tag:blogger.com,1999:blog-54686123214581574242024-03-18T11:02:15.943+08:00tun faisal dot comTun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.comBlogger2479125tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-37273283316985515442018-12-14T21:32:00.004+08:002018-12-14T21:32:44.911+08:00HALA TUJU PARTI DAN SEMUA SALAH PRESIDEN 1. 36 Ahli Parlimen UMNO akan keluar parti - apa yang baru? Tiada yang baru. Beberapa bulan lepas pelbagai khabar angin bertiup menamakan Hishammuddin Hussein dan Hamzah Zainuddin sebagai broker yang mengaturkan urusan ini. Maklumat ini diperolehi dari dalam kalangan pihak yang dijemput untuk menghadiri perjumpaan tertutup yang mana telefon bimbit masing-masing perlu ditinggalkan di luar ruang perbincangan.

2. Walaupun mandat diberikan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kepada Presiden Zahid Hamidi untuk berunding dengan parti politik lain, namun beberapa orang pemimpin telah mengambil jalan belakang untuk berunding dengan Mahathir Mohamad. Tindakan melanggar disiplin ini jelas memberikan Mahathir kelebihan dalam rundingan dan memberi gambaran UMNO sedang berpecah.

3. Walaupun Hishammuddin menafikan kedalangannya, namun Khairy Jamaluddin (KJ ) telah membayangkan berulang kali dalam tweetnya bahawa ada bangsawan yang menjadi dalang di belakang gerakan ini, termasuk terbaru bahawa Ketua Pemuda UMNO yang mencadangkan Presiden berehat, adalah boneka bangsawan. Adakah bangsawan lain selain Najib Razak dan Hishammuddin?

4. Maka alasan-alasan dicipta untuk memberi justifikasi kepada rundingan pintu belakang atau kedai dalam kedai ini. Salah satunya adalah mengenai hala tuju parti. Antara pemimpin yang menyebut tentang hala tuju parti ini adalah KJ dan Hishammuddin, kedua-duanya tidak hadir retreat MKT dan Ketua-ketua Bahagian YANG MEMBINCANGKAN HALA TUJU PARTI dan tidak menghadiri Himpunan Bantah ICERD 812 yang menunjukkan mereka tidak bersama dalam melaksanakan hala tuju parti.

5. Ketua-ketua UMNO Bahagian Sabah dan Ahli Parlimen di bawah skim yang dibrokerkan oleh Hamzah bercakap tentang hala tuju UMNO dan Presiden. Rasanya, Hamzah juga tiada semasa retreat kepimpinan tertinggi UMNO dan Himpunan 812. Walaupun Presiden telah menjelaskan hala tuju dalam ucapan dasarnya semasa Perhimpunan Agung UMNO 2018, lengkap dengan 7 teras dan 21 langkah, Ahli Parlimen dan Ketua-ketua Bahagian ini masih bercakap tentang hala tuju. Kenapa?

6. Jawapannya kerana hala tuju Presiden TIDAK SAMA dengan apa yang mereka mahukan. Presiden menyebut - untuk bekerjasama dengan Mahathir, Mahathir mahu UMNO dibubarkan dan pemimpin-pemimpin UMNO perlu di'samak' terlebih dulu untuk tempoh tertentu sebelum boleh menyertai Ppbm. Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden tidak bersetuju. Tetapi, jika Presiden bersetuju dengan syarat ini, pasti tidak timbul lagi soal tiada hala tuju. UMNO pun sudah tidak ada lagi jika itu berlaku.

7. Kenapa begitu terdesak? Berdasarkan pemerhatian, Ahli Parlimen dan Ketua-ketua Bahagian tertentu ini keluar parti atas TIGA SEBAB UTAMA.

i. Hilang punca pendapatan, terutama bagi mereka yang mengharapkan projek-projek kerajaan atau AP atau subsidi kerajaan atau yang sepertinya, termasuk yang masih menunggu bayaran daripada kerajaan

ii. Tiada peruntukan untuk menjaga kawasan bagi mengekalkan jawatan Yang Berhormat dan Ketua Bahagian yang dipegang

iii. Tidak mahu didakwa oleh kerajaan Pakatan yang menggunakan SPRM, polis, Peguam Negara dan LHDN.

Jika mereka sudah bersama kerajaan, pastinya tiga masalah ini tidak lagi menghantui mereka. Ramai yang telah jadi suci bersih selepas di'samak' oleh Mahathir. Lim Guan Eng yang ada kes rasuah pun sudah menerima sijil 'halalun tayyiban' menerusi Peguam Negara. Tidak mungkin hala tuju Mahathir dalam mentadbir ekonomi negara, menjaga urusan agama dan bangsa serta membela kebajikan rakyat lebih jelas berbanding hala tuju UMNO ketika ini.

8. Faktor-faktor ini menjadikan mereka terdesak dan keluar parti SEDANGKAN pemimpin lapisan kedua, ketiga dan ahli-ahli biasa UMNO yang tiada TIGA MASALAH ini tidak terdesak meninggalkan parti.

9. Baiklah, ada desakan untuk Presiden berundur dan meletakkan kesemua kesalahan di atas bahu Presiden. Sebelum ahli UMNO melompat dan menggantikan Presiden yang ada dengan Presiden yang baru disebabkam permainan emosi ini, agar masalah HALA TUJU TIDAK LAGI MENJADI ALASAN MENOLAK PRESIDEN YANG BARU, eloklah kita minta bakal-bakal calon Presiden membentangkan rancangan mereka berkaitan TIGA PERKARA yang menjadi masalah Ahli Parlimen dan Ketua-ketua Bahagian UMNO yang mahu meninggalkan parti ini.

Pertama - Apakah hala tuju parti - kekal seperti sedia ada atau berubah menjadi liberal/sekular atau ekstrem kanan? Segera jadi kerajaan bersama Mahathir dan membubarkan UMNO?

Kedua - Apakah kaedah untuk memastikan sumber pendapatan berterusan dan peruntukan Ahli-ahli Parlimen dan Ketua-ketua Bahagian? Apakah sumber untuk membiayai pentadbiran parti di pusat, negeri-negeri dan 191 bahagian UMNO?

Ketiga - Bagaimana untuk mengelakkan pendakwaan berterusan ke atas pemimpin-pemimpin UMNO, baik yang pernah duduk dalam kabinet atau yang diganggu oleh LHDN?

10. Eloklah disyorkan bakal calon Presiden, termasuk KJ dan Hishammuddin untuk menjawab soalan-soalan ini. Diharapkan juga agar Hishammuddin bertanding jawatan Presiden jika ada pertandingan kali ini. Lebih mudah untuk ahli-ahli memberi wala kepadanya sebagai Presiden parti berbanding sekarang ini.

11. Tak perlu kelam kabut membuat pemilihan yang baru melainkan calon Presiden benar-benar mampu menyelesaikan masalah UMNO hari iniTun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com31tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-79988848252266834322018-06-05T10:03:00.001+08:002018-06-05T10:06:34.340+08:00PELANTIKAN TOMMY THOMAS CETUS KEBIMBANGAN ORANG MELAYU DAN UMAT ISLAM MALAYSIA

1. Keputusan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong memperkenankan perlantikan Tommy Thomas amat membimbangkan orang Melayu dan umat Islam negara ini. Lebih membimbangkan apabila perkenan ini diberi sebelum Majlis Raja-Raja sempat untuk bermesyuarat bagi membincangkan soal perlantikan Peguam Negara. Ia menimbulkan persoalan, apakah yang telah berlaku di sebalik tabir sehingga mendorong pemberian perkenan ini?

2. Kenapa orang Melayu dan umat Islam Malaysia yang berpegang kepada ajaran Islam sebenar tidak senang dengan pelantikan ini? Jawapannya, kerana mereka bimbang peruntukan-peruntukan dalam Perkara 3 berkaitan kedudukan agama Islam, Perkara 153 berkaitan kedudukan orang Melayu dan Perkara-perkara lain yang melibatkan kedudukan YDP Agong dan Raja-raja Melayu di dalam perlembagaan akan tergugat.

3. Belum 100 hari Pakatan memerintah, sudah begitu banyak suara-suara sumbang daripada golongan sosialis, liberal dan sekular yang mempertikaikan kedudukan istimewa yang diberikan kepada orang Melayu, umat Islam dan institusi-istitusi berkaitan dalam negara. Pelantikan Thomas dilihat sebagai langkah pertama kerajaan Pakatan merealisasikan desakan-desakan golongan ini.

3. Dengan pelantikan Thomas, ahli dan penyokong Pas boleh melupakan terus hasrat untuk menegakkan hukum Hudud. Jangan kata hendak melaksanakan hukum Hudud, undang-undang yang lebih mudah seperti memperkasakan undang-undang syariah melalui RUU355 juga tidak mungkin mampu mereka lakukan.

4. Bagi pendukung kefahaman 'Islam adalah ad-din' dan menolak fahaman sekularisme, pelantikan Thomas merisaukan kerana ia boleh mengubah cara Perlembagaan dan Undang-undang berkaitan kedudukan Islam ditafsirkan selepas ini.

5. Bagi pendukung Perkara 153 dan kedudukan Raja-raja Melayu, pelantikan Thomas merisaukan kerana ia boleh menggugat tafsiran Perlembagaan berkenaan kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera, seterusnya boleh mempengaruhi pelbagai dasar dan institusi yang berkaitan, baik yang sedang dilaksanakan mahupun yang hendak dilaksanakan di masa hadapan.

6. Lebih membimbangkan mengenai pelantikan Thomas ini adalah hasrat kerajaan Pakatan untuk meminda atau berkemungkinan memansuhkan Akta Hasutan.

7. Walaupun Pakatan menyebut bahawa kedudukan Islam dan orang Melayu/Bumiputera tetap akan diutamakan dan dijaga, 'track record' Pakatan dalam menunaikan janji amat teruk sekali. Jika begitu banyak janji gagal dilaksanakan, apakah perbezaannya dengan janji-janji berkaitan kedudukan Islam dan orang Melayu/Bumiputera yang Pakatan ungkapkan?

8. Sebelum PRU14, kita telah mengingatkan bahawa janji Pakatan boleh mengakibatkan defisit dan risiko ekonomi kepada negara. Malangnya pengundi Pakatan tidak percaya. Hari ini terbukti Pakatan tidak mampu melaksanakan janji-janji mereka malah lebih teruk lagi kenyataan dan tindakan mereka semakin merosakkan ekonomi negara.

9. Telah diingatkan bahawa pemimpin Pakatan mendukung fahaman sekular, sosialis dan liberalisme melampau dan pemilihan mereka membolehkan fahaman ini dilaksanakan di dalam negara. Malangnya ada di kalangan umat Islam dan orang Melayu yang mengundi Pakatan tidak mempercayainya.

10. Kita juga telah mengingatkan bahawa dalam kerajaan Pakatan sebenarnya bukan PPBM yang menjadi parti yang dominan, sebaliknya Dap akan jadi paling berkuasa melalui kerusi yang dimenanginya dan oleh proksinya. Hari ini terbukti bahawa Perdana Menteri hanyalah Perdana Menteri yang lemah dan didukung oleh hanya 13 kerusi PPBM sedangkan Dap dan proksinya memiliki jauh lebih banyak sokongan di Parlimen dan di negeri-negeri.

11. Adakah ini yang diinginkan oleh umat Islam dan orang Melayu yang mengundi Pakatan? Atau adakah umat Islam dan orang Melayu merasa tertipu dengan janji-janji dan jaminan yang ditaburkan oleh Pakatan semasa mereka merayu undi?

Oleh: TUN FAISAL ISMAIL AZIZ

#MalaysiaMemilih

#MalaysiaTertipu

Tun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com9tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-64532717609838739942018-03-17T01:48:00.000+08:002018-03-17T01:48:42.420+08:00RAIS, siapa TALI BARUT sebenarnya? 1. Memandangkan DS @DrRaisYatim @mkini_bm, editor pencen NST dan caitro Pakatan tak faham definisi TALI BARUT, elok kita bagi faham terlebih dahulu. 1. Kalau ikut deifinisi DBP - orang yang menjadi penyampai rahsia. Definisi lain 2. Barua/orang yang membuat pekerjaan tidak baik untuk orang lain. Konteks ke-2 nampaknya lebih tepat dalam isu dan polemik ini.

2. Salah satu contoh konteks TALI BARUT adalah: apabila ada wartawan @mkini_bm yang mengakui bahawa Malaysiakini ada menerima dana daripada Open Society, milik usahawan Yahudi, George Soros, maka Malaysiakini tidak boleh menyalahkan sesiapa jika ada yang mendakwa ia menjadi TALI BARUT kepada PIHAK ASING/Soros dan sebagainya.

3. Mengambil takrifan dan konteks yang sama, jika dibuat perbandingan di antara @DrRaisYatim dan saya, dalam aspek;

A. ORGANISASI: @DrRaisYatim & saya, kami sama2 di dalam kerajaan dan mewakili kerajaan sedia ada, iaitu kerajaan Barisan Nasional

B. PENDIRIAN DALAM ISU 1MDB:

- pendirian saya adalah selari dengan pendirian kerajaan/kabinet/PDRM/JAN/AG/PAC, sedangkan

- pendirian @DrRaisYatim selari, jika tidak menyamai, dengan pendirian Pakatan, Sarawak Report, Media Asing, media pro-Pakatan, @mkini_bm

C. Pendirian terhadap kabinet, kementerian-kementerian dan agensi-agensi;

- saya percaya kepada pendirian dan tindakan para Menteri Kabinet, kementerian-kementerian dan agensi-agensi terbabit dalam soal 1MDB, sebaliknya

- @DrRaisYatim mempertikaikan pendirian dan tindakan rakan-rakan Menteri di dalam kabinet, kementerian-kementerian dan agensi-agensi

5. Dalam soal ini, saya yakin ramai yang boleh melihat @mkini_bm, caitro Pakatan termasuk @ZainudinMaidin beriya-iya & tersangat gigih mempertahankan @DrRaisYatim. Jika melihat perbandingan dan perkaitan hubungan simbiotik ini, dalam soal TALI BARUT, bukankah soalan yg lebih wajar ditanya, adakah @DrRaisYatim tali barut mereka?

Pelik kan? ššš

6. Tweet pertama @DrRaisYatim mengenai Jho Low tidak akan timbul jika dia memahami FAKTA KES dan membaca LAPORAN PAC. Jika nak tahu dengan lebih mendalam mengenai soal jawab sebelum LAPORAN PAC dihasilkan, boleh baca hansard prosiding PAC di Laman Web Parlimen. Malangnya @DrRaisYatim tidak mahu merujuk FAKTA dan tidak menulis menggunakan saluran untuk mendapatkan taklimat.

7. Tweet @DrRaisYatim mengulas pendirian pihak Polis Diraja Malaysia juga tidak wajar kerana seolah-olah meremehkan tugas @PDRMsia, JAN, PAC dan @AGCPutrajaya yang telah melaksanakan siasatan sejak tahun 2015. Sebab itu saya sarankan supaya @DrRaisYatim mendapatkan maklumat dan fakta kes menggunakan saluran rasmi yang ada. Bukannya susah untuk menulis surat rasmi atau bercakap sendiri dengan Menteri berkaitan untuk mendapatkan taklimat rasmi.

8. Malangnya @DrRaisYatim lebih suka menulis di twitter dan tidak mahu berusaha mencari jawapan melalui saluran yang betul. Macamlah tulisannya nanti akan dijawab oleh twitter. Jadi fikirkan lah jawapan kepada soalan di atas. Siapa TALI BARUT sebenarnya?

TUN FAISAL ISMAIL AZIZTun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-45803552833654272472018-02-06T09:34:00.001+08:002018-02-06T09:34:49.602+08:00ADAKAH SPIN MALAYSIAKINI DAN KENYATAAN MYDIN "KDNK KUKUH TAPI RAKYAT TIADA WANG" FAKTA ATAU AUTA?

1. Saya mendengar temubual Melisa Idris dengan Datuk Wira Ameer Ali Mydin, pengarah urusan rantaian hypermarket popular Mydin di BFM Radio semalam. Memang benar Ameer ada menyebut perkara sebegini. Walaupun itu hanya andaiannya berdasarkan aktiviti perniagaan hypermarket semata-mata. TIDAK TEPAT JIKA DIA MENYIMPULKAN, HANYA KERANA ORANG KURANG BERBELANJA DI HYPERMARKET, MAKA ITU INDIKATOR BAHAWA "RAKYAT MALAYSIA TIADA WANG".

