Showing posts with label Air Asia. Show all posts
Showing posts with label Air Asia. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

PM mahu MAS maju, #AirAsia terus jadi pendahulu. @TonyFernandes


PM komen pasal MAS dan Air Asia
SELASA, 18 OKTOBER 2011 00:19 NOOR HASILAH ISMAIL


Langkah kerajaan menggabungkan Penerbangan Malaysia dan Air Asia dibuat setelah memikirkan secara serius dan mendalam terhadap segala kemungkinan dan kesan terbaik yang dapat dihasilkan.

“Kami bukan sahaja mahu menyelamatkan Penerbangan Malaysia, tetapi mahu ia terus berkembang maju. Kami juga mahu Air Asia, sebuah produk Malaysia, kekal menjadi pendahulu dalam sektor penerbangan tambang murah,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Sambutan 100 Tahun Penerbangan di Malaysia di Hangar 6, di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang, pada Isnin.

“Yakinlah, kerajaan sentiasa berhati-hati terhadap pelbagai pembangunan yang sedang berlaku dalam industri ini dan kami akan memainkan peranan untuk memastikan sektor ini terus kukuh daripada pelbagai aspek,” katanya.

Najib berkata, memandangkan perkembangan dalam industri penerbangan, kerajaan sedar bahawa persekitarannya juga mesti disesuaikan dengan perubahan semasa dan ia juga harus dinamik.

Sehubungan itu, katanya kerajaan akan mewujudkan Dasar Penerbangan Nasional komprehensif yang memperincikan segala aspek utama penerbangan, hala tuju, objektif dan strategi masa panjang supaya ia dapat difahami dengan lebih jelas oleh semua pemegang kepentingan dalam bidang penerbangan. Beliau berkata, kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan akan merangka formula dasar berkenaan secepat mungkin.

“Saya yakin kementerian telahpun memulakan rundingan dengan beberapa pihak dan kerangka dasar itu akan siap dalam masa terekat. Saya yakin Dasar Penerbangan Nasional akan memberikan lonjakan dalam usaha Malaysia menghadapi masa depan penerbangan yang lebih cerah.

“Saya berharap dapat mengumumkan dasar ini selepas semua maklumbalas, pandangan dan kebimbangan pemegang kepentingan dipertimbang dan dinilaikan,” katanya.

Najib berkata, kerajaan sedar bahawa infrastrutur penerbangan adalah kritikal kepada pembangunan negara dan integrasi global. Katanya, Malaysia telah menikmati faedah daripada hubungan udara yang semakin luas yang secara langsung telah mengembangkan pasaran eksport secara global dan menjana pertumbuhan besar industri pelancongan.

Menurutnya, pada tahun lalu, jumlah penumpang di semua lapangan terbang telah meningkat 12 peratus kepada 57 juta. “KLIA sahaja mencatatkan lebih 34 juta pergerakan penumpang, iaitu meningkat 14.8 peratus dari tahun sebelumnya di mana 60 pesawat beroperasi di lapangan terbang yang mempunyai kemudahan bertaraf dunia.

Najib berkata pencapaian sektor penerbangan nasional adalah 12.5 kali ganda lebih baik berbanding pencapaian keseluruhan ekonomi negara dari segi pembangunan pelancongan, infrastruktur dan lojistik.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan lesen kepada 47 pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan penyelenggaraan pesawat. Daripada jumlah itu, 29 adalah anak-anak peneroka FELDA. – 18/10/11.

Wednesday, October 5, 2011

#AirAsia The Untold Stories: Wee Chee Keong mengarut! - @tonyfernandes (transkrip penuh wawancara)


Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula
AHAD, 02 OKTOBER 2011 06:30 HELME HANAFI


Bos Air Asia,Tan Sri Tony Fernandes kata beliau percaya pihak yang paling takutkan kerjasama MAS-Air Asia ialah Singapore Airline (SIA). “Bila kita bersama, kita semakin kuat dan saya percaya Singapura (SIA) takutkannya. SIA bagus kerana kita lemah, Malaysia, Thailand, Indonesia semuanya mempunyai syarikat penerbangan yang lemah,”katanya dalam interbiu dengan Agendadaily.

Beliau juga mengakui orang mengaitkan Air Asia dengan macam-macam khususnya Khairy Jamaluddin,menantu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi. “Orang kata itulah linknya macam-macam. Sebenarnya kami tidak dapat apa-apa, apa yang kami perolehi kebanyakkannya di zaman Dr Mahathir dan Datuk Seri Najib, di zaman Pak Lah hanya sedikit,” ujarnya.

Menurut Tony laluan antarabangsa pertama yang Air Asia perolehi ketika zaman Dr Mahathir. “Laluan yang kami dapat di zaman Pak Lah adalah KL-Singapura (yang jadi kontroversi). “Jadi cerita KJ hanyalah tentang bolasepak. Memang kami melobi, kami melobi semuanya. Kami perlu melakukannya untuk survive. “Kami dikecam kerana saya rasa apabila kamu mengecam Air Asia kamu dapat banyak publisiti,"katanya.


