Showing posts with label Black Out 505. Show all posts
Showing posts with label Black Out 505. Show all posts

Tuesday, April 1, 2014

#BlackOut505 @PDRMsia dah buat kerja, pastikan PeguamNegara & @NancyShukri laksana tugas! @NajibRazak



Pemimpin PR bukan sahaja perlu dihukum kerana kesalahan mengadakan Perhimpunan Haram `Black Out 505' tetapi mereka juga wajar dihukum dan disaman atas kesalahan menipu mengenai dakwaan 40,000 pengundi Bangladesh dan kejadian black out semasa penjumlahan undi. Pemimpin parti kerajaan dan setiap kementerian, institusi dan badan yang didakwa menipu WAJIB mengambil tindakan undang-undang ke atas penipu-penipu ini. Jika Jabatan Peguam Negara tidak mahu membantu, upahlah peguam-peguam luar agar imej, maruah dan integriti kementerian, agensi dan institusi ini dapat dipertahankan.

Dalam kes berkaitan Perhimpunan Haram 505 dan perhimpunan haram yang lain, termasuk TURUN, yang melanggar Akta Perhimpunan Aman (Peace Assembly Act), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sudah melaksanakan tugas mereka. Sekarang kita mahu Jabatan Peguam Negara dan Menteri yang bertanggung jawab memastikan agar hukuman yang sewajarnya dikenakan terhadap pihak yang melanggar akta ini. 

Jangan lagi ada alasan. Kita tidak mahu alasan-alasan yang diberikan oleh Jabatan Peguam Negara dan Menteri yang bertanggung jawab terus mengakibatkan pihak-pihak tertentu terus memperlekeh dan mempersenda undang-undang di dalam negara.

Pastikan Shamsul Iskandar dan mana-mana penganjur dan peserta perhimpunan haram ini dikenakan tindakan. Jangan berterusan jadi lembik dan beri alasan sedangkan bukti sudah ada di dalam tangan.


Shamsul Iskandar mohon batal tuduhan
'Blackout 505'

KUALA LUMPUR 31 Mac — Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin hari ini memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya berhubung perhimpunan 'Blackout 505' di pekarangan sebuah masjid di sini tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka memfailkan notis permohonan itu melalui firma guaman, Tetuan Fahda Nur & Yusmadi di Pejabat Pendaftar, Mahkamah Tinggi di sini.

Shamsul Iskandar memohon agar kes saman mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman itu digantung atau dibatalkan dengan alasan pertuduhan terhadapnya adalah cacat, defektif dan tidak menepati kehendak-kehendak tempat larangan selain penyalahgunaan proses serta mempersenda keadilan.

Beliau juga mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah lebih cenderung bermotifkan politik, perbuatan pendakwaan terpilih, dilakukan dengan niat jahat dan menjejaskan kedaulatan undang-undang.

Pada 5 Ogos tahun lalu, Shamsul Iskandar, 40; timbalannya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, 37; dan Naib Ketua AMK, Mohd. Nazree Mohd. Yunus, 30; mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berhubung Blackout 505 di Mahkamah Sesyen, di sini.

Mereka didakwa menyertai perhimpunan yang diadakan di tempat larangan iaitu dalam pekarangan Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya (UM) di sini antara pukul 12 tengah hari dan 1.15 petang, 22 Jun 2013.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.

Menurut Shamsul Iskandar, Seksyen 4(2)(b) akta tersebut digubal secara tidak berperlembagaan dan bertentangan dengan Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan kerana menyekat hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman termasuk perhimpunan di kawasan jarak 50 meter di tempat beribadat.

Beliau berkata, sekatan-sekatan tersebut adalah keterlaluan dan tidak munasabah ke atas hak seorang warganegara untuk berhimpun secara aman dan tidak bersenjata.

Tambah beliau, seksyen tersebut juga memberi akibat langsung kepada hak kebebasan beragama terutama hak penganut agama Islam untuk melakukan ibadat seperti dituntut oleh agama tersebut.

Selain itu, Shamsul Iskandar mendakwa, pertuduhan terhadapnya adalah bertentangan dengan dasar awam kerana beliau adalah seorang Ahli Parlimen dan melaksanakan kewajipan kepada orang ramai dan negara.