2. Peningkatan KDNK negara bukan ditentukan oleh hypermarket semata-mata, tetapi oleh banyak sektor dalam negara. Sektor pertanian misalnya menyumbang pertumbuhan sebanyak 5.6% pada tahun 2017, perlombongan dan kuari 0.5%, pembuatan 5.5%, pembinaan 7.6% dan perkhidmatan 5.9%. Dalam sektor perkhidmatan pula, Utiliti menyumbang 2.5%, Perniagaan Borong dan Runcit 6.5%, Makanan, Minuman dan Penginapan 7.6% dan banyak lagi. Malah dalam perniagaan borong dan runcit, bukan Mydin dan hypermarket sahaja yang menjadi penyumbangnya kerana perniagaan borong dan runcit melibatkan jauh lebih ramai pemain. Jumlah keseluruhan sumbangan seluruh sektor ini kemudiannya akan membentuk keseluruhan KDNK negara.

3. Walaupun pertumbuhan dalam sub-sektor hypermarket menguncup, namun Ameer ada menyebut bahawa, selepas Mydin Mohamed Holdings Bhd menjual SAM's Groceria, sejumlah pasaraya mini, menghentikan operasi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan melaksanakan pemotongan kos yang sangat ketat secara besar-besaran, tidak mengambil pekerja baru dan tidak menaikkan gaji pekerja, baharulah Mydin memperolehi keuntungan semula sebanyak RM30 juta. Jika RAKYAT MALAYSIA BENAR-BENAR TIADA WANG, BAGAIMANA MYDIN BOLEH MEREKODKAN KEUNTUNGAN RM30 JUTA? Adakah keuntungan sebanyak RM30 juta ini hasil perolehan daripada rakyat Bangladesh, Indonesia, China, Korea atau warga asing yang lain?

4. Menurut The Edge, "Mydin Holdings mencatatkan kerugian pertama dalam tempoh 6 dekad dalam tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2016. Alasan yang diberikan adalah pertama, RINGGIT YANG MELEMAH berbanding Dollar AS dan kedua, kesan pengembangan AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTI-PENCATUTAN 2011. Kerugian yang dicatatkan adalah RM156.61 juta dari perolehan sebanyak RM2.99 bilion".

5. Dalam laporan yang sama, The Edge menyebut "dalam bulan Februari 2017, RAM Ratings menyatakan KERUGIAN Mydin Holdings ini juga adalah kerana "A LAGGED RESPONSE TO THE MISPRICING OF PRODUCTS AT THE GROUPS MINI MARKETS AND CONVENIENCE STORES (dan BUKAN KERANA RAKYAT MALAYSIA TIADA WANG).

6. Ada kebenaran kenyataan RAM Ratings ini kerana semakan The Edge terhadap Samās Groceria Sdn Bhd menunjukkan ia adalah syarikat yang membuat kerugian, iaitu kerugian bersih sebanyak RM27.49 juta daripada perolehan sebanyak RM63.16 juta dalam tahun kewangan 2016. ADAKAH SAM'S GROCERIA RUGI KERANA RAKYAT TIADA WANG? Sam's Groceria adalah PASARAYA PREMIUM yang mensasarkan PEMBELI DALAM KALANGAN GOLONGAN BERPENDAPATAN TINGGI. Pasaraya ini menawarkan lebih 19,000 barangan, yang mana 60% daripadanya adalah BARANGAN IMPORT dari Amerika Syarikat, Australia, Japun, India, Taiwan dan Thailand. SASARAN MYDIN BUKAN RAKYAT BIASA, TAPI RAKYAT YANG MEMPUNYAI WANG (PENDAPATAN TINGGI). JIKA SAM'S GROCERIA RUGI, MAKA ISUNYA BUKAN RAKYAT TIADA WANG TAPI KERANA IA MENYASARKAN SEGMEN YANG SALAH ATAU IA GAGAL MENARIK SEGMEN ITU BERBELANJA DI SITU.

7. The Edge turut melaporkan bahawa Mydin Holdings juga menjual MyMydin Sdn Bhd, yang mengendalikan operasi 48 kedai serbaneka (convenience store) MyMydin kepada Jubilee Games Sdn Bhd. MyMydin merekodkan kerugian bersih sebanyak RM16.64 juta dan kerugian terkumpul sebanyak RM39.39 juta. JIKA BENAR RAKYAT MALAYSIA TIDAK MEMPUNYAI WANG SEPERTI YANG DIDAKWA OLEH AMEER, MAKA PEMILIK JUBILEE ADALAH SANGAT TIDAK CERDIK KERANA MEMBELI 48 BUAH KEDAI SERBANEKA DARIPADA MYDIN HOLDINGS YANG MEREKODKAN KERUGIAN DEMI KERUGIAN.

8. Sebenarnya Ameer boleh sahaja mengandaikan bahawa rakyat Malaysia sekarang lebih bijak dan berhati-hati dalam berbelanja. Mereka tidak membeli keperluan dan menyimpan stok seperti dulu. Kedua, persaingan sudah menjadi semakin sengit dan rakyat akan berbelanja di premis yang boleh menawarkan harga paling rendah. Ketiga, rakyat Malaysia tetap berbelanja untuk memenuhi kehendak mereka dan mereka akan berjimat cermat untuk memastikan mereka dapat memenuhi kehendak mereka. Jika diperhatikan dalam pasaran kereta, jualan kereta menujukkan peningkatan, misalnya Perodua, meningkat 2.4% pada pertengahan tahun 2017, Honda, 19% pada tahun 2017 dan Mercedes meningkat 2.3% pada tahun 2017. Rakyat Malaysia juga berbelanja lebih RM6.8 bilion untuk membeli telefon bimbit sepanjang tempoh 2016 hingga 2017. Jumlah rakyat yang melancong di dalam dan ke luar negara serta menunaikan umrah juga meningkat setiap tahun. Pelancong domestik membelanjakan RM66.5 bilion sepanjang tahun 2016. Jumlah perbelanjaan rakyat Malaysia di luar negara juga meningkat kepada RM43.4 bilion pada tahun 2016 berbanding RM41.7 bilion pada tahun 2015. Jumlah rakyat Malaysia yang melancong ke Jepun meningkat 400% daripada hanya 65,010 pada tahun 2009 kepada 322,683 sehingga Oktober tahun 2017. Jumlah rakyat Malaysia yang pergi menunaikan umrah juga meningkat, iaitu hanya 80,000 pada tahun 2009 kepada 310,000 pada tahun 2016.

9. KESIMPULANNYA, bukan soal RAKYAT TIADA WANG, tetapi selepas mendengar secara penuh wawancara tersebut dan menyemak semula prestasi Mydin, boleh dikatakan PENETAPAN HARGA YANG SALAH (kenyataan RAM Ratings), KESILAPAN MEMILIH MODEL PERNIAGAAN (KR1M), KESILAPAN MEMILIH SEGMEN DAN KEGAGALAN MEMENUHI CITARASA SEGMEN TERSEBUT, DAN KOS OPERASI YANG TINGGI (GAJI DAN PENGAMBILAN PEKERJA) adalah punca Mydin Holdings merekodkan kerugian. Ternyata selepas Mydin membetulkan kesilapan-kesilapan itu, mereka tetap merekodkan keuntungan RM30 juta.

10. Tanpa analisis, memang dijangkakan Malaysiakini dan portal berita pro Pakatan akan mengambil kesempatan ke atas kenyataan-kenyataan seperti ini. Hampir sahaja BFM berjaya melagakan Ameer dan Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Mujurlah Ameer bijak menjawab.Tun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-80962363490696544732017-12-22T10:18:00.001+08:002017-12-22T10:24:41.755+08:00PROSIDING FINMA BUKTIKAN KELEMAHAN PENGURUSAN JP MORGAN, BUKAN PENYELEWENGAN DANA 1MDB1. Usaha mengaitkan 1MDB dengan kesalahan penggubahan wang timbul sekali lagi. Kali ini susulan laporan Reuters mengenai kenyataan badan pemantau kewangan Switzerland, FINMA bahawa institusi kewangan, "JP Morgan didapati melakukan kesalahan besar berkaitan pengubahan wang haram berhubung dana 1MDB."

2. Apakah KESALAHAN BESAR itu? FINMA menyebut, JP Morgan "gagal untuk mengenal pasti secukupnya peningkatan risiko penggubahan wang berkaitan dana kekayaan "yang dituduh menyeleweng" ketika skandal penggelapan berlangsung secara besar-besaran."

3. Apakah HUKUMAN terhadap DOSA BESAR ini? TIADA HUKUMAN. FINMA memutuskan "untuk menutup prosiding dan tidak mengenakan sebarang hukuman (yang ditafsirkan oleh Reuters sebagai) - "kemungkinan petunjuk bahawa sebarang KEUNTUNGAN yang diperolehi oleh JP Morgan akibat dakwaan pelanggaran peraturan ini sebagai TIDAK SIGNIFIKAN."

4. Reuters turut memetik kenyataan FINMA yang menyebut J.P. Morgan telah menerima "maklumat yang tidak lengkap dan tidak konsisten daripada pelanggan tanpa melihat dan mendokumenkannya secara lebih mendalam", dan ini dinyatakan sebagai KELEMAHAN SISTEM PEMANTAUAN dan KAWALAN BANK TERSEBUT".

5. Apakah respon JP Morgan terhadap dakwaan FINMA ini? Jurucakap JP Morgan, Jason Lobo, menyebut, "resolusi yang diumumkan oleh FINMA adalah berkaitan perkara yang berlaku lama dahulu dan sejak itu kami telah MENINGKATKAN LATIHAN, MENAMBAH KAKITANGAN dan MEMBUAT PENAMBAH BAIKAN DALAM KAWALAN DAN PENGAWASAN". Ini adalah pengakuan mengenai kelemahan JP Morgan.

6. Adakah 1MDB melakukan sebarang kesalahan dalam transaksi berkaitan JP Morgan ini? TIDAK. Pertama, dana yang dipindahkan oleh 1MDB adalah daripada sumber yang sah dari segi undang-undang. Kedua, pemindahan wang yang dibuat oleh 1MDB juga sah dari segi undang-undang, iaitu selepas mendapat kebenaran Bank Negara Malaysia sebanyak TIGA KALI, pada 29 September 2009, 6 September 2010 dan 20 Mei 2011.

7. Apakah yang berlaku dengan wang yang dipindahkan ini?

Konspirator plot "menjenayahkan Najib" mendakwa wang yang dipindahkan ini, iaitu sebanyak AS$1 bilion di'curi' oleh Jho Low melalui akaun Good Star dan wang ini kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

8. Benarkah wang ini dicuri? TIDAK. Pertama, akaun Good Star dan pemilik PetroSaudi mempunyai kaitan. Menurut Chris Wright, dalam editorial Euromoney, JP Morgan (Suisse) memegang akaun berkaitan syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi JV, iaitu akaun yang sah dari segi undang-undang, dan JPMorgan Chase adalah bank hubungan untuk pemindahan dalam talian bagi Deutsche Bank dan AmBank yang berakhir ke akaun Good Star. JPMorgan juga adalah bank hubungan untuk pemindahan wang dari akaun Good Star ke akaun Putera Raja Arab Saudi yang menubuhkan PetroSaudi. Kedua, syarikat PetroSaudi International (PSI) sendiri pada 1 Mac 2015, menafikan laporan bahawa dana dari 1MDB diambil oleh pihak ketiga dan memaklumkan bahawa subsidiarinya telah menerima semua tunai untuk syarikat usaha sama dengan 1MDB. PetroSaudi juga menyebut bahawa ia telah membayar kembali jumlah yang penuh pelaburan pokok (AS$1.83 bilion) kepada 1MDB bersama keuntungannya (AS$488 juta). Ketiga, jika benar wang AS$1 bilion atau AS$700 juta ini dicuri dari pelaburan pokok keseluruhan bernilai AS$1.83 bilion, sudah pasti jumlahnya akan berkurangan. Sebaliknya jumlah ini bertambah menjadi AS$2.318 bilion membuktikan TIADA WANG 1MDB DICURI dalam transaksi berkaitan JPMorgan ini.

9. Seperti yang dinyatakan, laporan prosiding FINMA ini tiada kaitan dengan sebarang 'penyelewengan dana 1MDB' atau 'jenayah 1MDB', tetapi adalah laporan mengenai kelemahan sistem kawal selia JP Morgan. Ini diakui oleh JP Morgan sehingga ia terpaksa 'memperbanyakkan latihan, menambah kakitangan dan menambah baik sistem pemantau dan kawal selia'.

10. Ia adalah kesalahan yang hampir sama dengan kesalahan yang dilakukan oleh Bank Development Bank of Singapore (DBS), Standard Chartered dan Union Bank of Switzerland (UBS), yang dilaporkan oleh Monetary Authority of Singapore (MAS) sebagai ākegagalan kawalan dan kelemahan dalam proses menerima pelanggan serta pemantauan transaksi, selain kelewatan dalam mengenal pasti dan melaporkan transaksi-transaksi yang mencurigakan.ā The Guardian melaporkan DBS dikaitkan dengan 10 kesalahan dan UBS sebanyak 13 kesalahan. Kesalahan yang dilakukan oleh Falcon Bank dan BSI Bank lebih teruk lagi sehingga keduanya diarah menutup operasi di Singapura. Falcon Bank diarah untuk menamatkan operasi di atas sebab āpersistent and severe lack of understandingā of Singaporeās money laundering controls." BSI Bank pula telah dikaitkan dengan 41 kesalahan dan dilaporkan oleh MAS sebagai āmelakukan pelanggaran keperluan-keperluan Anti Penggubahan Wang, penyeliaan pengurusan yang sangat lemah serta salah laku yang teruk oleh kaki tangan bank tersebutā

11. Jelas sekali prosiding-prosiding ini adalah berkaitan kelemahan setiap institusi kewangan tersebut untuk mengawal selia transaksi dan kegagalan mereka mematuhi peraturan anti penggubahan wang negara berkaitan. Mengaitkannya dengan 1MDB atau 'dakwaan penyelewengan dana 1MDB' adalah berniat jahat.

Oleh:

TUN FAISAL ISMAIL AZIZTun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-70187391253802935282017-12-12T10:52:00.004+08:002017-12-12T10:53:36.827+08:00Tembelang pecah, punca Kit Siang marah sangat kepada Puad

1. Kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia Datuk Dr Hj Mohd Puad Zarkashi bertajuk "PRU KE 14; BN LAWAN CALON PM LIM KIT SIANG. PAU UMNO 2017 MENJADIKAN DIA DAN DAP CACING KEPANASAN" telah mengakibatkan Lim Kit Siang benar-benar melenting sehingga dia membuat kenyataan balas.

2. Ada tiga sebab kenapa Kit Siang menjadi ibarat cacing kepanasan, PERTAMA, kerana tembelang dia mahu menjadi Perdana Menteri pecah. KEDUA, kerana ahli UMNO dan orang Melayu/Bumiputera diingatkan tentang kemusnahan dan bencana yang bakal diakibatkan oleh Dap di bawah Dinasti Lim jika Pakatan berjaya memerintah. KETIGA, kerana pembohongan Dap dan Pakatan selama ini telah didedahkan.

3. Kit Siang memulakan kenyataannya dengan pembohongan, iaitu gaji Puad lebih tinggi daripada menteri kerana beliau hanya perlu melapor kepada Perdana Menteri dan mempertahankan Perdana Menteri. Kenyataan ini adalah pembohongan yang nyata kerana seluruh institusi perkhidmatan awam mengetahui bahawa GAJI MENTERI LEBIH TINGGI daripada pegawai yang digajikan secara kontrak 'for service' dan menerima gaji secara 'lump sum'. Kit Siang juga jelas berbohong kerana apabila mengulas ucapan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO, Puad melakukannya di atas kapasiti Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan bukan sebagai Ketua Pengarah JASA seperti yang didakwa. Ini hanya salah satu contoh pembohongan Kit Siang dan Dap, tidak termasuk pembohongan yang lain seperti dongeng 40,000 pengundi Bangladesh, 'black out semasa pengiraan undi' dan lain-lain pembohongan lagi, termasuk yang berkaitan 1MDB.

4. Benarkah Kit Siang tidak mahu menjadi Perdana Menteri? Umum mengetahui bahawa Penasihat dan Ketua Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik Dap ini mempunyai pengaruh yang sangat besar termasuk melalui anaknya Lim Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung Dap.

5. Terbaru 100 orang ahli Dap Nibong Tebal keluar parti kerana berasa tidak selamat di bawah pentadbiran Dinasti Lim. Dalam kenyataannya, bekas Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Beng Huat mengakui sudah beberapa kali mendengar Kit Siang meletakkan harapan mahu menjadi Perdana Menteri. Perkara ini bukan mustahil kerana DAP boleh menuntut hak ini jika Dap menguasai lebih banyak kerusi-kerusi DUN di negeri seperti di Pulau Pinang dan Selangor sehingga menjadikan mereka berkuasa di negeri-negeri tersebut, serta berdasarkan hujah bahawa gabungan parti Pan, Ppbm dan Pkr hanya mampu menarik sokongan 30 peratus pengundi kaum Melayu dan baki 70 peratus adalah undi kaum Cina yang majoritinya diusahakan oleh Dap.

