini di bawah JASA, Jabatan Khas Kementerian Penerangan.

Jadi sebelum dia menasihatkan blogger- bloger lain, beliau patut bersihkan rumah sendiri dulu.

"Sebab saya percaya blogger– blogger Umno ini lagi kurang ajar dan lagi banyak membuat tohmahan- tohmahan palsu kepada pemimpin- pemimpin pembangkang.

Jadi kalau beliau meminta blogger lain minta maaf maksudnya blogger- blogger Umno itu perlu minta maaf juga. Atau pembohongan, penipuan yang telah dilempar kepada ramai pemimpin- pemimpin pembangkang,“ katanya.


Blogger Pro-Pakatan Rakyat guna fakta? Err jangan lupa ni ya...


Nizar kvv2 : Dr Novandri Tawar Diri Rawat 'Mangsa Tetak' Bagan Pinang.


Dr Novandri Hasan Basri

Penulis terkejut dengan 2 foto yang disiarkan di dalam web pro-PAS Buletin-Online dan keterangan yang diberi oleh Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat.

Di dalam keterangan beliau, Idris mendakwa :-

"Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk tindakan ganas Pemuda Umno yang menyerang Markas Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat dan menetak seorang petugas pemuda PAS di Bagan Pinang lewat malam tadi."

Sila perhatikan kedua-dua foto dengan teliti di bawah yang dijadikan 'bukti' tentang 'keganasan' parti Barisan Nasional dan penulis akan menerangkan dari sudut perubatan.



Pada mulanya penulis terkejut dengan 'tahap kecederaan' yang di alami oleh 'mangsa' keganasan parti UMNO.

Tetapi, simpati penulis bertukar dan penulis tergelak pula!

Baca seterusnya di sini
http://novandri.blogspot.com/2009/10/nizar-kvv2-dr-novandri-tawar-diri-rawat.html

[NOTA] Kalau ulama Pas pun menipu, apalagi bloggernya. Jangan lupa kisah penipuan jenazah di Tenang, Cincin 24juta, Pembunuhan Altantunya, Ijazah P.Kamalanathan, etc, etc, etc...

Monday, August 22, 2011

Versi BM: 5 blogger pro-BN (pro-Tun M?) akan serang Najib?

Dipetik dari blog Anak Sungai Derhaka. My comment - hanya jauhari yang mengenal manikam, psywar oh psywar.

____________________________________

Blogger Pro UMNO akan menyerang Najib?
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/08/blogger-pro-umno-akan-menyerang-najib.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

Jika spekulasi ini adalah benar.. mampukah Najib bertahan dalam menghadapi serangan yang dikira akan menjadi bersepadu dari Blogger Pro Pakatan Rakyat dan juga dari Blogger Pro UMNO/BN sendiri?

Adakah Najib bakal tersungkur dan dipaksa berundur dari jawatan yang dipegangnya lantas mengukir nama dalam sejarah Malaysia sebagai Perdana Menteri yang paling pendek tempoh pemerintahannya?

Najib juga dikatakan kini sedang diasak kedinding dan dalam masa yang sama memerangkapnya oleh Muhyiddin dan juga sepupunya sendiri iaitu Hishamuddin..

Masa akan menentukan segalanya..

Spekulasi mengatakan Rocky’s Bru atau Datuk Ahiruddin Atan sekali lagi akan menjadi pemain utama dalam kempen politik setelah beliau meninggalkan Redberry Group pada penghujung Mei lalu setelah kontraknya tamat.

Beliau dikatakan merancang sebuah Blog baru dan beliau juga dikatakan merancang untuk membangunkan sebuah Website baru bagi menggerakkan kempennya itu.

Blog barunya itu dikatakan akan mengepalai media online dalam melakukan serangan terhadap Najib Tun Razak, Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia yang kini kelihatan semakin lemah dan tidak menentu hari demi hari.

Nama Rocky dikatakan telah meningkat naik setelah beliau dan rangkaian Blogger dan penulis menjalankan kempen menentang Kerajaan Abdullah Ahmad Badawi dan the New Straits Times.

Itu adalah sebahagian terjemahan dari artikel di bawah..



Ada Batu (Rocky) Dalam Selimut
Posted on August 20, 2011 oleh catoutofbag

Ada sejumlah orang di Pejabat Perdana Menteri yang tertanya-tanya mengapa PM bertindak aneh akhir-akhir ini. Adakah kerana tekanan dari Bersih? Adakah beliau bimbang tentang pilihan raya?

Mungkin. Tetapi sebab-sebab sebenar adalah sejarah mempunyai caranya tersendiri untuk berulang.

Pada tahun 2006 dan 2007 Batu tertentu dengan nama Rocky alias Datuk Ahirudin Atan telah memulakan langkah beliau terhadap PM Pak Lah si Kaki Tidur. Akibat tidur nyenyak Pak Lah langsung tidak sedar apa yang sedang berlaku.

