Showing posts with label Cadbury. Show all posts
Showing posts with label Cadbury. Show all posts

Saturday, June 7, 2014

DNA babi: NGO malu bila Ujian JAKIM disahkan ikut Piawaian Antarabangsa? #Cadbury



Ni apa hal pulak ni? U all kasi setel la berdua. Apapun, ini yang patut u all buat, bukan buat report polis yang meraban-raban - 

1. Tanya KKM sampel yang diuji itu diambil dari mana? 

2. Semak nombor batch sampel tersebut dan cari batch yang sama dalam simpanan kilang. Biasanya ada sejumlah produk dari batch yang sama disimpan di kilang bagi tujuan Kawalan Kualiti dan Ujian Ketahanan/Tarikh Luput

3. Uji sampel batch yang sama yang diambil dari simpanan kilang

4. Jika benar ada kandungan DNA babi, maka kena buat `product recall', sijil halal dibatalkan dan sebagainya

5. Jika tiada, maka KKM kena cari balik peruncit yang menjual sampel asal yang dianalisis oleh KKM. Tanya peruncit dari mana mereka membeli sampel tersebut. Siapa pengedarnya. Ada kemungkinan produk tersebut diambil dari sumber luar negara atau produk tiruan yang dibungkus semula menggunakan logo Halal JAKIM.



Cadbury mangsa sabotaj? Dah la jadi mangsa, ada pula yang nak ambil kesempatan...
Punca utama kegemparan adalah sampel yang diuji oleh KKM dan maklumat yang dibocorkan oleh pegawai KKM. Punca kegemparan kedua adalah kenyataan KKM yang melangkaui bidang autoriti yang diberikan kepada kementerian tersebut. NGO jangan buat benda yang pelik-pelik. 


Anda mungkin berminat untuk mengikuti isu ini dari awal, ikuti pautan di bawah:-

Isu #Cadbury - Ada yang nak sabotaj CADBURY dan JAKIM?

Sampel Coklat #CADBURY yang dianalisis KKM datang dari Thailand?

DNA Babi: Timbalan Menteri mengaku KKM salah?!!! Naya je #Cadbury dan JAKIM

DNA babi: Pelik, NGO nak jadi hero tapi macam tak kena gaya #Cadbury


Isu Cadbury : Ujian Makmal Jakim Ikut
Piawaian Antarabangsa – Jabatan Standard

KUALA LUMPUR – Makmal yang digunakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menguji dua contoh coklat Cadbury yang didapati bebas daripada DNA babi (Porcine), diiktiraf Jabatan Standard dan proses dapatannya mengikut piawaian antarabangsa.

Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Fadilah Baharin berkata orang ramai tidak perlu khuatir dengan keputusan itu yang menyatakan produk berkenaan adalah halal kerana prosedur yang diguna pakai untuk menganalisis dua jenis coklat berkenaan mempunyai piawaian MS ISO/IEC 17025.

“Makmal Jabatan Kimia memang mendapat pengiktirafan daripada jabatan kami bagi pengujian DNA termasuk pengujian produk makanan diproses.

“Apabila ujian ke atas dua jenis coklat mendapati tiada DNA tersebut, maka saya yakin keputusan itu adalah tepat dan rasmi, malah ia seharusnya tidak menimbulkan konflik,” katanya kepada Bernama di sini Jumaat.

Piawaian antarabangsa MS ISO/IEC 17025 menetapkan proses ujian terhadap DNA hanya boleh dilakukan di dalam makmal khas yang mempunyai kompetensi standard seperti kakitangan yang terlatih, peralatan yang ditentu ukur dan pendokumentasian yang sempurna.

Terdapat 18 makmal lain yang turut mendapat akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia untuk melakukan pengujian DNA babi dan senarai makmal itu boleh diperolehi dengan melayari alamat www.standardsmalaysia.gov.my. (Nota: Sepatutnya Bernama minta senarai 18 makmal ini, sikit punya susah nak cari di website jabatan ni)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 24 Mei lepas mengeluarkan kenyataan bahawa ia telah mengesan DNA babi dalam coklat susu dan kacang Hazel serta coklat susu dan badam bagi kelompok produk itu bertarikh luput 13 Nov 2014 dan kelompok bertarikh luput 15 Jan 2015.