6. Adakah Kit Siang dan Dap bukan ancaman kepada orang Melayu/Bumiputera dan umat Islam? Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor, mendakwa Deklarasi Setapak 1967 adalah perancangan jangka panjang DAP untuk menolak Bumiputera selain merancang mahu menjadikan pemimpin bukan Bumiputera sebagai Perdana Menteri sekiranya berjaya mentadbir negara. Sikap, tuntutan dan penentangan Dap terhadap dasar, agenda, program dan institusi Bumiputera selama ini membuktikan kenyataan Zulkifli ini benar.

7. Begitu juga sikap Dap terhadap agama dan institusi Islam selama ini membuktikan ancaman parti ini terhadap Islam adalah benar. Dalam perlembagaan Dap sendiri menyebut bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah "dokumen sekular dan antara matlamat Dap adalah untuk mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal", iaitu suatu perkara yang menafikan kedudukan istimewa Islam sebagai agama Persekutuan dan peranan serta pengaruhnya dalam penentuan dasar, program serta aturan-aturan tertentu di dalam negara.

8. Sudah tentu Kit Siang tidak senang hati apabila Puad membangkitkan pula tentang hasrat DAP mahu menjadikan orang Kristian sebagai Perdana Menteri. Walaupun Dap menafikannya, Puad menegaskan bahawa bekas ahli Dap, iaitu Razali Abdul Rahman, orang Melayu yang pernah menjadi orang kanan Lim Guan Eng, telah membuat laporan polis mengesahkan dakwaan ini dan mengakui bahawa beliau sendiri hadir dalam pertemuan paderi paderi yang turut di hadiri oleh Ahli Parlimen Jelutong YB Jeff Oii.

9. Tidak perlu Kit Siang berlakon seolah-olah sangat prihatin mengenai soal tadbir urus dan kleptokrasi kerana negeri yang ditabdir Dap dan anaknya sendiri telah ditadbir dengan begitu teruk dan anaknya sendiri didakwa at atas kesalahan rasuah. Keprihatinan palsu Kit Siang ini juga jelas apabila dia sanggup bekerja sama dengan 'kleptokrat sebenar' yang pernah didakwa oleh Kit Siang sendiri telah mengakibatkan negara hilang berbilion ringgit akibat "skandal Forex Bank Negara" dan yang mengamalkan nepotisme serta kroni kapitalisme sehingga anak-beranaknya boleh menjadi begitu kaya dalam masa yang singkat.

10. Keprihatinan Kit Siang terhadap demokrasi juga hanya sandiwara semata-mata kerana di dalam parti Dap, pemilihan jawatankuasa pusat telah diserang sebagai suatu proses yang tidak demokratik dan melanggar peraturan. Manakala dari aspek pentadbiran parti, bekas ahli Dap sendiri, Tan Beng Huat menyebut, "dia (Kit Siang) bukan sahaja tidak bertolak-ansur, dia juga diktator. Cuba lihat apa yang dia dan anaknya lalukan terhadap mereka yang menentang".

11. Tidak perlu menegakkan benang yang basah, apa lagi yang Kit Siang hendak bohongi?

TUN FAISAL ISMAIL AZIZ

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1484281754953852&id=130516516997056

Tun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-70714887303250220022017-12-06T10:48:00.001+08:002017-12-06T10:48:40.897+08:001MDB: Jeff Sessions seperti kakak tua yang hanya mengulang cerita orang sebelumnya

1. Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Jeff Sessions sekadar mengulangi kenyataan Peguam Negara AS sebelumnya tanpa menyedari hakikat saman sivil Jabatan Kehakiman AS (DOJ) tiada kaitan secara langsung dengan 1MDB.

2. Kenyataannya bahawa kononnya dakwaan korupsi berkaitan 1MDB merupakan "kleptokrasi pada tahap paling parah" dan AS sedang berusaha untuk memberikan "keadilan kepada mangsa-mangsa yang terbabit" membuktikan Sessions tidak memahami fakta kes berkaitan. Lebih-lebih lagi apabila dokumen saman sivil ini hanyalah berdasarkan aduan dan andaian semata-mata sedangkan FBI belum lagi melakukan sebarang penyiasatan yang berjaya mengadakan bukti yang melangkaui keraguan yang munasabah.

3. Siapakah "mangsa-mangsa terbabit" dalam dakwaan Sessions? Apabila saya bertanyakan soalan kepada Thomas Goldstein, antara peguam Mahkamah Agung berpengalaman di AS mengenai justifikasi DOJ memfailkan saman ini dengan mengaitkannya dengan 1MDB sedangkan 1MDB tidak pernah membuat aduan dan mengaku dana atau wang kepunyaannya dicuri? Goldstein mengakui bahawa kes ini agak pelik kerana 1MDB bukan pengadu dan tidak mengakui kehilangan wang. Mungkin kerana ada pihak yang beranggapan bahawa AS merupakan "polis dunia" maka saman sivil difailkan kononnya untuk memberi keadilan kepada rakyat Malaysia dan 1MDB. Goldstein juga menjelaskan DOJ berada dalam kebuntuan kerana 1MDB menegaskan bahawa wang yang didakwa hilang itu bukan wang mereka, sedangkan kes ini adalah dibina atas kepercayaan bahawa wang ini diambil dari 1MDB berdasarkan aduan yang dibuat oleh pihak yang tidak mewakili 1MDB.

4. Apabila saya tanyakan juga, sehingga kini hanya International Petrolium Investment Company (IPIC), dana kekayaan milik kerajaan Abu Dhabi yang mengadu kehilangan wang; kenapakah DOJ tidak menyiasat IPIC dan bagaimanakah mereka mahu memulangkan wang kepada IPIC sekiranya mereka menyiasat kes ini di bawah inisiatif kleptokrasi kerana IPIC tidak menerima dana daripada rakyatnya tapi dari pemerintahnya? Goldstein menjawab, terdapat kemungkinan DOJ tidak mengetahui apa yang sedang mereka hadapi dalam kes ini kerana tiada pengadu (di kalangan pihak yang kehilangan wang).

5. Mungkin elok dimaklumkan kepada Sessions bahawa kes di Singapura tiada kaitan langsung dengan 1MDB kerana 1MDB tiada akaun di sana. The Guardian melaporkan bahawa Monetary Authority of Singapore (MAS) mengarahkan Falcon Bank menghentikan operasi atas sebab āpersistent and severe lack of understandingā of Singaporeās money laundering controls." Atas sebab ini Falcon Bank diarahkan untuk ditutup. Bukan atas sebab lain, termasuk 1MDB. Bukan Falcon Bank sahaja yang mempunyai kelemahan ini, tetapi Development Bank of Singapore (DBS) (10 kesalahan), Union Bank of Switzerland (UBS) (13 kesalahan) dan BSI Bank (41 kesalahan).

6. Mungkin Sessions perlu dimaklumkan bahawa kes di Luxembourg juga tiada kaitan dengan 1MDB. Menurut Finews Asia dalam laporan bertajuk "Rothschild bleeds for 1MDB", Marc Ambroisien bekas pengarah bank Rothschild di Luxembourg dinamakan sebagai individu yang bertanggungjawab menyebabkan bank Swiss ini terbabit dalam apa yang didakwanya sebagai 'skandal 1MDB'. Dalam laporan yang sama Finews menyebut "he allegedly accepted Khadem Al Qubaisi, former boss of Abu Dhabi state fund IPIC, as a client and carried out transfers of funds from 1MDB, originally set up as a Malaysian development fund, for him. Al Qubaisi is alleged to have even gifted Ambroisien with an Aston Martin for his services."

7. Laporan Finews Asia jelas menyebut bahawa individu yang dikatakan mengakibatkan Rothschild terbabit dalam 'skandal' ini adalah Ambroisien dan Ambroisien TIDAK dikaitkan dengan Arul Kanda, Shahrul Azral Ibrahim Halmi atau 1MDB sebaliknya dengan Al Qubaisi, dan seharusnya kaitan itu berterusan, iaitu kepada IPIC, Aabar Investment PJS, Falcon Private Bank dan Abu Dhabi.

8. Adalah lebih tepat jika Sessions dan DOJ mengaitkan denda terhadap Bank Edmond de Rothschild Luxembourg ini dengan IPIC kerana 1MDB tidak mempunyai akaun dengan Rothschild. Qubaisi adalah pelanggan kepada Rothschild dan ketika itu, Qubaisi merupakan Pengarah Urusan IPIC, Pengerusi Aabar Investment PJS, iaitu anak syarikat IPIC dan bekas Pengerusi Falcon Private Bank, iaitu bank Swiss yang dimiliki oleh Abu Dhabi melalui Aabar Investment PJS.

9. Mungkin lebih wajar Sessions terlebih dahulu menjawab soalan-soalan ini sebelum terus membuat kenyataan, iaitu pertama, mengenai siapa sebenarnya yang kehilangan wang, IPIC atau 1MDB agar mudah mereka membuat keputusan untuk memulangkan kepada siapa hasil segala rampasan aset yang didakwa 'dari wang yang dicuri' ini. Kedua, jika pihak yang kehilangan wang ini adalah IPIC, bilakah mereka mahu mula menyiasat IPIC dan adakah wajar DOJ menggunakan inisiatif kleptokrasi jika mereka bercadang untuk memulangkan wang hasil rampasan ini kepada IPIC dan Abu Dhabi.

TUN FAISAL ISMAIL AZIZTun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-73556030398359770102017-11-06T16:27:00.000+08:002017-11-06T18:42:43.371+08:00GST dan Cukai: Tony Pua, mungkin MP paling TAK CERDIK di dunia jika lihat cara dia tafsir #Bajet2018

Sekurang-kurangnya ada 2 kenyataan TIDAK CERDIK Tony Pua apabila dia mengulas mengenai Bajet 2018 dalam video di bawah.

Pertama apabila dia menyebut, banyak pemberian yang diberi, tapi semuanya dari cukai dan ini adalah "Bajet Cukai".

Kedua, apabila dia menyatakan, GST kutip lebih tinggi RM40 bilion sedangkan SST kutip hanya RM17 bilion.

Pertama, mungkin Tony Pua tak faham mengenai HASIL KERAJAAN. Untuk makluman Tony Pua, HASIL KERAJAAN bukan datang dari sumber CUKAI semata-mata. Jadi tidak tepat dari segi istilah, undang-undang dan prosedur kewangan untuk mengistilahkan Wang Perbendaharaan atau Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan sebagai wang pembayar cukai.

HASIL-HASIL KERAJAAN Persekutuan diterima daripada 4 sumber berikut:-

1. Hasil Cukai yang terdiri dari Hasil dari CUKAI LANGSUNG (contoh Cukai Pendapatan) dan Hasil dari CUKAI TAK LANGSUNG (Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan, GST)

2. Hasil Bukan Cukai iaitu "hasil dari perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan" (contoh permit, sewaan, lesen, bayaran perkhidmatan)

3. Terimaan Bukan Hasil iaitu kutipan hasil bayaran balik atau terimaan dari perkhidmatan (contoh bayaran balik pinjaman pendidikan, gaji terlebih bayar, bayaran balik penggunaan telefon pejabat)

4. Hasil Wilayah Persekutuan, iaitu hasil dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. (contoh Cukai Tanah, Duti Hiburan, Lesen, Permit)

Dari RM280.25 bilion pendapatan negara ini,

1. 31.6% hasil kerajaan datang dari sumber bukan cukai (contoh permit, yuran perkhidmatan, jualan perkhidmatan, jualan barang dan harta, saman, denda, sewa, hasil dari pelaburan)

2. 42.6% dari cukai pendapatan (contoh cukai pendapatan syarikat, cukai pendapatan individu, cukai pendapatan petroleum)

3. 22.8% dari cukai tidak langsung (contoh GST, duti eksport, duti import, duti eksais, cukai jalan)

4. 3.0 % dari cukai langsung yang lain (contoh duti setem, cukai ke atas keuntungan hartanah)

5. 14.4% dari pinjaman dan penggunaan aset kerajaan.

Kenapa kutipan cukai pendapatan bertambah? Kerana projection peningkatan pendapatan syarikat dan petroleum juga bertambah. Tony Pua mungkin lupa, anggaran Bajet Alternatif dibuat atas andaian permintaan dalaman meningkat kerana kononnya bila SST dilaksanakan semula, harga barang akan menjadi lebih murah dan permintaaan dalaman akan meningkat disebabkan itu. Apakah sumber utama Bajet Alternatif? CUKAI. Jadi kenapa Tony Pua tak kata Bajet Alternatif itu Bajet Cukai? Selangor dalam bajetnya meningkatkan unjuran hasil daripada cukai dan premium tanah. Kenapa Tony Pua tak kata, Bajet Selangor adalah Bajet Cukai dan Jualan Tanah?

Kedua, Tony Pua kata dulu SST hanya RM17 bilion (sebenarnya data Tony Pua salah, jumlah sebenar RM13 bilion), tapi tahun depan kenapa GST kutip RM42 bilion dan kesimpulan tidak cerdik Tony Pua ialah, digambarkan seolah-olah peningkatan kutipan GST berbanding SST adalah bukti rakyat terbeban.

Ini satu lagi cara tafsiran songsang Pakatan. Bila mereka kembali kepada SST dan kutip kurang RM20 bilion, TIDAK BERMAKSUD RAKYAT TIDAK TERBEBAN.

Kenapa apabila Pakatan kembalikan SST, kutipannya menjadi kurang? Jawapannya - berlaku ketirisan, penipuan, pengelakan cukai, terdapat syarikat yang terlepas dari kutipan dan ada sejumlah golongan, misalnya warga asing, terlepas dari membayar cukai SST.

Adakah rakyat tidak terbeban? Sebenarnya rakyat lebih terbeban kerana cukai jadi berganda, barangan dengan Cukai Jualan 10% boleh menjadi hampir 20% apabila sampai ke tangan pembeli akibat pengambilan margin, cukai jadi bertindih kerana barangan dengan Cukai Jualan 20% boleh jadi hampir 40% dengan pengambilan margin dan sekiranya terdapat Cukai Perkhidmatan 6% sebelum barangan sampai ke tangan pengguna, cukai sebenar yang dibayar boleh mencecah nilai sehingga 46%.

Dengan mengembalikan SST, bukan sahaja Tony Pua tidak bertanggungjawab kerana mengakibatkan negara kehilangan hasil Cukai Jualan, malah mengakibatkan rakyat terpaksa membayar kadar cukai yang lebih tinggi tetapi cukai ini tidak sampai ke tangan kerajaan sebaliknya hanya menguntungkan golongan peniaga.

Selain itu, Tony Pua juga tidak bertanggungjawab kerana mengakibatkan negara kehilangan hasil Cukai Pendapatan. Apabila terlaksana semula SST maka lebih ramai peniaga yang boleh menipu jumlah pendapatan dan mengelak dari membayar cukai pendapatan dengan lebih mudah.

Kenapa jumlah GST meningkat jauh lebih tinggi berbanding SST? Antara sebabnya adalah, pertama, ketirisan dapat dielakkan, kedua, lebih banyak syarikat mendaftar untuk mengutip GST bagi membolehkan mereka menuntut cukai input, ketiga, lebih banyak syarikat mendaftar bagi mengelakkan mereka didenda, ternasuk syarikat-syarikat yang terlibat dengan 'shadow economy', keempat, warga asing, termasuk pelancong, pegawai dagang, tenaga kerja asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) juga turut membayar GST, kelima, unjuran kedatangan pelancong asing meningkat sebanyak 4.3%, keenam, peningkatan permintaan dalaman, bukan sahaja disebabkan oleh individu tetapi juga oleh syarikat-syarikat.Tun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-59626389669094700982017-11-05T11:39:00.002+08:002017-11-05T11:39:45.484+08:00Dr Mohamed Abdul Khalid jangan kutip info dari longkang mengenai pengambilan MRSM dan SBP

Saya dok perhati saja video wawancara Dr Muhammed Abdul Khalid ni. Pada saya dia ni terlalu obsessed dengan data, sampai cara dia mentafsirkan pun ada tempatnya tak kena. Dia pula asyik nak bercakap, macam la semua yang dia cakap tu betul sangat.

Nak dijadikan hal, ada orang tweet petikan video dia dan dia bercakap pasal benda yang dia tak tahu dan petik maklumat entah dari tepi jalan mana.

Kata Dr Mohammed ni, "dalam bidang pendidikan, sekarang negara kita bukan ke arah negara yang equal. Sebelum ni, dia kata negara kita beri penekanan kepada orang susah sebelum bagi masuk SBP, MRSM dan biasiswa. Sekarang semuanya online, jadi mcm mana orang di luar bandar?"

