Showing posts with label Dong Zong. Show all posts
Showing posts with label Dong Zong. Show all posts

Wednesday, June 5, 2013

Mary Yap: Dong Zong, cina DAP cauvinistik dan mendiskriminasi Cina `banana' ?


Dong Zong dan Cina DAP bukan sahaja rasis dan cauvinis terhadap bukan Cina, malah Cina `banana' pun menjadi mangsa diskriminasi dan prejudis mereka. Sikap cauvinis menyebabkan mereka mempertikaikan kemampuan Paul Low dan Mary Yap untuk mewakili kaum Cina. Benar, saya setuju, mereka memang tidak layak, lebih-lebih lagi untuk menjadi wakil kepada golongan cauvinis seperti Cina Dong Zong dan Cina DAP.


Dong Zong, please Look at your own Backyard First
Posted on June 5, 2013 by editor

When we criticize, we should not criticize for the sake of criticizing, worse still being critical with a hidden agenda.

There should always be basis for any criticism and not simply an act of shooting idiotic ballistic critical words that seemed bent on politicizing than exercising logic.

The recent fuss created by the United Chinese School Committees’ Association of Malaysia (Dong Zong) over the appointment of Datuk Paul Low and Datuk Mary Yap to the Cabinet smacks of utter stupidity in motion.

The Chinese educationist group cited that the two might not be effective in representing the Chinese by the mere fact that they were not fluent in Mandarin.

Perhaps Dong Zong should be reminded that Malaysia’s 28 million populace comprises a diverse culture of race and religious background.

All Ministers in the Cabinet are required to serve all Malaysians irrespective of their skin colour in their respective capacities.

If we go by the yardstick of Dong Zong, that the appointment of ministers should be based on their mother tongue proficiency, then we will have a Cabinet whose credentials are anything lingo in nature but not on their ability to serve.

What a load of crap and rubbish is Dong Zong talking about? Given Paul’s experience as Transparency International Malaysia president previously, he would have a good grasp on curbing corruption and coming up with better, transparent and effective mechanisms to deal with the menace.

As an accountant by profession and having served in the National Economic Action Council (NEAC), Paul comes as a person with good credentials and does not carry any baggage.

As for Mary, a Tokoh Guru Kebangsaan in 2012, she comes as a person who is well received and respected.

Even Malayan Schools’ Christian Council chairman Yap Kok Keong has good things to say about her.

Yap described Mary as a “true and proven educationist who has the best interest of the nation and school children at heart”.

Dong Zong should look at its backyard first. Firstly its chief Yap Sin Tian is not one that you can describe as a credible person.

He has been using his doctor title although it has long been exposed that his Ph.d degrees from Kensington University are fakes.

He claims to have two doctorates from this diploma mill but hide the fact that this fictitious university has been shut down by the US authorities.

Anyone who has spoken to him can vouch that he cannot even speak English decently.

Forget about Bahasa Malaysia, I guess he can speak Bahasa pasar. He thinks he is in mainland China anyway. We are informed that when he attends meetings at the Education Ministry, he insist in speaking in Mandarin.

To be sarcastic, perhaps Dong Zong’s objection to the appointment of Paul and Mary is because their big boss Yap fears that he cannot communicate with those who are fluent in English. Gotcha

Now we know that Dong Zong’s ulterior motive in insisting that the two ministers be well versed in Mandarin is to serve the needs of scumbags like Yap Sin Tian.

There is no place for society with warped mentality. We cannot be engaging with idiots.



Saturday, August 6, 2011

Akhbar Cina: Dong Jiao Zong terus jadi penghalang satu aliran dan menipu



Video: Merealisasikan Sekolah 1Aliran


Terjemahan akhbar Cina di bawah menunjukkan kumpulan pelobi sekolah Cina, Dong Jiao Zong terus menerus menjadi penghalang kepada penubuhan sekolah 1aliran dan lebih buruk lagi menghasut dan menipu rakyat dengan mengatakan seolah-olah SJKC dianak tirikan.

Dong Jiao Zong menipu bila mengatakan "jika kita perbandingkan antara sekolah rendah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina, dengan serta merta kita dapat bezakan polisi kerajaan mempunyai double standard “kelas ke-2”."

MCA, Gerakan dan masyarakat pendidik Cina di dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menghentikan pembohongan dan hasutan yang jahat ini serta menunjukkan kepada masyarakat Cina bahawa Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil sebenarnya telah diberi layanan yang adil oleh kerajaan.

Dalam tahun 2007, direkodkan bahawa terdapat 307 buah Sekolah Kebangsaan berstatus bantuan modal. Dari segi layanan kerajaan, semua sekolah berstatus bantuan modal, baik Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan mendapat layanan yang sama.

