Nota: Kenyataan Adam Adli yang terbaru membayangkan kemungkinan bahawa sikap kurang ajarnya diwarisi. Kita harap bapa Adam Adli yangada facebook, ada internet boleh membaca juga dua posting di bawah untuk lebih mengenali anaknya sendiri. Mereka bukan sahaja bertindak kurang ajar berbuat sesuka hati di rumah orang, tetapi juga menipu dan memfitnah pada malam operasi Tawan Klinik di Tanjung Malim.
[Gambar] Terkini foto mahasiswa kurang ajar nazak di ambang maut
“Ayah saya jawab, ‘saya ada facebook, saya pun ada internet. Saya tahu’.”
Itu reaksi bapa si mamat bebal Adam Adli bila ditanya untuk tawaran keluarganya mengatur menawarkan agar anaknya memohon maaf kepada Presiden UMNO, berikutan perbuatan Adam menurunkan bendera berwajah Perdana Menteri Najib Razak.
Itu dakwaan kononya Adam Adli menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh bapanya setelah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Reezal Merican Naina Merican telah menelefon bapa Adam Adli untuk membuat tawaran itu.
“Tak apa-lah, saya minta pertolongan Tuhan.”
Sekali lagi bapanya mengeluarkan kenyataan tersebut sewaktu bercakap di telefon bila tawaran dari saudara Reezal Merican dibuat bagi menjernihkan keadaan.
Keengganan bapanya menerima tawaran ini membawa kemelut Adam Adli terus tiada penghujungnya dan kesudahan kebiadapan Adam Adli sememangnya tiada noktah jika benar dakwaan ini keluar dari bapa Adam Adli seperti yang didakwanya.
Penulis masih enggan percaya dengan jawapan Adam Adli ini dengan mengatakan :
Bila ditanya keadaan keluarganya, setelah insiden-insiden ini berlaku, Adam menjawab, “Family saya sangat okay. Mereka juga berjuang.” Jawapannya disambut dengan tepukan, sebelum beliau meneruskan, “Mereka yang lahirkan saya. Kerana mereka yang lahirkan saya, mereka lebih kenal saya, dan saya ikut mereka.”
Apa-apa pun itu jawapan Adam Adli bagi pihak keluarganya dan kita terima jika benar. Apa yang penulis harapkan kepada Adam Adli hentikan perbuatan bodoh dan memperjuangkan kebebasan mahasiswa yang kini semakin terpesong dan terkeluar dari landasan perjuangan sebenar.
Wahai Adam Adli penulis semacam geli hati melihat anda dan rakan-rakan anda berjuang untuk kebebasan mahasiswa. Perjuangan anda semua semakin tenggelam dek kerana lebih ramai mahasiswa yang bijak dan matang menolak perjuangan yang cuba anda buat.
Tanjong Malim, 10 Jan - Pihak UPSIkena menerima satu kiriman artikel yang dihantar oleh seorang mahasiswa. Di sini, pihak UPSIkena akan kongsikan artikel tersebut sebagai makanan minda mahasiswa dan aktivis mahasiswa.
Pada 1966, University of California, Los Angeles (UCLA) melalui Higher Education of Research Institute (HERI) menemukan dapatan: 57.8% pelajar bersetuju bahawa penglibatan dalam politik (termasuk piket, perhimpunan, protes) dan ia merupakan orientasi utama dalam aktivisme pelajar (dalam kajian tahunannya ke atas pelajar baru universiti-universiti di Amerika Syarikat).
Lebih 30 tahun kemudian, UCLA pada 1997 melaporkan kajian tahunan yang sama dan mendapati: 26.7% sahaja yang bersetuju.
Pada 2010,kajian yang sama menampakkan unjuran yang semakin merosot.Hanya 6% daripada kalangan pelajar di Amerika Syarikat berpendapat bahawa pelajar perlu terlibat dalam protes atau demonstrasi politik.
Persoalannya, adakah mereka ini semakin lesu dan tidak lagi layak diangkat sebagai aktivis pelajar? Adakah pelajar-pelajar ini ditekan teruk oleh pemerintah sehingga hidup dalam ketakutan? Adakah mereka sudah terkena tempias AUKU yang merupakan akta paling zalim dalam sejarah ketamadunan manusia itu?
Tidak. Lembaran aktivisme pelajar di AS semakin meluas dan berubah. Mereka memilih jalan yang lebih profesional, lebih akademik dan lebih bijak - khususnya dalam membantu masyarakat.
"We're not taking over administration buildings; we're walking into the administration building with business suits on." - Zachary Mason, dalam Students switching activism toboardroom.
"True, students are not protesting wars or throwing rocks at the police or other forms of the establishment. But this form of activism is no less heart-felt or legitimate, and it’s also likely to be more enduring." - Judy Hopelain, dalam Student activism is not dead,just changing.
Ya, mereka menyertai perniagaan, giat menjana duit. Mereka masuk ke pejabat pentadbiran secara profesional dan mengemukakan tuntutan dengan kertas kerja yang meyakinkan. Mereka turun ke sekolah-sekolah dan membantu pelajaran kanak-kanak. Mereka memajukan teknologi, mengkomersialkan inovasi teknologi nano, menyemarakkan penemuan sains, - yang semuanya berteraskan bidang ilmu. Dalam masa yang sama, bertujuan memakmurkan masyarakat. (Saya syorkan dibaca Studentactivism can change the world).
Bahkan, dalam aktivisme keagamaan, pelajar tidak perlu melontar batu dan memekik melempiaskan marah, atau mempertontonkan ibadah solat di atas jalan raya (walaupun surau hanya beberapa meter) semata-mata untuk membuktikan Islam itu indah.
