Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Sunday, August 4, 2013

China puji Tun M, 22 tahun penuh pengiktirafan. Nik Aziz? 23 tahun penuh kegagalan!

China iktiraf Tun M sebagai pemimpin `visionary'

Nik Aziz banyak menghina dan memperlekehkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Mungkin Allah swt sengaja nak tunjukkan kepada Nik Aziz dan kita semua, walaupun Nik Aziz hina dan perlekeh Tun M, namun dalam 22 tahun pentedbirannya, beliau telah mencapai pelbagai kejayaan di dalam negara dan di luar negara. Beliau juga telah menerima begitu banyak pengiktirafan bukan sahaja daripada masyarakat di Malaysia, tetapi juga di masyarakat antarabangsa. Allah swt beri Nik Aziz 23 tahun memerintah Kelantan, tak payah perintah Malaysia la, Kelantan saja. Namun 23 tahun Nik Aziz penuh kegagalan dan penghinaan. Sentiasa ingatlah - Wamakaruu wamakarullah, Inn-Allaha khairul maakiriin. dan innalillah wa inna lillahir raji'uun...


China: Tun Mahathir An Outstanding Statesman


BANGKOK: China’s Foreign Minister Wang Yi has described former Malaysian Prime Minister Dr Mahathir Mohamad as a truly outstanding Asean statesman with a strategic vision for understanding that a bigger and stronger China will benefit its neighbours.
“As Mahathir pointed out years ago, China’s development brings benefits to its neighbouring countries. It is an opportunity, rather than a threat.
“I believe that Mahathir did not make a casual comment here. He has a deep understanding of China,” Wang said in a speech at the opening of the High-Level Forum on the 10th Anniversary of the Asean-China Strategic Partnership here yesterday.
He added that China is fully aware that although its rapid growth has generated tangible benefits for its Asean friends, it has unavoidably, led to certain suspicion, concern or even misunderstanding.
“This is nothing to be surprised at because anyone could feel uneasy about a close buddy who has all of a sudden grown into a big fellow, “ said Wang.
He also said China is getting bigger and stronger. But its real development is with its ideals to strengthen its friendship and ensuring peace with its neighbouring nations.
Wang added that in five years, China’s imports will reach US$10 trillion (RM32.5 trillion) and its outbound tourists will be over 400 million.
In view of that, Wang said China and Asean should step up efforts to come up with an enhanced version of the China-Asean Free Trade Agreement to step up the regional economic integration.
He also said both sides should actively engage in maritime cooperation and make good use of the China-Asean Maritime Cooperation Fund, and that China welcomes more project proposals from Asean countries.
- Bernama

Thursday, December 29, 2011

#SaveKelantan Rakyat mengadu menderita 22 tahun diperintah #MBmalas?




22 tahun rakyat merana, balak habis pembangunan tak nampak, rakyat menderita minum air berkeladak, sekarang banjir, wakil rakyat tak pulak nampak?



KEGAGALAN KERAJAAN KELANTAN MEMBELA RAKYATNYA
Posted on Khamis, 29 Disember 2011by MymassaVoice in
http://mymassa.blogspot.com/2011/12/kegagalan-kerajaan-kelantan-membela.html


Berikut disiarkan emel kiriman dari Kota Bharu, Kelantan untuk pemikiran kita melihat kegagalan kerajaan Kelantan walaupun sudah lama mengumpul wang.


1. Kejadian bencana air pasang besar di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu. Ekoran daripada kejadian air pasang besar ini deretan 20-25 buah gerai makan terpaksa ditutup disebabkan gerai makan dimasuki air sedalam 0.3m-0.7m serta jalan utama yang melalui gerai berkenaan terpaksa ditutup kepada kenderaan dan ini menyebabkan kerugian kepada pengusaha gerai makan. Ketiadaan sistem perparitan juga menyebabkan aliran gagal mengalirkan air dikawasan ini.


2. Kegagalan pentadbiran PAS Kelantan dalam melakukan pembangunan tepi pantai iaitu pembinaan benteng pemecah ombak dan sistem perparitan di kawasan berkenaan perlu diketengahkan agar rakyat sedar bahawa pemerintahan PAS Kelantan hanya akan melaksanakan sesuatu pembangunan sekiranya melibatkan kepentingan diri dan bukan kepentingan rakyat. Pantai Cahaya Bulan merupakan tempat tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri setiap hujung minggu.


3. Penduduk mula merungut bahawa ADUN Kijang, YB Hjh. Wan Ubaidah serta Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, YB Datuk Hj. Abdul Halim gagal dalam mengangkat martabat Pantai Cahaya Bulan sebagai destinasi pelancongan apatah lagi keselamatan penduduk sekitar.


salam mesra,
Guruh Badai








Tuesday, December 27, 2011

[Kartun] Air Kelantan Terkotor: Nik Aziz hanya perlu tambah gula untuk buat teh




HIV/AIDS teramai; anak luar nikah teramai; air sungai terkotor; kejayaan 22 tahun pemerintahan Nik Aziz Balak habis, pembangunan tak nampak, 
rakyat menderita minum air berkeladak?


Wednesday, December 7, 2011

Perbandingan 22 Tun M, 3 tahun @NajibRazak dan 21 tahun Nik Aziz #GantilahJanganTido #saveKelantan



[Nota: 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohammad menjadi Perdana Menteri, banyak kemajuan dan pembangunan yang boleh diceritakan. Bukan saja pembangunan fizikal malah pembangunan modal insan, termasuk `psychological liberation' anak Malaysia melalui semangat Malaysia Boleh, yang mengeluarkan mereka dari perasaan rendah diri dan penjajahan minda bahawa Barat atau Orang Luar lebih baik dan lebih bijak dari mereka.

3 tahun Datuk Seri Najib Tun Razak, begitu banyak transformasi dilaksanakan, bermula dengan transformasi politik dalam parti dengan pindaan Perlembagaan UMNO; Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Politik dan terkini Program Transformasi Luar Bandar. Dari usaha menjadikan UMNO lebih terbuka, telus dan demokratik sehinggalah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat dan pindaan Seksyen 15 Akta Universiti Kolej dan Kolej Universiti. Dari Klinik 1Malaysia sehinggalah Kedai Rakyat 1Malaysia.

