Showing posts with label Pilihan Raya. Show all posts
Showing posts with label Pilihan Raya. Show all posts

Thursday, April 15, 2010

MIC Selangor lupa diri!

Samy Vellu mesti bersikap realistik


Walaupun selepas kekalahan memalukan Presidennya Samy Vellu di Sungai Siput dalam Pilihan Raya 2008, nampaknya MIC Selangor masih belum tersedar dari tidur dan terus dibuai mimpi.

A. Saktivel dan 17 orang wakil MIC Selangor mungkin masih hidup dalam khayalan dan
'denial syndrome' apabila menuntut "kita nak calon yang di'endorse' oleh parti kita." Mungkin akibat lupa diri, dengan angkuh dia menyatakan, "Kita tidak mahu calon yang ikut jalan belakang sebab itu merupakan MARUAH parti kita!".

Kata Strategis Perang Cina, Sun Tzu
"The general who loses a battle makes but few calculations beforehand. Thus do many calculations lead to victory, and few calculations to defeat: how much more no calculation at all! It is by attention to this point that I can foresee who is likely to win or lose."

Mari kita buat
reality check bagi pihak MIC Selangor agar mereka lebih waras apabila membuat tuntutan. Hakikat yang perlu dipertimbangkan oleh MIC Selangor adalah;

  1. Palanivel adalah calon yang kalah dalam Pilihan Raya 2008, walaupun tiga DUN yang lain dimenangi oleh BN
  2. Palanivel sudah bertanding 5 kali, 4 kali menang dan 1 kali kalah. Dia merupakan Ahli Parlimen Hulu Selangor sejak tahun 1999 sehingga 2008. Berkampunglah di Hulu Selangor dan bertanyalah kepada orang India, Melayu dan Cina - rata-rata menyatakan mereka tidak mahukan Palanivel. Ada sahaja yang tidak kenanya. Maksudnya Palanivel bukan denyut nadi orang India di Hulu Selangor, apa lagi denyut nadi pengundi Felda Sungai Tengi yang merasakan bahawa mereka terabai selama ini. Saktivel mungkin agak jahil dan tidak pernah tahu bagaimana hendak membuat kajian sikap di kalangan pengundi.
  3. Rata-rata pengundi Melayu masih belum dapat menerima Palanivel dan Samy Vellu
  4. Presiden MIC sendiri menyatakan bahawa tidak ada satu kawasan pun yang mempunyai majoriti pengundi India. Maksudnya, bagi memastikan partisipasi wakil berketurunan India dalam kerajaan - pertimbangan kuota dan semangat permuafakatan Barisan Nasional (BN) perlu dipraktikkan.
Berdasarkan perkiraan dari sudut mana pun, peluang Palanivel untuk menang adalah TIADA!

Idealnya, berdasarkan perkiraan, peluang BN lebih tinggi jika calon Melayu diletakkan berbanding bukan Melayu. Peluang untuk menang akan jadi lebih tinggi jika calon yang telah berjasa kepada penduduk tempatan diletakkan.

Bagaimanapun jika BN hendak membuktikan mereka berpegang kepada prinsip dan semangat setiakawan serta permuafakatan yang telah sekian lama diamalkan; dan sanggup pula bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon yang disepakati, maka ada kewajaran untuk meletakkan calon dari parti MIC.

Peluang untuk menang akan menjadi lebih baik jika seorang calon yang lebih muda dan tidak mempunyai
`baggage' silam ditempatkan. Peluang akan menjadi lebih tinggi jika calon tersebut terdiri dari anak tempatan, mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan mesra rakyat.

Belajar dari pengalaman Parti Kongres India, peluang untuk menang adalah lebih baik dan risiko kekalahan adalah minimum sekiranya calon baru dan muda ditempatkan di konstituensi di mana parti tersebut kalah sebelum ini.

Ia bukan tentang MARUAH MIC, tetapi ia adalah tentang perkiraan kalah-menang; tentang usaha untuk meningkatkan peluang dan meminimumkan risiko. Secara peribadi, saya tidak mempunyai masalah untuk bekerja lebih kuat jika P. Kamalanathan atau V. Mugilan yang ditempatkan!

MIC mesti insaf dan diinsafkan bahawa akhirnya rakyat yang akan menentukan siapa yang mereka mahu. Jangan kelabu mata dan berfikiran sempit untuk melihat soal pemilihan calon dari perspektif sempit kelompok tertentu dalam parti sendiri.

Jangan sombong dan bongkak untuk mendesak secara membuta tuli kerana orang yang rasional pun akan menjadi marah mendengar kenyataan A. Saktivel!

Popular Posts