Pada Isnin lepas Jakim mengesahkan dua sampel produk coklat berkenaan yang diambil terus dari kilang syarikat itu disahkan tidak mengandungi DNA babi selepas melakukan ujian sampel di makmal Jabatan Kimia.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya kini dalam usaha mewujudkan satu standard kebangsaan (Malaysian Standard) mengenai kaedah ujian bagi mengesan kehadiran DNA babi mengikut metadologi yang seragam; mungkin akan dinamakan ‘Malaysian Standard: Test Method for the Detection of Porcine-Based DNA’.

Katanya standard itu dijangka siap dan diumumkan tahun hadapan sebagai garis panduan dan teknik bagi menganalisis DNA babi dengan lebih teratur.

“Kami dalam proses itu tetapi isu ini (Cadbury) meletup sebelum saya boleh umumkan perkara itu.

“Kalau standard ini dapat dilaksanakan, ia akan menjadi yang pertama di dunia mempunyai garis panduan untuk menganalisis DNA babi dan saya yakin isu berbeza pendapat mengenai cara sesetengah pihak melakukan analisis DNA tidak akan timbul,” katanya – BERNAMA

Thursday, June 5, 2014

DNA babi: Pelik, NGO nak jadi hero tapi macam tak kena gaya #Cadbury



Saya tidak ada masalah jika ada NGO yang nak jadi juara sesuatu isu, cuma motifnya perlu jelas dan tepat. 

Agak pelik apabila ada NGO yang hendak menjadi juara isu Cadbury dalam keadaan mereka sendiri mungkin tak begitu jelas apa yang berlaku.

Mungkin andaian mereka dalam coklat Cadbury sekarang ada DNA babi dan JAKIM serta Cadbury hendak menyembunyikan sesuatu. 

Dalam artikel

"DNA Babi: Timbalan Menteri mengaku KKM salah?!!! Naya je #Cadbury dan JAKIM"

saya ada gambarkan beberapa kemungkinan kenapa kegemparan ini berlaku. Pertama, soal sumber sampel, iaitu dari mana datangnya sampel yang diuji oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Kedua, soal autoriti dalam penentuan status halal produk, iaitu jawatankuasa di peringkat JAKIM yang dibantu pelbagai agensi, termasuk KKM, dan jawatankuasa halal dalaman di dalam syarikat itu sendiri yang terdiri dalam kalangan umat Islam sendiri. 

Boleh semak akta-akta yang terlibat di sini -

3 Akta Yang Terpakai Dalam Pensijilan Halal ... - Mampu


Badan-badan pensijilan Halal Malaysia sejak 1974


Akta-akta yang diguna pakai


Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia



Autoriti Halal di Malaysia yang sewajarnya menjadi rujukan Kementerian Kesiahatan Malaysia (KKM)



Jawatankuasa Halal Dalaman di dalam Syarikat yang seharusnya dirujuk juga oleh KKM 

Ketiga, sampel mana yang harus dirujuk bila terdapat aduan dan dakwaan?



1. Tanya KKM sampel yang diuji itu diambil dari mana? 

2. Semak nombor batch sampel tersebut dan cari batch yang sama dalam simpanan kilang. Biasanya ada sejumlah produk dari batch yang sama disimpan di kilang bagi tujuan Kawalan Kualiti dan Ujian Ketahanan/Tarikh Luput

3. Uji sampel batch yang sama yang diambil dari simpanan kilang


4. Jika benar ada kandungan DNA babi, maka kena buat `product recall', sijil halal dibatalkan dan sebagainya

5. Jika tiada, maka KKM kena cari balik peruncit yang menjual sampel asal yang dianalisis oleh KKM. Tanya peruncit dari mana mereka membeli sampel tersebut. Siapa pengedarnya. Ada kemungkinan produk tersebut diambil dari sumber luar negara atau produk tiruan yang dibungkus semula menggunakan logo Halal JAKIM.

Di bawah, ada satu lagi status oleh orang yang mempunyai kefahaman yang sama dengan saya dalam isu ini. Dia mungkin dari industri makanan dan saya pula berdasarkan pemerhatian dalam industri farmaseutikal.