BERIKUT IALAH TRANSKIRP PENUH INTERBIU DENGAN TAN SRI TONY FERNANDES:

Air Asia kembali jadi perbualan ramai sejak umum kerjasama dengan MAS, ada banyak khabar angin, sebab itu kami mahu tanya sendiri semuanya dengan Tan Sri?

Ya, ada banyak khabar angin (mengenai Air Asia) antaranya kononnya dimiliki Tun Daim Zainudin dan lain-lain, selama ini saya tidak mempedulikannya, tetapi selepas kita bertemu, saya fikir, ya mengapa tidak dijelaskan saja.

Termasuk soal kerjasama MAS-Air Asia, saya tidak kisah untuk bercakap mengenainya, mengenai Wee Chee Keong (ahli parlimen Wangsa Maju), mana informasi yang dia dapat, semuanya mengarut. Dia telah ‘menyerang’ kami (Air Asia) sejak lima tahun lalu, tanpa saya tahu sebabnya, (mungkin) satu kapal terbangnya lambat… hmmm (ketawa).

Hari ini kamu tanya saya apa saja, Kalimullah, apa saja yang kamu mahu tahu, Tun Daim, Ananda Krisnan, KJ (Khairy Jamaluddin) semuanya.


Mungkin Tan Sri boleh ceritakan dari awal, bagaimana ia bermula, siapa yang terlibat dan yang berkaitan dengannya?

Saya dan Kamaruddin berdua pada mulanya, Kamaruddin saya kenal melalui Roslan Aziz, dulu saya bekerja dalam industri hiburan, bila saya balik (dari England) tidak ada musik tempatan, hanya ‘Mat Saleh musik’.

Kami mulakan musik tempatan, dengan Jamal Abdillah, Salem, dan Zainal Abidin, saya kenal dengan Roslan Aziz dan Roslan perkenalkan saya dengan Kamarudin.

Sampai satu hari saya jemu berkerja dengan orang asing, saya terfikir hendak buka syarikat penerbangan, dan Kamarudin adalah orang yang tidak ketawa dengan idea saya.

Dia orang yang terlibat dengan dunia kewangan. Jadi saya beritahu, boleh pergi cari RM20 juta, kita perlukan.


Mengapa syarikat penerbangan yang jadi pilihan anda?

Bila saya bersekolah di England, ayah saya hantar saya ke sana ketika berusia 12 tahun, tidak ada siapa yang menunggu di lapangan terbang, saya perlu menaiki bas ke sekolah itu, saya lakukan sendiri. Dan bayangkan ketika itu, bila saya sampai ke lapangan terbang, semua orang berkulit putih… kah kah kah (ketawa).

Ketika itu tidak ada telefon bimbit, perlu guna telefon awam, saya telefon emak tanya, boleh saya balik masa cuti penggal, emak saya kata, tidak boleh kerana (tiket penerbangan) terlalu mahal.

Dari saat itulah, saya terfikir, satu hari perlu buat penerbangan murah, perkara itu sentiasa ada dalam fikiran saya.

Ibu saya ketika muda memulakan perniagaan Tupperware di Malaysia, banyak staf saya kini adalah bekas pekerja ibu saya.

Saya selalu ikut dia terbang ke sana-sini untuk perniagaannya, jadi konsep penerbangan tambang murah ini sentiasa bermain di fikiran.

Bila saya berhenti dari Warner Music, saya duduk di bar dan lihat iklan Easyjet (syarikat penerbangan murah England) dan saya terfikir wow, idea ini bagus.

Kemudian saya pergi ke lapangan terbang Luton, sunguh mempersonakan, boleh terbang ke Barcelona tambah lapan pound, ke Paris 10 pound.


Saya jumpa Kamarudin dan beritahu hendak buka syarikat penerbangan, dia tak kata ‘idea bodoh’ atau seumpamanya, dia kata okay.

Kami jumpa, saya terangkan kepadanya, dia kata, okay, saya join, dan kemudian tanya, apakah saya nak gunakan duit saya sendiri, saya kata ya, dia kata okay, saya setuju kita bahagi 50-50, saya kata ini idea saya bagilah saya 51, dia kata okay. Selesai.

Kemudian saya ajak Aziz Bakar sertai kami, kami bertiga dengan modal RM 1 juta, (Aziz tak letak duit). Kami mula duduk bersama, dan mula buat bisnes plan.

Ia agak mengejutkan sebab kami semua tidak ada pengalaman dalam dunia penerbangan. Kami dapat dari internet.

Kemudian, kami jumpa dengan Datuk Pahamin (Ab Rajab) (bekas Ketua Pengarah Jabatah Pengangkutan Jalan) kami pernah berkerjasama hapuskan cetak rompak ketika saya masih dalam industri hiburan.