3 tahun sahaja. Apa ada selepas 21 tahun Nik Aziz berkuasa? Balak habis, pembangunan tak nampak, rakyat menderita minum air berkeladak? kadar HIV/AIDS, anak luar nikah tertinggi? Eloklah berundur atau eloklah rakyat Kelantan gulingkan diktator pemalas dan gagal ini!]


Eloklah Mursyidul Am Pas bersara - Tun Dr. Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya segera bersara daripada arena politik memandangkan Menteri Besar Kelantan itu sudah terlalu lama menyandang jawatan tersebut.

"Eloklah dia bersara, saya sendiri telah bersara dan dia lebih lama (berkecimpung dalam politik) daripada saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sempena pembukaan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz di Kota Bharu, Kelantan semalam yang mengulangi hasrat untuk terus bertanding pada pilihan raya umum akan datang biarpun telah menjadi wakil rakyat kira-kira 40 tahun.

Hasrat tersebut disebabkan Nik Aziz mahu terus melawan UMNO yang didakwa telah memecahbelahkan rakyat.

Menteri Besar Kelantan itu seterusnya memberikan alasan keputusan berkenaan dibuat kerana beliau telah banyak membawa pembangunan dan kemakmuran di Kelantan.

Dalam pada itu, kata Dr. Mahathir, kenyataan Nik Aziz tersebut menunjukkan pemimpin utama Pas tersebut sangat membenci UMNO.

"Bagi dia (Nik Aziz) lebih baik Karpal Singh (Pengerusi DAP) daripada UMNO. Itulah Nik Aziz," ujarnya secara sinis.

Tuesday, November 22, 2011

#SaveKelantan Disko Di Serambi Mekah: Nik Aziz memang masalah! Masa untuk gulingkan...


[Nota: Nik Aziz sememangnya gagal dan hanya beretorik tentang Pas dan negeri Kelantan. Tidak cukup dengan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu dan ADUN Selising yang bermasalah; sekarang kisah masalah sosial pula. Apa nak jadi Nik Aziz. Dah sampai masa untuk gulingkan Nik Aziz di Kelantan.]

Dipetik dari blog Double-Y

HOT : Kelantan Bandaraya Islam Ada Disko Bro....

Ini bukan wajah sebenar Agent Johnson Ok!
Agent yang dilatih khas oleh kickdefella nampaknya bakal mengegarkan lagi pejabat Menteri Besar Kelantan dengan siri pendedahan berikutnya.

Menurut blog Kickdefella - Agent Johnson baru-baru ini selesai dengan misinya menjelajah disko-dut yang terletak di Kelantan sebuah negeri yang dikenali dengan nama 'Serambi Mekah'.

Disko-dut ini juga dikhabarkan ada menghidangkan minuman keras tidak ubah seperti negeri yang diperintah oleh 'kafir' UMNO.

Dari blog Kickdefella :

Siapa kata di Kota Bharu Bandar Raya Islam tiada disko? Siapa kata Kerajaan PAS Kelantan berjaya menyelamatkan adik-adik kita dari terbiak di dalam budaya kuning? Agen Johnson tak kata.
Baru-baru ini Agen Johnson baru selesai operasi Disko-Dut di Kota Bharu Bandar Raya Islam. Agen Johnson meredah 3 pusat hiburan, dua darinya menghidangkan minuman keras dan satu darinya beroperasi sehingga subuh.
Semuanya di Kota Bharu Bandar Raya Islam.
Semuanya dirakamkan dengan bukti, tarikh dan waktunya sekali.
Bagaimanapun bagi tujuan keselamatan, tarikh ini hanya akan diberikan kepada pihak berkuasa di atas permintaan rasmi.
Kita tahu Kerajaan PAS Kelantan mengeluarkan lesen menjual arak atas alasan arak tidak diharamkan oleh agama lain sebagaimana judi? Tetapi bagaimana dengan lesen atau permit operasi pusat hiburan sehingga lewat malam?
Adakah dikeluarkan oleh MPKB Bandar Raya Islam dan lain-lain PBT. Adakah agama lain membenarkan berpoya-poya sehingga lewat malam? Atau alasannya sebab di Mekah pun ada juga tempat berpoya-poya sampai lewat malam?
Nantikan siaran penuh video tersebut yang menunjukkan apa sebenarnya yang terjadi di Bandar Raya Islam sewaktu pemimpin-pemimpin PAS sedang sibuk berceramah mahu mengambil alih negeri-negeri dibawah pentadbiran Barisan Nasional atas dasar mahu membersihkan segala maksiat dan budaya tidak sihat.
Sabar menanti..
YY : Kita samo-samo tunggu deh...hahaha!

Friday, November 18, 2011

Mursyidul Am Pas, Nik Aziz gagal tunjuk ijazah?


[Nota: Nak suruh bersumpah juga ke kes ni? Tidak mustahil Nik Aziz menipu. Kalau untuk mempertahankan Shahnon Ahmad yang mencarut, dia sanggup menyalah guna nama Tuhan sehingga Tuhan pun dikatakan mencarut, maka apa sajalah dengan dosa menipu ijazah. Ramai di kalangan ulama Pas ni penipu rupanya. Salah seorang yang paling utama adalah Dr Dr Mahfoudz Mohamad. Baca penipuannya dalam artikel "`Ulama' Pas, Dr Mahfoudz menipu dalam blognya". Boleh dikatakan dari ulama, pemimpin yang diberi nama alJilati, Khaled alMurtadi sehinggalah ke suami Cikgu Mala semuanya penipu. Kalau ulama dan pemimpin kanan pun menipu, apa lagi blogger dan cybertroopers Pas; dah tentu la penipu!]


Dipetik dari blog Double-Y

Nik Aziz Menipu Kelulusan Akademik?



Bukan sahaja menipu rakyat Kelantan dengan hukum Hudud, Nik Aziz Nik Mat juga dilaporkan menipu mengenai kelulusan akademik yang dimilikinya.

Blog GelombangKick semalam mendedahkan bahawa Universiti Deoband tidak wujud sebagaimana dinyatakan dalam kelulusan akademik Nik Aziz Nik Mat. Apa yang ada hanyalah Madrasah Darul Ulul Deoband.