Rockybru, tai ko blogger SoPo yang diisytihar sendiri telah menyusun serangan penuh terhadap si Kaki Tidur. Disokong oleh Dr M, Rocky mempengaruhi pendapat awam terhadap Pak Lah, dan membantu menyingkirkan PM yang tidur lena.

Dalam langkahan PM sekarang Datuk Seri Najib.

Ini adalah bahagian yang menjadi semakin menarik. Rocky sedang melakukan perkara yang sama sekali lagi. Tetapi kali ini terhadap PM kita sekarang.

Menjelang bulan depan Rocky akan mempunyai set-up blog berita yang baru. Beroperasi dari pejabat yang bagus di pinggir bandar KL, Rocky akan dibantu oleh pembantunya, Shamsul Akmar Musa Kamal.

Perhatikan bagaimana Rocky dalam blognya telah meletakkan asas pada blognya dengan menyerang perkara-perkara tertentu.

Elok tunggu usaha barunya ini.

Tetapi perkara yang paling menarik adalah, siapakah yang membiayai usaha barunya ini.

Jika anda ingin mengetahuinya, anda mungkin terfikir bahawa mereka ini beberapa sekutu rapat Najib.

Lagipun ia termasuk orang-orang yang dikaitkan dengan, tunggu, ... Hishammuddin Tun Hussein dan Muhyiddin Yassin - dua orang lelaki yang telah menolak Najib ke kanan, menghimpit PM, dan pada dasarnya memerangkap PM.

Oh, dan jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perikatan Hisham-Muhyiddin bacalah biometricscandal.wordpress.com

Kisah seterusnya - saya akan memberitahu kalian tentang plot untuk mengawal media ala Mat King Leather.

Pecaturan telah dirangka dan Najib adalah mangsanya ...



Dan siapakah Cat Out of The Beg? Dalam perkataannya sendiri:


Melepaskan kucing keluar dari beg
Posted on August 20, 2011 oleh catoutofbag

Selamat datang ke blog baru saya catoutofbag.wordpress.com.

Dalam pada Malaysia sedang melangkah ke arah pilihan raya umum yang akan datang, saya mendapati diri saya berada di dalam kedudukan yang istimewa, jadi, lepaskan kucing itu keluar dari beg bila bercakap tentang masa depan politik dan situasi di Putrajaya dan mereka yang berharap untuk menguasai kerusi kuasa di negara kita.

Ini akan menjadi tapak tanpa perkhidmatan lebih lah, macam AirAsia ... lagi pun anda semua hanya mahu tahu apa yang berlaku kan?

Siapakah saya?

Saya adalah penjawat awam di Putrajaya, juru runding di Pejabat Perdana Menteri, ... anda tidak benar-benar fikir saya akan memberitahu anda siapa saya yang sebenar kan?

Pastinya sifat tanpa nama saya akan membawa anda untuk mengesyaki motif saya dan pendedahan saya, tetapi saya akan membiarkan anda menghakimi sendiri kredibiliti tulisan saya.

Ini bukan blog untuk menyerang orang tertentu. Tetapi saya fikir rakyat Malaysia perlu tahu serba sedikit tentang apa yang sedang berlaku di sebalik tabir politik lah.

Anda tidak mungkin berfikir membaca The Star, Utusan ataupun Insider atau Kini sudah mencukupi kan?

Apapun lihatlah ruang ini untuk pendedahan pertama saya.


5 blogger pro-BN (pro-Tun M?) akan serang Najib?

Dipetik dari blog Anak Sungai Derhaka. My comment - hanya jauhari yang mengenal manikam, psywar oh psywar.

____________________________________

Blogger Pro UMNO akan menyerang Najib?
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/08/blogger-pro-umno-akan-menyerang-najib.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

Jika spekulasi ini adalah benar.. mampukah Najib bertahan dalam menghadapi serangan yang dikira akan menjadi bersepadu dari Blogger Pro Pakatan Rakyat dan juga dari Blogger Pro UMNO/BN sendiri?

Adakah Najib bakal tersungkur dan dipaksa berundur dari jawatan yang dipegangnya lantas mengukir nama dalam sejarah Malaysia sebagai Perdana Menteri yang paling pendek tempoh pemerintahannya?

Najib juga dikatakan kini sedang diasak kedinding dan dalam masa yang sama memerangkapnya oleh Muhyiddin dan juga sepupunya sendiri iaitu Hishamuddin..

Masa akan menentukan segalanya..

Spekulasi mengatakan Rocky’s Bru atau Datuk Ahiruddin Atan sekali lagi akan menjadi pemain utama dalam kempen politik setelah beliau meninggalkan Redberry Group pada penghujung Mei lalu setelah kontraknya tamat.

Beliau dikatakan merancang sebuah Blog baru dan beliau juga dikatakan merancang untuk membangunkan sebuah Website baru bagi menggerakkan kempennya itu.

