Showing posts with label New Village. Show all posts
Showing posts with label New Village. Show all posts

Friday, August 2, 2013

Sinopsis Filem #NewVillage: Sarat dengan pemalsuan fakta sejarah dan agenda kebencian


Filem New Village adalah satu lagi usaha untuk menyeleweng dan memalsukan fakta sejarah demi untuk menutup dosa-dosa kekejaman pengganas Parti Komunis Malaya pada zaman sebelum dan selepas kemerdekaan negara. Rakyat, anggota keselamatan dan keluarga mereka tidak mungkin sekali-kali akan melupakan kezaliman dan keganasan yang telah dilakukan oleh mereka. PKM bukan pejuang kemerdekaan, sebaliknya hanya pengganas yang mahukan kuasa bagi membentuk sebuah negara sosialis di Tanah Melayu atau Malaya ketika itu. Usaha untuk menipu rakyat ini dilakukan oleh golongan pro-komunis bagi menafikan hakikat dan fakta sebenar, iaitu kerjasama dan permuafakatan UMNO, MCA dan MIC dalam Parti Perikatan yang tidak berasaskan keganasan dan pertumpahan darah lebih diterima rakyat dan berjaya memerdekakan Tanah Melayu dan menjadikan ia sebuah Persekutuan.

#BoikotNewVillage : Reviu Filem "The New Village"

1. Filem The New Village yang sedang sibuk diperkatakan ketika ini merupakan satu lagi bencana terhadap hubungan antara kaum yang kini menjadi semakin kritikal.

2. Saya tidak akan pergi dari satu plot ke plot lain tetapi akan menggambarkan secara  keseluruhan tentang mesej dan kesimpulan yang ingin disampaikan melalui filem ini.



3. Filem ini adalah terbitan Astro Shaw dan syarikat produksinya adalah Yellow Movies Sdn. Bhd. serta diarahkan oleh Wong Kew-Lit, seorang pengarah tempatan. 

3a. Secara psikologinya, nama produksi filem ini pun telah merujuk kepada revolusi warna yang dibawa oleh BERSIH.




4. Secara kerangkanya, filem ini mengisarkan kisah percintaan seorang lelaki (Ah Nam) yang merupakan seorang ahli Komunis dan seorang perempuan (Lee Wen Xiu) kampung tersebut.

6. Filem ini juga memaparkan seorang watak protagonis (hero) yang merupakan ahli Komunis yang bercinta tersebut dan seorang watak antagonis (villain) yang merupakan Ketua Polis dibawah Pentadbiran Ketenteraan British.



7. "New Village" atupun Kampung Baru yang digambarkan tidak kelihatan seperti suatu penempatan malah ia lebih mirip kepada sebuah kem konsentrasi seperti kem tahanan Yahudi semasa Perang Dunia II. Penduduk New Village ini juga dilayan dengan teruk seperti tahanan perang. 


8. Secara keseluruhannya pihak British digambarkan sebagai jahat, kejam dan menindas orang Cina.

8a. Pihak Komunis pula digambarkan sebagai pembela dan pelindung bagi orang Cina.

9. Emosi filem ini membawa penonton untuk bersimpati kepada perjuangan Komunis dengan memaparkan kesusahan yang dihadapi Komunis di dalam hutan. Orang Cina di dalam filem ini digambarkan turut bersimpati dan membantu dengan memberi makanan, ubat-ubatan dan maklumat.


10. Satu perkara yang mencuri perhatian saya adalah penggunaan 'pengkhianat' yang merujuk kepada orang tempatan yang bekerjasama dengan pihak British. Secara halus, Ketua Polis yang jahat itu dipakaikan beret berlogo Rejimen Askar Melayu (Rejimen yang khusus untuk orang Melayu) walaupun yang memegang watak tersebut adalah seorang berketurunan Cina dan memainkan wataknya sebagai seorang berketurunan Cina.