Kami jumpa (bertiga) dan makan roti canai, kemudian Aziz buka cerita, “eh macam mana kita hendak dapat lesen penerbangan? “ Kami semua saling berpandangan, “Yalah macam mana hendak dapat lesan penerbangan..” sudah tentu tak boleh dibeli di kedai… kah kah kah (ketawa)




Kemudian Kamaruddin kata “Kita perlukan sokongan politik,” sekali lagi kami saling berpandangan… kami tak kenal siapapun… kah kah kah

Kami kemudian pergi jumpa Datuk Pahamin, terangkan kepadanya, dia suka idea itu dan setuju, dia ada pengalaman dalam Kementerian Pengangkutan, bila timbul soal lesen, dia kata, kita perlu berjumpa Perdana Menteri Dr Mahathir.

Jun 2001, kami bertiga saya, Aziz dan Pahamin, Kamarudin tidak dapat sertai.

Saya sampai awal, ketika sampai, pagar pun belum buka, tidak lama kemudian, bila boleh masuk, kami duduk menunggu sampai ada orang datang, mereka kenal Aziz, dan tanya “Jumpa PM sebab cetak rompak ke?” kah kah kah

Semua orang kenal kami sebagai orang dalam industri hiburan, tapi Aziz kata “Tidak kami mahu buka syarikat penerbangan,” “semua ketawa” kah kah kah.

Semasa kami menunggu, ada pegawai PM beritahu, hari ini bukanlah hari yang baik untuk bertemu PM, saya tanya mengapa, katanya, temujanji pertama PM hari itu adalah dengan pembangkang.

Ia berhubung isu sakit belakang Anwar Ibrahim yang dipenjara ketika itu, yang hadir jumpa PM termasuk ketua pembangkang Datuk Fadzil Noor.

Saya diam, kemudian diberitahu, temujanji kedua PM hari itu adalah dengan MAS, wah lengkap, mula-mula pembangkang kemudian dengan MAS, kamu bayangkan…kah kah kah (ketawa)

Saya terfikir hendak tulis semula CV dan pergi ke BMG Music… hahaha
Ketika beliau masuk ke pejabat PM, luas sungguh, Dr Mahathir kamu tahulah, dia serius orangnya dan terus berkata, “I’m sick, make it fast,”.

Saya terfikir, mula-mula pembangkang, kemudian MAS dan kini PM kata dia tidak sihat. Hahaha, lengkap.

Saya fikir habislah, saya tidak bercakap soal cadangan kami lagi, sebaliknya, sebagai orang dari industri hiburan, saya beri PM satu CD album terbaru SM Salim dan Siti Nurhaliza, rakaman terakhir saya, saya tahu PM peminat SM Salim.

Bila hilang kekok, baru saya bentangkan cadangan saya, Dr Mahathir tidak kata apa-apa, dia hanya senyum sikit bila saya bergurau tentang Singapura, tetapi akhirnya, kami semua terkejut, kerana PM tahu semuanya tentang penerbangan tambang murah.


PM kata dia suka lihat kesungguhan kami, walaupun latar belakang kami bukan dari industri penerbangan, tapi kami menunjukkan kesunguhan, dan dia yakin akan berjaya.

PM akhirnya kata, “Saya tidak ada masalah dengan idea kamu…” kami semua teruja dengan komen dia untuk setengah minit, dan kemudianya dia kata “Tapi… kamu kena ambil alih syarikat penerbangan yang ada, ada dua syarikat penerbangan yang gagal, kamu kena ambil alih yang sudah ada…”

Pertemuan berakhir, kami keluar dan berfikir, duit ada sejuta sahaja, macam mana hendak beli syarikat penerbangan, tapi saya positif.

Kami pergi ke Pelangi Air, anak syarikat milik kerajaan Terengganu, tapi kami dapati sukar untuk baik pulih syarikat itu.

Entah bagaimana, satu hari saya sedang bermain golf saya terlihat kawan lama DRB Hicom, saya teringat tentang Air Asia kepunyaan mereka, saya tanya kepadanya, dia soal semua, “kamu mahu membelinya? Esok pun boleh…kami tidak mahukannya”

Kemudian kami atur pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi DRB Hicom, konsisten, mereka mahu jualnya, mereka tanya saya berapa saya hendak beli, saya bergurau RM1, ya kata mereka esok kamu boleh ambil alih.

(Nota: Ketika itu Air Asia ada hutang sebayang RM40 juta, dengan dua pesawat dan 254 kakitangan)

Kami setuju dan tandatangan perjanjian pada 8 september 2001, 10 tahun dulu. Kami tiada modal, saya dan Kamaruddin cagarkan rumah kami pada bank untuk cari modal.

DRB Hicom banyak membantu kami diperingkat permulaan, saya perlu nyatakannya. Kami syarikat penerbangan berlandaskan syariah sebenarnya. Kami satu-satunya penerbangan yang tidak menjual alkohol di rantau ini.

