Showing posts with label Kedai Rakyat 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Kedai Rakyat 1Malaysia. Show all posts

Monday, December 5, 2011

#BNbagus Kedai Rakyat 1Malaysia: Rakyat 4 - Nurul 0 #KR1M

#BNbagus [Video] Kedai Rakyat 1Malaysia: Rakyat 3 - Si Kitol Nurul 0 #KR1M





Kenapa pembangkang takut keberkesanan Kedai Rakyat?
ZULKIFLI JALIL

TIDAK habis-habis. Satu demi satu projek untuk manfaat kehidupan harian masyarakat Malaysia diserang parti pembangkang.

Mulanya, program transformasi kedai runcit (TUKAR), kemudian beralih ke Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan seterusnya Menu Rakyat 1Malaysia. Terbaru, dikatakan 'menjangkit' ke projek pembangunan bengkel automatif (ATOM).

'Pening kepala' dibuatnya menteri berkenaan untuk bertarung di satu lagi 'gelanggang politik' pembangkang. Tetapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin 'alah bisa tegal biasa'. Matlamat kementerian berjiwa besar untuk rakyat ini hanyalah semata-mata untuk kesenangan orang ramai mengharungi cabaran kos hidup yang meningkat kala ini.

Namun lain ceritanya di pihak sana. Sampaikan kedengaran ura-ura 'melobi' oleh pihak terbabit untuk menerajui kementerian Ismail Sabri, tentunya selepas pilihan raya umum nanti.

Ini gara-gara tidak puas hati dengan projek rakyat kelolaan kementerian Ismail Sabri yang lebih dikenali KPDNKK atau nama penuhnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Ia dikatakan merugikan 'pihak industri'.

Pernah seorang peneraju dewan perniagaan yang dikatakan memiliki lebih 20,000 anggota hadir berbincang dengan Ismail Sabri dan disaran menyertai sahaja program KR1M, yakni sama seperti komitmen yang ditunjukkan Mydin. Dalam mesyuarat (perundingan) itu, semuanya nampak baik belaka, berjalan lancar dan penutupnya, wakil dewan berkenaan menyatakan semuanya okey, okey dan okey untuk KR1M. Tetapi beberapa hari kemudian, habis dibantainya Ismail Sabri dalam akhbar mereka.

Ismail Sabri yang ditemui penulis di Putrajaya Jumaat lalu percaya pembangkang tidak suka melihat rakyat mendapat harga barang yang murah menerusi siri program anjuran kementeriannya. Ini kerana ia akan mempopularkan kerajaan. Lebih-lebih lagi dianggap satu kelebihan buat BN menjelang pilihan raya umum ke-13 yang hangat diperkatakan saat ini.

"Kerajaan hapuskan ISA, dia tak suka pula sebab kerajaan dah buat dulu. Yang uar-uarkan pembohongan ini pun adalah individu sama yang dikatakan nak 'pecat' atau kurangkan bilangan ramai kakitangan kerajaan.

"Tidak setakat itu juga, yang terbaru mereka mahu musnahkan ATOM pula," kata Ismail Sabri. ATOM, menurutnya, diperkenalkan bagi mengelakkan berlaku penipuan dalam jualan alat-alat ganti tulen kereta. Kadang-kala orang ramai terbeli kereta potong atau gear box yang rosak. Maka ATOM lah antara jawapan dalam meleraikan permasalahan ini.

Kerana itu, Ismail Sabri di Putrajaya tempoh hari menghuraikan fakta dalam menjawab dakwaan bahawa produk KR1M kononnya lebih mahal dari Carrefour. Berikut intipati penjelasannya:

1. Perbandingan harga tidak dibuat dengan produk yang setaraf dengannya (apple to apple).

l Perbandingan mestilah merupakan 'apple to apple' ataupun barangan yang benar-benar sama sahaja baik dari segi berat, pembungkusan dan yang paling utama adalah kualiti. Di sini, perbandingan yang dibuat adalah tidak sama.

2. Perbandingan harga KR1M sepatutnya dengan jenama antarabangsa dan bukan dengan house/store brand.

l KR1M menunjukkan penjimatan di antara 30%-50% apabila dibandingkan dengan jenama popular ataupun jenama antarabangsa (misalnya Nestle, P&G dan Unilever). Pembangkang pula telah membandingkan jenama KR1M dengan jenama persendirian pasar raya lain (dalam kes iniu adalah jenama persendirian Carrefour Big Savers).

