Showing posts with label Boo Cheng Hau. Show all posts
Showing posts with label Boo Cheng Hau. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Akhbar Cina: PKR dan DAP Johor bergolak kerana si pengacau Chua Jui Meng


China Press
m/s A12, 20 Sept 2011

Maklumat bocor parti berpecah belah, DAP tolak perbincangan dengan PKR

19hb Gerisek Muar, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Johor Dr. Boo Cheng Hau mengakui, DAP boleh berbincang semula berkaitan pembahagian kerusi bertanding dengan Pas, tetapi bukan dengan PKR.

Dr. Boo berkata, pengerusi gabungan PKR negeri Johor Datuk Chua Jee Ming sendiri mahu orang “tutup mulut” sebaliknya ahli PKR sendiri timbulkan isu, sebab itu DAP perlu bersuara, jika tidak ia akan memburukkan suasana pengundi.

Beliau mengakui, setakat ini bukan masa yang terbaik untuk umumkan calon bertanding, pada keadaan sekarang ini, DAP tidak lagi umumkan kawasan mana yang DAP mahu tandingi, selama ini hanya PKR sahaja yang kecoh bocorkan rahsia itu.

Mungkin berlaku lawan tiga penjuru “perbincangan antara DAP dan PKR negeri Johor telah retak, adakah kawasan bertanding berlaku lawan 3 penjuru, ini perlu diserahkan kepada pusat untuk menentukannya”.

Boo Cheng Hau berkata demikian di sidang pemberita semasa adakan majlis bertajuk “tukar kerajaan, rakyat baru ada harapan” anjuran DAP Gerisek Muar.


PKR tidak ikhlas, Tiada sebab DAP lepaskan kawasan Tangkak

Boo Cheng Hau berkata, sebelum ini semasa perbincangan, pihak PKR langsung tidak ikhlas dan mengatakan DAP hanya boleh bertanding di kawasan majoriti kaum Cina yang melebihi 60 peratus. Ini adalah tidak wajar.

Boo Berkata, Chua Jee Ming adalah pengerusi PKR negeri Johor yang ke-5. Keempat-empat pengerusi PKR yang sebelum ini tiada masalah bekerjasama dengan DAP, di antara kami mempunyai persefahaman yang tertentu.

Boo mengingatkan Chua Jee Ming, Chua perlu tahu tradisi perbincangan antara ahli Pakatan Rakyat di negeri Johor.

Boo Cheng Hau juga anggap, DAP tiada sebab untuk lepaskan bertanding di DUN Tangkak.

Kawasan itu memang kawasan DAP, selain daripada PRU tahun 2004 diserah kepada PKR, pada PRU 2008 kita DAP sekali lagi bertanding di kawasan itu, pada masa sama kita juga minta calon Pas di Parlimen Ledang lepaskan calon mereka kepada PKR, supaya PKR dapat bertapak di situ.

Beliau berkata walaupun DAP kalah 200 lebih undi di kawasan Tangkak pada PRU 2008, selepas itu DAP dan pemuda DAP beterusan berkhidmat kepada masyarakat di kawasan itu.

Boo berkata, dari segi syarat-syarat keberadaan DAP di kawasan Tangkak, tidak ada sebab DAP melepaskan kawasan Tangkak.

Wednesday, September 14, 2011

Akhbar Cina: Krisis Boo Cheng Hau - Jui Meng - @ChuaJuiMeng sudah #GilaKuasa?






KJ mengibaratkan PR sebagai Cerberus, haiwan hodoh berkepala tiga


Nanyang Siangpau
Ruangan negeri Johor m/s C4
12 Sept. 2011

Isu penyebaran maklumat tentang pembahagian kerusi berlaku sebaran beracun
Boo Cheng Hau mahu PKR meminta maaf

11hb Kulai, Pengerusi Jawatankuasa DAP negeri Johor Dr. Boo Cheng Hau mahu PKR meminta maaf kerana menyebarkan dakyah beracun.

Malam semalam beliau menghadiri majlis makan malam DAP anjuran bersama DAP cawangan Kulai, DAP cawangan Taman Putri Kulai dan DAP cawangan Kulai Besar, dalam sidang media berkaitan kata-kata apa yang disiarkan oleh ketua bahagian strategi PKR negeri Johor di laman web Boo Cheng Hau mengulas kenyataan itu, di laman itu mengatakan bahawa Boo Cheng Hau pernah mengatakan “hanya saya Boo Cheng Hau yang mampu menang kerusi Parlimen di kawasan Gelang patah”.