Jadi untuk Dr Mohammed yang bercakap tanpa maklumat dan data, tapi masih nak bercakap macam dia tahu semua, kita beri dia maklumat sedikit supaya dia perbaiki sikit sifat angkuh, ujub dan takbur dia tu. Di bawah adalah info dari MRSM sendiri.

1. Dasar penubuhan MRSM adalah untuk memberi peluang kepada pelajar Bumiputera bandar dan luar bandar yang cemerlang dan dari keluarga berpendapatan rendah untuk mendapat pendidikan yang berkualiti.

2. Walaupun kaedah permohonan pelajar ke MRSM adalah menggunakan sistem online, pihak MRSM turut mengadakan beberapa cara untuk membantu proses permohonan, terutamanya bagi para pelajar di luar bandar dan pendalaman. Di antaranya:-

A. Program Outreach MRSM bersama dengan sekurang-kurangnya 5 buah sekolah harian berdekatan untuk mengenalpasti calon-calon dari kumpulan B40 yang layak dan berminat untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM. Pelajar ini dikumpul dan dibantu untuk membuat permohonan online di MRSM berdekatan.

B. Pengiraan merit berdasarkan Social Economic Standing (SES) bagi pelajar B40 telah dinaikkan bagi membolehkan mereka mendapat markah (weightage) yang lebih tinggi untuk meningkatkan lagi peluang tawaran untuk belajar di MRSM.

C. Kerjasama MARA dengan JAKOA dan Pejabat Agama Negeri untuk mengenal pasti anak golongan asnaf dan orang asli untuk diberi peluang ke MRSM.

D. Bagi Sarawak & Sabah, program outreach turut dilaksanakan di kawasan pendalaman untuk mencari pelajar yang berpotensi dan dibantu untuk membuat permohonan ke MRSM. Program outreach di kawasan pendalaman ini bukan sahaja disertai oleh guru-guru MRSM, malah turut dibantu oleh para Pegawai MARA Daerah di seluruh negara.

E. MARA turut memperuntukkan Skim Budi yang mana para pelajar yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah untuk melanjutkan pelajaran di MRSM dengan tajaan daripada MARA dan juga pihak luar.

3. Jumlah pelajar B40 yang sedang belajar di MRSM di seluruh negara adalah seramai 20,011 orang.

4. Jumlah pelajar M40 yang sedang belajar di MRSM di seluruh negara adalah seramai 12,725 orang.

5. Peratus pelajar B40 dan M40 di dalam MRSM seluruh Malaysia adalah sebanyak 86%. Jumlah pelajar semasa adalah sedamai 37,752. Jumlah pelajar luar bandar adalah 23,628 (63%) dan jumlah pelajar bandar adalah 14,124 (37%).

Justeru itu, dakwaan Dr Mohammed yang mengatakan bahawa MRSM tidak mengutamakan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah adalah SALAH SAMA SEKALI. Eloklah Dr Mohammed ni kurangkan bercakap dan belajar mendengar. Jangan ingat diri tahu semua perkara. Kalau tak berhenti bercakap, masa bila nak belajar benda-benda yang awak tak tahu?

Can't say he is wrong about SBP and MRSM? He is TOTALLY WRONG.Tun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com20tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-56909892234133217712017-10-26T20:22:00.000+08:002017-10-26T20:22:37.631+08:00Apa guna hapus GST, kembalikan SST jika Pakatan tak berani jamin harga barang boleh turun10 PERKARA YANG DIJANGKA BERLAKU JIKA PAKATAN BERJAYA HAPUS GST

1. Dalam Bajet Alternatif 2018 yang dibentangkan oleh Pakatan Harapan, mereka berhasrat untuk memansuhkan GST, tetapi mengekalkan kadar sifar (0%) GST dan melaksana semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada kadar lama.

2. Sukar memahami bagaimana Pakatan mahu melaksana sifar GST dan melaksanakan SST pada waktu yang sama. Apapun kita tahu sebelum ini SST mempunyai beberapa kadar, iaitu kadar standard 10% dan kadar-kadar lain adalah 5%, 20% dan kadar spesifik seperti 58 sen bagi setiap liter petrol dan diesel.

3. Apakah kesan yang boleh dijangka jika Pakatan berjaya melaksanakan GST 0% dan SST 10%, 5%, 20% dan 58 sen bagi setiap liter petrol, diesel? Berikut adalah perkara-perkara yang berkemungkinan besar berlaku:-

I. Sistem percukaian yang huru hara kerana terdapat dua sistem, iaitu GST 0% dan SST pada empat kadar

II. Pengguna dicukai dua kali, misalnya di kedai tayar. Kali pertama, Cukai Jualan 20% untuk harga tayar, kali kedua dikenakan Cukai Perkhidmatan 6% pula.

III. Cukai Jualan di'mark-up' bersama harga barangan kerana tiada kaedah 'tuntutan cukai input'. Jika Cukai Jualan di peringkat pembekal adalah 5%, selepas pengambilan margin 25% oleh pemborong dan 50% oleh peruncit, kadar 5% tadi boleh meningkat menjadi 10% apabila sampai ke tangan pengguna.

IV. Di bawah SST, petrol dan diesel mempunyai Cukai Jualan 58 sen seliter

V. Berlaku ketirisan dan pengelakan Cukai Jualan di peringkat pembekal, pengilang dan pengeksport.

VI. Shadow Economy dan Black Economy akan hidup subur kembali.

VII. Peniaga membuat perisytiharan palsu Cukai Pendapatan dengan lebih mudah kerana kerajaan sukar menganggar margin keuntungan menerusi sistem SST

VIII. Peniaga boleh menaikkan harga barangan secara melampau dengan lebih mudah kerana apabila cukai input tidak dituntut dan tiada cukai dikutip semasa barangan dijual kepada pengguna, agak susah untuk membuat anggaran margin yang diambil oleh peniaga untuk dikenakan tindakan.

IX. Perbelanjaan mengurus akan meningkat kerana Bajet Pakatan tidak mengambil kira impak 0% GST, di mana bagi barangan dengan kadar sifar GST, cukai inputnya boleh dituntut.

X. Tiada pemimpin Pakatan yang berani menjamin bahawa HARGA BARANG AKAN TURUN selepas menghapuskan GST dan kembali kepada kadar lama SST

4. Kalau TIADA PEMIMPIN PAKATAN YANG BERANI MENJAMIN BAHAWA HARGA BARANG AKAN TURUN selepas PEMANSUHAN GST dan MENGEMBALIKAN SST, maka apa gunanya Pakatan beriya-iya mahu memansuhkan GST dan kembali melaksanakan SST?

Oleh:

TUN FAISAL ISMAIL AZIZTun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-38342710355550842212017-10-24T11:27:00.000+08:002017-10-24T11:27:06.976+08:00Zahid betul, Jho Low sudah tidak relevan1. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi amat tepat apabila menegaskan bahawa tiada keperluan untuk mendapatkan bantuan Interpol bagi mengesan ahli perniagaan, Jho Low kerana ia tidak lagi relevan.

2. Kenapa Malaysia tidak perlu lagi mengesan Jho Low? Pertama kerana tiada bukti yang menunjukkan Jho Low melesapkan dana 1MDB dan melanggar sebarang undang-undang di Malaysia berkaitan isu 1MDB. Kedua, kerana terbukti melalui prosiding dan Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), tiada wang 1MDB yang dicuri oleh mana-mana pihak. Ketiga, jika terdapat bukti bahawa Jho Low melesapkan atau mencuri wang 1MDB, sudah pasti PAC yang turut dianggotai ahli Parlimen pembangkang telah memanggil Jho Low untuk disoal dalam prosiding berkenaan 1MDB atau mencadangkan agar pihak berkuasa menyiasatnya seperti cadangan PAC untuk menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB.

3. Kenapa FBI dan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) masih menyiasat Jho Low? Pertama, kerana sebelum ini mereka belum membuat siasatan yang lengkap berkaitan kes 1MDB, sebaliknya hanya bergantung kepada aduan yang dibuat kepada mereka sebelum ini. Kedua, kerana mereka mendakwa Jho Low melanggar undang-undang AS. Maka memang wajar mereka menyiasat Jho Low. Pihak berkuasa negara lain juga wajar berbuat demikian jika didapati Jho Low melanggar undang-undang negara mereka.

4. Benarkah wang 1MDB dicuri? Sehingga kini, tiada bukti wang 1MDB dicuri. Pendakwa raya kes yang dikatakan berkaitan 1MDB di Singapura juga tidak pernah memanggil 1MDB sebagai saksi pendakwa untuk mengesahkan bahawa duit 1MDB yang dicuri dan digubah di sepanjang perbicaraan kes di mahkamah Singapura.

5. Sehingga sekarang, bukan 1MDB yang membuat aduan kehilangan wang, sebaliknya dana kekayaan Abu Dhabi, iaitu IPIC dan syarikatnya Aabar PJS. Ada dakwaan bahawa Jho Low mempunyai kaitan dengan bekas pegawai-pegawai syarikat IPIC dan Aabar PJS. Namun sehingga kini, tiada berita bahawa pihak berkuasa Abu Dhabi berusaha mendapatkan bantuan Interpol untuk mengesan dan menangkap Jho Low untuk dibicarakan di negara tersebut.

Oleh:

Tun Faisal Ismail AzizTun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-10516879788238434382017-10-07T22:41:00.002+08:002017-10-07T22:41:31.426+08:00Kes di mahkamah Singapura bukan kes #1MDB Ramai yang ingin merujuk tulisan saya pada 12 November 2016 mengenai perbicaraan di mahkamah Singapura yang didakwa berkaitan wang 1MDB yang dicuri tetapi memaklumkan bahawa tulisan saya ini sukar dicari. Sebenarnya saya menulis komen mengenai perbicaraan di Singapura ini di Facebook, jadi memang agak sukar nak dicari. Hanya ada dua portal yang melaporkannya secara penuh, iaitu TV14 dan MyKMU. Jadi saya masukkan di dalam blog hari ini supaya lebih mudah dirujuk di masa depan.

Ini tulisan saya pada 12 November 2016 mengenai kes di Singapura:-

Bekas Pegawai BSI mengaku salah? Memang wajar dia mengaku bersalah.

Katakan kita membeli unit amanah ASB melalui Maybank. Kita bayar RM1,000 kepada Maybank. Maybank menjual 1,000 unit ASB kepada kita dan wang tersebut diserahkan kemudiannya kepada PNB, yang menyerahkan urusan pelaburan wang sebanyak RM1,000 ini kepada PENGURUS DANA yang dilantiknya. Jika pegawai Maybank atau pegawai PNB atau pengurus dana menyelewengkan wang tersebut, adakah duit kita yang diselewengkan atau adakah duit Maybank atau PNB yang diselewengkan?

Ambil konteks yang sama, 1MDB melaburkan AS$3.5 bilion sementara menunggu projek yang berkaitan dana tersebut dilaksanakan. Dana ini diserahkan kepada BSI dan BSI melaburkannya melalui PENGURUS DANA yang dilantik oleh mereka. Jika ada pegawai BSI ini tidak menyerahkan duit pelaburan ini kepada PENGURUS DANA atau jika pegawai BSI dan pengurus dana ini menyelewengkan sebahagian daripada wang pelaburan tersebut, adakah duit 1MDB yang hilang atau duit BSI atau duit PENGURUS DANA yang hilang?

Begitu jugalah dengan kes-kes yang melibatkan bank-bank lain di Singapura yang dikatakan berkaitan 1MDB.

1MDB tiada akaun bank di Singapura dan tiada akaun 1MDB yang dibekukan. Istilah yang dispin oleh media adalah '1MDB linked account' atau "1MDB linked fund", tetapi tidak pernah media menyebutnya sebagai "1MDB account" atau "1MDB fund".

Atas sebab itu juga bagaimanakah Peguam Negara hendak membantu jika ia bukan dana atau akaun 1MDB tapi lebih merupakan kes akaun dan dana BSI serta salah laku pegawai-pegawainya?

Sebelum ini The Guardian ada melaporkan:-

"The Monetary Authority of Singapore (MAS) said it had ordered Falcon Bank to cease its operations in the city-state because of a āpersistent and severe lack of understandingā of Singaporeās money laundering controls.

The MAS announced it had also fined DBS and UBS for similar violations. "The control lapses observed in DBS and UBS relate to specific bank officers who failed to carry out their duties effectively,ā the MAS said, adding that it did not find āpervasive control weaknessesā in these banks.

DBS was ordered to pay SG$1m (Ā£593,000/US$730,000) for 10 violations while UBS was ordered to pay SG$1.3m for 13 violations.

The regulator in May kicked out Swiss bank BSI for similar violations ā the first time it ordered a bank to shut in 32 years."

Abaikan cubaan untuk mengaitkan dengan 1MDB kerana ia hanyalah spin media.

Ayat yang paling penting - āpersistent and severe lack of understandingā of Singaporeās money laundering controls." --> Inilah kelemahan pengurusan bank tersebut dan atas sebab inilah ia diarahkan untuk ditutup. Bukan atas sebab lain, termasuk 1MDB.

Bukan Falcon Bank sahaja yang mempunyai kelemahan ini, tetapi Development Bank of Singapore (DBS) (10 kesalahan) dan Union Bank of Switzerland (UBS) (13 kesalahan). BSI bank sebelum ini juga diarahkan untuk ditutup berikutan melakukan 41 kesalahan.

MAS menyebut antara kelemahan BSI adalah:

"MASā decision to withdraw BSI Bankās status as a merchant bank takes into account the repetitive lapses as well as the 2015 inspection findings which revealed:

- widespread control failures which led to numerous serious breaches of various anti-money laundering regulations

- poor and ineffective oversight by the senior management of BSI Bank

-unacceptable risk culture, with blatant disregard for compliance and control requirements as well as MASā regulations

-numerous acts of gross misconduct by certain staff

41 kesalahan yang dilakukan oleh BSI, 13 kesalahan oleh UBS, 10 kesalahan oleh DBS dan kesalahan2 yang dilakukan oleh Falcon Bank ini adalah kerana kelemahan pengurusan bank-bank terbabit dalam memahami dan mematuhi undang-undang Akta Penggubahan Wang Singapura. Mengaitkannya dengan 1MDB adalah berniat jahat.Tun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-16652663468450764842017-09-22T09:26:00.003+08:002017-09-22T09:46:00.060+08:00DIPLOMASI NAJIB vs DIPLOMASI MAHATHIR 1. Ternyata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak senang hati dengan lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat (AS) dan layanan mesra Presiden AS, Donald Trump terhadap beliau. Dalam tulisan terbarunya, 'Najib dan Trump", Mahathir cuba memperlekehkan pertemuan Najib-Trump dan menggambarkan bahawa layanan AS terhadapnya jauh lebih baik berbanding layanan yang diterima Najib.

2. Mahathir sepatutnya tidak mengulas mengenai lawatan ini dan menulis "saya tidak tahu" sahaja. Baharulah nampak konsisten dengan jawapan yang diberikan semasa prosiding RCI Forex. Hanya mereka yang tidak melalui zaman Mahathir dan Najib sahaja yang percaya propaganda LAYANAN AS TERHADAP MAHATHIR JAUH LEBIH BAIK DARIPADA LAYANAN TERHADAP NAJIB.

3. Mahathir mungkin keliru dan tidak dapat membezakan lawatannya ke AS semasa era Presiden Ronald Reagan pada tahun 1984 dan Presiden George Bush Jr. pada tahun 2002. Pada tahun 1984, Perang Dingin antara Blok Barat dan Blok Timur masih wujud dan adalah menjadi dasar luar AS untuk berbaik-baik dengan negara bukan komunis seperti Malaysia. Ini menjelaskan kenapa duta AS cuba mengatur pertemuan Reagan-Mahathir seawal tahun 1981 walaupun Mahathir belum ada sebarang pencapaian sebagai PM ketika itu.

4. Keadaan berbeza selepas Perang Dingin berakhir pada tahun 1991. Dalam era Order Baru Dunia, sikap AS jauh berbeza. Mahathir tidak lagi menerima sebarang jemputan untuk bertemu Presiden AS selepas itu dan tiada Presiden AS yang berkunjung ke Malaysia bertemu Mahathir. Tidak mungkin AS akan memberi layanan yang baik kepada seorang pemimpin 'diktator' yang memecat anak emas AS, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan yang dipersalahkan kerana meng'izin'kan tragedi 'mata lebam' Anwar berlaku.

5. Malah lebih buruk lagi, semasa era Presiden Bill Clinton, Mahathir dimalukan di negaranya sendiri apabila Naib Presiden AS, Al Gore menyelarnya sebagai pemimpin yang menyekat kebebasan semasa Sidang Kemuncak APEC 1998. New York Times bertarikh 17 November 1998 menggunakan tajuk "GORE, IN MALAYSIA, SAYS ITS LEADERS SUPPRESS FREEDOM". Insiden memalukan ini turut dilaporkan oleh banyak media cetak dan elektronik utama di negara-negara lain ketika itu. Mengambil kira ketegangan hubungan AS-Malaysia semasa itu, memang masuk akal sekiranya timbul dakwaan bahawa Mahathir terpaksa membayar jutaan dollar untuk bertemu Bush Jr.