10a. Persepsi saya menyatakan bahawa 'pengkhianat' yang cuba disampaikan oleh filem ini merujuk kepada orang Melayu.

11. Watak Ketua Polis itu juga digambarkan sebagai sangat jahat serta bersaing untuk bercinta dengan gadis yang sama dengan watak protagonis (hero). Emosi penonton akan terarah untuk membenci watak Ketua Polis tersebut.

12. Di dalam filem ini juga Komunis tidak digambarkan melakukan sebarang keganasan dan memberi ancaman terhadap orang kampung.

13. Satu babak di antara Ah Nam dan juga kekasihnya di dalam gua menceritakan kekejaman Jepun terhadap orang Cina dan juga penindasan British terhadap keluarganya memaksa beliau untuk berjuang kerana pada tanggapannya British dan Jepun adalah sama sahaja; iaitu penjajah.

14. Pada akhir filem, emosi penonton akan terarah untuk membenci dua konsep yang utama iaitu Polis/Tentera dan juga British/Pentadbiran.

15. Filem ini bersifat anti-establishment yang memberikan simpati kepada sebelah pihak sahaja.

16. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa Kerajaan tidak patut membenarkan filem ini untuk ditayangkan.

17. Pertama, semua pelakon terdiri daripada kaum Cina dan beberapa 'orang putih'. Orang Melayu tidak akan ada sebarang emotional attachment terhadap filem ini kerana tidak ada sebarang perkara untuk dikaitkan.


18. Kaum Cina pula adalah sebaliknya. Segalanya adalah mengenai kaum Cina di Malaysia. Emosi kaum Cina akan terarah kepada kebencian. Babak yang memaparkan rumah kaum Cina dipecah, tempat sembahyang dimusnahkan hanya kerana keluarga tersebut engggan berpindah mampu menjadi 'trigger point' kepada emosi kaum Cina.

19. Filem ini juga membawa maksud untuk menidakkan sejarah kemerdekaan negara. Perjuangan Tunku dan UMNO adalah palsu dan pejuang kemerdekaan yang sebenar adalah pihak Komunis. Langsung tidak digambarkan perjuangan dan sumbangan Tunku dan UMNO dalam mencapai kemerdekaan.

20. Sekiranya penonton tidak mempunyai pegangan sejarah yang kuat, mereka boleh membuat kesimpulan bahawa filem ini adalah benar dan perjuangan Komunis juga adalah benar. Kerajaan yang dibina pada hari ini dibina atas perjuangan Komunis dan seharusnya dikembalikan kepada pihak Komunis.

21.  Di akhir filem tersebut, satu teks telah dipaparkan yang bertulis:

"Dedikasi kepada Pejuang Kemerdekaan"

22. Cukup-cukuplah orang Melayu dihina dan terus diejek. Satu demi satu kes yang berunsurkan perkauman dan penghinaan terus muncul setiap hari.

23. Kerajaan perlu mengambil satu pendirian yang tegas pada kali ini. Secara jelas usaha Kerajaan terhadap kaum Cina tidak disambut baik untuk PRU-13. Orang Melayu pula sentiasa berdiri teguh dan setia bersama Kerajaan, walaupun hati mereka semakin hari semakin dalam terguris.

24. Saya secara peribadinya berpendapat bahawa filem New Village ini mempunyai niat jahat yang khusus. Filem ini juga secara tidak langsung bersetuju dengan kenyataan-kenyataan yang pernah disebut oleh pemimpin pembangkang seperti Mat Sabu dan DAP.

25. Tidak hairanlah sekiranya yang menaja penggambaran filem ini sebenarnya terdiri daripada pemimpin pembangkang. 

26. Jangan pula berlaku sesuatu perkara yang buruk baru Kerajaan mahu campur tangan. Dan jangan pula berlaku 'Tsunami Melayu' untuk PRU-14.

27. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

#NewVillage - Kesalahan fakta sejarah disengajakan bagi tujuan menghasut?



