Showing posts with label Hassan Ali. Show all posts
Showing posts with label Hassan Ali. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

#PasSesat: [Video] Ustaz Hassan Basri - Perhimpunan #bebasAnwar901 tidak harus heret rakyat


Hassan Basri: Perhimpunan 901 tidak seharusnya mengheret rakyat


Komen yang menarik mengenai video di atas


saya dah hilang keyakinan dengan PAS.. kerana nak menang kerusi, sanggup ketepikan perjuangan selama ni.. dulu PAS kalah saya masih bangga, sebab kalah dengan bermaruah.
faizalsidek 1 hour ago

PAS pusat perlu berhati hati dengan ahli JIM yang meyerap masuk ke dalam PAS...terdahulu pada zaman almarhum Fadhil Noor, beliau berhati hati dengan keterlibatan JIM ke dalam PAS, tapi pada hari ini JIM menukar nama kepada IKRAM untuk memudahkan penyamaran. Ramai orang JIM dalam PAS memberi ruang kepada Fathul Bari, Juanda Jaya dan Dr Asri untuk memberi ceramah sedangkan kita faham fikrah mereka adalah musuh kepada PAS.
seniman99 13 hours ago

Duri dalam daging adalah orang JIM seperti Saari Sungip, Khalid Samad, Zuraidah Salleh dan beberapa orang lagi. Golongan begini yang menguasai PKR tetapi gagal kerana ada ramai ahli ABIM, maka orang JIM datang dan menguasai Majlis Tertinggi PAS. Jika mereka ini mampu menguasai MT PAS, maka akan ramailah veteran PAS ditendang keluar, Hassan Ali telah ditendang, selepas ini, Nasharudin Mat ISA, selepas ini Ismail Kamus...Harun Din...Taib Azamudin...
seniman99 13 hours ago

Dengan penguasaan JIM kedalam PAS, harakah menjadi suara JIM bukan lagi suara ulamak PAS. Maka tiada lagi kedengaran kekerapan suara Ismail Kamus dalam Harakah...tiada lagi kedengaran suara TAib Azamudin dalam Harakah...dan Tiada lagi uuara Tuan Guru Harun Din. JIM telah berjaya merperkudakan PAS SARAWAk sehingga orang veteran PAS di SARAWAK ditendang dan difitnah sebagai pengampu UMNO, pengampu kerajaan dan ada juga ahli IKRAM (JIM) menuduh bekas pimpinan PAS SARAWAK memufarakah diri...
seniman99 13 hours ago

Tuesday, December 13, 2011

Gempar! [Video] @DrHasanAli tidak mahu jadi calon Pas sebab tak mahu buat bai'ah talak 3? #PasSesat


Bermula minit 2:27 dengarkan apa yang Dr Hasan Ali katakan tentang bai'ah talaq 3.


Sebelum ini Pas dikritik hebat sebagai mengamalkan ajaran sesat dalam berbaiah. Untuk fahami tentang baiah talak 3 Pas dan baiah yang dilaksanakan pada zaman Rasulullah saw sila baca Beza Baiah Sesat Pas dan Baiah UMNO #PAUmno #PartiAgamaSesat.

Ketika amalan baiah sesat dalam Pas ini dibongkar, menurut Ahli Parlimen, Zulkifli Noordin (yang ketika membuat kenyataan ini masih merupakan ahli Parlimen Pembangkang), amalan bai'ah taklik ini "mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian." Menurutnya ada di kalangan pemimpin Pas yang bercerita "mereka sendiri menggigil apabila mengangkat baiah berkenaan. Yang paling sedih, ada di antara isteri yang dikehendaki hadir dalam majlis baiah ini menangis dan menggeletar mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud."

Zulkifli juga berkata, beliau terkejut apabila beberapa tokoh politik Pas yang dihubunginya bukan saja tidak merasa bersalah dan berdosa dengan baiah itu malah mempertahankannya dengan alasan dangkal yang tidak bersandarkan al-Quran, sunnah Rasulullah dan sahabat baginda serta khalifah.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin turut menunjukkan penentangan terhadap tindakan Pas menggunakan bai'ah talak ini kerana menganggapnya seolah-olah memperkecilkan kedudukan wanita. Katanya, kaum wanita yang menjadi isteri kepada wakil rakyat Pas tidak sepatutnya dijadikan cagaran kerana ada antara mereka tidak terbabit dalam perjuangan parti itu.

Mufti Perak (ketika itu), Tan Sri Harussani Zakaria, berkata tindakan itu jelas mempersendakan kemuliaan isteri apabila menjadikan pasangan sebagai barang gadaian dan jaminan politik. Katanya, amalan baiah atau sumpah taat setia akan jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati parti itu dengan menyertai parti lain, adalah tindakan mempertuhankan politik dan demokrasi. "Isteri bukannya barang gadaian dan jaminan, sewaktu hendak kahwin kita ambil dengan cara baik dan kita memperisterikannya dengan perjanjian yang besar di hadapan Tuhan."