(Ahmad Faizul) ini antara paling awal sertai kami. Dia buat macam-macam tugas, pengurus kabin crew dan lain-lain. Dia dari MAS, sekarang dia jaga komunikasi saya.

Dia bacth yang ke lapan, satu sampai tujuh staf asal ketika bersama DRB Hicom lagi, dia yang ke lapan, dan kini kami ada 127 bacth dalam masa sepuluh tahun.

Saya ingin tekankan bahawa, kami syarikat 1Malaysia dari awal lagi, dan kami juga syarikat bumiputera, ini bukan Ali-baba, Kamaruddin, Aziz Bakar dan Datuk Pahamin adalah pemegang saham yang aktif dan kami kawan.

Kalau kamu lihat Pegurus Kanan Air Asia kamu dapati ramai bumiputera, tapi tidak pernah terfikirkannya, dan kami tidak bercakap soal kaum di sini, semua dinilai kerana merit masing-masing.

Majoriti staf adalah bumiputera. Pembahagian tugasnya mudah, Kamarudin jaga kewangan dan korporat, Aziz Bakar jaga PR, dan saya jaga marketing dan operasi.


Apa laluan penerbangan yang mula-mula anda perolehi?

Memula-mula saya dapat laluan ke Langkawi, kemudian dapat Pulau Pinang dan selepas dua tahun kami beroperasi semuanya jadi lebih mudah. Pada kami orang ramai, rakyat yang banyak membantu kami.

Kerana sebelum itu sukar untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan (mahal). Orang ramai yang berjuang untuk kami. Sebenarnya orang pertama yang membantu kami dari segi media adalah Rokcy Bru (Ahtirudin Atan) dan NST.

Dia adalah editor Malay Mail, saya duduk dengan beliau, dan beliau banyak membantu, juga Utusan dan Berita Harian, Datuk Manja Ismail. Aziz Bakar kenal mereka ini semua.

Apa cabaran-cabaran yang anda hadapi?

Macam-macam, antaranya Sars (virus), selsema burung, orang takut untuk terbang, semasa Sars (kematian pertama rakyat Malaysia pada 5 April 2003) yang menjadi bukti semangat Air Asia tidak luntur. Kebanyakkan syarikat penerbangan kurangkan pengiklanan.

Kami pertingkatkan iklan, saya tahu orang ramai, mereka mahu tambang murah, jika RM800 ke Kota Kinabalu, mereka akan fikirkannya, tetapi jika tiketnya hanya RM80, tiada yang kisah tentang virus sars. (ketawa)

Penumpang tidak penuh, tetapi okay. Juga masa bom Bali (Disember 2002), ramainya batalkan penerbangan, kami dan NST lancarkan kempen bersama. Kami selalu lawan cabaran ini.



Bagaimana anda membina syarikat ini?

Kami membina jenama, tidak ada syarikat Malaysia yang melabur seperti kami, kami taja MU, pengadil, Formula 1, LA Rangers, kamu tidak boleh pergi dari 200,000 penumpang kepada 30 juta penumpang tanpa melabur.

MAS perlu membina jenamanya.Taja golf atau apa saja, Emirates ada di mana-mana. Kamu potong kos di sana sini, dan akhirnya kamu tiada keuntungan, tiada gunanya.

Syarikat Malaysia kurang pentingkan pembangunan jenama, kami sebaliknya, saya ke Liga Perdana Inggeris, bentangkan kepada mereka mengapa perlu menyokong syarikat Malaysia.

Ini kerana rakyat Malaysia sudah menonton Liga Perdana Inggeris sejak 60 tahun dulu.

Membina jenama adalah amat penting pada syarikat yang ingin berkembang, ketika kami menaja MU, saya dan Kamarudin ke Old Trafford, kami tidak menonton perlawanan, kami menonton papan iklan… hahaha wow Air Asia.. haha.

Kami bawa pasukan MU dalam penerbangan kami. Itulah kali pertama semua pemain hendak ikut serta dalam program bersama penaja, kerana apa? Kerana ada 25 gadis cantik (kabin krew Air Asia) yang melayan mereka sepanjang penerbangan… hahaha

Kami melabur banyak pada membina jenama.

Bagaimana timbul cerita Air Asia dan Khairy Jamaludin…?

Oh KJ, okay saya ceritakan, saya tidak mengenalinya, hinggalah kami bertemu di satu majlis rumah terbuka, kami berbual, kemudian dia datang bertemu saya untuk pasukan bola My Team.

Dia kata bolehke kami bawa pasukan My Team ke Old Trafford… saya kata idea hebat, kerana idea pada kami adalah tentang impian… dan dari situlah masalah bermula.

Orang kata itulah linknya macam-macam. Sebenarnya kami tidak dapat apa-apa, apa yang kami perolehi kebanyakkannya di zaman Dr Mahathir dan Datuk Seri Najib, di zaman Pak Lah hanya sedikit.

Bukankah Air Asia dapat laluan antarabangsa di zaman Pak Lah?