6. Justeru, tidak perlu Mahathir mengulas panjang lebar mengenai aspek protokol lawatannya. Memang dijangka Reagan dan Bush akan berpegang kepada protokol yang lebih ketat apabila melayani kunjungan Mahathir kerana di mata mereka, Mahathir hanya 'Perdana Menteri sebuah negara' dan bukan 'rakan' mereka.

7. Berbeza dengan di zaman Najib, hubungan AS-Malaysia jauh lebih mesra. Presiden Barack Obama melawat Malaysia sebanyak dua kali iaitu pada 2014 dan 2015 tanpa khidmat pelobi atau dibayangi Perang Dingin. Malah Obama melonggarkan protokol untuk bermain golf dengan Najib sehari sebelum Hari Krismas semasa percutian mereka di Hawaii.

8. Hubungan Najib-Trump lebih akrab. New York Times pada 12 September 2017 melaporkan "pada tahun 2014, mereka (Trump dan Najib) bermain golf di kelab Trump di Bedminster, New Jersey. Selepas permainan, Trump menghadiahkan tetamunya gambar mereka berdua yang tertulis ayat āTo my favorite Prime Minister.ā

9. Malay Mail, 13 September 2017 pula melaporkan bahawa "selepas pertemuan, Trump melanggar protokol apabila menghantar Najib terus ke pintu hadapan White House. Amalan biasa Presiden hanya sekadar menghantar ke pintu Oval Office. Apabila diingatkan oleh pegawai-pegawainya, Trump membalas, "dia adalah kawan saya."" Adakah Mahathir dilayan begitu?

10. Propaganda portal pro-Pakatan untuk menggambarkan Mahathir menerima layanan yang lebih baik daripada AS adalah cubaan menyedihkan yang bertentangan dengan kewarasan minda ramai pihak kerana tidak mungkin diplomasi Mahathir lebih baik daripada diplomasi Najib.

11. Umum mengetahui, diplomasi bukan kekuatan Mahathir. Di zamannya, Malaysia mempunyai hubungan yang tegang dengan AS dan Australia. Malah turut berlaku pertelagahan dengan negara jiran seperti Singapura. Atas sebab itu, jika ditanya sekali lagi mengenai soal diplomasi, terutama yang melibatkan AS, mungkin lebih baik Mahathir jawab sahaja, "saya tak tahu."

Tun Faisal Ismail AzizTun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-90534165835985075712017-09-11T12:01:00.003+08:002017-09-11T12:01:48.357+08:00BUKAN PUAD, TAPI ANWAR YANG SEPATUTNYA DIDAKWA MENCELA SAKSI DAN MENGHINA RCI1. Selepas meneliti kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Ogos 2017, yang disiarkan Malaysiakini menerusi laporan bertajuk "Anwar tuntut hak jawab 'tuduhan jahat' Murad", berbanding pertanyaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia Datuk Dr Hj Mohd Puad Zarkashi, didapati kenyataan Anwar lebih berat lagi dan menepati tafsiran kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

2. Di dalam laporan tersebut, Malaysiakini melaporkan reaksi balas Anwar terhadap kenyataan yang dibuat oleh bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid semasa prosiding RCI pada 21 Ogos. Anwar, seperti laporan Malaysiakini mendakwa kenyataan Murad adalah "palsu belaka".

3. Selain mendakwa Murad menipu, Anwar turut mendakwa bahawa, "kenyataan Abdul Murad itu bernada sindiran, berniat jahat dan menunjukkan seolah-olah mahu kerugian dialami Bank Negara ditutup daripada pengetahuan ramai."

4. Anwar sekali lagi menyerang Murad dan menggambarkan beliau sebagai penipu apabila menyatakan "Abdul Murad mulai memusuhi saya (Anwar) secara peribadi sejak 1999 apabila beliau membuat akuan berkanun palsu terhadap saya.

5. Nada dan dakwaan Anwar ini nampaknya lebih menepati deskripsi kesalahan di bawah Seksyen 12(2), iaitu "mencela mana-mana orang kerana telah memberikan keterangan, atau disebabkan oleh keterangan yang telah diberikan di hadapan Pesuruhjaya."

6. Selain Anwar, Majlis Peguam juga pernah melakukan kesalahan menghina Suruhanjaya RCI.

7. Malaysiakini pada 23 Julai 2011 melalui laporan bertajuk "K'jaan harus mohon maaf kata Majlis Peguam" melaporkan bahawa Majlis Peguam menolak penemuan Suruhanjaya Diraja yang mendapati pembantu politik DAP Teoh Beng Hock membunuh diri.

8. Portal itu juga memetik kenyataan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang mahu kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maaf kepada keluarga Teoh dan memberi pampasan sewajarnya atas kehilangan mereka itu.

9. Datuk Khairuddin Abu Hassan mungkin tidak memahami perkara ini tetapi agak pelik jika Mohd Haniff Khatri Abdulla juga tidak memahaminya. Adalah lebih wajar jika Mohd Haniff dan Khairuddin meneliti terlebih dahulu Seksyen 12(2) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 sebelum mendakwa kenyataan Puad melanggar maruah, kesucian dan kedudukan RCI. Selepas membaca Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 tersebut bolehlah mereka berdua membuat laporan polis dan meminta RCI menyiasat serta menghukum Anwar dan Majlis Peguam pula.

TUN FAISAL ISMAIL AZIZTun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-81773955184509402082017-09-09T07:51:00.000+08:002017-09-09T08:33:16.213+08:00Sikap Nor Mohamad Yakcop yang akan 'mencederakan' dirinya, bukan 'kenyataan' Puad1. Kenyataan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram bahawa "kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Dr Hj Mohd. Puad Zarkashi boleh mendatangkan kesalahan mengancam, menghina atau mencederakan saksi" amat pelik dan melucukan.

2. Bagaimanakah pertanyaan Dr Mohd Puad boleh dianggap 'mengancam, menghina atau mencederakan' saksi. Setidak-tidaknya Sri Ram sedar bahawa komen Dr Mohd Puad itu bukan suatu 'penghinaan' di bawah Seksyen 14 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

3. Dr Mohd Puad memulakan kenyataan beliau dengan pertanyaan, "apakah penjelasan Nor Mohamed Yakcop kepada RCI melalui kenyataan bertulisnya itu menandakan bahawa dia bersedia menjadi kambing hitam dalam skandal yang sudah lama tertutup?"

4. Menggunakan, kenyataan Nor Mohamed sendiri, Dr Mohd Puad, menyatakan, "dia (Nor Mohamed) mengaku bertanggungjawab di atas kerugian besar itu, tetapi menafikan semua keputusan berkaitan urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara sekitar 1990an itu ditentukan oleh dia secara bersendirian. Maksudnya ada orang lain terlibat. Siapakah orang itu?"

5. Soalan Dr Mohd Puad itu adalah mengenai siapakah pihak yang layak dan berkuasa memberi kelulusan kepada Nor Mohamed, seorang pengurus bahagian biasa di Bank Negara membuat dagangan melebihi had, iaitu melebihi AS$1 bilion sehari (berdasarkan kenyataan saksi Azman Mat Ali). Tidak masuk akal seorang pengurus biasa mempunyai kuasa membuat dagangan melebihi AS$1 bilion sehari dan boleh meneruskan dagangan sebesar ini bertahun-tahun lamanya biarpun selepas mengalami kerugian.

6. Sejak bila suatu 'pertanyaan' dari orang awam boleh mengancam dan mencederakan saksi?

7. Sebenarnya sikap Nor Mohamed sendiri yang bakal meletakkan dirinya dalam bahaya. Lebih-lebih lagi selepas lebih ramai saksi, termasuk Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan kenyataan.

8. Berdasarkan kenyataan saksi-saksi semasa prosiding RCI, setakat hari ini, umum mengetahui bahawa:-

i. Urus niaga mata wang asing Bank Negara tidak mematuhi peruntukan mengikut Akta Bank Negara Malaysia 1958 (P Kanason Pothinker dan Tan Sri Ainum Mohamed Saaid)

ii. Terdapat arahan 'orang atasan' agar Ketua Audit Negara tidak campur tangan dalam urus niaga tersebut (P Kanason)

iii. Jumlah dagangan melebihi AS$1 bilion (bukan RM1 bilion) sehari melanggar had maksimum, iaitu AS$30 juta (Azman Mat Ali)

iv. Sejak 1988-1994, Bank Negara hanya untung sekali, iaitu RM2.47 bilion pada tahun 1990, tetapi rugi RM35 bilion (1988,1989, 1991,1992,1993 dan 1994) (Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz)

v. Kerugian dilaporkan kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir (Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Clifford Francis Herbert)

vi. Menteri Kewangan melaporkan jumlah kerugian pada tahun 1993 HANYA RM5.7 bilion kpd kabinet dan di Parlimen (Anwar Ibrahim) sedangkan kerugian sebenar adalah RM15.291 bilion (Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Tan Sri Saw Choo Boon)

vii. Anwar mahu memecat Nor Mohamed kerana telah melangkaui batas had dagangannya dan memberi laporan yang tidak tepat (Anwar Ibrahim)

9. Selain kenyataan-kenyataan saksi, umum sedia maklum bahawa pada 24 September 2012, di Parlimen, Anwar pernah mendakwa bahawa Gabenor Bank Negara ketika itu, Tan Sri Jaafar Hussein memaklumkan kepadanya bahawa kegiatan urus niaga matawang asing dikendalikan oleh Nor Mohamed dengan kelulusan yang diberi oleh Menteri Kewangan ketika itu, Tun Daim Zainuddin dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

10. Bukankah semua kenyataan saksi-saksi ini sama sekali tidak menyebelahi Nor Mohamed?Tun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-77562214453279576632017-07-06T23:48:00.001+08:002017-07-06T23:48:42.748+08:00Tuan Ibrahim perlu baca Laporan PAC dahulu sebelum jawab Puad Zarkashi1. Jawapan balas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap komen Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kepada kritikan awal beliau mengenai isu Suruhanjaya Diraja (RCI) membuktikan Timbalan Presiden PAS itu tidak memahami isu sebenar Laporan Audit Negara berkaitan 1MDB dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

2. Sebenarnya tiada keperluan mendedahkan laporan audit 1MDB kerana dapatan Jabatan Audit Negara (JAN) telah diteliti oleh setiap anggota PAC. Anggota PAC juga telah memanggil setiap pihak yang berkaitan dalam prosiding dan bertanya soalan yang berkaitan dengan dapatan JAN. Kesemua dapatan JAN dan PAC ini juga sudah dimasukkan dalam Laporan PAC setebal 106 mukasurat. Tuan Ibrahim hanya perlu membaca Laporan PAC untuk mendapatkan maklumat semakan audit yang diperlukan. Jika diberikan Laporan Audit 1MDB kepada Tuan Ibrahim sekalipun, belum tentu dia memahaminya dan dia juga tidak mampu memanggil pihak yang terlibat untuk bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan lanjut kerana dia tidak mempunyai mandat seperti yang diberikan kepada PAC untuk berbuat demikian. Akhirnya dia akan berpolemik sendiri dan bertanya perkara-perkara yang tidak difahaminya di media sosial. Tuan Ibrahim perlu sedar bahawa tugas untuk meneliti Laporan Audit 1MDB telah dilaksanakan oleh anggota PAC dan dia boleh mendapatkan maklumat lanjut dari wakil pembangkang yang menjadi anggota PAC ataupun membacanya di dalam Laporan PAC dan hansard prosiding.

3. Masalah Tuan Ibrahim adalah dia tidak membaca Laporan PAC dan tidak membaca hansard prosiding PAC. Jika dia membaca hansard prosiding PAC ke atas Juruaudit Deloitte, dia akan mendapati berdasarkan Laporan Audit JAN, anggota PAC telah bertanya pelbagai soalan kepada Juruaudit Deloitte. Juruaudit Deloitte dapat mempertahankan dapatan mereka dan menjelaskan bahawa mereka telah bertemu setiap pihak yang terlibat termasuk IPIC, PetroSaudi, BSI dan pengurus-pengurus dana terbabit bagi mengesahkan setiap butiran dalam laporan audit yang mereka sediakan. Soal JAN tidak dapat mengesahkan sesuatu butiran tidak berbangkit kerana Juruaudit Deloitte dapat mempertahankan setiap butiran yang dibangkitkan oleh JAN apabila disoal oleh anggota PAC.

4. Soal berkaitan Jho Low eloklah Tuan Ibrahim bertanya sendiri dengan anggota-anggota PAC. Anggota PAC mempunyai justifikasi mereka sendiri untuk memanggil pihak yang terlibat atau tidak memanggil pihak yang tidak dapat dibuktikan penglibatan mereka secara langsung dengan 1MDB.

5. Mengenai Sarawak Report, saya yakin jika portal berita tersebut mempunyai berdaftar dan beroperasi di Malaysia sudah pasti tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka seperti tindakan yang telah diambil ke atas portal berita yang beroperasi dan berdaftar di Malaysia. Tindakan juga boleh diambil ke atas Wall Street Journal jika mereka beroperasi di sini serta membuat tuduhan secara jelas. Pastinya Tuan Ibrahim tidak pernah membaca artikel WSJ yang berkaitan kerana jika dia membaca artikel tersebut, dia akan tahu bahawa WSJ tidak berani membuat sebarang tuduhan secara jelas sebaliknya hanya melaporkan maklumat dari sumber-sumber yang tidak dinamakan.

6. Eloklah Tuan Ibrahim menjawab terlebih dahulu soalan kenapakah DOJ tidak berani membuat pendakwaan jenayah ke atas setiap individu yang dinamakan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram AS jika benar mereka mempunyai bukti prima facie sebaliknya hanya berani memfailkan saman sivil.

7. Tuan Ibrahim juga wajar menjawab kenapa DOJ tidak menyiasat IPIC, Aabar, PetroSaudi dan pegawai-pegawai ketiga-ketiga syarikat tersebut kerana jelas IPIC menyatakan bahawa dana syarikat itu telah diselewengkan dan DOJ pula melaporkan bahawa PetroSaudi turut terlibat dalam kegiatan penggubahan wang.

8. Akhir sekali Tuan Ibrahim wajar menjawab adakah kes saman sivil ini telah dibicarakan? Adakah mahkamah AS telah memutuskan siapakah yang bersalah dan harta siapakah yang telah dirampas? Jika perbicaraan masih belum dimulakan dan mahkamah belum memutuskan siapa yang bersalah, kenapa pula Tuan Ibrahim mahu RCI ditubuhkan di Malaysia? Bukankah DOJ sendiri menyatakan aduan yang digunakan untuk saman sivil ini tidak membuktikan apa-apa melainkan selepas mahkamah AS membuat keputusan? Adakah Tuan Ibrahim faham maksud kenyataan DOJ ini?

Tun Faisal Ismail AzizTun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-7053564677062214862017-07-06T23:44:00.005+08:002017-07-06T23:44:22.717+08:00Tuan Ibrahim perlu baca Laporan PAC dahulu sebelum jawab Puad Zarkashi1. Jawapan balas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap komen Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kepada kritikan awal beliau mengenai isu Suruhanjaya Diraja (RCI) membuktikan Timbalan Presiden PAS itu tidak memahami isu sebenar Laporan Audit Negara berkaitan 1MDB dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

2. Sebenarnya tiada keperluan mendedahkan laporan audit 1MDB kerana dapatan Jabatan Audit Negara (JAN) telah diteliti oleh setiap anggota PAC. Anggota PAC juga telah memanggil setiap pihak yang berkaitan dalam prosiding dan bertanya soalan yang berkaitan dengan dapatan JAN. Kesemua dapatan JAN dan PAC ini juga sudah dimasukkan dalam Laporan PAC setebal 106 mukasurat. Tuan Ibrahim hanya perlu membaca Laporan PAC untuk mendapatkan maklumat semakan audit yang diperlukan. Jika diberikan Laporan Audit 1MDB kepada Tuan Ibrahim sekalipun, belum tentu dia memahaminya dan dia juga tidak mampu memanggil pihak yang terlibat untuk bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan lanjut kerana dia tidak mempunyai mandat seperti yang diberikan kepada PAC untuk berbuat demikian. Akhirnya dia akan berpolemik sendiri dan bertanya perkara-perkara yang tidak difahaminya di media sosial. Tuan Ibrahim perlu sedar bahawa tugas untuk meneliti Laporan Audit 1MDB telah dilaksanakan oleh anggota PAC dan dia boleh mendapatkan maklumat lanjut dari wakil pembangkang yang menjadi anggota PAC ataupun membacanya di dalam Laporan PAC dan hansard prosiding.

