Showing posts with label Saraan Baru Perkhidmatan Awam. Show all posts
Showing posts with label Saraan Baru Perkhidmatan Awam. Show all posts

Friday, December 23, 2011

#SBPA : @KhairyKJ - Perhalusi isu yang dibangkitkan CEUPACS!



 Khairy Jamaluddin 

Pelaksanaan SBPA untuk penjawat awam wajar ditangguhkan. JPA perlu bincang dgn CUEPACS. Penerangan ttg SBPA juga kurang. 



Skim Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam
http://www.rembau.net.my/

Pergerakan Pemuda UMNO menyambut baik kesediaan Kerajaan, lanjutan daripada mesyuarat di antara Kongres Kesatuan pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) bersama YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak hari ini, untuk menangguhkan tarikh perlaksanaan  skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi membolehkan rundingan bersama diadakan diantara Jabatan Perkidmatan Awam (JPA) dan CEUPACS dijalankan.

Langkah tersebut bukan sahaja mencerminkan kepimpinan Kerajaan yang bukan sahaja  bersifat terbuka dan bersedia mendengar bahkan responsif dan peka dengan isu yang dibangkitkan oleh pihak berkepentingan seperti CEUPACS tertutama di dalam isu penting yang melibatkan hampir 1.4 juta penjawat awam seluruh negara.

Pada masa yang sama Pemuda UMNO juga berharap agar rundingan bersama tersebut dapat dilaksanakan dengan berhemah agar segala persoalan dan isu yang dibangkitkan sebelum ini dapat diselesaikan segera bagi menepati sasaran dan iltizam Kerajaan untuk membina warga kerja awam yang efisyen dan poduktif serta mampu merealisasikan perancangan transformasi negara disamping memastikan keadilan dan ketelusan di dalam perlaksanaan sistem saraan yang baru ini.

Disamping itu Pemuda UMNO juga meminta Kerajaan untuk menghalusi isu-isu yang dibangkitkan oleh CEUPACS seperti dasar pemisah dan juga perincian bagi kenaikan kadar gaji yang diunjurkan sekitar 7 hingga 13 peratus.

Sehubungan dengan itu kami menggesa agar rundingan bersama antara pihak JPA dan CEUPACS dibuat secepat mungkin.



Popular Posts