Showing posts with label banjir. Show all posts
Showing posts with label banjir. Show all posts

Thursday, January 22, 2015

#PascaBanjir @IsmailSabri60 - Petani, nelayan tak perlu lapor polis untuk dapatkan bantuan

TEMURAMAH YB ISMAIL SABRI di RTM RANCANGAN LANSKAP - PASCA BANJIR

1. Sebanyak 3 juta telah dibelanjakan pada awal  oleh MOA. Kementerian Pertanian sangat komited bantu walaupun kita patut berada di belakang

2. Penyusunan semula bajet oleh PM. Setakat ni projek rakyat tetap diteruskan, cuma mungkin operasi pengurusan daripada Kementerian dikurangkan.

3. Tambahan 100 juta untuk Tekun & 10k untuk mangsa banjir pulihkan semula perniagaan mereka. Tangguh pinjaman oleh Agrobank dan Tekun. Untuk Tekun kita beri dengan segera, tidak ada lagi borang n karenah birokrasi. Tekun juga akan menjadualkan semula pinjaman utk meringankan beban mangsa. Agrobank pula peruntukkan 50 juta untuk pinjaman kpd mangsa banjir tanpa cagaran dan penjamin.

3. Kita ada formula untuk bayar kepada mangsa banjir. Contohnya lembu rm700 seekor untuk maksimum 10 ekor.

4. Berapa kali saya dah jelaskan, mangsa tak perlu lapor polis untuk dapatkan bantuan. Cukup dengan lapor kepada Jabatan Pertanian terdekat

5. Ketegasan MOA. KADA tak perlu tunggu duit dari Kementerian Kewangan. Guna duit sendiri dulu. Sebab itu saya turun sendiri ke Kelantan. Tengok keadaan sangat teruk kpd penduduk. Kalau kita tak buat, akan memudaratkan penduduk Kelantan.

6. Ada pertindihan kerja. Contoh pengurusan Sungai. Sungai bukan di bawah MOA tapi klu kita asyik tolak-tolak kerja, rakyat yang rugi. MOA ambil tanggungjawab ini untuk baiki sungai di Morak, Kota Baru, Kelantan.

7. Bagi kenaikan harga barang pertanian, pemborong ambil kesempatan. Kelantan, Terengganu bukan pengeluar sayur.

8. Sebab tu kita buka pasar TANI khas yang harganya sehingga 60% lebih murah. Di Kelantan sahaja kita buka 11 pasar TANI khas. Kita buka di kawasan yang mengalami banjir.

9. Larangan eksport sayuran, buah-buahan dan ikan untuk menjamin bekalan mencukupi

10. Kita perlu sama-sama berkerja antara Kerajaan, GLC dan swasta dlm bidang agromakanan. Sy tidak nampak lagi keagresifan GLC yang terlibat dalam agromakanan utk sama-sama bantu gerak kerja membantu mngsa banjir.

11. Untuk bantu mangsa banjir, kita kerah sukarelawan bersih rumah. Kita beri peralatan. Kita juga turun dptkan maklumbalas. Ada kawasan perlu makanan. Ada kawasan perlu barang selimut, dapur. Semua tu kita semak dan selaraskan.

12. Sebanyak 500,000 untuk banjir di Sarawak. Tidak ada diskriminasi, kita juga bantu rakyat Sarawak.

13. Bekalan makanan tidak ada masalah buat masa sekarang.

Thursday, January 8, 2015

Banjir: Kesiapsiagaan, belajar dari kealpaan lalu @ShaberyC #PascaBanjir

B6v-970CQAEC2wV

Banjir adalah bencana yang boleh dijangka. Justeru persiapan awal boleh dilakukan bagi mengurangkan kesan akibat bencana tersebut, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di dalam sebuah rancangan bual bicara di TV1 semalam. Beliau juga menyebut, tahun lepas, ramai yang kelihatan tidak bersedia kerana tidak menjangka fenomena perubahan iklim yang mendadak mengakibatkan bencana banjir yang lebih buruk berbanding tahun sebelumnya.