Bila Jabatan Peguam Negara hendak mendakwa Namewee atas kesalahan 
di bawah AKMM dan Akta hasutan?

HARAMKAN "THE NEW VILLAGE" KERANA KESALAHAN FAKTA SANGAT TEROK & ANGKAT CHIN PENG HERO
Khamis, Ogos 01, 2013 |


Rakan kami di LPF, di mana LPF pada mulanya memberi kelulusan penayangan filem kontroversi "The New Village" yang diterbitkan oleh Astro Shaw telah menceritakan banyak isu berbangkit yang amat memeranjatkan kami. Dikongsikan kepada pembaca...

Sebelum itu, sedikit latar belakang Astro Shaw ialah berkait dengan company Shaw Brothers yang banyak mendapat keuntungan hasil lakonan P.Ramlee dan rakan-rakan seangkatan di Singapura dan Kuala Lumpur dahulu.

Berbalik kepada filem The New Village, berikut adalah cerita panjang beliau kepada kami.

A. LATAR BELAKANG :

1. Backround sosial filem ini seawalnya cuba menghidupkan suasana "good komunis", suasana kehidupan awal pendatang Cina generasi kedua, ditunjuk surat si abang yang telah berjaya bekerja di negara China. Adegan surat orang Cina di Malaya menunjukkan Kerajaan China Komunis di Tanah Besar China mempunyai hubungan dengan elemen Komunis di Malaya. Dalam keadaan Darurat bagaimana surat dari negara China boleh sampai tanpa diperiksa oleh Kerajaan British?

2. Babak penting berlaku apabila keluarga Cina Pro-Komunis ini menyembunyikan seorang gerila Komunis (Ah Nam yang membawa watak Chin Peng) dan diselit adegan jatuh cinta  di antara Ah Nam dengan anak gadis Lim yang menyelamatkannya dari ditangkap tentera British.

3. Bermulalah propaganda Cina Komunis bahawa penjajah British dan Jepun kedua-duanya adalah Penjahat sebaliknya Cina Komunis (PKM) digambarkan baik dan mulia. Perkara ini dibuktikan semasa insiden rumah keluarga Lim diroboh & diarah pindah ke petempatan baru yang berpagar. Plot filem ini didapati sengaja menunjukkan propaganda bahawa sesiapa yang tidak mahu berpindah dituduh sebagai penyokong Gerila Komunis (PKM). Akhirnya dengan air mata kemarahan, kebencian dan dendam kepada "kerajaan', keluarga Lim terpaksa berpindah.

Nota : Sepatutnya Produser memberi gambaran yang lebih tepat bahawa peristiwa berpindah itu dikenali sebagai Rancangan Briggs yang bertujuan menghalang kegiatan Komunis yang mengancam keselamatan penduduk yang tinggal di pinggir hutan. Malangnya Prosedur memberi gambar sebaliknya, iaitu perpindahan tersebut sebagai suatu kekejaman kepada masyarakat Cina Komunis.

4. Gambaran suasana petempatan baru yang serba daif seperti pondok beratap kain/nipah & dipagar dawai berduri. Ditunjukkan juga bendera Union Jack, malah pegawai British berbangsa Cina digelar pengkhianat oleh talibarut Komunis (PKM) di dalam kem itu. Sebenarnya, Produser patut memberi gambaran yang lebih jelas seperti pegawai-pegawai tentera dan polis British ketika itu kebanyakan adalah askar Gurkha dari India dan Singapura.

B. PERWATAKAN BERELEMEN CINA KOMUNIS

5. Pada topi Gerila Komunis (PKM) ditunjukkan dengan jelas lambang Bintang Komunis, malah terdapat babak tidak logik ketika pegawai British bernama William berucap menggunakan B. Ingggeris disambut spontan oleh orang-orang Cina Komunis dengan aksi "ooooooh' walhal mereka tidak faham bahasa Ingggeris ,sebab itu mereka menggunakan penterjemah.