Pada Ramadhan (2010), satu kempen menentang Islamofobia dianjurkan oleh dua anak muda Muslim di AS, Aman Ali dan Bassam Tariq. Dinamakan sebagai 30 Mosques in30 Days, kempen ini menyaksikan mereka menjelajah ke 30 buah masjid di seluruh AS dalam sebulan Ramadhan. Kembara berjarak 12,000 km ini merakam rencam budaya, praktis Islam dan keindahan hidup Muslim di mukim masjid terbabit lalu dipaparkan untuk dikongsi ke seluruh dunia melalui blog mereka.
Aktivis terbabit dipuji umum, tidak pula dicerca, malah mendapat liputan meluas dari agensi berita CNN, ABC News dan beberapa yang lain.
Akan halnya tentang aktivis pelajar yang menyorakkan laungan 'Student Power' di Malaysia, masih terkepung dengan kerangka radikalisme tahun 60 dan 70-an, malah terbatas lagi dengan acara politik semata-mata.
Sama ada tak sedar atau pun terlalu ghairah, aktivisme mereka seperti gerabak belakang keretapi, manakala elitis politik merupakan kepalanya.
Bukan setakat keciciran, kita diajak pula memutar jarum ke belakang - mereka mengidam mahu kembali kepada era yang lebih 40 tahun ditinggalkan (yang berbeza demografi, teknologi, ekonomi dan banyak lagi).
Saya tertarik dengan pandangan seorang kenalan (giat memerhati perkembangan kampus) berhubung kaedah aktivisme pelajar kita:
"Saya lebih cenderung menyokong rakan-rakan siswa turun ke beberapa kawasan, lalu menjadikan murid-murid UPSR atau PMR mendapat 5A, menyempurnakan cita-cita banyak ibu bapa dan masyarakat.
Memberi tuisyen percuma dan berkasih sayang mendidik tanpa mengira bangsa, yg murid-murid berinferiority complex, yg malu-malu berbahasa Inggeris - tiba-tiba hasil sentuhan rakan-rakan siswa, mereka muncul berani dan gagah berbahasa Inggeris.
Begitu juga kebebasan akademik. Saya lebih kagum sekumpulan doktor-doktor USM atas nama khidmat komuniti, turun ke Kemboja membantu anak-anak sumbing mulut. Dan mereka berjaya memberi anak-anak Kemboja kembali tersenyum.
Inilah khidmat kemanusiaan. Kita mahukan unsung hero atau hero jalanan?"
Kita bukan menidakkan kaedah berhimpun, mendesak atau garang - tetapi biarlah ia benar-benar bermakna dan menyelesaikan masalah. Ada satu contohyang dimaksudkan - di AS, kumpulan pendesak United Students Against Sweatshop (terdiri daripada pelajar universiti di AS) berjaya menekan syarikat Nike untuk membayar pampasan sejumlah USD1.54 juta kepada 1,800 pekerja di Honduras.
Januari 2009, dua subkontraktor Nike di Honduras menutup kilang mereka, tetapi gagal mengambil kira kebajikan pekerja yang hilang mata pencarian di kilang itu. Kumpulan pelajar bangkit memprotes, memboikot Nike dengan menggunakan slogan "Just Pay It" (lawan kepada slogan rasmi 'Just Do It').
Ini kerja membantu masyarakat yang tiada maksud partisan. Tuntutannya jelas, dan subjeknya juga yang benar-benar boleh menyelesaikan masalah ('menyerang' kapitalis). Rasionalnya juga jelas, 1,800 pekerja itu memang menderita.
Maka kalangan mahasiswa, profesional, masyarakat yang tiada kepentingan dengan Nike yang nak mencerca gerakan ini pun berfikir berkali-kali sebab faedahnya begitu terang. Bahkan pihak pengurusan University of Wisconsin, Madison turut bersama pelajar, dengan membatalkan satu perjanjian perlesenan mereka dengan Nike (Cornell University turut mengugut).
Dan 1,800 pekerja ini pasti menjulang pelajar universiti sebagai wira mereka.
Kalau ikut aktivis pelajar propembangkang di Malaysia, barangkali Nike terselamat, yang kena ialah Perdana Menteri.
Tidak perlu minta maaf Dato Sahol. Dato melaksanakan amanah yang diserahkan kepada Dato oleh ibu bapa mahasiswa dan kerajaan bagi memastikan mereka terdidik secara betul, cemerlang dalam pelajaran dan memastikan keselamatan mereka. Pembuat kacau dan keldai tunggangan saja yang sanggup diperalatkan oleh parti politik luar sehingga terganggu pelajaran. Teruskan perjuangan Dato. Kami akan sentiasa menyokong tindakan Dato yang mendatangkan kebaikan kepada pelajar dan perjuangan agama, bangsa dan negara.
Apakah yang kita betul-betul cari apabila kita bercakap tentang kebebasan berpolitik di kalangan mahasiswa? Adakah apa yang kita mahu ialah mahasiswa bersuara lantang menyampaikan pendapat mengenai politik negara atau yang kita harapkan mereka sebagai barisan depan berceramah di universiti?
Adakah sebenarnya kebebasan berpolitik tadi bermaksud mahukan mahasiswa bertanding sebagai calon pilihanraya atau sekadar menjadi jentera penampal poster?
Apapun tuntutan dan kemahuan tadi, sebenarnya ini adalah kehendak siapa? Adakah ia merupakan tuntutan orang ramai rakyat Malaysia? Adakah ia kehendak ibu bapa mahasiswa sendiri atau kehendak mahasiswa secara majoriti di universiti?
Hakikatnya melabelkan mahasiswa sebagai orang bebas berpolitik dan menjadi orang parti hanyalah kehendak pemimpin-pemimpin parti politik tertentu yang mempunyai agenda dan segelintir kecil mahasiswa yang berangan bertanding dalam politik partisan.
Gambaran yang lebih besar tentang mahasiswa dan politik adalah mahasiswa sebagai suara anak muda terpelajar yang memberi idea non-bias sebagai pemerhati kepada landskap politik tanah air. Mereka boleh menegur, memuji, memberi pendapat berbekalkan ilmu yang ada di dada sebagai orang terpelajar yang menuntut di universiti.