Madrasah tersebut juga bukanlah bertaraf Universiti sebagaimana dinyatakan dalam biodata Nik Aziz Nik Mat :
BIODATA TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) – 1936.
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
Universiti Deobond, India – 1952.Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.
Dari blog Gelombangkick :
Apa yang menarik perhatian GK pada kali ini adalah berkaitan dengan pengajian Dato' Bentara Setia Yang dikhabarkan pernah belajar di Universiti Deoband India.Hasil penelitian GK sebenarnya tidak wujud universiti tersebut.
Deoband di utara Uttar Prodesh dan GK temui hanyalah Madrasah Darul Ulum Deoband.Apakah disitu tempat pengajian sebenar Dato' Bentara Setia Nik Aziz. Bagaimana pula dengan Universiti Deoband ?
Selain dari Deoband, madrasah Darul Ulum juga terdapat di Lucknow, Hyderabad, Mumbai dan beberapa tempat lagi di India. Namun begitu madrasah ini tidaklah bertaraf universiti (jamiah). Ada dikhabarkan Madrasah tersebut tempat golongan wahabbi, namun GK tak dapat pastikan sejauh mana kebenarannya, menjadi satu persoalan disini kenapa Dato' Bentara Setia Nik Aziz tidak menyatakan nama sebenar tempat pengajian beliau ?
Adakah beliau merasakan tidak layak untuk mengatakan beliau belajar di Madrasah Darul Ulum. Atau juga sengaja untuk membohongi rakyat bagi menjaga status beliau yang digambarkan sebagai Ulamak yang keramat.
Kredibiliti seorang yang dikatakan Ulamak ini boleh dipertikaikan, tapi seperti yang kita ketahui golongan taksub Pas akan membela habis-habisan, bagi pendapat GK adalah tidak wajar untuk kita mempercayai semua kata-katanya hanya kerana beliau berpenampilan seorang yang warak, kerana itu kita tidak akan sedar sesuatu perkara yang silap berlaku dan memandang ringan kerana otak kita telah di set beliau adalah seorang yang warak dan maksum.
YY : Hanya belajar sampai darjah 3 sekolah kerajaan.... hehehe...

Sunday, October 30, 2011

Kronisme, rasuah, diktator punca pelabur jauhi Kelantan? #saveKelantan #GantilahJanganTido


Suasana kurang kondusif Kelantan lemahkan usaha MITI

30/10/2011 6:37pm

KOTA BHARU 30 Okt. – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mendapati suasana kurang kondusif di Kelantan melemahkan usahanya untuk menarik pelabur asing membuat pelaburan ke negeri ini.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihaknya telah melakukan pelbagai usaha promosi bagi menarik pelaburan ke negeri Serambi Mekah itu, namun hasilnya tidaklah memberangsangkan.

“Saya sentiasa berusaha untuk tarik pelabur tetapi ada terlalu banyak halangan... masalah air, infrastruktur, pelabuhan dan kekurangan sumber manusia,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pendahuluan pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) di Terminal Makanan dan Agribisnes Negara (Teman) di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan Ketua Audit Negara mengenai kekurangan pelabur ke Kelantan.

Namun, Mustapa yakin harapan untuk memperbaiki keadaan itu masih ada dengan adanya pelan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) hasil perancangan kerajaan Pusat untuk Kelantan, Terengganu dan Pahang. – Bernama

Saturday, October 29, 2011

Penganalisis: Rakyat Kelantan tidak sabar untuk gulingkan diktator Nik Aziz?

[Note: Kekerapan media dan cybertroopers Pas mengeluarkan gambar Nik Aziz ketika sedang makan, berwuduk, solat, membaca doa, menghirup kuah dan mungkin sikit lagi waktu ke tandas memberikan indikasi bahawa jentera Pas sedar imej dan reputasi Nik Aziz sudah semakin buruk. Kisah balak habis, almenatunya yang dapat faedah, rasuah haji, rasuah zakat, rampasan tanah, hipokrasi dalam isu hudud dan kegagalan membangunkan Kelantan selepas 21 tahun memerintah sedang cuba disembunyikan oleh media Pas di bawah katil. Rakyat Kelantan tidak bodoh dan hari ini tidak sabar-sabar lagi untuk menggulingkan Nik Aziz kerana kegagalannya mentadbir negeri. Gambar-gambar Nik Aziz mungkin boleh mengelirukan dan membohongi pengundi suatu masa dulu, tetapi gambar-gambar ini sekarang sudah dilihat sebagai sekadar riya' dan menunjuk-nunjuk, sama seperti ketika Anwar Ibrahim cuba mempromosikan dirinya sebagai pemimpin Islam melalui gambar dan video beliau berkhutbah dan menjadi imam suatu masa dulu. Hari ini gambar Nik Aziz, bukan saja tidak laku, tetapi amat menghina kebijaksaan rakyat!]


dipetik dari blog Double-Y

Laporan dari Kelatekito.net :
KOTA BHARU - Penguasaan Pas di Kelantan mungkin berakhir pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 jika parti itu gagal meraih kepercayaan rakyat yang kini dilaporkan tidak lagi menyokong kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Samsul Amri Baharuddin berkata, Abdul Hadi selaku Presiden mempunyai tempoh singkat untuk mengembalikan semula sokongan rakyat dan memulihkan imej parti yang dilihat semakin negatif jika ingin mengelak perkara itu daripada berlaku.

"Situasi ini adalah sesuatu yang serius dan wajar dibimbangi Abdul Hadi. Rakyat hilang kepercayaan terhadap beliau kerana masalah dalaman yang berpanjangan selain kegagalan Pas berperanan dengan lebih penting dalam pembangkang,'' katanya.

Sebelum ini terdapat pendedahan Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah bahawa hasil kajiannya terhadap 2,100 responden berkata, 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi berbanding hanya 67 yang menyokong.

Selain itu tambahnya, 519 orang daripada golongan yang berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding hanya 181 orang yang positif.

Mengulas lanjut Samsul Amri memberitahu, elemen yang menyumbang kepada krisis dalaman Pas telah lama wujud kerana keanggotaan ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan.