Terdapat banyak perkara menarik yang dikongsikan oleh Shabery mengenai persiapan menghadapi banjir di kawasan Parlimen beliau, Kemaman. Di antaranya, beliau menyebut, “dari segi falsafah, penyampaian bantuan semasa banjir adalah salah kerana bantuan sepatutnya telah tiba sebelum banjir melanda. Apabila banjir sudah melanda, amat sukar untuk menyampaikan bantuan kerana kebanyakan perhubungan dan laluan sudah terputus.”





Dalam keadaan cuaca buruk, bukan mudah juga bagi helikopter penyelamat untuk terbang. Cubaan untuk terbang dalam cuaca buruk boleh membahayakan pasukan penyelamat seperti kejadian helikopter mendarat cemas baru-baru ini. Bukan mudah juga untuk mencari sesuatu kawasan dari udara jika ia tidak ditandakan. Selain sukar mendarat dalam cuaca buruk, helikopter juga tidak boleh turun di kawasan yang sempit.

Menurut beliau, perancangan perlu dibuat lebih awal meliputi persiapan sebelum, semasa dan selepas banjir. Di Kemaman misalnya, struktur organisasi persiapan banjir yang diketuai Pejabat Daerah Kemaman, kemudahan di pusat penempatan sementara dan tapak pendaratan helikopter telah dibuat setahun lebih awal. Malah simulasi menghadapi banjir telah diadakah pada 8 Disember, seminggu sebelum banjir bermula.

Berdasarkan ramalan cuaca, keperluan harian mangsa banjir berbentuk makanan, selimut, tilam, bantal, lampin pakai buang, air bersih, susu dan `sleeping bag’ telah disediakan untuk sejumlah 42,000 orang mangsa. Keperluan yang diunjurkan ini sudah tertentu lebih dari mencukupi bagi mangsa yang terlibat tahun ini, iaitu sekitar 32,000 orang.

Dari segi strategi, Shabery menyebut bahawa pengurusan banjir bukan mengenai bantuan makanan semata-mata, tetapi juga meliputi infrastruktur komunikasi, komunikasi dan pengurusan persepsi.

Komunikasi semasa banjir penting kerana ia menentukan hidup mati mangsa banjir. Justeru pemancar komunikasi di seluruh negara termasuk di Kuantan, Pekan dan Kuala Krai telah dinaikkan agar tidak ditenggelami air,. Malangnya air naik lebih tinggi dari yang dijangka di Kuala Krai, mengakibatkan komunikasi terputus di kawasan tersebut.

Komunikasi dengan penduduk di kawasan banjir juga penting kerana ia membantu pemindahan dan penyampaian bantuan dilakukan dengan berkesan dan sistematik. Di Kemaman misalnya, dijangka ketika air pasang tinggi, air akan naik setinggi tiga meter. Jika hujan turun ketika ini, banyak tempat akan ditenggelami. Semua penduduk di kawasan berisiko di Kemaman telah diberikan kad dan diminta berpindah ke kawasan yang telah ditetapkan jika hujan turun semasa air pasang tinggi.


Memandangkan komunikasi amat penting, perancangan perlu dibuat agar ia tidak terputus semasa banjir. Selain merangka pelan alternatif untuk tidak hanya bergantung kepada syarikat telekomunikasi untuk memastikan komunikasi tidak terputus, `power bank’ juga telah dimasukkan ke dalam prosedur operasi banjir. Perkhidmatan talian kecemasan 999 juga dicadangkan agar diperluaskan untuk bencana seperti banjir.

Sebagai langkah memastikan kesiapsiagaan nasional, Shabery mencadangkan agar kempen kesiapsiagaan menghadapi banjir diadakan di dalam bulan September atau Oktober tahun ini.


Banyak perkara menarik yang dikongsikan oleh Shabery sepanjang rancangan bual bicara selama satu jam ini. Jika penduduk, masyarakat, agensi kerajaan, wakil rakyat dan pemimpin negeri di kawasan berisiko banjir dapat mengaplikasikan pendekatan yang sama, kita yakin pengurusan banjir pada tahun ini akan berjalan dengan lebih lancar.