Suara-suara ini penting kerana mereka membawa suara dan idea yang tidak menyebelahi dan boleh menjadi kritikan membina buat negara.
Adakah sistem sedia ada yang wujud sebelum ini menghalang mahasiswa untuk mengetahui dan mempelajari politik? Tidakkah pindaan yang dibuat oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada 2010 telah membolehkan penglibatan pelajar untuk mempelajari politik dengan lebih dekat?
Difahamkan dalam pindaan tersebut, pemimpin parti politik dari kedua kubu kerajaan dan pembangkang dibolehkan untuk hadir ke universiti-universiti dalam program mahasiswa dan mahasiswa yang ingin berkecimpung dalam politik juga diperbolehkan atas kebenaran Naib Canselor.
Sudah tentu Naib Canselor terdiri dari orang-orang akademik yang bijaksana dan adil dalam membuat keputusan. Mereka yang berpotensi dan tidak ada masalah dari segi akademik sudah tentu diluluskan permohonannya.
Maklumat dari Kementerian Pengajian Tinggi, tidak ada satu pun permohonan yang dibuat tetapi ramai pelajar mengadu domba katanya tak diluluskan permohonan-permohonan mereka. Auta.
Seperti mana yang kita ketahui antara alasan kenapa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) diperkenalkan suatu ketika dahulu adalah supaya mahasiswa di universiti menumpukan perhatian pada pelajaran dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak selama beberapa tahun mereka berkuliah.
Siapa kata mahasiswa tidak boleh mengeluarkan pendapat mengenai isu semasa negara, politik? Media massa, internet, sentiasa terbuka bagi mana-mana pihak mengeluarkan pendapat.
Sebagai mahasiswa yang sudah tentu lebih banyak membaca pasti mengetahui bahawa sejarah-sejarah penting di dunia ini banyak bermula dari tulisan-tulisan di media dalam menyampaikan idealisme dan pemikiran. Ilmu selalu mendasari perjuangan. Inilah cara yang bijak. Cara yang seharusnya lebih difahami dan digunapakai oleh mereka yang bijak dan terpilih ke universiti.
Cara bijak untuk mereka yang mengatakan diri mereka pejuang dan ingin mengambil serta dalam perubahan ke arah lebih baik ketika masih berkuliah. Bukan demo jalanan, provokasi, dan mainan emosi!
Perlu diingat juga apabila seksyen 15 dalam AUKU dipinda dan dibolehkan pelajar berpolitik dan mendaftar sebagai ahli parti politik tertentu kelak, kita khuatirkan idealisme murni seorang mahasiswa untuk menghasilkan pemikiran jujur tanpa mana-mana pengaruh yang baik untuk negara akan hilang.
Mereka yang kini cenderung menjadi orang parti akan secara majoriti berkata ya bila pemimpin kata ya, tidak bila pemimpin kata tidak. Ini hakikatnya.
Rakan-rakan sekalian, percayalah negara manapun akan hancur jika pendapat anak muda tidak diambil peduli. Negara juga akan hancur jika generasi muda tersebut tidak dididik baik dengan kemahiran dan ilmu.
Waktu di universiti digunakanlah sebaik mungkin untuk menguasai hal tersebut dan jadilah produk universiti yang penuh bersedia untuk meneruskan usaha menjadikan negara makmur, maju dan terus ke depan apabila tiba waktunya nanti.
Tiga atau empat tahun berkuliah bukannya lama sangat. Tidak rugi kalau kita fokus pada kuliah dalam jangka waktu ini daripada hendak berpolitik partisan secara serius.
Jika hendak sampaikan komen, pemikiran dan idealisme ia sangat dialu-alukan tetapi sampaikan dengan cara berhemah dan efektif, ini baru cara bijaksana seorang mahasiswa.
Pada Disember 2011 yang lalu, Sondang Hutagalung seorang mahasiwa dari Universitas Bung Karno Jakarta membakar diri sendiri ketika selesai berdemo di depan istana presiden Susilo Bambang Yudhoyono, mendesak presiden meletak jawatan seperti tuntutan beberapa parti politik pembangkang di Indonesia.
Adakah ini contoh manipulasi parti politik yang mungkin saja terjadi pada anak muda yang emosi berpolitik? Adakah bila kejadian begini terjadi baru kita hendak membuka mata meminta anak-anak kita supaya tidak memilih cara berdemonstrasi jalanan? Renung-renungkan.
Mohd Rizal Abd Rahman
Ahli Kelab UMNO Jakarta dari Badan Perhubungan Negara Indonesia yang juga mahasiswa Jurusan Perubatan di Universitas Kristen Krida Wacana, Jakarta, Indonesia.
Ramai menghantar emel kepada saya termasuk ibu bapa yang meminta saya memaparkan keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam demontrasi di UPSI tempoh hari.
Mereka kata jika pelajar-pelajar ini cemerlang dalam pencapaian akademik mereka walaupun aktif berpolitik memang wajarlah AUKU dimansuhkan.
Jadi saya tunaikan sedikit permintaan pelbagai pihak agar segala persoalan yang bermain di benak fikiran masyarakat di luar sana terjawab.
Kita lihat adakah mereka ini terdiri daripada pelajar cemerlang dalam bidang akademik walaupun mereka aktif dalam aktiviti politik?
Jeng...jeng...jeng...
Kita dedah sikit tengok...
Nama : Shazni Munir Bin Mohd Ithnin
Umur : 25 tahun
Bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dengan Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditamatkan pengajian kerana pencapaian kurang memuaskan (CGPA bawah 2.0)
Nama : Ahmad Syukri Bin Kamaruddin
Umur : 22 tahun
Bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Tidak menghabiskan pengajian kerana terlalu sibuk berpolitik dan pencapaian akademiknya kurang memuaskan.