"Lebih daripada itu, Pas sendiri gagal berfungsi seperti yang diharapkan oleh penyokongnya. Pertelingkahan di Selangor dan Kedah membuktikan parti ini tunduk kepada rakan pakatan mereka. Ini tidak disukai khususnya pengundi Melayu,'' jelasnya.

Pas juga dilihat gagal melaksanakan hudud biarpun 17 tahun undang-undang itu diluluskan tetapi penguatkuasaannya amat lemah.

Malah orang Melayu melihatkan perkara itu sebagai kelemahan nyata Pas yang permainkan agama demi untuk berkuasa.

YY : Untuk rekod analisis yang dibuat oleh 'dr.google' & the gang kadangkala tidak tepat malah tersasar... Hahaha...

Wednesday, September 28, 2011

Ramai berpendapat Nik Aziz tidak serius dan tidak mahu laksana hudud sebenarnya


Benarkah Nik Aziz dan Pas benar-benar serius untuk melaksanakan hudud di negeri Kelantan? Analisis berikut menunjukkan Nik Aziz dan Pas tidak serius sebenarnya;

1. Penyokong Pas menjual cerita kononnya Tun Dr Mahathir akan melaksanakan MAGERAN jika Pas melaksanakan hudud di Kelantan. Itu sekadar alasan kerana tidak ada sebarang perkataan dalam surat Tun Dr Mahathir kepada Nik Aziz mengatakan yang beliau akan melaksanakan MAGERAN. Boleh semak surat Tun Dr Mahathir di sini. Jika ada disebut perkataan MAGERAN sekali pun, nampaknya Nik Aziz sebenarnya lebih takut kepada manusia dan kehilangan kuasa berbanding takutkan Allah swt.

2. Kenyataan-kenyataan Nik Aziz bahawa dia tidak akan melaksanakan hudud dan negara islam kerana DAP. Sekali lagi keengganan melaksanakan hudud bukan kerana Allah swt, tetapi kerana hendak dapatkan kuasa. Tanpa bantuan dan persetujuan DAP, Pas tidak mungkin akan mendapat kuasa, jadi Nik Aziz telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan berikut -

  1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidakmendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
  2. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalaunampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
  3. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihan raya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.
  4. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.
Kesimpulannya, Pas tidak ada masalah untuk gugurkan hasrat mewujudkan sebuah Negara Hudud. Isunya bukan kerana ugutan Tun Dr Mahathir, tetapi sekiranya DAP mengkehendaki Pas berbuat demikian, Pas akan sanggup lakukannya, bila-bila masa dan di mana saja.

3. Jika Nik Aziz serius untuk melaksanakan hudud, kenapa dalam tempoh 21 tahun berkuasa, pernahkah Nik Aziz berusaha bersungguh-sungguh membawa cadangan untuk melaksanakan hudud ke Mesyuarat Menteri-Menteri Besar, Mesyuarat Raja-raja, Majlis Fatwa Kebangsaan atau membawa cadangan tersebut ke Parlimen? Berapa kali dalam tempoh 21 tahun Pas mengangkat cadangan ini ke Parlimen?

4. Ketika menguasai Perak, apabila ditanya tentang hudud dan negara Islam, Bekas Menteri besar Pas, Nizar Jamaluddin menafikan terdapat hasrat untuk melaksanakan hudud dan negara Islam di dalam mana-mana manifesto, memorandum dan dasar Pas; membuktikan walaupun berkuasa Pas tidak berhasrat melaksanakan hudud di Perak. Perkara yang sama berlaku di negeri Kedah. Tidak sekali pun Pas berusaha untuk melaksanakan hudud di Kedah. Adakah kerana takut kehilangan sokongan DAP dan PKR sehingga Pas hilang kuasa?

5. Sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang, sekali lagi Pas mengumumkan untuk tidak melaksanakan hudud atas alasan negara ini belum bersedia dan banyak keutamaan lain lagi berbanding hudud. Peliknya ini berlaku sebelum PRK Tenang. Ramai yang membaca ini sebagai tindakan desperate untuk memancing sokongan bukan Islam di Johor untuk menyokong Pas apabila menyedari Tenang merupakan kubu kuat UMNO dan semakin ramai umat Islam sudah menolak Pas. Bukankah ini juga kerana kuasa dan kerusi DUN?


Hudud bukan keutamaan

6. Kenyataan Husam Musa juga menunjukkan Pas tidak serius untuk melaksanakan hudud. katanya - “The Hudud law is still hypothetical. There are other issues that have to take precedence,” he said." Tak percaya, boleh baca di sini

7. Dalam POLISI BERSAMA PR - pelaksanaan hudud dan negara Islam tidak dimasukkan oleh Pas.

8. Apa motif Nik Aziz tiba-tiba menyebut tentang hendak melaksanakan hudud sekarang? Adakah selepas melihat Pas bakal kehilangan kuasa di Kelantan dan kerusi Parlimen dan DUN di seluruh negara akibat kehilangan sokongan umat Islam dan orang Melayu? Sekali lagi nampaknya seolah-olah retorik hudud dipergunakan agar Pas tidak kehilangan kuasa.

Nampaknya Pas bukan benar-benar ikhlas untuk melaksanakan hudud, sebaliknya hanya mempergunakan hudud bagi tujuan mendapatkan kuasa atau mengekalkan kuasa. Adakah ini suatu syirik kecil, apabila Pas melakukan sesuatu bukan demi Allah swt, tetapi demi kuasa?

Jadi saranan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin adalah tepat sekali - "Pemuda UMNO sokong jika Pas hendak melaksanakan hudud di negeri Kelantan."

Kelantan adalah negeri di bawah PR - dapatkanlah konsensus dari PKR dan DAP, lebih-lebih lagi apabila Anwar Ibrahim sendiri telah menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan Hudud. Selepas itu bawakan usul dan deraf tersebut ke Parlimen supaya dapat dibahaskan di Parlimen, diperbetulkan tafsiran yang salah dan tidak adil dalam hudud Pas itu dan dipinda peruntukan di dalam Perlembagaan yang menghalang pelaksanaan hudud Pas ini di Kelantan.

