Showing posts with label Rafizi Ramli. Show all posts
Showing posts with label Rafizi Ramli. Show all posts

Tuesday, June 17, 2014

#GST Siri 6 - Jom dedah pembohongan Rafizi di Wacana @SinarOnline

Dalam "Wacana GST Siapa Untung Siapa Rugi Bhg 1" on YouTube - Wacana GST Siapa Untung Siapa Rugi Bhg 1: http://youtu.be/HVL3dlgahLs ; terdapat sejumlah pembohongan yang dibuat oleh Rafizi Ramli. JOM sekolahkan dia!

1. PEMBOHONGAN 1 - Rafizi kata, SST 16% salah kerana ia perkara berlainan. Regim yang ada 10% cukai jualan dan 6% cukai perkhidmatan, bukan 16%

FAKTA - Rafizi cuba menafikan terdapat keadaan CUKAI BERTINDIH 16% yang wujud dalam SST. Dalam kes restoran makanan segera seperti KFC misalnya ada barangan yang dicukai 10% dan di restoran dikenakan lagi 6% cukai perkhidmatan. Di pusat servis kereta juga ada keadaan CUKAI BERTINDIH 16%.




HAKIKATNYA - Melalui GST memang ada keadaan penurunan cukai yang tinggi, iaitu 16% kepada hanya 6% kerana keadaan Cukai Bertindih dihapuskan.

2. Pembohongan 2 - Rafizi kata - rekod berhutang BN paling hebat di dunia. Sukar nak cari kerajaan macam ni kecuali kerajaan Afrika dan sewaktu dengannya.

FAKTA 1 - Hutang Singapura, Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom jauh lebih tinggi daripada Malaysia




FAKTA 2 - Hutang Luar Malaysia adalah rendah berbanding negara lain.



FAKTA 3 - Hutang Domestik dalam negara agak tinggi tapi ia berpunca daripada hutang rakyat dalam pelbagai sektor, terutama pembelian hartanah.






3. PEMBOHONGAN 3 - Kenapa orang kaya di Malaysia membayar kadar cukai yang sama seperti orang lain?

FAKTA 1. Kadar cukai pendapatan untuk orang kaya tidak sama dengan yang berpendapatan lebih rendah

FAKTA 2. Berdasarkan trend dan nilai perbelanjaan harian, jumlah cukai yang dibayar oleh orang kaya lebih tinggi daripada yang berpendapatan rendah walaupun jika kadarnya sama.



Jadual kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu di Malaysia. Takkan akauntan bertauliah tak tau pasal perbezaan kadar ni?


4. PEMBOHONGAN 4 - GST boleh kutip lebih banyak daripada Cukai Pendapatan.



FAKTA - Cukai Pendapatan menyumbang kepada sebanyak 47.9% (RM 107 bilion) daripada hasil pendapatan negara, sedangkan Cukai Tidak Langsung, seperti Duti Kastam, Duti Eksais dan SST hanya menyumbang kepada 14.8% (RM33.2 bilion) daripada hasil pendapatan negara. Jika GST dilaksanakan, terdapat tambahan hanya sebanyak RM9 bilion, iaitu hanya sekitar 4% daripada jumlah hasil negara, masih tidak dapat mengatasi jumlah kutipan cukai pendapatan.

Thursday, May 8, 2014

#GST Siri 5 - JOM sekolahkan @RafiziRamli mengenai barang bercukai di bawah #SST #GST


Apa pula kelentong Rafizi kali ni?



Dakwaan Rafizi di buat selepas rujuk jadual Barangan Bercukai Jualan dan Perkhidmatan Bercukai di laman web Kastam atau macam dakwaan dia yang 'kawan dia yang bekerja di kedutaan Finland kata cukai di Finland lebih rendah daripada Malaysia'? Siapa yang dia tanya pula kali ni? Kawan dia yang kerja di Jabatan Kastam ke?

Padahal cukai di Finland lebih tinggi daripada Malaysia -

 Cukai Individu - 51.13%
VAT / GST - 24 % umum, 14 % makanan , 10 % penginapan, pengangkutan, farmaseutikal, buku, kebudayaan
Cukai Korporat - 24.5 % sebelum ini 26%

sedangkan di Malaysia 
Cukai Indidvidu - 26%
SST - Barangan 10% & Perkhidmatan 6%
VAT/GST - Belum dilaksanakan, jika dilaksanakan hanya 6%
Cukai Korporat - 25 %



Kenapa dakwaan Rafizi salah? Kadar cukai jualan di bawah SST untuk kebanyakan barangan adalah 10% kecuali yang di dalam Jadual 1 - 5%, Jadual 2 - 20% dan Jadual 3 - kadar spesifik.