Kini bekerja sebagai pegawai khas Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa
Nama : Ahmad Syukri Che Ab Razab
Umur : 27 tahun
Bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Diberhentikan kerana pencapaian akademik kurang memuaskan. Meneruskan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Namun tidak menghabiskan pengajian kerana aktif dalam poltik kerana pencapaian akademik kurang memuaskan.
Belum habis isu seorang mahasiswa yang kononnya mempertahankan kebebasan akademik Adam Adli yang menurunkan bendera Perdana Menteri di PWTC baru-baru ini, kini timbul pula isu demonstrasi di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang kononya memperjuangkan agar Adam Adli tidak dikenakan tindakan oleh pihak UPSI atas tindakannya menurunkan bendera Perdana Menteri serta kononnya memperjuangkan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) secara total.
Kemungkinan, segolongan besar rakyat Malaysia telah melihat rakaman ketika kejadian itu berlaku. Jadi apa yang kita dapat simpulkan sebenarnya dari tindakan segelintir mahasiswa ini?
Kepada yang belum melihat video demonstrasi yang berlaku pada malam itu, anda boleh melayarinya di http://www.mobtv.my/current_affairs-644.html
Kepada yang sudah menyaksikan video rakaman demonstrasi tersebut, apakah perasaan anda semua setelah melihat video tersebut?
Jika mereka di dalam video tersebut merasakan tindakan mereka pada malam itu betul, ini pula pandangan penulis selaku mahasiswa yang juga dikurniakan akal dan sudah pun layak untuk mengundi.
Pertama, adakah perhimpunan mereka itu dikatakan perhimpunan aman?
Jika semua yang hadir di situ bertempik seperti orang yang tidak bertamadun, menghina Perdana Menteri, berteriak barua UMNO, menggelar polis sebagai anjing dan sebagainya, adakah ini demonstrasi aman?
Agaknya yang berada di tempat kejadian pada malam itu tidak faham dan tidak mengerti definisi aman sebenarnya. Itu baru dilihat dari satu segi, bagaimana pula dengan tindakan mereka yang berbaring atas jalan?
Kedua, setibanya pihak polis di tempat berlakunya demonstrasi itu, pihak polis memberikan masa untuk mereka bersurai secara aman. Namun, amaran polis itu tidak diendahkan bahkan mereka bertindak dengan lebih agresif lagi sehinggakan ada yang memanjat pagar UPSI.
Selain itu, ketika pihak polis cuba meleraikan mereka dengan baik, mereka merusuh dan tidak memberikan kerjasama.
Jelaslah di sini bahawa mereka yang kononya mengelarkan diri mereka ini golongan terpelajar sebenarnya hanya tahu untuk menggangu ketenteraman awam dan hanya mementingkan diri sendiri.
Jika difikir secara rasionalnya, berkumpul pada pukul 1 pagi di kawasan yang berdekatan dengan kawasan perumahan bukanlah perbuatan mahasisiwa yang patut dicontohi. Mereka berkelakuan seperti orang yang tidak berpelajaran dan bertamadun. Mereka ini tidak layak digelar mahasiswa.
Jika difikir secara rasionalnya, berkumpul pada pukul 1 pagi di kawasan yang berdekatan dengan kawasan perumahan bukanlah perbuatan mahasisiwa yang patut dicontohi. Mereka berkelakuan seperti orang yang tidak berpelajaran dan bertamadun. Mereka ini tidak layak digelar mahasiswa.
Di mana silapnya? Adakah mereka ini mahasiwa yang diperalatkan dan dipergunakan oleh sesetengah pihak?
Jawapannya YA. Kembali kepada isu asal yang ditimbulkan oleh golongan ini, adakah niat mereka sebenarnya mahu menuntut kebebasan akademik atau sebenarnya kebebasan untuk berpolitik?
Mahasiswa sepatutnya berfikir dan tanya diri sendiri, apakah tujuan mereka di menara gading?
Adakah untuk berpolitik atau menuntut ilmu sehingga mendapat bukan sekadar ijazah tetapi keputusan yang cemerlang yang boleh dibanggakan? Kerana semua sedia maklum ada segelintir mahasiswa yang lulus dan berjaya mendapatkan segulung ijazah tetapi keputusan hanya cukup makan.
Tidak salah untuk mengambil tahu tentang perkembangan negara, politik dan sebagainya tetapi sebagai mahasisiwa kita harus ingat tujuan asal kita di menara gading.
Mungkin ada sesetangah pihak yang mengatakan yang mereka ini sudah besar, layak untuk mengundi dan patut diberikan peranan yang lebih besar, tetapi pernahkah mereka terfikir jika mereka beria-ia melibatkan diri mereka dalam parti politik, bagaimana pula dengan pelajaran mereka?
Bagaimana mereka mahu bergiat aktif dalam politik? Adakah dengan mengunakan duit PTPTN atau biasiswa? Jika ini berlaku, mereka telah menyalahgunakan duit yang diberikan untuk mereka belajar ke arah yang tidak pasti lagi hala tujunya.
Penulis sebagai mahasiswa yang belajar di luar negara berpendapat, pelajar-pelajar di universiti di tanah air bernasib baik. Hampir semua orang mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran, dengan keputusan yang mereka perolehi mereka boleh memohon pinjaman dari kerajaan.
Di negara luar seperti Jepun, mahasiswa di sini boleh dikatakan sibuk hampir setiap hari. Jika di siang hari mereka menghadiri kelas di universiti, balik saja rumah, mereka mengulangkaji pelajaran.
Mereka yang belajar menggunakan bahasa selain Bahasa Inggeris terpaksa menggandakan usaha mereka kerana faktor bahasa. Segelintir mahasiswa pula terpaksa keluar untuk bekerja sambilan kerana kos pengajian dan kos hidup di Jepun yang tinggi, jadi pelajar-pelajar tidak mempunyai masa untuk membazirkan masa mereka untuk berdemonstrasi atau pun membuat perkara yang tidak berfaedah.