3. Perbandingan 23 barangan berkenaan tidak mengira aspek kualiti dan kuantiti.

a) Kualiti produk: Misalnya di antara Teh Ceylon KR1M telah dibandingkan dengan Teh Hitam dari Carrefour yang mana Teh Ceylon adalah dari Sri Lanka sepenuhnya dan lebih berkualiti dibandingkan dengan Teh Hitam yang merupakan gabungan sumber daripada Indonesia dan Sri Lanka.

b. Isi kandungan (berat dan isipadu). Misalnya di antara pekatan pencuci pinggan dan mangkuk KR1M (400g berharga RM1.90) dan Carrefour Savers (350g) yang berlainan isipadu, di samping kualiti pembungkusan pencuci pinggan mangkuk dari Carrefour adalah kurang bermutu justeru dapat mengurangkan kos. Carrefour Savers 400g adalah berharga RM2.15 yang jelas lebih mahal.

c. Maklumat khasiat. Misalnya di antara susu pekat KR1M dan krimer manis Carrefour di mana khasiat protein bagi produk KR1M adalah 2.0 manakala Carrefour adalah 1.6 menunjukkan kandungan protein jenama KR1M lebih berkhasiat.

d. Produk berlainan jenis. Misalnya seperti KR1M Chilled Fruit Juice Assorted 1Liter dengan kandungan 35% jus buah yang didinginkan berbanding produk Carrefour Delite 1Liter (5% kandungan jus) yang dijual pada suhu bilik sahaja.

e. Promosi. Misalnya peluntur pakaian Carrefour merupakan pek promosi (harga seunit R2.55) dan hanya untuk masa yang terhad sahaja/sementara stok masih ada. Produk KR1M pula berharga RM1.90 seunit dan adalah mengekalkan harga yang sama sepanjang masa.

4. Berkemungkinan terdapat penipuan pada harga barangan Carrefour yang sengaja direndahkan.

a. Krimer pekat manis 505g menyatakan harga RM2.25 manakala senarai yang diberikan pihak pembangkang adalah bernilai RM2.

b. Begitu juga dengan daging kisar lembu jenama Ramly yang menyatakan harga di resit sebanyak RM5.95 manakala senarai menunjukkan RM5.29.

c. Kentang goreng KK (1kg) di resit menunjukkan harga RM5.90 manakala senarai menunjukkan harga RM4.35.

d. Tisu tandas 200x10 di resit menunjukkan harga RM5.09 manakala senarai pembangkang menunjukkan RM4.90.

e. Minuman berkarbonat di resit menunjukkan harga RM2.05 manakala senarai pembangkang adalah RM1.95.

Pembangkang, kata Ismail Sabri akan terus memburukkan kerajaan - tidak kira sama ada siri sesuatu projek atau program bertujuan untuk manfaat orang ramai.

"Ini tidak pasal-pasal menuduh produk KR1M dicemari bakteria e-coli, tapi bila tanya makmal mana yang buat analisis ini, dia kata ada lah...ada lah tu di mana...tunjukkanlah bukti," kata beliau.

Utusan Malaysia

Sunday, December 4, 2011

Pemimpin PR terima ancaman maut di Kedai Rakyat 1Malaysia #KR1M #BNBagus



[Nota: Tony Pua dan dua orang `Si Kitol' tidak sedar diri dari parti pembangkang, iaitu anak `Si Kitol' Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan pemimpin PAS (Parti Abdi Sosialis), Dr Dzulkifly Ahmad telah menyerang Kedai Rakyat 1Malaysia dengan pelbagai tohmahan. Namun seperti yang dibuktikan oleh pengalaman seorang wartawan, rakyat tidak mudah diperbodohkan dan akhirnya dapat melihat penipuan PR. Kedai Rakyat 1Malaysia nampaknya adalah ibarat `ancaman bunuh' terhadap survival politik Pakatan Penipu Rakyat (PR). Selain pengalaman wartawan di bawah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri turut menjelaskan tentang sebab kenapa PR takut sangat dengan Kedai Rakyat 1Malaysia.]


