Showing posts with label Peguam Perosak Negara. Show all posts
Showing posts with label Peguam Perosak Negara. Show all posts

Saturday, June 21, 2014

NGO Islam makin resah dengan Peguam Negara.. @NajibRazak @DSJamilKhir @NancyShukri



Semakin banyak NGO Islam dan semakin ramai umat Islam Malaysia yang kini mempertikaikan Peguam Negara. Institusi Peguam Negara sekarang dilihat sebagai ancaman terhadap kedudukan istimewa agama Islam dan telah hilang integriti untuk bersikap adil dalam hal ehwal berkaitan orang Melayu, umat Islam Malaysia dan agama Islam di dalam negara ini. 


Satu laman facebook telah dibuka oleh umat Islam dan NGO-NGO Islam yang prihatin dan resah dengan perkembangan semasa ini -  https://www.facebook.com/pecatdansiasatAG

Ini merupakan salah satu artikel yang dikeluarkan oleh salah seorang aktivis Islam negara, A Karim Omar di dalam blognya. Ini merupakan salah satu artikel yang terbaru dari siri artikel yang mempertikaikan Peguam Negara.

Dua Kes Mahkamah Hari Ini Mengesahkan Sikap Gani Patail?

Walaupun ramai orang bercakap tetapi sukar untuk dibuktikan. Kes Gani Patail tidak mahu mendakwa Bible Society Malaysia atas kesalahan Enakmen Pengawalan Ugama Bukan Islam (KawalanPerkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Seksyen 9 membuka mata kehairanan dan seolah-olah mengesahkan dakwaan bahawa Peguam Negara ini ada pilih-pilih kes untuk didakwa dan yang mana untuk beliau tidak teruskan.

Namun, apa yang berlaku pada hari ini mungkin mencatatkan sejarahnya seolah-olah membuktikan kebenaran sangkaan orang ramai selama ini terhadap Gani Patail.

Kes 1: Mendakwa Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman atas tuduhan menghasut. Didakwa di mahkamah sesyen di Kajang pagi tadi.

Kes 2: Mendakwa ADUN Seri Delima RSN Rayer di mahkamah sesyen Pulau Pinang. Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Razali Che Ani mohon kes ditangguh dan peguam Rayer akan mohon Peguam Negara untuk gugurkan pendakwaan (laporan Utusan Online).

kes-UZAR-Rayer-berbeza

Apakah ini menjadi satu lagi sebab untuk orang ramai mengesahkan spekulasi yang kuat berlegar?

FB-Yuseri-GaniAGHingga seorang FBer berani membabitkan ‘Gani dengan ‘underworld’” di status FBnya pagi ini:

Isu MAIS : Keputusan ‘buang kes’ oleh Peguam Negara (AG) disebabkan Ghani Patail gagal berfikir & mempertimbangkan keputusan berlandaskan kepentingan agama, bangsa & negara – AG khuatir implikasi keputusan yang dibuat menyebabkan ugutan terhadapnya dilaksanakan oleh pihak tertentu – Inilah padah bila AG dikatakan mempunyai skandal & terlibat dengan ‘underworld’ di mana ia membuka ruang kepada pihak tertentu menjadikan penglibatan AG sebagai alat dalam mempengaruhi setiap keputusan yang dibuat oleh Pejabat Peguam Negara – Justeru adalah wajar Suruhanjaya di Raja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan orang ramai melibatkan Ghani Patail (AG)!

Bagi saya, saya tetap menyokong PEMBELA dan NGO-NGO Islam seluruh Negara yang sedang melancarkan kempen supaya Gani Patail letak jawatan atau digugurkan dari jawatan Peguam Negara dengan kadar yang segera.

Kiriman saya yang berkaitan sebelum ini:





Desakan agar diadakan jawatan Peguam Negara Syariah adalah reaksi kepada kehilangan keyakinan terhadap Institusi Peguam Negara. Antara artikel awal yang menyarankan ini adalah yang ditulis oleh Datuk Zulkifli Noordin di bawah :-


PEGUAM NEGARA SYARIAH

Mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap pihak gereja yang membenarkan mana-mana orang Islam melakukan kesalahan jenayah Islam dengan menyokong kristian menyalahguna kalimah Allah yang bercanggah dengan Enakmen Anti-Dakyah? Sudah tiba masanya kita mengujudkan jawatan 'Peguam Negara Syariah / Pendakwaraya Syariah' dan 'Jabatan Peguam Negara Syariah / Pendakwaraya Syariah' setaraf Peguam Negara sivil!.

