Saturday, May 8, 2010

Mahkamah putuskan PPSMI tidak bercanggah dengan perlembagaan!!!


Samseng Bahasa

Akhirnya Mahkamah memutuskan bahawa program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah SAH dan TIDAK BERCANGGAH dengan Perlembagaan Persekutuan. Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh menolak dengan kos permohonan empat orang pelajar setelah mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak di dalam kamar. Baca di sini untuk berita penuh - http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=496386.

Walaupun keputusan ini hanya bersifat akademik, tetapi cukup untuk menyedarkan rakyat dalam negara ini ramai musang berjanggut yang tidak boleh dipercayai serta sanggup menipu dan memanipulasi rakyat (termasuk empat orang pelajar yang masih mentah ini) demi kepentingan kelompok yang sempit. Ini belum termasuk data-data kajian yang berat sebelah yang dijaja kepada ramai pihak. Silap-silap, data itu bukan sahaja berat sebelah, tetapi mungkin juga dimanipulasi kerana bagi pihak ini, menipu dan berbohong itu tidak mengapa; matlamat menghalalkan cara.

Sebab itu tanpa segan silu, saya menganggap mereka bukan pejuang bahasa, sebaliknya hanya samseng bahasa. Bagi saya ada beza di antara seorang pejuang bahasa dengan samseng bahasa. Baca di sini untuk memahami kenapa:

Pada hari Isnin, 22 Jun 2009, bagi membalas hujah dan penipuan pihak ini yang mengatakan bahawa PPSMI bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, saya telah menulis dalam Nota Facebook saya kenapa saya beranggapan bahawa hujah penentang PPSMI adalah lemah. Hujah saya adalah seperti beikut;

PPSMI : Sejauh mana Perlembagaan di salahi

(Siri ketiga daripada beberapa siri perdebatan mengenai PPSMI)
http://www.facebook.com/tunfaisal?v=app_2347471856&ref=profile#!/note.php?note_id=93131149885

Sekali lagi, saya ingin menyatakan bahawa saya tidak begitu peduli mengenai keputusan kerajaan untuk menerus atau menghentikan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Bagaimanapun biarlah keputusan tersebut dibuat atas alasan yang betul, bukan penipuan, manipulasi dan sebagainya.

Ada beberapa pihak telah menulis tentang sejauh mana program PPSMI telah melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Tulisan mereka ini telah disiarkan beberapa kali oleh akhbar berbahasa Melayu utama.

Hujah mereka; Pertama; Perkara 152(1)(a), Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen dengan syarat bahawa; (a) tiada seorangpun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud selain bagi maksud rasmi) atau daripada mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain; Kedua, perkara 152(6) menyatakan Dalam perkara ini, “maksud rasmi” ertinya apa-apa jua maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam. Ini mungkin sebagai satu tindakan susulan kepada tindakan saman terhadap kerajaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2006.

Saya sebenarnya berharap agar saman ini dibicarakan dengan segera agar keputusan dasar mengenai PPSMI boleh dilakukan dengan segera dan mudah. Bagaimanapun entah apa yang telah berlaku, kes ini begitu lambat dibicarakan.

Pada pandangan saya, sebenarnya Perkara 152(1)(a) dan (6) tidak sepatutnya dibaca berasingan, sebaliknya perlu dibaca bersama Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996 yang menyatakan bahawa Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.

Premis paling penting dalam seksyen 17(1) ialah perkataan “bahasa pengantar utama”, “institusi pendidikan” dan “sistem pendidikan.” Marilah kita membuat sedikit pengiraan bagi menentukan sejauh mana pelanggaran terhadap Perlembagaan telah berlaku.

Bagi institusi pendidikan di peringkat rendah atau sekolah rendah, berdasarkan kiraan secara kasar, di Sekolah Kebangsaan jumlah peruntukan masa keseluruhan bagi bagi subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik adalah sekitar 40 peratus. (Nota: Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), jumlahnya hanya sekitar 30 peratus dan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) adalah sekitar 18 peratus.). Ini tidak termasuk masa Bahasa Melayu digunakan di dalam acara dan program rasmi seperti perhimpunan, aktiviti kokurikulum dan sukan.