Beliau turut mendakwa hanya menguna pakai hak kebebasan bersuara, berhimpun dan hak lain yang dijamin oleh Perlembagaan selaras dengan amalan demokrasi negara.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar yang hadir bersama peguam Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff memohon perintah supaya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu.

Beliau turut memohon agar kes tersebut di Mahkamah Sesyen ditangguh sehingga pendengaran permohonannya itu di Mahkamah Tinggi selesai.




Sunday, June 30, 2013

@ShenYeeAun - Anwar, komunis dan Red Bean Army #GilaKuasa


Modus operandi Red Bean Army - penyusupan, penipuan dan ugutan. Ada macam Parti komunis Malaya (PKM) tak bunyinya tu?


Pengganas Red Bean Army ugut bunuh, rogol gadis ini! #PRU13

Gambar-gambar propaganda bodoh Red Bean Army, tetapi yang bodoh tetap tertipu

Bean me up, Red Army


Hati Anwar dan RBA yang “Blackout"

Oleh Shen Yee Aun (SYA)
adalah Penganalisis Politik,
Presiden Pertubuhan Hak
Belia Malaysia, Pengasas
blog SYA For The Nation
Blackout 505

Nama gerakan ini mula timbul apabila pada 5 Mei 2013, pukul 11 malam, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan khidmat Red Bean Army (RBA) untuk menyebarkan gambar blackout dan mendakwa bahawa kawasan di Bentong, Lembah Pantai dan Gelang Patah telah berlaku penipuan daripada pihak SPR untuk mewujudkan blackout di kawasan mereka demi memanipulasi keputusan PRU-13.

Sebuah video lakonan bertajuk magical blackout dilakonkan untuk menggambarkan berlakunya isu blackout pada pukul 11.30 malam. Persoalannya, bagaimana sebuah video boleh siap lengkap dengan skrip, lakonan, latar belakang dan di edit serta boleh dimuat turun hanya dalam jangka masa setengah jam?

Adakah isu blackout ini telah dirancang lebih awal atau sebenarnya satu kebetulan kerana mampu disiapkan kurang daripada 30 minit ? Kalau benar sekalipun isu ini adalah magical blackout, maka sebenarnya Anwar dan RBA yang magical blackout. Mereka merupakan ahli magis yang mampu untuk menjadikan perkara yang palsu kelihatan seolah-olah benar.

Sekiranya kita analisis ketiga-tiga kawasan yang dituduh berlakunya blackout maka Pakatan Rakyat sebenarnya menang di Lembah Pantai dan Gelang Patah dengan undi yang selesa. Di Bentong pula dua ahli calon DAP yang bertanding di kawasan tersebut iaitu Wong Tack dan Lee Chin Chen sudah tampil ke hadapan menjelaskan tidak berlakunya sebarang kejadian blackout di Bentong.

Gambar yang disebarkan di Internet pula merupakan gambar yang memiliki logo Pas dan ketiga-tiga kawasan yang didakwa Red Bean Army, merupakan kawasan yang tidak ditandingi Pas.

Oleh itu, dalam isu blackout apakah Anwar atau calon DAP bertanding di Bentong yang sebenarnya menipu?

Dakwaan pukul tujuh malam Pakatan Rakyat Menang

Seawal jam tujuh malam Anwar sudah menyebarkan kononnya Pakatan Rakyat sudah menang dan keadaan ini membuktikan Anwar sememangnya ahli magis yang hebat tetapi sebenarnya lebih daripada 50 peratus kerusi yang ditandingi masih belum lagi habis pengundian. Anwar boleh pula mengatakan Pakatan Rakyat sudah menang. Keputusan rasmi sekitar jam 12.30 malam iaitu hampir berbeza lima jam daripada dakwaan Anwar.

Isu undi popular

Sejak bila sistem pilihan raya dan demokrasi di Malaysia adalah berlandaskan kepada sistem undi popular? Sistem ini adalah yang sama digunakan Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dahulu.