Salam 2 all.

Saya merujuk kepada kemelut penahanan 300 bibel versi bahasa Melayu oleh MAIS dan pendirian Peguam Negara tidak mahu mengenakan sebarang pertuduhan terhadap Persatuan Bible Malaysia.

Apa yang jelas, bibel tersebut mengandungi perkataan dan kalimah yang tanpa sebarang keraguan melanggar peruntukkan Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor.

Persoalannya sekarang, dengan keengganan AG/ Peguam Negara untuk membawa sebarang pertuduhan, apakah status kes tersebut. Satu kesalahan jenayah terang-terang telah dilakukan, tetapi tindakan pertuduhan jenayah tidak boleh diambil kerana AG enggan bertindak atas alasan-alasan dan sebab-sebab yang telah beliau kemukakan!

Ini adalah kerana kuasa pendakwaan jenayah di Mahkamah sibil terletak secara mutlak dibawah bidangkuasa AG/ Peguam Negara menurut Artikel 145 (3) Perlembagaan.

Menurut Artikel 145 (3), AG/ Peguam Negara tiada kuasa menentukan pendakwaan di Mahkamah Syariah, kerana itu bidangkuasa Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

Masalahnya ialah Mahkamah Syariah tiada bidangkuasa untuk membicara dan menghukum non-Muslim berdasarkan Artikel 74 dan Jadual 9 Senarai II Perlembagaan.

Jadi timbul konflik perundangan dimana seseorang yang jelas melakukan kesalahan membabitkan Islam tetapi tidak boleh dikenakan tindakan.

Antara contoh-contoh yang jelas percanggahan ini adalah seperti berikut:

1. Pusat perjudian yang membenarkan atau membiarkan mana-mana orang Islam bermain judi ditempatnya tidak boleh dikenakan tindakan jika ianya dipunyai atau diuruskan oleh non-Muslim walaupun jelas ianya satu kesalahan membabitkan Islam;

2. Mana-mana kedai atau pusat arak dan minuman keras milik non-Muslim yang menyediakan atau membenarkan mana-mana orang Islam meminum arak tidak boleh dikenakan tindakan walaupun ianya jelas satu kesalahan membabitkan Islam;

3. Mana-mana pusat pelacuran non-Muslim yang menyediakan atau membenarkan mana-mana orang Islam melacur atau melanggani pelacur juga tidak boleh dikenakan tindakan;

4. Mana-mana lelaki atau wanita non-Muslim yang melakukan zina atau seks luar nikah dengan pasangan beragama Islam juga tidak boleh dikenakan tindakan, sedangkan pasangan Muslim mereka boleh dikenakan pendakwaan. Ini mengujudkan satu ketidak-adilan kepada orang Islam dan satu diskriminasi perundangan;

5. Mana-mana pihak non-Muslim yang menghina atau memperlekeh institusi Mahkamah Syariah seperti menghina sebarang keputusan Mahkamah Syariah tidak boleh dikenakan tindakan  penghinaan terhadap Mahkamah Syariah (contempt of syariah cour)';

Ini hanyalah contoh-contoh dimana pendakwaan atau pertuduhan jenayah tidak boleh dikenakan terhadap non-Muslim yang jelas melanggar atau melakukan kesalahan yang sepatutnya boleh dikenakan tindakan di Mahkamah Syariah.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya pindaan dibuat kepada Perlembagaan dan/ atau undang-undang berkaitan supaya memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah dan Pendakwa Syarie untuk membawa pertuduhan jenayah atau sebarang prosiding terhadap non-Muslim dalam kes-kes yang melibatkan kesalahan jenayah seperti dalam kes-kes diatas tanpa perlu mendapat persetujuan atau keizinan Peguam Negara atau Pendawaraya terlebih dahulu.

Ini akan memastikan non-Muslim menghormati perundangan melibatkan Islam dan tidak sewenang-wenangnya melakukan apa-apa kesalahan yang mereka tahu adalah kesalahan melibatkan Islam.

Tidak timbul soal kita meletakkan non-Muslim tertakluk kepada undang-undang syariah kerana ianya hanya melibatkan mereka yang secara sengaja melakukan kesalahan yang membabitkan orang Islam yang mereka ketahui adalah satu kesalahan jenayah syariah.