Blog barunya itu dikatakan akan mengepalai media online dalam melakukan serangan terhadap Najib Tun Razak, Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia yang kini kelihatan semakin lemah dan tidak menentu hari demi hari.

Nama Rocky dikatakan telah meningkat naik setelah beliau dan rangkaian Blogger dan penulis menjalankan kempen menentang Kerajaan Abdullah Ahmad Badawi dan the New Straits Times.

Itu adalah sebahagian terjemahan dari artikel di bawah..


Rocky to lead media onslaught against Najib?
By uppercaise

Word has been going around about what Rocky of Rocky’s Bru (Datuk Ahiruddin Atan) would do next, after leaving Redberry group at the end of his contract in May. Speculation was that that he would once again be involved in media as point man for a new political campaign.

He’s planning a new blog… he’s planning a new web site…

Now a new blog fingers Rocky as leading an online media onslaught against Najib Tun Razak, the Umno president, whose precarious hold on the prime ministership looks even more tenuous day by day.

Rocky had risen to prominence by using his blog and his network of blogger and journalist friends to campaign against the Abdullah Ahmad Badawi government and the New Straits Times.

When Abdullah was ousted and Najib took over a year later Rocky appeared to have become the voice of the new power establishment, with close ties to the new Najib appointees at the NSTP group.

He made a loudly proclaimed return to the Malay Mail where he had once worked (and supervised its collapse as a free afternoon paper) before being pushed upstairs as editorial adviser after Redberry, primarily an outdoor advertising company, took control of the Malay Mail, Malaysian Reserve, a financial daily, and Bernama TV media sales.

Now Rocky’s out on the loose — and some say he’s gunning for Najib.

The latest is this posting at a new blog..


Ada Batu (Rocky) Dalam Selimut

Posted on August 20, 2011 by catoutofbag

Some people in PMO have been wondering why PM has been acting weird lately. Is it because of pressure from Bersih? Is he worried about elections?

Maybe. But the real reasons are that history has a way of repeating itself.

In 2006 and 2007 a certain Batu by the name of Rocky aka Datuk Ahirudin Atan made his move against that sleepyhead PM Pak Lah. Being asleep Pak Lah had no idea what was happening.

Rockybru, the self-proclaimed tai ko of SoPo bloggers organised a full on assault against sleepyhead. Backed by Dr M, Rocky influenced public opinion against Pak Lah, and helped oust the sleeping PM.

In stepped our current PM Datuk Seri Najib.

Here’s where it gets interesting. Rocky is doing the same thing again. But this time against our current PM.

By next month Rocky will have his new news blog set up. Operating from an office in a nice KL suburb, Rocky will be ably assisted by his side kick Shamsul Akmar Musa Kamal.

Notice how Rocky in his blog has already been laying the groundwork on his blog by attacking certain deals.

Well wait for his new venture.

But the really interesting thing is who is backing his new venture financially.

If you were to find out you would think these were some of Najib’s closest allies.

After all it includes people linked to, wait for it, ….Hishammuddin Hussein and Muhyiddin Yassin – the two men who have been pushing Najib to the right, cornering the PM, and basically trapping the PM.

Oh, and if you want to know more about the Hisham-Muhyiddin alliance read biometricscandal.wordpress.com

Next instalment – I will let you guys know about the plot to control the media ala Mat King Leather style.

The game’s afoot and Najib is the prey…

And who is Cat Out of the Bag? In his own words:

Letting the cat out of the bag

Posted on August 20, 2011 by catoutofbag

Welcome to my brand new blog catoutofbag.wordpress.com.

As Malaysia heads towards the next general elections, I find myself in a privileged position to, well, let the cat out of the bag when it comes to the political comings and goings of Putrajaya and those hoping to get control of our country’s seat of power.

This will be a no-frills site lah, macam AirAsia…after all you just want to know what’s happening right?

Who am I?

I am the civil servant in Putrajaya, the consultant in PMO, the fly on the wall everywhere…you did not really think I would tell you who I am right?

Sure my anonymous nature would lead you to suspect my motives and the truth of my exposes, but I will let you judge for yourself the credibility of my posts.

This is not a blog to attack any one in particular. But I just thought Malaysians should get to know a bit about what is happening behind the scenes politically lah.

You don’t really think reading The Star, Utusan or even Insider or Kini would be enough right?

Anyway watch this space for my first revelation

Thursday, August 11, 2011

Blogger Tulang Besi takut bersumpah `Pas tidak pernah berjanji untuk tutup kilang arak'


Petang tadi saya telah berdebat menerusi twitter dengan blogger Malaysiawaves, Tulang Besi tentang 'janji Pas untuk tutup kilang arak - sama ada Islamik, retorik atau cetek ilmu'.

Tulang Besi bersungguh-sungguh ingin menafikan bahawa Pas pernah berjanji untuk menutup kilang arak di Shah Alam. Hujahnya, Pas tidak pernah berjanji sebaliknya, ia hanya pendapat peribadi pemimpin Pas tertentu sahaja.