Malangnya pelobi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina telah memberikan gambaran yang salah kepada masyarakat, seolah-olah hanya SJKC yang perlu dibantu kerana dianak tirikan oleh kerajaan sehingga menyebabkan semua bantuan kewangan dari masyarakat, terutamanya masyarakat perniagaan Cina hanya pergi ke SJKC dan bukan Sekolah Bantuan Modal yang lain. Ini akhirnya mengakibatkan keadaan sekolah-sekolah ini jauh lebih dhaif dari SJKC Bantuan Modal, walaupun berada bersebelahan dengan SJKC.

Dalam tahun 2007 juga direkodkan terdapat 406 SJKT dan 150 SJKC bertaraf Sekolah Kerajaan yang mendapat bantuan penuh dari Kerajaan. Bagi 406 SJKT dan 150 SJKC ini, mereka menikmati layanan yang sama seperti mana-mana Sekolah Kebangsaan berstatus Sekolah Kerajaan, baik dari bajet pengurusan, mahu pun bajet pembangunan. Apa yang diterima oleh Sekolah Kebangsaan berstatus Sekolah Kerajaan dari segi guru, geran per kapita, pembaikan, pembangunan dan lain-lain lagi turut diterima oleh SKJC dan SJKT berstatus Sekolah Kerajaan ini. Jadi siapa yang dianak tirikan? Siapa kelas ke-2?

Kenapa menipu Dong Jiao Zong?!!

Dong Jiao Zong mesti membuang pemikiran sempit dan bersifat rasis jika mereka jujur untuk membina masyarakat malaysia yang bersatu padu. Dong Zong perlu menonton filem Nasi Lemak 2.0 Namewee supaya faham bahawa masakan mereka akan jadi lebih enak jika mereka meninggalkan sifat KECINAAN yang keterlaluan dan berfikiran terbuka untuk merencahkan masakan mereka dengan acuan Malaysia.


Terjemahan berita Sinchew Daily News
Dong Jiao Zong-sekolah-sekolah rendah Cina?
m/s 14; 28 Julai 2011

Sekolah Rendah Cina Masih Dalam Kedudukan Kelas ke-2: Jiao Zong Menyeru Supaya Lepaskan Polisi Pendidikan Yang Sempit

‘Jiao Zong menyeru kepada pihak kerajaan supaya lepaskan polisi sempit dalam pendidikan, mulakan dengan mata sudut pembangunan pendidikan untuk semua rakyat, menggunakan cara pembinaan dan perkembangan sekolah rendah kebangsaan pada sekolah Cina, tambah bina sekolah-sekolah rendah Cina mengikut perkembangan dan pertambahan nisbah jumlah penduduk.’

27hb Kuala Lumpur, Jiao Zong berkata, jika kita perbandingkan antara sekolah rendah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina, dengan serta merta kita dapat bezakan polisi kerajaan mempunyai double standard “kelas ke-2”.

Jiao Zong hari ini semasa membuat laporan kenyataan tentang (pembinaan dan perpindahan sekolah rendah Cina) menyeru pihak kerajaan mesti lepaskan polisi sempit yang menjurus kepada polisi pendidikan satu aliran, mulakan dengan pembangunan pendidikan untuk semua rakyat, menggunakan sistem pembinaan sekolah rendah kebangsaan untuk diterima pakai dalam pembinaan dan penambahan sekolah-sekolah rendah Cina.

Ini termasuk pihak kerajaan perlu bertanggungjawab semua kos pembinaan sekolah yang termaktub di dalam kawasan taman perumahan yang disediakan untuk tapak-tapak sekolah untuk kegunaan bangunan sekolah pelbagai aliran, perlu sistematikkan pembinaan sekolah-sekolah rendah Cina yang berpatutan dan wajar serta mendapat penyelesaian yang normal, supaya dapat selesaikan masalah kekurangan sekolah rendah Cina yang paling asas itu.

Dalam laporan itu menunjukkan, walaupun pihak kerajaan membuat penambah baikkan dalam pembinaan sekolah rendah Cina serta perpindahan tempat sekolah rendah Cina, tetapi ia masih lagi jauh berbeza daripada apa yang masyarakat Cina mahukan, apa yang masyarakat Cina mahukan ialah layanan sama kepada semua aliran sekolah, mendapat pembangunan yang adil dari segi pendidikan bahasa ibunda.

Semua Polisi Pendidikan Perlu Diubah Diperingkat Dasarnya

Laporan itu menyatakan, pihak kerajaan perlu ubah dasar polisi pendidikan, sepatutnya beri jaminan melalui kertas yang bertulis, sehingga ke hari ini, polisi pendidikan negara ini masih tidak membuat sebarang perubahan, semua orang risau kerana mungkin ada kaitannya dengan kuasa dan keperluan dalam politik.