Di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR), secara purata, peruntukan masa bagi subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik adalah sekitar 34 peratus. Jika sekolah tersebut mempunyai kedua-dua aliran, Sastera dan Sains di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kita perlu menjumlahkan pula masa di peringkat PMR dan SPM aliran sains dan aliran sastera.

Dalam aliran sains di peringkat SPM, jumlah mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan English for Science and Technology (EST) adalah sekitar 66 peratus daripada keseluruhan waktu P&P. (Nota: jika EST tidak ditawarkan, jumlahnya akan berkurangan lagi).

Begitupun jumlah ini diimbangkan semula dalam aliran sastera, di mana jumlah masa yang diperuntukkan untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains hanyalah di sekitar 34 peratus daripada keseluruhan waktu P&P. Maksudnya, dalam satu-satu institusi pendidikan yang menawarkan subjek-subjek untuk PMR dan aliran Sains serta Sastera bagi peringkat SPM, jumlah P&P dalam Bahasa Melayu, lebih tinggi peratusnya daripada jumlah P&P dalam bahasa Inggeris, menjadikannya masih bahasa pengantar utama. Sekali lagi ini tidak termasuk waktu yang diperuntukkan untuk perhimpunan, kokurikulum dan sukan.

Bagaimanapun, sekiranya sesebuah sekolah hanya menawarkan aliran teknikal di peringkat SPM, mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Teknologi Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan dan Information and Communication Technology, jumlah P&P dalam bahasa Inggeris yang diperuntukan adalah sekitar 71 peratus daripada keseluruhan waktu P&P.

Begitu jugalah di peringkat Matrikulasi, peruntukan masa bagi P&P dalam Bahasa Inggeris adalah sekitar 80 peratus, tertakluk kepada bilangan sebenar bilangan mata pelajaran berasaskan sains yang diambil. Bagaimanapun saya berpandangan, pelaksanaan PPSMI di Kolej Matrikulasi masih tidak menyalahi maksud peruntukan subsekyen 17(1) yang menyebut “mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini” seperti yang diamalkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM).

4 comments:

Johanna said...

Have you heard of the story of our students who furthered their studies abroad were laughed at in class because they said "karbon dioksida" instead of carbon dioxide?

In technic schools and polytechnics we use the malay medium in engineering. "Pegas" and "galas bebola" was used instead of the simple term spring and ball bearing.

The best and only way is to standardize the medium from an earlier stage. Changing the medium as we enter higher levels in education would do more harm than it suppose to help.

Just my 2 cents.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

johanna

may be u wd like this - its written by sm1 very interesting :) http://lipassepi.blogspot.com/2009/02/sinatraz-why-i-support-learning-math.html

kita anak melayu said...

GEMPAR!!!! Transkrip perbualan rahsia Anwar dan bomoh Benggali,  Pajan Singh di mahkamah

sila datang ke Melayu Bersatu untuk membaca transkrip penuh

Aleya said...

Memang English bahasa ilmu... tp kita kena terima hakikat bahawa pemahaman sedalam-dalamnya ilmu sains dan matematik peringkat asas kepada pelajar peringkat menengah rendah ini lebih utama. Ini kita takkan dapat dengan menggunakan English. Itu belum kira lagi berapa ramai pelajar (terutamanya luar bandar) yang faham sebenar-benarnya ilmu itu.

Percayalah, istilah-istilah itu boleh ditukarkan kemudian bila sampai masanya. Berapa ramai orang di seluruh dunia (yang English bukan bahasa utama) boleh menghadapinya. Idea dan pemahaman ilmu yang penting (terutama bidang tersebut).

Sini saya bagi website yang memberi sedikit statistik pelajar-pelajar antarabangsa di Oxford universiti - di sini kita boleh kira berapa ramai pelajar dari negara yang bahasa bukan English
http://www.ox.ac.uk/about_the_university/facts_and_figures/index.html

Jiran saya sendiri yang berasal dari Sepanyol pun tak fasih English. Sedarlah, kita sekarang ketandusan ilmuan dan bijak pandai, tak seperti 1970-1990 dahulu. Janganlah kita fikirkan hanya nak melepaskan diri kita sahaja. University of Chulalongkorn Thailand pun ranking jauh lebih baik dari universiti2 kita.

Popular Posts