Showing posts with label Dap zalim. Show all posts
Showing posts with label Dap zalim. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

#PRKTelukIntan - Kit Siang RAMPAS MIKROFON, tujuk siapa BIG BOSS #Dyana



Belum apa-apa dah ditunjukkan Allah, siapa macai dan siapa bos. Nak bercakap apa pun, Kit Siang kena tentukan. Patutlah Tunku Aziz, Razali dan ramai lagi Melayu DAP tinggalkan DAP.





King control...Kit Siang tunjuk siapa bos depan Dyana
SELASA, 20 MEI 2014 14:46 HELME HANAFI 

Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP di PRK Parlimen Teluk Intan kena akui siapa boss atau ketua apabila dasar parti itu dipersoal.

Dan bagi memastikan dasar DAP serta komen-komen dibuatnya tidak menjejas imej parti itu, ahli parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang sentiasa mengiringi pekerjanya itu.

Kit Siang sentiasa memerhati serta mengawasi dari jarak dekat komen-komen setiausaha politiknya itu khusus membabitkan sidang media Dyana.

Komen-komen Dyana setakat ini menguntungkan DAP dikaca mata kaum Cina apabila Dyana seiring dengan dasar-dasar DAP seperti isu hudud, UiTM dan sebagainya.

Tetapi agak malang komen-komen terbuka Dyana nampaknya telah menghiris hati kaumnya sendiri kerana belum jadi wakil rakyat, dia sudahpun menunjukkan belangnya.

Pendek kata komen Dyana kurang disenangi dikalangan orang-orang Melayu. Ini nyata merugikan peluang mendapat undi dari pengundi berbangsa Melayu. Sokongan PAS padanya tidak bererti penyokong serta ahli PAS akan memberikannya undi.

Antara komen negatifnya mengenai isu UiTM yang mana menurutnya tidak patut ditubuhkan semata-mata untuk orang-orang Melayu—ini dasar rasis UMNO.

Menyedari komen ini membakar dirinya, Dyana dalam kenyataan media terbaru mencadangkan sebuah universiti ala-ala UiTM ditubuh untuk bangsa lain pula.

Sebelum ini Dyana mengkritik UiTM yang ditubuhkan hanya untuk orang-orang Melayu serta anak ahli-ahli UMNO sehingga mereka yang tidak berkelayakanpun diberi keutamaan.

Untuk rekod Dyana adalah pelajar UiTM dalam bidang undang-undang manakala ibunya pula ialah bekas Setiausaha kerja UMNO bahagian Ipoh timur di Perak.

Ibunya mengesahkan dia adalah ahli UMNO seumur hidup.

Sebelum itu (Sabtu) Kit Siang hadir di majlis pengumuman calon DAP yang diumumkan anaknya Lim guan Eng, begitu juga dalam banyak program dihadiri Dyana.

Pagi Selasa di sidang media Pusat Operasi Utama DAP berlaku 'adegan yang tidak ingin kita lihat' apabila Kit Siang tidak membenarkan Dyana jawab soalan wartawan yang ditujukan kepada calon DAP itu.

Perkara itu menjadi rungutan dikalangan wakil media kerana ditanya kepada orang lain, orang lain pulak menjawab.

Sidang media yang sepatutnya menjadi tempat untuk Dyana mempamerkan kebolehan menjawab soalan berdasarkan pemikiran sendiri terjadi sebaliknya.

Kisahnya begini, seorang wartawan bertanya soalan kepada Dyana iaitu, berkaitan dakwaan tindakan DAP mencalonkan beliau adalah untuk memperalat Melayu dan apakah Dyana bersedia untuk menerima apa yang terjadi terhadap Tungku Aziz jika berlaku pada dirinya.”

Secara tiba-tiba Lim Kit Siang mengambil mikropon dan menjawab soalan berkenaan.

Tak puas hati dengan jawapan Kit Siang, wartawan itu terus 'shot' lagi bertanya apakah prinsip serta mampukah Dyana menerima apa yang terjadi terhadap Tungku Aziz.

Kit Siang mencelah lagi dan mengajukan semula soalan kepada wartawan berkenaan “adakah anda tahu apa yang terjadi terhadap Tunku Aziz?