Contohnya pusat-pusat perjudian yang secara jelas tahu judi itu satu kesalahan jenayah Islam tetapi masih membenarkan atau menggalakkan atau menyediakan tempat dan ruang untuk orang Islam melakukan kesalahan itu.

Sama juga dengan mana-mana non-Muslim yang tahu seks luar nikah dan zina adalah satu kesalahan jenayah Islam yang serius tetapi masih melakukannya bersama pasangan Islam hendaklah dikenakan tindakan.

Jika tidak, mereka boleh dilihat seperti mempermainkan undang-undang Islam. Malahan akan terjadi penganiayaan kepada pasangan Islam yang boleh dikenakan tindakan pertuduhan jenayah dan dihukum tetapi pasangan non-Muslimnya bebas!

Inilah yang terjadi dalam kes penahanan bibel versi bahasa Melayu oleh MAIS. Walaupun jelas mereka pendakyah kristian non-Muslim ini melakukan kesalahan jenayah menurut Enakmen Anti-Dakyah, namun tindakan tidak boleh diambil oleh pihak berkuasa Islam apabila Peguam Negara memilih untuk tidak mengambil tindakan.

Sehubungan dengan itu, saya juga mencadangkan supaya diujudkan satu jawatan dinamakan 'Peguam Negara Syariah / Pendakwaraya Syariah (Syariah Attorney General/ Syariah Public Prosecutor) ' dan satu agensi dinamakan 'Jabatan Peguam Negara Syariah / Pendakwaraya Syariah' peringkat Persekutuan yang samataraf dan samafungsi seperti Attorney General / Peguam Negara yang bertindak sebagai Pendakwaraya.

Ini akan memastikan supaya sistem pengadilan jenayah Islam lebih teratur, tersusun dan profesional dan tidak timbul lagi persoalan dan konflik seperti yang berlaku sekarang bilamana Peguam Negara sivil enggan mengambil tindakan terhadap suatu kesalahan jenayah membabitkan Islam dan instiitusi Islam.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
20 Sya'ban 1435
18 Jun 2014


Tuesday, April 1, 2014

#BlackOut505 @PDRMsia dah buat kerja, pastikan PeguamNegara & @NancyShukri laksana tugas! @NajibRazak



Pemimpin PR bukan sahaja perlu dihukum kerana kesalahan mengadakan Perhimpunan Haram `Black Out 505' tetapi mereka juga wajar dihukum dan disaman atas kesalahan menipu mengenai dakwaan 40,000 pengundi Bangladesh dan kejadian black out semasa penjumlahan undi. Pemimpin parti kerajaan dan setiap kementerian, institusi dan badan yang didakwa menipu WAJIB mengambil tindakan undang-undang ke atas penipu-penipu ini. Jika Jabatan Peguam Negara tidak mahu membantu, upahlah peguam-peguam luar agar imej, maruah dan integriti kementerian, agensi dan institusi ini dapat dipertahankan.

Dalam kes berkaitan Perhimpunan Haram 505 dan perhimpunan haram yang lain, termasuk TURUN, yang melanggar Akta Perhimpunan Aman (Peace Assembly Act), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sudah melaksanakan tugas mereka. Sekarang kita mahu Jabatan Peguam Negara dan Menteri yang bertanggung jawab memastikan agar hukuman yang sewajarnya dikenakan terhadap pihak yang melanggar akta ini. 

Jangan lagi ada alasan. Kita tidak mahu alasan-alasan yang diberikan oleh Jabatan Peguam Negara dan Menteri yang bertanggung jawab terus mengakibatkan pihak-pihak tertentu terus memperlekeh dan mempersenda undang-undang di dalam negara.

Pastikan Shamsul Iskandar dan mana-mana penganjur dan peserta perhimpunan haram ini dikenakan tindakan. Jangan berterusan jadi lembik dan beri alasan sedangkan bukti sudah ada di dalam tangan.


Shamsul Iskandar mohon batal tuduhan
'Blackout 505'

KUALA LUMPUR 31 Mac — Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin hari ini memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya berhubung perhimpunan 'Blackout 505' di pekarangan sebuah masjid di sini tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka memfailkan notis permohonan itu melalui firma guaman, Tetuan Fahda Nur & Yusmadi di Pejabat Pendaftar, Mahkamah Tinggi di sini.

Shamsul Iskandar memohon agar kes saman mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman itu digantung atau dibatalkan dengan alasan pertuduhan terhadapnya adalah cacat, defektif dan tidak menepati kehendak-kehendak tempat larangan selain penyalahgunaan proses serta mempersenda keadilan.