Dia telah meminta saya bersumpah tentang dakwaan saya itu. Maka saya bersumpah - "Wallahi, wabillahi, watallahi saya bersumpah memang pemimpin Pas ada berjanji untuk tutup kilang arak di Shah Alam".

Selepas saya bersumpah, Tulang besi hanya berani bersumpah seperti ini - "Tapi Wallahi, Wabhillahi, Watallahi, PAS tidak pernah menjanjikan tutup kilang arak dan kedai judi sebagai polisi." Dia bermati-matian mempertahankan bahawa Pas tidak pernah berjanji untuk menutup kilang arak di Shah Alam.

Oleh kerana dia begitu yakin, saya telah mencadangkan agar Tulang Besi melafazkan sumpah seperti ini - "wallahi, wabillahi, watallahi mmg Pas tak pernah berjanji utk tutup kilang arak di Shah Alam".

Bagaimanapun Tulang Besi amat bacul dan tidak berani melafazkan sumpah ini. nampaknya memang Tulang besi ni jenis penipu dan tidak boleh dipercayai. Wallahu a'lam. :)

Sebelum ini tiga orang pemimpin Pas berpusing-pusing mencari jawapan kepada soalan yang saya lontarkan dalam isu yang sama. Baca di bawah untuk lihat bagaimana penipuan mereka dipatahkan: -


Arak - Khalid nafi Pas pernah janji tutup kilang arak, Dr Dzul dan Dr Siti Mariah tidak berani jawab


Untuk budak-budak Pas yang masih duduk dalam khayalan, hari ini saya hendak tunjukkan perangai sebenar pemimpin mereka yang kononnya berjanggut, bertudung labuh, alim dan wara'; sedangkan hakikatnya mereka hanya penipu yang melacurkan Islam untuk mendapatkan kuasa.

Petang semalam, saya telah bertanyakan soalan yang cukup mudah melalui twitter kepada Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan penyibuk yang mencelah untuk menyelamatkan dua orang rakannya yang tersepit, Dr Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja, iaitu - "Ada atau tidak Pas berjanji untuk menutup kilang arak di Shah Alam semasa kempen 2008 dan sebelumnya?"

Walaupun masing-masing belajar tinggi hasil kemurahan hati kerajaan BN, ada title `Doktor', namun soalan yang mudah itu tidak mampu untuk dijawab, malah mereka berpusing-pusing untuk menipu jawapan. Hanya Khalid Samad yang berani, itupun separuh berani menyatakan yang batil dengan menyatakan - `Ada ke janji tu?"

Bagi sesiapa yang pernah menghadiri tazkirah, usrah, mukhayyam, ceramah dan membaca harakah, kita semua tahu, sejak tahun 70-an lagi Pas berjanji dan berazam untuk menutup kilang arak di Shah Alam. Sebab itu Dr Dzulkefly dan Dr Siti Mariah tidak berani sama sekali menjawab soalan yang mudah itu!

Jadi budak-budak Pas, sedarlah - mereka ni hanya melacurkan agama demi kepentingan duniawi dan kuasa sedangkan mereka tidak melaksanakan apa yang mereka perkatakan. Firman Allah swt dalam surah Al-Saff (2-3) - "Ya ayyuha allazeena amanuu lima taquuluuna ma la taf'aluun. Kabura maqtan 'inda Allaha an taquuluu ma la taf'aluun." Akhirnya Allah swt telah menjatuhkan kehinaan kepada mereka disebabkan niat dan cara mereka yang salah sehingga mereka hanya layak menjadi boneka di Perak, kuda di Selangor, hampas di Pulau Pinang. PAS hanya Parti Abdi Sosialis yang akan tunduk kepada dua parti sosialis DAP dan PKR dalam setiap tindakan mereka.

Wednesday, May 18, 2011

Muktamar Pas - perwakilan kena pilih yang betul-betul Islam, bukan alat orientalis Barat dan #balaciDAP



Muktamar Agung Pas akan berlangsung tidak lama lagi. Diberitakan bahawa bagi jawatan naib presiden PAS, seramai 14 orang layak bertanding iaitu Azizan; Husam; Salahuddin; Nasharudin; Salahuddin; Tuan Ibrahim; Idris Ahmad; Mahfuz Omar; Mazlan Aliman; Mohd Amar Abdullah; Hata Ramli; Mujahid Yusof Rawa; Nik Zawawi Nik Salleh dan Nizar Jamaluddin.