Tidak, laluan antarabangsa pertama kami ketika zaman Dr Mahathir. Laluan yang kami dapat di zaman Pak Lah adalah KL-Singapura (yang jadi kontroversi).

Jadi cerita KJ hanyalah tentang bolasepak. Memang kami melobi, kami melobi semuanya. Kami perlu melakukannya untuk survive.

Kami dikecam kerana saya rasa apabila kamu mengecam Air Asia kamu dapat banyak publisiti. Kami adalah syarikat orang ramai.

Lembaga pengarahnya orang yang sama sejak awal. Tidak ada (Tun) Daim, Mohzani (Mahathir) Nazir Razak, semua yang dilinkan dengan kami. Lembaga pengarahnya orang yang sama.

Timbul cerita anda proxy kepada Ananda Krisnan kerana AK pada setiap pesawat?

AK sebelum masa saya ambil alih. DRB Hicom pilih AK, bila mereka mulakan Air Asia, ada AA, AB, AC… AA ialah American Airlines, AB kepunyaan orang lain, AC Air Canada… dan mereka dapat AK, kalau AK (Ananda Krisnan) saya punya tauke, saya tidak ada masalah (seperti ini).

Kamu boleh periksa rekod, Tan Sri Yahaya Ahmad (Allahyarham) yang pilih AK, ketika itu saya masih dalam industri hiburan.

Apa cerita dengan Kalimullah?

Kisahnya bermula bila saya ada idea mengenai Air Asia X, kami mencari pelabur, ECM (Libra) antaranya (syarikat dikaitkan dengan Kalimullah). Jadi bila kami hendak mulakan, Kalimullah kata boleh dia melabur, dan dia letak duitnya sendiri, saya kata okaylah. Dia dan rakan kongsinya.

Saya, Kamarudin, Azran (Osman Rani, Datuk Pahamin, Aziz Bakar, semua join, dan Kalimullah masih pemegang saham.



Apakah Azran dibawa masuk oleh Kalimullah?

Tidak, saya yang bawa dia masuk, saya bertemu dengannya dalam satu program Khazanah dan bawa dia masuk.

Ada dakwaan yang mengatakan kerjasama Air Asia dan MAS ini hanya menguntungkan anda dan membunuh MAS?

Idea tentang kerjasama ini adalah kita hidup dalam dunia yang global, dan Malaysia adalah negara kecil. Dalam dunia penerbangan, Air Asia, Air Asia X dan MAS perlu bersaing dengan SIA (Singapura Airlines). SIA memiliki Tiger Air.

Kita perlu bersaing dengan Qatar, Emerites dan banyak lagi syarikat besar dan kukuh.

Falsafah kami dalam kerjasama ini adalah daripada bersaing sesama sendiri, mari kita berkerja bersama, dengan berkerja bersama ini, kita akan jadi syarikat penerbangan yang kuat dalam industri, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.

Air Asia mempunyai 9000 pekerja secara langsung dan puluh ribu secara tidak langsung di Malaysia.

Jika kita bergaduh sesama sendiri, kita hanya akan membunuh sesama sendiri dan merugikan pembayar cukai.

Dan jika kita berjaya, kerajaan memungut lebih banyak cukai korporat, ia bagus kepada rakyat kerana mengurangkan cukai individu.

Jadi ideanya adalah syarikat Malaysia bekerjasama dalam dunia yang global.

Bila kita bersama, kita semakin kuat dan saya percaya Singapura (SIA) takutkannya. SIA bagus kerana kita lemah, Malaysia, Thailand, Indonesia semuanya mempunyai syarikat penerbangan yang lemah.

Perkara lain adalah, saya minta mereka yang kritik kami, supaya bertemu kami, dengar penjelasan kami.

Sekurang-kurangnya kamu dapat dua cerita. Saya tidak ada apa hendak disembunyikan. Kami hanya hendak lakukan yang terbaik kepada negara ini, pekerja dan pemegang saham.


Pembangkang mempersoalkan kerjasama MAS dan Air Asia… apa komen?

Kami dipersoalkan oleh kedua-dua pihak, ada 27 soalan di Parlimen mengenai kerjasama ini. Saya tidak mahu kata pembangkang benar atau salah, sebaliknya semua pihak sepatutnya datang bertemu kami dahulu.

Tiada ahli parlimen pembangkang atau kerajaan yang bertanya soalan bercakap dengan kami dahulu.

Sekurang-kurangnya ‘find out’ apa sebenarnya.

Persepsi yang dicipta selepas kerjasama ini adalah MAS tidak berada dalam posisi sebaiknya, lebih menguntungkan Air Asia dan kamu beli QPR (kelab liga perdana Inggeris) dalam masa yang sama?

Kalau kamu nak cari salah, kamu akan jumpa. Nilai syarikat berasaskan pasaran saham. Ia bukan bail-out, Air Asia tidak bawa masuk tunai ke MAS, ia perteukaran saham. Dan merisikokan kedua-duanya.