Sistem pemilihan DAP juga tidak mengamalkan undi popular. (Lim Guan Eng tidak pernah mendapat ranking tertinggi dalam DAP). Sekiranya benar isu undi popular adalah suara demokrasi sebenar maka DAP perlu terlebih dahulu merombak sistem demokrasi mereka terlebih dahulu.

Kalau benar sekalipun hendak mengambil kira aspek sistem popular maka UMNO merupakan sebuah parti yang mendapat undi popular tertinggi dengan 29 peratus atau 3,241,286 dan memenangi 88 kerusi Parlimen berbanding dengan DAP di tempat kedua yang jauh ketinggalan dengan 15.7 peratus atau 1,736, 000 undi popular dan 38 kerusi Parlimen. BN juga memenangi undi popular di sembilan buah negeri di seluruh Malaysia .

Jika Anwar mahu menimbulkan isu undi popular maka beliau seharusnya mempersoalkan sistem pemilihan DAP dahulu termasuk mempersoalkan status Guan Eng dan Karpal Singh sebagai Setiausaha Agung dan Pengerusi DAP yang tidak mendapat undi tertinggi dalam pemilihan DAP lepas.

Isu campur tangan kotak undi

Kita jangan lupa bahawa terdapat 222 ejen yang dilantik sendiri oleh Anwar dan Pakatan Rakyat di setiap kawasan yang ditandingi. Ejen Pakatan Rakyat sendiri yang menandatangani boring yang disediakan oleh SPR sebelum sebarang keputusan rasmi boleh diumumkan.

Sekiranya benar terdapat penipuan dalam isu kotak undi, maka Anwar dicabar terlebih dahulu membuat laporan polis dan mendakwa ejen yang mereka lantik terlebih dahulu.

Anwar sekali lagi seorang ahli magis yang hebat apabila 222 calon yang dilantik Pakatan Rakyat di setiap tempat dan lebih mengetahui proses pengundian di kawasan mereka, telah disangkal oleh Anwar sendiri yang seolah-olah mampu berada di 222 tempat pada masa yang sama.

Isu pengundi Bangladesh

Menurut Anwar terdapat 40,000 pengundi Bangladesh yang diterbangkan Air Asia selama seminggu dari Sarawak ke Kuala Lumpur untuk menjadi pengundi hantu Barisan Nasional (BN).

Secara logiknya, sesebuah karpal terbang hanya mampu menampung 200 orang dalam sebuah kapal terbang. Demi menerbangkan 40,000 warga Bangladesh, kita memerlukan 2,000 karpal terbang dan bagaimana boleh berlaku 2,000 penerbangan dalam jangka masa seminggu?

Syarikat penerbangan mana di dunia ini yang mampu melakukannya? Jet peribadi yang Anwar gunakan untuk terbang ke Sabah suatu ketika dahulu juga tidak akan sesekali mampu untuk melakukan sedemikian. Oleh itu, Anwar dan Ambiga pada hari ini masih gagal untuk menerima cabaran yang dilontarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tony Fernandez untuk menunjukkan bukti wujudnya kebenaran dalam isu pengundi Bangladesh yang didakwa oleh mereka.

Gambar palsu yang disebarkan di Internet juga memiliki kurang daripada 100 orang. Permainan politik Anwar dan RBA yang tidak berperikemanusiaan telah mengakibatkan ramai rakyat Malaysia yang tidak berdosa menjadi mangsa. Tujuh rakyat Malaysia di Kuala Terengganu cedera parah dan tidak dibenarkan mengundi hanya kerana penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat merasakan mereka adalah warga Bangladesh hanya kerana mereka berkulit hitam.

Chua Lai Fatt merupakan seorang bangsa India yang dibesarkan oleh keluarga Cina juga menjadi sasaran RBA untuk menuduh seolah-olah BN dan SPR menggunakan khidmatnya sebagai pengundi hantu. Menurut blogger Afiq KL Town dan dilaporkan oleh wartawan Free Malaysia Today, Lisa J. Ariffin beberapa bas yang dikatakan mengangkat pengundi Bangladesh di negeri Selangor adalah diupah oleh Pakatan Rakyat sendiri. Permainan politik tanpa batasan ini akhirnya menyebabkan ramai warga Bangladesh dan rakyat Malaysia cedera parah diserang oleh penyokong Pakatan Rakyat pada tarikh 5 Mei 2013 seolah-olah mereka yang didakwa dan dipukul itu bukan manusia.

