Showing posts with label putrajaya. Show all posts
Showing posts with label putrajaya. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

Futsal: Lebih RM30,000 untuk dimenangi dalam Kejohanan Futsal Parlimen Putrajaya



KEJOHANAN FUTSAL 1 BELIA 1 MALAYSIA
PARLIMEN PUTRAJAYA


KEJOHANAN FUTSAL 1 BELIA 1 MALAYSIA  PARLIMEN PUTRAJAYA


Tarikh : 9 dan 10 Disember 2011

Tempat : Kompleks Futsal 1 Malaysia, Presint 18, Putrajaya

Anjuran :

Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Putrajaya, Perbadanan Putrajaya, Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Putrajaya, Persatuan Bolasepak Putrajaya
  • Tarikh tutup penyerahan borang penyertaan ialah pada 2HB DISEMBER 2011.
  • Borang boleh didapati dari PEJABAT AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA, NO. 56B TKT 1, JALAN DIPLOMATIK, PRESINT 15, 62250 PUTRAJAYA. NO TELEFON: 03-8888 5761
  • Taklimat dan undian akan dijalankan pada 6HB DISEMBER 2011 bertempat di Dewan Serbaguna Presint 8, Putrajaya jam 9.00 malam.

KATEGORI PERTANDINGAN

Pertandingan adalah untuk kategori:
i. Lelaki 18-40 Tahun
ii. Lelaki Veteran 41 Tahun dan Ke Atas
iii. Lelaki 13-17 Tahun
iv. Lelaki 12 Tahun Ke Bawah
v. Perempuan 18 Tahun dan Ke atas
vi. Perempuan 13-17 Tahun

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  • Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain serta 5 pemain simpanan.
  • Bagi setiap pemain untuk kategori Lelaki 18-40 tahun, Lelaki Veteran 41 tahun ke atas dan Perempuan 18 tahun ke atas hanya pengundi di Parlimen Putrajaya sahaja yang layak menyertai.
  • Bagi setiap pemain untuk kategori Lelaki 13-17 tahun, Lelaki 12 tahun ke bawah dan Perempuan 13-17 tahun mestilah bersekolah atau menetap di Putrajaya.
  • Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja.
  • Setiap pasukan dikenakan yuran pengesahan penyertaan RM50.00 yang akan dikembalikan pada hari kejohanan.
  • Johan bagi kategori Lelaki 18-40 tahun dan Perempuan 18 tahun ke atas akan mewakili Putrajaya bagi pertandingan Futsal 1 Malaysia peringkat kebangsaan.
  • Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini.
  • Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu satu perkara adalah muktamad.

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
URUSETIA
KEJOHANAN FUTSAL 1BELIA 1MALAYSIA PARLIMEN PUTRAJAYA


KELAB SUKAN KOMUNITI PUTRAJAYA
Alamat : No.14, Jalan P16D/1, Presint 16, 62250 Wilayah Persekutuan Putrajaya.


A. KATEGORI LELAKI 18-40 TAHUN:
i. AIZUDDEEN (UDA) - 017-3385717
ii. ZAID - 017-3276100
iii. FAIZ (BOB) - 013-9408561

B. KATEGORI VETERAN 40 TAHUN DAN KE ATAS:
i. ZALIZAN (JAMAL) - 012-3610515
ii. AFFENDI - 012-3540597

C. KATEGORI LELAKI 13-17 TAHUN:
i. MUZAMMIL - 019-6448959
ii. ZULFAHIMI - 012-3540597

D. KATEGORI LELAKI 12 TAHUN KE BAWAH:
i. IQBAL - 019-6967817
ii. ZULFIKAR - 019-3113668

E. KATEGORI PEREMPUAN 18 TAHUN DAN KE ATAS:
i. ZAIDA - 013-3794058
ii. NURUL AKMAL - 013-9626038
iii. ZAIFILLA - 019-2603224

F. KATEGORI PEREMPUAN 13-17 TAHUN:
i. HUSNA - 013-6640795
ii. NAJIHAH - 019-2822976
iii. RADZIANA - 012-2660774

HADIAH PERTANDINGAN

KEJOHANAN FUTSAL 1 BELIA 1 MALAYSIA PARLIMEN PUTRAJAYA

(KATEGORI LELAKI 18- 40 TAHUN )

PEMENANG

HADIAH (WANG TUNAI)

JOHAN

RM3000.00

NAIB JOHAN

RM2000.00

TEMPAT KETIGA

RM 1000.00

TEMPAT KEEMPAT

RM 500.00

TEMPAT KELIMA HINGGA KELAPAN

RM 300.00

HADIAH PERTANDINGAN

KEJOHANAN FUTSAL 1 BELIA 1 MALAYSIA PARLIMEN PUTRAJAYA

(KATEGORI LELAKI VETERAN 41 TAHUN DAN KE ATAS)

(KATEGORI PEREMPUAN 18 TAHUN DAN KE ATAS)

PEMENANG

HADIAH (WANG TUNAI)

