Showing posts with label Ambiga. Show all posts
Showing posts with label Ambiga. Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

#Bersih #PenguinWalk Double-Standard Ambiga. Cari makan atau terhutang budi?


Bagaimana polis AS menangani penunjuk perasaan.
Sunday, November 28, 2011
dipetik dari the Mole

[Gambar] Seorang penunjuk perasaan lada disembur oleh polis Amerika. Tiada layanan mesra untuk penunjuk perasaan di negara yang perjuang kebebasan.

KUALA LUMPUR: Wartawan Charles F. Moreira menulis surat yang meminta pendirian Datuk S. Ambiga mengenai tindakan keras dan ganas oleh pihak polis ke atas penunjuk perasaan di Amerika Syarikat.

Charles juga mempersoalkan sikap "berdiam diri" media (yang kononnya) "bebas" berkaitan kekejaman polis terhadap penunjuk perasaan di Amerika Syarikat.

Beliau menulis: "penunjuk perasaan damai yang dipukul, disembur dengan penyembur lada, ditangkap, wartawan ditolak ke dalam satu sudut, wartawan ditangkap dan semua ini berlaku di negara yang kononnya memperjuangkan dan tanah air mereka yang berani ".

Charles bertanya: "Sekarang apakah yang mahu dikatakan Ambiga tentang perkara ini?

Dan sindiran penutupnya yang tajam, beliau membidas: "Apakah tidak boleh mengkritik rejim yang memberikan anugerah?"

Baca lebih lanjut tentang perkara ini DI SINI dan DI SINI

Friday, November 4, 2011

Gay: Azmi Sharom, Fahmi Reza juga penganut agama baru Seksualiti Merdeka?


Sivarasa Rasiah, Seksualiti Merdeka 2008



Edmund Bon, Seksualiti Merdeka 2010

[Nota: Nampaknya ramai rakan dan ikutan Pas berada dalam gerakan agama baru ini. Ingat - Pas hanya bertanding 60 kerusi. Jangan sampai Pas dibalacikan untuk menegakkan sebuah negara sosialis seperti yang diidam-idamkan oleh komunis. Jangan juga sampai Pas menjadi balaci, membuang negara Islam dan menggantikannya dengan sebuah negara sekular yang mempromosi hak asasi individu melebihi hak masyarakat, hak pemerintah dan hak Allah. Pas perlu menilai persahabatan mereka dengan syaitan. Ingatlah sebuah hadis yang bermaksud:

Dari Abu Said Al-Khudri R.A berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Kamu akan mengikuti orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sahasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani?” Baginda bersabda: “Kalau bukan mereka, siapa lagi?”. (HR Bukhari dan Muslim)"]


Awasi Perangkap Goethe-Institut & Kumpulan Gay-Lesbian Di Malaysia

AIDCNews – 03/11/11 – Pada tahun 2007, Goethe Institut membantu dana kepada kumpulan Gay dan Lesbian Malaysia untuk membuka tapak mereka yang kemudiannya diterjemahkan menjadi The Annexe Gallery, bersebelahan dengan Central Market, Kuala Lumpur.

The Annexe Gallery turut dibantu oleh badan-badan hak asasi dan kesenian tajaan George Soros dan Japan Foundation.

Jerome Kugan dan Pang Khee Teik merupakan dua individu penting di belakang The Annexe Gallery.

Pada Ogos 2008, kira-kira enam bulan pakatan rakyat yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menafikan 2/3 kerusi pemerintah di parlimen, The Annexe Gallery menyediakan tapak untuk sambutan kali pertama kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) yang kemudiannya dikenali sebagai Seksualiti Merdeka.

Menurut laman fridae.asia (laman yang memperkasa Gay di Asia), Seksualiti Merdeka 2008 merupakan sambutan kali pertama festival LGBT di Malaysia.

Sivarasa Rasiah yang ketika itu Naib Presiden PKR merupakan salah seorang ahli panel dalam program diskusi anjuran Seksualiti Merdeka itu. Sivarasa yang juga bekas salah seorang peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa minoriti seksual berhak untuk mendapatkan kebebasan yang sama seperti orang lain tetapi kebebasan mereka sering dinafikan di negara ini.

Seksualiti Merdeka mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan Sisters in Islam, Kata Gender, TheOtherMalaysia, Pink Triangle Foundation dan beberapa individu tertentu yang menjayakan sambutan kali pertama LGBT Malaysia itu.

Edmund Bon yang juga merupakan bekas peguam bela kes liwat II pula menjadi tumpuan untuk merasmikan Seksualiti Merdeka 2010.

Edmund yang ketika itu Pengerusi Komitit Hak Asasi di Bar Council menyentuh berkenaan klausa yang mendiskriminasikan ‘seks luar tabie’ yang terkandung dalam sistem perundangan Malaysia.

Pada tahun sama The Annexe Gallery menganugerahi ‘ANNEXE HEROES Freedom Of Expression Awards 2010‘ kepada Edmund bersama empat individu iaitu Dr Azmi Sharom, Fahmi Reza, Dr Farish Noor dan Shelah.

Terbaru, dalam sambutan Seksualiti Merdeka 2011, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan pula menjadi tumpuan.

Ambiga dipilih oleh kumpulan LGBT sebagai perasmi kerana kumpulan itu merasakan kebersamaan perjuangan antara mereka dengan Pengerusi BERSIH itu.

“Sebagai organisasi hak Asasi manusia, pengiktirafan terhadap gerak kerja demokrasi bermakna demokrasi untuk semua pihak termasuk rakyat yang berbeza orientasi seks dan identiti gender.