Pada masa sama ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo dan ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mencelah dan membidas soalan wartawan berkenaan.

Akhirnya tiada jawapan daripada mulut Dyana. Bukan itu saja, persoalan tadi tidak dijawab sepenuhnya oleh DAP. Sidang media tamat.

Rumusan pihak media ialah Dyana seperti tidak bebas bersuara sebaliknya dipantau dan diperhati.

Yang nyata Kit Siang seperti takut jawapan Dyana akan menjejaskan imej parti.

Selama ini Dyana mengikut rentak DAP termasuk dalam isu hudud yang mana apabila ditanya media Dyana berkata jika terpilih sebagai ahli parlimen Teluk Intan, dia akan mengundi mengikut DAP.

Ironinya PAS tidak hirau komen atau reaksi DAP dan Dyana sebaliknya secara terbuka menyokong Dyana sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan pada hujung bulan ini.

PAS sebelum ini memperlihat sokongan apabila Timbalan Presidennya Mat Sabu hadir di majlis pengumuman calon oleh Guan Eng Sabtu lalu.

Sikap terbaru PAS juga memeningkan kepala para penyokongnya di Teluk Intan apabila Naib Presidennya Salehuddin Ayub juga secara terbuka dipetik berkata:

“PAS menyokong Dyana di Teluk Intan.

Katanya PAS tidak boleh menghalang hak Dyana untuk mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada partinya meskipun ia bersifat penentangan terhadap apa yang diperjuangkan PAS.

“Ini bukan perkara baru. Merujuk pada DAP sejak hari pertama kita kenal,mereka memang tidak pernah sokong hudud. Namun ini tidak menggugat pendirian PAS terus bersama DAP dalam perkara-perkara yang diperjuangkan bersama, juga tidak akan menjejaskan usaha PAS untuk terus perjuangkan hudud.

"Dyana calon DAP, tentu dia sokong pendirian parti dia. Takkan dia buat kenyataan sokong PAS.”-20/5/2014 OLEH HELME HANAFI

Friday, May 31, 2013

#DAPBlackOut : 753 pemilih berdaftar DAP dinafikan hak mengundi, @LimKitSiang wajar letak jawatan

Post Pic

Black-out DAP telah menyebabkan 753 pemilih berdaftar DAP dinafikan hak mengundi, kata Pendaftar Pertubuhan (ROS). Ini menguatkan lagi dakwaan bahawa parti cauvinis DAP ditadbir secara autokratik oleh pemimpinnya dan terhakisnya amalan demokrasi dalam parti tersebut. Selain penafian hak, integriti parti dan pemimpin DAP turut tercemar apabila timbul insiden kesilapan penjumlahan undi yang begitu ketara dan tidak masuk akal. Kesilapan penjumlahan ini mengakibatkan anak tiri berketurunan Cina, Allahyarham Tan Sri Khir Johari, Zairil Khir Johari yang pada mulanya hanya mendapat 305 undi tiba-tiba sahaja memperolehi 803 undi. Black-out DAP nampaknya boleh kurangkan jumlah pengundi dan boleh naikkan jumlah undi dalam sekelip mata. Integriti parti DAP sudah tercemar teruk akibat tregedi ini. Lim Kit Siang dan pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng memang patut letak jawatan disebabkan tragedi yang memalukan ini.





Ramai ahli DAP tak terima notis mesyuarat - ROS

pada 30-05-2013 06:05 



KUALA LUMPUR:  Siasatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mendapati ramai anggota DAP yang layak, tidak menerima notis panggilan untuk menghadiri kongres kebangsaan parti, pada 15 Dis lalu.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata keputusan siasatan itu diperoleh selepas siasatan ke atas aduan daripada anggota DAP yang tidak menerima notis tersebut.

"Anggota-anggota DAP yang tidak menerima notis itu telah dinafikan hak untuk mengundi dan seterusnya membuat pemilihan di kongres tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Rahman juga memaklumkan bahawa ROS akan meneruskan siasatan terhadap isu lain yang dikemukakan pengadu dan akan meneliti semua dokumen sebelum keputusan dibuat berdasarkan Akta Pertubuhan 1966.

Isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti berkenaan pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh anggotanya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada hari tersebut.

Wednesday, May 22, 2013

Red Bean Army ugut bunuh, hasut, fitnah dan buli orang Cina macam Parti Komunis Malaya (PKM)


Jentera siber tajaan Red Bean Army tidak lebih daripada sekumpulan penipu dan pembuli siber. Memberi gelaran anjing, babi, ugutan bunuh, serang Islam dan Nabi Muhammad, agenda rasis untuk boikot produk orang Melayu, termasuklah menyerang orang Cina yang menyokong BN.. memang macam Parti Komunis Malaya..


Baca dua artikel di bawah untuk memahaminya...

LAWA tapi biadab, hasut bunuh Najib, Tun Mahathir
http://keris7lok.blogspot.com/2013/05/lawa-tapi-bongok-hasut-bunuh-najibrazak.html









Dia ingat dia lawa sangat sampai boleh keluar kenyataan nak bunuh PM? Biadap punya betina! Tak hormat langsung. Keris tak kisah pun dia nak sokong mana-mana parti politik pun sebab itu hak masing-masing tapi jangan melampau dan biadap sangat.


Nama betina ni Venus Cheng dan bawah ni FB dia :

Tengok apa dia tulis :







RIDHUAN TEE: Transformasi Kabinet @NajibRazak & Kisah Cyber Trooper 'Laknat'
(Buka Minda, Sinar Harian 20 Mei 2013)

Tahniah saya ucapkan kepada barisan kabinet yang telah dilantik. Jalankanlah amanah yang amat berat itu. Ingat! jawatan pemimpin ada perkiraan dunia dan akhirat. Pemimpin akan dihisab dahulu berbanding rakyat.

Beberapa muka baharu yang dilantik, menunjukkan bahawa PM mahukan kabinet kali ini lebih berintegriti daripada dahulu. Kita amat mengharapkan ia akan disambut oleh ahli kabinet lama yang dilantik semula. Ini peluang terakhir untuk UMNO BN membaiki diri. Jika gagal, saya tidak pasti apakah nasib UMNO BN pada PRU14.

Kepimpinan baharu perlu ingat, hari ini tentera-tentera siber ultra kiasu (cyber trooper) yang juga dikenali sebagai atau red bean army dan berbagai nama lagi, berkeliaran di merata tempat. Kerja mereka mencapai 'kelemahan, ketirisan dan semua perkara negatif. Berhati-hati jugalah bila tinggal di hotel.

Bila dapat bukti, kerja mereka melancarkan serangan habis-habisan bagi memastikan niat mereka tercapai. Mereka telah diupah oleh ultra kiasu untuk mematikan watak seseorang (character assassination), termasuk menumbangkan kerajaan. Ia bermula dengan serangan individu.

Terbaharu, bekas hakim mahkamah rayuan yang mengeluarkan kenyataan yang kononnya 'berbau perkauman', diserang habis-habisan. Wal hal bekas hakim tersebut hanya mengingatkan, jangan terlalu menekan orang Melayu. Dibimbangi orang Melayu akan bertindak balas. Jika kita mengkaji psikologi orang Melayu, kenyataan ini ada benarnya. Persoalannya, kenapa beliau menjadi sasaran sedangkan ramai lagi yang berucap lebih teruk daripada beliau?

Adakah menghina Islam dan undang-undangnya, bangsa Melayu dan bahasanya dan raja Melayu tidak sensitif? Nasib baiklah,  bekas hakim ini, tidak ada skandal atau kenyataan-kenyataan yang sensitif sebelum ini, jika tidak nasibnya mungkin sama seperti Zulkifli Nordin dalam PRU13 baharu ini.

Dalam kempen PRU13 lalu, Zulkilfi Nordin diserang habis-habisan. Ucapannya pada tahun 2003, dimanipulasikan dan diekspoitasikan, hanya kerana beliau bertanding atas tiket UMNO BN. Kenapa dan mengapa, video tersebut tidak dimainkan ketika beliau bertanding di bawah PR pada tahun PRU11 2004 dan PRU12 2008?