Bagi kerusi ahli jawatankuasa kerja PAS pusat seramai 82 orang layak bertanding. Mereka ialah Abdul Ghani Abdul Rahman, Abdul Ghani Samsuddin, Abdul Halim, Abdul Rani Osman, Abdul Wahid Endut, Datuk Abu Bakar Chik, Abu Bakar Hussein, Adly Zahari, Ahmad Sabki Yusof, Aiman Athirah Al-Jundi, Amiruddin Hamzah, Anuar Tan Abdullah, Asmuni Awi, Azizan, Azman Shapawi Abd Rani, Halimah Ali, Hamzah Abdullah, Hamzah Jaafar, Hanipa Maidin, Hashim Jasin, Datuk Dr Hasan Ali, Dr Hayati Othman, Husam, Idris, Iskandar Abdul Samad, Kamaruddin Jaafar, Khairuddin Abdul Malik, Khalid Samad, Khalil Idham Lim dan Lo’ Lo’ Ghazali.

Selain itu, Mahfodz Mohamed, Mahfuz, Mazlan, Misbahul Munir Masduki, Mohamad Nor Mohamad, Mohama, Mohd Anuar Tahir, Mohd Apandi Mohamed, Mohd Firdaus Jaafar, Mohd Hatta, Mohd Nasir Mustafa, Mohd Nasir Zakaria, Nizar, Mujahid, Mumtaz Mohd Nawi, Mustafa, Dr Najhatussolehah Ahmad, Nasharudin, Datuk Nasuruddin Daud, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Nik Mohd Amar, Nik Zawawi, Norazli Musa, Normala Sudirman, Nuridah Salleh, Datuk Phahrolrazi Zawawi, Razman Zakaria dan Riduan Mohd Nor turut layak untuk bertanding.

Sementara itu, Rosidi Hussin, Sa’ari Sungib, Salahuddin, Salleh Man, Sallehen Mukhyi, Dr Siti Mariah Mahmud, Siti Zailah Mohd Yusof, Suhaizan Kaiat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Datuk Taib Azamuddin Md Taib, Datuk Takiyuddin Hassan, Taufek Ghani, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Wan Hasrina Wan Salleh, Wan Nik Wan Yusof, Wan Ubaidah Wan Omar, Yusof Embong, Zainuddin Yusof, Zaki Ibrahim, Zulkefly Muhamad Omar dan Zulkifly Ahmad turut tercalon bagi jawatan itu.

Hanya 18 kerusi diperuntukkan bagi jawatan ahli jawatankuasa kerja pusat. Seramai 1,100 perwakilan akan membuat keputusan dan memilihan barisan kepimpinan PAS.

Nasihat kita kepada perwakilan parti Pas,

1. Tolak calon yang rasuah - rasuah ini termasuklah yang menawarkan kain pelikat, pakej umrah, pakej haji dan rasuah syurga. Dulu Daud Iraqi ada menyebut amalan rasuah politik ini sudah jelas menular di dalam parti Pas.

2. Tolak calon yang bersekongkol terang-terangan dengan sosialisme, mempromosikan sosialisme secara terang-terangan dan menjadi alat kepada orientalis Barat. Calon-calon ini termasuklah mereka yang menyokong usaha memurtadkan umat Islam secara halus.

3. Carilah calon berilmu. Jika tidak, mereka akan jadi seperti bekas MB Perak, Nizar yang tidak tahu perbezaan di antara mogok lapar dan puasa sunat; mogak lapar bagi menggantikan solat hajat dan tidak faham pun apa yang dimaksudkan dengan ancak dan doa selamat.

4. Tolaklah calon yang banyak masalah seperti Mat Sabu dan ADUN Selising.

5. Tolak calon yang menolak perpaduan sesama Islam kerana berdasarkan sejarah golongan yang tidak suka akan perpaduan Islam ini hanyalah zionis, musyrik dan munafik. Sama ada mereka ini tergolong di kalangan salah satu dari yang tiga ini ataupun mereka merupakan alat yang dipergunakan untuk menghancurkan Islam dari dalam menggunakan parti yang menggunakan label 'Islam' seperti Pas.

Tuesday, February 1, 2011

Kisah Tabung Memali disonglap!


Seorang rakan berkongsikan maklumat ini di dinding facebook saya. Mesejnya mengenai penjualan buku Kisah Tabung Memali;

BUKU PENDEDAHAN PENYELEWANGAN TABUNG MEMALI OLEH HANTU RAYA BERSERBAN - NAK BELI & BACA BUKU = MAT SABU : AIR MATA DI BUMI MEMALI? NAK BACAKAH? BETOI KA DUIT TABUNG MANGSA MEMALI PUN ADA HANTU RAYA BERSERBAN KEBAS .... DTULIS OLEH CN AL-AF...GHANI

TPON KAWAN NI : CIKGU SOLAHUDDIN -019-4133659
HARGA : RM 20 (xtermasuk belanja pos


Tabung Memali: Saya fitnahkah?

AKHBAR Harakah melalui kolumnisnya Zulkifli Yahaya, keluaran 29 November-2 Disember 2010 pertikai kononnya saya menggunakan akhbar musuh menghentam kawan dalam mengulas buku saya bertajuk Mohd Sabu Air Mata di ...Bumi Memali. Buku saya juga dikatakan sarat dengan prasangka dan fitnah. Sedangkan penulis, Zulkifli Yahaya ketika dihubungi mengakui belum membaca buku saya sepenuhnya.