Berbeza rasanya dengan pelajar di tanah air yang siap ada masa untuk berdemonstrasi dan berpolitik. Ini penulis tujukan hanya kepada sesetengah mahasiswa kerana saya tahu ramai lagi mahasiswa di Malaysia yang bertungkus-lumus dalam pelajaran dan menghargai peluang yang diberikan kepada mereka untuk berada di menara gading.
Pada pendapat penulis, sebagai mahasiwa yang suatu hari nanti akan mengambilalih tampuk pemerintahan dan masa depan negara, mereka harus sedar dan bangkit dari lena.
Jangan jadi alat kepada sesiapa, sedarlah tujuan asal anda dihantar ke menara gading, fikirkanlah perit jerih ibubapa anda di kampung, tidak salah untuk berpolitik tetapi biarlah kena pada tempatnya.
Anda semua sudah pun layak untuk mengundi jadi undilah mana yang anda rasa betul dan jangan memalukan nama baik anda sebagai mahasiswa. Tuntutlah ilmu sampai penuh di dada kerana pada ketika itu orang akan memandang anda sebagai orang yang berilmu bercakap dan bukannyaseperti ilmu di dada pun masih singkat dah pandai nak tunjuk hebat.
Kepada mahasiwa Melayu, ingatlah apa yang anda dapat hari ini tidak datang bergolek. Pemimpin-pemimpin lama bertungkus-lumus mempertahan hak anda supaya kita anak-anak Melayu dapat belajar tinggi sama seperti bangsa yang lain, hargailah peluang anda untuk belajar kerana bukan semua orang bertuah seperti kita dapat melanjutkan pelajaran di menara gading.
Akhir kata, kepada mahasiswa yang berjuang kononya untuk kebebasan akademik, ingatlah yang anda hanya sementara di universiti. Belajarlah bersungguh-sungguh agar bangsa lain tidak mentertawakan kita semua. Dapatkan keputusan yang cemerlang dan setelah itu mulalah berjuang dalam politik kalau itu yang anda mahukan.
Ingatlah, tanpa ilmu penuh di dada, jangan mimpi hendak menakluk dunia.
Ariff Yasir Zulkafli
(Penulis Adalah Pengerusi Kelab UMNO Tokyo (KUJ) yang juga Mahasiswa Kejuruteraan Kimia & Biologi di Universiti Gunma, Jepun.)
Jika diteliti artikel yang ditulis oleh pelajar bernama Khalid Ismath pelajar tahun 1 UiTM Shah Alam Jurusan Undang-Undang ini jelas penulis telah membuat fitnah jahat ke atas anggota polis.
Selain memfitnah, artikel ini juga menghasut golongan mahasiswa untuk turun ke jalanraya menumbangkan kerajaan BN dengan apa cara sekalipun.
Saya tidak sangka sama sekali pelajar Jurusan Undang-Undang hanya mampu menulis artikel bertaraf sampah sebegini, malah karangan murid darjah sekolah rendah mungkin lebih bagus daripada artikel ini.
Paling mencuit hati adalah penulis fitnah ini menulis baris ayat berbunyi :
"akibat tekanan yang kuat ke atas dadanya. giginya berterabur. mukanya berlumuran darah"
Dua fitnah besar pelajar ini terhadap PDRM adalah :
1. PDRM belasah Safwan Anang sehingga giginya berterabur.
2. Muka Safwan Anang dikatakan berlumuran darah dibelasah PDRM.
Setelah beberapa video telah tersebar, setakat ini sepanjang pemerhatian saya tiada kelihatan wajah Safwan Anang terbaring yang mana wajahnya berlumuran darah. Untuk lebih adil saya paparkan video yang disiarkan oleh kumpulan pelajar 'sewel' :
Keris berpeluang menemuramah beberapa individu mengenai demonstrasi anti-AUKU yang diadakan di hadapan pintu utama Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak (UPSI) yang bertindak agresif sehingga polis terpaksa menahan sebahagian daripada mereka. Ini sudut pandang mereka baik sebagai seorang pemimpin, rakyat mahupun mahasiswa.
Mari dengar apa pendapat mereka :
Tun Faisal Ismail Aziz, Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia :
“Saat saya melihat dan meneliti rakaman video mereka (SMM/BEBAS) berdemonstrasi, saya tidak percaya tindakan memanjat pagar seperti 'monyet' dan menjerit-jerit itu melambangkan aspirasi mahasiswa kerana hanya pelajar yang diajar untuk menjadi biadap sahaja akan bertindak sebegitu. Jelas melalui rakaman video, pihak polis tidak bertindak kasar mahupun ganas seperti yang dihebahkan sebaliknya golongan mahasiswa yang berdemo itu telah bertindak agresif serta secara berterusan mencabar pihak berkuasa yang berkawal.
Video mahasiswa memanjat pagar
Sama seperti skrip 'Bersih', taktikal kematian dua kali milik suhardi digunakan selain ada babak yang menyerupai 'Anwar Ibrahim dan pengawal peribadinya' dimana kononnya Safuan Anang nazak dibelasah pihak polis sedangkan didalam foto tidak kelihatan sama sekali sebarang kesan lebam mahupun luka dan kecoh tentang kecederaan di kepala seorang rakan kepada Safuan Anang disebarkan kononnya sebagai bukti kekasaran polis walhal dia cedera sendiri ketika merempuh pintu klinik sehingga pecah. Bercakap dari segi moral dan sahsiah diri, sikap kurang ajar dan biadap bukanlah aspirasi golongan terpelajar sebaliknya perkara sebegini hanya akan berlaku dengan kewujudan sekumpulan kecil mahasiswa yang meniru kebejatan dan kekotoran politik luar. Disebabkan itu, saya merasakan kempen 'Aman Kampus' perlu digerakkan dengan segera dan mahasiswa majoriti perlu mengutuk tindakan mereka (SMM/BEBAS) kerana ia bukanlah satu contoh yang baik untuk generasi yang akan datang"
Chong Yew Chuan, Timbalan Setiausaha Pemuda MCA Bahagian Wangsa Maju serta EXCO Penerangan MCA Wilayah Persekutuan dan Pemidato Pemuda Barisan Nasional :
"Kerja dan tugas utama seorang mahasiswa ialah untuk menimba ilmu dan melengkapi diri dengan ilmu dan pengetahuan yang secukupnya untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara, dan sebagai golongan yang mempunyai pemikiran yang matang dan waras, mereka patut tahu apa yang boleh dan patut dilakukan dan sebaliknya.Saya berasa kesal di atas tindakan melulu mereka (SMM/BEBAS) yang terlibat dalam demonstrasi malam semalam. Sebenarnya terdapat cara lain yang lebih produktif dan aman untuk menyampaikan mesej dan tuntutan, berbanding melakukan demonstrasi di jalan raya yang dapat mengancam keamanan dan ketenangan masyarakat dan negara.