Ringkasnya, sesiapa sahaja 'public figure' yang 'pro' UMNO BN akan 'ditelanjangkan' habis-habisan oleh tentera siber laknat ini. Niat mereka hanya satu, mahu menakut-nakut rakyat terhadap UMNO BN, menggunakanpsychological  war far dan menaikkan PR.

Saya difahamkan tentera siber ini telah diupah oleh ultra kiasu untuk melaksanakan agenda jahat mereka. Kumpulan ini telah didoktrinkan untuk menentang kerajaan. Kita harapkan KDN dan kementerian komunikasi akan melihat perkara ini dengan serius.

Sama ada mereka dibayar atau tidak, saya tidak dapat pastikan tetapi pengdoktrinisasi telah berlaku. Otak mereka telah dicuci. Ini paling bahaya. Kerja mereka hanya satu, lancarkan serangan siber. Misalnya, dahulu isu pekerja KFC Melayu 'memukul' pelanggannya berbangsa Cina. Isu ini hanya isu kecil, mereka perbesarkan jadi isu perkauman. Mereka ajak pelanggan bukan Melayu boikot KFC, hanya kerana pemegang francais adalah orang Melayu. Begitu juga kempen memboikot jenama roti terkenal kepunyaan orang Melayu. Apakah ini tidak rasis?

Justeru, saya amat mengharapkan kabinet baharu berhati-hati dengan serangan tentera siber ini. Cara tidak lain, jaga diri, ahli keluarga dan berhemah dalam berbelanja. Utamakan rakyat sebagaimana tagline gagasan 1Malaysia.  Bukan kita takut dengan mereka. Jangan beri peluang mereka mencari atau mendapatkan kelemahan kita.

Siapa sahaja yang mempertahankan atau membela UMNO BN akan dilabelkan sebagai anjing, babi, pengkhianat bangsa dan sebagainya. Saya telah melalui semua serangan ini. Saya tidak kata semua UMNO BN lakukan itu betul.

Terbaharu, seorang warga emas Cina di negeri Pahang, berusia 72 tahun, sehingga ke hari ini sudah 20 hari tidak makan, hanya minum sahaja, mogok lapar membantah projek kontroversi Lynas dan perlombongan emas di Bukit Koman. Beliau mahukan projek ini dihentikan. Sedangkan bukti-bukti saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membahayakan. Bagaimana pula jika projek ini berada di kawasan orang Melayu? Adakah protes yang sama akan dilakukan?

Harapan saya agar kabinet baharu ini benar-benar dapat melaksanakan amanah berat ini. Bertindaklah dengan tegas. Utamakan agenda negara daripada agenda bangsa berpaksikan perlembagaan. Jika dalam perlembagaan, terpancar perlindungan terhadap Islam, Melayu (bumiputera), bahasa Melayu dan Raja Melayu, jangan takut untuk mempertahankannya.

Kadangkala saya amat sedih apabila kita terlampau melayan agenda bangsa, sehingga agenda negara tidak tentu haluan. Misalnya, isu sekolah kebangsaan. Memang paling ideal, kita hanya memerlukan sekolah satu aliran. Pergilah ke mana ceruk dunia sekali.

Justeru, bila kerajaan membenarkan sekolah pelbagai aliran (sekolah vernacular), bersyukurlah. Jangan jadi kaduk naik junjung. Ini tidak, apa jua agenda kerajaan untuk memperkasakan agenda negara ditentang! Misalnya, pemerkasaan bahasa Melayu di sekolah vernacular, ditentang habis-habisan, hatta sampai ke peringkat mensyaratkan kepada kerajaan supaya guru BM dan BI mesti mendapat kredit dalam mandarin peringkat SPM. Bermakna, guru BM dan BI mesti datang daripada SMJKC, walaupun mereka berbangsa Melayu atau India.