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (ketika itu), Datuk Noh Gadut pula menyifatkan bai'ah taklik ini sebagai tidak bertamadun dan boleh menjatuhkan imej Islam. "Talak juga dibenci oleh Allah, baiah seperti ini adalah budaya orang yang tidak bertamadun. Perempuan mahal harganya dan bukan boleh dijual beli dan bab agama jangan dipolitikkan sehingga isteri menjadi mangsa. Sanggupkah dengan politik kita biarkan rumah tangga yang dibina hancur," katanya.

[Video] Blogger sokong PM @NajibRazak jemput Hassan Ali kepalai JK Perpaduan Umat Islam @drhasanali


Video Pengakuan Jujur Hassan Ali. Sanggup Kepalai Jawatankuasa Perpaduan Peringkat JPM Jika Najib Jemput.


Bermula Mark 1:50

“Tubuhkan Jawatankuasa Peringkat Persekutan di Jabatan PM , saya tidak ada masalah untuk menyertai nya”

“Kalu Perdana Menteri menjemput dan berkata, kamu mempunyai kepakaran didalam bidang ini..saya nak lantik kamu ..untuk mendapatkan input yang baik dari kamu..atas nama perpaduan..atas nama tunggak islam... saya Insyallah akan beri jawapan positif kepada jemputan itu..”

"Saya sudah lama dalam PAS, tidak akan mudah untuk meninggalkannya begitu saja. Banyak rakan-rakan yang saya perlu bincang, mufti-mufti, penasihat agama dan juga orang lama dalam politik yang selalu saya bincang. Akan saya guna semua itu (dalam membuat keputusan jika mahu meninggalkan Pas)”

DS Najib mesti padang serious pelawaan tender terbuka oleh Hassan Ali.

Manakala Pok Nick pula akan melenting-lenting dengan kesanggupan Hassan Ali di atas. Ayat standard Pok Nick ialah, 'itu pandangan peribadi Hassan Ali dan tidak melambangkan suara Pas'.

baca seterusnya pandangan H.Halem di

Wednesday, August 10, 2011

#Murtad Akhbar Cina serang Hassan Ali, SPRM sila siasat!


Jelasnya Timbalan Editor akhbar Sinchew, Lim Swee Guan hanya merupakan rubber stamp kepada kerajaan PR Selangor tanpa kemampuan untuk memahami gambaran yang lebih besar.

Matlamatnya hanya untuk mempertahankan kerajaan PR Selangor tanpa memberikan penilaian berimbang terhadap kerisauan masyarakat umat Islam di dalam negeri Selangor terhadap gejala rasuah untuk menukar agama yang dipraktikkan secara meluas dalam negeri yang ditadbir pembangkang itu.

Benarkah akhbar Sinchew bebas? Atau merupakan alat propaganda dan lidah kepada PR?

Mungkin elok juga SPRM masuk menyiasat Lim Swee Guan untuk melihat sama ada dia ada menerima sebarang sogokan dari kerajaan PR Selangor untuk menulis artikel sebegini.

_______________________________________


Sinchew Daily News, m/s 26
8 Ogos 2011

Bermain Api
Lim Swee Guan
Timbalan Editor akhbar

Jabatan agama islam negeri selangor dan Exco Agama Negeri Selangor Hassan Ali adalah ancaman besar bagi Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kuasa kerajaan negeri Selangor, jika tindakan mereka tidak dikawal, mungkin akan berlarutan dan akan berulang berlaku peristiwa seumpama itu, mereka akan berterus menggeledah majlis jamuan makan malam anjuran gereja-gereja.

Rekod lepas-lepas Jabatan Agama Islam negeri Selangor dan Hassan Ali bukannya begitu baik, sebelum ini Jabatan Agama Islam negeri Selangor pernah mengharamkan penjualan arak di kedai-kedai serbaguna di kawasan Shah Alam serta melarang pengambilan pekerja-pekerja Islam bekerja di tempat-tempat hiburan yang menjual arak, mereka lakukan tangkapan pada hari Valentine Day, menangkap bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri. Mohd Asri adalah salah seorang yang berbincang secara sulit dengan UMNO untuk bergabung antara pas dan UMNO untuk menubuhkan kerajaan negeri Selangor; beliau selalu keluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan yang membelakangi kerajaan negeri Selangor, apabila MB Selangor berkata tidak mengharamkan menjual tiket judi dalam negeri Selangor, beliau mahu Jabatan Agama Islam Selangor dan Exco Agama Negeri Selangor melarang aktiviti penjualan tiket judi.