3. Masalah Tuan Ibrahim adalah dia tidak membaca Laporan PAC dan tidak membaca hansard prosiding PAC. Jika dia membaca hansard prosiding PAC ke atas Juruaudit Deloitte, dia akan mendapati berdasarkan Laporan Audit JAN, anggota PAC telah bertanya pelbagai soalan kepada Juruaudit Deloitte. Juruaudit Deloitte dapat mempertahankan dapatan mereka dan menjelaskan bahawa mereka telah bertemu setiap pihak yang terlibat termasuk IPIC, PetroSaudi, BSI dan pengurus-pengurus dana terbabit bagi mengesahkan setiap butiran dalam laporan audit yang mereka sediakan. Soal JAN tidak dapat mengesahkan sesuatu butiran tidak berbangkit kerana Juruaudit Deloitte dapat mempertahankan setiap butiran yang dibangkitkan oleh JAN apabila disoal oleh anggota PAC.

4. Soal berkaitan Jho Low eloklah Tuan Ibrahim bertanya sendiri dengan anggota-anggota PAC. Anggota PAC mempunyai justifikasi mereka sendiri untuk memanggil pihak yang terlibat atau tidak memanggil pihak yang tidak dapat dibuktikan penglibatan mereka secara langsung dengan 1MDB.

5. Mengenai Sarawak Report, saya yakin jika portal berita tersebut mempunyai berdaftar dan beroperasi di Malaysia sudah pasti tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka seperti tindakan yang telah diambil ke atas portal berita yang beroperasi dan berdaftar di Malaysia. Tindakan juga boleh diambil ke atas Wall Street Journal jika mereka beroperasi di sini serta membuat tuduhan secara jelas. Pastinya Tuan Ibrahim tidak pernah membaca artikel WSJ yang berkaitan kerana jika dia membaca artikel tersebut, dia akan tahu bahawa WSJ tidak berani membuat sebarang tuduhan secara jelas sebaliknya hanya melaporkan maklumat dari sumber-sumber yang tidak dinamakan.

6. Eloklah Tuan Ibrahim menjawab terlebih dahulu soalan kenapakah DOJ tidak berani membuat pendakwaan jenayah ke atas setiap individu yang dinamakan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram AS jika benar mereka mempunyai bukti prima facie sebaliknya hanya berani memfailkan saman sivil.

7. Tuan Ibrahim juga wajar menjawab kenapa DOJ tidak menyiasat IPIC, Aabar, PetroSaudi dan pegawai-pegawai ketiga-ketiga syarikat tersebut kerana jelas IPIC menyatakan bahawa dana syarikat itu telah diselewengkan dan DOJ pula melaporkan bahawa PetroSaudi turut terlibat dalam kegiatan penggubahan wang.

8. Akhir sekali Tuan Ibrahim wajar menjawab adakah kes saman sivil ini telah dibicarakan? Adakah mahkamah AS telah memutuskan siapakah yang bersalah dan harta siapakah yang telah dirampas? Jika perbicaraan masih belum dimulakan dan mahkamah belum memutuskan siapa yang bersalah, kenapa pula Tuan Ibrahim mahu RCI ditubuhkan di Malaysia? Bukankah DOJ sendiri menyatakan aduan yang digunakan untuk saman sivil ini tidak membuktikan apa-apa melainkan selepas mahkamah AS membuat keputusan? Adakah Tuan Ibrahim faham maksud kenyataan DOJ ini?

Tun Faisal Ismail AzizTun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-89215344387929617872017-07-06T11:18:00.001+08:002017-07-06T11:18:18.950+08:00Edra: Jangan biar Rafizi sabotaj untuk kali kedua1. Rakyat Malaysia dan institusi pelaburan awam dan dana awam tidak wajar membenarkan diri mereka ditipu untuk kesekian kalinya oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan tidak membenarkan Edra dan ekonomi negara disabotaj sekali lagi olehnya. Malah mereka sepatutnya mengambil peluang penyenaraian Edra Power Holdings Sdn Bhd ini untuk terlibat sama dalam industri penjanaan tenaga bersama syarikat China General Nuclear Power Corp (CGN).

2. Sebelum dibeli oleh kumpulan CGN dari China, Edra Global Energy adalah syarikat 100% milik Malaysia dan merupakan syarikat pengeluar tenaga ke-3 terbesar di negara, iaitu sebanyak 14% keperluan tenaga negara. Ia mempunyai 13 stesen janakuasa, 5 di dalam negara dan 8 di luar negara, iaitu di 1 di UAE, 1 di Pakistan, 3 di Mesir dan 3 lagi di Bangladesh. 12 daripada 13 stesen janakuasa ini mempunyai lesen dan kontrak perbekalan tenaga. Hanya 1 stesen sahaja yang masih menunggu keputusan penyambungan lesen dari Suruhanjaya Tenaga, iaitu Stesen Janakuasa Telok Gong. Perolehan Edra ketika itu dianggarkan sekitar RM5 bilion setahun.

3. Penyertaan 1MDB dalam sektor tenaga telah menggalakkan penawaran tarif yang lebih rendah berbanding tarif IPP lama sedia ada. Misalnya, bidaan untuk projek pembinaan Stesen Janakuasa Prai adalah yang paling rendah iaitu 34.6 sen/kWh, lebih rendah daripada TNB, pada kadar 34.7 sen/kWh dan IPP lain pada kadar yang lebih tinggi daripada 35.9 sen/kWh. Begitu juga dalam rundingan semula penyambungan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) di kalangan IPP generasi pertama, Stesen Janakuasa KLPP menawarkan tarif terendah, iaitu 35.3 sen/kWh berbanding TNB Pasir Gudang, 37.4 sen/kWh dan Segari Energy Ventures milik Malakoff, 36.3 sen/kWh.

4. Walaupun ketika itu Edra 1MDB turut mempunyai perancangan untuk projek-projek baru seperti projek 3B dan stesen janakuasa solar di Kuala Ketil, Kedah, namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana masalah kewangan syarikat ketika itu. Akibat serangan yang hebat ke atas 1MDB oleh pembangkang, usaha untuk menjana dana melalui penyenaraian di bursa saham dan melalui pelabur-pelabur lain tergendala dan akhirnya, projek 3B atau Jimah East Power terpaksa dijual kepada pihak lain pada harga dan tarif yang lebih tinggi berbanding apa yang ditawarkan oleh 1MDB. Sekiranya projek 3B ini tidak dijual, dianggarkan penjimatan kerajaan mungkin sekitar RM2 bilion. Salah seorang yang menyerang 1MDB ketika ini adalah Rafizi Ramli dan pada tahun 2015, Rafizi adalah orang yang sama menyerang KWSP, KWAP dan Tabung Haji dengan maksud untuk menghalang institusi ini dari melabur dalam Edra dan melupuskan pegangan di dalam bon-bon 1MDB.

5. Akibat serangan ke atas 1MDB dan 1MDB ketika itu dalam proses siasatan, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk membantu Edra. Selain terpaksa menjual projek 3B, Edra, melalui program Rasionalisasi 1MDB akhirnya terpaksa dijual kepada pembida tertinggi melalui tender terbuka antarabangsa, iaitu syarikat CGN.

6. Selepas dijual kepada CGN, syarikat Edra Power Holdings Sdn Bhd adalah syarikat Penjana Kuasa Bebas (IPP) kedua terbesar di Malaysia dan sebahagian daripada salah satu syarikat tenaga nuklear utama dunia. Edra CGN, selain dari memiliki 13 stesen janakuasa di Malaysia, UAE, Pakistan, Bangladesh dan Mesir, bakal membina loji fotovoltaik solar 50 MW di Kedah dan akan membangunkan stesen janakuasa gabungan kitaran turbin gas (CCGT) terbesar di Malaysia berkuasa 2,242 MW di Melaka. Memandangkan terdapat stesen janakuasa di Malaysia yang semakin berusia dan peningkatan permintaan dalam penggunaan tenaga elektrik, boleh dikatakan prospek IPP seperti Edra ini amat baik.

7. Justeru rakyat Malaysia dan institusi pelaburan awam dan dana awam seperti KWSP, Tabung Haji, KWAP, PERKESO, Khazanah, PNB, MARA dan yang lain wajar mengambil peluang apabila CGN bercadang melepaskan 35-40% sahamnya, PERTAMA, kerana ini membolehkan rakyat Malaysia memiliki sebahagian daripada saham Edra dan terlibat dalam industri tenaga. Bagi mereka yang mengkritik penjualan Edra kepada syarikat milik China ini dahulu, mereka yang paling wajar membuktikan semangat patriotik, membeli dan menyokong pembelian ini kerana sekalipun Edra tidak dapat dimiliki 100% oleh rakyat Malaysia, setidak-tidaknya rakyat negara ini masih boleh memiliki kembali 35-40% saham syarikat ini melalui pembelian runcit dan institusi pelaburan awam dan dana awam ini.

8. KEDUA, rakyat Malaysia juga wajar menyokong pembelian saham-saham ini agar dapat menggalakkan persaingan dan penawaran tarif yang lebih rendah berbanding yang ditawarkan oleh pembekal tenaga yang lain. Tawaran yang dibuat oleh 1MDB-Mitsui Co Ltd untuk projek 3B pada asalnya adalah pada 25.33 sen/kWh. Bagaimanapun selepas ia dijual, tarif yang ditawarkan lebih tinggi, iaitu pada 26.67 sen/kWh. Manakala untuk pembiayaan projek ini pula, sukuk murabahah Jimah East Power Sdn Bhd (JEP) sebanyak RM5.25 bilion telah dilanggan oleh KWSP. Jika 1MDB tidak diserang pembangkang dahulu, tidakkah lebih baik jika dana KWSP yang sama tadi digunakan untuk membiayai projek 3B di bawah 1MDB-Mitsui yang menawarkan tarif yang lebih rendah sekaligus penjimatan yang lebih tinggi kepada kerajaan? Apa sahaja yang boleh membantu mengurangkan tarif eletrik di dalam negara ini sudah tentu wajar disokong dan digalakkan.

9. KETIGA, tidak timbul soal 1MDB kali kedua. CGN bukan syarikat kecil anak, sebaliknya syarikat ternama China yang ditubuhkan pada tahun 1994 dengan modal berdaftar RMB 10.2 bilion. Syarikat ini mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam R&D dan operasi projek tenaga nuklear. Ia merupakan pengendali tenaga nuklear terbesar di China dan mempunyai 35,000 orang pekerja di seluruh dunia. Edra Global Energy milik 1MDB telah dijual sepenuhnya kepada CGN melalui tender antarabangsa. 11 syarikat membuat tawaran pembelian saham, 4 syarikat disenarai pendek dan 3 syarikat telah membuat bidaan. Mengambil kira jumlah aset, usia aset dan kontrak perbekalan tenaga yang ada di Malaysia dan luar negara, dan pengalaman CGN dalam industri tenaga, sudah tentu nilai yang ditawarkan oleh CGN untuk pembelian Edra dari 1MDB adalah mengikut piawaian antarabangsa dan tidak timbul soal terlebih bayar seperti yang didakwa oleh Rafizi. Pada waktu yang sama, penyenaraian ini membolehkan dana diperolehi untuk membiayai projek-projek baru seperti Projek Solar Kedah dan stesen janakuasa CCGT terbesar di Malaysia di Melaka, tidak timbul soal menanggung hutang 1MDB buat kali kedua atau terjebak dalam skandal 1MDB kali kedua seperti dakwaan Rafizi.

10. Seperti serangan pertama pada tahun 2015, serangan kali kedua Rafizi ke atas Edra ini juga sarat dengan pembohongan. Matlamat Rafizi dan pembangkang adalah untuk menggagalkan apa sahaja usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara agar mudah mereka mengambil alih kuasa. Justeru janganlah mudah terpedaya.

TUN FAISAL ISMAIL AZIZTun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-14301433014084742752017-07-02T14:04:00.003+08:002017-07-02T14:20:58.780+08:00Saman Sivil: Lesen untuk DoJ mencuri dari pihak tak bersalah? 1. Di Amerika Syarikat (AS), pengambil alihan aset secara sivil atau pelucutanhak sivil (civil forfeiture) dikecam begitu hebat. Ia dilihat sebagai undang-undang yang zalim kerana memberi kuasa kepada agensi penguatkuasa AS untuk merampas wang dan harta orang awam tanpa perlu membuat pendakwaan ke atas pemilik harta dan tanpa perlu membuktikan seseorang itu bersalah "melangkaui keraguan munasabah."

2. Untuk melaksanakan pelucutan sivil, pihak berkuasa AS hanya memerlukan "syak wasangka" berdasarkan "kemungkinan terdapat bukti yang lebih banyak" bahawa sesetengah harta mempunyai kaitan dengan kegiatan jenayah. Beban pembuktian untuk membuktikan harta-harta ini "tidak bersalah" terletak kepada individu, dan sebelum dibicarakan, harta-harta ini telah pun dianggap "bersalah".

3. Menurut Jared Meyer, felo di Manhattan Institute for Policy Research di dalam artikel bertajuk "Civil Forfeiture Creates a License to Steal", walaupun di peringkat awal, Kerajaan AS memperkenalkan undang-undang pelucuthakan sivil ini untuk memerangi pengedar dadah dan penggubah wang haram, tetapi sejak kebelakangan ini, ia telah disalah gunakan ke atas individu yang tidak bersalah.

4. Sebagai contoh, Jared memetik kisah Carole Hinders dan pihak berkuasa cukai AS (IRS). IRS telah merampas AS$33,000 daripada Carole. Tiada sebarang pendakwaan dibuat ke atas Carole, tetapi IRS mengandaikan bahawa melalui pindahan wang yang berlaku terlalu kerap, Carole sedang melakukan penggubahan wang dan dengan itu IRS telah merampas kesemua wangnya.

5. Selain pertikaian dari segi undang-undang dan moral kerana IRS mengabaikan prinsip "tidak bersalah sehingga terbukti bersalah," tanpa penyiasatan yang mendalam, IRS juga telah menganiayai Carole, pemilik restoran yang hanya menerima bayaran secara tunai di Mexico. IRS wajar melakukan penyiasatan lanjut sebelum merampas semua wang yang sepatutnya digunakan oleh Carole untuk meneruskan operasi perniagaan kecilnya.

6. Menurut Jared, penganiayaan seperti yang dilakukan ke atas Carole ini terlalu biasa. IRS membuat 639 rampasan pada tahun 2012, peningkatan 460% daripada tahun 2005. Hanya 20% daripada rampasan ini membawa kepada kes jenayah, bermaksud kehidupan dan perniagaan 80% individu yang tidak bersalah hancur akibat pelucutanhak sivil di bawah IRS.

6. Menurut Jared lagi, kebanyakan individu tidak mahu berusah payah mendapatkan semula harta mereka. Oleh kerana ini adalah kes sivil, bukan prosiding jenayah, tidak ada sebarang bantuan dari kerajaan untuk mempertahankan diri (atau harta seseorang). "Lebih mudah dan lebih murah, untuk membiarkan kerajaan 'mencuri" harta-harta ini daripada berjuang untuk mendapatkannya kembali," tambah Jared lagi.

7. Nilai harta yang dirampas di bawah pelucutanhak sivil ini meningkat hampir sepuluh kali ganda daripada AS$407 juta pada tahun 2001 kepada $ 4.3 bilion pada 2012. Sepanjang tempoh itu, polis sahaja telah merampas AS$2.5 bilion tunai daripada hampir 62,000 orang tanpa waran atau dakwaan.

8. Apakah yang mendorong peningkatan mendadak kes pelucutanhak sivil ini? Jared menjelaskan, untuk setiap rampasan, hasil rampasan itu akan dipindahkan ke dalam akaun Dana Perlindungan Aset, Jabatan Kehakiman AS (DoJ), dan dana ini boleh disalurkan kembali kepada agensi penguatkuasaan undang-undang yang membuat rampasan. Pada waktu yang sama, dana yang disita oleh penguatkuasa undang-undang tempatan juga boleh dipindahkan ke peringkat persekutuan dan 20% daripadanya akan masuk ke dalam akaun Dana DoJ.

9. Dakwaan Jared ini ada asasnya. Dalam kes saman sivil ke atas bekas Presiden Taiwan yang mengambil masa selama 6 tahun, selepas anak-anak bekas Presiden Taiwan ini tidak mahu meneruskan penentangan terhadap DoJ kerana kos guaman telah menjadi terlalu tinggi, kerajaan AS hanya mengembalikan AS$1.5 juta kepada Taiwan pada tahun 2016, iaitu selepas dua hartanah yang terlibat dijual.