Persoalannya, kenapa siber trooper tidak melihat isu ini sebagai rasis. Begitu juga tuntutan untuk menghalalkan sijil UEC dan semua universiti di China dan Taiwan. Sedangkan pelajar-pelajar yang dihantar ke sana, begitu kurang ajar, sanggup menterbalikkan jalur gemilang apabila UMNO BN memenangi PRU13 baru-baru ini. Kenapa tentera siber tidak serang pelajar kurang ajar ini? Kenapa ultra kiasu diam sahaja akan tindakan mereka. Kita gagal dalam melahirkan warga yang patriotik. Yang ada hanya warga yang rasis. Melayu dituduh rasis, mereka tidak. Apakah ini adil?.

http://ridhuantee.blogspot.com/2013/05/transformasi-kabinet-dan-cyber-trooper.html?m=1






Tuesday, January 24, 2012

Penduduk Pulau Pinang bakal jadi `aborigines' di bawah PR




Apabila Pas, PKR takut nak tegur...

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

BEBERAPA bulan lalu sekumpulan 13 orang guru dari sebuah sekolah rendah di Bayan Lepas, Pulau Pinang meminta ditukarkan ke Kepala Batas di Seberang Perai Utara.

Dikatakan mereka tidak mampu lagi tinggal di Tanjung. Harga rumahnya oh! terlalu mahal. Jalan terdekat ialah tinggal di Sungai Petani, Kedah tetapi mengajar di Kepala Batas.

Hampir empat tahun ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mengusahakan langsung pembinaan satu unit pun rumah kos rendah dan sederhana rendah. Hanya rumah berkos tinggi dibina.

Rakyat Singapura dikatakan banyak membeli rumah dan hartanah di negeri itu. Harga rumah mencecah antara RM400,000 hingga RM700,000 sebuah di Balik Pulau sahaja.

Bukan sahaja orang Melayu berkeluh-kesah akan hal ini, kaum Cina pun begitu juga. Mereka pergi mengadu ke pihak Barisan Nasional (BN). Tetapi apa nak dibuat, kuasa di tangan orang lain.

Setiausaha Barisan Nasional Pulau Pinang yang juga ADUN Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (gambar) yang ditemui Utusan Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini mengakui penghijrahan penduduk Tanjung ke tanah besar semakin meningkat akhir-akhir ini. Sebabnya, harga rumah yang menjulang.

Mengejutkan. Tetapi hakikatnya perlu diterima. Tiada satu unit pun rumah kos rendah dan sederhana rendah dibina oleh kerajaan negeri DAP dalam tempoh beberapa tahun ini.

Pengakuan itu datang daripada Exco Perumahan parti itu sendiri dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) awal tahun lepas.

Soalnya, berapakah jumlah rumah kos rendah dan sederhana rendah dibina, kalau tidak pun dalam 2009/2010 oleh kerajaan negeri menggunakan dananya sendiri atau melalui anak syarikat dan jabatan negeri.

Exco Perancangan Desa, Perumahan Dan Kesenian, Wong Hon Wai pernah menjelaskan, sejumlah unit rumah dibina tetapi semuanya oleh syarikat swasta.

"Depa bagi '100 Ringgit' boleh tetapi pembelaan kepada orang miskin perlulah dilakukan. Jangan asyik main politik, jangan dok gila heboh ada bajet surplus tapi tak ada pembel aan. Dulu pun kita (BN) ada surplus tapi masih bina rumah kos rendah," kata Hilmi lagi.

Beliau seterusnya merujuk Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2010 mengenai Pulau Pinang. Antaranya, peruntukan pembangunannya berjumlah RM379.77 juta kepada sembilan jabatan, yang mana perbelanjaan hanya RM225.95 juta atau 59.5%.

Sejumlah lima jabatan, prestasi lebih 90%, dua jabatan prestasi 80% - 89%, satu jabatan prestasi 70% - 79%. Yang paling rendah ialah Pejabat Ketua Menteri iaitu hanya 54.7%. Ini kerana terdapat 23 projek yang tidak dapat disiapkan atau ditangguhkan.

"Apa projek-projek itu? Ia melibatkan enam projek pembesaran masjid dan sekolah agama, tiga projek perkuburan Islam, enam projek rumah kos rendah, tiga projek penyesiatan untuk pembangunan ekonomi Pulau Pinang, dua projek membina Mahkamah Syariah serta masing-masing satu projek pembangunan sukan, pembangunan ICT dan projek bekalan air," katanya.

Hilmi juga menarik perhatian mengenai projek di tapak tebus guna tanah di utara Queensbay.