Tindakan mereka (SMM/BEBAS) bagai telah hilang rasional dan kewarasan ketika berdemo, seperti baring di atas jalan untuk menghalang kenderaan pihak berkuasa, merosakkan klinik dengan alasan yang tidak munasabah, menghina Perdana Menteri Malaysia dengan meletakkan gambar beliau di tepi kayu berbentuk keranda, serta berkeras ingin masuk ke halaman universiti, telah menunjukkan tindakan mereka amat tidak matang dan telah melepasi batasan yang telah dinyatakan dalam undang-undang negara ini. Harus kita ingat bahawa kebebasan juga ada batasannya, dan kebebasan yang diberi tidak harus disalahgunakan. Tambahan pula, pihak polis telah memberi kelonggaran kepada mereka untuk menyampaikan apa jua tuntutan mereka dalam masa 15 minit dan bersurai secara aman, namun mereka terus mencabar pihak polis dan mencabar undang-undang negara ini. Cuba kita bayangkan jika setiap individu ataupun pertubuhan memilih untuk berdemonstrasi setiap hari di atas jalan raya, apa akan terjadi kepada masyarakat dan negara kita yang selama ini aman dan damai? Lihatlah sendiri kepada Syria dan Mesir, yang masih lagi dibelenggu dengan kekecohan dan kekacauan setiap hari, dan pengalaman negatif negara-negara ini haruslah kita ambil sebagai pengajaran dan iktibar."
Kamarul Azhar Bahruddin, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Bunga Kenanga Bahagian Putrajaya:
“Dimanakah kurangnya didikan guru mahupun ibu bapa kepada anak-anak muda yang berdemonstrasi ini?. Itulah persoalan yang berlegar-legar didalam kotak pemikiran saya apabila menonton rakaman video mereka (SMM/BEBAS) berdemonstrasi. Difahamkan ketika ini ramai mahasiswa/mahasiswi sedang sibuk menelaah sebagai persediaan menghadapi peperiksaan namun mereka sebaliknya memilih untuk membuang masa terpekik-pekik melaungkan 'Mahasiswa Bangkit' yang belum tentu mampu mengubah markah mereka ketika peperiksaan kelak.
Saya kecewa dengan sikap mereka yang seakan telah terpengaruh dengan doktrin politik luar serta taksub dengan fahaman anti-kerajaan. Terasa kesal pula dengan tindakan kurang bijak mereka berdemonstrasi sehingga ada yang tidak menghiraukan keselamatan diri. Dengarnya ada yang sanggup membahayakan diri asalkan dapat menjual cerita bagi meraih simpati dan mengubah persepsi rakyat terhadap kepimpinan kerajaan. Bercakap tentang taktik mereka (SMM/BEBAS) yang dilihat banyak mengikut gerak kerja 'Bersih', kami rakyat Malaysia tidak akan tertipu dengan lakonan sebegitu lagi. Ingat tanggungjawab anda sebagai pelajar adalah untuk menimba ilmu, bukan menjadi taksub dengan pemikiran politik luar. Bebaskan mahasiswa daripada sebarang doktrin politik agar kampus menjadi tempat yang aman untuk belajar. Universiti adalah tempat untuk belajar bukan berpolitik sepenuh masa"
Nurul Nadirah Fazmin Narawi, Pelajar Jurusan Keusahawanan & Perdagangan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia:
“Melihat kembali kepada sejarah Malaysia, YAB Perdana Menteri merupakan diantara individu penting yang bersungguh-sungguh menaiktaraf Institut Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sebuah institusi pendidikan negara yang tertua dan disegani kerana berjaya melahirkan ribuan pendidika anak bangsa. Tetapi, tahun 2011 telah membawa kepada titik sejarah hitam UPSI kerana disinilah lahirnya seorang aktivisyang beria-ia mahu menjatuhkn pemimpin no 1 negara.. Apakah kesudahan mereka yang kononnya membawa satu perjuangan kebebasan akademik? Mahu bebas bagaimana lagi? Apakah mahasiswa belajar dalam kurungan ataupun dipenjarakan jika tiada kelas? Melihat apa yang telah berlaku malam semalam di ambang tahun 2012, Saya berasa kesal dan mengutuk perbuatan mereka kerana tindakan mereka tidak melambangkan kredibiliti n rasionalisme seorang mahasiswa.