Tanpa membaca, beliau telah menghukum saya membuat fitnah semata-mata untuk pertahankan individu tertentu dalam parti dan juga kononnya pertahankan maruah parti yang mungkin tercalar hasil pendedahan saya dalam buku tersebut. Ini, adalah antara sikap sebenar yang diamalkan dalam Pas dan bukan saja keperibadian Zulkifli Yahaya.

Pimpinan Pas pertama yang membeli buku saya ialah Nasruddin Hassan Tantawi semasa majlis ceramahnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 14 November 2010. Selepas itu, Timbalannya Azman Shafawi semasa ceramah di Kg. Memali, Baling pada 21 November 2010. Malah Timbalan Presiden Pas, Nasarudin Md. Isa juga menerima buku tersebut pada 19 November 2010 semasa menyampaikan ceramah di Kampung Memali, Baling.

Beberapa orang lagi pimpinan Pas Pusat dan negeri Kedah, difahamkan turut membelinya.

Saya yakin mereka ini telah membacanya. Ahmad Yahaya, Ketua Pemuda Pas Kedah mengakui kepada Mohd. Arsyad Zamani anak Ibrahim Libya, yang dia telah membaca pendedahan saya.

Kerana itu, dia cuba menolak buku pemberian Mohd. Arsyad selepas tamat majlis Ijtimak Alumni Pelajar Madrasah Memali pada petang 21 November 2010.

Hasil pembacaan orang-orang kanan dalam Pas itu, seperti ada arahan tidak rasmi yang melarang buku saya dijual dalam Majlis Memperingati 25 Tahun Memali. Beberapa orang pembantu saya, termasuk bekas pelajar Memali yang cuba menjual buku itu dilarang masuk ke kawasan madrasah.

Selepas itu, dalam majlis ceramah Pas beberapa negeri juga saya dimaklumkan yang buku itu dilarang jual.

Usaha melarang jualan buku dalam majlis Pas dan juga ulasan Zulkifli Yahaya dalam Harakah dilihat sebagai usaha menyekat ahli Pas mendapat maklumat sebenar tentang isu yang berlaku di Memali. Usaha pihak tertentu dalam Pas, sekurang-kurangnya menjejaskan jualannya.

Perancangan secara halus ini berhasil, sekurang-kurangnya menjejaskan jualannya. Hingga ada yang mencadangkan saya mengambil tindakan mahkamah terhadap Harakah dan juga kolumnisnya Zulkifli Yahaya, kerana memfitnah saya.

Apakah dosa buku saya sehingga menerima layanan begitu negatif oleh pihak tertentu dalam Pas? Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, isu yang diungkit oleh saya adalah isu lama. Ramai yang telah lupa dan Pas menganggap isu itu telah selesai. Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden pula mengatakan, saya tidak patut membukukan isu yang burukkan imej Pas.

Demikianlah sikap mereka yang cuba menutup bangkai yang sekian lama membusuk.

Namun apabila timbul isu berkaitan skandal atau penyelewengan pimpinan UMNO/BN, mereka sangat prihatin. Mengajak masyarakat sama-sama mendesak pelbagai pihak untuk menyiasat atau mengambil tindakan.

Berbeza sekali dengan apa yang saya dedahkan penyelewengan, penipuan dan salah guna kuasa pimpinan Pas, bukan saja individu tertentu, malah melibatkan Pas itu sendiri. Penyelewengan dan penipuan berjuta ringgit milik berpuluh orang anak yatim serta 14 orang balu dan juga hampir 200 orang mangsa Memali langsung tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan Pas. Ia tidak mahu disensasikan, sebaliknya dianggap isu yang basi.

Nasib terkini balu-balu tidak dipedulikan. Tahukah mereka empat orang balu telah pun meninggal dunia, yang lainnya sedang melalui alam tua. Ada yang sedang menderita setelah kaki dipotong akibat kencing manis. Balu Ibrahim Libya sendiri sentiasa dalam keadaan tidak sihat. Berapa orangkah pimpinan Pas yang mengambil tahu nasib mereka?

Mungkinkah sekali lagi saya dikecam kerana menggunakan Utusan Malaysia meluahkan rasa hati. Sekali lagi saya ulangi, permasalahan yang saya dedahkan adalah isu penipuan hak anak yatim dan balu-balu Memali. Mereka ditipu oleh sebuah parti yang berpengaruh atas label perjuangan Islam. Saya cabar kepimpinan Pas dan Harakah dedahkan apa yang saya tulis itu semuanya salah, memutar belit dan fitnah.

C.N Al-Afghani

Memali


Nota: Pas oh Pas, rosak! Hancur, hancur; Hancurkan Pas!