Saya kurang faham tentang motif NGO ini berkelakuan pelik. Saya cuba memahami apa yang hendak dicapai melalui kenyataan-kenyataan di bawah. Mungkin mereka boleh jelaskan apa sebenarnya keresahan mereka dan apa sebenarnya yang mereka ingin capai dengan laporan polis yang dibuat.


PPIM - 1. sistem pensijilan halal yang ada sekarang menjadi sabotaj ekonomi?
2. minta tambah makmal yang diakreditasi?


7 NGO - 1. elak kejadian tidak diingini? 
2. Gesa penjelasan lebih baik?
3. Gesa kerjasama lebih baik KKM dan JAKIM dalam memberi penjelasan sebelum mengeluarkan fatwa?
4. minta pengguna bersabar?

Penjelasan yang bagaimana lagi yang NGO ini mahukan selepas penjelasan dibuat oleh Timbalan Menteri KKM dan Menteri yang bertanggung jawab seperti di dalam artikel di bawah?

"DNA Babi: Timbalan Menteri mengaku KKM salah?!!! Naya je #Cadbury dan JAKIM"


Atau apakah dakwaan facebooker ini lebih tepat dan NGO ini sebenarnya begitu naif serta tidak faham apa yang sedang berlaku?



Wednesday, June 4, 2014

DNA Babi: Timbalan Menteri mengaku KKM salah?!!! Naya je #Cadbury dan JAKIM



DNA Babi - Kenapa JADI PANIK dan GEMPAR?

Ketua Pengarah Kesihatan TIDAK merujuk Jawatankuasa Pensijilan Halal sebelum mengeluarkan kenyataan yang mengakibatkan KEGEMPARAN dan KERUGIAN kepada syarikat terbabit. 

Siapakah Jawatankuasa Pensijilan Halal yang tidak dirujuk oleh KSU KKM? 

Pertama, JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri yang dibantu oleh - 
  1. KPDNKK
  2. Kem. Perdagangan & Industri (MITI) - Matrade, Mida, HDC dan SME Corp.
  3. MOSTI - Jabatan Standard Malaysia serta Jabatan Kesihatan Malaysia pula menyediakan makmal analisa untuk sampel bagi tujuan pensijilan halal.
  4. Kementerian Kesihatan Malaysia - perkongsian kepakaran teknikal teknologi makanan dan keselamatan.
  5. MOA - Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Kedua, Jawatankuasa Halal Dalaman Cadbury yang ditubuhkan bagi memastikan syarikat mematuhi syarat-syarat dan standard pensijilan HALAL yang ditetapkan.




Apa kata KP JAKIM tentang KKM?

i. Isu ini kecoh dan meresahkan masyarakat apabila maklumat keputusan ujian makmal KKM dibocorkan dalam media sosial termasuk Facebook pada 23 Mei lalu sedangkan kami tidak tahu. Kuasa yang diberikan kepada makmal itu adalah memastikan bahan dalam sesuatu produk sama dengan yang tercatat di bungkusan.

ii. KKM hanya diberikan kuasa di bawah Akta Makanan 1983. Kalau bab halal ini, tindakan diambil mengikut Akta Perihal Dagangan 2011. Sebab itu, kami tidak boleh ambil keputusan ujian daripada KKM. Dari segi perundangan, hanya pegawai Jakim mempunyai kuasa untuk ambil sampel dihantar ke makmal dan untuk di bawa ke mahkamah. Bagi makmal KKM, Jabatan Standard Malaysia hanya memberikan akreditasi tidak sampai kepada ujian porcine tetapi hanya untuk proses makanan berasaskan daging dan susu.

iii. Sampel yang diambil oleh KKM adalah yang ada di pasaran. Kita tidak tahu apa yang berlaku di luar sana. Sebagai contoh, seekor ayam yang disembelih secara halal dan diberikan pensijilan keluar ke restoran dan dimasak dicampur dengan babi. Adakah kita hendak salahkan rumah sembelihan atau salahkan orang yang beri sijil halal sebab ia sudah di luar kawalan.




Ini puncanya - maklumat yang dibocorkan oleh sumber dalaman KKM tanpa mengetahui hujung pangkal

1. Sampel itu datang daripada mana? Malaysia atau negara jiran? Coklat lain yang disamarkan dengan bungkusan Cadbury? Sampel dari syarikat pesaing?