"Apa sudah jadi? Dulu masa BN dah diluluskan satu projek perumahan bercampur, rumah kos sederhana rendah, kos sederhana dan kos tinggi, lengkap dengan sekolah dan masjid.

"(Tetapi) sekarang di bawah Lim Guan Eng, Pas dan PKR, rumah kos sederhana rendah, rumah kos sederhana dah hilang, yang ada rumah kos tinggi sahaja... sekolah dan masjid pun hilang juga.

"Macam ni pun rakan kongsi - Pas dan PKR tak berani tegur Guan Eng. Elok tak payah jadi kerajaan. Makin lama, makin terhakis hak kita," kata Hilmi.

Bukan sahaja rumah kos rendah, kata Hilmi, Masjid Teluk Kumbar juga menjadi 'mangsa'.

"Tanah tapak masjid Teluk Kumbar telah pun diambil oleh kerajaan DAP Pulau Pinang tiga tahun lalu tapi tidak wakafkan. Sebaliknya 'dia' letak tanah tersebut di bawah syarikat kerajaan negeri. Tajuk tanah tersebut ialah rumah ibadat.

"Kalau rumah ibadat, ia bukan untuk masjid sahaja. Apa maknanya? Kariah Teluk Kumbar nak minta peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk bina masjid tapi tak boleh kerana tanah bukan wakaf," kata beliau.

Semasa pentadbiran kerajaan BN dahulu, perkara sebegini tidak pernah berlaku. Kerajaan negeri BN dahulu ambil tanah untuk kegiatan agama Islam sama ada untuk masjid, surau, sekolah agama dan kubur orang Islam. Semuanya terus diwakafkan. Puluhan ekar tanah telah diambil untuk tujuan tersebut. Tidak ada masalah. Semuanya terus diwakafkan.

"Apa sudah jadi dengan rakan kongsi - Pas dan PKR dalam kerajaan Pulau Pinang. Takutkah nak tegur orang itu," kata Hilmi.

Beliau turut menarik akhbar ini mengenai kedudukan Sekolah St. George Balik Pulau. Ketika ini yang belajar di situ adalah anak-anak dari kawasan sekeliling dan sehingga Sg. Rusa, Sg. Pinang, Air Putih dan Paya Kongsi.

"Pihak gereja sudah bagi tempoh sehingga tahun 2016 untuk ambil balik. Maknanya, hilang satu sekolah menengah dan satu sekolah rendah di kawasan Balik Pulau.

"Memang masa BN dulu telah dirancang satu sekolah menengah dan sekolah rendah di Air Putih (DUN Guan Eng), tetapi di mana ia sekarang? Malah, di tapak yang diperuntukan percuma oleh Kerajaan Persekutuan kepada sekolah menengah dan sekolah rendah, diprojek Botanica CT, apa dah jadi?" Soal Hilmi.

Menurut ADUN Teluk Bahang itu lagi, kerajaan negeri sudah memberinya kepada Sekolah Antarabangsa Prince of Wales. Sekolah pun dah siap dibina dan beroperasi.

"Guan Eng kata dalam DUN nak ganti tanah itu dengan tanah lain di kawasan Air Putih, juga secara percuma. Tetapi sampai hari ini tak ada apa-apa pun. Masa terus berjalan. Datuk Halim Speaker orang kuat PKR buat apa? Tak berani nak tegur ke?

Pendedahan oleh Hilmi ini baru sedikit sahaja. Belum pi jauh lagi. Jelutong, Bukit Gelugor dan banyak lagi. Apa dah jadi?

Dahulu kata UMNO halau Melayu. UMNO 50 tahun jadi kerajaan pun tidak serakus ini.

Sunday, December 11, 2011

Pergolakan DAP makin parah! #DAPrasis



Wajah orang-orang tua DAP. Cheh, bila mau berhenti?! Poodah!