Jika draf tersebut bagus dan dapat menjamin keadilan - maka tidak salah kita sokong kerana akhirnya yang dipentingkan oleh Barisan Nasional adalah keadilan. Nik Aziz - bila nak buat ni? 21 tahun, takkan sekali pun tak pernah usaha untuk bawa ke Parlimen, Mesyuarat Menteri Besar, Mesyuarat Raja-raja dan Jawatankuasa Fatwa?

Saturday, September 24, 2011

Hudud - Cara Nik Aziz melacurkan agama



‘Nyanyian’ lama Nik Aziz bergema semula
Oleh Zulkiflee Bakar

APABILA Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Aziz Nik Mat kembali bercakap soal pelaksanaan hukum hudud, percayalah ia hanyalah kenyataan politik menjelang pilihan raya.

Malah lebih daripada itu, Mursyidul Am Pas tersebut akan dilihat hendak mengalih perhatian rakyat terhadap isu tragedi Bukit Kepong yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu.

Sebenarnya, kalau Pas benar-benar ikhlas hendak melaksanakan hukum hudud sudah pasti parti itu akan bermati-matian mempertahankan perjuangan negara Islam yang dipeloporinya.

Tetapi semua itu terkulai layu dalam muktamar tahunan parti tersebut baru-baru ini, apabila Pas menyatakan ingin memperjuangkan negara berkebajikan dan ia disusuli dengan pelancaran manifesto mengenainya minggu lalu.

Oleh itu, kita perlu bertanya kepada Nik Abdul Aziz, apakah pelaksanaan hukum hudud ini sudah mendapat restu Pas pusat atau ia sebagai ‘gula-gula’ Pas Kelantan untuk menghadapi pilihan raya?

Nik Abdul Aziz amat memahami rakyat Kelantan kini semakin menyedari kemampuan Pas selepas 21 tahun mereka memerintah, kalau mengikut kepada ‘cuaca politik’ sekarang, pemerintahan Pas akan berakhir di negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.

Apatah lagi, Nik Abdul Aziz dan Pas Kelantan melihat semakin ramai orang Melayu di negeri itu yang sebelum ini begitu percaya bahawa Pas akan melaksanakan hukum hudud dan mempertahankan perjuangan Islam mendapati penantian mereka hanya sia-sia.

Pas Kelantan amat memahami situasi ini apatah lagi dari semasa ke semasa banyak kemelut berlaku melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.

Justeru Nik Abdul Aziz kembali mendendangkan lagu ‘hukum hudud’ dalam usaha untuk menarik perhatian pengundi-pengundi Kelantan.

Dan seperti diduga ‘nyanyian sumbang’ berkenaan mendapat tentangan daripada DAP yang boleh dianggap ‘pengkritik tetap’ terhadap ‘sandiwara’ Pas dalam soal hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

Berdasarkan hakikat itu, tidak payahlah kita terpengaruh dengan polemik baru antara Pas dan DAP dalam isu hukum hudud ini, sebaliknya tidak harus melupakan dua isu berkaitan kedua-dua parti berkenaan yang berlaku sekarang.

Pas sedang berusaha mencuci imej berikutan isu tragedi Bukit Kepong yang dicetuskan oleh Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu manakala DAP pula berhadapan dengan isu menggantikan Jalur Gemilang yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, M.Manoharan.

Isu hudud hanyalah ‘peluru-peluru’ terakhir yang terpaksa digunakan bagi mengalihkan isu-isu berkenaan, namun pujian perlu diberikan kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sentiasa konsisten menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.

Ertinya dari segi sikap konsisten dalam pendirian politik, Karpal Singh dan DAP jauh lebih baik daripada Pas yang bersedia mengubah pendiriannya semata-mata untuk meraih sokongan politik.

Jika Pas benar-benar mahu memperjuangkan hukum hudud, Pas sudah pasti tidak akan berganjak daripada perjuangan negara Islam tetapi apa kata Nik Abdul Aziz pada 25 Jun 1999?

Antara lain beliau berkata, “Pas Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa...”.

Itu kata Nik Abdul Aziz sendiri tetapi kenapa baru sekarang Menteri Besar Kelantan itu hendak bercakap soal hukum hudud? Bukankah dari satu segi ia sudah ‘nampak menyusahkan’ kerjasama dengan DAP?

Sebenarnya perjuangan untuk melaksanakan hukum berkenaan sudah lama tidak ada dalam diari politik Pas, malahan pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Pas mengeluarkan manifesto bertemakan, ‘‘Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih’ Menuju Negara Berkebajikan.’’

Kalau Pas Kelantan benar-benar ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud mereka sudah berusaha bersungguh-sungguh apabila diberi peluang untuk memerintah Kelantan bagi penggal kelima pada pilihan raya umum lalu.

Tetapi Pas tidak berbuat demikian sebaliknya tumpuan utama parti itu termasuk di Kelantan ialah membantu pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

Malahan sepanjang keterujaan ke Putrajaya berkenaan tidak ada satu pun konvensyen , seminar atau muktamar dianjurkan oleh Pas bagi menunjukkan keseriusan mereka untuk melaksanakan hukum hudud.

Maknanya, jelaslah apa yang diperkatakan oleh Nik Abdul Aziz hanyalah mainan politik Pas Kelantan sahaja dalam usaha mengekalkan kuasa pemerintahan di negeri itu.

Bagi Pas pusat pula, walaupun mereka mengetahui bahawa tindakan Nik Abdul Aziz hanya akan mencetuskan polemik dengan DAP tetapi mereka pastinya akan mendiamkan diri.

Ia kerana sekurang-kurangnya tindakan Nik Abdul Aziz itu boleh meredakan ketegangan akibat isu yang dicetuskan oleh Mohamad Sabu.

Kalau benar Pas bersama-sama Nik Abdul Aziz mahu memperjuangkan hukum hudud dan negara Islam sudah pasti Pas tidak akan bersedia bekerjasama dengan DAP sejak awal lagi.

Pas sudah tahu pendirian konsisten DAP dalam soal berkenaan tetapi Pas bersedia bekerjasama dan seterusnya menggadaikan segala-galanya kerana Pas tidak mahu ketinggalan ‘kapal kekuasaan’ yang sedang diusahakan oleh pakatan pembangkang.