Beliau juga mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah lebih cenderung bermotifkan politik, perbuatan pendakwaan terpilih, dilakukan dengan niat jahat dan menjejaskan kedaulatan undang-undang.

Pada 5 Ogos tahun lalu, Shamsul Iskandar, 40; timbalannya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, 37; dan Naib Ketua AMK, Mohd. Nazree Mohd. Yunus, 30; mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berhubung Blackout 505 di Mahkamah Sesyen, di sini.

Mereka didakwa menyertai perhimpunan yang diadakan di tempat larangan iaitu dalam pekarangan Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya (UM) di sini antara pukul 12 tengah hari dan 1.15 petang, 22 Jun 2013.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.

Menurut Shamsul Iskandar, Seksyen 4(2)(b) akta tersebut digubal secara tidak berperlembagaan dan bertentangan dengan Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan kerana menyekat hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman termasuk perhimpunan di kawasan jarak 50 meter di tempat beribadat.

Beliau berkata, sekatan-sekatan tersebut adalah keterlaluan dan tidak munasabah ke atas hak seorang warganegara untuk berhimpun secara aman dan tidak bersenjata.

Tambah beliau, seksyen tersebut juga memberi akibat langsung kepada hak kebebasan beragama terutama hak penganut agama Islam untuk melakukan ibadat seperti dituntut oleh agama tersebut.

Selain itu, Shamsul Iskandar mendakwa, pertuduhan terhadapnya adalah bertentangan dengan dasar awam kerana beliau adalah seorang Ahli Parlimen dan melaksanakan kewajipan kepada orang ramai dan negara.

Beliau turut mendakwa hanya menguna pakai hak kebebasan bersuara, berhimpun dan hak lain yang dijamin oleh Perlembagaan selaras dengan amalan demokrasi negara.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar yang hadir bersama peguam Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff memohon perintah supaya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu.

Beliau turut memohon agar kes tersebut di Mahkamah Sesyen ditangguh sehingga pendengaran permohonannya itu di Mahkamah Tinggi selesai.




Sunday, November 27, 2011

Wajah-wajah Peguam Perosak Negara

Wajah peguam-peguam yang mencari makan dengan menimbulkan kekecohan dan merosakkan keharmonian negara. Terima kasih blogger Azli Shukri di atas posting ini.


Para Peguam Yang Lemas Di Dalam Lubang Taik


Inilah wajah-wajah barisan peguam yang tak berguna sama sekali - daripada mula-mula berjuang menuntut kebebasan badan kehakiman daripada cengkaman pemerintah, mereka mula bergerak cergas dan bertambah berani - tidak sampai lima tahun, golongan inilah yang cuba mempertahankan kemurtadan Lina Joy, bahkan puak-puak ini jugalah yang cuba menjadikan hak asasi manusia sebagai agama baru. Dalam tempoh yang sangat singkat, mereka bermati-matian mempertahankan perbuatan jijik para kaum peliwat dan hubungan seks sejenis - dan tidak mustahil, agenda mereka selepas ini adalah menghancurpunahkan Islam, perpaduan kaum muslimin dan yang terakhir merosakkan terus akhlak para penganut Islam agar meninggalkan agama mereka dan berkiblatkan kepada ajaran baru bernama Hak Asasi Manusia. Baca berita di bawah :

EMPAT TAHUN LEPAS "Walk for Justice" 2007, Majlis Peguam Malaysia sekali lagi memanggil ribuan peguam untuk berarak di Kuala Lumpur bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang telah dibentangkan di Parlimen.

Perarakan itu akan bermula pada jam 11.30 pagi Selasa depan dan mereka akan berjalan dari Kelab Taman Perdana Diraja (Royal Lake Club) ke Parlimen, yang dijadual membahaskan rang undang-undang tersebut, yang dibentangkan pada 22 November lalu. Satu memorandum akan diserahkan kepada kerajaan di akhir perarakan tersebut.

Pada tahun 2007, lebih 2,000 peguam menyertai perarakan Majlis Peguam sejauh 3.5km yang dikenali sebagai "Walk for Justice", di Putrajaya untuk mendesak penubuhan suruhanjaya diraja bagik menyiasat kes 'Pita Lingam'. Langkah tersebut, serta protes awam yang lain, telah memaksa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor.

Popular Posts