10. Jumlah ini dilihat terlalu sedikit berbanding nilai sebenar dua hartanah tersebut. Dua hartanah ini berharga AS$2.1 juta pada tahun 2008. Selepas 8 tahun, iaitu pada tahun 2016, tentulah harga dua hartanah ini telah meningkat berkali ganda. Logikkah selepas 8 tahun, nilai hartanah ini tidak meningkat sama sekali, sebaliknya menurun? Hanya AS$1.5 juta dipulangkan kepada Taiwan. Bagaimanakah nilai AS$1.5 juta ini ditentukan dan berapa % dari nilai sebenar yang sepatutnya dipulangkan kepada rakyat Taiwan ini dimasukkan ke dalam tabung Dana DoJ?

TUN FAISAL ISMAIL AZIZTun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-37035714022370957792017-06-28T03:56:00.000+08:002017-06-28T03:56:04.782+08:00Miranda Kerr pulangkan set barang kemas berlian dan isteri MO1 perlu buat perkara yang sama? 1. Tidak menjadi kesalahan jika Miranda Kerr mahu 'memulang'kan set barang kemas berlian yang diberikan oleh Jho Low kepadanya. Cuma kenapa perlu 'memulangkan' atau menyerahkannya kepada DOJ?

2. Pertama, belum terbukti barang kemas tersebut dibeli menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB atau hasil dari kegiatan jenayah atau penggubahan wang haram. DOJ perlu membuktikan kes mereka dan memenangi perintah mahkamah terlebih dahulu sebelum mengambil alih sebarang aset yang disenaraikan dalam saman sivil ke atas Kumpulan Hotel Viceroy. Kes belum berjalan lagi dan saman ini baru sahaja difailkan.

3. Kedua, apa yang akan dilakukan oleh DOJ dengan barangan kemas tersebut? DOJ belum mendapat hak untuk mengambil alih aset ini. Jika mengikut proses perundangan, lebih wajar Kerr menyimpan dahulu barangan kemas tersebut atau mungkin lebih wajar memulangkannya kepada Jho Low sehingga DOJ mendapat perintah mahkamah dan mendapat hak untuk menyimpan dan mengambil alih barangan kemas ini.

4. Wajarkah desakan agar isteri MO1 memulangkan set barangan kemas yang didakwa diterimanya?

5. Pertama, tiada sebarang bukti isteri MO1 menerima atau menyimpan set barangan kemas seperti yang didakwa oleh DOJ. Berbeza dengan Kerr yang memang terbukti menerima pemberian Jho Low tersebut dan dinamakan secara jelas dalam saman sivil DOJ.

6. Kedua, barangan kemas yang didakwa diterima oleh isteri MO1 hanya sekadar cerita dalam aduan pengadu, tiada bukti ia dibeli menggunakan wang 1MDB yang didakwa dicuri, tiada bukti ia diserahkan kepada isteri MO1 dan tiada bukti kesemua set barangan kemas ini disimpan oleh isteri MO1. Ia juga tidak disenaraikan sebagai aset yang hendak diambil alih oleh DOJ. Segala ini membuktikan DOJ sendiri tidak pasti mengenai kebenaran cerita pengadu berkenaan barangan kemas ini dan dakwaan terhadap isteri MO1.

7. Seperti yang dinyatakan oleh DOJ sendiri, "aduan melucut hak sivil hanyalah sekadar dakwaan yang menyebut bahawa terdapat wang atau harta yang terlibat atau merupakan hasil dari perlakuan jenayah. Dakwaan-dakwaan ini belum terbukti benar sehingga mahkamah membuat penghakiman yang memihak kepada Amerika Syarikat."

8. Sebenarnya selain kewajaran memulangkan barangan kemas ini kepada DOJ yang bukan 'pemilik yang berhak' atau 'penjaga yang telah diberi hak oleh mahkamah AS' untuk menyimpan barangan kemas ini, terdapat juga polemik tentang kewajaran menyerahkan barangan kemas ini kepada DOJ berdasarkan konteks saman sivil ini.

9. Apabila Kerr menyerahkan barangan kemas ini kepada DOJ, adakah Kerr berpandangan DOJ akan menjualnya dan memulangkan wang hasil jualan tersebut kepada 1MDB dan rakyat Malaysia dalam keadaan 1MDB berulang kali menyatakan wangnya tidak dicuri?

10. Lagipun jika bersandarkan dokumen saman sivil yang difailkan oleh DOJ ke atas Kumpulan Hotel Viceroy ini, dana yang didakwa diselewengkan untuk membeli barangan kemas tersebut secara perundangannya tidak dipunyai atau dikawal selia oleh 1MDB, tetapi adalah dana yang dimiliki atau dikawal selia oleh pihak-pihak yang mempunyai perkaitan dan kepentingan dengan syarikat Aabar dan IPIC milik Abu Dhabi.

Tun Faisal Ismail AzizTun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-20652970596618070542017-06-24T10:26:00.000+08:002017-06-24T10:26:04.978+08:00DENDA KE ATAS BANK ROTHSCHILD LEBIH TEPAT DIKAITKAN DENGAN IPIC, BUKAN 1MDB1. Sumber paling awal melaporkan mengenai Bank Edmond de Rothschild Luxembourg didenda oleh pihak berkuasa negara itu adalah Reuters. Sumber-sumber lain hanyalah versi 'copy and paste' secara penuh ataupun dengan sedikit olahan.

2. Menggunakan tajuk "Private bank Rothschild fined", Reuters melaporkan "Luxembourg watchdogs have fined the local arm of Swiss private bank Edmond de Rothschild for its handling of funds linked to scandal-hit Malaysian investment fund 1MDB, a source familiar with the matter said on Thursday."

3. Reuters juga menyebut, "the authorities and the bank confirmed Edmond de Rothschild had been fined nearly 9 million euros ($10.1 million) for failing to take proper safeguards against money laundering. They did not comment on news reports that the case concerned 1MDB."

4. Walaupun kenyataan ini hanya mengaitkan denda tersebut kepada kegagalan menghalang kegiatan penggubahan wang haram dan tidak mengaitkan denda ini dengan 1MDB, namun agensi berita tetap mahu mengaitkannya dengan 1MDB dengan merujuk sumber yang tidak dinamakan.

5. Satu lagi sumber yang melaporkan mengenai ini adalah Finews Asia. Dalam laporan bertajuk "Rothschild bleeds for 1MDB", Finews Asia menamakan Marc Ambroisien bekas pengarah bank Rothschild di Luxembourg sebagai individu yang bertanggungjawab menyebabkan bank Swiss ini terbabit dalam apa yang didakwanya sebagai 'skandal 1MDB'.

6. Dalam laporan yang sama Finews menyebut "he allegedly accepted Khadem Al Qubaisi, former boss of Abu Dhabi state fund IPIC, as a client and carried out transfers of funds from 1MDB, originally set up as a Malaysian development fund, for him. Al Qubaisi is alleged to have even gifted Ambroisien with an Aston Martin for his services."

7. Jika kita benar-benar menganalisis berita ini, kita akan dapati, pertama, cubaan untuk mengaitkan denda ke atas Bank Edmond de Rothschild dengan 1MDB dibuat oleh Reuters tanpa sebarang sumber rasmi yang dinamakan. Malangnya ia telah dipetik oleh semua agensi berita lain secara tidak bertanggungjawab.

8. Kedua, jika kita membaca laporan Finews Asia, individu yang dikatakan mengakibatkan Rothschild terbabit dalam 'skandal' ini adalah Ambroisien dan Ambroisien TIDAK dikaitkan dengan Arul Kanda, Shahrul Azral Ibrahim Halmi atau 1MDB sebaliknya dengan Al Qubaisi, dan seharusnya kaitan itu berterusan, iaitu kepada International Petrolium Investment Company (IPIC), Aabar Investment PJS, Falcon Private Bank dan Abu Dhabi.

9. Adalah lebih tepat jika Reuters dan Finews Asia mengaitkan denda ini kepada IPIC kerana 1MDB tidak mempunyai akaun dengan Rothschild. Pelanggan kepada Rothschild adalah Qubaisi dan dia, ketika itu merupakan Pengarah Urusan IPIC, iaitu dana kekayaan yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Abu Dhabi, Pengerusi Aabar Investment PJS, iaitu anak syarikat IPIC dan bekas Pengerusi Falcon Private Bank, iaitu bank Swiss yang dimiliki oleh Abu Dhabi melalui Aabar Investment PJS.

10. Menurut laporan Finews Asia, Qubaisi adalah antara individu yang bertanggung jawab menguruskan pelaburan keluarga pemerintah Abu Dhabi bernilai berbilion dollar termasuk saham-samah di dalam Barclays, Daimler and Glencore.

11. Menurut laporan Finews Asia juga, Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny, iaitu bekas CEO Aabar Investment PJS dan bekas pengarah Falcon Private Bank sedang dipenjarakan di Abu Dhabi, bagaimanapun pihak berkuasa UAE masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai tindakan yang akan diambil ke atas mereka selain dari melucutkan jawatan mereka dari syarikat IPIC dan Aabar tanpa sebarang penjelasan.

12. Seperti yang dinyatakan berulang kali, pihak yang kehilangan wang atau dana adalah IPIC dan bukan 1MDB. Seharusnya agensi berita melaporkan skandal ini sebagai skandal IPIC dan menyebut dana dan akaun yang terlibat sebagai "IPIC linked fund" atau "IPiC linked account" dan bukannya sebagai "skandal 1MDB" atau "1MDB linked fund" dan "1MDB linked account".

13. Pemberitaan menggunakan label ini lebih tepat dan bertanggungjawab.Tun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-10372001155197055302017-05-04T16:13:00.005+08:002017-05-09T13:52:08.926+08:00Rafizi celaru, gagal buktikan SRC kehilangan wang dan duit yang masuk akaun Najib datang dari SRC

1. Selepas mendengar kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, saya dapat menyimpulkan Rafizi amat celaru dan keliru serta terlalu banyak membuat andaian dan serkap jarang apabila membuat apa yang dia anggap sebagai 'pendedahan' kehilangan wang SRC.

2. Untuk rekod, Rafizi sudah 10 kali tertangkap berbohong. Ini tidak termasuk pembohongan-pembohongan lain seperti mengatakan cukai di Finland lebih rendah dari di Malaysia semasa perdebatannya dengan YB Khairy Jamaluddin di Karangkraf.

3. Untuk rekod juga, dalam kes NFC misalnya, Rafizi gagal membuktikan dakwaan-dakwaannya dan mahkamah memerintah agar Rafizi membayar RM150,000 kepada Pengerusi NFC, Datuk Seri Salleh Ismail dan RM50,000 kepada NFC, serta kos RM100,000.

4. Dalam apa yang didakwa sebagai 'pendedahan' terbarunya, PERTAMA, dapat diperhatikan Rafizi berulang kali hilang punca dan gagal menjelaskan secara meyakinkan apa yang didakwanya sebagai "money trail pemindahan wang yang berlapis-lapis" dan gagal menunjukkan di mana berlaku kesalahan dari segi undang-undang dalam pemindahan tersebut.

5. KEDUA, Rafizi juga banyak menggunakan perkataan 'andaian' kerana dia juga tidak pasti tentang banyak perkara. Antara andaian paling ketara tanpa sebarang bukti adalah cubaan Rafizi mengaitkan perbelanjaan Ihsan Perdana dan Datuk Seri Najib Razak dengan dana Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Tabung Haji.

6. KETIGA, Rafizi gagal membuktikan bahawa duit yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak datangnya dari SRC. Sebaliknya Rafizi hanya mampu menunjukkan kaitan SRC dengan syarikat Putra Perdana Construction (PPC) S/B dan Gandingan Mentari S/B. Pada waktu yang sama Rafizi gagal menjelaskan kenapa terdapat pembayaran yang dibuat oleh PPC sebanyak RM140 juta dan Permai Binaraya S/B sebanyak RM30 juta kepada SRC. Rafizi hanya mampu membuat andaian tanpa sebarang bukti bahawa duit tersebut datangnya dari Tabung Haji. Kecelaruan Rafizi jelas kerana sebelum ini dia mengandaikan RM43 juta ini datang dari KWAP, bukannya dari Tabung Haji.

7. KEEMPAT, Rafizi gagal membuktikan kaitan langsung antara SRC dengan syarikat Ihsan Perdana yang memang diketahui berperanan melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Apa yang ada cuma ANDAIAN bahawa duit yang masuk ke dalam Ihsan Perdana melalui Gandingan Mentari berasal dari SRC.

8. KELIMA, Ihsan Perdana memang diketahui terlibat dalam melaksanakan program-program CSR. Sebagai syarikat yang mengendalikan CSR, ia boleh menerima sebarang sumbangan dari pelbagai sumber (korporat dan individu) untuk program CSR yang dikendalikannya.

9. KEENAM, paling penting dalam kenyataannya pada 4 Mei 2017, Rafizi mengesahkan RM43 juta wang SRC tidak masuk ke dalam ke dalam akaun Datuk Seri Najib, sebaliknya Rafizi menyebut bahawa RM40 juta dipindahkan kepada Gandingan Mentari, seterusnya dipindahkan kepada Ihsan Perdana, seterusnya sebanyak 7 keping cek dikeluarkan kepada Mail Global Resources, sebuah syarikat perniagaan kepunyaan Arifin Ismail Shahul Hamid.

10. KETUJUH, benarkah ada wang dari SRC yang hilang atau dicuri? Seperti dongeng "wang 1MDB masuk akaun Datuk Seri Najib", Rafizi boleh mendakwa apa sekalipun, tetapi hakikatnya benarkah duit 1MDB hilang? Sehingga hari ini, 1MDB telah membuktikan bahawa bukan duit 1MDB yang hilang. Tiada wang 1MDB yang hilang ke dalam akaun Jho Low sebaliknya PetroSaudi mengesahkan wang tersebut diterima oleh subsidiarinya. Tiada juga bukti wang 1MDB hilang di Singapura. Seperti yang diketahui ramai, walaupun ada sejumlah perbicaraan dilaksanakan di Singapura, sehingga hari ini, 1MDB tidak pernah dipanggil sebagai saksi pendakwa. Jika benar wang 1MDB hilang, sudah pasti setidak-tidaknya ia perlu dipanggil untuk mengesahkan bahawa memang benar duitnya yang hilang, dicuri atau sebagainya. Dalam penceritaan Rafizi, kononnya wang SRC yang dicuri ini datangnya dari KWAP, kemudiannya diubah kepada Tabung Haji, dan disebut juga Tabung Haji ini adalah 'penyumbang' kepada SRC, melalui syarikat PPC dan Permai Binaraya. Adakah Rafizi mahu mengatakan wang Tabung Haji pula yang hilang? Jelas Rafizi celaru dan keliru.

11. KELAPAN, diketahui ada sejumlah dana yang disumbangkan oleh penderma Arab Saudi ke dalam akaun Datuk Seri Najib. Ini disahkan oleh SPRM dalam kenyataannya pada 3 dan 5 Ogos 2015. http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/penjelasan-sprm-mengenai-isu-dana-rm2-6-bilion-1.416595. Berdasarkan surat tersebut, memandangkan sumbangan yang diberikan merupakan sumbangan peribadi kepada Datuk Seri Najib, ia boleh digunakan untuk sebarang tujuan termasuk untuk melaksanakan CSR dan sebarang kegiatan politik. Jika Rafizi cuba mengaitkan Yayasan Abrar dengan wang dari akaun peribadi Perdana Menteri sekalipun, kaitan ini sekadar mengesahkan bahawa wang tersebut memang digunakan untuk program CSR.Tun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-68162470954416722152017-04-28T00:30:00.000+08:002017-04-28T00:30:50.489+08:00CADANGAN PAKATAN KEKAL GST TAPI PADA KADAR 0% ADALAH LAWAK ANTARABANGSA:CADANGAN PAKATAN KEKAL GST TAPI PADA KADAR 0% ADALAH LAWAK ANTARABANGSA:

Lawak Pembangkang "Kekalkan GST Tetapi Pada Kadar Sifar (0%)" membuktikan mereka SIFAR PENGETAHUAN mengenai GST. Eloklah Lim Guan Eng dan Nurul Izzah belajar 1. Apakah perbezaan antara kadar "0% GST" dengan "Dikecualikan GST"? 2. Apakah perbezaan di antara kadar "0% GST" dengan kadar "0% Cukai Jualan di bawah regim SST"? Selepas mereka faham perbezaan 2 perkara, barulah wajar mereka bercakap semula mengenai GST. Di bawah adalah kenyataan PASUKAN KOMUNIKASI STRATEGIK BN untuk kita fahami kenapa cadangan Pakatan mengenai kadar 0% GST adalah suatu LAWAK ANTARABANGSA :-

*GST: Pakatan mahu Malaysia berundur ke belakang*

Setiausaha Agung DAP YAB Lim Guan Eng mendedahkan bahawa Pakatan Harapan telah membuat keputusan untuk mengurangkan GST daripada 6% kepada 0% sebagai sebahagian daripada manifesto kempen mereka.