My Experience at Kedai Rakyat 1Malaysia
by Haider Yutim

It’s like a brand new way of campaigning. Getting closer to rakyat and showing that you know their predicaments especially the rising cost of living. Say hello to the newfound bliss of shopping in Kedai 1Malaysia (KR1M).

KR1M is part of the 1Malaysia initiative, initiated by the government and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak in line with the 1Malaysia slogan of “Rakyat Didahulukan”. The shop operates in a mini market format, providing various basic necessities at low prices. This initiative was inspired by Najib who is concerned about the low income citizens located in urban areas.

I recently had a chance to shop at KR1M as well as the Restoran Ukhwah 1Malaysia after catching wind of the hype from various media. It was a case of emergency actually. I needed to buy some necessities and end ended up walking into what I thought was the old Guardian pharmacy. It turned out to be a spacious outlet with and array of generic brand groceries displayed neatly.

My first thought? It reminded me of a scene of a movie where a guy is being lifted up to some bright and shiny place. The shop was blaringly white with white wall with a splash of red. It is kind of convenient for late shoppers as the location of the shop would help shoppers to beat the traffic. With signature color of Jalur Gemilang being chosen as the interior and exterior paint, you can’t miss this shop.

Shop Till You Drop!

Seriously! I am not exaggerating. You might have one single item to purchase but you will end up carrying a cartload of goods. Why? Not because Malaysians are serious shoppers. It is because the pricings are attractive. And Malaysians do love and support cheaper groceries.

I would say KR1M’s forte is its generic, consumable food brands that have been rebranded with 1 Malaysia label. So you will get 1Malaysia bread, 1Malaysia condensed milk, 1Malaysia soap, 1Malaysia minced meat, 1Malaysia detergent powder – you name it and for sure Kedai 1Malaysia have it. The shops offer as high as 33 percent in terms of savings based on normal retail prices of popular brands.

Well, this is truly 1Malaysia since ‘it give emphasis on products manufactured by small and medium entrepreneurs (SMEs), hence acting as a platform for the government’s continuous support to increase, enhance and expand SMEs’ products manufacturing capacity as well as sales.

Controversies

Whenever a new initiative is launched by the Barisan Nasional (BN) government, it will surely be linked to some controversies of sort. This is usually created or highlighted by none other than the Opposition and KR1M have not been able to escape from it.

Recently, Democratic Action Party's (DAP) national publicity chief Tony Pua claimed that the children’s milk powder in KR1M contains over eight times the legal limit of Vitamin A which may be harmful to children. However, Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai later refuted the claim saying that the milk does not exceed the maximum level of vitamin A and it is safe to consume. Besides the milk, Pua also highlighted the oyster sauce sold in KR1M did not contain oyster extracts but only oyster flavoring and preservatives and that the sauce contained less protein than required. Due to this, the Health Minister confirmed this allegation and ordered the KR1M to take it off the shelves as it showed it was below the standards under the Food Regulations Act.

Other than this, the opposition also claimed that the products in KR1M are of low quality and actually more expensive than those in hypermarkets. However, despite all these allegations and controversies, I still find KR1M a good place to shop as the store is simply convenient, comfortable, affordable, and has a friendly and welcoming environment.

Restoran Ukhwah 1Malaysia

Okay, enough with KR1M, let's look at another 1Malaysia ‘branding’ shop – the Restoran Ukhwah 1Malaysia. Despite its long name, so far I have never been to a place where you can get a roti canai and teh tarik for just RM1! And the roti canai actually tasted great... the texture is soft and flaky, just the way I like it. People are really receptive of this initiative as the restaurant is filled with hungry customers and I had to line up to get my breakfast.

Besides roti canai the shop also sells nasi lemak, mee goring as well as other local delicacies. From my firsthand experience, I would say it's an economical choice for everyone especially those who are on a tight budget.

- Malaysian Digest

Thursday, November 24, 2011

@TonyPua dan @n_izzah tipu harga barang Kedai Rakyat 1Malaysia?


First customer: Najib paying at the check-out counter after shopping at Kedai Rakyat 1Malaysia at the Kelana Jaya LRT station in Petaling Jaya. The shop sells 250 types of groceries under the brand name “Kedai Rakyat 1Malaysia”. — AZHAR MAHFOF/The Star

Dipetik dari blog Double-Y. Ikhlas daripada beliau untuk Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.