Tidak kompromi dan sepakat dalam kerajaan memang lazim berlaku, contohnya isu tentang pemutihan buruh asing, apabila kementerian sumber manusia berkata mahu serahkan urusan itu kepada pihak orang tengah, kementerian dalam negeri pula berkata mereka tidak terima sebarang arahan seumpama itu, tetapi dalam isu dan hal-hal yang lebih besar, mereka boleh bekerjasama dalam satu kumpulan yang membawa muafakat dan pada masa sama mereka boleh mempunyai pendirian yang sama.

Apa yang membuat orang tidak faham di sini, apa yang berlaku pada 3 Ogos itu dimana pihak Jabatan Agama Islam negeri Selangor menggeledah dan memecah masuk Damansara Utama Methodist Church (DUMC), selepas selang sehari MB Selangor dalam ucapannya rasa kecewa tentang peristiwa itu meminta Jabatan Agama Islam Selangor ajukan laporan; dan Puan Teresa Kok Suh Sim pula memberitahu, pada hari tersebut semua ahli exco mengadakan perbincangan, Hassan Ali dan Ketua Jabatan Agama Islam negeri Selangor berkata mereka tidak tahu menahu tentang perkara itu. Tidak disangka pada malam hari itu pula Hassan Ali mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor itu.

Sebenarnya siapa yang bercakap bohong? Besar kemungkinan kerajaan negeri sudah tidak dapat kawal Hassan Ali lagi. Jabatan Agama Islam Pusat juga mungkin telah nampak bahawa Hassan Ali sudah tidak sehaluan dengan kerajaan negeri Selangor. Dengan itu jawatan pengerusi agama Islam negeri yang disandang beliau ditarik balik, walau bagaimana pun tindakan itu masih tidak mencukupi, sepatutnya mereka lucutkan jawatan Exco Hassan Ali.

Jika Pas mahu ambil jalan tengah, Pas sepatutnya tidak boleh ikut sama rentak mengiyakan tindakan pegawai-pegawai agama negeri Selangor. “Pas sepatunya menjadi salah satu pemimpin dalam agama Islam”, sepatutnya Pas mempunyai perhubungan di antara agama lain, tindakan yang mana boleh buat dan yang mana yang dilarang, diperinci dan diperjelaskan dengan teliti, supaya dapat menghalang gangguan dari orang tengah yang mahu merosakkan parti itu, dan pihak luar dikhuatiri dapat ambil kesempatan tarik pengundi yang di tengah-tengah itu.

Sebelum ini, berlaku isu melarang penjualan tiket judi di negeri Kelantan, dan Kerajaan Kedah pula keluarkan arahan melarang aktiviti pusat hiburan pada bulan Ramadan (telah ditarik balik), ini menunjukkan bahawa puak konsevatif dalam Pas masih kuat; isu menggeledah gereja itu juga boleh menentukan sama ada Pas boleh lakukan perubahan ataupun tidak, jika ia dapat diselesaikan dengan aman, tindakan Pas barulah tepat, wajar dan akan dapat hasil yang terbaik.

Pegawai-pegawai agama juga perlu disekolahkan, mereka kena faham apa itu maksud penyebaran agama dan apa itu maksud menghadiri aktiviti amal di gereja, mereka tidak sepatutnya memasuki kawasan agama lain untuk laksanakan tugas-tugas mereka. Jika di antara agama itu tidak boleh berhubung, jika menghadiri aktiviti NGO dan aktiviti amal, ia bukan sahaja dapat saling memahami antara satu sama lain, jika tindakan itu berlaku ia hanya akan semakin terpisah di antara mereka.

Bayangan-banyangan ini menunjukkan, majlis makan malam itu akan jadi isu politik; suratkhabar berbahasa Melayu dalam dua tiga hari ini telah membuat liputan mengatakan: “ada pertubuhan yang mengeluarkan peruntukan tarik orang Islam tukar agama” ini adalah tuduhan yang agak luar biasa.

Tentang isu Naib Censelor UniSel letak jawatan, surahkhabar Melayu dalam beberapa hari ini juga asyik menghentam kerajaan negeri Pakatan Rakyat; pihak musuh politik mungkin akan ambil kesempatan menggunakan isu majlis makan malam itu. Untuk merosakkan Pakatan Rakyat, dan mereka akan dapat raih tiket undi orang-orang Islam.

Isu agama itu sangat sensitif, sepatutnya tidak boleh menggunakan isu agama untuk raih tiket undi, ini adalah martabat paling rendah dalam permainan dan percaturan politik. Jika bermain politik tidak ikut paraturan, umpama mereka ini sedang bermain api.

Popular Posts