Tuesday, April 22, 2014

[Gambar] Banjir di Serdang, MP Serdang dan MB buat apa? #PRperintahRakyatSusah





Banjir di Serdang - Bala akibat kegagalan dalam pengurusan sampah, longkang dan sungai? Tiada guna rizab atau peruntukan RM 2.2 bilion untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disimpan. Akhirnya rakyat juga yang menjadi mangsa kegagalan pentadbiran Kerajaan PR Selangor








Apa yang MB dan Ahli Parlimen Serdang buat semalam? Ini yang dirakamkan melalui tweet mereka.



MB di Pahang



MP serdang di Sungai Buloh, Petaling?


Tengok marathon ke?


Tak habis tengok maratahon lagi?


Masih tengok marathon di Sungai Buloh, Petaling ke?


Tersangat lah menjaga kebajikan rakyat....



Thursday, December 8, 2011

Pakar - Banjir besar di Kajang kerana kelalaian pembangkang? #MBmalas #saveSgor



Sah! Punca Banjir Di Kajang Kerana Kegagalan PKR.
Posted on Rabu, 7 Disember 2011by MymassaVoice in


Flood mitigation project delays root cause of Kajang flood

GEORGE TOWN, Dec 6 — Delays to the flood mitigation project at Sungai Jelok, Kajang were the main contributing factor that led to last Friday’s flash flood in the township, Bernama Online reported this evening.

Hydrology and Water Resources director Hanapi Mohamad Noor told the news portal the project, which began a year ago, stalled over the Kajang Municipal Council’s failure to relocate 21 shops by the riverbank.

The project was originally projected to take six months to complete, he added.

He also said that the practice of using the river as a dumping ground for rubbish was another contributing factor to the flash flood.

The resulting build-up of rubbish, coupled with the fact the bridge is only about two metres above the water level, caused the river to overflow its banks on Friday.

An hours-long heavy downpour that started at 3pm on Friday inundated the township of Kajang with floodwater that rose to a height of 1.5 metres.


Punca banjir kilat di Kajang dari pakar:

1. Kegagalan melaksanakan projek mitigasi banjir sejak setahun yang lalu (siapa yang memerintah ketika itu?)

2. Pencemaran sungai dengan sampah sarap yang disebabkan oleh pertukaran kontraktor angkat sampah.


*Kajang oh Kajang. Malang nasib mu di bawah pakatan pembangkang.

Sunday, April 10, 2011

DAP janji selesaikan isu banjir. Penang, Kelantan pun tak selesai-selesai



Kecoh satu Sarawak, kononnya jika Pakatan Pembangkang aka Pakatan Pembulak (Penipu, Kelentong) menang, masalah banjir Sarawak akan selesai. Seronok lah orang-orang Sarawak bila dengar janji-janji manis parti Semenanjung ini. Calon-calon yang menjadi `boneka' parti luar ini mulalah berangan-angan nak jadi YB, sampai terlupa nak semak fakta, betul ke tak betul ceramah pemimpin parti luar yang berhasrat untuk `melanun' dan `menjajah' Sarawak.

Nasib baik ada orang Sarawak yang bijak dan rajin buat research. Terjumpalah koleksi video kegagalan kerajaan DAP di Pulau Pinang. Alooo berapa kali mau tipu la, isu tanah pun tipu, isu banjir pun tipu, laporan kewangan pun tipu... berapa banyak mau tipu laaaa....




Muka-muka tension sebab asik kena janji palsu saja




Haiyaaa... ini macam lebih baik duduk Sarawak kalau macam ni





Wah, ini pun tak selesai. Amacam? PR makan gaji buta ka?



Ingatkan Bukit Mertajam saja, rupanya tempat lain pun sama?

Rakyat Sarawak - jangan sampai tertipu dengan janji Pakatan Pembulak. Selamatkan Sarawak dari Parti Lanun.

Change should be for the better, not for the worse!

Undilah Barisan Nasional demi masa depan yang lebih terjamin.

Popular Posts