Dalam laporan itu menegaskan, memberi peruntukan, memberi tanah dan membina sekolah itu semuanya adalah tangungjawab pihak kerajaan, sama juga seperti bina sekolah rendah kebangsaan, semua kos pihak kerajaan sendiri yang membiaya serta memberi peruntukkan dan memberi tanah sehingga sekolah siap dibina. Tetapi sebaliknya pada sekolah rendah Cina pihak kerajaan tidak memikul tanggungjawab yang sepatutnya dipikul.

Dalam laporan itu juga dinyatakan, walaupun mendapat peruntukan dari pihak kerajaan, pihak sekolah rendah Cina masih lagi hadapi masalah kawasan tapak sekolah, sehinggakan pembinaan sekolah Cina tidak dapat dijalankan dengan lancar serta hadapi halangan.

Dalam laporan itu juga menghuraikan: sekolah rendah Cina di Puchong Selangor terlalu ramai sehingga sesak, sekolah rendah Chin Chi di Bentong Pahang pula terpaksa dipindahkan ke kawasan itu kerana untuk mengatasi kesesakan murid, tetapi sehingga ke hari ini proses pemindahan kerana tiada kawasan tapak, sekolah tersebut tidak dapat dibangunkan dan tidak nampak sebarang kemajuan.

Thursday, May 6, 2010

Dong Zong rasis - kenyataan tahun 2002


Ekoran pendedahan blog "Hidup Tuah" mengenai kenyataan Dong Zong dalam sebuah akhbar berbahasa Cina, dalam artikel bertajuk "Dong Zong menghina Bahasa Kebangsaan / Bahasa Melayu?" di sini:
http://darahtuah.wordpress.com/2010/05/06/dong-zong-menghina-bahasa-kebangsaan-bahasa-melayu/ - saya telah menulis tentang kerangka pemikiran rasis dan cauvinis yang dipunyai oleh kumpulan ini yang boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini dalam artikel saya "

Ini bukan kali pertama saya mendengar kenyataan berbau rasis dan cauvinistik ini. Saya ingin berkongsi satu lagi kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Pengerusi Dong Zong, Quek Suan Hiang pada 6 Ogos 2002.

Laporan mengenai petikan dari Sin Chew Daily, 6 Ogos 2002

“Chinese primary schools and private Chinese secondary schools might be torn up by the root: If we do not oppose the English policy, said Quek” Sin Chew Daily, 6 August 2002 (p.3)

Dong Zhong chairman Quek said Chinese primary schools and private Chinese secondary schools might be torn up by the root if the English policy is not opposed.

Speaking in a function organized by Chinese educational NGOs in Sarawak, Quek stressed on the importance of safeguarding Chinese culture, and was reported telling his audience the suffering life endured by Chinese in Indonesia due to the assimilation policy implemented by the Indonesian government.

Quek told his audience the damage of the anti-Chinese policy introduced by the Suharto administration that had led to the closing down of Chinese schools, banning open selling of Chinese books and prohibiting the use of Chinese name.

The absence of Chinese education has given no cultural inheritance to the Indonesian Chinese, said Quek, and the assimilation policy has left nothing but misery to the Indonesian Chinese.

Lamenting the bad life suffered by Indonesian Chinese, Quek said the assimilation policy has taken the rights away from the Chinese and they ended up being tortured, raped, murdered and suffered.

Quek also tell his audience that Sekolah Wawasan is another project designed carefully with the aim to change Chinese schools’ character silently. He said once the Chinese primary schools are uprooted, the spill over effect will also affect the private Chinese secondary schools and other related IPTS. The whole Chinese education structure will be destroyed, said Quek.

Jelasnya kenyataan Quek adalah ekstrem, lari dari isu sebenar dan berbau hasutan. Kenyataan Quek bukan kenyataan membina tapi sebaliknya merupakan contoh kenyataan yang lahir dari minda yang terkongkong.

Quek memfitnah kerajaan dengan memberikan gambaran bahawa kerajaan Malaysia sedang menjalankan proses asimilasi seperti mana yang berlaku di Indonesia. Dalam masa yang sama Quek cuba menghasut dan mengapi-apikan emosi kaum Cina dengan fitnah terhadap sekolah Wawasan dan membayangkan seolah-olah kerajaan akan menutup sekolah-sekolah Cina.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily berbunyi seperti berikut “Kumpulan-kumpulan etnik di Indonesia menggunakan satu set bahasa yang sama, dan satu set budaya yang sama, tetapi adakah kaum Cina di Indonesia dilayan secara sama rata? Tidak, mereka dirompak, dibunuh, dirogol, dibakar dan sebagainya….. itu merupakan kesan asimilasi”

Tidak cukup sekadar itu, beliau telah bertanya pendengar dengan soalan; “Tanyalah diri kita, apakah asimilasi menjanjikan persamaan, adakah asimilasi menjanjikan keamanan, marilah kita melihat Indonesia sebagai contoh yang terbaik.”