6. Filem ini menyelitkan dialog pegawai tentera British berbangsa Cina sebagai Pengkhianat dalam dua tiga kali insiden. Jika hendak dibandingkan dengan suasana sekarang, kelihatannya gambaran pengkhianat itu ditujukan kepada  MCA, wajah pegawai itu saling tak tumpah seperti wajah Dr. Chua Soi Lek badan berisi dan fesyen rambutnya. (hampir serupa ketika Dr. Chua Soi Lek muda di Universiti Malaya). Kami tidak jelas sama ada hal ini kebetulan atau memang dirancang?

7. Gambaran berlebih-lebihan dibuat untuk menunjukkan betapa Cina Komunis ini tersiksa di petempatan baharu seperti suasana malam ditunjukkan mereka sedang tidur bergelimpangan di atas tanah, ini tidak menggambar keadaan sebenar, ianya seolah-olah sengaja menunjuk penyiksaan dan derita yang mereka alami. Tujuannya sangat mudah iaitu supaya generasi muda Cina sekarang akan memberi belaskasihan dan bertambah benci kepada Kerajaan.  

8. Gambaran "We Are The Chinese" terserlah dalam filem ini dimana walaupun petempatan itu dikawal dalam pagar berduri, talibarut Komunis dalam kem itu masih menyeludup makanan dan ubatan kepada gerila Komunis. 

9. Watak Ah Nam dalam filem ini adalah Watak Chin Peng yang dijulang sebagai Hero Malaya menentang Jepun dan menentang British. Ah Nam atau Chin Peng dijulang dalam filem ini sebagai Hero sebenar Malaya bukannya Tunku Abdul Rahman, Sarjan Hassan atau Leftenan Adnan!

10. Propaganda Filem ini ke arah "Good Komunis" atau "Ah Nam @ Chin Peng" adalah Pejuang Kemerdekaan sebenarnya terbukti apabila Prosedur "menyalahgunakan" peristiwa bersejarah Rundingan Baling, Rundingan Damai PKM 1989 dan Lawatan Tun Razak ke China untuk membenarkan "KeHeroan dan Perjuangan Ah Nam@Chin Peng".

Digambarkan Kononnya Ah Nam@Chin Penglah yang berusaha memerdekakan Tanah Melayu melalui Rundingan Baling 1955. Digambarkan pula "Ah Nam@Chin Peng"lah yang membawa Keamanan kepada Malaysia melalui Rundingan Damai PKM 1989. Kejahatan Prosedur filem ini ialah apabila menggunakan Lawatan Tun Razak di China untuk menguatkan hujah filem ini bahawa Tun Razak pun mengiktiraf Komunis.

Soalan: Apakah Produser filem ini sudah menemui Profesor Ubaidullah, yang menjadi jurucakap semasa Lawatan Tun Razak ke Beijing? Apakah Profesor Ubaidullah akan bersetuju dengan pemaparan peristiwa Lawatan itu dalam filem Propaganda Komunis ini?

11. Propaganda yang sangat positif diberi kepada Chin Peng (Ah Nam) bahawa mereka masuk Hutan untuk menghalau penjajah Jepun dan British dari 'tanah air kita'. Mesej mereka ialah sama ada Jepun atau British mereka adalah penjahat, sebaliknya gerila Komunis diberi gambaran Penyelamat kepada orang Cina dari penjajahan Jepun dan British.

12. Saya melihat filem ini berjaya mengangkat Chin Peng dan Cina Komunis (PKM) sebagai Pejuang Sebenar kemerdekaan Malaya.

C. PENAMAT

13. Penamat story filem ini ialah Happy Ending dengan gambaran Alangkah Bahagianya kalau Ah Nam@Chin Peng balik ke "tanah airnya Malaysia" dan sembahyang di depan gambar bapanya dan ditunjuk betapa Malaysia yang aman sekarang adalah hasil perjuangan Cina Komunis (PKM) dan Chin Peng.