“Sebagai dunia sekeliling yang mula menghapuskan satu persatu polisi-polisi dan undang-undang mendiskriminasi, sebagai orang awam yang bercakap tentang kumpulan minoriti tertindas, kami percaya Malaysia juga akan tiba masanya untuk memberi kepada kita ‘kemerdekaan’ yang selayaknya kita dapat.

“Masa untuk kita dapatkan hak-hak kita akan datang. Mari kita berdiri teguh bersama-sama : Queer Tanpa Ketakutan”, lapor plancast.com.

The Goethe-Institut (GI) yang menjadi penaung kepada kewujudan flatform LGBT Malaysia adalah sebuah yayasan kebudayaan Jerman yang beribu pejabat di Munich, Jerman turut mempunyai banyak cawangan termasuk di Kuala Lumpur.

Di Indonesia, Goethe Institut Jakarta berusaha keras membangunkan kumpulan LGBT negara itu.

Antaranya menganjurkan Festival Q! iaitu festival untuk filem-filem berkaitan dengan LGBT.

Pengurus Komunitas Salihara juga merupakan tulang belakang penganjuran Festival Q selain memberi tempat untuk menjayakan festival tersebut.

Komunitas Salihara juga turut tersenarai dalam SOROS CENTRE FOR CONTEMPORARY ART (milik George Soros) yang bekerjasama dengan Hivos, sebuah organisasi penyokong gerakan-gerakan homoseksual di seluruh Asia.

Sudah tentu Festival Q adalah satu perangkap untuk mengundang api kemarahan kumpulan Islam di Indonesia dan seterusnya kumpulan Islam itu dilabel ‘teroris’ dan ektrimis untuk mengundang campur tangan pihak asing.

Menurut penganalsis Indonesia, Goethe Institut bekerja sama dengan sebuah lagi yayasan Jerman, The Friedrich Naumann Stiftung bekerja keras membantu Jaringan Islam Liberal Indonesia (JIL) untuk mewujudkan Indonesia sebagai sebuah Negara Liberal. Klik di sini dan sini.

Seksualiti Merdeka: Nasihat polis tentang `rukun agama baru gerakan hak asasi'



Sivarasa Rasiah, Seksualiti Merdeka 2008

[Nota: Tan Sri Rahim Noor betul bila beliau menyamakan gerakan hak asasi manusia dengan fahaman komunisme yang akan mempersoalkan perkara-perkara yang diterima oleh semua kaum dan agama. Beliau juga menyifatkan gerakan hak asasi ini sebagai agama baru. Jelas sekali gerakan Seksualiti Merdeka adalah salah satu dari `rukun agama baru hak asasi' yang sedang dibawa oleh Ambiga dan rakan-rakannya.

Jika Pas masih lambat sedar dan membuat pendirian mengenai perkara ini dan enggan memutuskan hubungan mereka dengan pemimpin-pemimpin yang membawa gerakan ini, maka amat besar kemungkinan bahawa Pas sudah mula diresapi oleh anasir Barat dan musuh Islam. Setakat ini hanya Dewan Pemuda Pas sahaja yang bersuara. Malangnya suara Dewan Pemuda Pas selalu dilihat sebagai suara kodok selepas hujan atau ibarat tong kosong; bunyi lebih, apa pun tarak. Suara yang tidak dipandang dan didengar pun oleh kepimpinan Pas dan PR.

Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Dato Khalid Abu Bakar tadi menyatakan ekoran laporan polis semalam, siasatan telah dimulakan di bwh S298A KK dan S27A(1)(c) AP. Sejumlah 17 NGOs membantah, termasuk perstuan pengamal agama Islam, Kristian, Buddha dan mereka meminta agar tindakan diambil terhadap penganjur. Satu laporan polis dan satu Memo kepada Ketua Polis Negara telah dibuat semalam. MULAI HARI INI PDRM AKAN HENTIKAN APA SAJA EVENT YANG AKAN DIADAKAN OLEH PENGANJUR. Polis menasihati kepada orang ramai agar tidak menghadiri apa-apa acara yang dianjurkan oleh penganjur. POLIS juga MENASIHATKAN BAR COUNCIL SUPAYA MEMBERI nasihat yang betul kepada penganjur. Polis tidak menghalang atau sekat hak asasi manusia namun homoseksualiti merupakan satu kesalahan dalam negara, jadi penganjur jangan terus mempromosi dan mengalakkan perkara tersebut. Penganjur akan dipanggil untuk diberi nasihat oleh polis selepas ini. Media diminta buat hebahan kepada orang ramai.]

Wednesday, September 7, 2011

#Bersih Ambiga kantoi menipu tentang Undi Pos? #bersihstories #Bershit

Blogger My Massa telah menyiarkan keratan akhbar ini sebagai bukti penipuan pembangkang. Terima kasih dan saya ingin meletakkannya di blog saya untuk tujuan merekodkannya. Sila layari blog My Massa di sini:
http://mymassa.blogspot.com/2011/09/wajib-baca-pembangkang-kantoi-dalam-isu.html



Wajib Baca : Pembangkang Kantoi Dalam Isu Undi POS!

Jawapan mantap daripada bekas pegawai tertinggi tentera.

Klik untuk besarkan imej


Jika PAS tuduh undi pos dimanipulasi, macam mana pembangkang boleh menang besar di:-

Bayan Baru (1,200)
Ipoh Timur (1,600)
Subang (3,000)
Bukit Bintang (1,800)
Ketereh (2,300)
Kuching (3,100)

Besar sangat majoriti sehingga ada yang sampai 3,100! Logik ke undi pos dimanipulasi jika pembangkang menang banyak macam tu?

*Tunggu apa pulak alasa pembangkang lepas ni.

Popular Posts