Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Laporan Audit: Penang hancur di bawah PR. Loya apabila Harakahdaily jilat @cmlimguaneng #PenipuRakyat


[Nota: dipetik dari blog Cucu Tok Selampit]



Baca lebih lanjut mengenai putar belit Haprakdaily di sini.

Apakah yang Haprakdaily tidak laporkan di Pulau Pinang berdasarkan laporan AG yang sama adalah:

  • Pulau Pinang telah terlebih bayar seramai 37 orang pegawai negeri sebanyak RM109,170 dan juga terkurang bayar 13 orang pegawai sebanyak RM13, 500.
  • Jalan Raja Uda telah diperbesarkan untuk menampung lebih banyak kereta tetapi tidak boleh digunakan kerana tempat letak kereta digunakan secara haram untuk meletak kereta.
  • Kerajaan Persekutuan telah memberikan 868,000 kepada Pulau Pinang untuk penanaman semula pokok bakau. Walau bagaimanapun, hanya 24.5% daripada pokok-pokokyang masih hidup.
  • Hutang negeri Pulau Pinang hutang telah meningkat secara drastik dari 2006 hingga 2010 iaitu 2006 (RM442M), 2007 (RM497M), 2008 (RM625M), 2009 (RM684M) dan 2010 (RM688M).
  • Pulau Pinang tidak meluluskan RM1M untuk menaik taraf dan menyelenggara Jalan Permatang Rawa, walaupun audit mendapati 18 jalan berlubang dan membahayakan pengguna.
  • Pulau Pinang membelanjakan 18% lebih rendah untuk perumahan kos rendah pada tahun 2010 berbanding 2009.

Nota: Pujian kepada Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan di atas kajian semula beliau yang menyeluruh.

Saya tidak boleh menerima sama sekali orang-orang yang bercakap besar dan berlebih-lebihan tentang CAT Pulau Pinang yang kononnya teramat bagus, walaupun hakikatnya ia tidak realistik dan bias. Cukup-cukuplah menjilat LGE, Haprakdaily!

Tuesday, September 6, 2011

#Bersih Mat Sabu langgar perintah mahkamah pun boleh tuntut bil?

Edisi Bongkar ! Mat Sabu & DAP Seleweng Wang Rakyat ?!!




Dipetik dari blog MIM untuk tujuan rekod di dalam blog ini. Terima kasih blogger Dr Novandri Hassan Basri.


Edisi Bongkar ! Mat Sabu & DAP Seleweng Wang Rakyat ?!!
PANAS ! Guan Eng DAP Kantoikan Mat Sabu!

Akhirnya, isu kos perubatan Mat Sabu telah diakui dibiayai oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Dan bukannya didedahkan oleh Mat Sabu tetapi pengurus besar PBAPP sendiri, Jaseni Maidinsa dan Lim Guan Eng DAP! Di antara laporan berita tersebut :-
PBAPP general manager Jaseni Maidinsa confirmed he had personally verified Mohamad’s claims with the hospital, adding that it was not unusual for company directors to enjoy such health benefits.

“The health of the director is very important because he must attend board meetings. So we see it that way,” he said, adding that Mohamad’s board meeting attendance was 100 per cent.

Ramai yang menanyakan MiM sama ada Lim Guan Eng DAP berjaya diperangkap untuk mengakui sendiri tindakan PBAPP yang membiayai kos perubatan Mat Sabu yang tercedera semasa terlibat di dalam perhimpunan haram Bersih yang disahkan melanggar undang-undang.

Tidak pernah lagi kita terdengar satu perbadanan korporat yang membiayai perubatan pegawai mereka yang terlibat di dalam aktiviti haram yang melanggar undang-undang. Kumpulan mafia atau gangster.....mungkin ada peruntukannya!

Ada juga yang mengatakan bahawa dengan pengakuan Lim Guan Eng itu akan memudahkan ramai pihak mempersoalkan kewibawaan Setiausaha Agung DAP yang dilihat gagal mengemudi PBAPP sehebat kerajaan BN Pulau Pinang sebelum beliau.

Ada yang menganggap Lim Guan Eng sekarang adalah 'the living target' yang berjaya diperangkap untuk membuka pekung di dada sendiri setelah begitu lama berjaya menutup segala ketidakefesienan beliau sebagai KM Pulau Pinang.

Terpulang kepada analisa masing-masing tetapi pengakuan Jaseni Maidinsa dan Lim Guan Eng DAP bakal menimbulkan satu lagi persoalan besar yang pasti membuatkan mereka terkial-kial mencipta alasan untuk mempertahan justifikasi mereka membenarkan wang rakyat digunakan untuk kecederaan Mat Sabu.

Lim Guan Eng dan Jaseni Maidinsa akan berhujah kononnya Mat Sabu cedera bukan ketika melakukan aktiviti haram yang melanggar undang-undang. Tetapi seluruh rakyat Malaysia tahu Mat Sabu tercedera ketika terlibat di dalam perhimpunan haram Beersih 2.0.

Beliau melarikan diri daripada sekatan polis di Jalan Mahameru ketika dalam perjalanan ke Masjid Negara, satu tempat berkumpulnya juak-juak pro-Ambiga pro-murtad sebelum berarak ke jalanan.

Mat Sabu cuba melarikan diri daripada pihak polis yang mengejar beliau dan sebelum terjatuh di Sri Bukit Persekutuan.

Tidak pernah kita saksikan pihak polis mengejar seseorang kecuali seseorang itu didapati melakukan kesalahan. Dan tidak pernah pula kita lihat seseorang itu melarikan diri daripada pihak pokis jika tidak melakukan sebarang kesalahan! Tidak seperti Mat Sabu!

Dan dalam isu Mat Sabu, ianya sangat jelas.

Mat Sabu adalah di antara 66 orang yang telah disenarai hitamkan dan diperintahkan oleh Mahkamah agar tidak berada di Kuaka Lumpur pada 9hb Julai 2011.

Adalah satu kesalahah jika Mat Sabu berada di lokasi yang diharamkan oleh pihak mahkamah.

Satu lagi perkara penting yang perlu MiM katakan, perintah mahkamah berkuatkuasa daripada jam 8 pagi hingga 6 petang pada 9hb Julai 2011. Mat Sabu tergolek tercedera di sekitar jam 12 tengahari.

Apakah waktu itu bukan di antara 8 pagi hingga 6 petang?

Oohhh....mana mungkin Lim Guan Eng tahu kerana beliau bukan berada di Kuala Lumpur ketika itu!

Popular Posts