*Lagu tema "Perjalanan Yang Panjang" menggunakan saxophone dimainkan dua kali semasa di dalam gua dan ketika Ah Nam@ Chin Peng balik ke sekolah bertemu kekasihnya yang terpisah ketika zaman darurat. Lagu itu adalah lagu perjuangan Komunisme, saxophone adalah elemen Komunis dalam muzik dan lagu.

D. KESAN JIKA FILEM INI DITAYANG

14. Chin Peng dan Komunis Cina (PKM) akan dijulang sebagai Hero Sebenar Tanah Melayu mendapat Kemerdekaan, bukannya Tunku Abd. Rahman, Leftenan Adnan, Sarjan Hassan, perajurit di Bukit Kepong, di Kalabakan dan sebagainya.

Filem ini adalah jawapan kepada filem-filem Patriotik seperti Bukit Kepong, Hati Malaya, Leftenan Adnan, Sarjan Hassan dan Tanda Putera. Filem ini adalah untuk mengubah sejarah negara ini dan mengubah persepsi generasi baru.

15. Dalam konteks moden, tujuan sebenar filem ini adalah untuk mengangkat DAP sebagai parti orang Cina sebenar, sebab itulah Lim Guan Eng merah padam mukanya apabila filem ini menjadi isu besar dan hendak diharamkan. DAP digambarkan sebagai pejuang orang Cina sebenar dan MCA digambarkan sebagai Pengkhianat. Apa sebabnya LGE marah sangat?

16. Di dalam filem ini juga, Tun Razak dan Tunku Abd Rahman diberi gambaran pemimpin yang hidup senang-lenang dan hanya menikmati kesenangan hasil perjuangan gerila Cina Komunis dan Chin Peng.

17. Di penghujung filem ini juga, diberi gambaran keamanan Malaysia hasil kesusahan, penderitaan dan pejuang gerila Komunis (PKM) dan Ah Nam@Chin Peng.

E. KESIMPULAN

18. Filem ini tidak boleh ditayangkan di Malaysia kerana fakta-fakta yang tidak tepat, menyalahgunakan peristiwa sejarah dan berpotensi membangkitkan kemarahan dan "amuk" pejuang-pejuang Melayu yang masih hidup ketika menentang kejahatan gerila Komunis (PKM).

19. Siasatan perlu dibuat bagaimana Lembaga Penapis Filem (LPF) boleh meluluskan penayangan filem ini pada bulan Ogos tanpa meneliti fakta-fakta songsang dan propaganda Komunis yang dimainkan dalam filem ini! Kita tidak faham apakah berlaku kes lepas tangan atau makan gaji buta.

20. Penerbit Filem ini Astro Shaw yang susurgalurnya Shaw Brothers perlu memberi penjelasan mengapa menerbitkan sebuah filem anti nasional, anti perpaduan dan anti sejarah negara! Pembikinan filem ini dibuat dalam keadaan sedar dan sengaja dibuat, tidak wujud kes terlepas pandang. Ianya jelas disengajakan untuk membina propaganda "good Komunis" kepada perjuangan gerila Komunis (PKM) dan Chin Peng!

21. Isu besar di sini ialah kesalahan Fakta Sejarah yang sangat terok,  penggunaan Muzik dan Filem untuk membenarkan Fakta baharu dan kesan-kesan negatif kepada "nation building" negara kita.