Jika Pas menganggap bahawa polemik dengan DAP bukanlah usaha untuk mengalih isu, maka Nik Abdul Aziz sebagai tokoh yang paling dihormati dalam Pas perlu membuat kenyataan untuk mendesak Pas keluar daripada pakatan pembangkang.

Tindakan itu bukannya aneh kerana pada tahun 1990, Pas yang terlalu ingin berkuasa bersedia bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat (S46) dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) tetapi enggan bekerjasama dengan DAP dalam Barisan Alternatif.

Jika tindakan ini tidak dilakukan, maka anggaplah sahaja apa yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz hanyalah sekadar sandiwara politik menjelang pilihan raya semata-mata dan ia akan sunyi kembali apabila pilihan raya berakhir.


PM @NajibRazak, biarkan saja Nik Aziz laksana hudud di negeri-negeri PR


[Nota: Benarkan saja Nik Aziz melaksanakan hudud di Kelantan dan di negeri-negeri PR yang lain. Mulakan dengan draf hudud dan minta Nik Aziz berbincang dengan PKR dan DAP untuk mendapatkan persetujuan mengenai draf tersebut. Selepas itu minta mereka bentangkan di DUN dan luluskan untuk pelaksanaan. Kita juga ingin melihat sama ada Nik Aziz dapat melaksanakan hudud dengan adil di Kelantan dalam keadaan negeri Kelantan yang mundur dan dipenuhi masalah sosial. Kita juga berharap untuk melihat kaedah pelaksanaannya di negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang dan Selangor yang penuh dengan pusat maksiat dan gejala sosial yang pelbagai. Selepas itu, jika pelaksanaannya adil - tidak ada salahnya jika BN melaksanakannya di dalam negara ini.]


Komentar: Nik Aziz terus berdrama laksana hudud
Oleh Jamhariah Jaafar
2011/09/24

Dasar perjuangan PAS goyah, tak tegas usaha realisasikan negara Islam

MURSYIDUL Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berdolak dalik lagi berhubung perjuangan parti itu khasnya pelaksanaan hukum hudud di bawah pentadbiran PAS, apabila kenyataan terbarunya membelakangkan keputusan muktamar PAS yang kononnya mahu menegakkan sebuah negara berkebajikan.

Selepas kejutan Jun lalu, rakyat disemaikan dengan fikiran kononnya perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud, sudah berkubur.
Bagaimanapun, edisi kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan itu tidak semena-mena membangkitkan semula isu lama mahu terus menunaikan niat dan janji melaksanakan hukum hudud yang terpendam sejak 20 tahun lalu.
Seperti biasa, kenyataan Nik Aziz mendapat tentangan DAP. Hanya beberapa jam selepas Nik Aziz membuat kenyataan mengenai hasratnya itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh melenting.

Walaupun nampak tidak sekeras ugutan supaya melangkah mayatnya dulu Karpal memberi hujah politik dan undang-undang mengenai mengapa penubuhan kerajaan Islam tidak boleh dilaksanakan dalam suasana rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Agak menarik apabila melihat Nik Aziz amat tegas dengan pendiriannya dan seolah-olah tidak kisah sekiranya Karpal meleraikan ikatan pakatan yang tidak pernah dimeterai secara rasmi. Menteri Besar itu seolah-olah mahu menghalau DAP jika parti bertunjangkan bangsa Cina itu terus membantah niat PAS menubuhkan kerajaan Islam dan hukum hudud.

Perhatian rakyat selepas ini sudah pasti bertumpu kepada reaksi DAP. Apakah ia mahu terus diheret dalam kancah konflik identiti PAS yang masih kabur antara agenda menubuhkan negara Islam atau negara kebajikan... atau membuat keputusan tegas membabitkan kerjasama dengan PAS.
Bagi PAS pula, ahlinya tersepit antara perjuangan untuk menegakkan sebuah negara Islam di kalangan golongan ulama dan agenda untuk menawan Putrajaya di kalangan pemimpin muda yang lebih liberal.

Bagi pengkaji politik, ramai melihat Nik Aziz yang disanjung sebagai ulama PAS, terus berdolak dalik berikutan kegagalan parti itu melaksanakan undang-undang Islam terutama di Kelantan. Pendirian tidak tetapnya itu menyebabkan rakyat memandang sinis terhadap kewibawaannya sebagai pemimpin serta ulama dan menganggap ia sebagai permainan atau drama politik.

Jika Nik Aziz ghairah melaksanakan hukum hudud, rakyat juga sebenarnya tidak sabar melihat sejauh mana keberanian parti itu berbuat demikian, khasnya dalam menghadapi kecaman daripada DAP.

Secara terbuka DAP sudah pun menjelaskan pendirian bahawa langkah mayat mereka dulu sebelum PAS melaksanakan sebarang undang-undang Islam, apa lagi impian mereka untuk mewujudkan sebuah negara Islam.

Daripada senario semasa, Nik Aziz tidak lagi mempunyai alasan untuk menangguhkan pelaksanaan undang-undang berkenaan, kerana orang yang disebutnya sebagai penghalang utama iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan lagi Perdana Menteri.

Baru-baru ini, Dr Mahathir secara sinis membuat kenyataan terbuka bahawa Nik Aziz tidak perlu lagi teragak-agak untuk melaksanakan hukum Islam di Kelantan.

Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hukum hudud). Pi la tanya Najib, kot dia nak bagi ini. Ini dia dok salahkan saya, kononnya pasal saya (PAS) tak dapat laksanakan hukum hudud, tegas Mahathir

Mungkin dalam hal ini, Najib yang telah bertolak ansur dan memberi pertimbangan serius dalam banyak isu sensitif termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), boleh mengkaji semula surat terbabit dan memberi kebenaran kepada Kerajaan PAS Kelantan untuk cuba membuat pindaan perlembagaan peringkat negeri.

Nik Aziz perlu diberi peluang untuk melaksanakan undang-undang, kerana kerajaan PAS Kedah di bawah pentadbiran Datuk Seri Azizan Abu Bakar tidak berani mendahului Nik Aziz dan pernah membuat kenyataan untuk melihat dahulu hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Ariffin, pernah berkata dia pernah mendengar sendiri Nik Aziz ketika ditanya mengenai hudud dan menjawab: Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya.