2. Siapa yang membocorkan maklumat ini? Apa tindakan yang patut diambil ke atas pegawai atau kakitangan makmal KKM ini yang telah membocorkan maklumat tanpa merujuk prosedur dan ketua jabatan dan kementerian.

3. Kenapa Ketua Pengarah KKM terlalu cepat membuat kenyataan berkaitan status HALAL produk? Hari ini Cadbury, esok mungkin lebih banyak lagi syarikat teraniaya apabila Kementerian tidak memahami autoriti dalam sesuatu bidang. Apakah tindakan pembetulan yang wajar dilakukan untuk membetulkan keadaan?


Apa kata Timbalan Menteri Kesihatan?

Kementerian Kesihatan mengaku melakukan kesilapan ketika membuat pengumuman mengenai ada kesan DNA babi di dalam coklat Cadbury sebelum ujian kali kedua dilakukan bagi mengesahkan kesahihan kandungan tersebut.


DNA babi: Ada pegawai bocor maklumat 
belum sahih

Hilmi dikerumuni wartawan bagi mendapatkan ulasan darinya berhubung status halal Cadbury selepas beliau merasmikan APHM International Healthcare Conference & Exhibition anjuran Persatuan Hospital Swasta Malaysia di Pusat Konvensyen Sunway, Petaling Jaya pada 3 Jun 2014. Foto: SAFWAN MANSOR.

Hilmi dikerumuni wartawan bagi mendapatkan ulasan darinya berhubung status halal Cadbury selepas beliau merasmikan APHM International Healthcare Conference & Exhibition anjuran Persatuan Hospital Swasta Malaysia di Pusat Konvensyen Sunway, Petaling Jaya pada 3 Jun 2014. Foto: SAFWAN MANSOR.

Kementerian Kesihatan mengaku melakukan kesilapan ketika membuat pengumuman mengenai ada kesan DNA babi di dalam coklat Cadbury sebelum ujian kali kedua dilakukan bagi mengesahkan kesahihan kandungan tersebut.

Justeru, pihaknya memandang serius mengenai kemungkinan ada pegawai kementerian yang membocorkan hasil laporan awal itu kepada orang ramai.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata, individu dalam kementerian terbabit tidak seharusnya bertindak secara terburu buru membocorkan maklumat awal ujian coklat kepada media sosial sebelum ujian makanan  dijalankan kali kedua ke atas coklat.

Keputusan pertama boleh jadi ada elemen-elemen pencemaran.

“Orang ramai tidak perlu panik dan keliru malah boleh meyakini siasatan ujian makmal JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang telah membuat pengesahan bahawa produk Cadbury tidak dicemari DNA babi.

"Satu kesilapan telah dibuat oleh pegawai kita sendiri kami sedang menjalankan siasatan dalaman. Kami tak pasti siapa individu bertanggungjawab itu dan KKM sedang melakukan siasatan dalaman  bagi mengenal pasti pegawai itu bagi mengambil tindakan yang sejawarnya mengikut jenis kesalahan," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Persidangan dan Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabangsa ke22 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sunway Pyramid Petaling Jaya di sini hari ini.

Dalam perkembangan yang sama,  Hilmi berkata, sebarang keputusan berkenaan status halal atau haram melibatkan sesuatu produk adalah bidang kuasa JAKIM dan akan diuruskan jabatan itu pada masa akan datang.

Bagaimanapun, beliau menolak kewujudan sebarang unsur sabotaj melibatkan isu kebocoran ujian awal coklat Cadbury itu.

"JAKIM dan KKM melakukan ujian makmal guna standard prosedur yang sama untuk mendapatkan keputusan. KKM mempunyai lebih 15 makmal bagi tujuan itu tetapi ujian coklat Cadbury dibuat di Sungai Buloh sebelum ia terbocor tanpa pengesahan dalam ujian awal Februari lalu,” jelasnya.

"Kita buat test dan sekiranya ada unsur haram atau tidak halal pada ujian sebarang produk pada masa akan datang, kita akan beritahu JAKIM segera dan terpulang kepada jabatan itu untuk bertindak sewajarnya," katanya.

Semalam JAKIM dalam satu kenyataan memberitahu coklat susu Cadbury Rose Almond dan Hazelnut adalah halal  dan selamat dimakan selain kesanggupan jabatan itu memakan coklat itu untuk membuktikan kenyataan mereka. 


Popular Posts