Tuesday, July 30, 2013

`New Village' & Komunis : @Khairy - Guan Eng pemimpin reaktif, `bias' dan bukan negarawan


Lim Guan Eng’s statement belies a deep partisan bias on matters that concern national history, identity and sentiment - KJ


Statement by the Leader of UMNO Youth in response to Lim Guan Eng

As press statements go, Lim Guan Eng’s speedy response to my comments regarding the film “The New Village” speaks volumes to his inherently political and partisan character. For context, I questioned why “The New Village” appears to be given an easier ride by the Film Censorship Board compared to “Tanda Putera” whose screening had been delayed by a year until the new release date of Aug 29. Considering the pain and tragedy attached to the points of history at which both films are situated, it was a question I raised to ensure that the sensitivities of all Malaysians were taken into account, what with the screening of the two films meant to happen in the month of our Independence.

Instead of engaging in the question of what was appropriate and accurate to be screened as history, Lim Guan Eng’s statement belies a deep partisan bias on matters that concern national history, identity and sentiment. This bias comes at great cost to the force of his arguments – he employs a most rudimentary logic to arrive at an indefensible conclusion that Utusan and UMNO Youth are hypocrites. I wish to expose this bias.

Lim Guan Eng’s charge of hypocrisy centers on this most curious of arguments: that if Barisan Nasional makes ties with governments or other political parties with a communist past, then it has no right to complain about films that may glorify our own communist history. He quotes our ties with the likes of China and Cuba as examples – and for effect, he brings up the relationship that BN Youth made with the Communist Youth League of China (CYL).

It doesn’t take very much to know that the situations are incomparable. Our relationships with China, Cuba and Vietnam are diplomatic ties with internationally recognized sovereign governments – relationships borne out of trade, economic and geo-political necessitThat they happen to be ‘communist’ – in the case of China clearly more in name than in nature – does not carry the same significance as the communism Malaysians remember; a communism which this film appears to be glorifying.

But let’s indulge Lim Guan Eng in his lazy analogies for a moment longer. The Communist Party of China has undergone a profound evolution in its character as the world moved away from Cold War sensibilities to 21st century globalisation – in the most important ways, it is unrecognizable from its Marxist-Leninist past to the present day incarnation responsible for turning China into a global superpower. In stark contrast, the Communist Party of Malaya (CPM) never went through anything of the sort as far as the Malaysian collective consciousness is concerned. It was not the party of government, it was not responsible for steering this country’s economic progress. Instead, it remains synonymous with a very dark period in our history, conjuring up painful memories for all Malaysians affected by their reign of terror.

But of course these basic comprehensions are lost on Lim Guan Eng. He would sooner suggest we break off ties with China than acknowledge that perhaps more thought should be given to whether there are serious issues surrounding this "The New Village" film.

In fact, isn’t it telling how reactive and sensitive Lim Guan Eng was to my remarks, when what I called for was a review by the censorship board? Even without having seen the film, it wasn’t too difficult to ascertain from the trailer that Communist insurgents were the protagonists painted as national heroes.

Now, unlike Lim Guan Eng, I am receptive to the nuances of history – I understand there can be different readings of historical accounts depending on which period one looks at, and I understand that people and organisations sometimes take up roles with inadvertent outcomes for others.

But one fact is indisputable – that the CPM terrorized and murdered thousands of Malaysians who did not bow to their wishes – many of whom died in gruesome circumstances, disemboweled and dismembered. It is from this sombre point of origin that my discomfort comes.

Lim Guan Eng accused me of stoking "the fire of racism and lies to further divide the nation with walls of hatred and fear" when I never once mentioned race in my initial remarks. And I didn’t for a good reason – because the pain inflicted by the CPM was not felt by one race, but by all Malaysians. And it is a Malaysian – not a Malay or UMNO or Utusan – outrage that occurs when there is any attempt at either historical revisionism or an unfair portrayal of history regarding the CPM

Instead of indulging in political platitudes – accusing his opponents as divisive, deceptive or hypocritical at every turn – I urge Lim Guan Eng to suspend his partisan judgment when it comes to matters that concern our identity and history as a people. That’s what statesmen do. He should try it sometime.



