Friday, January 30, 2009

Samseng Bahasa dan Pejuang Bahasa


Saya menghormati para pejuang bahasa yang berjuang dengan cara bekerja keras memartabat dan memperkasa bahasa Melayu; yang faham tentang pentingnya disemarakkan kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan; yang faham bahawa banyak yang perlu dilaksanakan untuk memperkasa bahasa Melayu bukan setakat bercakap, berslogan dan bersorak semata-mata; yang faham bahawa perjuangan bangsa perlu diutamakan kerana daripada bangsa baru wujudnya bahasa; yang berhujah dengan rasional dan di dalam lingkungan tradisi ilmu; yang kenal yang mana musuh bahasa dan yang mana satu hantu raya yang pandai mengambil kesempatan semata-mata.

Kalau yang berhujah secara emosional di luar batasan tradisi ilmu; yang berhujah dengan kasar; yang menipu dan memanipulasi data kajian; yang mengugut dan membentak; yang keliru tentang yang mana lebih utama bahasa atau bangsa; yang bersikap double standard dan berkompromi dengan puak yang mengenalkan papan tanda pelbagai bahasa; yang merendah-rendahkan perjuangan murni memartabat bahasa Melayu menjadi perilaku tidak rasional di jalanan; itu bukan Pejuang Bahasa. Itu mungkin Samseng Bahasa.

2 comments:

Azree Ariffin said...

Salam.

Saya cuma nak ulas satu sahaja. Memetik kenyataan saudara:

"yang keliru tentang yang mana lebih utama bahasa atau bangsa"

Saya perhatikan bahawa saudara selalu mengulangi pernyataan ini. Maka, saya juga menjadi lebih keliru.

Bagi saya, tanpa bahasa (dan budaya) seseorang itu hanyalah berbangsa pada keturunan dan bukan pemikiran. Masakan boleh dipisahkan bangsa dengan bahasa, rasanya seperti dipisahkan jasad dengan jiwa pula.

Mohon penjelasan dan pandangan.
Terima Kasih.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Sememang perjuangan bangsa dan bahasa perlu berjalan seiring, tidak seharusnya dipisahkan. Dalam kes PKR dan PAS, perjuangan memartabat bangsa bukan keutamaan, malah diketepikan. Sebaliknya perhatikan gerakan yang dibuat oleh kaum Cina untuk kita mengambil iktibarnya. Dalam keadaan sekarang nampaknya ada kelompok yang menggelar diri mereka pejuang bahasa, tetapi meninggalkan sama sekali perjuangan bangsa. Sebab itu saya mempersoalkan motif mereka. Apa guna bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi, dipelihara kedudukannya di dalam perlembagaan, tetapi bangsa kita hanya melukut di tepi gantang seperti di negara jiran!!!!

Popular Posts