Sekiranya dianalisis dengan teliti, kenyataan beliau menimbulkan banyak persoalan. Pertamanya, apakah kaitan kenyataan dan pertanyaan ini dengan polisi baru pengajaran Matematik dan Sains? Keduanya, benarkah terdapat satu aliran pemikiran di kalangan kaum Cina yang melihat sebarang usaha untuk merapatkan hubungan kaum sebagai sia-sia dan tidak akan menjanjikan keamanan? Ketiga, sudah berapa lama ideologi songsang ini diajar kepada kaum Cina dan di manakah tempat ideologi ini disebarkan?

Dong Zong rasis, putar belit kenyataan TPM

Kenyataan putar belit Dong Zong

Kata pepatah Melayu, "siapa yang hendak mengaku berak di tengah jalan". Maksudnya orang yang bersalah tidak mungkin akan mengaku kesalahannya. Tidak mengaku itu satu satu hal. Pandai-pandailah. Itu masih boleh diterima lagi. Kata orang-orang tua, "pandai makan, pandailah simpan". Masalahnya ada manusia yang sudahlah tidak mengaku tetapi menunding jari menuduh orang lain pula - itu memang perangai buruk yang tidak boleh diterima.

Di Malaysia misalnya, realiti ini jelas dalam kes rasuah, kerana kita tahu siapa pemberi rasuah yang sebenarnya. Jelas juga dalam perniagaan berunsur judi, minuman keras dan maksiat. Begitu jugalah dalam hal yang berkaitan perkauman.

Blog "Hidup Tuah" telah menyiarkan kenyataan Dong Zong dalam akhbar Cina yang telah diterjemahkan. Dong Zong memutar belitkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan cara ia menjelaskan pendiriannya menunjukkan Dong Zong melihat kenyataan TPM itu dari kaca mata perkauman dan cauvinistik.

Sila baca "Dong Zong menghina Bahasa Kebangsaan / Bahasa Melayu?" di sini untuk memahami kerangka pemikiran RASIS yang dipunyai oleh Dong Zong;

Kerangka pemikiran ini tidak boleh menerima hakikat bahawa Bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang terpelihara dan istimewa sebagai bahasa Kebangsaan negara ini, berbanding bahasa lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kegagalan untuk menerima hakikat ini menyebabkan bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar dalam acara rasmi tertentu walaupun dalam keadaan yang tidak memerlukannya.

Kerangka pemikiran yang sama inilah yang menyebabkan mereka tidak dapat menerima pendapat bahawa bahasa Mandarin bukan bahasa ibunda orang Cina walaupun ada di kalangan orang Cina yang tidak menolak kenyataan ini semasa perdebatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Kerangka pemikiran ini jugalah tidak dapat menerima bahawa nama `Tony Pua' mencerminkan pemiliknya adalah seorang Kristian dahulu, seorang Cina kemudiannya dan tidak dapat menerima hakikat bahawa di dalam PKR sendiri, `Nik Nazmi' adalah seorang Muslim, terlebih dahulu dan tidak menolak kecintaan terhadap kaumnya - seperti yang dihujahkan di sini (klik).

Kerangka pemikiran seperti ini jugalah yang menyebabkan mereka kononnya bercakap tentang perpaduan, tetapi dalam kempen pilihan raya, mereka memainkan sentimen perkauman seperti yang berlaku di Ipoh, Johor, Hulu Selangor dan apabila mereka mengapi-apikan sentimen etnosentrik kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.

Kerangka pemikiran ini juga menyebabkan fitnah berleluasa bahawa kerajaan BN meng'anak tiri'kan Sekolah jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sentimen ini digunakan untuk mengapi-apikan kaum Cina bagi memberi sokongan kepada SJKC tanpa menceritakan bahawa terdapat SJKC yang berstatus Sekolah Kerajaan yang mendapat bantuan penuh dari segi belanja mengurus dan pembangunan sama seperti mana-mana Sekolah Kebangsaan (SK) dan SJKC berstatus Bantuan Kerajaan yang mendapat bantuan sama seperti mana-mana SK yang berstatus Bantuan Kerajaan.

Mereka ini sebenarnya rasis dan kita berharap agar semua parti komponen dalam BN dapat menerangkan perkara sebaik-baiknya.

Popular Posts