Saturday, January 29, 2011

Aduhai Normala... satu hikayat


Seorang rakan blogger, Reformasin berkongsi hikayat Normala. Tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati. Mari layan.... zasssss :)

Thursday, January 27, 2011

Pas `kafir' kerana tolak hudud!


LABIS, 26 Jan — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) menegaskan hukum hudud dan negara Islam yang diperjuangkan parti itu bukan agenda utama dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Malah kata beliau PAS juga tidak akan menjadikannya sebagai “perkara pertama” jika ia menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen.

Beliau berkata sekiranya PAS mendapat kuasa mutlak untuk memerintah negara hukum hudud dan negara Islam bukan agenda utama yang dicapai bersama dalam Pakatan Rakyat.

____________________________________________________________________

Semalam ada majlis pemimpin dan penyokong Pas meng`kafir'kan diri masing-masing. Setelah sekian lama mengkafirkan UMNO kerana kononnya UMNO menolak hudud, hari ini Pas menegaskan pendirian sekali lagi bahawa mereka menolak hudud.

Ini bukan kali pertama, Pas menolak pelaksanaan hudud dan Negara Islam versi Pas. Ramai yang masih ingat pada sidang DUN Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin bekas Menteri Besar Pakatan Pembangkang telah menyatakan bahawa tidak ada dalam transkrip, memorandum dan Perlembagaan Pas bahawa Pas akan menegakkan Negara Islam.

Sebelum itu, Nik Aziz Nik Mat telah menyatakan berulang kali tentang penolakan hudud dan Negara Islam dalam beberapa kenyataannya yang direkodkan sebelum ini;

  1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
  2. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
  3. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihan raya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.
  4. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.
Ramai pemimpin dan penyokong Pas yang meng`kafir'kan UMNO kononnya kerana tidak mahu melaksanakan hudud. Hari ini nampaknya Pas sedar mereka silap kerana meng`kafir'kan UMNO.

Kata Mustafa, “Hudud bukan agenda bersama Pakatan Rakyat, mana-mana negara nak laksanakan hukum hudud kena ikut prasyarat… kalau tidak, tidak boleh (laksanakan)." Inilah ayat yang sama pemimpin UMNO sering katakan sebelum ini, malangnya penyokong Pas terlalu taksub dan gagal menyedari hakikat bahawa mereka ditipu oleh Pas selama ini.

Seperti yang pernah saya tulis dalam artikel saya "Hanya Pas, bukan UMNO perjuangkan Islam", dalam banyak hal, nampaknya UMNO lebih faham hukum Allah swt berbanding Pas.

Jelas, hukuman `kafir' terhadap UMNO yang dijatuhkan oleh Pas sebenarnya hanya permainan politik keji ala 'khawarij' dan membuktikan bahawa Pas sanggup menggunakan agama demi mendapatkan kuasa.

Sekarang Pas tidak ada alasan lagi untuk memisahkan diri (bermufarraqah) dari jamaah besar umat Islam Malaysia dan taat kepada ulil amri yang satu. Jika mereka berdegil, mereka tahu hukumannya dalam Islam. Jika mereka ingkar, maksudnya Pas bukan melaksanakan siyasah yang bertujuan untuk memelihara maslahat ummah dan agama Islam, sebaliknya siyasah yang diamalkan Pas hanya kerana kerakusan mereka untuk berkuasa.

Wednesday, January 26, 2011

Kantoi! Pas Tipu Lagi - Kali ini Salahuddin tipu tentang isu tanah pula


Pas, parti yang bertopengkan agama ini telah memulakan kempen PRK Tenang dengan fitnah sejak hari pertama lagi. Memperalatkan kematian di Felda Tenang, Pas melalui lidah penyebar fitnahnya, HarakahDaily mendakwa bahawa UMNO mengabaikan jenazah kerana sibuk menguruskan kehadiran Perdana Menteri, sedangkan qariah dan pemimpin UMNO hadir bersama untuk memandikan dan bersembahyang jenazah.





Video - AJK Badan Khairat Kematian Felda Tenang mendedahkan penipuan Pas mempergunakan jenazah untuk menipu rakyat


Kes jenazah ini adalah salah satu daripada fitnah yang disebarkan, tidak termasuk edaran-edaran yang menggunakan nama Perkasa, Wanita UMNO Labis dan Unit Perang Saraf BN.

Terkini, penipuan Salehuddin Ayob tentang kononnya Calon BN, sdr Azhar Ibrahim cuai semasa menjalankan tugas. Rakan blogger Cucu Tok Selampit telah membongkar penipuan terkini Pas ini dalam tulisan beliau DUN Tenang - Fitnah Din Puduraya Ke Atas Calon BN Berniat Jahat dan Tidak Berasas (klik untuk artikel penuh).