Justeru, sekiranya ditakdirkan Najib akhirnya membenarkan kerajaan PAS meneruskan usaha dalam cubaan untuk melaksanakan hudud di Kelantan rakyat sudah pasti mahu melihat sama ada Nik Aziz dan PAS boleh meyakinkan parti sekutu dan parti pemerintah untuk meluluskan undang-undang berkenaan.

Ia tidak boleh melaksanakan undang-undang Islam tanpa persetujuan semua pihak atau mendapat sokongan yang cukup dari semua parti politik.

Nik Aziz tidak boleh berkata dia mahu undang-undang hudud dilaksanakan, dia perlu menggerakkan usaha ke arah merealisasikan impian terbabit.

Tapi apa yang pasti ketika ini, pemimpin dan ahli PAS lain sudah pasti pening kerana tidak tahu sama ada mereka sebenarnya masih dalam agenda meneruskan impian untuk mewujudkan sebuah negara Islam, atau sebuah negara kebajikan... hanya Nik Aziz yang boleh memberi jawapannya.

Bagi DAP, PAS ibarat duri dalam daging kerana risiko meneruskan kerjasama dengan parti itu amat tinggi dan sekiranya tidak ditangani dari sekarang sejarah kekalahan terburuk DAP pada Pilihan Raya Umum 1999 mungkin berulang.

Thursday, September 22, 2011

Kerajaan Kafir Pas kedah?



[Nota: Pertama, nampak gayanya kepimpinan Pas di bawah Azizan bukan sahaja tidak diiktiraf oleh BN tetapi oleh orang agama yang lain, termasuk dalam Pas sendiri. Kedua, dari kaca mata Asri, Pas berjaya jadi negeri Islam? Kelakarnya bila negeri mundur seperti Kelantan, balaknya habis gondol, pembangunan tidak kelihatan, rakyat sengsara terpaksa minum air berkeladak, tanah Orang Asli dirampas, penagihan dadah, HIV dan hamil luar nikah tinggi, Menteri Besar mengaju menerima rasuah haji dan amal nepotisme apabila meletak almenantunya dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan - adalah menggambarkan pentadbiran Islam? Salah makan ubat?]



Kerajaan PAS Kedah Tidak Islamik?

Kalau macam ni gayanya, apa beza mengundi PAS dan BN?



Rang undang-undang Hudud pun PAS Kedah tak berani nak deraf. Jangan lupa pusat hiburan makin bertambah selepas PAS tadbir Kedah.


Rumah urut bertambah
Oleh RAZAK OSMAN
utusankedah@utusan.com.my

SUNGAI PETANI 29 Julai – Para penduduk di bandar ini kesal dengan pertambahan mendadak rumah urut dan pusat hiburan sejak tiga tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan masalah sosial semakin melarat.

Menurut mereka, antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah di Taman Sejati Indah, Bandar Puteri Jaya, Taman Nilam, Taman Ria, Taman Aman Jaya dan Taman Arked.

Seorang penduduk, Samsudin Abdul Kadir, 61, dari Taman Desa Meranti, berkata, sebelum memerintah negeri ini, Pas begitu lantang menyuarakan isu-isu berkaitan pusat hiburan dan rumah urut.

“Namun lain pula jadinya. Apabila memerintah, mereka tidak memainkan peranan sepatutnya malah seolah-olah merestui kewujudan aktiviti judi, rumah urut dan jualan arak yang semakin berleluasa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Seorang lagi penduduk, Jalali Karim, 57, dari Taman Semarak berkata, penduduk juga melahirkan rasa kesal kerana kegiatan tersebut makin berleluasa dan tidak dibendung secara bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Pas Kedah.

“Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sebelum meluluskan permohonan lesen pusat hiburan atau rumah urut,” katanya.

Bagi Jalali, penambahan pusat hiburan dan rumah urut menyebabkan masalah sosial semakin melarat di negeri ini, khususnya di Sungai Petani.

“Memang kita berasa malu apabila orang mengatakan Sungai Petani kini menjadi ‘sarang’ perbuatan negatif. Lebih sakit hati bila pihak penguat kuasa tidak mengambil tindakan tegas menangani masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Persatuan Penduduk Padang Temusu, Abdul Aziz Abdullah, 46, mendakwa, pusat hiburan termasuk mesin kuda juga dikesan bertambah dalam taman perumahan tertentu di daerah Kuala Muda.

“Pengunjung nampaknya tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke pusat hiburan seperti itu kerana ia dibenarkan beroperasi secara sah oleh kerajaan negeri,” katanya.

Kelmarin, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir melahirkan kebimbangan terhadap pertambahan jumlah pusat hiburan di Alor Setar dan Sungai Petani sejak kebelakangan ini.

Beliau juga melahirkan rasa hairan bagaimana keadaan tersebut berlaku sedangkan kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Wednesday, September 21, 2011

Tun M cabar Nik Aziz laksana hudud sekarang. Nak tahu sebab sebenar Nik Aziz tak laksana hudud?

Akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Nik Aziz untuk melaksanakan hudud dan jangan terus menjadikan beliau sebagai alasan Pas tidak mahu melaksanakan hudud sebelum ini.

Jangan sekali-kali lupa, Tun Dr Mahathir tidak pernah menghalang Nik Aziz untuk melaksanakan hudud yang benar-benar adil, tetapi tidak mahu memikul dosa apabila Nik aziz melaksanakan hudud tafsiran Pas yang tidak adil dan akan menyebabkan Islam dihina dan diperolokkan.


Dipetik berita dari Sinar Harian Online - http://www.sinarharian.com.my/bterkini/14297.asp

"Saya bukan lagi perdana menteri, laksanalah hudud sekarang":Dr Mahathir

TANJUNG MALIM - Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.

"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi...ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (Pas) tak dapat laksana hukum hudud," katanya ketika diminta mengulas hasrat Pas untuk melaksanakan hudud di negeri itu biarpun ditentang oleh rakan-rakannya dalam pembangkang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana Za'ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, dilaporkan pernah berkata individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Dr Mahathir dan bukan pengerusi DAP Karpal Singh.

Pas dan DAP adalah rakan pakatan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat.