Jadi jika laman web Kastam di bawah ini dirujuk, maka jelas dakwaan Rafizi bahawa dulu 4 barang sekarang 20 barang adalah TIDAK BENAR sama sekali:-



Bagaimana pula dengan PERKHIDMATAN?



Boleh semak apa perkhidmatan yang telah dicukai di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975



Semak juga laman web ini untuk mengetahui perkhidmatan apa yang dicukai dan tidak dicukai


Memang ke laut lah si Rafizi ni... apa punya akauntan daa...

Thursday, May 1, 2014

#GST Siri 4 - JOM sekolahkan @RafiziRamli pasal harga beras #PartiKangkungRakyat


Awek ni nampak cantik, tapi mungkin IQ ZERO atau kurang cerdik. Kalau minta dia jelaskan pasal GST, belum tentu dia tahu, tetapi sanggup memperbodohkan diri...



Sebelum ini dalam tulisan #GST Siri 3 - JOM sekolahkan @RafiziRamli pasal cukai Australia @Fuhas_Tweet #PartiKangkungRakyat
http://tunfaisal.blogspot.com/2014/05/gst-siri-3-jom-sekolahkan-rafiziramli.html , kita saja nak sekolahkan Rafizi supaya dia jangan main cakap sebarang je.. Suka-suka je petik nama Australia, padahal dia tak semak pun sejarah Cukai Tidak Langsung, Cukai Koporat dan Cukai Individu di negara tersebut sejak tahun 2006. Sama lah macam dia main petik je nama Finland sebab nak menipu kononnya cukai Finland lebih rendah daripada cukai di Malaysia.

Kali ini apa pula? Jom kita lihat hujah Rafizi mengenai harga beras pula..



Kefahaman yang dangkal mengakibatkan pemikiran dan perbuatan yang dangkal juga. Pengilang TERPAKSA MENAIKKAN harga untuk menampung KENAIKAN KOS? 

Kedua - Beras ni jatuh dalam kategori Sifar GST, bukan dikecualikan GST macam yang Rafizi dakwa.. Itu pun nak kena ajar dan bagitahu...


Macam mana dia kira ya?

Jom ajar dia mengira...



Di bawah SST - bahan-bahan mentah, mesin dan sebarang perkhidmatan yang digunakan sudah dikenakan cukai. Walaupun tidak dicetak dengan nyata, tetapi cukai yang dikenakan telah dimasukkan ke dalam kos dan berganda dengan pengambilan margin. 

Berdasarkan Perintah Cukai Jualan Kastam 2008, kadar cukai jualan adalah 10% melainkan barangan dalam Jadual 1 - 5%, Jadual 2 - 20% dan Jadual 3 - kadar spesifik. Manakala untuk perkhidmatan pula, mengikut Akta Cukai Perkhidmatan 1975, dikenakan cukai sebanyak 6%. 

Jika kita mengandaikan kos pemprosesan dan pembungkusan beras adalah RM 40
dan purata cukai bahan-bahan input ini adalah pada kadar 10%, maka cukai yang akan dimasukkan ke dalam kos pengilang adalah sebanyak RM 44. 

Jika diandaikan, pengambilan margin adalah sebanyak RM10, maka harga seguni beras yang sudah siap diproses untuk pengguna adalah RM 54.



Di bawah GST, cukai untuk bahan-bahan mentah, mesin dan sebarang perkhidmatan yang digunakan dinyatakan dengan jelas pada SATU kadar yang STANDARD, iaitu 6%. 

Jika kos pemprosesan dan pembungkusan beras adalah pada RM 40, dengan GST 6%, cukai input yang boleh dituntut adalah sebanyak RM 2.40.

 Berbeza daripada SST, di bawah GST , cukai INPUT (Bahan  Mentah, Mesin, Operasi) boleh dituntut dan KOS penghasilan sepatutnya menjadi lebih murah, iaitu SST = RM40 berbanding GST = RM 37.60.

Jika margin Pengilang adalah RM10, harga beras di bawah GST sepatutnya boleh diturunkan oleh Pengilang untuk Pengguna, iaitu pada harga RM 47.60

Soalnya sekarang, mahukah Pengilang MENURUNKAN harga dan menjualnya pada harga RM 47.60 atau masih menjualnya pada harga RM54?