JOHAN

RM2000.00

NAIB JOHAN

RM 1000.00

TEMPAT KETIGA

RM 700.00

TEMPAT KEEMPAT

RM 500.00

TEMPAT KELIMA HINGGA KELAPAN

RM 300.00

HADIAH PERTANDINGAN

KEJOHANAN FUTSAL 1 BELIA 1 MALAYSIA PARLIMEN PUTRAJAYA

(KATEGORI LELAKI 13-17 TAHUN)

(KATEGORI PEREMPUAN 13-17 TAHUN)

(KATEGORI LELAKI 12 TAHUN DAN KE BAWAH)

PEMENANG

HADIAH (WANG TUNAI)

JOHAN

RM1000.00

NAIB JOHAN

RM 700.00

TEMPAT KETIGA

RM 500.00

TEMPAT KEEMPAT

RM 300.00

TEMPAT KELIMA HINGGA KELAPAN

RM 200.00

Monday, November 7, 2011

[Gambar] Lembu Cawangan Kiambang terlepas semasa Majlis Qurban Parlimen Putrajaya




















Bersama-sama rakan-rakan dari cawangan Bunga Alamanda, Bunga Kiambang dan pengundi Parlimen Putrajaya semasa Majlis Qurban Parlimen Putrajaya pada hari Ahad, 6 November 2011. Sebanyak 43 ekor lembu dikorbankan. Menariknya lembu cawangan Bunga Kiambang terlepas dan terpaksa dikejar kerana ada yang bijak pandai melepaskan talinya. Sudahlah lembunya besar dan garang. Mujur tidak jadi seperti tahun lepas apabila lembu qurban cawangan Bunga Mawar terlepas lari sehingga ke Dengkil... ha ha ha. Kalau tidak sampai malam la baru selesai kerja qurban.

Apa pun terima kasih kepada semua yang terlibat dan membantu cawangan bunga Kiambang dan Alamanda. Terima kasih kepada Ahli Parlimen Putrajaya, YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, semoga Allah murahkan rezeki datuk seri. Selamat Hari raya Aidil Adha kepada semua dan selamat menjalani ibadah qurban. Berdoalah kita semua agar diberi jiwa pengorbanan yang tinggi seperti Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. serta diberikan kesungguhan dan kesabaran seperti Siti Hajar. Amiiin.

Terima kasih Blogger Double-Y kerana sempat merakam gambar semasa kerja qurban dilaksanakan. Sayangnya tidak ada gambar waktu kami berhempas pulas menarik tali lembu yang terlepas. Ada yang tersungkur dan hampir ditanduk... :) Siapa yang sempat merakam gambar waktu tu, sudi-sudikan untuk hantar kepada saya. Terima kasih.

Thursday, August 18, 2011

JOM Ziarah Sahur bersama anggota polis Putrajaya #MajlisBeliaPutrajaya

KPD Putrajaya, ACP Abdul Razak, Datuk Khairuddin dan
Datuk Nordin bersama anggota Majlis Belia Putrajaya


ACP Razak, Datuk Khairuddin dan ASP Lutfi


TF, ACP Razak, Datuk Khairuddin dan ahli-ahli MBKPj










Sambung di mamak Kasturi, Presint 9, bagi yang tidak dapat makan di IPD


Pagi tadi, 18 Ogos 2011, Program JOM Ziarah Sahur Majlis Belia Kawasan Putrajaya (MBKPj) telah diladakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya. Sasaran MBKPj pagi ini adalah anggota polis yang bertugas pada shift malam bagi menjaga keselamatan warga Putrajaya yang berada di IPD, balai polis Presint 9, balai polis Presint 11, beat force, anggota bermotorsikal, peronda, MPV, detektif dan yang berada di kaunter.

Jumlah keseluruhan anggota polis yang bertugas pada pagi tadi saja adalah hampir 90 orang dan rombongan MBKPj dan UMNO Bahagian Putrajaya adalah seramai 40 orang. Program JOM Ziarah Sahur malam ini dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Balai Polis Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Khairuddin Samad, Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Nordin Mat Hassan, Ketua Wanita UMNO Bahagian Puan Saadiah beserta rombongan dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sdr Hishamudin Yahya.

Mudah-mudahan melalui kunjungan seperti ini golongan belia akan dapat menghargai tugas pegawai polis yang menjaga keselamatan mereka dan warga Putrajaya pada saat mereka sedang lena tidur.

Esok, 19 Ogos 2011, JOM Ziarah Sahur akan berkunjung pula ke Balai Bomba Putrajaya.

Sunday, December 12, 2010

Karnival Jom Cari Kerja, 18-19 Disember 2010, Putrajaya


Lebih 40 Majikan, Temuduga Terbuka, Bengkel Menjahit, Memasak, Kraftangan, Facial, Peluang Keusahawanan kepada 100 terawal daripada Dewan Peniagaan Melayu Malaysia dan banyak lagi. Sila hubungi nama yang tertera untuk mendaftarkan diri dan maklumat lanjut.

Majlis Perasmian oleh YB Datuk Razali Ibrahim, Timbalan menteri Belia dan Sukan, 18 Disember 2010, pukul 11 pagi. Jemput datang beramai-ramai.

Popular Posts