Jika (saham) Air Asia menurun, MAS juga turun, jika MAS turun, saya dan Kamarudin juga rugi.

Ia bukannya bail-out. Dan mengenai pembelian QPR, kamu sedar tidak, sejak sebulan lalu, MAS dapat begitu banyak publisiti… sebelum ini jika kamu pergi ke London dan minta mereka namakan syarikat penerbangan dari Malaysia, mereka akan kata Air Asia.

Kalau kamu ke Australia, mereka akan kata Air Asia X, Air Asia X belanja empat kali lebih banyak dari MAS (dari segi iklan). Kamu perlu berbelanja. Itu adalah promosi.

Sebenarnya kes QPR saya yang rugi, jersi mereka masih biru (warna MAS) bukannya merah… kah kah kah (ketawa) saya yang kena jawab dengan lembaga pengarah Air Asia.

Tapi beri kami masa, saya yakin kerjasama antara MAS dan Air Asia akan menjadikan kita semua berjaya.

Tan Sri sebut tentang mengambil semua ‘lost trafik’ boleh dihuraikan lebih lanjut…?

Dengan kerjasama ini saya katakana, Malaysia punyai model yang sama dengan Singapura. Kita perlu ambil semula pasaran kita. Mereka untung dari pasaran Malaysia dan Indonesia.

Apa yang penting untuk ambil semua trafik yang hilang kepada syarikat-syarikat lain. Contohnya, berapa ramai rakyat Malaysia pergi ke Jeddah, dan berapa ramai pulak yang menggunakan Jordanian, Emirates, Etihad, Egypt Air, kita ada empat pesawat sehari ke sana, dan dengan kerjasama ini kita boleh ambil semula ‘lost trafik’ tersebut.

Kita bawa semula ‘lost trafik’ itu sahaja dan jika berjaya itu sudah cukup mengguntungkan kita.

-4/10/2011 - OLEH HELME HANAFI DAN MOHAMED HIEKAL

#AirAsia: Awang Adek - siapa guna siapa? @tonyfernandes


Putrajaya: Hayat CCF MAS-AirAsia lima tahun, boleh dilanjut
October 04, 2011

KUALA LUMPUR, 4 Okt — Rangka Kerja Kolaborasi Komprehensif (CCF) yang disertai Malaysia Airlines (MAS) dan Kumpulan AirAsia merupakan sebahagian daripada rancangan pemulihan MAS.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata MAS akan terus menumpukan usaha untuk memperbaiki operasi dan memperkukuh kewangannya dalam usaha menjadi syarikat penerbangan yang berdaya maju.

“MAS telah pun memulakan perbincangan dengan kesatuan sekerja untuk menjelaskan CCF secara terperinci.

“CCF dijangka memberi manfaat kepada tiga kumpulan iaitu pemegang saham, orang ramai dan kakitangan,” katanya ketika menjawab soalan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) di Dewan Rakyat hari ini.

Sabtu lalu, lapan persatuan dan kesatuan pekerja MAS menggesa kerajaan membatalkan kerjasama antara MAS dan Kumpulan AirAsia atas alasan ia merugikan syarikat penerbangan nasional itu.

Saifuddin ingin tahu perihal perjanjian pertukaran saham MAS-AirAsia dan kesannya terhadap masa depan industri pengangkutan udara negara.

Awang Adek berkata CCF merupakan rangka kerja yang menggariskan prinsip-prinsip panduan yang mesti diikuti ketiga-tiga pihak dan melibatkan tiga perkara utama iaitu perjanjian kerjasama, perjanjian pemegang saham dan pengawasan.

Beliau berkata tempoh CCF adalah lima tahun dengan pilihan untuk melanjutkan tempoh perjanjian selama lima tahun lagi.

“Tempoh ini adalah bagi memberikan masa yang secukupnya untuk semua pihak memperoleh manfaat yang ketara hasil jalinan bersama,” katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berkata secara rasionalnya CCF dapat membantu meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan kepada pelanggan serta mengukuhkan persekitaran industri penerbangan negara selain meneroka bidang-bidang kerjasama yang berpotensi termasuk pembelian pesawat, kejuruteraan, perkhidmatan darat dan sokongan, perkhidmatan kargo, katering dan latihan.

Mengulas mengenai pertukaran saham itu, Awang Adek berkata sehingga 20 September, para pemegang saham utama MAS adalah Khazanah Nasional Bhd sebanyak 48.87 peratus, Tune Air Sdn Bhd (20.5 peratus) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (10.54 peratus).

Para pemegang saham utama AirAsia setakat 23 September adalah Tune Air Sdn Bhd 13.1 peratus, KWSP (10.35 peratus), Khazanah Nasional Bhd (10 peratus), Genesis Smaller Companies (5.43 peratus) dan Wellington Management Company (5.04 peratus), katanya.