23 Barang KR1M Dibandingkan Dengan Pasaraya Besar - Siapa Bengong Antara Nurul Izzah & Tony Pua?

Nurul Izzah & Tony Pua sebelum ini bertindak membandingkan 23 harga barangan dari Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dengan harga barangan yang dijual oleh pasaraya besar seperti Careffour.

Dengan membandingkan antara barangan K1RM dengan pasaraya besar seperti Careffour jelas menunjukkan bahawa dalam PKR ini bukan sahaja bapanya bersifat penipu anaknya si Nurul Izzah juga layak dipanggil penipu tidak keterlaluan juga saya katakan bodoh, dangkal dan dungu.

KR1M berkonsepkan pasar mini wajarkah ianya dibandingkan dengan sebuah pasaraya besar seperti Careffour? Ini pun sudah nampak bodoh dan bangangnya wakil rakyat Lembah Pantai dah Ketua Publisiti DAP si Tony Pua ini.

KR1M yang diwujudkan oleh kerajaan hasil ilham Perdana Menteri DS Najib Tun Razak sendiri adalah untuk dijadikan kayu pengukur bagi kerajaan dalam mengawal harga barang dan mengurangkan kesan monopoli produk yang telah lama wujud dan dikuasai oleh syarikat antarabangsa.

Dengan cara mengurangkan kesan monopoli mereka, secara tidak langsung harga barangan tidak mudah dinaikkan sewenang-wenangnya oleh para tauke yang selalu monopoli barang keperluan ini.

Setakat ini sudah 6 buah KR1M telah dibuka dan menjalankan urusan perniagaan mereka, manakala 21 buah lagi sedang diiubahsuai dan dijangka siap dan dibuka pada 18 December 2011. Sasaran kerajaan BN adalah mewujudkan sebanyak 85 buah KR1M meliputi seluruh negeri di Malaysia menjelang akhir 2012.

Berbalik kepada perbandingan 23 barangan yang dibuat oleh Nurul Izzah bersama 'bugs bunny' beliau si Tony Pua tempoh hari hasilnya jelas menunjukkan bahawa perbandingan yang dilakukan oleh mereka sama sekali tidak berasas malah satu perbandingan yang bodoh.

Antara perbandingan bodoh oleh kedua ekor badut ini adalah :

Serbuk/Pencair Pencuci

Sardin

Teh Ceylon dibandingkan dengan Teh Hitam


Pencuci Pinggan
Fruit Cocktail
Susu & Krimer
Jus


KR1M bukan sahaja akan dibuka di kawasan bandar sahaja, malah menjelang 2012 konsep KR1M ini akan diperluaskan ke setiap pelusuk daerah dengan harapan setiap rakyat Malaysia dapat membeli barangan keperluan pada harga sewajarnya di KR1M.

Nurul Izzah & Tony Pua melihat kemunculan KR1M ini sebagai ancaman terhadap pembangkang, memandangkan jika harga barang dapat di kawal oleh kerajaan melalui konsep KR1M ini, kerana selepas ini jika konsep KR1M ini berjaya tauke besar tidak lagi boleh menaikkan harga barang secara sewenangnya yang mana sebelum ini kerajaan selalu dipersalahkan oleh pembangkang setiap kali berlakunya kenaikkan harga barang.

Melihat tindakan mereka yang menyerang usaha kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat muncul satu soalan di benak fikiran saya.

Antara Nurul Izzah dari PKR dan Tony Pua dari DAP siapa yang bengong di antara mereka? Bagi saya dua-dua ini bengong, sebab itulah mereka 'tagteam' menyerang usaha murni kerajaan. Lihatlah pembangkang di Malaysia semua tindakan mereka tidak pernah memikirkan nasib dan masa depan kita sebagai rakyat.

Orang bengong begini kita hendak berikan kuasa untuk mengurus tadbir negara?


YY : Yang sorang nak betulkan tabiat bapa sendiri pun tak mampu, yang sorang urus syarikat di Singapore sebelum ini bangkrap dibuatnya. kenapalah pembangkang di Malaysia ni bengong sangat!

Popular Posts