Beliau terus menegaskan bahawa pengurangan GST kepada 0% adalah sama dengan memansuhkan GST.

Ini tidak benar sama sekali kerana kerajaan dan sektor perniagaan akan terus menanggung perbelanjaan pentadbiran yang tidak perlu berkaitan GST tetapi tidak memberi faedah kepada mana-mana pihak. Perkara ini akan memberi kesan negatif yang besar dan tiada langsung faedah.

Ini menjadikan kenyataan YAB Lim ā bahawa lebih berkesan daripada aspek kos untuk mengekalkan cukai itu, tetapi dengan kadar sifat ā sebagai bahan ketawa.

Malaysia hanya akan mencipta sejarah sebagai negara pertama dan satu-satunya dalam dunia yang mempunyai sistem GST 0%. Dunia pasti akan mengetawakan kita kerana mempunyai sistem yang membebankan kerajaan dan sektor perniagaan dengan kerja-kerja pentadbiran dan perbelanjaan tetapi tiada sebarang hasil cukai untuk kerajaan.

YAB Lim juga berkata bahawa jika mereka menawan Putrajaya sekali pun, tiada sebarang keraguan bahawa mereka tidak akan mempunyai kuasa untuk memansuhkan GST.

Perkara ini menunjukkan bahawa Pakatan tidak jujur memansuhkan GST dan terdapat pengakuan tersirat bahawa pelaksanaan GST oleh kerajaan BN adalah pilihan tepat pada setiap masa.

Pakatan selalu memberi tanggapan bahawa GST adalah cukai tambahan yang membebankan rakyat tetapi mereka tidak pernah mengaku bahawa dengan pelaksanaannya, dua cukai lain telah dimansuhkan, dua cukai lagi dikurangkan dan BR1M dipertingkat .

Cukai Jualan dan Perkhidmatan telah pun dimansuhkan. Sementara cukai pendapatan korporat telah dikurangkan daripada 26% kepada 24% pada 2008.

Cukai pendapatan peribadi pula dikurangkan daripada 28% kepada 24% pada 2008. Selain semua pengurangan ini, julat cukai ditambah dan pelbagai pengurangan yang membuatkan golongan berpendapatan RM4,000 sebulan dan ke bawah tidak perlu membayar cukai pendapatan. Ini juga bermaksud cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh golongan berpendapatan sederhana juga berkurangan.

Bayaran BR1M juga meningkat daripada RM650 kepada 2014 kepada RM1,200 tahun ini, selain pengecualian cukai pendapatan yang berkesan untuk golongan berpendapat RM4,000 sebulan atau kurang. Ini bermakna golongan pendapatan B40 dicukaikan pada kadar negatif oleh kerajaan selepas pelaksanaan GST. Ini juga menjadikan kumpulan B40 sebagai penerima manfaat daripada penambahbaikan percukaian ini.

Pakatan berhujah bahawa kerajaan rugi RM40 bilion hasil petroleum pada 2016 susulan kejatuhan harga minyak dunia dan melepaskan RM20 bilion setiap tahun akibat daripada penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan. Kerajaan juga menanggung kerugian berbilion-bilion setiap tahun akibat daripada pengurangan cukai korporat, pengurangan cukai peribadi dan peningkatan bayaran BR1M.

Dengan semua pendapatan melepas ini, sebagai sebahagian daripada pembaharuan cukai dan kejatuhan hasil petroleum, pemansuhan GST atau pengurangan GST kepada kadar sifar adalah tidak realistik dan akan menjejaskan Malaysia.

*Pakatan tahu semua ini ā oleh itu membuatkan mereka keberatan untuk memansuhkan GST.*

Ketika negara-negara lain di dunia bergelut untuk menjadi lebih berdaya saing dengan memodenkan sistem percukaian melalui pengurangan cukai peribadi dan korporat, dan pelaksanaan cukai penggunaan seperti GST, Pakatan mahu melakukan sebaliknya dengan menaikkan cukai korporat dan menghapuskan GST.

Kita tertanya-tanya kenapa Pakatan mahu Malaysia berundur ke belakang dengan menabur janji-janji tidak realistik dan menjahamkan ekonomi?

*Pasukan Komunikasi Strategik BN*

http://www.malaysiakini.com/news/380546

Media Statement for immediate release

1. DAP Secretary-General YAB Lim Guan Eng had revealed that Pakatan Harapan had made a decision to reduce the GST rate from 6% to 0% as part of their campaign manifesto.

2. He continues to insist that reducing GST to 0% is the same as abolishing GST.

3. This is untrue as the government and businesses will continue to bear the unnecessary administrative expenses of GST-compliance but does not give benefits to any party. It will become a big negative with no positive benefits.

5. This makes a mockery of YAB Lim's statement that it is more cost-effective to retain the tax, but at a zero rate.

4. Malaysia will then make history as the first and only country in the world which has a GST system set at 0%. The world will laugh at us for having a tax system that will burden the government and businesses with administrative duties and expenses but has no tax revenue for the government.

5. YAB Lim also says that even if they win Putrajaya, there are doubts that they have the power to abolish GST.

6. This shows that Pakatan is insincere about abolishing GST and is implicitly acknowledging that implementing GST had always been the right decision by the BN Government.

7. Pakatan frequently gives the impression that GST is an additional new tax that burdens the people but they do not acknowledge that with the introduction of GST, two taxes have been abolished, another two taxes have been reduced and BR1M had been substantially increased.

8. The Sales Tax and Service Tax had been abolished. While the corporate income tax had been reduced to 24% from 26% in 2008.

9. The personal income tax rate was also reduced to 24% from 28% in 2008. On top of this reduction, the tax bands have been expanded and various deductions have been allowed to the net effect that anyone earning RM4,000 per month and below do not pay any income tax.This also meant that the income tax payable by the middle-income group had also reduced.

10. BR1M payments were also increased from RM650 in 2014 to RM1,200 for this year. Along with the effective income tax exemption for those whose income is RM4,000 per month or less, this means that the B40 income group is taxed at a negative rate by the government after the implementation of GST - meaning the B40 group is a net beneficiary of these tax reforms.

11. Pakatan knows that the government has lost RM40 billion in Petroleum revenues in 2016 due to slump in global oil prices and had foregone another RM20 billion every year from abolishing sales and service taxes. The govt also has to bear the tens of billions foregone yearly from the reduction of corporate tax, reduction in personal income tax and increase in BR1M payments.

12. With all the money foregone as part of the tax reforms and the fall in petroleum revenues, abolishing GST or reducing the GST rate to zero is unrealistic and will hurt Malaysia.

13. Pakatan knows this - hence their reluctance to completely abolish GST.

14. While the rest of the world is striving to become more competitive by modernizing their taxation systems through reducing corporate and personal income taxes and implementing consumption taxes such as GST, Pakatan wants to do the opposite to increase corporate taxes and dismantle GST.

15. One wonders why Pakatan wants to move Malaysia backwards instead of forwards by making unrealistic and economically damaging promises?

Barisan Nasional Strategic Communications Team,

Putrajaya

27 April 2017Tun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-58893633631574061932017-04-13T10:17:00.000+08:002017-04-13T10:17:07.900+08:00RUU355: Apabila umat Islam bersatu, parti sosialis dan sekularis pun boleh 'u-turn'..1. Rafizi Ramli kelihatan bodoh dan umpama badut apabila Pkr Selangor membuat kenyataan u-turn dalam hal RUU355.

2. Dalam kenyataan media Penerangan Pkr Selangor pada 11 April 2017, disebut bahawa Pkr Selangor "menyokong apa-apa usaha positif untuk memartabatkan undang-undang syariah serta institusi Mahkamah Syariah" dan "sebarang kenyataan yang dikeluarkan mana-mana anggota parti adalah bersifat peribadi sepertimana yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak termasuk NGO Invoke".

3. Pkr Selangor juga mengakui dan mengesahkan "Pencerahan yang dibuat oleh YB Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan YB Takiyuddin Hassan adalah bukti bahawa RUU 355 bukanlah berkaitan undang-undang hudud dan ianya tidak melibatkan orang bukan Islam."

4. Tindakan 'u-turn' oleh Pkr Selangor ini tidak sukar difahami. Selepas melihat Ahli Parlimen Pandan dikecam hebat oleh umat Islam Malaysia, termasuk kecaman ini menjadi trending di laman facebook dan twitter, timbul rasa gentar di kalangan pemimpin Pkr bahawa mereka bakal menerima kesan politik akibat perbuatan dan kenyataan Rafizi.

5. Kepimpinan Pkr mungkin sudah mencongak bahawa perbuatan biadap Rafizi ini bakal menghilangkan sokongan umat Islam dan penyokong Pas terhadap Pkr bukan sahaja di negeri Selangor, tetapi juga di seluruh negara.

6. Nampaknya Pkr semakin sedar undi penyokong Dap belum tentu dapat menjamin survival politik mereka di Selangor dan Permatang Pauh. TANPA SOKONGAN UMAT ISLAM DAN PENYOKONG PAS, Permatang Pauh dan Selangor pasti bertukar tangan.

7. Inilah keindahan dan kekuatan apabila umat Islam bersatu. Bayangkan jika tiada langau politik seperti Parti Pribumi dan Pan. Sudah pasti parti cauvinis dan sekularis Dap tidak mempunyai tempat dalam negara ini.Tun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5468612321458157424.post-21000242762937556072017-02-07T07:49:00.003+08:002017-02-07T07:57:16.437+08:00Kadir defensif, takut apabila skandal BMF, forex melibatkan Tun M diungkit1. Tulisan A. Kadir Jasin bertajuk "Berjaga-jaga ungkit perkara lama" membayangkan sikap defensif dan ketakutannya apabila skandal BMF dan forex melibatkan "boss"nya diungkit dan didedahkan semula.

2. Dalam tulisannya Kadir mengakui bahawa dia merupakan antara wartawan yang paling awal melaporkan 'laporan palsu' dan songsang berkaitan BMF, mungkin kerana kenaifannya mempercayai kenyataan seorang pegawai BBMB atau mungkin juga kerana mahu melindungi "boss"nya.

3. Kadir juga cuba mengaitkan kes BMF dengan Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tengku Razaleigh. Namun Kadir lupa bahawa laporan CIA yang didedahkan sama sekali tidak menyebut bahawa kes BMF mempunyai kaitan dengan Tun Hussein dan Ku Li, sebaliknya tanpa sebarang kesipuan dan secara jelas menyebut bahawa ia mempunyai kaitan dengan Mahathir.

4. Laporan CIA menyebut Mahathir secara jelas mungkin kerana dari segi fakta, penyaluran wang pinjaman ke Kumpulan Carrian dan George Tan terus berlaku setelah Dr Mahathir jadi PM pada tahun 1982 sehinggalah Jalil Ibrahim dibunuh pada tahun 1983.

5. Skandal BMF berbeza dengan isu 1MDB kerana nama Mahathir disebut secara jelas oleh CIA sedangkan dalam isu 1MDB, Jabatan Kehakiman AS (DOJ) tidak berani menamakan MO1. Banyak "cover up" berlaku selepas pembunuhan Jalil dan tiada siasatan secara telus dibuat ke atas BMF sehingga CIA melaporkan dalam laporannya bahawa terdapat kemungkinan pegawai-pegawai Bumiputera yang dipenjarakan telah dikambing hitamkan.

6. Dalam skandal BMF, Jalil Ibrahim dihantar ke Hong Kong kerana terdapat kecelaruan audit sedangkan dalam isu 1MDB, isu audit sama sekali tidak berbangkit malah penyata akaun beraudit 1MDB telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan didedahkan kepada umum.

7. Dalam skandal BMF, wang negara (wang BMF) dipinjamkan kepada pihak luar untuk projek yang tiada kaitan dengan Malaysia, sebaliknya dalam kes 1MDB, 1MDB meminjam daripada pihak luar untuk projek dalam negara.

8. Dalam skandal BMF, Jalil dibunuh supaya pinjaman kepada pihak luar dapat diluluskan dengan segera sebaliknya dalam kes 1MDB, tiada kes pembunuhan untuk membenarkan 1MDB meminjam daripada bank asing dan tempatan serta melalui instrumen bon dan sukuk.

9. Dalam skandal BMF, siasatan tidak dijalankan secara terbuka dan telus, melainkan siasatan kes jenayah pembunuhan Jalil. Sedangkan dalam kes 1MDB, audit forensik dilakukan oleh Jabatan Audit Negara dan laporan ini telah diteliti secara lebih mendalam pula oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai Ahli Parlimen pembangkang.

10. Paling penting, tiada 'bail-out' untuk menyelamatkan 1MDB. Sebaliknya dalam skandal BMF, menurut laporan CIA, nilai yang lesap akibat pinjaman BMF kepada Kumpulan Carrian adalah sebanyak RM2.255 bilion dan jumlah 'bail-out' menggunakan wang Petronas, adalah sebanyak RM2.188 bilion, iaitu RM933 juta untuk membeli saham BBMB dan RM1.255 bilion untuk mengambil alih hutang bermasalah BBMB.

11. Keseluruhan jumlah wang yang 'lesap' adalah RM2.255 (pinjaman kepada Kumpulan Carrian) + RM2.188 ('bail-out' BBMB) = RM4.443 bilion (mungkin sekitar RM17.8 bilion nilai wang semasa).

12. Berkaitan skandal forex Bank Negara, Kadir berbohong apabila mengatakan bahawa penglibatan Bank Negara dalam forex adalah untuk mempertahankan nilai ringgit. Hakikatnya, Bank Negara telah menceburkan diri dalam kegiatan spekulasi matawang dengan menggunakan rizab wang bank negara bagi menambah nilai rizab tersebut dan membuat keuntungan.

13. Dilaporkan isyarat bahawa Bank Negara akan bersepekulasi di pasaran pertukaran wang asing disebut di dalam satu syarahan yang disampaikan oleh Gabenor Bank Negara ketika itu, Tan Sri Jaafar Hussein di Delhi pada tahun 1989 yang menyebut bahawa beliau telah menambahkan dimensi ketiga dan keempat kepada pengurusan rizab Bank Negara, iaitu, mengoptimumkan keuntungan dan membangunkan kemahiran berurus niaga di dalam pasaran wang asing, sedangkan sebelum itu, teras utama pengurusan rizab adalah untuk menjaga dan melindungi nilai Ringgit dan mengekalkan kecairannya di dalam pasaran.

14. Terdapat juga laporan media ketika itu yang menyebut, pada tahap kemuncaknya, Bank Negara pernah berspekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing sehingga RM270 bilion (USD90-100 bilion). Pedagang-pedagang matawang asing Bank Negara amat agresif dan digelar sebagai āmarket bully". Penglibatan Bank Negara di dalam perjudian pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika dan Gabenornya ketika itu, Alan Greenspan telah menegur dan menggesa Bank Negara agar menghentikan segera perbuatan itu. Kenapa Kadir menyembunyikan cerita ini?

15. Bank Negara telah mengakui bahawa akibat penglibatannya dalam kegiatan spekulasi matawang ini, kerugian yang direkodkan adalah sebanyak AS$10 bilion atau RM44 bilion nilai semasa.

16. Sama seperti skandal BMF, kerugian RM44 bilion ini dalam spekulasi forex ini juga tidak disiasat secara telus dan tidak dibentangkan kepada PAC seperti dalam kes 1MDB.

17. Dalam kes 1MDB, tiada wang yang lesap, yang ada hanya pinjaman dan kesemua pinjaman jangka pendek serta sebahagian pinjaman jangka panjang telah dibayar penuh lebih awal dari tempohnya. Hanya tinggal empat bon dan sukuk yang hanya akan matang pada tahun 2022, 2023 dan 2039. Sedangkan dalam skandal BMF sebanyak RM2.255 bilion benar-benar lesap dan RM2.188 bilion 'lesap' dalam konteks wang yang digunakan sebagai 'bail-out', manakala dalam skandal forex Bank Negara, RM44 bilion benar-benar lesap.

18. Mengambil kira jumlah wang yang lesap dan yang 'lesap' kerana digunakan untuk mem'bail-out' skandal BMF dan Forex ketika pemerintahan Mahathir, iaitu RM61.8 bilion (RM4.44 bilion (skandal BMF) (nilai semasa RM17.8 bilion ) + RM44 bilion (skandal forex)), tidakkah wajar siasatan yang telus dilakukan?

19. Apa masalahnya sehingga Kadir terlalu takut dan kelam kabut jika "perkara lama" ini disiasat oleh Suruhanjaya Diraja?Tun Faisal Ismail bin Azizhttp://www.blogger.com/profile/10223851092296783795noreply@blogger.com1