Saya melihat mereka (SMM/BEBAS) seolah-olah membina satu momentum kehancuran yang berupaya memecah-belahkan mahasiswa diseluruh Malaysia dengan ideologi perjuangan tidak sihat mereka. Sebagai seorang mahasiswa UPSI ,sy kecewa dengan tindakan mereka (SMM/BEBAS) yang sanggup mencetuskan kontroversi dan mencabuli keamanan kampus serta mencalarkan imej bersih UPSI itu sendiri. Saya tidak tahu dari sudut mana harus saya banggakan dengan perjuangan dan tindakan biadap merek. Molek kiranya jika kita menghayati sejarah UPSI dan mengkaji apakah kesan terhadap masyarakat khususnya dengan tindakan mereka. Saya ingin menyeru Mahasiswa/siswi di seluruh Malaysia menjaga gelaran MAHASISWA itu sendiri dengan baik agar ianya tidak dicemari dengan ideologi politik luar. Berfikir sebelum bertindak agar ia tidak merugikan mana-mana pihak termasuk diri sendiri. Jangan berbicara tentang politik dan masa depan negara selagi diri tidak istiqamah dalam menimba ilmu"
Baca juga bahagian kedua artikel - Dari Sudut Pandang Rakyat Malaysia - Demo AUKU - Siri 2
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini mengecam tindakan sekumpulan ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang mengadakan perhimpunan haram di hadapan universiti tersebut malam tadi.
Yang Dipertuanya, Muhammad Afiq Fikri Mislan berkata, tindakan tersebut bukan sahaja memalukan golongan mahasiswa malah mencemarkan nama baik UPSI yang berdekad lamanya melahirkan ramai negarawan dan tokoh pendidik.
Muhammad Afiq Fikri berkata, pelajar UPSI tidak sepatutnya dikaitkan dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu kerana hampir kesemua peserta perhimpunan itu disertai pelajar luar.
“Kami sama sekali tidak setuju dengan demonstrasi ini kerana ia mengganggu kehidupan pelajar. Mereka yang terlibat dalam demonstrasi ini bukan semuanya mahasiswa UPSI.
“Jika ada pun yang terlibat, mungkin seorang dua dan ia tidak langsung mewakili suara keseluruhan mahasiswa UPSI. Mereka adalah golongan minoriti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Muhammad Afiq berkata, jika demonstrasi yang diadakan sehingga lewat malam tadi untuk menyelamatkan seorang pelajar UPSI, Adam Adli Abd. Halim daripada dikenakan tindakan tegas pihak universiti, ia sebenarnya tidak perlu dilakukan.
Katanya, pihak universiti sendiri belum membuat sebarang keputusan berhubung tindakan Adam menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi SMM di ibu negara baru-baru ini.
“Lagipun, sebarang tindakan yang mungkin dikenakan nanti bukan diambil secara sambil lewa tetapi berdasarkan bukti-bukti kukuh mengikut penilaian jawatankuasa khas universiti,”
Imbas kembali rakaman video 30 orang anggota Solidariti Minoriti Mahasiswa (SMM) dipukul polis kerana menawan klinik
Terima kasih Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB P. Kamalanathan yang berkongsi kenyataan TNC HEP UPSI Dato Dr Junaidy Abu Bakar di blog beliau MY [Malaysian] views .
Pada jam 5pm UPSI dapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia akan berkumpul di UM untuk mengadakan demonstrasi di UPSI. Demonstrasi ini adalah untuk mendesak kerajaan memansuhkan AUKU dan menuntut pertuduhan pada Adam Adli digugurkan.
Jam 10pm , kumpulan SMM dari UM dengan 3 kenderaan telah menuju ke UPSI. Wartawan dan beberapa kumpulan kecil mewakili pembangkang berkumpul di depan pintu utama UPSI dan kawasan sekitar.
Pihak Keselamatan UPSI telah menutup semua laluan masuk ke upsi sepenuhnya, berkawal bersama bantuan suksis. Pihak polis berpakaian freeman mengawasi jalan-jalan utama di bahagian pintu timur dan utama selain rondaan traffic serta peronda (show force)
Demi menjaga maruah UPSI seramai 80 pelajar UPSI daripada beberapa kolej yang cintakan keamanan bersedia mempertahan UPSI dari gangguan pihak luar – dengan slogan “we love upsi “. Majoriti pelajar tidak suka dengan cara pihak luar campur tangan hal dalaman upsi. Upsi bertindak tanpa mana-mana tekanan pihak luar. Rata-rata Face book dan blog yang cintakan upsi, menyatakan sokongan agar bumi upsi tidak diganggu oleh pihak luar dan pelajar berhak pertahan nama baik institusi pendidikan ini.
Sekitar jam 2.10 pagi pelajar-pelajar akhirnya memulakan demonstrasi di depan pintu utama dengan melaungkan slogan menentang kerajaan dan menuduh upsi dan tnc mengugut pelajar, dan mereka mengeluarkan kata kesat (barua, anjing) terhadapPerdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan, UMNO dan pemimpin UPSI. Mereka membawa kain rentang putih dan keranda daripada kotak serta membawa gambar PM sebagai simbolik pemansuhan AUKU. Polis membenarkan dengan pengawasan untuk mereka melaksanakan ucapan, jeritan, bacaan puisi dan upacara simbolik pemansuhan AUKU. Pada waktu ini Adam Adli dibawa terus ke depan pagar upsi dijulang utk berucap berkaitan kebebasan akademik, ada dikalangan mereka juga menjerit agar pagar dibuka dan memanjat pagar pintu utama. Mereke terus melaungkan slogan power mahasiswa selang seli dengan ucapan, tanpa henti dengan nada suara jeritan. Mereka disokong oleh beberapa wakil dari parti pembangkang sepanjang demo berlaku.
2 20am Polis menempatkan kenderaan dan anggota LSF (light strike force – bukan FRU) bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan apabila LSF tiba mengambil tempat didepan simpang klinik shifa, kumpulan mereka (lelaki dan wanita) telah mengambil tindakan baring di atas jalan raya, bertindak sebagai perisai manusia serta konfran polis supaya tidak mengapa-apakan mereka atau berdepan tindakan revolusi pelajar seperti mesir dan Tunisia. Yang paling lantang antara mereka adalah Khalid Ismet, pelajar undang2 um (pakai baju merah, muka macam cina) cuba provokasi pihak LSF dan polis. Polis sekadar mengawasi, tiada sebarang kekerasan atau apa-apa tindakan provokasi.