#GST Siri 3 - JOM sekolahkan @RafiziRamli pasal cukai Australia @Fuhas_Tweet #PartiKangkungRakyat




Hari ni 1 Mei. Hasrat nak bawa keluarga pergi makan-makan di Kuala Lumpur, tapi sebab ada macai-macai PR yang tak guna akal nak berdemo Tolak GST, maka hasrat nak bawa keluarga ke KL ditangguhkan dulu. Antara macai yang tidak cerdik dan ikut-ikutan adalah budak-budak universiti yang kononnya menggelar diri mereka `mahasiswa' tetapi tak tahu dan malas nak buat research sikit untuk semak pembohongan pembangkang. Memalukan gelaran `mahasiswa' je lah.. Pensyarah yang ajar mereka pun 2 x 5 juga tak cerdiknya, itu pun tak boleh nak ajar..

Hari tu, kita dah sekolahkan Chegu Bard. Nampak sangat dia tak tahu pun pasal GST. Tapi gelembong lebih nak cakap pasal Singapura dan status ekonomi 160 buah negara yang dah laksana GST. Boleh baca di sini untuk lihat kenapa Chegu Bard disekolahkan - "#GST Siri 2 - Chegu Bard kena sekolah.. #PenipuRakyat"





Saya telah diminta untuk meneliti hujah-hujah dan penipuan PR tentang GST. Walaupun pada peringkat awal saya malas nak campur sebab mendapat tahu sudah ada Consultant dan pihak-pihak tertentu yang dilibatkan oleh Kementerian Kewangan untuk memberi penjelasan tentang GST sebelum ini, namun apabila diminta untuk membantu, kita tolong lah apa yang patut. 

Rafizi pernah ditangkap `red handed' berbohong sebelum ini, iaitu semasa Debat SINAR - 
Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi 23 Mei 2012. Ketika berdebat dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin, saya masih ingat Rafizi menyebut bahawa kawan dia di kedutaan Finland memberitahu dia yang cukai Finland lebih rendah daripada Malaysia sedangkan hakikatnya berbeza.

Cukai Individu - 51.13%
VAT / GST - 24 % umum, 14 % makanan , 10 % penginapan, pengangkutan, farmaseutikal, buku, kebudayaan
Cukai Korporat - 24.5 % sebelum ini 26%

sedangkan di Malaysia 
Cukai Indidvidu - 26%
VAT/GST - Belum dilaksanakan, jika dilaksanakan hanya 6%
Cukai Korporat - 25 %


Kita juga dah buktikan sebelum ini, beberapa unjuran yang di buat Rafizi tentang Pendidikan Percuma dan Penurunan Harga Kereta juga salah.

[Video] Bicara Kampus #PTPTN: Unjuran @RafiziRamli salah!

Unjuran Rafizi untuk pendidikan percuma salah, unjuran #HargaKereta pun hancus #ManifestoBukanJanji

Pembohongan Rafizi mengenai GST sebelum ini juga pernah dibongkarkan oleh portal GST Malaysia Info

 GST - Pemimpin PR @RafiziRamli @Imokman @DrDzul @KhalidSamad disekolahkan @GSTMalaysiaInfo lagi


Apa pula pembohongan Rafizi mengenai GST lagi? Apa yang kita nak sekolahkan dia kali ni? Meh tengok apa pembohongan Rafizi di bawah :- 


Masalah dengan Rafizi, protegee Anwar Ibrahim ini adalah dia suka berbohong.. 

"Di negara-negara lain, GST dilaksanakan kerana ia diimbangi 
dengan penurunan cukai pendapatan (contohnya di Australia). Ini 
boleh dibuat kerana gaji pekerja di Australia rata-ratanya tinggi 
dan majoriti mereka memang sudah membayar cukai 
pendapatan." 

Mari kita tengok hakikat sebenar...


Kadar cukai di Australia sejak 2006 - GST/VAT adalah dalam kategori INDIRECT TAX. Bandingkan INDIRECT TAX di Australia dengan INDIVIDUAL TAX. Adakah terdapat sebarang penurunan?
Agak-agakla kalau nak menipu... student dan pensyarah IPT yang sokong PR boleh la tipu sebab mereka malas nak buat research..



Kadar cukai di Finland sejak 2006




Kadar cukai di Sweden sejak 2006

Apa pula kadar cukai di Malaysia?



Kadar cukai di Malaysia sejak 2006

Banyak lagi pembohongan yang akan dibongkarkan... mana consultant yang dibayar oleh kerajaan ni? 

Wednesday, March 26, 2014

Klout Score Pemimpin Kerajaan dan Pembangkang @NajibRazak @Shaberyc @KhairyKJ



Klout Score Perdana Menteri - 79



Klout Score beberapa orang pemimpin kerajaan









Klout Score pemimpin pembangkang













Klout Score saya sendiri selepas PRK Kajang


Klout Score @TunFaisal - 78


Klout Score Tun_Faisal - 76



Popular Posts