Guan Eng tak faham konteks hubungan diplomatik

pada 29-07-2013 04:07 Ditulis Oleh Shawaliah Hadir



Post Pic

Pemimpin DAP macam Lim Guan Eng ada masalah untuk faham konteks. Konteks hubungan dengan parti teras sebuah kerajaan yang penting berbeza dengan konteks penolakan dan menyelar kezaliman Parti Komunis Malaya (PKM) - TF
 
SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak faham konteks hubungan diplomatik yang diadakan oleh Barisan Nasional (BN) dengan Parti Komunis China, kata Exco Pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz.
 
Menurutnya, penubuhan sekretariat di antara Pemuda Barisan Nasional dan Liga Belia Komunis China (CYL) adalah berteraskan hubungan dan kerjasama negara, bukan kerjasama dengan pergerakan komunis Malaya.  
 
Katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu jelas tidak maklum tentang faedah yang diperolehi negara hasil hubungan yang diadakan pada 12 Oktober 2009 dalam pelbagai bidang.
 
"Pemimpin DAP macam Lim Guan Eng ada masalah untuk faham konteks. Konteks hubungan dengan parti teras sebuah kerajaan yang penting berbeza dengan konteks penolakan dan menyelar kezaliman Parti Komunis Malaya (PKM).
 
"PKM bunuh rakyat (negara ini) dan lakukan sabotaj sedangkan Parti Komunis Cina tidak bunuh rakyat Malaysia dan merupakan rakan penting Malaysia dalam banyak bidang," katanya kepada Antaraposmenerusi sistem pesanan ringkas (SMS) hari ini.
 
Justeru kata Tun Faisal, Lim melakukan provokasi dengan bertindak mempertikaikan hubungan berkenaan.
 
Setiausaha Agung DAP itu dalam kenyataan medianya semalam, mendesak Umno untuk tampil menjelaskan hubungan parti itu dengan Parti Komunis Cina.
 
Beliau merujuk kenyataan anggota exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam yang mempersoalkan bagaimana filem 'The New Village' yang didakwanya mengagungkan fahaman komunisme begitu mudah diluluskan berbanding filem ‘Tanda Putera’ yang berlatar belakangkan rusuhan kaum 13 Mei 1969.
 
Katanya lagi, Ketua Pemuda Umno pada 12 Oktober 2009 turut mengumumkan sekretariat tetap bagi mengukuhkan hubungan di antara Pemuda BN dengan CYL.
 
Lim juga membidas Umno yang tidak menentang tindakan kerajaan yang mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis seperti China, Cuba dan Vietnam.
 
Mengulas lanjut, Tun Faisal menegaskan kerajaan BN menolak sekeras-kerasnya Parti Komunis Malaya yang melakukan kekejaman kepada rakyat berbeza dengan Parti Komunis China. 
 
Malahan jelasnya, pada era tahun 1970-an Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussin telah mengadakan hubungan diplomatik dengan China untuk menyebarkan penolakan rakyat kepada PKM.
 
Ini kerana PKM jelas mengancam keselamatan rakyat ketika itu kerana melakukan kezaliman. 
 
"Sebab apa PKM ditolak kerana keganasan, kezaliman dan ideologi dan pendekatan yang tidak sesuai dengan rakyat Malaysia dan tanah Melayu ketika itu. 
 
"Tun Razak buat hubungan diplomatik dengan China pada tahun 70-an, untuk jelaskan pendekatan PKM yang ditolak rakyat Malaysia dan supaya China menyisihkan PKM dan tidak lagi beri dana kepada PKM," tambah beliau. 
 
Polemik timbul apabila Pemuda Umno mahu filem 'The New Village’, yang mengisahkan penempatan semula komuniti Cina sewaktu pencerobohan komunis diharamkan.
 
Filem itu didakwa secara halus mengangkat PKM sebagai hero dan meletakkan Rejimen Askar Melayu dan polis yang ketika itu berkhidmat dengan British sebagai musuh dan 'orang jahat' yang perlu dihapuskan.

sumber


Popular Posts