Government says MAS-AirAsia share swap only option left
By Shannon TeohOctober 04, 2011

KUALA LUMPUR, Oct 4 — Putrajaya insisted today it had “no choice” but to implement the controversial share swap with AirAsia to avoid having to bail out Malaysia Airlines (MAS) after Barisan Nasional (BN) lawmakers questioned the deal in Parliament today.

The Finance Ministry told Parliament that efforts to turn around MAS had only been “moderately successful” as seen from the flag carrier’s loss of RM770 million in the first half of the year.

“We had no choice. If it continues to make losses and the government has to inject funds, then there will be even more anger,” said Deputy Finance Minister Datuk Awang Adek Hussin.


Tan Sri Azman Mokhtar, Tan Sri Md Nor Yusof, Tan Sri Tony Fernandes and Mohd Rashdan Mohd Yusof during the signing ceremony of the share swap between MAS and AirAsia in Kuala Lumpur on August 9, 2011. — file pic

He said this in response to a question by Arau MP Datuk Ismail Kasim who said there was no reason for the 64-year-old airline to “learn from a chief executive officer from the music industry,” referring to AirAsia boss Tan Sri Tony Fernandes.

“Who is using who?” the Umno lawmaker asked.

His BN colleague Datuk Dr Marcus Majigoh also called on the government to explain how MAS had racked up such massive losses.

“MAS used to be a great company. Whoever has abused power must be punished,” the Putatan MP said.

Fernandes, who now sits on the MAS board to ostensibly help turn it around, has faced strong opposition from the right-wing Malay ground and Malaysia Airlines (MAS) staff since the swap was agreed two months ago.

Critics have accused the budget carrier’s ambitious boss of taking advantage of the loss-making national airline to fuel his personal ambitions, the latest being the acquisition of English Premier League club, Queens Park Rangers.

The national carrier will sponsor QPR’s home jersey for the next two seasons, while AirAsia’s logo will be emblazoned on the team’s away and third kits in a “multi-million pound” deal.

The August 9 deal allowed state investment arm Khazanah Nasional to swap a 20.5 per cent stake in MAS for 10 per cent in Asia’s top money-making budget carrier.

Awang was forced to repeatedly assure Parliament today that the deal “is based on the guiding principle that no one loses out and it will benefit all parties.”

The share swap is part of a Comprehensive Collaborative Framework between MAS, AirAsia and also low-cost international airline, AirAsia X, which will last for five years with an option to double the time span.

Awang also said that Khazanah was currently undertaking due diligence before deciding whether to take a stake in AirAsia X.

Monday, October 3, 2011

Tun M - Tragedi jika Mas tidak bersedia belajar dengan #Air Asia. @tonyfernandes


[Nota: Dipetik dari blog Tun Dr Mahathir, Negarawan Ulung Malaysia. Saya turut memetik dua komen yang menarik di dalam blog tersebut]

Chop
September 30, 2011 at 7:38 pm | Permalink

Salaam Tun.Sebagai bekas pekerja MAS,saya (sebenarnya kami suami-isteri adalah bekas pekerja MAS) dapat merasai sentimen MAS sebagai National Carrier yang terpaksa bergabung dengan syarikat pesaing.Saya faham ego yang terpaksa ditelan.Walaubagaimanapun selama manakah kerajaan terpaksa memberi bantuan kepada MAS yang menjadi satu libiliti secara ekonomi serta politik?Saya punya nilai nostalgia yang tinggi kepada MAS tetapi di masa yang sama waktu telah berubah,syarikat penerbangan legasi di seluruh dunia sedang menghadapi cabaran yang cukup kuat di era LCC,tak kurang yang dah tutup kedai.Sekarang saya sudah berkecimpung selama 22 tahun di dalam industri ini,separuh darinya adalah di dalam MAS,saya sokong pengabunggan ini kerana ia mampu memberi impak tinggi dengan mengabungkan kekuatan kedua2 syarikat.Sebagai contoh,berapa billion kah setahun mengalir keluar ke Singapura kerana AK perlu menghantar pesawat2 nya untuk baikpulih (C-Check)?Kalau di lakukan di Hangar MAS,berapa ramai rakyat akan mendapat limpahannya?Saya juga dapati struktur MAS tidak dinamik,kakitangannya tidak dilatih untuk multitasking,yang dapat menjimatkan banyak wang serta lebihan kakitangan di jabatan2 tertentu,Karenah birokrasi yang masih tinggi serta pembaziran/ketirisan yang masih berleluasa.Sekian
W’salam

amin tan
September 29, 2011 at 9:58 pm | Permalink

Dear Tun,

I should say 95% of Malaysia’s current development is under your watch. I went to Phnom Penh, Cambodia last week. It was like Malaysia of Pre Mahathir era.

Some Malaysians are not grateful and condemned Tun bitterly. They should visit countries like Cambodia, then they will realise the huge contribution of Tun Dr Mahathir to our prosperity and affluent society.