Seperti yang dilaporkan oleh blogger Pisau

Semakin panas konvensyen DAP apabila melihat P Ramasamy ditekan hanya kerana beliau seorang India

Dalam ucapan beliau dihadapan 1000 perwakilan sebentar tadi"Jika perlu, saya boleh mohon maaf. Tetapi, saya juga mesti diberi muka. Saya bukan orang biasa, saya juga mempunyai maruah. Sekiranya parti mahu saya tinggalkan DAP, saya akan tinggalkan,”

Hari ini kita dibuktikan betapa DAP adalah sebuah parti yang rasis dan double standart ,P Ramasamy akan dihadapkan ke jawatankuasa displin dan akan dihukum ini berbeza apabila Lim Guan Eng ,Ng Wei Aik,Jeff Ooi,Nga Khor Meng ,Ronnie Liew,Tony Pua dan hampir kesemua evengelis kristian didalam DAP terlepas daripada tindakan dan diberi layanan istimewa.

Sebentar tadi Karpal berkata "Jika seseorang tidak mematuhi amalan DAP, parti boleh mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja, tidak kira berapa tinggi kedudukannya. Ia adalah semudah itu,"

Pengerusi DAP Karpal Singh,menerima aduan terhadap Ramasamy daripada seorang pemimpin tempatan - iaitu ketua bahagian Kampung Juru, Tan Ah Huat.

Tan menghantar sepucuk surat yang diterima oleh parti pada 8 Disember lalu dengan cepat surat tersebut dihantar ke jawatankuasa displin ini amat berbeza sekali jika seseorang itu bukan berbangsa cina atau pun evengelis kristian.

Pagi tadi inilah yang berlaku dihadapan hotel Pearl View apabila 120 org penyokong P.Ramasamy berhimpun depan hotel dgn 9 banner antaranya:-

1) Rayer penipu minta maaf pada ramasamy


2) Tanasekaran (katak bagan dalam) non-performing adun! Don't hide behind sifu
3) Rayer siapa kamu pengkianat kaum inida.


4) Kami sokong penuh YB Prof Ramasamy

5) Our full support YB Prof Ramasamy


6) kami menyokong YB Prof Ramasamy timbalan ketua menteri Pulau Pinang

Pisau kata " ada cerita di sebalik konvensyen dap sebentar tadi,nanti aku dedahkan"

Read more:
http://www.pisau.net/2011/12/hanya-kerana-beliau-seorang-india-p.html#ixzz1gDqVg9mE

Wednesday, September 21, 2011

#DAPzalim Komunis tetap cara komunis - Lee Kee Heong Ahli Majlis MPKj Yang Biadab

[Nota: Pertama - biadap! Kedua - belajar la mendengar bukan membebel! Ketiga - You bercakap tak berhenti-henti macam bontot ayam, macam mana orang nak explain masalah sebenar? Belum memerintah dah tunjuk lagak. Kalau dah berfikiran komunis tu memang cara pun macam komunis jugak lah! - Lee "Main-main dengan ahli majlis ke? Jabatan mana yang main-main dengan ahli majlis? Apa imej MPKJ, saya tak nak dengar itu cerita, saya nak tahu apa imej MPKj sekarang? Apa? Apa imej MPKJ sekarang, saya tak nak dengar itu cerita, saya nak tahu apa imej MPKj sekarang! Apa?]




Lee Kee Hiong merupakan salah seorang pemimpin DAP yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang.

Perempuan biadab ini adalah Ahli Jawatankuasa Pengindahan Bandar, Ahli Jawatankuasa Kewangan, Ahli Jawatankuasa Infrastruktur dan Ahli Jawatankuasa Tender dan Sebutharga di MPKj.

Dia dikatakan sebagai sangat berpengaruh dalam DAP Selangor kerana mengusai Ean Yong Hian Wah (Pengerusi DAP Selangor) selain merupakan orang kanan kepada Lim Kit Siang.

Baru menjadi Ahli Majlis, sudah berani memperlakukan kakikatangan Melayu di MPKj sampai begitu sekali, jadi cuba bayangkan apa yang dia sanggup lakukan jika sudah memegang jawatan tinggi diperingkat negeri. Tentu lebih teruk dari itu kakitangan awam kerajaan negeri akan dibangsatkan.

Untuk mengetahui latar belakang dan siapa sebenarnya perempuan biadab ini, para pembaca sekalian boleh klik disini.

Sumber: Horas

Popular Posts