235am mereka telah bergerak menghampiri pintu pagar utama dan melaungkan “Buka Pintu” dan mereka telah memanjat pintu pagar dan menjerit supaya “membuka pintu dan jangan menjadi barua UMNO”. Pintu pagar upsi telah digegarkan oleh mereka , ada yang memanjat pagar untuk memasuki dan apabila masa yang diberikan tamat, ocpd mengarahkan polis penangkap membuat tangkapan kepada kelompok tersebut selain ingin mengelakkan mereka menceroboh ke dalam upsi dan dibimbangi akan bergaduh dengan anggota pelajar suksis upsi, serta pemimpin pelajar yang berada dalam kampus. Pelajar-pelajar UPSI di dalam pagar tidak rela kampus mereka dicerobohi oleh para pelajar luar.
Oleh kerana mereka tidak mengindahkan arahan polis supaya bersurai dengan aman, mereka telah bergelut dengan pihak polis untuk membebaskan rakan mereka yang telah ditangkap dan waktu itulah rusuhan berlaku dan ada di antara mereka telah memecahkan pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas untuk dapatkan rawatan. Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin klinik shifa. Polis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul, mereka yang melawan sehingga terjatuh, malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka. Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel. Pihak polis telah menangkap 17 orang dan membawa mereka ke Balai Polis Tanjung Malim untuk ditahan, termasuk Adam Adli.
Keadaan kembali tenang selepas polis menahan 17 orang tersebut dan mengarahkan semua bersurai, polis tidak menahan pelajar wanita kecuali seorang pelajar upsi yang hadir ke balai dengan sukarela dan ditahan di sana. Polis meneruskan pengawasan terutama jalan utama depan upsi sehingga pagi bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Tindakan sepenuh pada tanggungjawab polis kerana diluar kawasan upsi dan tnchepa mengarahkan agar staf/pelajar berada didalam dan tidak membuat provokasi, sekadar memerhati walaupun dituduh dengan pelbagai kata-kata kesat.
1 Januari 2012 menjadi satu tuitik tolak kepada kepeningan Brader Jai terhadap golongan-golongan Solidariti Minoriti Mahasiswa and the gang.Cam biasalah huru-hara tu dah jadi makanan dorang.Demm
Sekitar jam 1 pagi tadi mereka telah melakukan perhimpunan die hadapan pintu pagar timur UPSI...
Macam biasa bila da berkumpul,modus operandi yang sama
Membakar semangat peserta
Melakukan provokasi
FRU bertindak
Macam biasa,kata FRU ganas
Tampil dengan slogan "KEBANGKITAN MAHASISWA"
Geng-geng dorang akan post dalam semua group yang ada (kalau boleh group pasal perkahwinan pon dorang nk post)
Dengan kata-kata yang indah,madah yang puitis contohnya "Inilah perjuangan","semoga istiqamah" dan pelbagai lagi.For your info GENG-GENG PEMBANGKANG NI MEMANG TERKENAL DENGAN AYAT YANG BAIK-BAIK untuk mengcover (manglish) taktik depa nih...
KRONOLOGI KES
1.00a.m:
sorang penuntut UPSI ditahan....
dikenali sebagai FARHAN
*berlaku sedikit pergeseran sekumpulan penuntut dengan pihak penguasa di pintu tempat pelajar turun naik bas....
1.10 am:
sebuah trak polis kelihatan di pintu timur...
1.15 am:
keadaan tenang di pintu timur....
nampak trak terus terabur....
1: 22 am:
polis masih lagi menjalankan operasi sekatan jalan...
sebelumnya...presiden smm A. Syukri telah ditahan berhampiran kawasan UPSI....
1:35 am:
kelihatan rakan baik adam di kedai makan mamak tmn bahtera..
sebuah kereta kelihatan menuju ke rumah adam....
lokasi di PINTU UTAMAUPSI terkawal...
kelibat adam dikesan...
hehe....nak lari mana...
batalkan je hasrat nak letak kalungan tu kan senang...
aku nak supper jp...
nak tawan UPSI jadah dia....
ketua SMM dah kena cekup...
1: 50 am:
adam kelihatan di sekitar BHP PETROL jam 1.10 am
menaiki motorsikal...
memakai baju merah...
angkat bendera putih jelahkan senang....
2: 00 am:
wah!!!kelihatan sosok tubuh TNC HEP di pintu timur....
anggaran kasar dalam 30 orang di pintu timur....
10 orang anggaran daripadanya ialah POLIS...
2.05 am;
wah perjuangan tanpa pengaruh politik!!!
shit!!!
pas n pkr ada sekali...
terbukti pas dan pkr di belakang adam!!!
nanti aku update.....
seronok ni....
2:10 am:
celake!!!
slogan HANCUR UMNO kedengaran diPINTU UTAMA
dap, pas, pkr, smm n da geng...
di pintu utama!!!
adam dalam kumpulan tersebut...
wah aktiviti BERPUISI tgah berlangsung!!!
WANITA BERPURDAH menjadi BENTENG dlm 20 orang....
adam baru lepas talk...
2:15 am:
mereka tgah bentang kain putih....
kelibat farhan kelihatan...
dia bukan ditahan polis...
dia ditegur supaya tidak menyertai...
polis ni tak reti beza ke mana puak depa...
2:20 am:
perjuangkan KEBEBASAN AKADEMIK jadah dia...
slogan HANCUR UMNO...
jadi santapan malam ni...
POLIS dan FRU tengok je ke???
warning suruh bersurai je!!!
2:25 am:
keadaan tegang...
sial kamera gua masuk longkang!!!
2:30 am:
cilake!!!
adam menjerit UPSI KURANG HAJAR!!!
PERUSUH TELAH MEMECAHKAN CERMIN
KLINIK SHIFA!!!
ADAM DITANGKAP!!!
SAPA NAK GANTI!!!MEMANG SIAL....
baca seterusnya kronologi sebenar perlakuan pelajar yang kurang ajar daripada blogger brader Jai