Boo Cheng Hau anggap kata-kata itu mempunyai unsur fitnah dan berbohong, dan beliau menyatakan beliau tidak pernah mengeluarkan kata-kata itu, yang mengatakan beliau tidak mahu membantu PKR untuk berkempen di kawasan Gelang Patah.

Menuduh Chua Jee Ming Tidak Ikhlas

Boo Cheng Hau berkata: “Timbalan Pengerusi PKR Chua Jee Ming jangan asyik menyorok dan berdiam diri di belakang pembantunya. Dia sepatutnya tampil ke hadapan menjelaskan perkara yang sebenar. Kerana saya tidak pernah berkata demikian, itu semuanya adalah fitnah, saya minta PKR negeri Johor meminta maaf secara terbuka”.

Boo berkata, perbincangan berkaitan pembahagian kerusi DUN di negeri Johor Chua Jee Ming seperti tidak ikhlas.

Dr. Boo berkata, sejak tahun 1998 semasa perbincangan kerusi DUN antara rakan parti, dalam beberapa PRU telah berkerjasama baik dengan bekas pengerusi PKR negeri yang telah menyandang selama 4 penggal jawatan pengerusi PKT Negeri itu, hubungan kami amat akrab, dalam perbincangan pembahagian kerusi DUN tidak hadapi sebarang masalah.

DAP Lawan Di Kawasan Campuran

“Chua Jee Ming tidak langsung kemukakan cadangan, dan telah cuba beri kawasan yang tidak munasabah kepada DAP, menghadkan DAP hanya boleh bertanding di kawasan kaum Cina yang melebihi 60 peratus pengundi, dengan itu selama ini DAP terpaksa kekal di 6 kawasan Parlimen, jika mengikut peraturan yang digarikan itu, DAP hanya tinggal 2 kerusi Parlimen yang layak dipertandingkan, sepatutnya ada 12 kerusi DUN yang boleh dipertandingkan kini hanyat tinggal 7 kerusi sahaja.

Beliau berkata, peraturan itu tidak munasabah. Pada PRU lepas PKR tidak pun menang sebarang kerusi di negeri Johor, sebaliknya DAP menang 4 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen.

Dr. Boo berkata: “sebuah parti yang tidak pernah menang walaupun 1 kerusi sekarang mahu tambah lebih banyak kerusi dalam pencalonan, ini adalah satu perkara yang tidak munasabah. Kawasan yang dimenangi oleh DAP kebanyaknya di kawasan campuran.”

Gunakan Nama Pusat Untuk Memberi Tekanan

Boo berkata, Chua Jee Ming menegaskan Anwar Ibrahim yang mengarahkan Chua bertanding kerusi Parlimen di kawasan Gelang Patah. Kata-kata itu susah untuk dipercayai dan susah untuk memberi keyakinan pada orang lain. Bekas pengerusi PKR, Peguam Razak yang telah meninggal dunia, semasa beliau hidup pernah bekerjasama baik dangan DAP. Sepatutnya pada PRU lepas iaitu pada PRU 2008, DAP ambil kembali kawasan yang telah dieprsetujui, aitu dengan kata sepakat silih berganti dengan PKR di kawasaan bertanding, tetapi PKR disebabkan EN. Razak telah meninggal dunia, oleh kerana tidak ada sebarang bukti yang kukuh dalam perbincangan itu, PKR terus mahu bertanding di kawasan Gelang Patah tanpa usul periksa.

Boo berkata: “kami percaya Chua Jee Ming mahu melengah-lengahkan masa, seterusnya mahu perbincangan pencalonan diserahkan kepada Pusat kedua-dua parti itu, cuba mahu menggunakan pengaruh kuasa pusat untuk mendapatkan kerusi itu, itu berniat tidak baik. Sebenarnya di peringkat gabungan parti negeri boleh selesaikan masalah itu, tidak perlu dibawa ke pusat”.

Maklumat yang jelas kami dapat tahu, dalam pembahagian kerusi telah timbul banyak masalah, adakah akan berlaku pertandingan 3 penjuru. Boo Cheng Hau berkata, beliau tidak setuju berlaku pertandingan 3 penjuru dan beliau tidak galakkan berlaku pertandingan 3 penjuru kerana pertandingan 3 penjuru tidak memihak kepada PKR.

Popular Posts