Isu ini juga telah disahkan oleh Kedutaan Bangladesh di Malaysia apabila dutanya tampil menyatakan bahawa Bangladesh tidak terlibat dapat proses pilihan raya di Malaysia.

Isu ini dilihat terlalu bersifat perkauman kerana mempolitikkan mereka yang berkulit hitam. Strategis DAP, Ong Kian Ming akhirnya tampil memohon maaf terhadap Chua Lai Fatt dalam isu fitnah pengundi Bangladesh yang diwujudkan Anwar dan Red Bean Army. Sekiranya Kian Ming ikhlas meminta maaf maka beliau seharusnya mempersoalkan tindakan politik jijik yang disebarkan oleh RBA dan Anwar.

Pengesahan kemenangan BN pada PRU-13

Azmin Ali suruh Anwar terima keputusan PRU-13.

Timbalan Presiden PKR itu menyatakan panggilan reformasi perlu bermula dari diri sendiri. “Gagal ke Putrajaya, salah siapa. Tunggu penjelasan tidak lama lagi," kata dalam dalam Twitternya.

Beliau turut menyatakan bahawa rakyat semakin bosan dengan politik yang keterlaluan. “Terima kekalahan dan fahami kelemahan diri. Perlu bergerak ke hadapan dan terima keputusan yang telah diberikan rakyat.

Presiden DAP Karpal Singh iktiraf keputusan PRU ke-13

Karpal Singh telah menyatakan partinya telah berpuas hati dengan prestasi mereka dalam PRU-13 serta berjaya memenangi 38 kerusi Parlimen.

“Prestasi DAP begitu baik dalam PRU-13 terutama di Gelang Patah yang kami tidak jangka akan menang".

Mustaffa Ali hormat keputusan PRU-13

Setiausaha Agung Pas ini menyatakan parti itu menerima keputusan dan melihat kita menang di sesetengah kawasan dan kalah di sesetengah kawasan.

“Realitinya kerajaan sekarang tertubuh kerana memenangi pilihan raya. Keputusan adalah adil dan kami menerima keputusan rakyat".

AS iktiraf PRU-13

AS dalam satu kenyataan melaporkan mengiktiraf keputusan PRU-13 dan menyatakan pilihan raya tersebut sebagai paling kompetitif dalam sejarah negara-negara di Asia Tenggara walaupun pihak pembangkang mengatakan berlaku penipuan. Malah dalam satu kenyataan, pihak AS kini melihat untuk menjalin kerjasama erat dengan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pemantau Antarabangsa iktiraf PRU-13 telus dan bersih

Timbalan Pengerusi Pilihan Raya Kebangsaan Kemboja, Dr. Sin Chum Bo menyatakan pilihan raya kali ini berlaku dalam keadaan selamat, telus dan adil dan semua pemantau yang bertugas melihat ia berjalan tanpa sebarang masalah dan keraguan. Beliau merupakan antara 19 delegasi dari ASEAN yang terlibat dalam pemantauan ketika pilihan raya berlangsung.

Malah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Husni Kamil Manik menyatakan langkah SPR memberi lebih ruang kepada pemantau antarabangsa telah berjaya meningkatkan kualiti pilihan raya kali ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130630/re_08/Hati-Anwar-dan-RBA-yang-Blackout#ixzz2Xg2xKcXU 
© Utusan Melayu (M) Bhd 





Tuesday, June 25, 2013

[Video] Adam Adli pucat kena sound dengan polis @PDRMsia @Zahid_Hamidi


Di bawah seksyen 20, Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta 736, pihak polis mempunyai kuasa menangkap tanpa waran penganjur dan peserta sesuatu perhimpunan sekiranya mereka tidak mematuhi sekatan dan syarat di bawah seksyen 15 (berkaitan tarikh, masa, tempoh, tempat, cara, kelakuan peserta, kebimbangan dan bantahan pihak berkepentingan, pembayaran kos pembersihan dan apa-apa kebimbangan yang dirasakan perlu oleh pegawai yang menjaga Daerah Polis), membawa senjata, atau merekrut atau membawa kanak-kanak.