It was Tun Dr Mahathir who allowed Tony Fernandiz to translate his considerable talent and ability and make Air Asia a success story. Tony is not a Malay and Tun Dr Mahathir help him and thus help the nation and I don’t agree some people say Tun Dr Mahathir is a racist. In the beginning of Air Asia business, MAS was losing money even though it was a monopoly. Very fast Air Asia became successful and made MAS so shameful.

I salute Tun Dr Mahathir for being such a good Prime Minister of Malaysia and make Malaysia to become a successful country.

amin tan

_____________________________________________________________________________


SOKONGAN TERHADAP MH / AK
SEP27
2011 58 COMMENTS BERTULIS OLEH CHEDET

1. Saya telah ditanya mengapa saya menyokong usaha membawa MAS dan Air Asia bersama-sama. Tidakkah saya tahu bahawa ia adalah satu tawaran yang tidak baik; bahawa MAS telah ditipu oleh Air Asia?

2. Saya menyokong kerjasama MAS / Air Asia kerana selepas bertahun-tahun, sekarang saya telah merasa bosan dengan pengurusan MAS. Kerajaan telah menyokong MAS dengan dana dan perlindungan tetapi MAS masih belum berada dalam kedudukan baik.

3. Air Asia merupakan pendatang baru tetapi ia telah berjaya mengekalkan dirinya. Walaupun memberikan tempat duduk percuma dan tambang murah, ia masih masih wujud. Dan ia nampaknya membuat sejumlah keuntungan.Sepatutnya ia sudah ditutup sekarang. Bahawa ianya masih wujud tentulah disebabkan pengurusannya mengetahui sesuatu yang tidak saya ketahui.

4. Saya telah melawat ibu pejabat Air Asia dan saya terbang menggunakan Air Asia ke London dan sedikit sebanyak saya memahami bagaimana Air Asia beroperasi.

5. Marilah kita mengambil satu contoh. Air Asia Airbus A340 terbang ke Stanstead, England, dengan muatan penuh penumpang dan saya maksudkan benar-benar penuh. Kelas Perniagaan juga penuh.

6. Saya tidak akan menyebut layanan VIP yang saya terima. Ia bukan sesuatu yang standard dan oleh itu ia tidak harus disebutkan sebagai contoh.

7. Tetapi apa yang saya sedari mengenai operasinya; bahawa setelah diterbangkan selama 13 jam tanpa henti dari KL-London, pesawat itu terbang kembali ke KL satu setengah jam kemudiannya (tentunya dengan anak-anak kapal yang berbeza).

8. Tetapi pesawat MAS berada di landasan di Heathrow sekurang-kurangnya 12 jam. Untuk sesetengah laluan krew udara akan tinggal di hotel selama empat hari sebelum terbang pulang.

9. Apabila syarikat penerbangan tinggal di landasan, ia tidak akan membantu mendapatkan pendapatan untuk syarikat. Sebaliknya mereka perlu membayar caj parkir. Pesawat komersial harus terbang kebanyakan masa. Hanya dengan itu mereka akan mendapatkan wang untuk syarikat penerbangan. Dan krew udara juga harus terbang pulang selepas keperluan lain mengikut peraturan penerbangan. Adakah rahat selama empat hari diperlukan untuk mengesahkan bahawa krew sihat untuk terbang.

10. Ini hanya salah satu contoh pengurusan yang tidak begitu baik. MAS mempunyai ramai kakitangan tetapi Air Asia membuat tugasan dengan kakitangan yang lebih kecil. Mereka terlibat membuat pelbagai tugasan (multi-tasking). Malah Air Asia melakukan apa sahaja yang mungkin untuk mengurangkan kos overhead. Amat menarik untuk membandingkan overhead MAS bagio setiap pesawat dengan overhead (setiap pesawat) Air Asia.

11. Lama dahulu saya telah memberitahu seorang pegawai kanan dalam MAS untuk belajar daripada Air Asia tentang operasinya dan bagaimana untuk mengurangkan kos. Saya tidak tahu sama ada beliau lakukannya atau tidak.

12. Apabila saya diberitahu oleh Azman Mokhtar bahawa MAS sedang mengkaji cara-cara bekerja bersama dengan Air Asia, saya tidak menentang. Malah saya mengalu-alukan cadangan itu.

13. Bagaimana kerjasama ini akan dijalankan – ia tidak diberitahu kepada saya. Itu terpulang kepada pihak yang berkenaan. Apa yang saya mahu lihat adalah agar pihak pengurusan Air Asia memainkan peranan, secara tidak langsung atau secara langsung dalam pengurusan MAS. Saya percaya Air Asia boleh menyumbang dalam, bidang ini; melainkan jika MAS tidak bersedia untuk belajar daripada syarikat penerbangan "murah". Ini akan menjadi satu tragedi.

14. Saya berharap saya telah menjelaskan sejelas-jelasnya pendirian saya tantang sebab saya menyokong MAS dan Air Asia bekerjasama.

Popular Posts