Dr Mahathir turut menempelak kerajaan Kelantan yang disifatkannya sebagai beriya-iya untuk mengamalkan undang-undang Islam tetapi pada masa sama gagal mengawal penduduk Kelantan sehingga menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun sejak 2008.

"Negeri lain tidak ada hukum hudud pun, macam mana kita kawal (rakyat). Ini dia tidak kawal, dia tidak ajar agama betul.

"Kalau kawal betul orang akan tolak perbuatan yang membawa kepada penyakit Aids...ini dia tidak ajar agama, dia ajar politik, tapi dia hendak salahkan saya," kata Dr Mahathir.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata kadar jangkitan HIV bagi tempoh 2008-2009 di Kelantan adalah hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara.- Bernama

_______________


Benarkah Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hudud kerana dihalang oleh Tun Dr Mahathir? Sebenarnya Nik Aziz hanya menipu - di bawah adalah sebab sebenar kenapa Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hudud -

Kecelaruan fikiran Nik Aziz untuk tidak laksana hudud


Nik Aziz merapu lagi nampaknya. Kali ini tentang sebab kenapa Hudud tidak dilaksanakan di negeri Kelantan. Kenyataan Nik Aziz dipetik olehMalaysiakini menyebut, beliau tidak mahu perlembagaan negeri itu digantung sekali lagi seperti yang pernah dilakukan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada sekitar tahun 1977 dahulu. Fitnah Nik Aziz, "(Tun) Dr Mahathir datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan".

Mari kita huraikan penipuan Nik Aziz. Pertamanya, mungkin elok dilihat beberapa kenyataan Nik Aziz sebelum ini yang direkodkan;

  1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidakmendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
  2. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalaunampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
  3. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihan raya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.
  4. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.
Kesimpulannya, Pas tidak ada masalah untuk gugurkan hasrat mewujudkan sebuah Negara Hudud. Isunya bukan kerana ugutan Tun Dr Mahathir, tetapi sekiranya DAP mengkehendaki Pas berbuat demikian, Pas akan sanggup lakukannya, bila-bila masa dan di mana saja.

Kedua, apakah benar Tun Dr Mahathir perlu memberi amaran kepada Nik Aziz? Surat Tun Dr Mahathir kepada Nik Aziz boleh dibaca di sini untuk memahami pendirian kerajaan BN - Penguatkuasaan Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Pemimpin Pas telah memanipulasikan surat ini sebagai UMNO menolak Hudud. Hakikatnya, Tun Dr Mahathir menyebut tentang bahaya akan berlaku ketidak adilan dalam melaksanakan Hudud, menyebabkan nama baik Islam tercemar. Video ini memaparkan surat yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Nik Aziz dan sekiranya dianalisis, pemimpin Pas sendiri mengakui tentang kebenaran maksud surat Tun Dr Mahathir tersebut.

Monday, September 12, 2011

Hamil luar nikah - Nik Aziz wajar letak jawatan atau digulingkan oleh rakyat Kelantan


MB malas - Nik Aziz terus tertidur dibuai mimpi


Masyuuuuuk!

Sebagai seorang anak Kelantan yang kecewa dengan pentadbiran Pas yang lemah dan banyak retorik kosong, Blogger Double-Y mendedahkan kejayaan Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat sepanjang 21 tahun memerintah Kelantan.



Tahniah PAS - Kelantan Juara... Juara Apa???


Tahniah ambo ucapkan kepada kerajaan negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS, kerana sepanjang 21 tahun pemerintahan sudah terbukti banyak kejayaan yang dibawa oleh PAS.

Jom ucap tahniah kepada PAS di atas kejayaan :

1) Kejayaan menjadikan Kelantan sebagai 'hub AIDS' sebagaimana diakui oleh YB Wan Ubaidah Omar, Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan pada tahun lepas bahawa Kelantan mencatat jumlah pesakit AIDS yang tertinggi. 14 buah negeri di Malaysia negeri yang ditadbir oleh para ulamak mencatat jumlah penyakit AIDS tertinggi.


Tahniah PAS...


2) Kejayaan meningkatkan statistik kes sumbang mahram walaupun bukan negeri kes sumbang mahram tertinggi tapi kes ini dilaporkan meningkat di Kelantan - Dari bapa 'taler' anak sehinggalah kes ibu 'panjat' anak lelaki sendiri, dari muda sehinggalah yang menunggu masa nak mampos.

Bulan November 2010 seorang lelaki berusia 22 tahun dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,900 selepas dia mengaku melakukan sumbang mahram bersama ibu kandungnya, Hasmah Mat Adam, 49, seorang penoreh getah yang juga dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan dan denda RM2,900. Termasuklah kes bapa sebaya usia dengan Nik Aziz 'taler' anak berusia 10 tahun dalam kandang lembu.

Ada banyak lagi kes sumbang mahram, cukuplah diberikan dua contoh untuk membuktikan bahawa PAS memang 'berjaya' mendidik rakyat Kelantan.

Tahniah PAS...


3) 'Kejayaan' PAS dalam memberikan perkhidmatan air yang terbaik kepada rakyat Kelantan, sebagaimana kenyataan Nik Aziz bahawa PAS Kelantan memerlukan 7 tahun lagi untuk menyelesaikan kemelut krisis air yang dialami oleh rakyat Kelantan. 21 tahun pemerintahan dia gagal sediakan mutu air yang sempurna diminta lagi 7 tahun peluang diberikan?

Tahniah PAS...


4) Kejayaan terbaru PAS dalam mentadbir negeri Kelantan rujuk paparan akhbar di bawah :


Kahwin pada usia muda bukan satu perkara pelik, tapi bila orang muda kahwin disebabkan terlanjur itu adalah perkara yang perlu dipelikkan. Dan mengikut jumlah terbaru Kelantan mencatat jumlah perkahwinan membabitkan gadis bawah umur tertinggi berbanding dengan negeri-negeri diperintah oleh 'kafir BN'. Gadis yang terlanjur meningkat di Kelantan?

Sekali lagi kita ucapkan tahniah PAS...


YY : Yang terbaru dengarnya Stadium Sultan Muhammad ke-IV akan dinaikkan kadar sewa oleh kerajaan PAS Kelantan memaksa pihak KAFA membayar jumlah yang tinggi bermula musim depan betul ke?

Popular Posts