Dalam kes penganjuran perhimpunan di hadapan pintu masuk Parlimen, berdasarkan Akta Perhimpunan Aman, pihak polis juga boleh mengambil tindakan kepada penganjur kerana tidak memaklumkan tentang perhimpunan dan tidak mematuhi sekatan dalam seksyen 15. Untuk kedua-dua kesalahan, penganjur boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000 bagi setiap kesalahan.

Apa lagi Peguam Negara, pastikan kes ini dibawa ke mahkamah dan pesalah dihukum sewajarnya. Menteri yang jaga undang-undang tolong pastikan undang-undang terlaksana bukan seperti sebelum-sebelum ini sehingga menyebabkan kerajaan dianggap lemah dan tidak adil kerana gagal menguat kuasakan undang-undang secara berkesan dan gagal mendakwa pihak yang melanggar undang-undang.

Thursday, June 6, 2013

#BlackOut505 Pertikai PRU13 - Anwar patut boikot angkat sumpah di Parlimen



Anwar dan PR telah mempertikaikan keputusan dan perjalanan PRU13 melalui penganjuran himpunan Black Out 505. Elok usaha ini diteruskan dengan memboikot juga upacara mengangkat sumpah di Parlimen nanti. Barulah nampak konsisten. Ini tidak, buat demo bagai, tuduh SPR menipu, 40,000 bangla mengundi, black out di puluhan pusat penjumlahan undi, tapi akhirnya hanya buat laporan polis tentang dakwat kekal tanpa pembuktian ada pengundi yang boleh mengundi lebih daripada sekali.

Penyokong PR terus diperbodohkan apabila yang didesak oleh PR adalah untuk mengadakan pilihan raya semula di 30 kawasan. Maksudnya, di kawasan-kawasan lain SPR diiktiraf melaksanakan pilihan raya dengan adil? Hanya di kawasan di mana PR kalah, barulah dikatakan perjalanan pilihan raya tidak adil, menipu dan sebagainya. Macam budak-budak...

Yang di bawah ini satu lagi lawak... 



Selepas tuduh macam-macam dan pengikut-pengikut yang tak cerdik berhimpun sehingga menyusahkan ramai rakyat, baru nak cari bukti? Macam ni pun budak-budak PR boleh kena tipu lagi? Kalau macam ni pun boleh kena tipu, sama ada Anwar bagi mereka minum air basuh kaki ataupun mereka memang semula jadi kurang cerdik sehingga boleh ditipu berulang kali...

Apa beza Black Out 505 dengan petisyen BN? Kita dah agak memang yang ikut Anwar ke himpunan Black Out ni main ikut saja tanpa berfikir sampai kita kena jelaskan perkara semudah ini. 

Pertama - PR anjur Black Out 505 kerana pertikai perjalanan dan keputusan PRU13 dengan menuduh SPR menipu. Kelakarnya, pilihan raya hanya diminta diulang di 30 kawasan sahaja. Maksudnya, di kawasan lain PR telah mengiktiraf bahawa SPR melaksanakan pilihan raya dengan adil dan tanpa penipuan.

Kedua - BN tidak menuduh SPR tidak adil, tidak bersih dan menipu dalam melaksanakan PRU13, sebaliknya hanya mencabar keputusan dan perjalanan di peti-peti undi tertentu kerana terdapat unsur-unsur pelanggaran peraturan seperti usaha menghalang pengundi yang kelihatan seperti orang bangladesh daripada mengundi dan kesahihan keputusan akibat kesilapan pengiraan dan sebagainya. 

Petisyen BN tidak seperti PR. 
PR menuduh SPR menipu, tetapi PR hanya menuntut pilihan raya ulangan hanya di 30 kawasan sahaja. 


Sehingga kini, kita hanya melihat, bukan SPR, tetapi pemimpin PR dan cybertrooper PR yang menipu - 40,000 bangla lah, black out semasa penjumlahan undi lah dan macam-macam lagi. Rakyat patutnya sedar - bukan integriti SPR yang patut dipertikaikan, tetapi integriti pemimpin PR kerana tidak habis-habis menipu....


Popular Posts