Banjir di Serdang - Bala akibat kegagalan dalam pengurusan sampah, longkang dan sungai? Tiada guna rizab atau peruntukan RM 2.2 bilion untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disimpan. Akhirnya rakyat juga yang menjadi mangsa kegagalan pentadbiran Kerajaan PR Selangor
Apa yang MB dan Ahli Parlimen Serdang buat semalam? Ini yang dirakamkan melalui tweet mereka.
MB di Pahang
MP serdang di Sungai Buloh, Petaling?
Tengok marathon ke?
Tak habis tengok maratahon lagi?
Masih tengok marathon di Sungai Buloh, Petaling ke?
Ingatkan PR Selangor (dikuasai oleh PKR) je lembab menguruskan ekonomi sampai terpaksa tutup Quality Hotel Shah Alam dan UNISEL rugi, rupanya PR Penang (dikuasai oleh DAP) pun sama hancus.
Yang ini PR Selangor punya kerja. Dari untung RM15 juta, boleh tergolek `dog' sampai RM37 juta.
Sebelum ni, PR Kedah (dikuasai Pas) dok buat apa tak tahulah sampai KUIN nak kena lelong.
Maka lengkaplah `3 stooges' parti politik dalam negara yang cakap bukan main bagus, tapi apabila diberi peluang melaksanakan, baru lah tau langit tinggi rendah...
Ini belum mereka bagi PENDIDIKAN PERCUMA lagi.. kalau bagi...?
Apa tujuan penutupan? Kerajaan PR Selangor selama ini gagal urus sampah, sekarang gagal urus hotel pula. Hotel di tengah-tengah bandar Shah Alam boleh rugi? Biar betul? Banyak sangat ke persaingan dalam bandar Shah Alam? Adakah ini akibat bila Pemimpin PR nak semua free - pendidikan free, lukisan free dan duduk hotel pun free sampai hotel rugi? Pemimpin PR sibuk nak demo sana sini, reformasi sana sini, terlalu sibuk dengan pemilihan parti, akhirnya nasib lebih 100 pekerja hotel tidak terbela..
Hotel Quality ditutup, lebih 100 orang dibuang kerja
Hotel Quality di Shah Alam telah ditamatkan operasinya, sekaligus menyebabkan nasib lebih 100 orang kakitangan hotel yang telah beroperasi semenjak 26 tahun lalu tidak ketahuan hala.
Alasan yang diberikan oleh Syarikat Perangsang, pemilik hotel tersebut yang juga merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor ialah hotel berkenaan tidak menguntungkan dan beroperasi dengan kawalan kos.
Notis pemberhentian kerja telah dikeluarkan pada 31 Mac lalu dan ditandatangani oleh Pemangku Pengurus Besar hotel tersebut, Amar Maarof Abdullah.
Kata pecacai Pakatan, Selangor hebat dan diuruskan dengan cara yang sangat bagus. Pelancong pun ramai. Ekonomi Selangor memuncak dan tersangatlah hebatnya.
Namun semenjak Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri, sudah banyak aset negeri yang dijual dan penjualan tersebut diisytiharkan sebagai keuntungan dan perolehan. Sebelum ini, tanah-tanah dan aset-aset milik Yayasan Selangor, YBK dan PKNS telah dijual tanpa penebusan.
Nampaknya perangai yang sama, berulang lagi tahun ini.
Cuma bezanya, peringkat awal ini, Perangsang menyatakan bahawa 7 tingkat Bangunan Perangsang di Shah Alam yang sebelum ini merupakan Hotel Quality akan diubahsuai menjadi pejabat dan tidak akan dijual sebaliknya hanya untuk disewa.
Tunggu sahajalah tidak lama lagi, pasti bangunan tersebut akan bertukar status sepertimana yang dilakukan dalam melibatkan bangunan-bangunan dan tanah-tanah yang dimiliki oleh Yayasan Selangor dan PKNS.
Kerajaan PR yang angkuh dan bongkak sanggup mempertaruhkan kehidupan dan keselesaan rakyat sehingga mereka terjebak dalam Krisis Air Selangor 2014. Jangan lupa tentang denggi, sampah dan banjir....
Apa di sebalik Krisis Air Selangor?
Kenyataan ANGKUH dan SOMBONG PR SELANGOR pada tahun 2010
Kerajaan PR terus ANGKUH dan SOMBONG pada tahun 2012.. sedangkan realitinya rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menanggung akibatnya...
Gambar 2012 - PR memang menyusahkan rakyat
Berita 2013 - PR terus menyusahkan rakyat
Akhirnya Khalid Ibrahim akui keangkuhan dan kebahlolan dirinya... ish3 sadis sangat. Dengar amaran Syabas bahawa tindakan Kerajaan PR Selangor yang akan menganiaya dan menyusahkan rakyat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. Pada waktu yang sama, Syabas turut menegaskan bahawa cadangan Khalid dan PR sebagai tidak sensitif tentang keperluan air di hospital-hospital.
Akhirnya Khalid tanda tangan MOU selepas paksa rakyat Selangor, KL dan Putrajaya lalui keperitan dan risiko akibat ketiadaan air. Keangkuhan dan kebahlolan Khalid dan kerajaan PR ini mengakibatkan kos tambahan sebanyak RM 606 juta kerana penangguhan yang disengajakan sejak tahun 2008. Kerajaan BN yang dituduh angkuh oleh PR ini pula begitu bermurah hati menyelesaikan Krisis Air Selangor DEMI RAKYAT dengan bersetuju membenarkan Selangor mengurus sendiri bekalan air mereka, menyuntik RM 2 bilion untuk membantu kerajaan negeri bagi proses pengambil alihan saham dan memberikan lagi sejumlah RM900 juta untuk memastikan program mitigasi air dilaksanakan.
Kedatangan dan sokongan Timbalan Pengerusi UMNO Kedah amat di alu-alukan oleh Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah. Ini memberi sokongan besar kepada perjuangan Badan Bertindak!
ALOR SETAR 20 Jan. - Kerajaan Kedah tidak perlu menunggu keputusan mahkamah dalam menentukan nasib Madrasah Salihiah yang dijadual dirobohkan bagi membina Kompleks Aman Central.
Sebaliknya kata Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir, kerajaan Kedah boleh terus mengemukakan pelan baharu yang mengecualikan tapak madrasah itu daripada terlibat dalam pembinaan kompleks tersebut.
Keputusan itu adalah lebih baik selain menjimatkan peruntukan membina surau baru yang dianggar bernilai lebih RM4 juta, katanya kepada pemberita selepas Program 4B Prihatin, Gerakan Belia 4B Alor Setar di pekarangan madrasah itu, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dilapor berkata, kerajaan negeri akan akur jika mahkamah memutuskan rancangan meroboh surau itu ditangguh, namun akan melawan andai keputusan menggendalakan keseluruhan projek Aman Central. - BERNAMA
Untuk Pas Kedah..Team Media Kedah dan juga sahabat-sahabat blogger lain akan perjuangkan Madrasah Salihiah..dan PAS Kedah akan berhadapan dengan satu isu BOM Panas yang akan memalukan PAS,
Kerajaan Negeri Pentabiran PAS hanya putar belitkan isu ini..untuk menutup dari pwngetahuan rakyat Kedah..Kami Team Media Kedah dan juga sahabat-sahabat lain akan bongkar satu persatu isu Madrasah Salihiah,,segala bukti sudah berada di dalam gengaman Team Media Kedah....