Antara fakta kes yang dibongkarkan - bekas pemilik tanah, Mansor Mohammad gagal menjelaskan ansuran banknya untuk pinjaman tanah. Pihak Bank mengambil tindakan lelong ke atas tanah berkenaan berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada melalui tindakan mahkamah. Pejabat Tanah Daerah tidak ada kena mengena dengan proses lelongan berkenaan dan mereka hanyalah bertindak atas arahan mahkamah.

Apa nak jadi dengan Pas. Lepas satu fitnah ke satu fitnah yang lain. Ini akibat bila pemimpin mereka, Nik Aziz Nik Mat sendiri sanggup menyalah gunakan nama Tuhan untuk menipu rakyat dengan mengatakan Tuhan pun mencarut semata-mata untuk mempertahankan seorang pemimpinnya yang mencarut. Ini juga akibat apabila Nik Aziz menipu dengan mengatakan Tuhan pun samseng. Selain itu Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas yang juga Pesuruhjaya Pas Johor juga sendiri jenis penipu.

Bila parti diketuai ulama suu', tidak hairanlah jika Allah swt menimpakan kehinaan terhadap mereka.

Monday, January 24, 2011

Pas mula kempen dengan menipu sebab Pesuruhjaya Pas Johor jenis yang menipu


Wajah Penipu Pas Johor




Pas pergunakan kematian untuk memfitnah UMNO dan menipu rakyat


Kisah Pas menggunakan kematian untuk memfitnah UMNO dan menipu rakyat memang menjijikkan. Kita tahu, ini memang perangai Pas, tetapi penipuan seperti ini tidak tergamak dilakukan oleh orang biasa. Mesti ada sebabnya kenapa Pas tergamak menipu dan memfitnah menggunakan orang yang telah meninggal. Akhirnya kita terjumpa jawapan yang dicari.

Kata orang-orang tua, jika guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Rupanya Persuruhjaya Pas Johor, yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Dr Mahfoudz Mohamed adalah jenis penipu.

Penipuannya didedahkan dua kali oleh blog ini, iaitu pertamanya dalam artikel Perbezaan ideologi sama dengan perbezaan mazhab - Pesuruhjaya Pas Johor (klik) dan keduanya, 'Ulama' Pas menipu dalam blognya.

Kalau Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas pun jenis penipu, bayangkan jenis macam mana pula para blogger dan pencacainya. Tanggalkan sahaja serban dan kopiah yang dipakai, selepas itu menipulah puas-puas. Jangan sampai Islam dihina disebabkan perangai dan tabiat golongan agama dalam parti Pas yang suka menipu.

Thursday, April 29, 2010

RM 4 juta: Blogger Pas dibayar rupanya


Pendedahan Kickdafella bahawa dia dibayar RM 4 juta bagi tempoh 3 tahun untuk memburukkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi mengejutkan ramai.

Pertama: bertentangan dengan andaian popular bahawa blogger Pas tidak dibayar, rupanya blogger Pas dibayar. Bukan saja dia dibayar, malah dibayar begitu tinggi.

Kedua: dia dibayar untuk mewujudkan persepsi buruk, iaitu suatu tujuan jahat.

Ketiga: banyak juga sumber Pas yang tidak diketahui halal dan haramnya. Kita yakin sumber untuk membayar Kickdafella tidak datang dari wang sedekah yang dikutip semasa ceramah-ceramah Pas. Mungkinkah datang dari duit balak atau sumber yang sama yang menaja biaya mengerjakan haji untuk Nik Aziz Nik Mat dan keluarganya?

Saya yakin Kickdafella tidak berbohong. Jika kita turun ke bawah pun, kita dapat melihat peralatan yang digunakan oleh blogger Pas dan PKR seperti kamera, kamera video dan komputer riba lebih canggih dan mahal berbanding blogger UMNO.

Berbanding blogger Pas, saya mengenali ramai blogger UMNO dan pro-UMNO yang bekerja tanpa peralatan yang cukup dan menggunakan apa saja yang mereka ada, termasuk hanya telefon bimbit untuk merakam berita.

Mungkinkah jika blogger UMNO dan pro-UMNO dibayar sedemikian rupa, tugas mereka akan menjadi lebih berkesan?

Berita mengenai pendedahan Kickdafella boleh dibaca di sini:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

'Saya terima RM4 juta'

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 28 April - Seorang penulis blog mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.

Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella membuat dakwaan tersebut dalam laman blognya selepas beberapa pihak termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan mengecam dan mempertikaikan sumbangannya terhadap parti.

Beliau turut mencabar pihak-pihak terbabit supaya menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu dan dari mana sumber peruntukan yang disalurkan kepadanya diperoleh.

"Sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf."

"Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Abdullah seterusnya mempermudahkan Pas menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kelantan?" katanya.

Kenyataan penuh Kickdafella boleh dibaca di blog beliau http://kickdefella.wordpress.com/2010/04/28/saya-yakin-nik-aziz-akan-kena-dakwa-jawapan-kepada-su-akhbar-mb-kelantan-dan-tulang-besi/

Popular Posts